The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN MALAYSIA (SMKTP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alya, 2021-08-26 23:10:12

TOKOH PEMIMPIN MALAYSIA : Tunku Abdul Rahman

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN MALAYSIA (SMKTP)

TOKOH PEMIMPIN
MALAYSIA : TUNKU
ABDUL RAHMAN

Nur Alya Qistina Binti Roszaini

PENGENALAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
yang dilahirkan pada 8 Februari 1903 dan
meninggal pada 6 Disember 1990. Beliau
merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri
pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957
sehingga 1970.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan
salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.
Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga
dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa
Malaysia".

Kehidupan Awal

Pendidikan

Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di
sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan
Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di
rumah, beliau belajar bahasa Melayu di
sekolah itu. Seorang guru pula datang ke
rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris.
Tunku kemudian berpindah ke sebuah
sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini
dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini,
beliau belajar di sekolah pada waktu siang
dan membaca Al-Quran pada waktu petang.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun
1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein.
Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain,
dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha.
Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang
menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George
Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi
peguam pada tahun 1949. Setelah belajar 25 tahun , barulah Tunku layak
menjadi peguam.

Kerjaya Politik

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949,
Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat
Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau
kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di
mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan
selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua
Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah
hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah
pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh
Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk
menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah
Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos
1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan
Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden
parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang
baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20
tahun.

Pilihan Raya

Pada hari pengundian, selepas mengundi, beliau mengetepikan
dirinya dalam lawatan angin badai ke kawasan pemilihan di
Kedah dan kemudian berlepas ke Kuala Lumpur diiringi oleh
T.H Tan. Tunku berhenti di setiap stesen pengundian utama
dalam perjalanan, dan hanya tiba di Kuala Lumpur pada pukul
11 malam, menjadikannya masuk ke bandar yang tidak
dikenali. Tunku sering keluar bersama rakan-rakan tetapi
pada malam 27 Julai, beliau bersendirian. Tunku
menghabiskan malam di Hotel Timur, mendengar keputusan
pilihan raya sehingga Stesen Radio Kuala Lumpur dimatikan
pada pukul 3 pagi.

Sebagai Perdana Menteri

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan
politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke
kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada
tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah satu daripada
pencapaian Tunku yang teragung.

Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah
persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak,
dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan
Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di
Singapura. Pada 16 September 1963, dengan
persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei,
beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang
pertama.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan
dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk
perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan
kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin
UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara
pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan
kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan
darurat.

Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri
dibatasi secara besar, dan pada 22
September 1970, beliau terpaksa meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku
kemudian meletakkan jawatannya sebagai
Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-
tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda'
yang terdiri daripada penentang-penentang
parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam.
Pasangan itu kemudian masing-masing
menjadi Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri.

Kehidupan Seterusnya

Kehidupan Kematian
Peribadi
Dalam tahun-tahun terakhirnya,
Tunku tinggal di sebuah rumah di
Pulau Pinang. Apabila sakit beliau
dirawat di Hospital Besar Kuala
Lumpur. Baginda mangkat pada 6
Disember 1990 sewaktu berumur 87
pada jam 10:25 malam kerana sakit
tenat. Jenazah dibawa ke
kediamannya di Bukit Tunku dan
esoknya disemadikan di Makam
Diraja Langgar, Alor Setar.

Kesimpulan

Beliau merupakan tokoh yang disanjungi oleh rakyat
Malaysia dan disegani . Kehidupannya yang penuh
dengan cabaran dan dugaan serta kebijaksanaanya
yang membawa kemerdekaan kepada negara di
sanjungi oleh rakyat Malaysia. Beliau juga pernah
berkata, “ Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip
kebebasan dan keadilan yang sentiasa
memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
”. Pengorbanannya demi memerdekakan Malaysia
sentiasa dikenang dan beliau digelar bapa
kemerdekaan dan bapa Malaysia. Kemerdekan di capai
melalui perjanjian. Beliau seorang pemimpin
mempunyai sikap tolernsi dan mengambarkan
istimewanya rakyat Malaysia yang saling menghormati
antara satu sama lain.


Click to View FlipBook Version