Jika Saya Seorang Perdana Menteri
Perdana Menteri. Ya, itu merupakan angan-angan saya apabila saya dewasa nanti. Jika saya menjadi seorang Perdana Menteri, saya berangan-angan untuk memakai sepasang baju uniform yang kemas dengan mengenakan seutas jam tangan yang cantik di samping memakai cermin mata supaya kelihatan segak.
Bukan itu sahaja, dari bidang pekerjaan, saya berjanji akan menggalas semua tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan baik
Jika saya menjadi seorang Perdana Menteri, saya akan memberikan sepenuhnya kerjasama yang baik dengan kakitangan saya. Saya akan memastikan negara saya berkembang maju sehingga terkenal di peringkat antarabangsa. Contohnya, saya akan berusaha meningkatkan ekonomi negara dengan menarik pelancong asing untuk datang melancong ke Malaysia. Selain itu, saya juga akan berusaha membangunkan bidang pertanian seperti memberikan dana bagi menambahbaik kawasan sawah padi supaya Malaysia dapat mengeluarkan beras tempatan yang berkualiti dan juga beberapa lagi produk keluaran bumiputera yang lain. Seterusnya, saya juga akan berusaha untuk membaik pulih jalan raya yang rosak terutama sekali di kawasan kampung.
Tambahan pula, saya akan memastikan semua rakyat di negara ini sentiasa dalam keadaan yang aman dan damai. Saya akan mengarahkan askar untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh dengan menggunakan kelengkapan yang telah disediakan seperti senapang dan juga kereta kebal. Di samping itu, saya juga akan menyediakan pelajaran yang percuma kepada rakyat kerana dengan adanya pelajaran inilah yang dapat membantu membangunkan lagi nama negara. Banyak insan yang berguna yang dapat dilahirkan dengan adanya pelajaran seperti guru, doktor, polis dan sebagainya.
Semua perkara tersebut akan saya lakukan jika saya berjaya menjadi seorang Perdana Menteri. Walaupun tugasnya agak berat, tetapi saya yakin dapat melakukannya dengan baik suatu hari nanti.