The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rissham_skm, 2021-05-27 16:27:14

TITIK TENGAH SEMENANJUNG

TITIK TENGAH SEMENANJUNG

Adakah anda ketahui lokasi sebenar titik tengah Semenanjung
Malaysia? Bagi anda yang tidak tahu, titik tengah Semenanjung
Malaysia terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh.

Oleh itu, daerah Temerloh bukan sahaja akan terkenal dengan jolokan
‘Bandar Ikan Patin’ tetapi bakal menjadi satu tarikan pelancong baharu
dengan adanya monumen titik tengah Semenanjung Malaysia.

Melalui kaedah topografi, kiraan jisim dan kaedah matematik, JUPEM
telah memilih untuk mengambil kira-kiraan matematik sebagai asas
penentuan titik tengah tersebut. Titik rujukan peta boleh dirujuk sebagai:

03 29 33U / 102 13 10T
3.4925U / 102.219444T
RSO: x 469519.6934 / y 386358.7627

Titik Tengah Semenanjung ini terletak di Kg Paya Siput, Lanchang,
Temerloh, Pahang dengan memiliki keluasan 1.7 hektar. Ianya
di ambil kira daripada empat mata angin utama.Kos pembinaannya
menelan belanja kira-kira RM11.788 juta. Kompleks ini dibuka secara
rasmi kepada pengunjung pada bulan Oktober 2019. Kompleks yang indah ini menggunakan konsep hentian sebelah
menawarkan plaza komersial iaitu empat gerai, tandas, wakaf, surau, tempat persinggahan bas pelancong, komuniti
basikal, motosikal berkuasa tinggi, kawasan rekreasi dan permainan kanak-kanak.

Untuk pengetahuan anda, titik sebenar jatuh di bawah sebuah madrasah dalam tanah wakaf sekolah pondok dan titik
tengah telah dialih sedikit (120m arah bearing 020). Jika dilihat, mercu monumen dicondongkan menghala ke arah
kiblat dgn pacakan 5 batang buluh mewakili rukun Islam.

Lawatan tapak oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Al Sultan Abdullah pada 26 Ogos 2019.

Tugu Titik Tengah Semenanjung yang dibina simbolik 5 Rukun Islam.

Laluan pejalan kaki turut dihiasi indah. Pemandangan dari udara.
Sudut bergambar yang menarik dan unik.

Taman permainan kanak-kanak disediakan Arca haiwan mencuri pandangan pelawat.

Kemudahan bot atau kanu juga disediakan Kemudahan pergola yang dibina di atas tasik semulajadi menjadi tarikan.

Titik Tengah Semenanjung: Bagaimana hendak ke sana ?

1 Titik tengah Semenanjung 2 Jika anda dating
terletak di Kampung Paya daripada lebuh raya
Jika anda mengikuti Pantai Timur, anda
Siput, Lanchang, Temerloh. jalan lama, anda boleh boleh memasuki arah
melalui Pekan Karak Bandar Temerloh dan
Titik rujukan peta: seterusnya Pekan menghala ke
Lanchang dan terus Lanchang.( 45 km)
03 29 33U / 102 13 10T menuju ke Kampung
Paya Siput. 3
3.4925U / 102.219444T

RSO: x 469519.6934 /

y 386358.7627

4

Seterusnya , anda akan sampai ke Kompleks Titik Tengah
Semenanjung yang tersergam indah di tepi jalan utama.

56 Kompleks Temerloh Titik
Tengah Semenanjung ( KTTTS)
Waktu Beroperasi: yang menggunakan konsep
hentian sebelah menawarkan
Hari : Isnin hingga Khamis ( Jumaat- DITUTUP) plaza komersial iaitu empat
buah gerai, tandas, wakaf,
Masa :10.00 pagi hingga 5.00 petang surau, tempat persinggahan
bas pelancong, komuniti
Harga tiket : RM5 ( dewasa ), RM3 ( kanak-kanak) basikal, motosikal berkuasa
tinggi, kawasan rekreasi dan
permainan kanak-kanak.

KENANGAN MANIS PENULIS DI TITIK TENGAH SEMENANJUNG.

Serangkai pantun

Titik Tengah Semenanjung indah sekali,
Menggamit pelancong berkunjung ke
sini,

Daerah Temerloh destinasi menarik hati,
Jadikan kenangan kekal abadi,

Sekian,
Terima kasih.


Click to View FlipBook Version