The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-portfolio berkaitan strategi pentaksiran alternatif yang disesuaikan dengan kaedah pentaksiran dan dikaitkan dengan alat instrumen yang bersesuaian.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amni Najihah, 2025-03-09 12:01:35

EDUP3153 - PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

E-portfolio berkaitan strategi pentaksiran alternatif yang disesuaikan dengan kaedah pentaksiran dan dikaitkan dengan alat instrumen yang bersesuaian.

Keywords: pentaksiran alternatif,alat instrumen,kaedah pentaksiran,kelebihan instrumen,kelemahan instrumen,cadangan penambahbaikan instrumen

PENTAKSIRAN BERTERUSAN TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK (E-PORTFOLIO) EDUP3153 - PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN DISEDIAKAN OLEH: NUR AMNI NAJIHAH BINTI AZIZI PENGAJIAN MELAYU 2


Pendahuluan Pentaksiran merupakan suatu proses berterusan yang dilaksanakan bagi memperoleh maklumat, membuat interpretasi, merekod dan membuat laporan berdasarkan prestasi murid. Hal ini dapat membantu guru untuk membuat keputusan secara profesional melalui dapatan prestasi murid melalui kaedah pentaksiran yang dilaksanakan ssepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah itu, guru dapat mengambil tindakan susulan yang bersesuaian dengan hasil keputusan yang dibuat bagi memenuhi keperluan murid menggunakan pendekatan, strategi, kaedah serta teknik yang bersesuaian dengan murid tersebut bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Zamri dan Anita (2020) menyatakan bahawa pelaksanaan PBD yang dilaksanakan oleh guru iaitu individu penting dengan memulakan pentaksirancdengan menentukan objektif pembelajaran berpandukan standard pembelajaran yang akan ditaksir, merancang lalu membina instrumen kemudian melaksanakan pentaksiran, merekod, menganalisis maklumat, melapor dan mengambil tindakan susulan.


Pentaksiran Alternatif: Pembentangan Pentaksiran alternatif dalam bentuk pembentangan merupakan strategi yang memerlukan murid menyampaikan idea yang berkaitan dengan topik pembelajaran sama ada secara individu atau berkumpulan. Berdasarkan tugasan pembentangan yang diberikan oleh guru, murid akan dinilai dari aspek komunikasi dan cara penyampaian (Nabihan Mohd Hamid dan Mohd Effendi Ewan Mohd Matore, 2022). Ini bermakna murid perlu mewujudkan komunikasi dua hala sama guru dengan murid atau murid dengan murid semasa pembentangan dilaksanakan. Kaedah Pentaksiran Alat instrumen pertama merupakan rubrik yang digunakan untuk mentaksir murid secara berterusan dengan menggunakan kaedah pentaksiran secara pemerhatian dan lisan bagi aktiviti pembentangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


Instrumen Pentaksiran: Rubrik Instrumen rubrik yang digunakan oleh guru bagi mentaksir hasil kerja dan keupayaan murid untuk menyampaikan konten dengan berkesan melalui kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan dinyatakan dalam rubrik tersebut sama ada secara individu mahupun kumpulan. Kelebihan Instrumen Pentaksiran: Rubrik Berdasarkan instrumen ini, guru dapat mengenal pasti dan menganalisis perkembangan murid melalui tiga domain taksonomi pembelajaran iaitu dari aspek kognitif, afektif serta psikomotor secara holistik dan seimbang yang tidak terikat dengan hanya sekadar pengetahuan semata-mata bahkan murid juga dapat menonjolkan kemahiran sosial mereka melalui kaedah penyampaian mereka. Kandungan atau kriteria dinyatakan dalam rubrik pembentangan ini dinyatakan dengan jelas untuk memudahkan murid melaksanakan dan memenuhi konten atau kemahiran yang dinilai. Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah bersesuaian dengan penggunaan instrumen rubrik pembentangan yang dapat dilihat dari kesahannya kerana aktiviti pembentangan akan berlangsung sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik-topik yang dipelajari. Kandungan yang dinilai dalam instrumen ini perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin supaya guru dapat mengenal pasti penguasaan murid bagi topik yang dipelajari. Hal ini kerana, kesahan instrumen adalah untuk membuktikan sejauh mana sesuatu alat instrument benar-benar menguji konstruk yang perlu diukur seperti yang dinyatakan dalam instrumen satu demi satu (Mahaya Salleh, Hashiroh Hussain dan Suzana Abd Mutalib, 2025).


Kelemahan Instrumen Pentaksiran: Rubrik Guru boleh menangani kelemahan yang dihadapi dengan mengenal pasti pengetahuan dan perkembangan murid pada peringkat awal dengan mentadbir ujian diagnostik kepada murid-murid. Setelah memperoleh keputusan, guru boleh menyesuaikan strategi pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran murid yang pelbagai dengan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap perkembangan murid. Bagi murid yang masih berada pada aras rendah, guru boleh menggunakan skala berterusan bagi memantau perkembangan murid semasa melakukan aktiviti supaya mencapai kemudahtadbiran untuk melaksanakan pentaksiran terhadap murid dan skor yang dicapai oleh murid dapat ditafsir dengan mudah dan jelas. Kaedah antara pemeriksa juga dapat meningkatkan kebolehpercayaan hasil keputusan yang diperoleh berdasarkan rubrik pembentangan yang dapat meminimumkan subjektiviti guru semasa mentadbir pentaksiran. Contohnya, ketua panitia mata pelajaran Bahasa Melayu boleh duduk bersama dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu semasa pentaksiran sedang berlaku dan menilai murid bersama-sama. Kesannya jurang perbezaan skor yang diperoleh murid dapat dikurangkan. Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran perlu melakukan pemantauan secara bersemuka terhadap guru dalam pelaksanaan pentaksiran di sekolah termasuk pentaksiran digital (Suhaida, Norhisham dan Abd Hadi, 2023). Contoh Instrumen Pentaksiran: Rubrik


Cadangan Penambahbaikan Instrumen Pentaksiran: Rubrik Guru boleh menangani kelemahan yang dihadapi dengan mengenal pasti pengetahuan dan perkembangan murid pada peringkat awal dengan mentadbir ujian diagnostik kepada murid-murid. Setelah memperoleh keputusan, guru boleh menyesuaikan strategi pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran murid yang pelbagai dengan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap perkembangan murid. Bagi murid yang masih berada pada aras rendah, guru boleh menggunakan skala berterusan bagi memantau perkembangan murid semasa melakukan aktiviti supaya mencapai kemudahtadbiran untuk melaksanakan pentaksiran terhadap murid dan skor yang dicapai oleh murid dapat ditafsir dengan mudah dan jelas. Kaedah antara pemeriksa juga dapat meningkatkan kebolehpercayaan hasil keputusan yang diperoleh berdasarkan rubrik pembentangan yang dapat meminimumkan subjektiviti guru semasa mentadbir pentaksiran. Contohnya, ketua panitia mata pelajaran Bahasa Melayu boleh duduk bersama dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu semasa pentaksiran sedang berlaku dan menilai murid bersama-sama. Kesannya jurang perbezaan skor yang diperoleh murid dapat dikurangkan. Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran perlu melakukan pemantauan secara bersemuka terhadap guru dalam pelaksanaan pentaksiran di sekolah termasuk pentaksiran digital (Suhaida, Norhisham dan Abd Hadi, 2023).


Pentaksiran Alternatif: Ujian Lisan (Membaca) Pentaksiran alternatif yang dilaksanakan melalui pentaksiran lisan yang memfokuskan bacaan dijalankan bagi mengenal pasti tahap penguasaan dan perkembangan murid dalam kemahiran membaca yang merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Ujian lisan membaca ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap perkembangan murid bermula dari mengenal huruf sehingga dapat membaca yayat panjang. Pelaksanaan entaksiran ini dilakukan secara berterusan bagi mengukuhkan kemahiran membaca murid sehingga murid dapat membaca dengan lancar dan cepat. Oleh itu, guru perlu menetapkan objektif secara jelas bagi memfokuskan aspek tertentu seperti kefasihan, sebutan, intonasi dan sebagainya mengikut perancangan yang dibuat melalui Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Guru menggunakan pelbagai bahan bacaan sebagai bahan bantu belajar murid yang bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka untuk mentaksir kemahiran membaca. Kaedah Pentaksiran Pentaksiran ujian lisan kemahiran membaca ditaksir oleh guru menggunakan kaedah pemerhatian dan lisan bagi memperoleh maklum balas atau perubahan serta perkembangan yang berlaku semasa pentaksiran dijalankan. Hal ini kerana, guru dapat menilai kemahiran murid dengan lebih tepat dan holistik dari segi sebutan, kelancaran serta pemahaman murid semasa melaksanakan ujian dalam konteks komunikasi sebenar. Guru juga boleh menggunakan kaedah bertulis untuk mencatat perkara-perkara penting yang diperoleh berdasarkan tindak balas murid semasa melaksanakan ujian sebagai bahan sokongan kepada pentaksiran yang dilaksanakan.


Instrumen Pentaksiran: Rekod Berterusan Instrumen yang digunakan oleh guru untuk mentaksir murid ialah instrumen rekod berterusan yang digunakan memantau perkembangan dan pencapaian murid dalam menguasai aspek-aspek yang perlu dicapai oleh murid dalam kemahiran membaca. Guru akan meneliti setiap aspek tersebut secara pemerhatian dan lisan untuk direkodkan menggunakan rekod berterusan. Hal ini dapat memudahkan guru untuk mengenal pasti bahagian yang dikuasai oleh murid dan kelemahan yang dihadapi oleh murid untuk diperbaiki serta dibimbing untuk mencapai tahap penguasaan yang sepatutnya dicapai. Kelebihan Instrumen Pentaksiran: Rekod Berterusan Kelebihan penggunaan instrumen rekod berterusan ialah guru dapat menilai tahap perkembangan murid secara berterusan dan holistik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen ini mudah diuruskan oleh guru bagi setiap ujian lisan untuk dilaksanakan kerana guru dapat menilai murid secara menyeluruh. Apabila murid mencapai tahap penguasaan bagi sesuatu aspek, guru akan membuat tanda bahawa murid berjaya mencapai tahap yang sepatutnya dicapai sebagai tanda murid tersebut lulus pada bahagian tersebut. Ini bermakna instrumen ini mudah ditadbir dan mudah ditafsir semasa guru memberikan maklum balas kepada murid sama ada bahagian tersebut telah macapai tahap penguasaan yang maksimum atau perlu diperbaiki dan perlu diberikan perhatian yang lebih. Kesannya, murid dapat berusaha untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian mereka untuk mencapai tahap penguasaan yang perlu dicapai dengan lebih bersungguh-sungguh.


Kelemahan Instrumen Pentaksiran: Rekod Berterusan Namun begitu, kelemahan yang terdapat pada insturmen ini adalah dari segi kesahan ujian lisan yang dilaksanakan. Guru perlu cakna bahawa setiap murid mempunyai tahap perkembangan yang berbeza untuk menguasai sesuatu kemahiran. Maka, tempoh ujian berkemungkinan menjadi lebih panjang berbanding perancangan yang sepatutnya. Tambahan pula, perspektif guru boleh berlaku banyak perbezaan dengan situasi sebenar yang dihadapi semasa menguji murid seperti kelancaran murid semasa membuat bacaan. Ini menyebabkan kesukaran kepada guru utuk mentaksir murid dalam masa yang singkat dan perlu diberikan tindakan susulan yang lebih teliti. Sehubungan itu, rekod yang sepatutnya dicatat sama mencapai tahap yang sepatutnya dicapai menjadi lebih subjektif disebabkan penetapan target yang diletakkan oleh guru tidak tercapai. Contoh Instrumen Pentaksiran: Rekod Berterusan


Cadangan Penambahbaikan Instrumen Pentaksiran: Rekod Berterusan Penggunaan instrumen ini dapat ditambah baik dengan cara guru menetapkan tempoh yang tidak terlalu lama untuk melaksanakan bahagian yang perlu dikuasai oleh murid. Hal ini kerana, panjang tempoh ujian mempengaruhi kesahan ujian lisan tersebut yang juga memberi Kesan terhadap keobjektifan ujian tersebut bagi menguji keupayaan murid. Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan interaktif seperti video animasi atau menyanyi lagu yang mempunyai laras bahasa kanak-kanak bersesuaian dengan tahap perkembangan murid. Murid akan menjadi lebih bersemangat untuk belajar menggunakan kaedah yang kreatif semasa belajar.


Pentaksiran Alternatif: Buku Skrap Pentaksiran alternatif yang dilaksanakan oleh guru adalah berbentuk penghasilan projek atau produk seperti buku skrap yang dilaksanakan secara individu tau berkumpulan. Tugasan penghasilan buku skrap melatih murid untuk memperkembangkan bakat dan kreativiti murid dalam menyampaikan konten pembelajaran secara menyeluruh tentang sesuatu topik. Daya kreativiti murid boleh dikembangkan melalui pendedahan penggunaan buku skrap dalam aktiviti menulis karangan (Monica L. T. dan Zamri Mahamod, 2020). Penyampaian konten pembelajaran dihasilkan dalam bentuk mudah seperti infografik, gambar rajah, bahan sokongan, penulisan isi, huraian beserta contoh yang memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menganalisis tema atau topik yang diuji dan mengaplikasikannya dalam bentuk buku skrap serta menguasai kemahiran membaca dan menulis. Kaedah Pentaksiran Guru melaksanakan pentaksiran dengan menggunakan kaedah penulisan untuk mencatat hasil penilaian yang dibuat mengikut instrumen yang digunakan untuk mentaksir murid. Melalui kaedah ini, guru dapat memantau keupayaan dan perkembangan murid dalam penguasaan kemahiran menulis, penyusunan idea dan pengetahuan, menganalisis isu serta mengaplikasi dalam situasi dengan menghasilkan buku skrap.


Instrumen Pentaksiran: Senarai Semak Instrumen yang digunakan oleh guru untuk mentaksir murid ialah instrumen senarai semak yang digunakan menilai hasil kerja murid berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam senarai semak tersebut. Guru akan menyemak setiap kandungan dan hasil kerja murid berpandukan senarai semak tersebut. Kelebihan Instrumen Pentaksiran: Senarai Semak Pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru bagi menilai buku skrap yang dihasilkan murid menggunakan instrumen senarai semak dapat meningkatkan kesahan dari aspek kandungan buku skrap tersebut. Hal ini kerana, senarai semak yang digunakan untuk menilai hasil buku skrap murid turut diberikan kepada murid sebagai panduan mereka untuk melaksanakan dan melengkapkan tugasan yang diberikan berpandukan senarai semak. Tambahan pula, senarai semak ini bukan sahaja menilai dari aspek kandungan semata-mata malah menilai secara menyeluruh dari segi kekemasan dan kreativiti murid untuk Menyusun maklumat dan idea secara sistematik. Apabila murid merujuk senarai semak ini, mereka dapat melaksanakan tugasan yang diterima dengan sebaik mungkin untuk mencapai skor maksimum terhadap hasil kerja mereka. Kesannya, guru dapat membuat pemeriksaan yang sistematik dan lancar semasa memberikan skor terhadap kandungan dan kriteria lain seperti kekemasan, penggunaan bahan serta kreativiti murid.


Kelemahan Instrumen Pentaksiran: Senarai Semak Walaupun penggunaan senarai semak mempunyai banyak kelebihan kepada guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid tetapi masih mempunyai kekurangan yang dapat dikenal pasti semasa melaksanakan pentaksiran menggunakan instrument tersebut. Antaranya adalah dari aspek kebolehpercayaan instrumen senarai semak untuk menilai buku skrap. Hal ini kerana, guru menggunakan instrumen yang sama untuk menilai buku skrap semua murid yang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza menyebabkan berlaku ketidakadilan semasa penilaian dibuat. Bagi murid yang masih berada pada aras rendah akan mengalami kesukaran untuk melaksanakan tugasan disebabkan banyak kriteria yang perlu dicapai dan dilaksanakan oleh seseorang murid menyebabkan kebolehpercayaan pada skor menjadi rendah yang mendorong kepada ketidakadilan semasa keputusan skor diberikan yang tidak bersesuaian dengan nilai sebenar yang sepatutnya diperolehi oleh murid tersebut. Contoh Instrumen Pentaksiran: Senarai Semak


Cadangan Penambahbaikan Instrumen Pentaksiran: Senarai Semak Setelah mengenal pasti kelemahan instrumen yang digunakan, guru perlu melakukan penambahbaikan terhadap instrumen bagi mencapai objektif yang dihasratkan. Guru boleh mengekalkan kriteria yang dinyatakan dalam senarai semak bagi menilai buku skrap murid yang mempunyai tahap pengetahuan pada aras sederhana dan tinggi termasuklah murid yang mempunyai tahap pengetahuan aras rendah dengan syarat menetapkan mana-mana kriteria utama yang perlu dicapai oleh murid tersebut untuk mencapai skor yang baik dengan memberikan tumpuan utama kepada mereka. Oleh itu, guru perlu cakna dengan keupayaan dan kemahiran yang dikuasai oleh murid semasa melaksanakan tugasan ini dengan memberikan pemantauan yang berterusan sehingga tarikh akhir penghantaran produk mereka untuk dinilai. Maka, objektif yang dihasratkan dapat tercapai dan mencapai kebolehpercayaan terhadap skor yang diberikan berdasarkan penetapan kriteria yang ditentukan oleh guru dengan alasan yang releven.


Rumusan Pentaksiran membantu mentaksir murid secara menyeluruh dalam pelbagai bidang sama ada pentaksiran bidang akademik mahupun pentaksiran bukan akademik yang dilaksanakan menggunakan beberapa kaedah yang disesuaikan dengan strategi pentaksiran alternatif. Setiap dapatan atau hasil pencapaian murid direkodkan supaya guru dapat memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dipelajari. Tambahan pula, pentaksiran dilaksanakan bagi memastikan perkembangan sentiasa meningkat dan berkembang secara berterusan.


Rujukan Hariatul Hafidzah Mahmad Khory, Mohd Nazri Abdul Rahman & Muhammad Azhar Zailaini (2021). Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah Mata Pelajaran Bahasa Arab Berasaskan Keperluan Pembelajaran Murid. Jurnal Kepimpinan Pendidikan Bil. 8, Isu 2. Mahaya Salleh, Hashiroh Hussain & Suzana Abd Mutalib (2025). Pentaksiran dalam Pendidikan. Puchong: Local Publications (M) Sdn Bhd. Monica, L. T. & Zamri Mahamod (2020). Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap Kemahiran Menulis Karangan Murid Sekolah Rendah (The Effects of Project-Based Learning on Essay Writing Skills among Primary School Students) Jurnal Pendidikan Malaysia 45(1)(2020): 12-20 DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020-45.01-02 Suhaida Mohd Sukis, Norhisham Muhamad & Abd Hadi Borham (2023). Amalan Pentaksiran Alternatif Digital Guru Pendidikan Islam (GPI) Di Sekolah Kebangsaan: Digital Alternative Assessment Practice of Islamic Education Teachers (IET) in Primary School. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 7, No. 1 (2023), 44-57. DOI:10.53840/attarbawiy.v7i1.151 Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman (2020). Profesion Keguruan dan Pembangunan Insan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Lampiran


Lampiran


Lampiran


Click to View FlipBook Version