MODUL
PEDAGOGI
TATABAHASA:
PROSES
PEMBENTUKAN
PERKATAAN
BAHARU
EDISI
TERBARU
BML 3053: MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TUGASAN KUMPULAN:
MODUL TATABAHASA PADAGOGI: PROSES PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU
DISEDIAKAN OLEH: NO. MATRIK
D20201093103
NAMA PELAJAR D20201093082
MOHAMAD SHAZERIN BIN MOHAMAD SHAKRI D20201093089
NUR SHAZLEN NAJEWA BINTI MOHAMAD GHAZALI D20201093093
D20201093132
NUR FARIEZANA FIELZA BINTI MOHD RAPI
NIK SYAMIMI BINTI MOHD ZAID
NOR SHAKILA BINTI MAT JUSOH
KUMPULAN: B
NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD RA'IN BIN SHAARI
TARIKH SERAHAN: 2 JUN 2022
BIL PERKARA HALAMAN
1. Pengenalan 1-2
3
2. Proses Pembentukan Perkataan Baharu
4-28
3. Proses Pembentukan kata Melalui Pinjaman Imbuhan
Asing
3.1 Pembentukan Melalui Imbuhan Sanskrit
3.2 Pembentukan Melalui Latin- Inggeris
3.3 Pembentukan Melalui Imbuhan Arab- Parsi
4. Pembaharuan Bentuk Kata 29-33
4.1 Penggunaan Popular
4.2 Perancangan Bahasa Yang Rasmi 34
4.3 Pembentukan Istilah 35
6. Penutup
7. Rujukan
Pengenalan
Morfologi merupakan salah satu bidang kajian liguistik dalam bahasa Melayu.
Morfologi membuat kajian terhadap asas-asas pembentukan suatu kata dengan mengenalpasti
susunan unit-unit kata secara struktur, bagaimana unit-unit kata bercantum hingga wujudnya
struktur kata yang diucapkan merupakan elemen penting dalam apa jua kajian bahasa. Bidang
morfologi mengkaji morfem dan kata. Kedudukan morfologi adalah pada tingkat paling akhir
dan kedua akhir dalam hierarki tatabahasa Melayu.
Menurut Nik Safiah Karim, et al. (1986: 43), berpendapat bahawa morfologi ialah
bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur
merupakan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa berbentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata ialah
proses menjeniskan perkataan mengikut keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain
dalam golongan yang sama. Oleh itu, morfologi bahasa Melayu merupakan bidang yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Pembentukan kata
merupakan suatu objek yang menarik untuk diteliti, kerana setiap bahasa semestinya
mempunyai kepelbagaian dalam pembentukan kata yang dikenali sebagai proses morfologi.
Menurut Nik Safiah Karim et. al (2008), perkataan-perkataan baharu lazimnya muncul
atau dicipta dalam sesuatu bahasa dengan tujuan mendukung konsep atau perkara yang baru
timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu. Apabila tamadun masyarakat itu berkembang
maju, maka banyaklah konsep, benda, proses, keadaan, atau kejadian baharu yang memerlukan
perkataan-perkataan baharu untuk mengungkapkannya. Proses pembentukan perkataan baharu
dapat dilihat melalui dua proses utama iaitu melalui proses pengimbuhan asing, dan melalui
1
proses pinjaman terus yang menghasilkan pelbagai istilah. Sistem imbuhan asing telah
dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman terutama yang
dihubungkan dengan keperluan peristilahan
Oleh sebab itu, dari semasa ke semasa, berlaku proses penambahan bentuk imbuhan
dalam bahasa Melayu, iaitu dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing, sama
ada imbuhan-imbuhan asing itu diterima secara sepenuhnya (mempertahankan bentuk asalnya)
atau diubahsuai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Tidak semua imbuhan asing yang
dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu bertaraf atau bertindak sebagai imbuhan tetapi sekadar
bentuk asing yang dipinjam keseluruhannya sebagai sebahagian daripada satu unit perkataan
(Nik Safiah Karim et. al 2008). Imbuhan asing terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu imbuhan
Sanskrit, imbuhan Arab-Parsi dan imbuhan Latin-Inggeris. Menurut Abdullah Hassan (2006),
peristilahan adalah satu usaha baru membentuk perkataan bagi mengungkap konsep, idea,
proses dan nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam sesuatu bahasa. Nik Safiah Karim et.
al (2008), menyatakan perkataan-perkataan baharu umumnya timbul dalam sesuatu bahasa
melalui dua proses utama iaitu penggunaan popular dan perancangan bahasa yang rasmi.
2
PROSES PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU
Dalam pembentukan kata baharu sesuatu bahasa, akan berlaku
proses pengayaan yang melibatkan bidang-bidang bunyi bahasa
(fonologi), pembentukan kata (morfologi), dan perbendaharaan
kata (leksikon).
TUJUAN PEMBENTUKAN KATA
BAHARU
Mendukung konsep atau perkara yang baru timbul
dalam masyarakat pengguna bahasa. Nik Safiah
Karim (2008).
JENIS PEMBENTUKAN KATA
BAHARU
Proses Pembentukan Kata Melalui Pinjaman
Imbuhan Asing
- Pembentukan Melalui Imbuhan Sanskrit
- Pembentukan Melalui Imbuhan Arab-Parsi
- Pembentukan Melalui Latin-Inggeris
PEMBAHARUAN BENTUK KATA
1. Penggunaan Popular
2. Perancangan Bahasa yang Rasmi
3. Pembentukan Istilah
3
Imbuhan AsingPEMBENTUKAN KATA MELALUI PINJAMAN IMBUHAN ASING
Pertambahan dalam bidang ilmu dan ikhtisas yang baharu
telah menyebabkan sistem imbuhan asing dipinjam untuk
menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman
terutama yang dihubungkan dengan keperluan peristilahan.
Dari semasa ke semasa, proses penambahan bentuk
imbuhan dalam bahasa Melayu berlaku penambahan iaitu
dengan cara meminjam unsur-unsur bahasa asing, sama ada
imbuhan-imbuhan asing itu diterima secara sepenuhnya
atau diubahsuai mengikut sistem tatabahasa bahasa
Melayu. Telah disebutkan juga di atas bahawa tidak semua
imbuhan asing yang dibawa masuk masuk ke dalam bahasa
Melayu bertaraf atau bertindak sebagai imbuhan tetapi
sekadar bentuk asing yang dipinjam keseluruhannya
sebagai sebahagian daripada satu unit perkataan. (Nik
Safiah Karim et. al 2008)
Unsur-unsur imbuhan asing ini terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu :
Imbuhan Sanskrit
Imbuhan Arab-
Parsi
Imbuhan Latin-
Inggeris
3.1 Pembentukan Perkataan Baharu Melalui Imbuhan Sanskrit
Imbuhan Sanskrit
Imbuhan Sanskrit berasal daripada bahasa Sanskrit. Imbuhan Sanskrit ini juga merupakan
imbuhan yang telah lama diserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Imbuhan Sanskrit
terbahagi kepada dua iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Imbuhan awalan terdiri
daripada maha-, tata-, para-, swa-, panca-, tuna-, eka-, dwi-, tri-. Manakala imbuhan akhiran
4
terdiri daripada -wan, -man, -wati, -nita. Kesemua imbuhan ini mempunyai fungsinya yang
tersendiri.
AWALAN AKHIRAN
Maha- Imbuhan -wan
Tata- Sanskrit -man
Para- -wati
Swa- -nita
Panca-
Tuna-
Eka-
Dwi-
Tri-
1. Imbuhan Awalan
i. Awalan maha-
• Imbuhan awalan ini berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama.
Awalan maha- ini juga membawa pengertian paling atau tahap terbesar,
tertinggi dan teragung.
• Contohnya; mahaguru, mahasiswa, maharani, mahadewa & maharaja
Tujuannya amat jelas. Negara kita memang terkenal dengan minat
membaca yang rendah. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa
taraf membaca di kalangan anggota masyarakat, secara purata, agak
memalukan. Baik pelajar mahupun mahasiswa atau orang dewasa,
masyarakat kita lebih bersedia membeli barang lain daripada membeli
buku, dan masa lapang lazimnya dihabiskan dengan kerja lain daripada
membaca, atau dihabiskan dengan begitu sahaja
Sumber : Artikel Dr Nik Safiah Karim. Perpustakaan
di kompleks beli-belah. Bahasa, 2002
5
• Ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha + kata adjektif kebiasaannya dieja
berasingan. Perkataan maha dalam binaan ini tidak bertaraf imbuhan tetapi satu
perkataan yang utuh.
• Contohnya:
Maha + agung – maha agung
Maha + besar – maha besar
Maha + mulia – maha mulia
ii. Awalan eka-, dwi-, tri-, panca
• Imbuhan awalan ini menghasilkan kata nama untuk membawa
pengertian bilangan
• Contohnya, eka “satu”, dwi “dua”, tri- “tiga” dan panca “lima”.
Awalan eka-, dwi-, tri-,
panca
Eka + budaya - ekabudaya
Dwi + mata – dwimata
Tri + pusat - tripusat
Panca + indera – pancaindera
6
• Berikut merupakan contoh ayat yang menggunakan imbuhan awalan
panca;
Bagaimanapun kejadian itu tidaklah berlaku secara automatik, seperti empat
pancaindera kita yang lain ia juga perlu diberikan rangsangan supaya terus berkembang atau
maju. Mata manusia boleh bertindak biarpun dengan pancaran cahaya yang amat sedikit. Ia
akan memberikan `signal' cahaya melalui lensa dan terus ke retina.
Sumber : WANITA OKTOBER 1988. Wanita, 1988
iii. Awalan tata-
• Imbuhan awalan ini berfungsi menerbitkan kata nama yang membawa
pengertian suatu susunan atau peraturan.
Awalan tata-
Tata + tertib -
tatatertib
Tata + bahasa -
tatabahasa
Tata + Susila -
tatasusila
Tata + buku - tatabuku
Tata + negara -
tatanegara
7
• Berikut merupakan contoh ayat bagi imbuhan awalan tata-;
Korpus atau bahan bahasa seperti ejaan, istilah, tatabahasa dan
kamus merupakan alat atau bahan asas yang digunakan oleh
bahasa untuk berfungsi sebagai sistem komunikasi seperti kata Tauli
yang melihat bahasa daripada segi instrumentality, iaitu sebagai alat
komunikasi, alat ini boleh diperbaiki, boleh diperluas, ditokok
tambah dan boleh dibakukan secara sedar, tidak perlu menunggu
proses perkembangan ini berlaku melalui sejarah atau evolusi yang
panjang.
Sumber : DEWAN BAHASA SEPTEMBER 1988
iv. Awalan swa-
• Awalan swa- ini berfungsi untuk menghasilkan kata nama yang
memberikan makna sindir/kendiri
• Imbuhan awalan ini juga berpotensi untuk menjadi awalan yang
produktif.
• Contohnya; swalayan, swasta, swatenaga dan swadaya
Seorang pekerja swasta, Musli Damit, 35 dari pekan Semporna
berkata, selain memeriahkan regatta dengan pelbagai acara dan
aksi yang tangkas dan menarik, ia juga memberikan keyakinan
kepada penduduk tempatan bahawa keselamatan mereka kini
benar-benar diberikan perhatian
Sumber : Hanafi Yunus. Regatta Lepa Semporna pupuk
integrasi nasional. Polis dan Tentera, 2000
8
v. Awalan tuna-
• Awalan tuna- ini berfungsi menghasilkan kata nama untuk memberi
makna tidak memiliki.
• Contohnya; tunasusila dan tunakarya
Tuna + karya – tunakarya
Nongtjik kemudian ikut dalam kumpulan anak-anak muda
tunakarya. Kerja mereka mencuri dan mencopet. Ketika Sati mencari
orang untuk ekspedisinya ke kaki Gunung Mahameru, Nongtjik ikut
mendaftarkan namanya. Ia ikut dalam ekspedisi itu bukanlah kerana
upahnya tetapi kerana terpikat pada wajah Ningsih yang katanya seiras
dengan bekas kekasihnya yang telah lari kawin dengan seorang kolonel
TNI.
Sumber : Abdullah Hussein. Masuk
ke Dalam Cahaya. Sastera, 1983
vi. Awalan pra-
• Awalan pra- ini berfungsi menerbitkan kata nama untuk membawa
maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutnya.
• Contohnya, prakata, prasekolah, prauniversiti, prasejarah, dan
prasiswazah.
Perlis wujud semenjak zaman prasejarah sebagai kawasan jajahan
Kedah. Justeru ia diperintah secara langsung oleh raja-raja Kedah. Pun
begitu raja-raja yang ada sekarang tidak mewarisi darah keturunan raja-
raja Kedah. Buku Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Negara
Berdaulat oleh Ahmad Ismail dan Yazit Mat, mengatur susur galur diraja
Perlis berasaskan keturunan Saidina Ali bin Abu Talib.
Sumber : WANITA MAC 1997, 1997
9
2. Imbuhan Akhiran
• Imbuhan akhiran yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit terdiri daripada -wan,
-man, -wati dan -nita. Imbuhan akhiran ini membawa maksud pelaku sesuatu
perbuatan atau pemilik.
• Contohnya, jutawan, budiman, seniwati dan biduanita.
Juta + wan – jutawan
Budi + man – budiman
Seni + wati – seniwati
Biduan + nita – biduanita
• Berikut merupakan contoh ayat yang menggunakan imbuhan akhiran wati;
“Sebenarnya, tak ramai orang yang boleh menulis novel
ataupun menulis genre sastera yang lain. Sebab sastera atau
seni itu adalah kerja seniman dan seniwati. Bukan kerja
orang biasa. Sebab itu telah saya katakan orang yang boleh
menamakan dirinya sebagai seniman dan seniwati itu sangat
kurang bilangannya.
Sumber : Wan Yahya Wan Din. Keluarga Pahlawan. Sastera,2016
10
1. AKTIVITI
1. Pelajar diminta untuk membaca nota berkaitan imbuhan Sanskrit dengan menggunakan
teknik membaca lantang.
2. Pelajar perlu membentuk kepada beberapa kumpulan dan kenalpasti imbuhan awalan
dan akhiran Sanskrit.
3. Seorang wakil daripada setiap kumpulan perlu menerangkan secara ringkas apa yang
telah dibaca dan difahami.
4. Pelajar diminta untuk menjawab kuiz di dalam Educandy yang telah diberikan
https://www.educandy.com/site/html5/bin/main.php?activity=multiple&quizid=10610
44
Atau imbas QR code yang berikut:
11
3.2 Pembentukan Perkataan Melalui Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris
Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris
Imbuhan asing Yunani-Latin-Inggeris ini merupakan pinjaman yang paling banyak dibawa
masuk ke dalam bahasa Melayu. Imbuhan-imbuhan asing ini tidak berfungsi sebagai imbuhan
dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan yang digunakan seperti pro-, anti-, mono-
, poli-, auto-, dan supra. Imbuhan asing ini terbahagi kepada dua iaitu imbuhan awalan dan
imbuhan akhiran. Imbuhan awalan yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu adalah bersifat
produktif.
Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris
Imbuhan Imbuhan
Awalan Akhiran
Anti- • -isme
Pro- • -is
Poli- • -logy
Auto- • -graphy
Sub- • -ity
Supra- • -lo
Multi- • -ism
Kilo-
Neo- 12
Tele-
3.2.1 Imbuhan Awalan
Imbuhan awalan merupakan imbuhan yang digunakan pada sesebuah kata dasar dan
membentuk perkataan yang baru. Terdapat beberapa imbuhan awalan yang dipinjamkan ke dalam
bahasa Melayu yang bersifat produktif. Imbuhan awalan asing (Inggeris) yang pertama ialah pro-
. Awalan pro- ini digunakan bagi menunjukkan tanda setuju atau menyebelahi sesuatu pihak.
Selain itu, imbuhan awalan anti- pula adalah awalan yang berlawanan dengan pro- kerana ia
digunakan sebagai tanda membantah, menentang dan tidak bersetuju dengan sesuatu pihak.
Seterusnya, imbuhan awalan poli- pula memberikan banyak pengertian atau kefahaman. Di
samping itu, imbuhan awalan auto- ini turut memberikan maksud secara bersendirian manakala
awalan sub- memberikan maksud sebahagian daripada keseluruhan. Akhir sekali, imbuhan awalan
supra- ini bermaksud melebihi, mengatasi atau meretasi.
Contoh Imbuhan Awalan yang produktif;
Imbuhan Awalan Inggeris
▪ Antibiotik
▪ Pro-Amerika
▪ Politeknik
▪ Subtopik
▪ Supranasional
13
Selain imbuhan awalan produktif ini, ada juga bentuk awalan lain yang digunakan ke dalam
bahasa Melayu tetapi bukan sebagai awalan namun sebahagian daripada kata pinjaman. Antaranya
ialah;
Kata Pinjaman Bahasa Inggeris
- Homogen - Milimeter
- Hidrolisis - Mikrokimia
- Intervokal - Multisel
- Infrastruktur - Neolitik
- Intramolekul - Ortografi
- Fotosintesis - Oksiklorida
- Fenotip - Paleolitik
A) Imbuhan Awalan Poli- = Poliklinik
Poli + klinik
Contoh:
“Tetapi mereka boleh melanjutkan pelajaran di bidang vokasional dengan memasuki
politeknik di peringkat sijil dan beberapa industri bidang berkenaan yang disediakan oleh
Kementerian Sumber Manusia khususnya melalui Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK) dan Kementerian Belia dan Sukan melalui pusat latihan seperti di Dusun Tua,
Hulu Langat.
(Sumber: Ibrahim Saad. Pelajar sekolah menengah teknik istimewa. Pendidikan, 2003)
B) Imbuhan Awalan Anti-
Anti + dadah14 = Antidadah
Contoh:
“Jelasnya, mekanisme inilah yang memerangkap segala habuk, kuman-kuman di dalam
saluran pernafasan, apabila ia terperangkap bahan-bahan di dalam antibodi manusia akan
mematikan kuman dan meneutralkansegala asid dan bahan-bahan toksik yang masuk ke
dalam tubuh.”
(Sumber: Najibah Hassan, Bagaimana jerebu terjadi. Rencana, 1997)
C) Imbuhan Awalan Sub- = Subtopik
Sub + topik
Contoh:
“Che Khalib berkata, semakan kenaikan tariff elektrik itu juga bergantung kepada kadar
kenaikan harga gas yang dibekalkan Petronas kepada TNB yang kini ditawarkan pada harga
subsidi.”
(Sumber: TNB sahkan naik kadar tariff elektrik. Ekonomi, 2004)
D) Imbuhan Awalan Auto- = Autograf
Auto + graf
Contoh:
“Peminjam antara lain dikehendaki membawa bersama dokumen asal dan Salinan bagi buku
bank, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kad pengenalan, penyata gaji tiga bulan
dan bil elektrik serta air bagi pengesahan alamat.”
(Sumber: Along pegang kad ATM. Rencana, 2000)
E) Imbuhan Awalan Hidro-
15
Hidro + lisis = Hidrolisis
Contoh:
“Daripada satu sudut ekonomi, hidrogen ini sudah pun berada dengan kita seperti bateri
nickel-metal-hydride (NiMH) yang banyak digunakan pada barangan pengguna seperti
komputer riba, telefon bimbit dan pelbagai barangan elektronik lain.”
(Sumber: Datuk Salleh Majid. Hidrogen sumber baru tenaga dunia. Rencana, 2003)
F) Imbuhan Awalan kilo- = Kilowatt
Kilo + watt
Contoh:
“Lingkungan jarak yang membolehkan Klinik Bergerak yang dimiliki oleh hospital itu untuk
memberi rawatan adalah sekitar 100 kilometer.”
(Sumber: Mona Ahmad, Hospital Veterinar UPM sedia Klinik Bergerak. Nasional, 1998)
G) Imbuhan Awalan Tele- = Telefon
Tele + fon
Contoh:
“Saya tahu teguran seperti ini seringkali tidak popular, kerana sebaik saja teguran dibuat
mengenai sesuatu agensi, saya mendapat puluhan telegram dan protes, menyatakan nampaknya
saya kian lupa terhadap masalah Bumiputera.”
(Sumber: Wan Sabariah Shikh Ali. Anwar arah siasat agensi. Nasional, 1996)
16
H) Imbuhan Awalan Multi- = Multisel
Multi + sel
Contoh:
“Penerima ijazah termasuk dua (ijazah kedoktoran) Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan
(27), Sarjana Teknologi Maklumat dan Multimedia (tujuh), Ijazah Teknologi Maklumat (254),
Ijazah Sistem Maklumat (31), Ijazah Pengurusan (267) serta ijazah Pentadbiran Perniagaan
(421).”
(Sumber: Rosniza Mohd Taha. Konvokesyen Unitar terbesar. Nasional, 2005)
I) Imbuhan Awalan Infra-
Infra + merah = Inframerah
Contoh:
“Negara yang sering disalah anggap dunia ini dan yang mendapat jolokan ketinggalan masa
oleh sesetengah pihak di Barat sebenarnya memiliki infrastruktur yang memadai untuk
menyambut lebih ramai pelancong dan pelabur.”
(Sumber: Zuraidah Mohamed. CF sementara tamat tempoh. Nasional, 2005)
J) Imbuhan Awalan Petro- = Petrofabrik
Petro + fabrik
Contoh:
“Mikola yang menyertai Team WRT bersama pemandu Jepun, Matsusada pula mendapat
sokongan syarikat petroleum republik itu, Pertamina; Yayasan Otomotif Indonesia, syarikat
Gudang Garam dan sebuah consortium mengandungi beberapa syarikat besar lain.”
(Sumber: Zairee Za1h7ir. Dua saingan Alex hampiri F1. Sukan, 2000)
K) Imbuhan Awalan Pro-
Pro + Syarikat = Prosyarikat
Contoh:
“Di Malaysia, dari perspektif pengguna, perubahan ini nampak perlahan tetapi di sebalik
tabir industri, syarikat pengendali sistem telefon bimbit bersaing sengit merebut bahagian
pasaran baru menerusi teknologi Protokol Aplikasi Tanpa Wayar (WAP) dan telefon selular
Generasi Ketiga (3G).”
(Sumber: Wan Sabariah Shikh Ali. Pembantu maya perniagaan lumayan. Rencana, 2000)
L) Imbuhan Awalan Meta-
Meta + bahasa = Metabahasa
Contoh:
“Metafora yang dipegangnya cukup jelas iaitu surelisme wujud dari alam batin dan mencari
keseriusan pengkarya jika sungguh mereka mengerti kekuatan diri bersandarkan metafizik.”
(Sumber: Rosli Mohd Noor. Teater Kelantan beku. Sastera dan Budaya, 2000)
M) Imbuhan Awalan Para-
Para + linguistik = Paralinguistik
Contoh:
“Turut naik ke atas pentas ialah ahli-ahli sukan paralimpik Malaysia yang tidak kurang handal
dalam bidang sukan di sebalik ketidakupayaan masing-masing.”
(Sumber: Dr Nik Safiah Karim. Remaja dan gerakan membaca. Bahasa, 2002)
18
N) Imbuhan Awalan Foto-
Foto + voltek = Fotovoltek
Contoh:
“Ini menyebabkan cahaya tidak sampai ke dasar yang menjadi habitat terumbu karang sekali
gus menghalang proses fotosintesis dan melambatkan pertumbuhannya.”
(Sumber: Salina Abdullah. Pastikan tidak jadi angan-angan. Nasional, 2004)
O) Imbuhan Awalan Inter-
Inter + vokal = Intervokal
Contoh:
“Malaysia yang kini menjadi pusat kepada pelbagai kegiatan Islam baik peringkat nasional
mahupun internasional, berkait rapat dengan warisan karya besar pengarang Melayu dari abad
ke-16 lagi.”
(Salbiah Ani, Karya pemikir Islam patut disebar. Sastera dan Budaya, 1995)
P) Imbuhan Awalan Oksi-
Oksi + asid = Oksiasid
Contoh:
“Dengan mengatakan partinya sudah tinggal nyawa ikan, beliau sebenarnya mengharapkan
simpati rakyat, terutamanya pengundi Cina menyalurkan oksigen kepada partinya yang tenat
itu.”
19
(Sumber: Mior Kamarul Shahid. Ngauman DAP tidak lagi nyaring. Nasional 1999)
Q) Imbuhan Awalan Penta-
Penta + klorida = Pentaklorida
Contoh:
“Bagi kebanyakan pemimpin, Bush berhak bertindak atas landasan itu berikutan serangan
pengganas ke World Trade Center (WTC) New York dan Pentagon di Woshington DC, 11
September 2001, namun perkembangan baru mengenai Rumah Putih sudah dimaklumkan
mengenai ancaman serangan itu kini mengubah keadaan.”
(Sumber: Dzulkfley Zanudin. Isu Palestin jadi kunci keamanan dunia. Global, 2002)
20
AKTIVITI
1. Educandy!- Platform digital digunakan untuk pembelajaran secara atas talian.
Educandy merupakan salah satu platform yang menarik yang digunakan oleh para
guru untuk menjalankan latihan atau kuiz secara online. Menggunakan inovasi
digital ini sudah pasti para murid tidak akan mudah bosan kerana dibantu grafik
dan muzik yang menarik.
TEKNIK MENGGUNAKAN APLIKASI EDUCANDY!
1. Permainan kuiz bermula apabila para pelajar scan Qr code yang sudah disediakan.
2. Susunan soalan dan jawapan akan dipaparkan secara random.
3. Pelajar boleh berfikir dengan baik kerana had masa yang diberikan mencukupi.
21
3.2.2 Imbuhan Akhiran
Bentuk imbuhan akhiran daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris ini belum lagi diserap
sebagai imbuhan pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Contohnya, tidak akan wujud perkataan
seperti minumisme (minum) atau makanisme (makan). Hal ini dikatakan demikian kerana,
sebahagian besar daripada bentuk ini wujud dalam perkataan yang dipinjam secara keseluruhan ke
dalam Bahasa Melayu. Antara contoh imbuhan akhiran Inggeris adalah –isme, -ik, -si, -al, dan -is.
- Sosioalisme
- Realisme
- Klasifikasi
- Praktikal
- Praktis
- Saintis
A) Imbuhan Akhiran –al + al = Teknikal
Teknik
Contoh:
“Berdasarkan ujian klinikal ke atas pesakit, alat ini lebih selamat, berkesan dan mudah
digunakan berbanding yang diimport.”
(Sumber: Khairina Yasin. HUKM catat sejarah dalam bidang perubatan. Kesihatan, 2005)
22
B) Imbuhan Akhiran –isme + isme = Kapitalisme
Kapital
Contoh:
“Kedua-dua ini mekanisme dapat melahirkan kesatuan yang kuat untuk memenuhi keperluan
asas dalam menggunakan potensi yang ada pada mereka untuk membangunkan organisasi
mereka di atas dasar moral dan etika.”
(Sumber: Mat Lazim bin Salleh. Etika teras kecemerlangan perkhidmatan. Kerjaya, 1996)
C) Imbuhan Akhiran –si
Agen + si = Agensi
Contoh:
“Rakyat Malaysia amat istimewa berbanding rakyat negara lain kerana perjuangan mereka ke
arah kemerdekaan dilakukan tanpa pertumpahan darah, kemusnahan harta benda atau
membabitkan sebarang revolusi mahupun pemberontakan bersenjata.”
(Sumber: Mohd Azam Rauzan. Role Model pemangkin tamadun Malaysia. Rencana, 2003)
D) Imbuhan Akhiran –is
Prakt + tis = Praktis
Contoh:
“Pada masa sama perlu mengamalkan disiplin yang tinggi agar kewibawaan MT tidak
dipertikaikan dan ahli MT mesti juga ahli aktivis yang bekerja sepanjang masa dan rapat dengan
masyarakat pada akar umbi dan bukan berpolitik secara bermusim.”
23
(Sumber: Zulkifli Md Ali. Ahli MT mesti tegas, berani. Rencana, 2004)
E) Imbuhan Akhiran –ik
Saintif + ik = Saintifik
Contoh:
“E-perbankan Pengurus Kanan (Perbankan Elektronik), Mawardy Edi (kanan) menjelaskan
mengenai laman web Maybank2u.com kepada Zeti sambil disaksikan Mphamed Basir di Kuala
Lumpur, semalam.”
(Sumber: Azli Ayob. Maybank lancar khidmat Internet. Ekonomi, 2000)
3.3 Pembentukan Melalui Imbuhan Arab-Parsi
Imbuhan Arab-Parsi
Pengaruh bahasa Arab-Parsi ini tersebar luas setelah kedatangan Islam ke alam Melayu iaitu pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Zaman Kesultanan Melayu Melaka sangat terkenal dengan
pelabuhan asing di mana tempat pertukaran barang antara negara. Pengaruh bahasa Arab-Parsi ini
dapat dilihat melalui pinjaman imbuhan dan istilah tertentu terutamanya yang berkaitan dengan
amalan agama Islam. Arab-Parsi menjadi pengaruh yang pertama iaitu bahasa rasmi agama Islam
di tanah Melayu sekitar abad ke-13 Masihi. Namun, bahasa Parsi juga turut diambil peduli kerana
perhubungan antara kedua-dua bahasa antara Arab-Parsi sangat erat.
ARAB-PARSI
➢ BI
24
ARAB-PARSI
➢ -WI
➢ -IAH
➢ -AH
➢ -AT
3.3.1 Imbuhan Awalan
Imbuhan awalan merupakan imbuhan yang digunakan pada sesebuah kata dasar. Dalam bahasa
Arab-Parsi ini terdapat satu jenis sahaja imbuhan pinjaman bahasa Parsi ke dalam bahasa Melayu
iaitu awalan bi-. Awalan ini memberi makna ‘tidak’ dan turut digunakan bagi menerbitkan kata
adjektif namun penggunaannya sangat terbatas. Awalan ini digunakan bagi mewujudkan bentuk
kata adjektif tetapi penggunaan kata tersebut amat terbatas. Misalnya:
bi- + lazim → bilazim (tidak lazim)
bi- + adab → biadab (tidak beradab)
A) Imbuhan Awalan bi- + lazim = Bilazim
bi
Contoh:
“Apatah lagi jika sesebuah idea itu bercorak kiri, bilazim, devian, memberontak, mengkritik, dan
melawan pemikiran awam yang sedia ada.”
(Sumber: Azman Hussin. Ketidakbebasan berkarya hadkan kreativiti penulis?. Sastera dan
Budaya, 2002)
25
3.3.2 Imbuhan Akhiran
Imbuhan Akhiran digunakan sebagai imbuhan yang terletak pada akhir seseuatu kata dasar. Dalam
bahasa Arab-Parsi ini terdapat enam jenis imbuhan akhiran yang digunakan iaitu –wi, -I, -iah, -in,
-at dan –ah. Imbuhan akhiran –wi dan –I ini penting bagi menghasilkan bentuk kata adjektif iaitu
mencirikan sifat yang terkandung di dalam sesuatu kata dasar. Oleh itu imbuhan akhiran –wi ini
akan digunakan apabila sesuatu kata dasar akan berakhir dengan huruf vokal. Berlainan pula
dengan imbuhan akhiran –I iaitu dimana ia akan digunakan apabila sesuatu kata dasar itu akan
berakhir dengan konsonan. Misalnya:
Dunia + wi = duniawi
Abadi + I = abadi
A) Imbuhan Akhiran –ah ah = Salimah
Salim +
Contoh:
“Penyanyi kelahiran Singapura, Salimah Mahmood gembira apabila memperoleh pemberian
daripada suami tercinta, Mirza Eleno Abdullah, pada setiap tahun sama ada ketika menyambut
ulang tahun kelahiran atau perkahwinan.”
B
(Sumber: Raihanah Abdullah. Cinta orang glamour. Keluarga, 1996)
B) Imbuhan Akhiran –at at = Hadirat
Hadir +
26
Contoh:
“Leftenan Madya, Hadirat Abdul Hamid Jalil, 22, yang berasal dari Felda Air Twar, Kota
Tinggi, Johor dipilih sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan kursus berkenaan.”
(Sumber: Kamarulzaman Pid. Unit Paskal tetap di Sabah, Sarawak. Nasional, 2000)
C) Imbuhan Akhiran –in + in = Muslimin
Muslim
Contoh:
“Untuk mempertahankan diri, keyakinan dan kemerdekaan dalam menjalankan ideologi Islam,
Nabi Muhammad SAW berpuluh-puluh kali memimpin pasukannya dalam peperangan di antara
kaum muslimin dan kaum kafir.”
(Sumber: Hashim Ahmad. Perjuangan Rasulullah penuh kejujuran. Agama, 2002)
Imbuhan akhiran Arab Parsi –iah ini akan menghasilkan kata adjektif yang telah
memberi maksud sifat atau ciri yang terkandung dalam sesuatu kata dasar. Misalnya:
Jahil + iah = jahiliah
27
AKTIVITI
1. Guru menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) iaitu Kota Nasib.
2. Pelajar diminta membaling Kotak Nasib tersebut yang mengandungi imbuhan awalan dan
imbuhan akhiran Arab-Parsi.
3. Pelajar diminta untuk membina satu ayat berdasarkan imbuhan yang diperoleh.
28
Pembaharuan Bentuk Kata
Pembaharuan bentuk kata menurut pandangan Abdullah Hassan (2006), peristilahan adalah
satu usaha baharu bagi membentuk perkataan untuk mengukapkan konsep, idea, proses dan
nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam sesuatu bahasa.
Menurut Nik Safiah Karim (2008) menyatakan bahawa perkataan-perkataan baharu
secara umumnya timbul dalam sesuatu bahasa melalui dua proses yang utama.
4.1 Penggunaan Popular
MENJELASKAN
MAKNA PADA
KATA DASAR
YANG PERTAMA
Penggunaan
Popular
MEMILIKI KATA
DASAR YANG
TIDAK TERIKAT
KATA DASAR
YANG
MEMPUNYAI
MAKNA BEBAS
Penghasilan perkatan baharu mahupun pengaplikasian kerap dihasilkan oleh para penulis sama
ada untuk penggunaan dalam media massa termasuk dalam surat khabar, majalah radio,
televisyen dan banyak lagi. Tambahan pula, perkataan baharu ini juga pada asalnya
diperkenalkan secara ciptaan peribadi iaitu lahirnya daripada terjemahan ataupun secara
ambilan keseluruhan. Akhirnya perkataan baharu ini menjadi popular dan digunakan secara
umum. Contohnya:
Komisen Kempen Pencen
Pilihan Raya Biro Ibu Kota
29
Contoh penggunaan popular dalam ayat :
"Syarikat kewangan juga memberi jaminan yuran itu tidak memberi
kesan kepada kadar faedah sewa beli yang sudah turun baru-baru ini
berikutan pemberhentian pembayaran komisen ," katanya.
Azli Ayob, Nasional
4.2 Perancangan Bahasa Rasmi
Secara umumnya, secara umumnya pihak yang bertangungjawab berkaitan penciptaan
perkataan baharu melalui perancangan bahasa rasmi di Malaysia. Dalam hal ini menjelaskan
bahawa beberapa perkataan yang dihasilkan adalah melalui perbincangan rasmi sama ada ia
berkaitan istilah khusus untuk mencakupi pelbagai sektor. Terdapat beberapa proses dalam
pembentukan istilah yang selaras.
PENGGUNAAN DALAM BAHASA MELAYU YANG LAZIM
PENGGUNAAN DALAM BAHASA MELAYU YANG KURANG
LAZIM
PENGGUNAAN PERKATAAN BAHASA SERUMPUN (DIALEK)
YANG LAZIM
PENGGUNAAN DARIPADA PERKATAAN ISTILAH
PENGGUNAAN PERKATAAN DARIPADA BAHASA LAIN
Contoh penggunaan perkataan perancangan bahasa yang rasmi:
“ Jurulatih Pasukan bola keranjang itu berkata meskipun pemain mematuhi SOP,
risiko untuk berlaku penularan tetap ada berdasarkan statistic semasa penularan
Covid-19 yang telah berada dalam komuniti masyarakat di negara ini”.
(Sumber: Akhbar Berita Harian, 2020)
30
4.3 Proses Pembentukan Istilah
Menurut Hasnah Mohamad (2017), kemasukan perkataan baharu ke dalam kosa kata Melayu
sering berlaku. Hal ini terjadi terutamanya berdasarkan keperluan segera. Misalnya dalam
penulisan berita atau makalah di akhbar. Perkataan-perkataan tersebut lazimnya diperkenalkan
oleh individu tertentu khususnya penulis yang terlibat dalam penerbitan makalah yang
berkaitan untuk memenuhi keperluan pengguna.
Menurut Siow (1990), peristilahan merupakan sebahagian daripada usaha kea rah
meningkatkan taraf dan memantapkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Terdapat dua
proses pembentukkan istilah iaitu melalui proses pinjaman terjemah dan proses pinjaman.
UNGKAPAN
YANG
SINGKAT
MAKNA PROSES UBAH EJAAN
TERUS PEMBENTUKAN
(BM-BI/BI- ISTILAH
BM)
TANPA
EJAAN
I. Terjemahan Langsung
Procrastination = Penangguhan
Contoh:
“MELAKA: Butik Fareeda berani mengambil risiko dengan membuka
cawangan terbarunya di negeri ini walau negara dalam fasa pendemik serta
mengalami kelembapan ekonomi global”.
(Sumber: New Strait Times, 23 Jun 2020)
31
II. Proses gandaan separa
Kite = lelayang
Proses Pinjaman
Melalui proses pinjaman, cara pembentukan kata adalah mengambil istilah daripada bahasa
asalnya dan penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan. Terdapat dua proses pinjaman
iaitu penyesuaian ejaan dan pengambilan tanpa perubahan ejaan.
III. Penyesuaian Ejaan
Biology = Biologi
IV. Pengambilan tanpa perubahan ejaan
Standard = standard
Contoh:
“Jadi kita kena bayar harga mahal dan banyak daripada barang ini yang kita import
susu, gandum, gula, daging ini semua kita import dan kita terpaksa turut harga di
luar negeri”.
32
Aktiviti dilaksanakan menggunakan web WordWall
WordWall : Aplikasi berasaskan laman web ini boleh digunakan untuk mencipta media
pembelajaran seperti kuiz, carian perkataan dan sebagainya. Menariknya, selain
memberikan pengguna akses kepada media yang mereka cipta dalam talian, WordWall
juga boleh dimuat turun dan dicetak di atas kertas. Aplikasi ini menyediakan 18 templat
yang boleh diakses secara percuma dan pengguna boleh menukar templat aktiviti
daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain dengan mudah.
https://wordwall.net/play/32604/626/342
TEKNIK MENYERTAI AKTIVITI PENGUKUHAN MELALUI WORDWALL
1. Guru akan menghantar link kepada pelajar melalui Whatapps’s group.
2. Memastikan semua pelajar menyertai aktiviti menggunakan nama sebenar
supaya guru dapat mengenalpasti bilangan kehadiran pelajar yang menjawab
soalan.
3. Setelah selesai sesi menjawab, skor yang diperolehi para pelajar akan terpapar
di penghujung permainan.
33
Penutup
Morfologi adalah merupakan satu aspek yang penting dalam tatabahasa Bahasa
Melayu. Tatabahasa pula merujuk kepada perkara asas bagi sesuatu bahasa. Tambahan lagi,
morfologi sangat memberi perhatian terhadap kajian perkataan dalam Bahasa Melayu yang
telah mengalami perkembangannya yang meluas, terutamanya dalam bidang kosa kata atau
perbendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata.
Seterusnya, dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta
bentuk imbuhan alam bahasa Melayu. Hal ini demikian, hasil daripada perkembangan ilmu dan
ikhtisas tertentu, imbuhan yang pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana keperluan dalam
mengayakan perbendaharaan perkataan baharu dalam Bahasa Melayu bagi mendukung istilah-
istilah yang tertentu.
Keseinambungan daripada itu, melalui proses pembentukan perkataan baharu ini dapat
memperkembangkan lagi pemahaman dan ilmu pengetahuan dalam kalangan generasi kini. Di
harap dengan adanya penghasilan modul ini dapat membantu para pengkaji seterusnya untuk
mempelajari dan memperluaskan lagi kajian dalam bidang morfologi.
34
Rujukan
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Diperoleh daripada
https://books.google.com.my/books?id=U4DMAgAAQBAJ&printsec=frontcover&so
urce=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010-2013). Pangkalan data korpus.
http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/SelectUserCat.aspx
Imbuhan daripada yunani-Latin: Indonesia dokumen Indonesia. Diperoleh daripada
https://dokumen.tips/documents/imbuhan-daripada-yunani-latin-inggeris.html.
Rafiza binti Darus & Siti Ainizah binti Samsuri. (2013). Morfologi Bahasa Melayu
(Pembentukan Perkataan Baharu). Institut Pendidikan Guru Malaysia. Diperoleh
daripada https://dokumen.tips/education/morfologi-bahasa-melayu-pembentukan-
perkataan-baharu.html.
35