SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT II, PETI SURAT 61700, 91125, LAHAD DATU, SABAH KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA TARIKH : 17 NOVEMBER 2023 TEMPAT : PERSEKITARAN SEKOLAH & PEKARANGAN FELDA SAHABAT 2 ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT II
1 1. TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dan punca kuasa untuk menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Tahun 2023. 2. PENGENALAN Kejohanan merentas desa merupakan aktiviti unit kokurikulum yang dianjurkan pada setiap tahun. Aktiviti ini akan melibatkan semua murid Sekolah Kebangsaan Sahabat II, Lahad Datu. Ia juga merupakan aktiviti yang berupaya untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai aktiviti sukan di sekolah. Hal ini kerana, aktiviti ini mudah untuk disertai oleh semua lapisan murid. Kejohanan Merentas Desa akan dilakukan dengan pertandingan larian jarak jauh yang melibatkan sebanyak lima checkpoint untuk dilalui oleh murid tahap 2 dan empat checkpoint bagi murid-murid tahap 1. 3. MATLAMAT Menjadikan Kejohanan Merentas Desa sebagai galakkan kepada gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. 4. OBJEKTIF 4.1. Melatih kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas 4.2. Mewujudkan budaya persaingan sihat dalam kalangan murid-murid. 4.3. Memupuk semangat kesukanan melalui tawaran hadiah menarik kepada pemenang setiap kategori. 4.4. Menjadikan aktiviti Larian Merentas Desa Peringkat Sekolah Tahun 2023 sebagai platform untuk mengasah bakat kesukanan murid-murid. 4.5. Melahirkan bakal atlet sekolah untuk dilatih ke pertandingan Merentas Daerah Peringkat Daerah. 5. SASARAN Semua Murid SK Sahabat II, Lahad Datu
2 6. TARIKH, HARI DAN MASA 6.1. Tarikh : 17 Nov 2023 6.2. Hari : Jumaat 6.3. Masa : 06.50 – 11.00 pagi 7. KATEGORI & HADIAH PEMENANG BIL KATEGORI HADIAH 1 Murid Tahap 1 1. Tempat Pertama hingga Kesepuluh (Lelaki) 2. Tempat Pertama hingga Kesepuluh (Perempuan) 2 Murid Tahap 2 1. Tempat Pertama hingga Kesepuluh (Lelaki) 2. Tempat Pertama hingga Kesepuluh (Perempuan) 3 Murid PPKI 1. Tempat Pertama hingga Ketiga (Terbuka) 4 Prasekolah Belanjawan diuruskan oleh Unit Prasekolah 8. MATA INDIVIDU UNTUK RUMAH SUKAN KEDUDUKAN MATA 1 10 2 9 3 8 4 7 5 6 6 5 7 4 8 3 9 2 10 1
3 9. AHLI JAWATANKUASA : AHLI JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : En. Ishak bin Kampak (Guru Besar) Timbalan Pengerusi : Pn. Suhaini binti Hector (Penolong Kanan Kokurikulum) Naib Pengerusi I : En. Gerache @ Gerahe bin Ismail (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi II : En. Mohammat Haris bin Amat (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) S/U Ko-kurikulum : Cik Nurul Jannah Che Suhaimi S/U Sukan : En. Hairie Rosdiansyah bin Hamid Peny. Rumah Sukan : En. Mad Sahaid bin Handuian Peny. PAJSK : Pn. Norleala binti Latib Peny. Badan Beruniform: En. Azmal Huzaimie bin Kamarul Zamal Peny. Kelab/Persatuan : En. Rosli bin Pitri Peny. Sukan/Permainan : En. Muhammad Qairou Ummateen bin Mohd Zabidi AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pelepas : En. Ishak bin Kampak Hakim/Pengadil : En. Ishak bin Kampak Pn. Suhaini binti Hector En. Gerache @ Gerahe bin Ismail En. Mohammat Haris bin Amat Pegawai Penjaga Stesen : Stesen 1 - Cik. Wivica Lawansa - Pn. Najihah binti Halimin Stesen 2 - En. Ismail bin Lapagang - En. Muhammad Qairou Ummateen bin Mohd Zabidi Stesen 3 - Cik Anis Zulaikha binti Abdul Jalil - En. Azman bin Arwie Stesen 4 - Cik Nurul Jannah binti Che Suhaimi - Cik Nur Amirah Syafiqah binti Rosli Stesen 5 - En. Velerion Kongoi - En. Muhammad ‘Asri bin Mohd Salim
4 Senamrobik : PIBG PA Sistem : En. Ismail Lapagang Fotografi/JuruAcara : En. Rosli bin Pitri Hadiah Pemenang : Pn. Norleala binti Latib Pn. Janarineseh binti Aripin Penangkap Pemenang :Cik Faidznur Haslien (Tahap 1 Perempuan) Pn. Nur Hazirah binti Mohamed Hairi (Tahap 1 Lelaki) Pn. Nurul Aida binti Samsudin (Tahap 2 Perempuan) Pn Nor Zahidah binti Md Hasim (Tahap 2 Lelaki) Persiapan Kupon : Pn. Satiyah binti Sirah @ Sira Pn. Juliana @ Baharani binti Joldi Pn. Maria binti Mulok Pegawai Keselamatan : Cik Jennie May Jausin BSMM Juru Tunjuk Arah : En. Mad Sahaid bin Handuian Hj. Mohd Razali bin Deraman En. Hairie Rosdiansyah bin Hamid Pengurus Laluan/Trek : En. Hairie Rosdiansyah bin Hamid En. Mad Sahaid bin Handuian Penyediaan Laluan Penamat : En. Shah bin Likud En. Mohd Azmal Huzaimie bin Kamarul Zamal Kawalan Murid (Kuarantin) : Tahap 1 - Pn Mariya Sazwana binti Mohd Syukri Tahap 2 - En. Afiq Aiman bin Nulkada PPKI - En. Randy Rusli Pn Norshafawani binti Jesni Prasekolah - Pn. Nurlyana binti Amdan Cik Tengku Nur Atirah binti Tengku Mohd Khairi Pn. Salma binti Abdul Salam Pn. Bunga Suhala binti Kabuliah
5 10. SKOP TUGAS AHLI JAWATANKUASA DESKRIPSI TUGAS Pelepas - Melepaskan para peserta mengikut kategori di garisan permulaan (pondok keselamatan sekolah) Hakim/Pengadil - Membantu melepaskan para peserta mengikut kategori di garisan permulaan Penangkap Pemenang - Bertanggungjawab menyenaraikan senarai pemenang tempat pertama hingga kesepuluh - Menyemak kupon setiap pemenang bagi pengesahan pemenang - Mencatat masa setiap pemenang tempat pertama hingga kesepuluh - Merekodkan pungutan mata mengikut rumah sukan mengikut kategori Pegawai Penjaga Stesen - Mengawas pergerakan peserta - Menyelia, membawa dan menyerahkan kupon kepada semua peserta di stesen masing-masing - Memastikan penanda stesen dibawa pulang selepas tamat larian merentas desa Senamrobik - Melakukan tunjuk cara memanaskan badan kepada para peserta - Mengetuai aktiviti senamrobik sebelum larian merentas desa dimulakan PA Sistem - Menyediakan PA sistem untuk kegunaan aktiviti senamrobik Fotografi - Mengambil gambar-gambar larian peserta di garisan permulaan/penamat dan setiap stesen. Hadiah Pemenang - Mendapatkan senarai pemenang daripada hakim/pengadil - Menyediakan hadiah pemenang berdasarkan peruntukan yang diberikan Persiapan Kupon - Menyediakan kupon larian merentas desa mengikut jumlah peserta/murid dan stesen - Menyerahkan kupon kepada AJK Pegawai Penjaga Stesen untuk diberikan kepada setiap peserta Pegawai Keselamatan - Memastikan laluan/trek larian merentas desa berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum acara dimulakan
6 - Menyediakan kelengkapan bantu mula - Bertanggungjawab memberikan bantu mula kepada peserta yang mengalami kecederaan - Bekerjasama dengan AJK Juru Tunjuk Acara bagi mendapatkan maklumat peserta yang memerlukan bantuan kecemasan Juru Tunjuk Acara - Mengawas larian peserta semasa pelepasan, larian dan penamat - Memaklumkan AJK Pegawai Keselamatan sekiranya terdapat murid yang memerlukan bantuan kecemasan - Berada di kawasan yang ditetapkan semasa murid tahap 1 berlari. Pengurus Laluan/Trek - Menyediakan kelengkapan pelepasan dan stesen acara larian merentas desa - Menyediakan pelan laluan/trek yang baik dan selamat serta bersesuaian untuk kejohanan - Memasang penanda di setiap stesen Penyediaan Laluan Penamat - Menyediakan laluan penamat murid bagi setiap acara - Memastikan laluan penamat tiada murid/penonton agar penangkap pemenang dapat melaksanakan tugas dengan lancer. Kawalan Murid (Kuarantin) - Mengawal pergerakan murid di tapak perhimpunan sebelum, semasa dan selepas aktiviti senamrobik - Mengawal para peserta semasa acara pelepasan dilakukan (kuarantin) - Mengawal pergerakan murid selepas acara larian tamat
7 11. PELAN LALUAN/TREK Rajah 1: Laluan/Trek Kategori Murid Tahap 1 Rajah 1: Laluan/Trek Kategori Murid Tahap 2
8 12. ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA KUANTITI HARGA (RM) JUMLAH (RM) KATEGORI TAHAP 1 Medal (Lelaki) 10 25.00 250.00 Medal (Wanita) 10 25.00 250.00 KATEGORI TAHAP 2 Medal (Lelaki) 10 25.00 250.00 Medal (Wanita) 10 25.00 250.00 KATEGORI PPKI (TERBUKA) Medal 3 25.00 75.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 1075.00
9 13. JADUAL TENTATIF MASA PERKARA CATATAN 0650 0700 0740 0800 0810 0820 0830 0840 0845 0900 0930 1000 1100 - Murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan sekolah - Senamrobik - Persiapan/Kuarantin murid - Larian Merentas Desa Tahap 2 Lelaki - Larian Merentas Desa Tahap 2 Wanita - Larian Merentas Desa Tahap 1 Lelaki - Larian Merentas Desa Tahap 1 Wanita - Larian Merentas Desa Murid PPKI - Larian Merentas Desa Prasekolah - Semua Larian Dijangka Tamat - Rehat - Penutupan - Bersurai AJK Kawalan Murid AJK Senamrobik Semua AJK Pelaksana yang Terlibat 14. PENUTUP Adalah diharapkan agar penganjuran Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah ini dapat memberikan manfaat kepada semua murid khususnya dalam bidang sukan. Diharapkan juga, Unit Kokurikulum dapat melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi demi mengharumkan nama sekolah.
10 Disediakan Oleh: Disemak Oleh: (HAIRIE ROSDIANSYAH HAMID) (SUHAINI BINTI HECTOR) Setiausaha Sukan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Unit Kokurikulum SK Sahabat II, Lahad Datu. SK Sahabat II, Lahad Datu. Diluluskan Oleh: (ISHAK BIN KAMPAK) Guru Besar SK Sahabat II, Lahad Datu.