The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Athirah, 2020-11-06 00:05:11

RUKUN NEGARA TERAS PERPADUAN NEGARA

RUKUN NEGARA

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN :

RUKUN NEGARA TERAS DALAM MENCAPAI PERPADUAN NEGARA

NAMA PENSYARAH :

CIK AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD

NAMA PELAJAR
1) NUR ATHIRAH BINTI SA’DUN

(33DTM20F1004)
2) SITI HAWA BINTI ABDUL WAHID

(33DTM20F1006)
3) AISYA HANIN BINTI MOHD NASIR

(33DTM20F1010)
4) MUHAMMAD FAIEZ AZIZI BIN MOHAMAD FUAT

(33DTM20F1014)
5) MOHAMMAD AL-AIYUBI BIN MOHD HUSNI

(33DTM20F1034)

ISI KANDUNGAN Muka Surat
No Isi Kandungan 1
1.0 Pengenalan 1
2.0 Objektif 2
3.0 Latar belakang rukun negara 3
4.0 Matlamat rukun negara 3-7
5.0 Prinsip rukun negara teras perpaduan negara 7-8
6.0 Kepentingan Rukun Negara 8-9
7.0 Kesan kewujudan Rukun Negara
9
8.0 Kesimpulan 10-12
9.0 Lampiran 12
10.0 Rujukan

1.0 PENGENALAN

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan
Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku
Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV.
Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan
antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk
perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan
kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Melalui Rukun Negara, Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, iaitu
dengan mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati secara
adil dan saksama, menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak serta membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden dalam rangkaian kehidupan. Terdapat lima
prinsip dalam Rukun Negara yang perlu dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia iaitu Kepercayaan
kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan
Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan.

Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang
kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden. Perkara ini dapat mewujudkan masyarakat yang
harmoni dan sejahtera selama-lamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun negara makin
terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Oleh itu, kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai langkah yang efektif untuk
memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan
dibincangkan.Rukun negara telah menjadi ideologi yang digunapakai sehinggakini oleh
masyarakat di malaysia sebagai satu tonjak dalam membentuk perpaduan yang bersepadu
sebagai teras perpaduan negara.Perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”.
Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa
bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu
mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme),
kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.

2.0 OBJEKTIF

1) Dapat mengetahui latar belakang rukun negara

2) Memahami maksud rukun negara dalam mewujudkan negara yang Bersatu

3) Memahami dan menganalisis tentang matlamat rukun negara

4) Dapat mengetahui pentingnya kewujudan rukun negara

3.0 LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA

Latar belakang Rukun Negara Malaysia ialah merupakan satu ideologi negara yang tercipta
ekoran daripada berlakunya perang rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Seterusnya, ideologi ini
digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan
Negeri (badan yang bertanggungjawab menggubalnya). Kata sepakat untuk mencipta satu
ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Pengarah
MAGERAN, iaitu pada 27 Januari 1970. Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh
Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari
1970. Selain itu, anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang
pengerusi, tiga orang Menteri, wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-
tokoh agama, badan-badan professional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawa,
persatuan guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.

Rukun negara telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang keempat pada 31 Ogos
1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13. Seterusnya, setiap warganegara Malaysia
mestilah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat. Rukun
negara juga diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti
nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan,
kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan
kesusilaan. Akhir sekali, rukun negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang
Bersatu, demokratik, adil tanpa mengira bangsa dan agama,

Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang
antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan
kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini
menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku
di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969,
kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.

Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin
Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang
Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang
mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham
Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T
Sambanthan), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.

Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan
negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum.
Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang
digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara
bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema untuk
menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat cintakan
negara dan memupuk keharmonian kaum.

4.0 MATLAMAT RUKUN NEGARA

Matlamat rukun negara diwujudkan yang pertama adalah, untuk mewujudkan masyarakat yang
demokratik. Kerana, kuasa ada pada rakyat yang bertindak melalui ahli Parlimen yang dilantik
menurut Perlembagaan. Selain itu, kebebasan asasi dan kegiatan politik dijamin oleh
Perlembagaan asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Yang kedua, supaya wujudnya
masyarakat yang adil. Semua anggota berpeluang menikmati kekayaan negara secara adil dan
saksama. Selain itu, individu yang lemah dan serba kekurangan diberi bantuan supaya mereka
dapat bersaing dengan individu yang lain. Masyarakat yang bebas daripada penindasan
golongan tertentu. Yang ketiga, wujudnya masyarakat liberal. Antaranya, masyarakat yang
mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing selaras dengan matlamat
mewujudkan perpaduan negara.

Seterusnya, kebudayaan yang berlainan menjadi sumber keuntungan dan kekuatan bangsa dan
negara. Yang keempat, wujudnya masyarakat progresif. Iaitu masyarakat yang menurut
Langkah kemajuan sains dan teknologi di samping menghidupkan nilai-nilai kerohanian. Akhir
sekali, untuk mecapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Semua
rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-
ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan
dan kepercayaan masing-masing.

5.0 PRINSIP RUKUN NEGARA TERAS PERPADUAN NEGARA

5.1 PRINSIP RUKUN NEGARA

Terdapat lima prinsip yang terkandung dalam rukun negara yang perlu kita ketahui sebagai
rakyat Malaysia. Rukun negara diwujudkan merupakan teras bagi memupuk perpaduan yang
Makmur di dalam negara kita . Antaranya ialah :

5.1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Kepercayaan kepada Tuhan dimaksudkan sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas
kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan
menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa islam adalah Agama Rasmi Persekutuan,
tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram
di mana-mana bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap
seseorang warganegara atas alasan atau perihal agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan
kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan merosakkan bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan
pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Tiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina
keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta
permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk
ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur
sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

Semua penganut agama diajar ke arah kebaikan. Jika kita sentiasa amalkan ajaran agama, tiada
yang buat jahat, dan tidak ada hasad dengki malah saling bertoleransi, Malaysia akan jadi
negara aman. Rukun Negara sendiri meletakkan Kepercayaan kepada Tuhan paling utama
kerana ia sangat menyeluruh.

5.1.2 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana
negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32
Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada
komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.

Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri
penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara.
Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang
di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa
Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi
seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina
serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban
untuk negara demi keamanan dan kemajuan. Pegangan yang teguh kepada prinsip ini
dipercayai dapat melahirkan rakyat seperti berikut:

i. Menghormati harta awam

ii. Menghormati simbol simbol kedaulatan negara

iii. Mematuhi undang - undang

iv. Produktif

v. Berusaha meningkatkan nama baik negara melalui aktiviti sosial, ekonomi dan politik
yang diceburinya.

vi. Sanggup menyumbang masa dan tenaga untuk pembangunan masyarakat dan negara.

vii. Setia, sanggup dan berani mempertahankan negara dari sebarang ancaman oleh kuasa
luar.

viii. Bersifat altruistik

ix. Mengutamakan kebaikan masyarakat dan negara tanpa perasaan prejudis dan
perkauman.

5.1.3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran perlembagaan merupakan isi ketiga yang dinyatakan di dalam rukun
negara.Perlembagaan merupakan asas penting dalam sesenuah negara untuk kekal harmoni dah
sejahtera.Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan Negara
Malaysia mestilah dihormati, dijunjung tinggi, dan dimuliakan.Oleh yang dapat
dibincangkan,perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi sesesbuah negara yang
dianggap luhur,unggul dan suci.Perlembagaan negara di malaysia ini telah menjadi satu sumber
rujukan yang penting dalam segala hal yang berhubungkait dengan sistem
pemerintahan,perundangan,kedudukan dan hak sosio ekonomi rakyat berbilang kaum dan
agama di malaysia.Hal yang demikian,Perlembagaan merupakan perkara yang harus dipatuhi
oleh setiap individu yang menetap di malaysia.

Melalui perlembagaan juga,perpaduan di negara juga dapat dibentuk dengan baik.Hal ini
dengan adanya rakyat yang saling hormat-menghormati serta memupuk persefahaman yang
tinggi antara kaum dan pelbagai etnik di malaysia.Hal ini tercetus apabila wuudnya ibu bapa
yang mendidik anak sejak kecil lagi tentang isu-isu serta penjagaan abad kepada setiap
kaum.Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa
anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat
menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan
masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Perpaduan merupakan
perkara yang penting dan harus dijaga agar tidak berlakunya pergaduhan,oleh itu perlembagaan
merupakan satu tonjak ataupun perkara yang dapat mengeratkan lagi hubungan dengan yang
lain.Tamsilnya,Perlembagaan wujud dengan undang-undang yang ketat serta dapat
mendisiplinkan rakyat untuk kekal hidup dalam keadaan aman damai.

Kesimpulannya,perlembagaan negara perlulah dihormati,dijunjung tinggi serta dimuliakan
kerana perlembagaan dapat mengharmonikan sesebuah negara menjadikan lebih baik.Justeru
sekiranya keluhuran perlembagaan negara malaysia ini tercemar,ianya bererti satu penghinaan
kepada bangsa dan negara sudah pun berlaku.Oleh yang demikian kestabilan negara juga akan
turut tergugat sekiranya rakyat tidak menerima dan menghormati keluhuran perlembagaan
negara malaysia ini.Keseluruhannya keluruhan perlembagaan dalam prinsip rukun negara telah
menjadi ejen penyatupaduan masyarakat malaysia. Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita
yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga
Malaysia. Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa negara kita ke tahap kemajuan
yang optimum.

5.1.4 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Kedaulatan undang-undang merupakan isi keempat dalam prinsip rukun negara.Kedaulatan
undang-undang ialah perkara yang termaktub dalam perlembagaan malaysia dan wajib diikuti
oleh semua rakyat di malaysia.Ia juga merupakan perkara asas dalam pembentukan negara dan
rakyat yang stabil dan sistematik.Kedaulatan Undang-undang yang telah digubal oleh parlimen
malaysia wajib dipatuhi serta semua rakyat malaysia terikat dengan undang-undang yang telah
digubalkan. Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang menunjukkan bahawa
setiap rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang.Oleh yang diketahui,undang-undang
merupakan panduan yang tertinggi berasakan perlembagaan negara. Tanpa adanya undang-
undang maka negara tidak dapat mencapai keamanan dan kestabilan.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara malaysia.Ketaatan kepada
undang-undang negara banyak dibantu oleh pihak yang berkuasa seperti polis badan
kehakiman bahagian mahkamah yang bebas dan berwibawa.Kepatuhan kepada undang-undang
mampu menjamin keharmonian masyarakat dan keselamatan negara juga lebih terjamin.Oleh
itu,setiap anggota masyarakat hendaklah patuh kepada undang-undang yang telah digubal
supaya keamanan negara tercapai seterusnya usaha-usaha pembangunan dapat dijalankan
dengan lebih lancar.Kebebasan rakyat untuk menyuarakan buah fikiran masih tertakluk kepada
beberapa perundangan tertentu bagi menjamin keamanan.

Contohnya kes isu semasa yang hangat diperbincangkan pada masa kini ialah penyalahgunaan
sistem multimedia yang melanggar undang-undang negara.Hal ini kerana,rakyat mangambil
perkara ini sebagai perkara yang remeh yang boleh di mainkan sesuka hati.Perkara ini
dilakukan dengan adanya sebahan yang tidak sahih dan penyebaran fitnah terus disebarkan
secara berleluasa.Hal ini sehingga menyebabkan rakyat terpedaya dengan segala fitnah yang
diperkatakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Oleh itu perkara ini seharusnya
mendapat tindakan undang-undang yang setimpal.Walhal itu,masalah penyalahgunaan
multimedia ini telah memprovoke pihak lain ataupun kaum lain setan dapat membentuk satu
pergaduhan yang besar. Oleh itu juga,Pergaduhan serta salah faham antara kaum turun berlaku
dan ketidaksefahaman membentuk dan menjadikan rakyat yang sombong serta tidak endah
akan semua perkara.

Justeru itu,Kedaulatan undang-undang di malaysia wajib dipatuhi agar imej perpaduan negara
akan dipandamg tinggi serta akan sentiasa dihormati oleh semua rakyat dia malaysia.Perkara-
perkara yang melibatkan apa jua agama tanpa mengira kaum tertentu adalah satu perkara
sensatif dan sentiasa diambil berat untuk diletakkan dalam kedudukan yang stabil supaya tidak
wujudnya elemen-elemen yang boleh memecahkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

5.1.5 KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan
personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat
dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh
masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan
kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-
nilai murni. Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks
perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks
ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri
daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan
kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agama
yang dianutinya.

Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan
bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan
adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab,
bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan
prinsip kelima Rukun negara itu.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan
yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan
juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku
masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-
nilai murni.

6.0 KEPENTINGAN RUKUN NEGARA

6.1.0 Mencapai Perpaduan yang lebih erat

-Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di
mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dan perbezaan kepercayaan masing masing.Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan
ini,melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang Bersatu padu di mana
semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap
negara.

6.1.1 Memelihara satu cara hidup demokratik

-Perlembagaan negara menjamin kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini
asalkan tidak melanggar undang-undang negara,Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan
ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman
atau bagi memusnahkan demokrasi

6.1.2 Mencipta sebuah masyarakat yang adil

-Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan
negara.Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan
adil dan saksama.Bagi mencapai tujuan ini,pihak pihak yang lemah akan dibantu supaya
mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih
maju.Maasyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap
yang lain atau penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

7.0 KESAN KEWUJUDAN RUKUN NEGARA

• Lahir Semangat Patriotisma
Dalam persoalan ini, kesan yang dapat dilihat ialah Lahirnya semangat patriotisma dalam

diri setiap rakyat. Hal ini telah membentuk keperibadian yang tinggi dalam setiap diri rakyat
justeru membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu serta mampu membina sebuah Negara
yang membangun. Dengan ini, tidak hairanlah bahawa rakyat Malaysia sentiasa bekerjasama
dan bercampur aduk tidak kira bangsa kerana semangat patriotisma yang lahir dalam diri
mereka yang mengutuhkan ikatan perpaduan.

• Cara hidup dan norma hidup yang baik
kesan daripada rukun negara dapat menggambarkan cara hidup dan norma yang baik yang

diamalkan oleh rakyat Malaysia. Walaupun rakyatnya mempunyai pelbagai agama dan bangsa,
hal ini tidak mendatangkan kemudaratan seperti pergaduhan antara satu sama lain kerana
lahirnya sifat kasih sayang dalam diri yang diterapkan serta pemikiran setiap seseorang terbuka
dalam menerimanya .

• Kestabilan Politik Yang Baik

Hal ini diperkatakan demikian kerana politik penting dalam merencanakan perancangan
ekonomi negara. Dengan ini, kerajaan dapat melaksanakan pelbagai dasar dan polisi bagi
meningkatkan taraf hidup rakyat dan ekonomi negara. Bukan sahaja pihak kerajaan yang
menegakkan politik malah rakyatnya juga yang sewajarnya berganding bahu Bersama-sama
dalam membina negara maju.

8.0 KESIMPULAN

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi
ini telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu - padu
dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga - mencurigai antara
satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua
negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu
akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar
atau dalam negara itu sendiri. Oleh itu, kewujudan Rukun Negara ini menjadi satu titik
permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila
rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan
memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat -
menghormati antara satu sama lain tanpa warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu
masyarakat. Sehubungan dengan itu, matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah
tanpa prejudis. Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara
di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan
menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau
dalam negara itu sendiri. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati di antara
satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan
mempegiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik. Rentetan beberapa peristiwa
peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah -olah
sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini. Tindakan seperti
mempertikaikan kuasa Raja - Raja Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi;
kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan demontrasi jalanan
memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, dan Kedaulatan Undang - Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak
yang terbabit membuat percaturan. Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia
adalah antara negara yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya
rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama
tanpa timbul masalah besar.Janganlah kitamenggadaikan keamanan yang dikecapi hanya
kerana perasaan ini hati dan tidakpuasan yang tidak dikongsi majority rakyat. Jangan kita lupa
bahawa iklim kemakmuran dari keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan
mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin
pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungnya yang semakin longgar terhadap
guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak - kanak. Suasana ini mmberi isyarat
bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin rendah.

9.0 LAMPIRAN

PERISTIWA SEBELUM DIPERKENALKAN RUKUN NEGARA
HAYATI RUKUN NEGARA

SEMANGAT PERKAUMAN DITERAPKAN

APABILA KELIMA-LIMA PRINSIP INI DIGABUNGKAN , DAPATLAH DIWUJUDKAN PANDUAN
SEBAGAI WADAH PEMBENTUKKAN MASYARAKAT MALAYSIA BERPANDANGAN JAUH DAN

HOLISTIK

RUKUN NEGARA TUNJANG KEAMANAN , KEMAJUAN MALAYSIA

10.0 RUJUKAN
1) https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/08/725822/rukun-negara-wadah-bentuk-
masyarakat-berpandangan-jauh
2) https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my
3) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/731858/kembali-hayati-
semangat-rukun-negara
4) https://melakakini.my/rukun-negara-tahukah-anda/

SEKIAN , TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version