SMK TAMAN KENARI Dirasmikan oleh Encik Mohd Hazril Ezni bin Zulkapli Tarikh: 9 Jun 2024 Masa: 2.00 - 5.00 petang Tempat: Dewan Terbuka, SMKTK
1. Atur Cara Majlis 2 2. Sekapur Sirih Tuan Pengetua SMK Taman Kenari 3 3. Kata Alu-aluan YDP PIBG SMKTK 4 4. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-25 5 - 7 5. Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-25 8 - 9 6. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-25 10 7. Jawatankuasa PIBG SMKTK 2023 - 2024 11 8. Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-24 12 - 16 9. Maklumbalas Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 17 10. Laporan Aktiviti/ Program SMKTK 2023-2024 18 11. Senarai Kehadiran Waris dan Guru ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 Tahun 2023 19 - 22 12. Akaun PIBG SMKTK 2023 - 2024 23 - 24 13. Akaun Kebajikan Pelajar PIBG SMKTK 2023 - 2024 25 - 26 14. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG SMKTK 2024 - 2026 27 15. Usul / Cadangan Mesyuarat Agung PIBG 28 - 30 ISI KANDUNGAN 1
2.00 petang Ketibaan ibu bapa, waris pelajar,ahli PIBG dan pendaftaran 2.10 petang Ketibaan Perasmi 2.15 petang Nyanyian Lagu Negaraku Aluan Juruacara Majlis Bacaan Doa Aluan Tuan Pengetua Ucapan Perasmian Oleh Tuan Yang Dipertua PIBG Persembahan Video/ Montaj Penyampaian Sijil 3.00 petang Rehat - Jamuan Ringan 3.15 petang Mesyuarat Agung PIBG Ucapan Penangguhan Cabutan Bertuah 5.00 petang Bersurai ATUR CARA MAJLIS 2
SEKAPUR SIRIH PENGETUA SMK TAMAN KENARI 3 Bislillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Kenari kali Ke-25 bagi tahun 2024. Saya mewakili pihak sekolah dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG SMK Taman Kenari mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis kita petang ini. Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi informasi berkaitan beberapa aktiviti yang sedang dilaksanakan di sekolah dan melibatkan Sarana Ibu Bapa serta Komuniti (PIBK). Pihak sekolah memberi keutamaan dalam aspek Pembangunan Sahsiah yang melibatkan semua pelajar. Menyentuh bidang akademik pula, Program Kelas Intensif SPM telah berlangsung dan pihak pengurusan sekolah menaruh harapan yang tinggi untuk melonjakkan lagi prestasi sekolah dalam peperiksaan awam. Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang percambahan buah fikiran serta ideaidea kreatif daripada seluruh ahli komuniti yang mampu membantu pihak sekolah mewujudkan iklim pembelajaran kondusif. Saya yakin dengan komitmen, semangat permuafakatan yang tinggi dan semangat kerja berpasukan yang jitu serta sokongan mampan daripada semua pihak, hasrat SMK Taman Kenari untuk muncul salah sebuah sekolah terunggul bakal menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Sekian. Terima kasih. SMART CERIA SANTAI Puan Hamidah binti Ghazali Pengetua SMK Taman Kenari
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SMK TAMAN KENARI 4 Bislillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Segala pujian bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya serta para sahabatnya. Dalam kesempatan ini, saya memanjaatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Kenari kali Ke-25. Saya juga mengucapkan syabas dan terima kasih ke atas kehadiran tuan puan, para ibu bapa yang menganbarkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam meningkatan kecemerlangan akademik, disiplin dan sahsiah anak-anak kita semua. Dalam usaha menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG menyokong segala program dan perancangan yang dirangka dan bakal dilaksanakan oleh seluruh warga sekolah. PIBG juga banyak memberi sumbangan kewangan untuk menggerakkan pelbagai aktiviti sama ada yang bersifat akademik mahupun dalam akpek kokurikulum. Justeru, inisiatif seumpama ini diharapkan menjadi pemangkin untuk membakar semangat para pelajar terus memperkasakan komitmen untuk merealisasikan impian dan citacita. Sempena dengan Mesyuarat Agung PIBG pada petang ini, marilah kita mendokong pendekatan musyawarah andai kata timbul percanggahan pendapat atau salah faham sesama kita. Marilah kita berganding bahu dan melangkah seiringan berserta guru-guru dan masyarakat setempat sebagai satu komuniti yang saling melengkapi. Akhir kata, marilah kita lenyapkan perasaan dan persepsi kurang baik terhadap institusi pendidikan dan hayatilah ungkapan buang yang keruh, ambil yang jernih. Insya Allah hasil mesyuarat pada petang ini mencetus sinar baru demi kelangsungan proses pendidikan dan pembinaan jati diri zuriat pewaris peneraju negara tercinta. Encik Mohd Hazril Ezni bin Zulkapli Yang Dipertua PIBG SMK Taman Kenari
Pengerusi Puan Hamidah binti Ghazali (TP) Timbalan Pengerusi Ustaz Abdul Razak bin Hassan (PKP) Naib Pengerusi I Puan Zauyah binti Salleh (PKH) Naib Pengerusi II Encik Azmi bin Razak (PKK) Setiausaha Encik Ahmad Zamri bin Omar Bendahari Puan Nurul Hafiza binti Muhamad Razali JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 TAHUN 2024 5 JAWATANKUASA INDUK JAWATANKUASA KERJA Penyelaras :Pn. Hamidah binti Hamlawi (Guru Kanan Sains dan Matematik) Teks Ucapan Perasmi: Pn.Sabrina bt Md. Ismail Tuan Pengetua: Pn. Rukiah bt Ensan Pengacara Majlis Pn. Kavitha a/p Karnaneethee (K) Cik Nurul Mahfuzah binti Abdullah Buku Program Pn. Ng Suk Queen (K) Pn. Norazana binti Ab Manah Pn. Zamiah binti Ismail Cik Saffiya Balqis binti Mohd Nazan Susunan Usul / Cadangan Waris Pn. Hamiza binti Hashim (K) Pn. Nik Sharimah Halimatun bt Nik Abdullah En. Ahmad Zamri bin Omar Pendaftaran Pn. Nor Azlinda binti Mohamed Yusof (K) Pn. Nur Hafizah binti Sanasi Pn. Nursyazwanie binti Zaini Pn. Fazilah binti Muda
6 JAWATANKUASA KERJA Penyelaras :Pn. Wan Azlina binti Wan Abdullah (Guru Kanan Kemanusiaan) Jamuan VIP/Tetamu Pn. Rozima binti Osman (K) Pn. Sarinah binti Said Pn. Noorashikin binti Abd Manan Pn. Norhasini binti Azizan Back Drop dan Hiasan Latar Pentas Pn. Nor Rizah binti Shuib (K) Pn. Zurina binti Rashid Pn. Irma Marliana binti Othman Pn. Santirakala a/p Sannasi Jamuan Waris/Guru/Pembantu Pn. Mazlina binti Mat Isa (K) Pn. Rosmawati binti Jusoh Cik Nurshakirah binti Ahmad Rusli Pn. Nor Ashikin binti Haji Yaakob Penyelaras : Ustaz Abdul Razak bin Hassan (Penolong Kanan Pentadbiran) Tajaan/ Penaja Pn. Farah Wahida binti Zainol Rashid (K) En. Ahmad Zamri bin Omar Pengiraan Undi Pn. Norzana binti Ghazali (K) Pn. Adilah binti Omar Pn. Khor Yit Ling Penyelaras : En. Azmi bin Razak (Penolong Kanan Kokurikulum) Perasmian/Sambutan dan Raptai Perbarisan En. Vikram a/l Menon (K) Pn. Sakinah binti Rofie Pn. Ani binti Bawok Persembahan Slaid En. Syed Noor Yazeed bin Syed Nor Affendi (K) Pn. Nurshahazwani binti Abdul Manaf Penyelaras : Pn. Ainol Zaidatul Naquyah binti Ahmad (Guru Kanan Bahasa ) Bacaan Doa En. Mohamad Alif Afiq b. Mohmad Sarif (K) Pengawas Terpilih / Berbakat Jemputan Waris/ Tetamu Pn. Noor Syakirah binti Ramlee (K) Pn. Nurul Izza binti Razali Dokumentasi En. Ahmad Mustaffa bin Mohd Noor @ Yahya (K) Dr.Chandramathi a/p Kanesan Pn. Sholehah binti Saat @ Mat Hadiah/Sijil/Cenderahati Pn. Wan Noor Azah binti Azizan (K) Pn. Nor Zalina binti Ismail Pn. Latha a/p Kalimuthu
7 JAWATANKUASA KERJA Penyelaras :Pn. Suhaila binti Mohd Yusoff (Guru Kanan Teknik dan Vokasional) Hiasan Luar & Banting En. Rosmizi bin Rahim (K) En. Mohd Kamal bin Masor @ Ibrahim En. En. Yusrizal bin Md Yusoff Persiapan Tempat En. Norelham bin Md Nor (K) En. Jamaludin bin Che Embi Pn. Rosaini binti Ab Rasid Cik Siti Yasyirah binti Rozman Siaraya En. Ridzuan b Mohamad (K) En. Abdulah Mustaqim bin Shamsurizal Kawalan Keselamatan/Lalu Lintas En. Zulkifli bin Saad (K) Pn. Agila a/p Maniam Pencatat Minit Pn. Fatkhiah binti Shariff @ Noor (K) Pn. Noor Dalila binti Samot Pn. Anis Shazwani binti Muhamad Sofi Penyelaras : Pn. Zauyah binti Salleh (Penolong Kanan HEM) Cabutan Bertuah Pn. Noor Eezana binti Ismail (K) Pn. Cik Maisarah binti Hussain Pn. Anis Umairah binti Abdul Rahim Cik Nor Anishah binti Muslim Pn. Norhidayah binti Muhamad Pn. Nurul Husna binti Mohd Akhir
8 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG
9 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG
1. Aluan Pengerusi Mesyuarat 2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-24 3. Perkara-Perkara Berbangkit 4. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG 2023 5. Membentang dan Membahaskan Usul / Cadangan 6. Pelantikan AJK PIBG Sesi 2024 - 2026 6.1 Yang Dipertua PIBG 6.2 Naib Yang Dipertua PIBG 6.3 Setiausaha Kehormat PIBG 6.4 Penolong Setiausaha PIBG 6.5 Bendahari 6.6 Penolong Bendahari 6.7 Ahli Jawatankuasa PIBG (6 orang Guru dan 6 orang Waris) 6.8 Juruaudit Akaun PIBG (Seorang Guru dan Seorang Waris) 7. Hal-hal Lain 8. Ucapan Penangguhan 10 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 SMK TAMAN KENARI
Ex – Officio Puan Hamidah binti Ghazali Yang Dipertua Encik Mohd Hazril Ezni b. Zulkapli Naib Yang Dipertua Encik Mohd Hasni bin Hashim Setiausaha Encik Ahmad Zamri bin Omar Bendahari Puan Nurul Hafiza binti Muhamad Razali AJK Waris Encik Riduan bin Abdul Rahman Encik Mohd Alimin bin Abd Aziz Encik Mohd Noor bin Abdul Majid Encik Thanimalai a/l Naranasamy Puan Rosmawati binti Bakar @ Che Mat Puan Zuraida binti Ismail AJK Guru Encik Jamaludin bin Che Embi Encik Rosmizi b. Rahim Encik Mohd Kamal bin Masor @ Ibrahim Puan Nurshahazwani binti Abdul Manaf Puan Khairul Zahilah binti Khairudin Puan Noor Syakirah binti Ramlee Puan Santirakala a/p Sannasi Juruaudit (Guru) Puan Noor Eezana binti Ismail Juruaudit (Waris) Puan Norzida bt Ahmad Hadani 11 JAWATANKUASA PIBG SMK TAMAN KENARI SESI 2023/2024
12 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-24 TARIKH : 25 JUN 2023 MASA : 2.00 PETANG TEMPAT :DEWAN TERBUKA SMK TAMAN KENARI I 1. 2. 3. 4. 5. 6. II. 7. 8. I.ALUAN PENGERUSI MESYUARAT Pengerusi mesyuarat Encik Mohd Hazri Ezni bin Zulkapli selaku YDP PIBG SMK Taman Kenari mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan para waris ke mesyuarat PIBG kali ke- 24 tahun ini walaupun berdepan kekangan masa. YDP PIBG mengucapkan syukur kerana mesyuarat berlangsung dalam keadaan cuaca yang sejuk dan nyaman. Selain itu, YDP PIBG turut menyeru agar para waris terus memberi dan menjaga hubungan yang baik dengan warga sekolah. Beliau turut mengalualukan para waris untuk berkongsi idea, pandangan dan saranan yang baik serta bernas bagi meningkatkan keselesaan anak-anak sekaligus meningkatkan prestasi sekolah namun perlulah bersesuaian dengan kekangan yang dihadapi oleh para guru. YDP PIBG menyeru para waris agar memberikan kerjasama kepada pihak sekolah menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Contohnya memastikan anak-anak hadir latihan sukan seperti Kejohanan Merentas Taman, Kejohanan Bola Jaring, bola sepak dan sebagainya. Di samping itu, YDP PIBG juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar dan waris yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beliau turut memuji kerana menjadi waris yang hebat serta sokongan padu yang diberikan oleh para waris untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang. YDP turut meminta supaya semua waris dapat menumpukan perhatian dalam mesyuarat ini agar segala masalah dapat diselesaikan dengan baik. Tindakan : Makluman MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINITI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 23 Encik Ahmad Zamri Bin Omar selaku Setiausaha Kehormat PIBG bagi sesi 2022/2023 telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23. Minit mesyuarat tersebut telah dimasukkan ke dalam buku program dan diletakkan di halaman 12 hingga halaman 16. Pn Nor Azzura binti Saari mencadangkan agar minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke–23 disahkan dan disokong oleh Puan Siti Mariam binti Samat. Tindakan : Makluman
III. 9. IV. 10. 11. 12. 13. V. 14. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN Puan Nurul Hafiza Binti Mohd Razali telah membentangkan Penyata Kewangan akaun PIBG dan akaun kebajikan tahun 2022 dan akaun tahun semasa. Waris diminta merujuk lampiran yang dipaparkan dalam buku program pada halaman 25 hingga halaman 28. Puan Nurul Hafiza Binti Mohd Razali telah membentangkan 2 akaun iaitu akaun kebajikan pelajar dan akaun PIBG. a) Akaun 1 yang berakhir 31/12/2022 berbaki RM 18,654.69 b) Akaun 2 yang berakhir 31/12/2022 berbaki RM 20,324.18 Perbelanjaan menggunakan akaun PIBG untuk tahun 2022 sehingga 31/12/2022 adalah sebanyak RM 17,702.70. Semua perbelanjaan menggunakan akaun Kebajikan adalah sebanyak RM 11,027.10 Encik Wan Shamsul bin Wan Mustappa mencadangkan Penyata Kewangan PIBG 2022 diterima dan disokong oleh Encik Mohd Asrul Azri bin Mohd Nor. Tindakan : Makluman MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN USUL / CADANGAN Tuan Pengetua memberi respons kepada Puan Siti Mariam binti Samat yang mencadangkan kelas latih tubi dimulakan segera untuk semua pelajar tingkatan empat. Beliau mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kerana prihatin dengan keperluan pembelajaran anak-anak. Beliau menjelaskan bahawa pihak pengurusan sekolah suka untuk memulakan program sejak pelajar berada di tingkatan empat namun terdapat kekangan yang menyukarkan pihak sekolah iaitu kekurangan seramai lapan orang guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam khasnya. Walau bagaimanapun berdasarkan data peperiksaan tahun lepas, beberapa langkah intervensi telah dilaksanakan terutamanya bagi mata pelajaran kritikal seperti Matematik dan Bahasa Inggeris. Panitia telah mulakan intervensi dengan menyediakan modul bagi mengatasi kekurangan guru bermula dengan topik asas. Tindakan : Pentadbir sekolah 13
14 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. Tuan Pengetua turut menjelaskan bahawa soalan peperiksaan akhir tahun adalah soalan bersama. PK Hem memberi penjelasan berhubung perkara no 7 yang dicadangkan oleh Encik Kamal Izeham bin Din. Beliau menjelaskan bahawa berkuatkuasa mulai 26 Jun 2023 pelajar-pelajar akan menggunakan pintu pagar berhampiran PPKI untuk masuk dan keluar sekolah sama ada hari hujan ataupun tidak . Pagar utama dan tengah dikhaskan untuk guru sahaja. Peraturan ini digunapakai sehingga ada arahan daripada KPM untuk membatalkannya. YDP menjelaskan bahawa pintu pagar utama sangat hampir dengan dua persimpangan utama. Hal ini sangat membahayakan kerana waris perlu bergegas dan mengejar masa manakala anak-anak pula perlu melintas jalan yang sibuk. Penggunaan pagar belakang adalah lebih baik dan selamat terutamanya jika hari hujan kerana mempunyai laluan berbumbung. PKH membentangkan usul pertama seperti yang tertera di halaman 31 dalam buku program. Beliau turut memaklumkan bahawa setiap murid dibenarkan menyertai lawatan atau aktiviti luar sebanyak dua kali setahun. Maka pelajar-pelajar terlibat bolehlah mula menabung sedikit demi sedikit. Puan Noraini binti Bidin mencadangkan supaya usul disokong. Puan Norazlina binti Abu Bakar menyokong usul. Puan Norazlina binti Abu Bakar ingin tahu sama ada lawatan yang akan diadakan akan dibuka kepada pelajar-pelajar tingkatan lima. Tuan Pengetua menjelaskan pekeliling KPM membenarkan setiap pelajar terlibat dengan sebarang aktiviti luar seperti lawatan sebanyak dua kali setahun dan terbuka kepada semua pelajar sekolah namun perlulah mendapat persetujuan ibu bapa terutamanya berkaitan kutipan duit sumbangan. PKKokurikulum membentangkan usul kedua seperti yang tertera pada halaman 31 dalam buku program. Beliau menjelaskan bahawa program Hari Kantin/ Hari Keusahawanan terhenti kerana pandemik. Program ini akan diteruskan pada tahun 2023 untuk memberi pendedahan asas perniagaan sebagai kerjaya pelajar dan sebagai satu cara mengumpul dana untuk aktiviti- aktiviti sekolah seterusnya. Beliau mencadangkan kutipan RM10 bagi seorang murid dimasukkan dalam senarai kutipan tahunan. Pelajar akan diberikan kupon. YDP menjelaskan bahawa perkara ini telah dilaksanakan sejak sekolah rendah namun terhenti kerana pandemik Covid-19. Maka persetujuan baharu perlu diperoleh untuk memulakan kutipan semula. Encik Baharudin bin Azit mencadangkan supaya usul disokong dan cadangan tersebut disokong oleh Encik Mohd Tabaroni bin Noh.
15 25. 26. 27. VI 28. 29. VII 30. 31. 32. Guru Kanan Kemanusiaan membentangkan usul ketiga berkaitan pindaan sumbangan Tabung Akademik. Beliau menjelaskan bahawa sumbangan memang dikutip namun perubahan perlu dilakukan kerana PT3 telah dimansuhkan. Sumbangan untuk Tingkatan 3 dikurangkan daripada RM30 kepada RM20. Tingkatan 4 ditambah daripada RM20 menjadi RM30. Hal ini kerana soalan tingkatan 4 dan 5 disediakan oleh MPSM dan perlu dibayar. Selain itu, banyak latihan dan modul disediakan oleh para guru untuk membentuk asas yang kukuh menjelang SPM bermula dari tingkatan 4. Encik Ahmad Riza bin Abdul Rahim mencadangkan supaya usul disokong dan disokong oleh Puan Sabeena Beevi binti Haji Ajis Khan. Puan Sabeena Beevi binti Haji Ajis Khan mohon supaya kutipan sumbangan bagi pelajar tingkatan 5 dikurangkan daripa RM35 kepada RM30 kerana kekangan yang dihadapi oleh keluarga terutamanya bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Tindakan : Makluman HAL-HAL LAIN YDP memaklumkan bahawa beliau sedang berusaha mendapatkan padang kokurikulum untuk SMKTK kerana saiz padang yang kecil dan tidak mengikut piawaian. Kawasan hutan bersebelahan pagar dan surau sekolah menjadi lokasi pilihan namun projek ini memerlukan dana dan tenaga daripada semua pihak untuk menjayakannya. Beliau turut memohon para waris yang mahir dalam bidang sukan atau mempunyai sebarang kepakaran dalam apa-apa bidang untuk sudi melatih dan mengajar anak-anak SMKTK. Tindakan : Makluman UCAPAN PENANGGUHAN Tuan Pengetua mengucapkan syukur kerana mesyuarat kali ini berjaya dilaksanakan tanpa timbulnya isu-isu besar. Beliau turut memohon agar silaturahim antara ibu bapa dan warga sekolah terus erat. Ibu bapa digalakkan untuk datang ke sekolah berjumpa dengan guru-guru bagi memantau potensi anak-anak serta mengelakkan terus menularkan isu di media sosial. Beliau memohon agar ibu bapa datang berbincang dengan guru terlebih dahulu jika berlaku sesuatu insiden. Beliau turut memohon agar ibu bapa menyemak buku latihan anak-anak supaya kerja-kerja rumah disiapkan. Hal ini bertujuan melahirkan anak pelajar yang seimbang antara sukan dan akademik.
16 33. 34. 35. Ucapan tahniah diberikan oleh Tuan Pengetua kepada ibu bapa yang hadir sebagai menunjukkan sokongan padu kepada guru. Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar menganggap sekolah sebagai institusi yang mencorakkan masa depan anak-anak. Beliau sekali lagi berharap agar hubungan ibu bapa dan guru dapat dieratkan melalui sarana dan penglibatan ibu bapa dengan pihak sekolah. Beliau turut memohon ibu bapa berkongsi kemahiran atau kepakaran yang dimiliki. Tuan Pengetua berharap agar pelajar-pelajar SMKTK yang telah tamat pelajaran akan keluar dari SMKTK sebagai pelajar yang seimbang dari aspek akademik, kokurikulum dan memiliki sahsiah yang cemerlang. Tindakan : Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.50 petang
BIL RUJUKAN PERKARA UNTUK TINDAKAN MAKLUM BALAS 1. Perkara 14 Cadangan agar pihak sekolah mengadakan kelas latih tubi tingkatan 4 Pentadbir sekolah Telah dilaksanakan dan hanya melibatkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik untuk peringkat awal pelaksanaan 17 MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 SMK TAMAN KENARI TARIKH : 25 JUN 2023 MASA : 2.00 PETANG TEMPAT :DEWAN TERBUKA SMK TAMAN KENARI Disediakan oleh: Urusetia Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2023
BIL TARIKH AKTIVITI 1 25.06.2023 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 Tahun 2023 2 26.07.2023 Gotong-royong Madani Fasa Satu 3 14.09.2023 Program Penutupan Bulan Kebangsaan dan Bulan Kemerdekaan 4 17.09.2023 Konferensi Waris Fasa Satu Pentaksiran Bilik Darjah 5 27.09.2023 Program Pembangunan Kerohanian dan Sahsiah 6 18.01.2024 Program Jalinan Kasih dan Bacaan Yasin Bersama Waris dan Calon SPM 2023 7 28.01.2024 Program Mohon Restu Calon SPM 2023 8 04.03.2024 Gotong-royong Madani Fasa Dua 9 10.03.2024 Pelancaran Ihya Ramadan 1445 H 10 09.06.2024 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 Tahun 2024 18 LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM SMK TAMAN KENARI 2023 - 2024
BIL NAMA WARIS/ GURU BIL NAMA WARIS/ GURU 1 NORUL ‘ASHIQIN BINTI A.BAKAR @ALI 21 SYED NOOR YAZEED BIN SYED NOR AFFENDI 2 AZHAR BIN MANSOR 22 VERASINGAM A/L VEMBAYAH 3 RABIATUL ALAWIAH BINTI ABD AZIZ 23 YUSRIZAL BIN MD YUSOFF 4 ZAUYAH BINTI SALLEH 24 ZULKIFLI BIN SAAD 5 MOHAMAD ALIF AFIQ B MOHMAD SARIF 25 AINOL ZAIDATUL NAQUYAH BINTI AHMAD 6 ROHMAH BT SALEH 26 ADILAH BINTI OMAR 7 SUHAILA BINTI MOHD YUSOFF 27 ANIS UMAIRAH BINTI ABDUL RAHIM 8 KHAIRUL ZAHILAH BINTI KHAIRUDIN 28 ANI BINTI BAWOK 9 HAIRUL ANUAR BIN ISMAIL 29 AZLIZA BINTI AHMAD 10 ABDULLAH MUSTAQIM BIN SHAMSURIZAL 30 CHANDRAMATHI A/P KANESAN 11 ABDUL KADIR BIN CHE ‘ON 31 CIK MAISARAH BINTI HUSSAIN 12 AHMAD MUSTAFFA BIN MOHD NOOR @ YAHYA 32 FARAH WAHIDA BINTI ZAINOL RASHID 13 AHMAD ZAMRI BIN OMAR 33 FATKHIAH BINTI SHARIFF @ NOOR 14 AZMI BIN RAZAK 34 FAZILAH BINTI MUDA 15 JAMALUDIN BIN CHE EMBI 35 HAMIDAH BINTI HAMLAWI 16 MOHD KAMAL BIN MASOR @IBRAHIM 36 HAMIZA BINTI HASHIM 17 NORELHAM BIN MD NOR 37 IRMA MARLIANA BINTI OTHMAN 18 RIDZUAN BIN MOHAMAD 38 JUHAIDA BINTI HABA 19 MAT RADZI BIN JAAFAR 39 KAVITA A/P KARNANEETHEE 20 ROSMIZI BIN RAHIM 40 KHOR YIT LING 19 SENARAI KEHADIRAN WARIS DAN GURU KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 TAHUN 2023
BIL NAMA WARIS/ GURU BIL NAMA WARIS/ GURU 41 LATHA A/P KALIMUTHU 64 SAKINAH BINTI ROFIE 42 MAZLINA BINTI MAT ISA 65 SANTIRAKALA A/P SANNASI 43 NURSHAHAZWANI BINTI ABDUL MANAF 66 SARINAH BINTI SAID 44 NG SUK QUEEN 67 SHOLEHAH BINTI SAAT @ MAT 45 NIK SHARIMAH HALIMATUN BT NIK ABDULLAH 68 WAN AZLINA BINTI WAN ABDULLAH 46 NOOR EEZANA BINTI ISMAIL 69 WAN NOOR AZAH BINTI AZIZAN 47 NOOR SYAKIRAH BINTI RAMLEE 70 ZURINA BINTI RASHID 48 VIKRAM A/L MENON 71 ZAMIAH BINTI ISMAIL 49 NOR AZLINDA BINTI MOHAMED YUSOF 72 NOOR AZILA BINTI ELLIAS 50 NOORASHIKIN BINTI ABD MANAN 73 SITI NORHASLIZA BINTI YEOP AMAT 51 NOOR DALILA BINTI SAMOT 74 MOHAMAD AZHAR B MD ZABIDI 52 NOR ILMIAH BINTI MAT HUSIN 75 NOR FARAWAHIDA BINTI MT SARIF 53 NOR RIZAH BINTI SHUIB 76 MOHD ABDUL WAHID BIN ZAINOL 54 NORLIA BINTI AZALI 77 ZAITUN BINTI IBRAHIM 55 NOR ZALINA BINTI ISMAIL 78 ROSMAWATI BT WAN CHIK 56 NORAZANA BINTI AB MANAH 79 NOOR HASLENA BT JAFAR 57 NORZANA BINTI GHAZALI 80 SYAMSYIDATUL HUSNA BT MOHD HUSSAIN 58 NUR HAFIZAH BINTI SANASI 81 NORHAILA BT AWANG 59 ROSAINI BINTI AB RASID 82 RAHANA BT HIJAL 60 ROSMAWATI BINTI JUSOH 83 SAMSIDA BAHARI 61 ROZIMA BINTI OSMAN 84 MAAZAH ABDUL AZIZ 62 RUKIAH BINTI ENSAN 85 MOHD HASNI BIN HASHIM 63 SABRINA BINTI MD ISMAIL 86 SARIMAH SHAARI 20 SENARAI KEHADIRAN WARIS DAN GURU KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 TAHUN 2023
BIL NAMA WARIS/ GURU BIL NAMA WARIS/ GURU 87 RIDUAN BIN ABD RAHMAN 113 RUSTILA BT RUSLAN 88 AHMAD RIZA B ABD RAHIM 114 SHAH RIZAL BIN AHMAD 89 NOR AZMAN B NORDUN 115 NAIMAH BT EBRAHIM 90 NORAZLINA BT ABU BAKAR 116 NOOR FARIZAL AKMAR 91 JOSEPH A/L AMBROSE 117 AHMAD FITRI ZAINOL 92 FARAH FARHANA MOHD ISA 118 ILYANA ARMA BT MOHD RASID 93 MOHD FAIZAL BIN ABU BAKAR 119 MOHD NOORNASROL HARDY 94 NUR SALEZA BT SALLEH 120 ROSMILA ISMAIL 95 NORAINI BT BUDIN 121 MOHD NOOR BIN ABDUL MAJID 96 NORASHIKIN BT ISHAK 122 SITI NORHARIZAN SAIDI 97 AHMAD NAWAR B ISA 123 MOHD ALIMIN AZIZ 98 MOHD ASRUL AZRI B MOHD NOR 124 NORAZAM B ABDUL RAHMAN 99 NORASLINDA BT ABU STAMAL 125 MOHD HAZRIL EZNI BIN ZULKAPLI 100 BAHARUDIN AZIT 126 KRISHNAVENI A/P MUNIANDY 101 NAZURA BT AHMAD 127 BATMAVATHY A/P SUBRAMANIAM 102 FAZIRAH ALWI 128 ALFIAN SUKOR 103 ZARINA BT MAT DESA 129 SITI SAODAH ABDUL LATIF 104 HAFIZAH BT YAHAYA 130 SARIMAH SHAARI 105 MARIA 131 SITI MARIAM BINTI SAMAT 106 NIASRI BINTI MOHD ROSLI 132 MOHAMAD ALI B SYED MERAH 107 NUR ISMALYANA ADHA BT ISMAIL 133 NORZIDA BT AHMAD HADANI 108 NUR AZURA BT HAMID 134 HASNIZAH BT SHARIF 109 ROSMAWATI BT BAKAR @CHE MAT 135 NORASYIKIN MD YUSOF 110 MUHAMAD NOR 136 WAN SHAMSOL BIN WAN MUSTAPHA 111 NOR AZZURA SAARI 137 SAEENA BEEVI BT H.AJIS KHAN 112 AZIZAN B MOHD ISA 138 SABARIAH BT ISMAIL 21 SENARAI KEHADIRAN WARIS DAN GURU KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 TAHUN 2023
BIL NAMA WARIS/ GURU BIL NAMA WARIS/ GURU 139 ABU BAKAR B NARAWI 146 NORAZLINA BT IBRAHIM 140 JAMILAH BT MAT LASI 147 HAIRIZAN B HASSAN 141 SAMSIDA BAHARI 148 ANAM A/P ANTHONY DASS 142 SITI SARIDAH BT SAID 149 NORSIAH BINTI ABDUL KADIR 143 SITI ROSMAH BT JAAFAR 150 AHMAD SABDI BIN ABD RAHMAN 144 ASNAH BT MOHD RADZI 151 SIVAVEENAYAGAM 145 MAT ZAKI AWANG 152 SIVASOORIYAN 22 SENARAI KEHADIRAN WARIS DAN GURU KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 TAHUN 2023
23 AKAUN PIBG SMK TAMAN KENARI 2023
24 AKAUN PIBG SMK TAMAN KENARI JUN 2024
25 AKAUN KEBAJIKAN PELAJAR PIBG SMK TAMAN KENARI 2023
26 AKAUN KEBAJIKAN PELAJAR PIBG SMK TAMAN KENARI JUN 2024
Keputusan Lantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 1. Yang Dipertua : 2. Naib Yang Dipertua : 3. Setiausaha : 4. Penolong Setiausaha : 5. Bendahari : 6. Penolong Bendahari : 7. AJK Waris : : : : : : 8. AJK Guru : : : : : 9. Audit Dalaman : : 27 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK TAMAN KENARI 2024 - 2026 Seorang Yang Dipertua Seorang Naib Yang Dipertua Seorang Setiausaha (Guru) Seorang Penolong Setiausaha (Guru) Seorang Bendahari (Guru) Seorang Penolong Bendahari Sebelas orang Ahli Jawatankuasa * [Enam orang wakil waris] * [Lima orang wakil guru] Dua orang Juruaudit Dalaman
BIL CADANGAN ULASAN 1 Minta pertimbangan pihak sekolah jika dapat menambahbaik kemudahan sabun atau pencuci tangan untuk keselesaan semua murid ketika waktu rehat di kantin Zahir bin Zakarya PIBG secara dasarnya bersetuju untuk mengambil tanggungjawab menyediakan bekalan sabun yang mencukupi untuk keselesaan semua murid. 2 Saya merayu jasa baik dan kerjasama pihak sekolah agar dapat membuka pintu pagar kecil laluan masuk semua murid sebelum jam 7.00 pagi kerana ada waris yang memang terpaksa menghantar anak-anak mereka lebih awal daripada jam 7 pagi. Mohd Safarizan Murid yang sampai awal ke sekolah sebelum jam 7 pagi boleh berteduh sementara di pondok menunggu bertentangan dengan Guard House / Rumah Pengawal dan apabila sudah memasuki jam 7 pagi , kumpulan murid ini diminta bergerak ke pintu pagar kecil laluan masuk setiap pagi. 3 Adakah perancangan masa hadapan, pihak sekolah dapat menyediakan tempat berteduh berbumbung di luar pagar masuk untuk keselesaan murid-murid yang menunggu kedatangan waris / van sekolah. Zulkifli bin Lazarous Di luar kawasan sekolah, untuk makluman semua pihak sekolah tidak ada kuasa untuk menyediakan kemudahan ini. 4 Pengusaha Kantin perlu menambah bekalan makanan yang dijual khasnya makanan berat seperti nasi kerana ada rungutan daripada sesetengah murid yang tidak dapat membeli nasi sedangkan baki masa waktu rehat masih panjang. Yusriati binti Md Yusoff Di luar kawasan sekolah, untuk makluman semua pihak sekolah tidak ada kuasa untuk menyediakan kemudahan ini. 28 USUL / CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG
BIL CADANGAN ULASAN 5 Pihak sekolah perlu lebih aktif untuk meningkatkan prestasi murid dengan mengadakan Kelas Tambahan untuk murid-murid Tingkatan Tiga walaupun mereka tidak menduduki peperiksaan awam.Usaha ini sekurang-kurangnya dapat mendidik murid-murid tingkatan tiga untuk lebih bersedia awal sebelum melangkah ke peringkat menengah atas. Nahadatul Natrah binti Hamzah Pihak sekolah sebenanya berhadapan dengan kekangan/halangan untuk menempatkan guru mahir dan berpengalaman mengajar di kelas tambahan tingkatan lima. Justeru, pihak sekolah terpaksa menggunakan pilihan lain iaitu melantik beberapa orang guru berpengalaman yang mengajar di tingkatan tiga untuk turur terlibat dalam Program Kelas Tambahan Tingkatan Lima. 6 Semua murid perlu diwajibkan membeli T-Shirt yang mewakili rumah sukan masing-masing. Secara tidak langsung dapat membentuk identiti bersukan yang lebih ceria dan bersemangat.Pihak sekolah mungkin boleh mendapatkan sedikit tajaan daripada agensi luar. Azlan bin Alias Cadangan ini sebenarnya telah pun dilaksanakan untuk tahun 2024 tetapi muridmurid yang sudah ada tidak dipaksa atau diwajibkan untuk membeli lagi. 7 Jadikan setiap Hari Khamis sebagai Hari Untuk Bersedekah dalam kalangan semua warga sekolah. Mungkin sedikit sebanyak dapat menambah dana sekolah selain beroleh keberkatan. Maazah binti Abdulaziz Sebenarnya untuk murid-murid Islam telah digerakkan Tabung Sedekah pada setiap pagi Khamis dan untuk pelan seterusnya, pihak sekolah akan menggerakkan Tabung yang sama dalam kalangan murid-murid bukan Islam untuk sama-sama menyumbang secara ikhlas. 8 Pihak sekolah telah menetapkan spesifikasi rambut murid mengikut Buku Peraturan Sekolah.Walau bagaimanapun, masih ada murid yang gagal mematuhi peraturan sekolah. Penolong Kanan HEM Bagi membiasakan murid murid dengan disiplin, pihak sekolah memohon kebenaran untuk menggunting rambut murid yang ingkar peraturan dengan menggunakan mesin rambut pada Tahap Nombor Tiga. 29 USUL / CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG
USUL 1 Usul mencadangkan supaya Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang telah dilantik ini diberikan mandat penuh untuk memohon sumbangan kewangan atau apa-apa sumbangan lain daripada pihak luar dari semasa ke semasa. Pembawa Usul: Naib Yang Dipertua PIBG 2 Usul mencadangkan pindaan sumbangan Tabung Akademik untuk Per/ Tingkatan Satu, Dua dan Tingkatan Tiga dinaikkan daripada RM20.00 kepada RM30.00. Manakala sumbangan untuk Tingkatan Empat dinaikkan daripada RM30.00 kepada RM40.00 manakala untuk Tingkatan Lima pula, sumbangan untuk Tabung Akademik dinaikkan daripada RM40.00 kepada RM50.00. Rujukan jadual di bawah sebagai panduan. 30 USUL / CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG Pembawa Usul: Penolong Kanan Pentadbiran
Cucur badak di kedai nenek, Murahnya harga dapat berjimat; Ajar budak akhlak yang baik, Dunia dibangga, akhirat selamat. Pulang pemburu dengan riangnya, Dapat menghambat si anak rusa; Berjuang guru dengan ilmunya, Menobat martabat si anak bangsa. Ayu semarak di sisi bonda, Kekal bersiri jambatan gelora; Guru pencorak generasi muda, Bakal mengisi kepimpinan negara.