The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur_hidayatuliman85, 2024-04-14 14:43:46

Modul Pendidikan Islam Tahun 1

Modul Pendidikan Islam Tahun 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN SATU Terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum 2010


etakan Pertama 2010 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.


3 TAJUK : Tilawah Al Quran MINGGU : 1- 12 MASA : 60 minit STANDARD PEMBELAJARAN: (1.1.2) (i). Membaca huruf tunggal berbaris satu di atas dengan cara Komunikasi Seluruh. (ii). Membaca huruf tunggal berbaris satu di bawah dengan cara Komunikasi Seluruh. OBJEKTIF: Di akhir pelajaran murid dapat: 1. Membaca menggunakan kod tangan dengan betul huruf )ز,ر,ذ,د )berbaris satu di atas dan di bawah. 2. Mengecam dengan betul huruf yang berbaris satu di atas dan di bawah ( د ذ ر ز( KONSEP UTAMA: Mengenal dan membaca huruf-huruf hijayiyah berbaris satu. BAHAN BANTU MENGAJAR(BBM): 1. Kad huruf 2. Kad imbasan 3. ICT/CD 4. Lembaran kerja


4 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN: 1. Gurumemperkenalkan baris satu di atas dan baris satu di bawah. Contoh: ...... د ذ ر ز ........ 2. Guru membaca menggunakan kod tangan huruf hijaiyyah yang berbaris satu di atas. 3. Guru memperkenalkan kod huruf-huruf hijaiyyah kepada murid satu di bawah. 4. Guru bersoaljawab – huruf hijaiyyah berbaris satu di atas dan di bawah. 5. Guru mengadakan aktiviti Kuiz: Mengecam huruf mengikut kumpulan. i). Huruf berbaris di atas ii). Huruf berbaris di bawah 6. Guru meminta murid-murid membaca beramai-ramai kad huruf berbaris satu di atas dan di bawah dengan bimbingan guru.


5 Latihan Arahan : Tulis semula huruf-huruf di bawah. د ذ ر ز د ذ ر ز د ذ ر ز ر ز ر ذ د د ذ ر ر ز د ذ ر ر ز


6 Tandakan pada huruf yang sama. ذ √ د √ د √ ذ د √ ذ ر √ ز د ر ز √ ز √ ر ذ ز د


7 MEMBACA HURUF HIJAIYYAH TUNGGAL BERBARIS SATU. TAJUK : Membaca huruf hijaiyyah tunggal. MINGGU : 1 - 12 MASA : 60 minit STANDARD PEMBELAJARAN : (1.1.1) 1. Membaca huruf hijaiyyah tunggal dengan cara komunkasi seluruh. OBJEKTIF : Di akhir pelajaran, murid dapat : 1. Membaca dan mengecam huruf-huruf tunggal. KONSEP UTAMA : Membaca dan mengecam huruf-huruf hijaiyyah tunggal. BAHAN BANTU : 1. Kad huruf 2. Carta huruf 3. ICT 4. Kad puzzle CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN : 1. Guru membaca contoh huruf hijaiyyah tunggal berbaris satu berdasarkan kad huruf. 2. Guru meminta membaca ulangan Komunikasi Seluruh oleh murid secara berkumpulan dan individu dengan bantuan guru. 3. Guru meminta murid membuat latihan menulis dalam lembaran kerja. (rujuk lampiran 1). 4. Guru meminta murid membuat aktiviti menyusun puzzle mengenai huruf hijaiyyah secara berkumpulan.


8 Arahan : Sambungkan titik berikut kemudian warnakan.


9 Arahan : Padankan kod tangan yang betul dan huruf hijaiyyah. ا ت ب ث


10 MENGETAHUI RUKUN IMAN TAJUK : Mengetahui Rukun Iman. MINGGU : 1 - 12 MASA : 60 minit STANDARD PEMBELAJARAN : (2.1) 1. Menyatakan Rukun Iman satu persatu. 2. Menyebut kembali dengan menggunakan komunikasi seluruh pengajaran daripada beriman dengan Rukun Iman. OBJEKTIF : Di akhir pelajaran, murid dapat : 1. Menyatakan pengertian Rukun Iman. 2. Menyenaraikan Rukun Iman mengikut susunan yang betul. KONSEP UTAMA : Menghayati asas-asas akidah Islam. BAHAN BANTU : 1. Carta. 2. Lembaran kerja. 3. LCD.


11 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN : 1. Guru mempamerkan gambar-gambar berkaitan Rukun Iman. Contoh : Gambar Kitab al-Quran. 2. Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan.. 3. Guru mempamerkan Rukun Iman satu persatu secara Komunikasi Seluruh. 4. Guru membaca Rukun Iman satu persatu secara Komunikasi Seluruh. 5. Guru memberikan latih tubi membaca secara kumpulan dan individu menggunakan Komunikasi Seluruh. 6. Guru meminta murid membuat gerak kerja bertulis.


12 6 1 4 2 5 3 Arahan : Isikan nombor mengikut urutan. 1. Beriman kepada Qada’ dan Qadar 2. Beriman kepada Allah 3. Beriman kepada Rasul 4. Beriman kepada Malaikat 5. Beriman kepada Hari Kiamat 6. Beriman kepada Kitab


13 MENGETAHUI RUKUN ISLAM TAJUK : Mengetahui Rukun Islam. MINGGU : 1 - 12 MASA : 60 minit STANDARD PEMBELAJARAN : (2.2) 1. Menyatakan pengertian Rukun Islam. 2. Menyenaraikan Rukun Islam. OBJEKTIF : Di akhir pelajaran, murid dapat : 1. Menyatakan pengertian Rukun Islam. 2. Menyenaraikan Rukun Islam mengikut susunan yang betul. KONSEP UTAMA : Mentaati perintah Allah. BAHAN BANTU : 1. Carta. 2. Kad Imbasan. 3. Lembaran kerja. 4. LCD. CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN : 7. Guru mempamerkan gambar-gambar berkaitan Rukun Islam. Contoh : gambar solat, mengerjakan haji. 8. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar berkaitan. 9. Guru mempamerkan Rukun Islam satu persatu secara Komunikasi Seluruh.


14 10. Guru membaca Rukun Islam satu persatu secara Komunikasi Seluruh. 11. Guru meminta murid membuat latih tubi membaca secara kumpulan dan individu menggunakan komunikasi seluruh. 12. Guru meminta murid membuat gerak kerja bertulis.


15 Ramadan Solat Mengucap Haji Zakat Latihan Arahan : Lengkapkan rukun Islam yang berikut. 1. _______Mengucap________ dua Kalimah Syahadah. 2. Mendirikan _______solat________. 3. Mengeluarkan _____zakat_____. 4. Berpuasa pada bulan ___Ramadhan______. 5. Menunaikan ___haji____.


16 KONSEP BERSUCI TAJUK : Konsep Bersuci MINGGU : 1 - 12 MASA : 60 minit STANDARD PEMBELAJARAN : (3.1) 3. Menyenaraikan cara-cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran dengan cara Komunikasi Seluruh. OBJEKTIF : Di akhir pelajaran, murid dapat : 4. Membezakan di antara bersih dan suci. 5. Menjelaskan anggota-anggota badan yang perlu dibersihkan secara khusus setiap hari. KONSEP UTAMA : Kepentingan kebersihan. BAHAN BANTU : 1. Gambar 2. CD/ komputer 3. Lembaran kerja. CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN : 13. Guru mempamerkan gambar-gambar yang berkaitan dan soal jawab dijalankan. 14. Guru membawa murid lawatan ke kawasan sekolah dan soaljawab dengan murid. 15. Guru membuat demontrasi cara menjaga kebersihan. 16. Guru menerangkan kepada murid tentang perbezaan tempat bersih dan kotor berpandukan gambar. 17. Guru meminta murid membuat aktiviti bertulis.


17 Arahan: Padankan perbuatan berikut dengan gambar yang berikut. Menyikat rambut Membasuh pakaian Gosok gigi Membasuh pinggan Mengemas bilik Memotong rumput Mengemas bilik Memotong rumput Membasuh pinggan Menyikat rambut Membasuh pakaian Gosok gigi


18 MENYATAKAN CARA BERISTINJAK TAJUK : Menyatakan cara beristinjak. MINGGU : 1 - 12 MASA : 60 minit STANDARD PEMBELAJARAN : (3.2) 6. Mengenalkan alat-alat beristinjak secara komunikasi. 7. Melakukan demonstrasi cara beristinjak dengan betul (menggunakan anak patung). OBJEKTIF : Di akhir pelajaran, murid dapat : 8. Mengetahui bila perlu beristinjak. 9. Menyatakan alat-alat istinjak. 10.Mengetahui cara-cara beristinjak dengan betul. KONSEP UTAMA : Menjaga kebersihan. BAHAN BANTU : 1. Bahan maujud. 2. Kad imbasan. 3. CD/ komputer. 4. Lembaran kerja. CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN : 18.Guru menunjukkan bahan maujud alat-alat istinjak dan bersoaljawab dengan murid. 19.Guru membaca perkataan alat-alat beristinjak berpandukan gambar. 20.Guru menunjukkan demonstrasi cara beristinjak pada anak patung. 21.Guru membimbing murid melakukan simulasi cara beristinjak pada anak patung.


19 22.Guru meminta murid gerak kerja bertulis. Arahan : Tandakan ( √ ) pada gambar alat-alat untuk beristinjak. √ √ √ √ √ √ √


20 Arahan : Tuliskan nama alat-alat yang boleh digunakan untuk bersuci. AIR DAUN KERING RANTING KAYU KERTAS TISU


21 MENYATAKAN SALASILAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W TAJUK : Menyatakan Salasilah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. MINGGU : 1 - 12 MASA : 60 minit STANDARD PEMBELAJARAN : (4.1) 11.Menyatakan salasilah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. sebelah ibu dan sebelah bapa. OBJEKTIF : Di akhir pelajaran, murid dapat : 12.Mengetahui salasilah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. daripada sebelah ibu dan sebelah bapa. 13.Membaca dan menyebut salasilah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. KONSEP UTAMA : Mengetahui keistimewaan salasilah Nabi Muhammad s.a.w. BAHAN BANTU : 1. Carta. 2. CD. 3. Komputer. 4. Lembaran kerja. 5. Kad imbasan. CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN : 23. Guru menunjukkan carta yang mengandungi gambar yang berkaitan dipaparkan di hadapan kelas. Contoh: Gambar kota Mekah. 24. Guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang gambar tersebut. 25. Guru menunjukkan kad imbasan yang mengandungi nama-nama keturunan Nabi Muhammad s.a.w. dari sebelah ibu dan bapa dipamerkan.


22 26. Guru meminta murid mengeja, menyebut dan membaca secara komunikasi seluruh kad imbasan tersebut. 27. guru meminta murid membuat latih tubi membaca secara kumpulan dan individu menggunakan komunikasi seluruh. 28. Guru meminta murid membuat gerak kerja bertulis.


23 Wahab Abdullah Halimatul Saadiah Abdul Mutalib Aminah Hashim Arahan : Suaikan nama-nama berikut serta hubungan dengan Rasulullah s.a.w. bapa Datuk sebelah bapa moyang Ibu susuan Datuk sebelah ibu ibu


24 TAJUK : Akhlak Islamiah – Adab Berwuduk MINGGU : 1 -12 MASA : 30 minit STANDARD PEMBELAJARAN: (5.1) (i). Melakukan adab ketika berwuduk. (ii). Menjaga tatatertib berwuduk. OBJEKTIF: Di akhir pelajaran murid dapat: 1. Menyenaraikan adab-adab berwuduk dengan betul. 2. Melakukan cara yang betul tatatertib berwuduk. KONSEP UTAMA: Tatatertib berwuduk. BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM): 1. Carta. 2. Kad ayat. 3. ICT/LCD/Power point (CD). 4. Lembaran kerja. CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN: 1. Guru bercerita berkaitan CD mengenai adab sebelum berwuduk. 2. Guru bersoaljawab / sumbang saran mengenai CD adab sebelum berwuduk. 3. Guru melakonkan adab-adab semasa berwuduk. 4. Guru meminta murid mewarna gambar adab semasa berwuduk. 5. Guru meminta murid membuat aktiviti Kuiz: Adab-adab selepas berwuduk 6. Guru meminta murid menyusun gambar adab-adab berwuduk. Warnakan Adab Semasa Berwuduk.


25 Pilih tempat Yang sesuai. Bersihkan tangan. Membaca doa. Jimatkan air. Menghadap kiblat. Menggosok gigi.


26 Padankan Tidak bazirkan air Bersugi Berwuduk di tempat sesuai. Senyap Menghadap kiblat Membaca doa Membersihkan anggota Sebelum berwuduk Semasa berwuduk Selepas berwuduk


27 ADAB TERHADAP IBU BAPA TAJUK : Akhlak Islamiah – Adab Terhadap Ibu bapa Minggu :1 - 12 MASA : 30 minit STANDARD PEMBELAJARAN: (5.2) ) i) Menyatakan adab terhadap ibu bapa. OBJEKTIF: Di akhir pelajaran murid dapat: 1. Menyenaraikan adab-adab terhadap ibu bapa secara Komunikasi Seluruh. 2. Membaca doa untuk ibu bapa secara Komunikasi Seluruh. KONSEP UTAMA: Menghormati orang tua. BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM): 1. Carta bergambar 2. Kad ayat 3. Video CD/Digital CD 4. ICT/LCD/Power point (CD) 5. Lembaran kerja CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN: 1. Guru membaca nota ringkas tentang adab bercakap dengan ibu bapa 2. Guru bercerita dan bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan adab bergaul dengan ibu bapa 3. Guru membaca doa untuk kesejahteraan ibu bapa dengan bimbingan guru secara Komunikasi Seluruh 4. Guru melakonkan simulasi adab terhadap ibu bapa dan keluarga 5. Guru meminta murid memadankan adab-adab terhadap ibu bapa dengan ayat dan gambar yang sesuai.


28 Susun doa berikut ا للهم اغفر لى ............... لىا لدي وارحمهما كما ربيا نى صغيرا ولىا لدي ا للهم اغفر لى صغيرا كما ربيا نى وارحمهما


29 Tuliskan ayat yang betul berpandukan gambar. 1. Yusuf rajin membantu keluarga di rumah. 2. Yusuf menghidangkan minuman kepada datuk dan neneknya. 3. Yusuf tidak menganggu abang dan kakaknya yang sedang belajar. 4. Yusuf tidak membuat bising ketika datuk dan neneknya solat. 5. Yusuf mengajar adik membaca. Yusuf tidak menganggu abang dan kakaknya yang sedang belajar. Yusuf menghidangkan minuman kepada datuk dan neneknya. Yusuf rajin membantu keluarga di rumah


30 Yusuf mengajar adik membaca Yusuf tidak membuat bising ketika datuk dan neneknya solat.


31 MENGENAL MENYEBUT DAN MENULIS HURUF-HURUF JAWI TUNGGAL TAJUK : Pelajaran Jawi MINGGU : 1 - 12 MASA : 30 minit STANDARD PEMBELAJARAN: (6.1) (i). Mengecam, menyebut dan menulis huruf-huruf tunggal dengan betul. OBJEKTIF: Di akhir pelajaran murid dapat: 1. Murid boleh membaca huruf-huruf tunggal Jawi secara Komunikasi Seluruh. KONSEP UTAMA: Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal. BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM): 1. Kad huruf. 2. Carta huruf jawi tunggal. 3. Lembaran kerja. CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN: 1. Guru meminta murid meniru isyarat kod tangan huruf-huruf jawi tunggal. 2. Guru membaca huruf-huruf secara Komunikasi Seluruh. 3. Guru melakar huruf-huruf di udara, di pasir, di papan putih huruf-huruf jawi tunggal. 4. Guru menuliskan huruf-huruf jawi tunggal di lembaran kerja atau buku tulis. 5. Guru meminta murid mengecam huruf-huruf jawi tunggal.


32 Suaikan Huruf Yang Sama : ض ب ج ت ح ج ح ض ت ب


Click to View FlipBook Version