The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR SHARINA BINTI SAHAR
PP2212096T
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH, UMS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sharina Sahar, 2023-04-13 23:07:10

JENIS-JENIS AYAT DALAM BAHASA MELAYU

NUR SHARINA BINTI SAHAR
PP2212096T
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH, UMS

Keywords: JENIS-JENIS AYAT

6.53 JENIS-JENIS AYAT Nur Sharina binti Sahar


PENGENALAN Dalam bahasa Melayu, terdapat empat (4) jenis ayat yang perlu diketahui oleh murid- murid, iaitu: 1. Ayat Penyata 2. Ayat Seru 3. Ayat Tanya 4. Ayat Perintah 2


AYAT PENYATA • Ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. • Ayat ini juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. • Binaan ayat penyata hanyalah diakhiri dengan noktah. 3 _______________________________(ayat)______________________________ .


CONTOH-CONTOH AYAT PENYATA 1. Soraya dan Amnah bersahabat baik sejak kecil lagi. 2. Daerah Tawau merupakan daerah ketiga terbesar di negeri Sabah. 3. Cuaca pada hari ini sangat panas. 4


AYAT SERU 5 • Ayat seru digunakan untuk melahirkan perasaan sedih, takut, terkejut, marah dan sebagainya. • Ayat seru menggunakan kata seru pada pangkal ayat. • Ayat jenis ini hendaklah diakhiri dengan tanda seru (!) Contoh-contoh kata seru: • Wah • Amboi • Aduh • Eh • Alahai • Oh • Cis


CONTOH-CONTOH AYAT SERU 6 1. Wah, mahalnya baju ini! 2. Amboi, belanja sakan nampaknya! 3. Aduh, sakitnya kaki aku terhantuk pada besi itu! 4. Cis, berani sungguh kamu melawan kata ketua kami! 5. Aduhai, anak kucing aku! _______________________________(ayat)______________________________ !


AYAT TANYA • Ayat tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. • Lazimnya, ayat tanya dimulakan dengan kata tanya. • Ayat tanya juga lazim digabungkan dengan partikel -kah • Ayat tanya hendaklah diakhiri dengan tanda soal (?) _______________________________(ayat)_________________________ ?


AYAT TANYA 8 Contoh-contoh kata tanya: • Apa • Mengapa / Kenapa • Di mana • Bila • Siapa • Bagaimana Contoh ayat tanya: 1. Apakah perasaan anda setelah dinobatkan sebagai juara? 2. Mengapakah dengan Diana? 3. Di manakah lokasi temuduga pencarian bakat itu? 4. Bilakah tahun kelahiran Tun Dr. Mahathir? 5. Siapa budak perempuan yang berbaju ungu itu? 6. Bagaimanakah proses penghasilan minyak masak ini?


AYAT PERINTAH 9 • Ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. • Terdapat empat (4) jenis ayat perintah, antaranya: • Ayat suruhan • Ayat larangan • Ayat silaan • Ayat permintaan


AYAT SURUHAN 10 • Ayat ini digunakan untuk memberi arahan atau memerintah seseorang melakukan sesuatu. • Ayat ini dibina dan diakhiri dengan tanda noktah di penghujung ayat. Contoh-contoh ayat: 1. Fikirkanlah dengan sebaiknya sebelum bertindak. 2. Siapkan segera tugasan yang cikgu telah berikan.


AYAT LARANGAN • Ayat ini digunakan untuk melarang seseorang daripada melakukan sesuatu • Terdapat kata larangan yang dalam membina ayat ini, antaranya: 1. Jangan 2. Usah 3. Tak usah Contoh-contoh ayat: • Jangan petik bunga itu. • Usah bermain di tebing sungai. • Tak usah kamu masuk campur dalam hal ini. 11


AYAT SILAAN 12 Contoh-contoh ayat: • Sila tunjukkan kad pelajar anda sebelum memasuki bangunan utama ini. • Jemput makan bersama-sama. • Jemputlah datang ke rumah saya jika puan berkelapangan. • Ayat ini digunakan untuk mensilakan atau menjemput seseorang • Menggunakan kata sila atau jemput.


AYAT PERMINTAAN 13 • Ayat ini digunakan untuk memohon permintaan atau pertolongan • Ayat ini menggunakan kata permintaan, iaitu: 1. Minta 2. Tolong 3. Harap Contoh-contoh ayat: • Minta semua pelajar memenuhi ruangan hadapan dengan segera. • Tolong ambilkan saya secawan air. • Harap anda semua bersabar dan dapat menunggu dengan tenang.


LATIHAN PENGUKUHAN Mengenai jenis-jenis ayat 14


LATIHAN 1 15


LATIHAN 2 16 Bina dua ayat bagi setiap jenis ayat dengan binaan yang betul. 1. Ayat penyata 2. Ayat seru 3. Ayat tanya 4. Ayat perintah


TERIMA KASIH Semoga mendapat manfaat! 17


Click to View FlipBook Version