TAJUK:
GARIS PANDUAN DALAM MERIALISASIKAN DIALOG ANTARA AGAMA DAN PERADABAN
MPU 23032 PENGAJIAN ISLAM
NAMA PENSYARAH:
DAYANGKU FARAH AZEILA AWG MOHAMMAT
NO NAMA NO MATRIK
1 MUHD DANNIEL BIN 20DDT21F1046
ABDULLAH
2 MOHD HADIF BIN ROSLAN 20DDT21F1050
3 NAQIU NAQAYYOUM BIN 20DDT21F1011
KAMIS
BIL ISI KANDUNGAN
1 1.0 PENGENALAN
-APA ITU DIALOG DAN AGAMA?
2 2.0 OBJEKTIF
2.1 KEPERLUAN DIALOG AGAMA MASA KINI.
2.2 PERKARA-PERKARA YANG HARUS DIAWASI DALAM DIALOG.
3 KESIMPULAN
4 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN APA ITU DIALOG DAN AGAMA?
Dialog adalah satu usaha yang baik kerana ia adalah pendekatan berguna bagi mencari penyelesaian
kepada satu permasalahan. Namun usaha sebegini mungkin mudah apabila ia berkait dengan masalah-
masalah yang bersifat sosial, ekonomi dan politik akan tetapi ia menjadi sukar lagi sulit apabila ia
berhubung dengan agama. Berbeza dengan sudut kehidupan yang lain, agama berkait rapat dengan
pegangan, kepercayaan dan keyakinan yang bersifat mutlak. Ia merupakan wilayah suci yang amat
sukar menerima ruang perubahan. Tambahan pula, agama, pada fitrahnya, mencerminkan satu
kerangka pandangan alammeyeluruh yang terbentuk dari beberapa unsur-unsur utama berdasarkan
sumber-sumber agama yang bersifat mutlak. Dalam konteks Islam, misalnya, unsur-unsur utama ini
seperti kepercayaan dan kefahaman terhadap Tuhan, Nabi, Hari Akhirat, agama, al-Qur’an, hukum-
hakam dan sebilangan nilai-nilai akhlakiah adalah tetap dan kekal, tidak tertakluk kepada perubahan.
[v]
Pandangan alam yang terpancar dari sesuatu agama itu pula berbeza dan kadangkala bertentangan
dengan pandangan hidup yang terbit dari agama-agama lain. Teks-teks agama yang menjadi sumber
rujukan dalam pembentukan pandangan hidup ini secara dasarnya mempertahankan ketulenan
kepercayaan dan ajaran-ajaran agama masing-masing dan menolak beberapa prinsip yang dipegang
oleh agama lain. Ini secara langsung mempertajamkan lagi perbezaan yang wujud antara pandangan
alam yang lahir dari pelbagai agama ini. Misalnya, penegasan dan pengisbatan al-Qur’an terhadap
prinsip keesaan Tuhan (Tawhid), kritikanNya terhadap asas pegangan agama Kristian seperti Ketigaan
Tuhan (trinity) dan pensaliban Nabi Isa (crucifixion) serta kecaman terhadap penduaan Tuhan (shirik)
yang menjadi asas kepada sistem kepercayaan agama-agama lain.
2.0 OBJEKTIF Dekad-dekad mutakhir ini menyaksikan seruan untuk melakukan dialog agama semakin kuat walaupun ia
masih diperingkat awal. “It is still”, kata Alan Race dan Shafer “in its infancy”.[xi] Keperluan dialog
2.1 KEPERLUAN antara agama dizaman ini dikaitkan dengan corak kehidupan manusia yang lebih pluralistik akibat dari
DIALOG AGAMA arus globalisasi. Jarang sekali berlaku wujudnya sebuah negara yang tidak didiami oleh masyarakat yang
MASA KINI. pelbagai sementara sistem demokrasi yang diamalkan disebahagian besar negara di dunia yang
menonjolkan aspek hak asasi manusia dan kebebasan beragama kadangkala memerlukan interaksi dan
tasamuh yang lebih tinggi di kalangan penduduk berbilang agama. Justeru suasana interaksi agama
yang dahulunya lebih bersifat monolog harus berubah kepada dialog. [xii]
Selain dari itu, timbul masalah-masalah baru seperti ektremisme agama yang kadangkala bukan sahaja
memberi kesan buruk kepada penganut agama lain malah kepada penganut agama itu sendiri. Tindakan
sekelompok masyarakat bertindak atas nama agama dengan membunuh, mengebom manusia lain yang tidak
berdosa adalah sesuatu yang tidak dibenarkan oleh mana-mana agama. Walaupun faktor yang membawa kepada
tindakan tersebut serta keadaan psikologi mereka yang terlibat dapat difahami dan perlu diambil kira, tindakan
yang dilakukan ternyata tidak menguntungkan sesiapa malah memberi kesan yang lebih buruk kepada hubungan
antara agama. Justeru itu usaha dialog sama ada di peringkat dalaman di antara penganut agama itu sendiri
(intra-religion) dan juga dialog dengan agama lain (inter-religion) adalah perlu untuk menjelaskan kedudukan
sebenar kefahaman agama tersebut dan mengelakkan kesilapfahaman.
2.1 KEPERLUAN Persoalan lain yang timbul ialah kewujudan common enemies di kalangan pelbagai agama
DIALOG AGAMA yang menjadi ancaman bukan sahaja kepada sesuatu agama akan tetapi kesemua agama.
MASA KINI. Misalnya dalam keadaan kehidupan penduduk dunia yang semakin sekular dan berteraskan
kebendaan, timbul keperluan di kalangan penganut-penganut agama untuk bersama
berganding bahu menentang aliran-aliran ini dari mempengaruhi kefahaman agama-agama
mereka. Begitu juga dengan isu-isu yang bersifat sosio-politik semasa seperti kerosakan
alam sekitar, kemiskinan, ancaman nuklear, kepanasan global kesemuanya memerlukan
suaran dari kelompok agamawan dan boleh menjadi pendorong utama kelompok-kelompok
agama untuk bersama-sama menyatakan pendirian mereka. Dari sudut yang lebih kecil,
terdapat juga masalah-masalah dalaman yang bersifat teknikal yang kadangkala berkait
dengan agama. Misalnya dalam konteks Malaysia, beberapa isu tentang pentadbiran agama
dan perlaksanaan undang-undang yang memberikan kesan terhadap agama seperti
pembinaan kuil, sistem mahkamah sivil dan shari’ah. Perkara-perkara ini sudah pasti
memerlukan tindakan proaktif dari kelompok-kelompok agama untuk duduk berbincang dan
cuba menawarkan penyelesaian terhadap masalah-masalah tersebut dengan penuh
kebijaksanaan.
Penyelesaian terhadap semua masalah ini akan memastikan keharmonian dan kerukunan
hidup antara masyarakat beragama akan terjamin. Ini merupakan landasan yang paling
penting dalam kehidupan manusia yang mengesahkan lagi keperluan terhadap dialog antara
agama. Walaupun dialog sebegini agak lebih pragmatik dan bukan cerminan bentuk interaksi
antara agama yang berlaku dalam sejarah dan tamadun yang lalu, ia merupakan keperluan
semasa yang tidak dapat dinafikan kepentingannya.
2.2 PERKARA- Dalam keghairahan menjalankan dialog antara agama, terdapat juga perkara-perkara yang
PERKARA harus dielakkan. Antara lain ialah kecenderungan untuk menyamakan kebenaran antara agama
YANG HARUS
DIAWASI DALAM dengan menganjurkan faham pluralisme agama. Kita tidak menentang pluralisme agama
DIALOG. sekiranya ia bermaksud kehidupan bersama pelbagai penganut agama dalam satu wilayah (co-
existence) untuk hidup dalam keadaan harmoni. Malah tasamuh dan keterbukaan bentuk ini
sudah lama wujud dalam Islam sejak dahulu lagi seperti yang telah dijelaskan. Akan tetapi
pluralisme yang ditolak ialah kefahaman bahawa semua agama sama dari segi kebenaran dan
tidak ada agama yang boleh mendakwa kebenaran lebih dari agama lain. Sebaliknya prinsip yang
harus dipegang ialah seperti mana yang dianjurkan oleh al-Qur’an bahawa “Bagi kamu agama
kamu dan bagiku agamaku” (lakum dinukum wa liyadin). Adalah amat penting ditegaskan bahawa
pengakuan kebenaran eksklusif sesuatu agama bukan bermakna tidak bersifat tasamuh
(intolerance) dengan agama lain.
Yang kedua ialah kecenderungan untuk membuang kemutlakan agama (deabsolutization of truth) dengan
menafikan aspek kesucian dan kemutlakan setiap agama sepertimana yang dianjurkan oleh beberapa
penulis-penulis dalam bidang ini.[xiv] Walaupun tujuan anjuran ini adalah untuk membuka ruang keterbukaan
yang lebih kepada semua agama untuk berdialog, namun ia adalah sesuatu yang tidak perlu, malah sudah
pasti tidak akan dipersetujui oleh mana-mana penganut agama yang meyakini akan kebenaran agama
mereka. Yang lebih wajar dianjurkan ialah di samping kepercayaan tentang kemutlakan agama masing-
masing, setiap penganut harus dapat membezakan antara kemutlakan agama yang benar dan
ketidaksempurnaan penganut-penganut yang mengamalkan agama tersebut. Masalah-masalah yang berlaku
antara agama sebahagiannya bukan disebabkan ajaran agama, akan tetapi kelemahan dan kejahilan
penganut agama tersebut dalam memahami agama asing-masing.
3.KESIMPULAN
Populasi bangsa Malaysia bukan sahaja terpisah dari sudut geografi, malah dari sudut fizikal dan budaya. Tahap perpaduan
antara kaum dan agama di Malaysia masih berada dalam keadaan yang rapuh walau kemerdekaan negara telah berlangsung
lebih 50 tahun. Justeru, sebagai jambatan untuk membina keharmonian antara kaum dalam konteks masyarakat Malaysia
adalah melalui dialog antara agama. Jelasnya, apabila ditelusuri secara mendalam paradigma yang menjadi tunjang utama
Islam dalam menangani persoalan kehidupan menonjolkan bahawa Islam meletakkan dasar dan prinsip yang cukup jelas dan
kukuh terhadap konsep dialog agama ini. Ia bersifat positif dan terbuka selama mana tidak menjejaskan prinsip tauhid yang
telah dikuatkan dan ditetapkan oleh world-view Islam yang berpaksikan wahyu Allah, dan tidak mendatangkan kemudaratan
kepada keseluruhan umat manusia. Proses dialog agama yang telah dijalankan dalam konteks Malaysia semasa masih
mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bersama oleh kedua-dua pihak pendialog daripada penganut Islam dan
bukan Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa seandainya hal ini tidak diperbaiki dan diperkukuhkan oleh kedua pihak,
prospek dialog agama di Malaysia amat malap dan sekali gus membina "tembok besar" tersendiri dan akhirnya nikmat
keharmonian hidup yang telah terjalin dalam hubungan antara umat beragama di negara ini nanti dibimbangi semakin terhakis
dan terhapus. Justeru, sewajarnya para ilmuwan Muslim dan para cendekiawan bukan Islam bersatu dalam membangunkan
paradigma baru dalam menangani konflik agama dalam kalangan masyarakat Malaysia yang beraneka agama, budaya, tamadun
dan peradaban. Ia wajar dilaksanakan secara berhemah dan berhikmah bagi memastikan semua pihak dapat hidup dalam aman
dan damai
4.RUJUKAN
[I] Lihat misalnya perbahasan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas mengenai pandangan alam Islam dan juga perbezaannya
dengan pandangan alam yang terpancar dalam tamadun lain dalam karya-karya beliau seperti Islam and Secularism,
cetakan semula (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001), Prolegomena to the Metaphysics of Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995) dan
Risalah untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001).
[II] Alan Race & Ingrid Shafer, Religions in Dialogue (Hants: Ashgate, 2002), 3.
[III] Ibid.
[IV] Lihat misalnya tulisan Leonard Swidler, “From Age of Monologue to the Age of Global Dialogue”, Religions in Dialogue, ed.
Alan Race & Ingrid Shafer (Hants: Ashgate, 2002),8.