The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAJAR BINTI AB RAHMAN Moe, 2022-07-31 23:44:25

KERTAS KERJA HAYYA BIL ARABIYYAH

KERTAS KERJA HAY'YA BIL ARABI'YAH

PROGRAM HAY’YA BIL ARABI’YAH

1. PENDAHULUAN :

Program Hay’ya Bil Arabi’yah dilaksanakan bertujuan bagi menguji kefahaman murid-
murid mengenai komunikasi asas di dalam Bahasa Arab dan perkataan-perkataan mudah
dalam Bahasa Arab yang telah dipelajari sepanjang pembelajaran dalam bilik darjah.
Program ini diharapkan dapat menyedarkan warga SK Subang bahawa Bahasa Arab adalah
bahasa yang mudah untuk dipelajari seterusnya mampu menarik minat warga SK Subang
untuk mempelajari Bahasa Arab. Semoga program ini dapat mendorong para pelajar
untuk lebih mencintai bahasa Al-Quran dan sentiasa berusaha untuk mendalami ilmu
Bahasa Arab.

2. NAMA PROGRAM :
Program Hay’ya Bil Arabi’yah.

3. OBJEKTIF PROGRAM :

➢ Menguji kefahaman murid-murid sepanjang minggu penghayatan Bahasa
Arab.

➢ Mendorong untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab sebagai bahasa
ketiga.

➢ Meningkatkan pencapaian akademik dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

➢ Sentiasa mempraktikkan Bahasa Arab ketika berkomunikasi bersama guru
mahu pun rakan.

4. ANJURAN :
Panitia Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Subang.

5. SASARAN :
Semua murid SK Subang.

6. TARIKH, MASA DAN TEMPAT :

➢ Tarikh : 1 – 5 Ogos 2022

➢ Hari : Isnin - Jumaat

➢ Tempat : SK Subang

7. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM :

Penasihat : En Mohd Nasir Bin Ibrahim

(Guru Besar Sk Subang)

Pengerusi : En. Saifuzzaman Bin Mohamad Dam

( GPK Kurikulum SK Subang)

Naib Pengerusi : En. Mohamad Nizam Bin Ismail
( GPK Kokurikulum SK Subang )

: Pn. Hjh. Rosimah binti Mohamad
( GPK Hal Ehwal Murid SK Subang )

: En. Muhammad Fadhli bin Shaharul
(GPK Petang SK Subang )

Penyelaras : Pn. Adiweyatu Rafeah Binti Suddin
Setiausaha : Pn. Hajar binti Ab Rahman
AJK : Pn. Hasnita binti Hashim
: En. Asman Bin Abdullah
: Pn. Siti Ruhaya binti Ahmad Sayuthi
: Pn. Nuradila Farahaini binti Othman

8. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN AKTIVITI HAYYA BIL ARABIAH

BIL AKTIVITI NAMA JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

1. Tahun 1 : Pn. Nuradila Farahaini binti Othman (T1) -Menyediakan bahan edaran
untuk murid membuat aktiviti
Mewarna
perkataan - Mencari pemenang dari setiap
Bahasa Arab kelas yang boleh membuat aktiviti
tersebut dengan tepat.

Tahun 2 : Pn. Siti Ruhaya binti Ahmad Sayuthi (T2)

Mereka cipta Kad
Ucapan Bahasa
Arab

Tahun 3 : Pn. Hajar Binti Ab Rahman (T3)
Kamus Poket
Bergambar Pn. Adiweyatu Rafeah Binti Suddin (T4) -Menyediakan bahan edaran
2. Tahun 4 : untuk murid membuat aktiviti
Poster Bahasa
Arab - Mencari pemenang dari setiap
kelas yang boleh membuat aktiviti
Tahun 5: tersebut dengan tepat.
Buku skrap
Pn. Hasnita binti Hashim (T5)

Tahun 6: En Asman bin Abdullah (T6) - Mengambil gambar
Kad Tahbib - Membuat laporan bergambar
Lughatul Sesi Pagi : tentang program yang dijalankan
Arabiyyah Pn. Hasnita binti Hashim - Laporan dibuat mengikut format
3. Sesi Petang : SPSK terkini.
Dokumentasi Pn. Siti Ruhaya Binti Ahmad Sayuthi
- Menyediakan hadiah untuk
4. Sesi Pagi : Pemenang.
Hadiah En Asman bin Abdullah
Sesi Petang : - Jawatankuasa setiap aliran
5. Buku Program Nuradila Farahaini binti Othman bertanggungjawab mengambil
Pn Hajar binti Ab Rahman serta menguruskan hadiah
mengikut aliran masing-masing.

- Menyediakan dan mengedarkan
buku Program,

9. ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL PERKARA HARGA JUMLAH
1. HADIAH
TAHUN 1
PERTANDINGAN RM 7.00 X 3 PEMENANG X 9 KELAS RM 189.00

TAHUN 2 RM 168.00

RM 7.00 X 3 PEMENANG X 8 KELAS

TAHUN 3
RM 7.00 X 3 PEMENANG X 8 KELAS RM 168.00

TAHUN 4
RM 7.00 X 3 PEMENANG X 8 KELAS RM 168.00

TAHUN 5
RM 7.00 X 3 PEMENANG X 7 KELAS

RM 147.00

TAHUN 6
RM 7.00 X 3 PEMENANG X 8 KELAS RM 168.00

JUMLAH RM 1008.00

Sebanyak Seribu Lapan Ringgit Malaysia diperlukan untuk menjayakan program ini.

10. SUMBER KEWANGAN
Semua perbelanjaan program ini akan menggunakan duit dari PCG Bahasa Arab.

11. PENUTUP :

Pihak penganjur mengharapkan agar program Ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar , Penolong Kanan dan semua guru SK
Subang diatas sokongan yang diberikan untuk menjayakan program ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ .............................................................
( HAJAR BINTI AB RAHMAN ) ( SAIFUZZAMAN BIN MOHAMAD DAM )
Setiausaha, Penolong Kanan Kurikulum
Program Hay’ya Bil Arabi’yah Sekolah Kebangsaan Subang

ULASAN GURU BESAR

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Disahkan oleh,

...............................................
(MOHD NASIR BIN IBRAHIM)
Guru Besar Cemerlang
Sekolah Kebangsaan Subang

SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG
JALAN MERBAU, KG MELAYU SUBANG

40150 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA HAY’YA BIL
ARABI’YAH

-‫برنامج َه َّيا ِبال َع َر ِب َّي ِة‬

TARIKH :
1 – 5 OGOS 2022

HARI :
ISNIN – JUMAAT

TEMPAT :
SK SUBANG

ANJURAN :
Panitia Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Subang.


Click to View FlipBook Version