131 BIL NAMA PENGURUSAN & PENTADBIRAN KURIKULUM KO KURIKULUM HEM LAIN-LAIN TUGAS 73 SITI HAJAR BINTI ISMAIL PEPERIKSAAN DALAMAN GURU PEMBANTU 74 SITI HAZARATOL BT HASHIM BADMINTON PK (K), USAHAWAN MUDA GURU TING, KAFETERIA PIBG 75 SITI NORHAFIZAH BINTI OTHMAN JK LAMAN WEB/FB STEM, BOMBA, SERI PENARA JK DISIPLIN, BIASISWA, KWAMP 76 SITI NORSABRINA BT ABDUL GAFFUR JK PERANCANGAN STRATEGIK, JK EMIS JK PSS PENGGUNA, PKBM(L), SERI BETONG SU HEM, GURU TING 77 SITI NURFAEZAH BINTI BAHRI JK RELIEF, JK PSS RADIO, KKQ, SERI PENARA GURU TING, SURAU 78 SITI SHUHADA BINTI MOKHTAR JK ICT JK RELIEF, NILAM KOMPUTER, KRS, SERI KONGSI GURU TING, 4K PIBG 79 SITI SOFEA BT SUHAIMI USAHAWAN MUDA (K) 4K KKGS 80 SITI ZALEHA BINTI HASSAN DOKTOR MUDA, -CATUR SERI GENTING 4K, PIBK, GURU TING PIBG, PENYELARAS MAKMAL FIZIK 81 STELLA CHAI PUI YIN JK DATA/APDM, JK KEWANGAN, JK EMIS KETUA PANITIA STEM, PBSM, SERI GENTING PENYELARAS TING PENYELARAS BENGKEL JAHITAN 82 SURIATY CHE MAT DIN BADMINTON, JUBAH GRADUASI, GURU TING PENYELARAS MAKMAL T6 83 SURIYATI BINTI MUSA PBSM, JUBAH GRADUASI GURU TING PENYELARAS BILIK GURU T6 84 SUZANA BINTI AMIZAM JK KEWANGAN, JK PBD, JK EMIS KETUA PANITIA, PENYELARAS PSS, RADIO, FILATELI, BOMBA, SERI PERLIS(K) PENYELARAS KONTI RADIO, PENYELARAS PSS 85 TAN PHIK FEN JK ICT JK JADUAL, JK DATA PEPERIKSAAN, KIOSK INTERNET, KOMPUTER, CATUR SERI PERLIS 4K 86 TIMAH BINTI BAKAR PENGAKAP AEDES
132 BIL NAMA PENGURUSAN & PENTADBIRAN KURIKULUM KO KURIKULUM HEM LAIN-LAIN TUGAS 87 TEH BEE GUEK BADMINTON GURU TING, DISIPLIN T6 KKGS 88 VIJAYAN A/L SABAPATHY JK PENYELENGARAAN BANGUNAN SU MUET PERTINAM, FUTSAL GURU PEMBANTU, DISIPLIN T6,4K 89 VILASSENEE A/P KRISHNA MURTHI PENYELARAS MMI PENYELARAS SP, KOPERASI, PNB,BOMBA 4K, GURU TING KKGS 90 WAN NIZWANI BINTI NOORDIN JK PBD, JK KEWANGAN KETUA PANITIA PSV, HOKI, SERI PERLIS LEMBAGA PENGAWAS, SURAU PENYELARAS BILIK PSV 91 WAN NORAINI BINTI WAN SAARI JK PCA KPJ, KASPA AEDES, GURU TING 92 WAN NURTASNIM BT WAN KHALIM JK PSS, PEN. PENYELARAS (TIMSS, PISA, KBAT) , BM, SERI PERLIS GURU TING, ASRAMA PENYELARAS BILIK MAYA@MED IA, 93 WONG CU MIN JK ASET, JK EMIS PENYELARAS KP, PKBM(D), SEPAK TAKRAW, SERI BETONG GURU TING, 4K PENYELARAS BILIK RAWATAN 94 YUHASLINDA BT MOHAMED YUSOF SU SPM PENYELARAS KELAB & PERSATUAN, KOPERASI, PKBM(D), SERI GENTING PEN. BENDAHARI PIBG 95 ZARIFAH BINTI ABU HASSAN JK DATA/APDM, JK EMIS JK JADUAL PISPA PENYELARAS TING, 4K 96 ZARINA BINTI MAT RASHID PENCINTA, BADMINTON SERI KONGSI GURU TING 97 ZETY ZARENA BINTI MOHAMAD NOR JK KEWANGAN, JK PBD KETUA PANITIA PNB, POLIS, SERI BETONG GURU TING 98 ZURAINI BINTI KASSIN KAUNSELOR, JK EMIS BAKAT SERI, PRS, SERI PERLIS SUMUR, B&K, IKON, ASRAMA, TABUNG PENYELARAS BILIK KAUNSELING 99 NURUL FAZEERA NADIA BT MAT KASIM JK PERANCANGAN STRATEGIK MPAK KKQ, KASPA, SERI KONGSI (K) GURU TING KKGS 100 MUSYRIFAH BT MUHAMMAD JK LDP JKPAK21, PI, KRS, SERI BETONG (K) SUMUR, GURU TING PENYELARAS BILIK KOMPUTER GURU
133 Panduan Pelaksanaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) Kualiti@Sekolah DOKUMEN EDARAN PPS STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 SKPMg2 Kualiti@Sekolah Edaran PPS (Pasukan Pelaksana Standard) disediakan bagi memudahkan pihak sekolah melaksanakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dengan mengikut prosedur kerja yang betul. Setiap helai instrumen dalam dokumen ini hendaklah diedarkan kepada PPS mengikut bidang tugas bagi membolehkan PPS membuat penilaian. Dokumen hasil penilaian yang telah ditandatangani oleh PPS hendaklah dikembalikan kepada Jawatankuasa SKPM Sekolah (JKSS). JKSS hendaklah memastikan semua maklumat dimasukkan ke portal berkenaan dan dokumen tersebut disimpan sebagai bukti penilaian. Agihan Aspek/TUMS kepada PPS adalah seperti jadual di bawah: ASPEK/ TUMS PPS 12 Aspek/TUMS Standard 1-Kepemimpinan 12 PPS yang dipilih berdasarkan kesesuaian tugas/tanggungjawab 9 Aspek/TUMS Standard 2- Pengurusan Organisasi 9 PPS yang dipilih berdasarkan kesesuaian tugas/ tanggungjawab 3 Aspek/TUMS lain dalam Standard 3.1- Pengurusan Kurikulum 3 PPS Kurikulum yang dipilih berdasarkan kesesuaian tugas/tanggungjawab *Aspek 3.1.2 (3.1.2.1,3.1.2.2, 3.1.2.3, 3.1.2.4) : Pengurusan Mata Pelajaran Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran & guru berkaitan 4 Aspek/TUMS lain dalam Standard 3.2– Pengurusan Kokurikulum 4 PPS Kokurikulum yang dipilih berdasarkan kesesuaian tugas/tanggungjawab *Aspek 3.2.2: Pengurusan Kelab dan Persatuan Semua Ketua Unit Kelab/Persatuan& guru berkaitan *Aspek 3.2.3: Pengurusan Badan Beruniform Semua Ketua Unit Badan Beruniform & guru berkaitan *Aspek 3.2.4: Pengurusan Sukan/Permainan Semua Ketua Unit Sukan/Permainan& guru berkaitan 7 Aspeks/TUMS dalam Standard 3.3- Pengurusan HEM 7 PPS HEM yang dipilih berdasarkan kesesuaian tugas/tanggungjawab *Semua Aspek Standard 4: PdPc (Bersama Tapak offline PdPc) i. Semua guru untuk Penilaian Kendiri PdPc ii.Semua PPS Pencerapan (mengikut keperluan)
134 PROSEDUR PELAKSANAAN SKPMg2 DI SEKOLAH A. TUBUHKAN JAWATANKUASA SKPM SEKOLAH (JKSS) Ahli JKSS yang dicadangkan adalah seperti berikut: i. Pengetua/Guru Besar ii. Semua Penolong Kanan iii. Setiausaha JKSS iv. Setiausaha Kurikulum, Setiausaha Kokurikulum dan Setiausaha HEM v. Guru Data dan Guru ICT B. PILIH DAN LANTIK PASUKAN PELAKSANA STANDARD (PPS) i. PPS yang dilantik sebolehnya hendaklah seorang warga sekolah yan bertanggungjawab secara langsung dalam pelaksanaan tugas yang berkaitan dengan sesuatu Aspek/TUMS. ii. Setiap PPS boleh mempunyai lebih daripada seorang ahli. iii. Setiap orang boleh menganggotai lebih daripada satu PPS. iv. Pembahagian tugas PPS hendaklah adil dan mengikut kepakara dan minat masing-masing. v. PGB tidak dinamakan sebagai ahli PPS kecuali dalam Standard 4.
135 C. LAKSANAKAN PENILAIAN Aliran Kerja Pelaksanaan SKPMg2 Di Sekolah Bagi Setiap Peringkat Pengisian BIL PROSES TINDAKAN TEMPOH 1 Mengeluarkan arahan berkenaan proses penilaian kendiri SKPMg2 kepada JKSS dan PPS. PGB Minggu 1 Jan/Apr/Ogos 2 Menyediakan salinan Aspek/TUMS yang mencukupi bagi PPS mengikut bidang masing- masing. (Kurikulum/Kokurikulum/ HEM/Pentadbiran). Semua setiausaha Minggu 1 Jan/Apr/Ogos 3 Mengedarkan salinan Aspek/TUMS kepada PPS yang berkenaan dengan arahan tugas yang jelas. PGB/ PK Minggu 1 Jan/Apr/Ogos 4 Membuat penilaian dan menyatakan evidens menggunakan salinan Aspek/TUMS dan mengembalikan hasil penilaian yang telah ditandatangan oleh PPS kepada JKSS. PPS Minggu 2 dan berterusan 5 Mengumpul semua hasil penilaian mengikut bidang masing- masing dan serah kepada PK masing-masing. Semua setiausaha Berterusan 6 Menyemak hasil penilaian dan menyerahkan kepada Guru Data dan Guru ICT untuk dimasukkan (key-in) ke portal. PK Berterusan 7 Key-in data ke portal dan kembalikan dokumen penilaian (Salinan Aspek/TUMS) kepada PK untuk disimpan. Guru Data & Guru ICT Berterusan 8 Menyemak dan membuat verifikasi hasil penilaian bagi semua aspek TUMS. PGB Berterusan 9 Skor Pengoperasian sekolah dimuktamadkan. * Proses kerja 4 hingga 8 boleh berlaku berulang kali JKSS Nov
136 BILIK RESOS SESI PETANG *tertakluk kepada perubahan BIL BILIK RESOS KELAS 1 BILIK MAYA 1 2 AR RAZI 2 MAKMAL BIOLOGI 2 AL JAZZARI 3 MAKMAL KIMIA TINGKATAN ENAM 2 AL KHAWARIZMI 4 MAKMAL FIZIK TINGKATAN ENAM 2 AL FARABI 5 BENGKEL RBT 1 2 AL BIRUNI 6 BENGKEL RBT 2 2 AL FARGHANI 7 MAKMAL SAINS PADUAN 1 2 AL ANSYARI 8 MAKMAL SAINS PADUAN 2 2 AL GHAZALI 9 MAKMAL KOMPUTER A 1 AL GHAZALI 10 MAKMAL KOMPUTER B 1 AL ANSYARI 11 BENGKEL JAHITAN 1 AL FARGHANI 12 ANJUNG FIRDAUSI 1 AL BIRUNI 13 SURAU /PUSAT SUMBER SEKOLAH 1 AL FARABI 14 MAKMAL KIMIA 1 AL KHAWARIZMI 15 MAKMAL FIZIK 1 AL JAZZARI 16 BILIK MAYA 2 1 AR RAZI
137 Prosedur Pengurusan Dan Pentadbiran 1 PERINTAH AM Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru adalah tertakluk dengan segala arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut. Perintah Am Bab A – G 2 KEDATANGAN/WAKTU BERTUGAS 2.1 Waktu persekolahan/waktu bekerja mengikut ketetapan seperti berikut:- WAKTU HARI GURU PENTADBIR SESI PAGI Isnin - Khamis 0720 - 1430 0720 – 1500 Jumaat 0720 - 1215 0720 – 1230 SESI PETANG Isnin - Khamis 1150 - 1840 1150 – 1845 Jumaat 1415 - 1840 1415 – 1845 2.2 Guru-guru diwajibkan hadir ke sekolah setiap hari persekolahan. Guru-guru dikehendaki mengikut ketetapan masa yang dinyatakan di atas. 2.3 Guru-guru dikehendaki mengetip kad perakam waktu apabila tiba dan balik dari sekolah. Adalah menjadi satu kesalahan jika orang lain yang mengetip kad perakam waktu berkenaan. Tindakan tatatertib boleh diambil jika ianya berlaku. 2.4 Kad perakam waktu akan bertukar ke warna hijau jika guru /AKP yang hadir lewat sebanyak 3 kali pada bulan sebelumnya. 2.5 Jika sekiranya guru-guru terpaksa datang lewat, mereka hendaklah memberi kenyataan dan sebab yang munasabah (Guru hendaklah menghubungi Pengetua dahulu dan baru diikuti kepada PK Pentadbiran/PK Petang sekiranya pengetua tidak berada di sekolah). Apabila telah sampai ke sekolah hendaklah berjumpa dengan Pengetua/PK pentadbiran/PK Petang. 3 TIDAK HADIR BERTUGAS 3.1. Sila maklumkan kepada Pengetua jika tidak hadir pada hari berkenaan sebelum 7.00 pagi / 10.00 pagi melalui panggilan. Sekiranya tidak berjawab barulah menggunakan kaedah SMS BERBAYAR. Sekiranya tidak dimaklumkan akan ketidakhadiran guru untuk bertugas maka surat tunjuk sebab perlu dikemukan kepada Pengetua. 3.2. Serahkan Sijil Cuti Sakit / MC kepada Pengetua pada hari berikutnya 3.3. Jika MC swasta lebih dari dua hari , sila dapatkan pengesahan daripada doktor kerajaan 3.4 Guru/Kakitangan yang tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan yang munasabah akan dipotong gajinya mengikut peruntukan dalam Perintah Am.
138 4 KEBENARAN KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH 4.1 Mana-mana guru yang terpaksa meninggalkan sekolah seketika, hendaklah mendapat kebenaran Pengetua atau PK Pentadbiran semasa ketiadaan Pengetua di sekolah. URUSAN HAL PERIBADI hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah. 4.2 Selepas diberi kebenaran, isi Borang Kebenaran Meninggalkan Pejabat dan Buku Pergerakan Keluar Masuk sebelum meninggalkan kawasan sekolah(urusan peribadi) Manakala bagi urusan rasmi isikan buku pergerakan keluar masuk guru yang ada di pejabat. Selepas balik semula ke sekolah, dapatkan tandatangan mana-mana pentadbir sebagai BUKTI guru telah kembali semula ke sekolah. 5 CUTI REHAT KHAS ( CRK ) 5.1. Layak memohon sahaja dan bukan hak mutlak guru. 5.2. Kelulusan atas budi bicara pengetua 5.3. Mesti dipohon daripada Pengetua dengan berjumpa secara peribadi. 5.4. Isi borang apabila dibenarkan oleh Pengetua 5.5. Pertimbangan meluluskan cuti berdasarkan kepada a. Sepuluh (10) perkara yang disenaraikan dalam pekeliling perkhidmatan. b. Dengan syarat tidak menjejaskan perjalanan sekolah. 5.6. Permohonan cuti rehat hendaklah dibuat 7 hari lebih awal kecuali kes-kes kecemasan. 5.7 Bagi kes kecemasan, telefon pengetua/ sekolah untuk memohon kebenaran supayasekolah boleh menguruskan jadual ganti. 5.8. Jumlah keseluruhan cuti rehat yang dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian wang Tunai Gantian cuti rehat hendaklah tidak melebihi 150 hari. Formula kiraan adalah seperti di perenggan 7dan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 /2003. 6. CUTI BERSALIN 6.1 Cuti hanya dibenarkan untuk 5 kali kelahiran dalam perkhidmatan. Kelahiran seterusnya melalui Cuti Tanpa Gaji (CTG) 6.2 Jumlah CUTI BERSALIN 60/90 hari bagi setiap kelahiran. Jumlah keseluruhan Cuti Bersalin adalah 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. 6.3 Jika isteri bersalin,suami akan mendapat 7 hari cuti mulai dari tarikh isteri bersalin 6.4 Untuk membolehkan sekolah memohon guru ganti, minta suami atau waris untuk menghantar Cuti Sakit Bersalin pada hari pertama selepas keluar dari wad. 7 CUTI TANPA REKOD /CTR /CUTI KUARANTIN 7.1 Berjumpa dengan Pengetua 7.2 Dapatkan borang daripada Pembantu Tadbir 7.3 Sertakan bersama surat atau dokumen berkaitan 7.4 Permohonan sama ada disokong / tidak bergantung kepada budi bicara pengetua. Borang permohonan akan dipanjangkan ke JPN untuk kelulusan. 7.5 Tunggu surat kelulusan sebelum mula bercuti.
139 8 GURU GANTI RELIEF 8.1 Tanggungjawab bersama dan terima dengan hati yang terbuka, rela dan redha 8.2 MESTI MASUK KE KELAS dan kawal kelas. 8.3 Kalau tak mampu mengajar adakan motivasi atau; • Perbincangan isu-isu semasa (bukan politik) • Sebarang aktiviti pendidikan • Bidang kerjaya dan khidmat nasihat • Gunakan bahan Smart MMI yang telah disediakan • 8.4 Catat dalam buku rekod mengajar. 8.5 Guru yang TIDAK MASUK ke kelas diminta berjumpa Pengetua untuk memberi sebab. 9. WAKTU FREE PERIOD 9.1 Digunakan untuk membuat perancangan atau persediaan mengajar 9.2 Memeriksa buku rampaian / nota / kerja pelajar 9.3 Menyediakan alat bantu mengajar 9.4 Membuat rujukan di perpustakaan / rujukan guru. 9.5 Berbincang secara profesional dengan rakan-rakan dalam panitia Pengajaran dan pembelajaran Peningkatan akademik Masalah-masalah pelajar 10 MENGHADIRI KURSUS/BENGKEL/SEMINAR/MESYUARAT 10.1 WAJIB HADIR 10.2 Wajib hadir bagi pihak pengetua 10.3 Laporkan kepada Pengetua tentang kursus , seminar atau mesyuarat yang dihadiri 10.4 Lengkapkan borang MINIT CURAI dan serahkan kepada Pengetua ,Penolong Kanan , GKMP mengikut bidang berkenaan 10.5 Bawa bersama-sama bahan-bahan yang perlu seperti fail atau pekeliling jika diminta 10.6 TIDAK BOLEH DITOLAK 11 SURAT ATAU PEKELILING UNTUK TINDAKAN 11.1 Bertindak SEGERA apabila sesuatu surat atau pekeliling diminitkan kepada guru berkenaan 11.2 Berbincang dengan Pengetua / Penolong Kanan yang berkaitan denga surat berkenaan 11.3 Serahkan semula kepada Penolong Kanan yang berkenaan untuk disemak SEBELUM dihantar kepada pihak berkenaan 11.4 Semua kerja dan urusan MESTILAH disiapkan dua hari sebelum tarikh akhir 11.5 Elakkan menerima peringatan dan teguran daripada pihak PPD / JPN 11.6 Semua surat menyurat guru-guru yang dianggap rasmi mestilah disalurkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan 11.7 Segala surat dari sekolah yang dihantar keluar hendaklah ditandatangani oleh Pengetua sahaja KECUALI jika beliau sedang bercuti dan sebagainya. Maka surat itu akan ditandatangani oleh Penolong Kanan Pentadbiran bagi pihak pengetua.
140 12 SIKAP GURU /AKP Sikap baik guru / kakitangan membantu dalam membina iklim sekolah yang baik. Antara lain, ‘sikap baik’ ini dapat dilihat dalam perkara-perkara seperti berikut:- 12.1. Menepati Masa Sekurang-kurangnya menghadirkan diri 10 minit sebelum masa yang ditentukan untuk memulakan sesuatu tugas di sekolah, memulakan tugas pengajaran sebaik- baik loceng berbunyi/apabila tiba masanya. Sesuatu tugas yang diberi diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan tanpa perlu diingat-ingatkan. 12.2 Pakaian 12.2.1 Peraturan-peraturan pakaian rasmi seperti yang ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah dipatuhi. Peraturan-peraturan pakaian rasmi seperi yang ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah dipatuhi. Guru-guru perlu mematuhi kehendak surat pekeliling K.P (B5)859/Jld.11/(36) bertarikh 9 Mei 1985 mengenai pakaian guru-guru di sekolah. Pakaian guru perlu kemas dan sesuai dan melambangkan disiplin dan imej profesion keguruan. 12 SIKAP GURU /AKP 12.2.2 Baju ketat dan jarang serta tanpa lengan TIDAK dibenarkan. 12.2.3 Pakaian Guru Lelaki – seluar slack, baju kemeja dan bertali leher. 12.2.4 Pakaian Guru Wanita – Skrit di bawah paras lutut, baju mesti ada lengan, T-shirt walau jenis apapun dilarang. Kasut mesti bertutup di bahagian depan. Kasut sekurang-kurangnya bertumit ½ inci atau 1 inci. 12.2.5 Guru lelaki dan perempuan yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk menjalankan P d P mata pelajaran tersebut. 12.2.6 Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas/menghadiri upacara rasmi. 12.2.7 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher semasa bertugas. Semua guru dikehendaki berpakaian kemas/lengkap dalam sebarang tugas/upacara rasmi 12.3 Misai / Janggut / Rambut Guru-guru lelaki dan kakitangan lelaki di sekolah hendaklah mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia dan dalam hal ini sentiasa menjadi suri teladan yang baik kepada semua murid 12.4 Merokok Guru dan kakitangan tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. 12.5 Budi Bahasa Sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan perhubungan yang baik dengan berbudi bahasa dan sopan santun di antara semua warga sekolah dan dengan pihak-pihak luar yang berkaitan dengan sekolah. 12.6 Berusaha dan berikhtiar untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan semua bilik, alatan dan kawasan sekolah .
141 12.7 Segera memahami tugas yang diberi dan melaksanakannya. Mengambil daya usaha sendiri untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapinya. Berbincang dengan Guru Kanan atau Penolong Kanan atau Pengetua apabila menghadapi sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan. 12.8 Sifat profesionalisme ditunjukkan dalam setiap tugas yang dipegangnya. Sentiasa ingin memperbaiki kemahiran yang ada pada dirinya untuk menjadi guru/kakitangan yang lebih berkesan dan memahami Etika Profesion Keguruan. 12.9 Sanggup bertolak ansur dan berkorban masa dan tenaga demi menjaga kebajikan murid dan sekolah. 12.10 Menunjukkan sifat prihatin terhadap semua murid tanpa membezakan antara satu sama lain dari segi keturunan, agama,kedudukan sosioekonomi dan sebagainya serta mendidik mereka ke arah Falsafah Pendidikan Negara. 12.11 Sanggup dan ingin menghadiri/menyertai LADAP/Seminar/Kursus/Program Perkembangan Staff dan membawa pembaharuan kepada sekolah dan diri sendiri. 12.12 Tidak bercuti dari tugas, kecuali atas sebab-sebab yang paling mustahak.Apabila terpaksa bercuti, rela menghabiskan tugas-tugasnya yang tergendala itu tanpa sebarang arahan dan memastikan tiada aktiviti di sekolah tergendala kerana ketidakhadiran dirinya. 12.13 Menyelenggara Buku Persediaan Mengajar, Jadual-Jadual, Rekod Pungutan, Alatan- Alatan, Bilik-Bilik, Perabot, Buku Stok, Buku Laporan dan sebagainya mengikut keperluan yang ditetapkan. 12.14 Memastikan segala tindakan adalah menurut peraturan yang ada. Jika tidak jelas dapatkan bantuan daripada Penolong Kanan atau Pengetua. 12.15 Sanggup menerima cabaran semasa menjalankan tugas termasuk mendidik murid- murid yang lemah dan menghadapi tugas-tugas yang pelbagai ragam demi kebajikan pelajar-pelajar sekolah ini. 12.16 Memberi kerjasama/sumbangan kepada semua warga sekolah dalam mengendalikan sesuatu tugas meskipun tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan yang diambil oleh kumpulan itu. 12.17 Tidak terlalu menghitung masa dan tugas dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. 12.18 Mengutamakan kepentingan sekolah/perkhidmatan apabila bercanggah dengan kepentingan diri sendiri. 13 HAL-HAL LAIN 13.1 Perhimpunan Sekolah Pihak sekolah mengadakan perhimpuan harian (Selasa – Jumaat) dan perhimpunan rasmi (Isnin). Semua guru WAJIB hadir di perhimpunan ini. Sekiranya guru gagal hadir akan diminta memberikan surat penjelasan kepada pengetua. 13.2. Mesyuarat Guru / LADAP Dari masa ke masa, Pengetua akan memanggil mesyuarat guru-guru. Kedatangan bagi mesyuarat ini adalah diwajibkan bagi semua guru. Begitu juga dengan Latihan Dalam Perkhidmatan /LADAP wajib dihadiri oleh semua guru. Guru yang gagal hadir tanpa sebab diminta memberikan surat penjelasan kepada Pengetua.
142 13.3. Mesyuarat Jawatankuasa 13.3.1 Guru-guru akan dilantik untuk menduduki jawatankuasa yang terdapat di sekolah. Mereka hendaklah menghadiri sebarang mesyuarat yang dipanggil dan mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut. 13.3.2 Guru yang dilantik menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa, hendaklah menyediakan minit mesyuarat dan satu salinan hendaklah disampaikan kepada Pengetua dengan kadar segera. Menjadi tangungjawab setiausaha setiap jawatankuasa untuk mengambil kunci di pejabat untuk membuka dan menutup Bilik Mesyuarat. 13.4. Latihan Kebakaran 13.4.1 Arahan khas Pengetua mengenai perkara ini mestilah dipatuhi dengan teliti. Latihan-latihan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa pada hari persekolahan. 13.4.2 Guru-guru mestilah sentiasa bersedia dan mematuhi kesemua arahan yang terkandung di dalam surat arahan tersebut. 13.5. Keahlian Kelab Warga serta PIBG 13.5.1 Semua guru dan kakitangan sekolah secara automatik menjadi ahli Kelab Warga SMK Seri 13.5 2 Semua guru adalah menjadi ahli PIBG SMK Seri Balik Pulau 13.6. Mengiringi Pasukan Sekolah /Membawa murid keluar dari kawasan sekolah 13.6.1 Guru-guru yang mengiringi pasukan sekolah atau membawa pelajar keluar dari kawasan sekolah untuk satu-satu aktiviti tertentu, di luar kawasan sekolah hendaklah menguruskan segala urusan mengenainya mengikut SOP(Standard Operational Procedur). 13.6.2 Jika terdapat murid-murid lain (penyokong) menyertai rombongan tersebut, prosedur yang sama seperti diatas hendaklah dipatuhi. Guru hendaklah mengawasi dan mengawal murid dan menjaga keselamatan mereka. 13.7. Menghukum Murid 13.7.1 Seseorang guru tidak dibenarkan menghukum dan mendera murid-murid.Guru- guru juga dikehendaki menjaga tutur kata mereka terhadap murid-murid. 13.7.2 Murid-murid yang difikirkan perlu dihukum hendaklah dibawa kepada pengetahuan Pengetua/PK HEM/Guru Disiplin/JK Disiplin 13.8 Masalah-Masalah Perjawatan Dan Pengajaran 13.8.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh memberitahu mengenainya sama ada kepada Ketua Pembantu Tadbir yang berkenaan ataupun kepada Pengetua/PK Pentadbiran. 13.8.2 Jika guru menghadapi masalah dalam bidang pengajaran, mereka boleh berbincang dengan Guru Kanan, Penolong Kanan Pentadbiran ataupun Pengetua.
143 13.9. Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah 13.9.1 Semua guru dikehendaki mengamati, memahami serta menghayati visi, misi, falsafah,matlamat dan objektif sekolah 13.9.2 Oleh itu, mereka hendaklah bersama-sama berusaha dengan gigih demi membolehkan matlamat dan objektif tersebut dicapai serta falsafah tersebut berfungsi dan bermakna dengan menganggap SMK SERI adalah KEPUNYAAN BERSAMA semua warga. 14 RISO & FOTOSTAT 14.1 Guru wajib Isi borang berkaitan dan tulis dalam buku log riso atau buku log fotostat yang telah disediakan dipejabat. 14.2 Bahan untuk dicetak / difotostat perlulah dihantar ke pejabat 3 hari dari tarikh yang diperlukan 14.3 Semua bahan yang akan dicetak mestilah mendapat kelulusan Pengetua/PKP dahulu sebelum urusan seterusnya berlaku. 14.4 Fotostat atas urusan peribadi adalah dilarang sama sekali 15 BARANG / BUNGKUSAN YANG DIKIRIM KE PEJABAT 15.1 Guru /AKP yang menggunakan perkhidmatan kurier ke sekolah hendaklah akur d engan SOP yang ditetapkan. 15.2 SOP : 15.2.1 Mengambil bungkusan yang sampai di pejabat pada hari yang sama. 15.2.2 Sekiranya bungkusan diambil pada keeseokkannya maka penalti 50 sen dikenakan pada setiap bungkusan. 15.2.3 Setiap hari yang lewat mengambil bungkusan akan digandakan kos penalti tersebut. 15.3 Mohon patuhi SOP penerimaan barang demi menjaga keselesaan dan kekemasan di pejabat SERI 16 BILIK MESYUARAT 16.1 Penggunaan Bilik Mesyuarat hanya dibenarkan kepada guru sahaja 16.2 Semasa menggunakan Bilik Mesyuarat semua Guru diminta untuk menulis Buku Log Bilik Mesyuarat 16.3 Setiausaha dan Penyelaras sesuatu Mesyuarat bertanggungjawab untuk membuka dan menutup Bilik Mesyuarat.
144 PERATURAN-PERATURAN AM BIL PERKARA TINDAKAN 1 Penghantaran e RPH Setiap Jumaat dan mengikut takwim penghantaran 2 Penghantaraan Buku Pemantauan Kelas Setiap hari 3 Penghantaran Laporan/Minit Mesyuarat 7 hari selepas mesyuarat 4 Kemaskini Kehadiran Murid dalam sistem APDM Sebelum jam 9 pg – sesi pg Sebelum jam 2 ptg – sesi petang 5 Laporan / Minit Curai Kursus/Bengkel/Taklimat kepada Pengetua/PK Pentadbiran 3 hari selepas hadir semula ke sekolah 6 Sebelum membuat pesanan,berbincang dengan Ketua Jabatan / Pengetua dan isikan Nota Minta Sebelum membuat pesanan pembelian 7 Borang Tuntutan Perjalanan Sebelum 5hb bulan berikutnya 8 Cuti Sakit (ISI DALAM HRMIS) Maklumkan kepada Pengetua pada hari yang sama sebelum jam 7 & 9 pagi 9 Serahan Cuti Sakit Serah kepada Pengetua dalam tempoh 3 hari selepas hadir semula ke sekolah 10 Cuti Rehat Khas (CRK) Isi borang CRK (ISI DALAM HRMIS) Merancang cuti berkenaan-Mohon 1 minggu awal Kecemasan-Mohon kebenaran dari Pengetua 11 Cuti Kuarantin (CK) – Untuk Anak Maklumkan kepada pengetua Dapatkan surat dari doktor Isi borang dan bawa dokumen berkaitan 12 Cuti disebabkan Covid19 Maklumkan kepada pengetua Bawa Salinan HSO / Kontak Rapat dari My Sejahtera
145 PEMANTAUAN BIL AKTIVITI JADUAL PELAKSANAAN TINDAKAN 1 Pemeriksaan e RPH Hari Jumaat Pengetua PK Pentadbiran, PKTing 6 GKMP 2 Semakan Kehadiran Guru di kad perakam waktu Permulaan Sidang Persekolahan (Pejabat) Pengetua PK Pentadbiran PK Petang 3 Pencerapan Pengajaran Guru Rujuk Jadual Pengetua Penolong Kanan GKMP 4 Semakan Buku Latihan /ATM Rujuk Jadual PK Pentadbiran PK Petang GKMP Ketua Panitia 5 Penyeliaan Kelas Setiap Hari PK HEM Guru Tingkatan Guru Bertugas 6 Penyeliaan Kantin Sekolah Setiap Hari PK HEM Guru Bertugas AJK Kantin 7 Laporan Guru bertugas Setiap Hari (Di bilik PK) PK Pentadbiran PK Petang
146 LAGU SEKOLAH SERI Bersama SERI Kita bersemi Pewaris bangsa berhemah tinggi Bersama mendukung satu aspirasi Menjadi generasi yang dihormati Berilmu beriman berjuang berkorban Berjasa sepanjang zaman (2X) Selagi darah mengalir di dada Selagi cahaya bersinar di mata Padamu ibu bapa guru tercinta Akan kami kota semua jadi nyata