The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHARMILA KUMAR A/L ARUMUGAM IPG-Pelajar, 2024-03-31 08:00:04

Cerita Sang Musang Dan Sang Harimau

Buku Cerita kanak-kanak

Sang Musang dan Sang Harimau SHARMILA KUMAR A/L ARUMUGAM Buku Cerita Kanak-kanak


Buku bergambar yang memuatkan cerita yang berunsur pendidikan ini sesuai untuk bacaan atau dibacakan kepada kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun. Buku cerita ini juga khas untuk kanak-kanak kurang upaya pertuturan. 1


Suasana di hutan ini menenangkan dengan hamparan bunga-bunga indah dan harum baunya.Warna-warni bunga tersebut menyerikan lagi suasana hutan ini. Rama-rama bebas berterbangan dari satu bunga ke bunga yang lain menjadi simbolik kepada keamanan dan keharmonian yang dikecapi di hutan ini. 2


Di hutan belantara terdapat seekor musang dan seekor harimau yang menyayangi satu sama lain dan tinggal bersama di dalam gua yang terletak di dalam hutan. Mereka merupakan kawan rapat dan suka menolong satu sama lain apabila dalam masa kecemasan. 3


Sang Musang dan Sang Harimau berkongsi pengalaman yang baik kerana Sang Musang pandai bermain gitar manakala Sang Harimau mahir menyanyi lagu. Pada suatu hari, makanan dalam tempat tinggal mereka habis dan dengan ini mereka harus mencari makanan untuk meneruskan kehidupan. 4


Selama dua hari mereka tidak mendapat makanan yang secukupnya dan jika tidak mencari makanan berdua akan mati kerana kelaparan. Sang Harimau pula mengatakan kepada kawan karib iaitu Sang Musang saya akan keluar mencari makanan untuk kita. “Tinggal di dalam gua ini, kawanku. Jangan keluar dari gua ini tidak kira siapa yang memanggil kamu, “ kata Sang Harimau kepada Sang Musang. “Jangan risau, ” kata Sang Musang kepada Sang Harimau dan beredar. 5


Selepas beberapa minit Sang Harimau telah memperhatikan seekor rusa yang sedang berjalan di dalam hutan dengan diri seorang. Sang Harimau pula menunggu masa untuk menyerah rusa tersebut tetapi ianya tidak akan berlaku kerana rusa tersebut telah mengetahui iaitu harimau akan menyerahnya dalam beberapa minit lagi. 6


Rusa tersebut mula melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri. Sang Harimau mula berlari pantas untuk menerkam rusa tersebut. Kadar degupan jantung untuk rusa meningkat seperti “lubb– dupp”. Rusa juga berlari tanpa berhenti dan akhirnya rusa pula terperangkap dalam hutan yang tiada jalan untuk melarikan diri. 7


Dengan ini, Sang Harimau telah menggunakan peluang ini untuk menyerang rusa, akhirnya rusa telah mati daripada serangan Sang Harimau. Sang Harimau sangat gembira kerana telah menjumpai makanan untuk Sang Musang dan juga kepada diri sendiri. Seterusnya, Sang Harimau pula balik dari hutan tersebut dan dalam perjalanan ke gua. 8


Dalam masa yang sama, seekor singa telah memerhatikan iaitu Sang Harimau tiada dalam gua tersebut dan ini adalah peluang terbaik untuk menyerang Sang Musang.“Keluarlah kawanku, aku ada bawa makanan dan air bersih untuk kamu, ” kata seekor singa dari luar tempat tinggal Sang Musang. 9


Sang Musang juga dalam keadaan sangat lapar. Apabila Sang Musang ternampak makanan tersebut, maka dia segera menuju ke arahnya untuk makan. 10


Singa pula menggunakan peluang itu untuk menerkam Sang Musang dan membawanya pulang. Apabila Sang Harimau pulang ke rumah, dia telah melihat iaitu seekor singa membawa pulang kawan rapat Sang Harimau ke tempat tinggal singa tersebut. 11


Sang Harimau melihat singa keluar dari tempat tinggal tersebut dan singa menyuruh kelima-lima anaknya untuk mengawasi Sang Musang. Manakala Sang Harimau bersedia untuk menyelamatkan kawan rapat apabila Sang Harimau telah mengetahui ini adalah suatu peluang yang terbaik untuk menyelamatkan kawan dia. Jadi, Sang Harimau menggunakan peluang tersebut dan masuk ke dalam rumah singa dengan segera. 12


“Keluarlah wahai anak-anak singa, kalau tak keluar saya akan menerkam kamu semua, ” kata Sang Harimau dengan suara yang kasar. Degupan jantung anak-anak singa meningkat dan mereka takut lalu keluar satu demi satu dari rumah. 13


Apabila semua mereka berjaya keluar dari rumah, Sang Harimau menyelamatkan Sang Musang dan mula bergerak ke arah tempat tinggal mereka. 14


Mulai hari itu, Sang Musang tidak lagi mengingkari arahan Sang Harimau. Sang Musang telah mempelajari suatu pengajaran daripada kejadian tersebut iaitu cerdik tak membuang kawan, gemuk tak membuang lemak. Sang Harimau pula menasihati Sang Musang dengan serangkap pantun; Siang hari terbit mentari, Malam gelap cahaya kurang, Biar cerdik mengawal diri, Bimbang nanti disindir orang. 15


PENGAJARAN Kita perlu menghormati orang tua yang lebih berumur daripada diri kita dan harus mendengar arahan mereka. Persahabatan yang baik tidak akan dilepaskan walaupun dalam masa yang kecemasan atau waktu yang hadapi kesusahan. 16


GLOSARI Warna-warni :berbagai-bagai warna Hutan belantara :Hutan besar Kawan karib :kawan rapat Melarikan diri :melepaskan diri drpd bahaya Menerkam :melompati (untuk menyerang, menangkap) Cerdik tak membuang kawan, gemuk tak membuang lemak : Tidak hanya mengingat kepentingan diri sendiri sahaja tetapi juga kepentingan teman-temannya atau kawan-kawan 17


TERIMA KASIH TERIMA KASIH 18


17


Click to View FlipBook Version