The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Bicara Ilmu Bahasa dan Sastera bersama Dato' Rahman Shaari ( Sasterawan Negara Ke-15)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ieynsyahira, 2024-05-16 02:11:55

Buku Program Bicara Ilmu Bahasa dan Sastera

Buku Program Bicara Ilmu Bahasa dan Sastera bersama Dato' Rahman Shaari ( Sasterawan Negara Ke-15)

Keywords: ilmu

21 Mei 2024 (Selasa) 8:00 Pagi 1:00 Petang Auditorium Universiti Pendidikan Sultan Idris DATO’ RAHMAN SHAARI Bersama Sasterawan Negara Ke-15 PROF. MADYA DR. GHAZALI DIN Moderator


Latar Belakang Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu bermatlamat menganjurkan sebuah Program Bicara Ilmu Bersama Tokoh Bahasa dan Sastera Melayu terpilih di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini bertujuan untuk pemindahan ilmu pengetahuan, kepakaran, pengalaman dan pemikiran kritis tokoh akademik ini berkaitan bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam dunia pendidikan secara khususnya. Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman semaksimum mungkin untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu tinggi dan keagungan dunia kesusasteraan Melayu kepada pelajar yang bakal bergelar guru, pengguna bahasa, orang awam serta pencinta bahasa dan sastera Melayu yang lain. Objektif Program Antara objektif yang dicapai melalui Program Bicara Ilmu Bersama Tokoh Bahasa dan Sastera Melayu adalah seperti yang berikut: • Pemindahan ilmu melalui perkongsian ilmu pengetahuan, kepakaran, pengalaman dan pemikiran kritis tokoh bahasa Melayu kepada warga universiti dan orang awam. • Memantapkan pengetahuan sedia ada tentang bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu kepada warga universiti dan orang awam. • Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan mengamati kepentingannya dalam komunikasi.


Atur Cara Majlis Auditorium, Universiti Pendidikan Sultan Idris 21 Mei 2024 (Selasa) 8:00 pagi - Persiapan - Ketibaan tetamu - Sarapan pagi 8.45 pagi - Ucapan alu-aluan Pengacara - Sesi Bergambar - Nyanyian lagu Negaraku & Lagu Negeri Perak - Bacaan doa 9:00 Pagi - Ucapan alu-aluan Ketua Jabatan JBKM FBK, UPSI YBrs. Dr. Zuraini binti Ramli 9:15 Pagi - Ucapan Perasmian Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi YBrs. Prof. Madya Dr. Mazura@Mastura binti Muhammad 9:30 pagi - Persembahan Pelajar 10:00 pagi - Slot 1: “Bicara Ilmu bersama Tokoh Kesusasteraan Melayu: Dato’ Rahman Shaari” 12:00 tengahari - Slot 2: “Sesi Soal Jawab bersama Dato’ Rahman Shaari” 12:30 tengahari - Sesi Penyampaian Cenderamata - Tamat


Sasterawan Negara (SN) Rahman Shaari RAHMAN SHAARI merupakan penulis, sasterawan dan ahli akademik yang banyak menulis pelbagai buku dan rencana. Rahman Shaari sangat menyerlah dalam genre puisi dan esei. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden, Rahman Shaari telah memberikan sumbangan dalam menghasilkan puisi yang menggarap persoalan besar seperti maruah bahasa, kemerdekaan dan keadilan. Nama penuhnya Abdull Rahman Shaari. Beliau dilahirkan pada 5 September 1949 di Kampung Utan Lembah, Oran, Perlis. Rahman Shaari menerima pendidikan awal di Sekolah kebangsaan Guar Nangka dan Sekolah Kebangsaan Oran. Pada 1962, beliau memasuki Sekolah Menengah Derma, Kangar sehingga lulus tingkatan tiga. Rahman Shaari mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan terpilih mengikuti aliran Sains di Sekolah Alam Shah, Cheras hingga tingkatan lima. Pada tahun 1968, beliau memasuki tingkatan enam dan mengambil aliran Sastera di sekolah yang sama. Seterusnya, Rahman Shaari telah mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini dikenali sebagai Universiti pendidikan Sultan Idris, UPSI) pada tahun 1970-an. Rahman Shaari melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan mengikuti kursus di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan kebudayaan Melayu (IBKKM). Beliau lulus Ijazah Sarjana Muda Persuratan pada tahun 1977. Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Persuratan pada 1986, Rahman Shaari bertukar ke Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM). Di UM, Rahman Shaari bertugas sebagai pensyarah bagi Kursus Kaedah Pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 1993, Rahman Shaari mendapat gelaran Prof. Madya dan pada tahun 2003 mendapat gelaran Profesor.


Penglibatan Rahman Shaari dalam bidang puisi bermula pada tahun 1970-an, iaitu ketika beliau berkursus di Maktab Perguruan Sultan Idris. Bagaikan memperoleh perangsang daripada Dharmawijaya, Rahman Shaari terus menghasilkan puisi secara aktif pada dekad 1970-an. Rahman Shaari juga bergiat aktif dalam bidang drama di bawah bimbingan Noordin Hassan. Ketika Noordin Hassan mementaskan drama muzikal “Bukan Lalang Ditiup Angin”, Rahman telah dilantik sebagai Penolong Pengarah. Drama ini telah dipentaskan pada tahun 1970 di Maktab Perguruan Sultan Idris dan di Balai Budaya, DBP pada tahun 1971. Rahman Shaari berjaya menerbitkan beberapa kumpulan puisi, iaitu Hamparan Kuning (1978), Kesan Kunjungan (1982), Serpihan Diri (1987) serta Melati dan Bahang (1994). Sajak yang terpilih daripada buku tersebut, dan beberapa buah puisi sajak lain, kemudiannya diterbitkan dalam kumpulan yang berjudul Anjung Persinggahan (2006). Selain menghasilkan puisi, Rahman Shaari juga menghasilkan cerpen dan dimuatkan dalam kumpulan cerpen Gangguan (1998), manakala novelnya yang terkenal ialah Mufarakah (1992), Suluh Peraba (1996) dan Burok (2002). Sepanjang terlibat dalam bidang penulisan kreatif, Rahman Shaari banyak memenangi hadiah. Pada tahun 1976, puisi beliau berjudul “Hamparan Kuning” dan “Giliran” memenangi Hadiah Karya Sastera. Pada tahun 1977, beliau memenangi hadiah pertama Sayembara Esei /Kritikan Sastera anjuran DBP. Pada dekad 1980-an, Rahman Shaari kemudiannya beberapa kali memenangi Hadiah Sastera Malaysia, iaitu melalui “Bahasa” (1982/1983), “Mencari Isteri” (1986/1987) dan “Katakan Tidak” ((2002/2003). Pada 8 Oktober 2007, Rahman Shaari telah menerima Anugerah S.E.A. Write yang diadakan di Bangkok, Thailand. Sempena Hari Puisi Nasional ke-19 di Pulau Pinang pada tahun 2013, beliau telah menerima Anugerah Penyair GAPENA. Rahman Shaari juga dianugerahkan Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (D.P.S.J.) oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-70, pada 17 Mei 2023 yang membawa gelaran Dato’. Rahman Shaari memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Penyair Malaysia. Terkini beliau dinobat sebagai Sasterawan Negara ke-15.


Latar Belakang Penaung : Profesor Madya Dr. Mazura @ Mastura binti Mohammad Penasihat : Profesor Madya Dr. Charanjit Kaur a/p Swaran Singh Pengerusi : Dr. Zuraini binti Ramli Pengarah Program : Profesor Madya Dr. Norazimah binti Zakaria Timbalan Pengarah Program : Dr. Md Zahril Nizam bin Md Yusoff Setiausaha 1 : Dr. Rohayati Junaidi Setiausaha 2 : Dr. Maulana Al Fin Che Man Pengacara Program : Amirah Zahirah Binti Kamarul Azizan Pembaca Doa : Mohamad Hamka Bin Nordin Moderator : Profesor Madya Dr. Ghazali Din Bendahari : Dr. Mohamad Rozi Bin Kasim & : Pn. Husahida binti Mohamed Husin Urus setia Program Kain rentang /Gegantung : Dr. Nur Faaizah binti Md Adam & Pn. Saripah Banseng & BKK (En. Redzuan Shah bin Datu Sahadun) & PPM : Mohamad Hamka Bin Nordin : Muhammad Aniq Bin Sapini


AJK Teknikal : En. Nushaimin bin Basharudin & Pn. Norhidayah binti Abu Hassan & PPM : Ahmad Faris Aiman Bin Azmi : Mohd. Aqil Bin Kilat : Muhammad Arifuddin Bin Sariman AJK Publisiti dan Komunikasi : Profesor Madya Dr. Ghazali Din & PPM : Muhammad Daniel Bin Ariffin : Seri Allysyah Binti Abu Bakar AJK Buku Program : Dr. Norzalina Noor & BKK (En. Redzuan Shah bin Datu Sahadun) & PPM : Nik Nur Syahirah Amni Binti Nik Hasbullah : Aimuni Rushda Binti Shahroni AJK Penajaan : Dr. Farra Humairah Mohd, Dr Hasrina Baharum & PPM : Siti Syazwani Binti Suhaimi : Hasnirah Binti Aripin AJK Jamuan : Dr. Husna Faredza Mohamed Redzuan & En. Shamsul Razman bin Mohammed & PPM : Puteri Syahmina Binti Baharin : Syafiq Khairul Ikhwan Bin Kamrul : Siti Nurhayati Binti Yusoff


AJK Sijil & Pendaftaran/ (CPD dan Mycat/Champs) : PM Dr Anida Sarudin & PPM : Nur Hanim Binti Nordin : Nurul Ain Binti Omar AJK Protokol, Flow Manager & Persembahan : Dr. Mohd Amir bin Mohd Zahari & BKK (En. Redzuan Shah bin Datu Sahadun) & PPM : Puteri Alia Natasha Bt Kamis : Nurul Sufisofea Binti Mohd Affendi : Muhammad Rusyaidi Bin Rosli : Mark Andreas Goh Bin Abdullah : Affiza Shamyrra Wahyuna Musa AJK Persediaan tempat : Dr. Mohd Amir bin Mohd Zahari & PPM : Mohamad Fahmi Ifwat Bin Mohamad Zin : Muhammad Haziq Ikhwan Bin Mohd Mazlan : Muhammad Hafiz Hazim Bin Norizam : Fairrymond Filipi Ak Juny : Muhammad Irfan Zafri Bin Ismadi AJK Cenderamata : Dr. Muhamad Fadzllah bin Hj. Zaini & PPM : Nur Afiqah Najihah Binti Musa : Siti Faeznurbalhqis Binti Abdul Rahman


AJK Teks Ucapan : Dr. Norfaizah binti Abdul Jobar & Dr Rohayati Junaidi & PPM : Nur Izzatun Nadia Binti Ab Basit : Asyaa Adibah Binti Azman AJK Pengangkutan/ Keselamatan & Kebersihan : Dr. Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli & PPM : Mohamad Syazwan Bin Zumani : Muhammad Izzul Amri Bin Ayub AJK Dokumentasi & Gambar : Dr. Normarini Norzan, BKK & PPM : Ahmad Faqeh Abidin Bin Jauhari : Nur Aina Binti Rajak : Ayu Mastura Binti Mohd Noor


Autograf


Click to View FlipBook Version