The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD NOR FAIZMIE BIN RASMAN IPG-Pelajar, 2023-10-07 17:50:35

Kenali Peribahasa

Kenali Peribahasa (1)

Keywords: Simpulan bahasa,perumpamaan,peribahasa

Kenali Peribahasa - Simpulan Bahasa - Perumpamaan


- Simpulan bahasa terdiri daripada dua perkataan yang tersusun dan membawa satu maksud tersirat. Cara mudah kenali simpulan bahasa: - Apabila dua perkataan itu membentuk maksud yang tersirat. Simpulan Bahasa


Contoh: Batu api Maksud tersirat: Orang yang suka menghasut untuk mendatangkan perasaan marah. Contoh ayat: Hasrul menjadi batu api apabila selalu menghasut Intan untuk membenci rakannya Latip.


Contoh: Jalan Tikus Maksud tersirat: Jalan seperti lorong kecil di kampung, hutan atau jalan kecil di bandar untuk melarikan diri daripada sesuatu perkara Contoh ayat: Ali ponteng sekolah menggunakan jalan tikus di belakang kantin.


Contoh: Batang air Maksud tersirat: Sungai Contoh ayat: “Ikutilah batang air itu, nanti kamu akan jumpa rumah Maya.” Kata Jamie kepada Fred.


Contoh: Cakar ayam Maksud tersirat: Tulisan yang buruk Contoh ayat: Cikgu Faiz menegur Hisyam untuk mencantikkan tulisan kerana tulisannya cakar ayam.


Contoh: Perut Kosong Maksud tersirat: Lapar Contoh ayat: “Jangan biarkan perut kosong, Fendi.” Ujar emak kepadanya.


Contoh: Tangan Panjang Maksud tersirat: Orang yang suka mencuri Contoh ayat: “Orang yang panjang tangan akan dihukum!” Jerit Sang Singa kepada semua haiwan di Rimba.


Perumpamaan - Perumpamaan pula ialah susunan lebih daripada dua kata yang memberikan makna tersirat. Cara mudah kenali simpulan bahasa: - Apabila lebih daripada dua perkataan dan dimulakan dengan perkataan yang menyamakan sesuatu (seperti, ibarat, laksana, bagai, bak) - Perumpamaan tersebut membandingkan situasi dengan persekitaran


Contoh: Bagai tikus membaiki labu Maksud: Seseorang itu bukan sahaja tidak pandai membaiki barang, sebaliknya semakin rosak apabila dibaiki. Contoh ayat: Lina ibarat tikus membaiki labu apabila ingin membaiki basikalnya yang rosak tetapi basikal yang dibaiki itu semakin teruk.


Contoh: Seperti anjing dengan bayang-bayang Maksud: Seorang yang tamak. Contoh ayat: Borhan bersikap seperti anjing dengan bayang-bayang apabila dia tidak suka dan inginkan kesenangan orang lain.


Contoh: Seperti langit dengan bumi Maksud: Perbezaan yang sangat besar. Contoh ayat: Kasim sedar dirinya seperti langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Roslan yang kaya-raya.


Contoh: Seperti durian menunjukkan pangsanya Maksud: Orang yang menunjuk kebesarannya Contoh ayat: Pak Cik Wan seperti durian menunjukkan pangsanya apabila sering menunjukkan hartanya di hadapan orang kampung.


Contoh: Bagai pahat dengan penukul Maksud: Hanya bergerak apabila disuruh Contoh ayat: “Awak jangan seperti pahat dengan penukul, Hafiz” Tegur Cik Ham kepada Hafiz kerana selalu buat kerja apabila hanya disuruh.


Contoh: Bagai melepaskan batok di tangga Maksud: Buat kerja sekadar siap Contoh ayat: “Hasan, janganlah buat kerja bagai melepaskan batok di tangga” Ibu menegur Hasan setelah ibu melihat dia menyapu sampah tetapi tidak bersih.


Click to View FlipBook Version