TEMA:PERSAMPELAN
HNR3023
KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
KUMPULAN KULIAH:
AT58A
KUMPULAN 3
NAMA PENSYARAH:
DR. NORHAFIZA BINTI MOHD HED
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
TUJUAN PERSAMPELAN
PROSEDUR PERSAMPELAN
RALAT PERSAMPELAN
SAIZ SAMPEL
PERSAMPELAN KEBARANGKALIAAN
PERSAMPELAN BUKAN KEBARANGKALIAN
NAMA AHLI KUMPULAN NO. KAD MATRIK
ANGELA ESTER ANAK RESA D20191089816
FATIN SHAHIRA BINTI MAD ISA D20191090359
KANG SIN YANG D20191089806
KONG WEI LIANG D20191089783
MOHAMAD FAKHRULLAH BIN ABD RASID D20191089815
NUR AFIQAH BINTI AZIZI D20191089775
NATASHA AIDA BINTI MOHD ZULKIFLI D20191089771
HARYATI BINTI JUNOH D20191089770
SHARIFAH NURIHAH BINTI WAN MAJELAN D20191089772
PENGENALAN
Setiap penyelidikan yang dijalankan akan mempunyai kaedah yang
bersesuaian yang telah ditetapkan oleh pengkaji bagi memastikan
setiap data yang diperoleh tepat dan benar. Kaedah penyelidikan
yang bersesuaian ini akan bergantung kepada persoalan kajian yang
ditentukan oleh pakar atau pengkaji.
Sampel adalah kumpulan yang memberi informasi yang diperlukan
oleh pengkaji. Antara yang boleh menjadi sampel pengkaji adalah
seperti orang, institusi, tempat atau fenomena.
Faktor seperti saiz populasi yang besar, pelbagai dan kawasan
kajian yang luas menyebabkan pengkaji terpaksa menentukan
sampel daripada kalangan populasi tersebut untuk mendapatkan
data. Penetapan sampel dalam kalangan populasi ini akan
memudahkan dan penjimatkan kos penyelidikan.
Menurut Mohd. Shaffie Abu Bakar (1991), persampelan merupakan
satu proses yang melibatkan sebahagian kecil daripada
keseluruhan populasi yang dipilih dan dikaji bagi membolehkan
pengkaji membuat satu generalisasi berkaitan populasi tersebut.
Persampelan bermaksud proses pemilihan suatu kumpulan yang
menjadi sasaran untuk diselidiki oleh penkaji. Persampelan ini
merupakan proses memilih sekumpulan orang, atau institusi, atau
tempat oleh pengkaji untuk mewakili suatu populasi yang besar
untuk terlibat dalam suatu penyelidikan.
Kerangka persampelan adalah satu senarai yang mengandungi
semua individu atau unit analisis yang kesemuanya boleh
mewakili populasi sasaran.
TUJUAN
PERSAMPELAN
Tujuan persampelan ini adalah untuk mendapatkan
ketepatan yang maksimum. Melalui kaedah
persampelan, pengkaji akan dapat memperoleh
maklumat tentang suatu populasi dan matlamat
persampelan ini adalah untuk memperoleh sampel
yang boleh mewakili populasi dari segi pemboleh
ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Dalam
pemilihan sampel ini, pengkaji akan mengambil
sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian
dan membuat generalisasi berkenaan populasi yang
diwakili oleh sampel tersebut. Oleh itu, pemilihan
sampel ini amat penting dan dilakukan secara
terperinci untuk memastikan setiap sampel dapat
mewakili populasi yang disasarkan.
Kaedah persampelan juga adalah untuk
meminimumkan kos kajian. Pengkaji dapat
menjimatkan kos menjalankan kajian apabila
jumlah sampel lebih kecil.
Selain itu, kaedah persampelan juga bertujuan
untuk menjimatkan masa dan tenaga. Apabila
pengkaji menggunakan kaedah persampelan,
pengkaji akan dapat mengutip data dengan lebih
cepat kerana setiap sampel yang ditetapkan dapat
mewakili populasi yang ingin dikaji.
PROSEDUR PERSAMPELAN
PERSAMPELAN KEBARANGKALIAN
Prosedur persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan
penyelidikan jenis kuantitatif.
Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek
sampel secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut yang
mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian.
Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji
perlu mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai subjek
dalam populasi.
Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan
mengikut kaedah persampelan rawak.
PERSAMPELAN BUKAN
KEBARANGKALIAN
Prosedur persampelan bukan kebarangkalian diguna pakai oleh
pengkaji dalam penyelidikan bersifat kualitatif.
Persampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel
daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan kriteria
yang telah ditetapkan.
Sebagai contohnya, seorang pengetua ingin mengenalpasti pendapat
guru-guru di sekolahnya tentang suatu dasar. Beliau memilih 30
orang guru daripada populasi guru seramai 180 orang yang telah
mengajar di sekolah itu.
Guru-guru berkenaan dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut:
a) Pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun
b) Ahli koperasi guru
c) Pernah menjadi ahli jawatankuasa penggubalan dasar sekolah
Memandangkan pemilihan sampel adalah berdasarkan ciri-ciri
tertentu, maka terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi sampel
penyelidikan pengetua.
RALAT PERSAMPELAN
Suatu anggaran tidak dapat meneka tahap parameter
yang hendak digunakannya dengan tepat.
Setiap kali sampel diambil dan dikira puratanya, setiap
kali itulah pengkaji akan mendapat nilai yang berbeza
bagi kiraan purata tersebut.
Hal ini berlaku disebabkan kerana komposisi sampel dan
saiz sampel tersebut berbeza setiap kali sesuatu sampel
diambil.
Tambahan pula, sangat tipis kemungkinan untuk dua
sampel yang diambil daripada suatu populasi yang
mengandungi ahli-ahli yang sama.
Selain itu, purata sampel seperti variasi berbeza antara
satu sampel dengan satu sampel yang lain.
Oleh sebab itu, wujudnya perbezaan antara purata
sampel dengan purata populasi.
Perbezaan ini tidak akan wujud jika pengkaji
menjalankan bancian yang menyeluruh iaitu apabila
purata sampel akan menyamai dengan purata populasi
kerana sampel tersebut mengandungi semua unsur
dalam populasi itu.
Oleh itu, perbezaan yang pengkaji nyatakan itu timbul
disebabkan oleh pengkaji cuba untuk menganggarkan
purata populasi dengan menggunakan sampel.
Perbezaan ini dinamakan ralat persampelan.
RALAT PERSAMPELAN INI JUGA
TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU RALAT
PIAWAI DAN KEMIRINGAN.
RALAT PIAWAI
Ralat piawai ialah pengkaji telah menyatakan bahawa setiap kali mengira sesuatu
statistik sampel, pengkaji akan mendapat nilai yang berlainan.
Walaupun, teknik pemilihan sampel petani tersebut tidak berbeza.
Namun begitu, unsur-unsur yang terpilih dalam sampel sudah pasti berbeza antara
kedua-dua sampel.
Di samping itu, statistik sampel tentu berlainan antara satu sampel dengan satu
sampel yang lain.
Kelainan ini biasanya diukur dengan apa yang disebut sebagai ralat piawai bagi
sesuatu anggaran.
Ralat piawai didapati daripada punca kuasa dua positif varians persampelan sesuatu
anggaran itu.
Dengan membesarkan saiz sampel, pengkaji dapat mengurangkan ralat persampelan
yang timbul kerana pengkaji cuba untuk menganggarkan parameter populasi dengan
menggunakan statistik sampel.
KEMIRINGAN
Kemiringan ialah ralat yang sistematik yang menyebabkan sesuatu anggaran populasi
berbeza dengan nilai sebenar parameter.
Kemiringan berpunca daripada ralat yang tidak rawak dalam pengukuran angkubah,
isi kata soal selidik dan gaya temu ramah.
Ciri yang terpenting bagi kemiringan ialah sifat sistematiknya dalam menimbulkan
ralat.
Sistematik bermaksud anggaran yang diperoleh adalah berkecenderungan memberi
anggaran yang terlalu rendah bagi sesuatu parameter atau anggaran yang terlalu
tinggi.
Contohnya, anggaran tentang pendapatan purata bagi penduduk sebuah bandar di
Kajang.
Kemungkinan ia akan miring ke bawah kerana lebih ramai responden suka
melaporkan pendapatan yang lebih rendah daripada tingkat pendapatan yang sebenar.
SAIZ SAMPEL
Faktor pemilihan saiz sampel
JENIS POPULASI
REKABENTUK KAJIAN
KOS KAJ
IAN
SKALA PENGUKURAN
Brog, Gall & Gall (1975) mencadangkan saiz sampel
yang besar diperlukan apabila:
TERDAPAT BANYAK VARIABLE DALAM SATU KAJIAN
PERBEZAAN ATAU PERHUBUNGAN KECIL DIRAMALKAN WUJUD
ANTARA VARIABLE-VARIABLE
SKALA PENGUKURAN - MENGIKUT NISBAH
SAMPEL KAJIAN DIBAHAGIKAN KEPADA SUB-SAMPEL
POPULASI HETEROGENOUS
Formula Saiz Sampel
n = saiz sampel
K= Aras keyakinan yang dikehendaki
( 90%, 95% atau 99%)
S = Sisihan piawaian sampel
E = Ralat maksimum (ketepatan)
Jadual Saiz Sampel Cohen, Manion & Morrison
(2001)
Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Mogan
(1970)
Persampelan Kebarangkalian
Persampelan berkebarangkalian adalah kaedah yang memungkinkan setiap ahli
dalam populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih terlibat
sebagai sampel kajian. Setiap ahli dalam
populasi dipilih secara rawak tanpa ada
bias dan hasil kajian dapat digeneralisasi terhadap populasi. Oleh itu, sampel yang
dipilih perlu benar-benar mewakili populasi.
1.Rawak Mudah
3. Rawak
Berkelompok
Kaedah
Persampelan
2. Rawak Berlapis/ Kebarangkalian 4. Rawak
Berstrata Sistematik
PERSAMPELAN KEBARANGKALIAN
RAWAK MUDAH
Kaedah persampelan ini
Langkah 1
membenarkan setiap orang
dalam populasi memiliki Kenal pasti jumlah semua elemen atau
peluang yang sama untuk sampel dalam populasi
dipilih sebagai sampel kajian.
Langkah 2
Tentukan saiz sampel
Kelebihan Langkah 3
kaedah ini Pilih sama ada menggunakan kaedah
ialah dapatan kajian cabutan dengan menggunakan kotak
dapat dibuat atau jadual nombor rawak
generalisasi
kepada populasi Kelemahan
kaedah ini
ialah tidak sesuai
untuk populasi
yang tidak seragam
PERSAMPELAN KEBARANGKALIAN
RAWAK BERLAPIS / BERSTRATA
Kaedah persampelan ini sesuai digunakan bagi populasi
yang tidak seragam (heterogenous). Ia juga sesuai
digunakan oleh penyelidik yang ingin memastikan bahawa
subkumpulan di dalam sesuatu populasi terpilih akan
diwakili mengikut kadar yang sama atau kadar tertentu.
Misalnya, bagi suatu populasi yang mempunyai 60%
orang Melayu, 35% Cina dan 5% India. Jika dipilih secara
rawak mudah, ini bermakna orang Melayu mempunyai
peluang yang tinggi untuk dipilih sebagai subjek
berbanding dengan orang Cina dan India. Ataupun seperti
populasi yang mempunyai 80% lelaki dan 20%
perempuan. Jika dipilih secara rawak, kemungkinan
sampel yang dipilih kebanyakan orang lelaki dan kurang
subjek yang mewakili orang perempuan.
Dalam populasi di atas, kita
Kelebihan: Sampel yang diambil adalah mendapati jumlah orang India
mewakili ahli bagi setiap stranum adalah terlalu kecil. Bagi
memenuhi tujuan kajian, anda
memutuskan mengambil bilangan
sama rata subjek sebagai sampel.
Kadar yang dipilih mungkin
33.3%: 33.3%: 33.3% supaya
sampel diwakili oleh semua
bangsa.
Kelemahan: Menggunakan masa yang
panjang untuk mengira populasi
Persampelan Rawak Berkelompok
Persampelan berkelompok ini sesuai
jika elemen-elemen yang terdapat di
dalam populasi adalah berselerak atau
bertaburan (homogenous) semasa
kajian dijalankan. Persampelan ini
berdasarkan keupayaan penyelidik
membahagikan populasi sampel
mengikut kelompok kemudian memilih
elemen untuk setiap kelompok
menggunakan persampelan rawak
mudah.
Tujuan melakukan persampelan
kelompok adalah kerana terdapat
ketidak seragaman unsur-unsur di dalam
kelompok tetapi terdapat keseragaman
di antara semua kelompok.
Persampelan kelompok berlaku apabila
penyelidik membuat kajian meliputi
kawasan yang luas.
Tumpuan kajian hanya di kawasan
tertentu, iaitu hanya perlukan senarai
nama kawasan untuk dipilih sahaja
dengan kadar elemen yang mencukupi.
Langkah 1 Langkah 2
Kenal pasti kelompok yang Asing setiap elemen ke
berbeza dalam populasi dalam setiap politik
Langkah-langkah
Persampelan Rawak
berkelompok
Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5
Nombor setiap Tentukan jumlah Pilih sampel bagi
elemen ke dalam setiap kelompok
setiap kelompok sampel
secara berasingan
Kelebihan persampelan Kelemahan persampelan
berkelompok adalah sesuai berkelompok ialah perlu
jika populasi besar dan menentukan tujuan
kawasan kajian luas, dapat kajian dan satu-satu
menjimatkan masa dan kos, kelompok tidak selalu
hanya perlu sediakan senarai ada pemilihan unit yang
untuk kawasan tertentu serta
lebih praktikal dan ekonomi sama
jika dibandingkan dengan
kaedah persampelan lain
RAWAK SISTEMATIK
Apa itu rawak Persampelan rawak
sistematik? sistematik ialah satu proses
persampelan yang memilih
setiap ahli populasi yang
bernombor dengan selang
tertentu
Tentukan saiz Untuk mendapatkan Tulis angka 1 hingga 5
sampel yang selang kelas, kita di atas kertas dan
diperlukan bahagikan saiz lontar batu kecil.
Jika batu jatuh pada
populasi dengan saiz angka 4, maka subjek
sampel 4 akan menjadi
contoh: responden pertama.
Pilih responden
250/50= 5 seterusnya dengan
selang kelas tambahan
Berikan nombor Kenal pasti sebanyak 5.
yang berturutan populasi dan Contohnya: 4, 9, 14,
tentukan bilangan 19....sehingga cukup
kepada setiap ahli dalam populasi saiz sampel.
ahli dalam serta senaraikan
populasi nama mereka
Contoh: 0 - 249
KELEBIHAN KELEMAHAN
Mudah Kemungkinan
dijalankan berlaku bias
sekiranya sistematik
senarai populasi
diperoleh
(Persampelan Tidak
Sengaja/Mudah/Sukarela)
Dikenali sebagai persampelan secara kebetulan atau
presampelan kesediaan. Di bawah persampelan tidak
sengaja/mudah/sukarela, pengkaji memilih mana-mana
subjek yang ditemuinya, yang paling dekat dengannya.
Persampelan jenis ini biasanya digunakan dalam temu bual.
Sebagai contoh, pengkaji melakukan kajian untuk mengetahui
pendapat peserta seminar tentang keberkesanan program
seminar yang dihadiri oleh mereka. pengkaji menemu bual 10
orang peserta, iaitu peserta-peserta yang paling dekat
dengannya dan senang ditemui. Dalam kes ini, pengkaji
menemui 10 orang peserta yang berada di bahagian hadapan
dewan seminar secara kebetulan. Peserta-peserta lain
terutamanya peserta yang berada di bahagian belakang dewan
tidak mempunyai peluang untuk ditemu bual.
Kebarangkalian peserta-peserta yang dipilih adalah berbeza
walaupun pengkaji tidak mempunyai apa-apa kriteria
pemilihan responden dan pemilihan tidak dibuat secara
sengaja, pengkaji tidak dapat menganggarkan ralat
persampelan kerana prosedur persampelan mudah bukan
merupakan persampelan rawak.
Persampelan
Tidak Sengaja/ Mudah/
Sukarela
PERSAMPELAN BERTUJUAN
Persampelan bertujuan (purposive sampling) ialah persampelan di
mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih
sebagai responden kajian. Ini menyebabkan subjek-subjek lain dalam
populasi tidak berpeluang dipilih sebagai responden. Teknik
persampelan ini sering digunakan dalam kajian kes yang melibatkan
saiz populasi yang kecil.
Contoh
Pengkaji telah menjalankan sebuah kajian untuk mengenal pasti punca prestasi
akademik pelajar asrama yang lemah. Pengkaji hanya memilih subjek-subjek
yang lemah sahaja dipilih sebagai responden berdasarkan tujuan dan
kehendaknya. Dalam prosedur ini, responden-responden kajian terdiri daripada
pelajar yang mempunyai nilai akademik yang lemah namun mereka tidak
mewakili seluruh ppulasi pelajar asrama.
Sampel sebegini bukan sampel rawak.
Hasil kajian tidak dapat digeneralisasikan kepada seluruh populasi pelajar
asrama kerana sampel tidak mewakili kesemua pelajar dalam populasi tersebut.
Keputusan kajian hanya mewakili kumpulan subjek kajian tersebut sahaja.
Pengkaji akan memilih subjek
kajian berdasarkan tujuan dan
kehendaknya.
Contoh Persampelan
Bertujuan
PERSAMPELAN KUOTA
Persampelan kuota (quota sampling) dan juga dikenali sebagai
persampelan rawak berlapis bukan keberangkalian. Dalam prosedur
persampelan ini, pengkaji memilih subjek berdasarkan kategori-
kategori yang dianggap wujud dalam populasi. Persampelan kuota
dilakukan ke atas kumpulan subjek tertentu seperti persampelan
bertujuan. Dengan ini, responden kajian merupakan subjek-subjek
berlapis yang dipilih secara kebetulan. Dalam erti kata lian,
pemilihan sampel adalah berdasarkan kuota-kuota yang
dikategorikan oleh pengkaji. Prosedur ini melibatkan subjek dipilih
secara kebetulan sehingga bilangan bagi satu kategori yang
mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi dan prosedur ini diteruskan
untuk memilih subjek-subjek lain dalam kategori-kategori lain
sehingga semua kategori dipenuhi. Ciri-ciri yang dimaksudkan
adalah seperti jantina, kaum dan sebagainya.
Contoh:
Pengkaji ingin mengenal pasti tahap hubungan sosial dan patriostisme pelajar
Tingkatan 6 dari perspektif perpaduan kaum. Pengkaji membahagikan pelajar-
pelajar kepada tiga kategori dari segi kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Pengkaji
telah memilih 20 pelajar untuk setiap kaum beradasarkan "siapa yang ditemui
dahulu diilih, sehingga ketiga-tiga kategori dipilih". Dalam kes ini, pengkaji memilih
satu peratusan tertentu subjek dalam setiap kategori, pemilihan tidak dibuat
secara rawak dan ralat persampelan tidak dapat dianggarkan. Kesannya, keputusan
kajan tidak digeneralisasi kepada populasi kajian di bawah prosedur persampelan
kajian ini.
Pemilihan berdasarkan kriteria Subsampel A
Melayu "siapa yang ditemui dahulu dipilih"
(n=20)
Saiz Sampel Cina Pemilihan berdasarkan kriteria Subsampel B
N=60 "siapa yang ditemui dahulu dipilih" (n=20)
India Pemilihan berdasarkan kriteria "siapa Subsampel C
yang ditemui dahulu dipilih" (n=20)
Persampelan Bola Salji
(Snowball Sampling)
(MENGIDENTIFIKASI, MEMILIH, DAN MENGAMBIL
SAMPEL DALAM SUATU JARINGAN ANTARA
RANTAI HUBUNGAN YANG MENERUS)
Merujuk kepada prosedur persampelan iaitu
responden kajian diminta untuk
mencadangkan subjek lain yang
mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk
kajian.
Prosedur persampelan ini digunakan
terutamanya apabila pengkaji tidak dapat
memperoleh senarai nama subjek dalam
populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama.
Prosedur persampelan ini digunakan
terutamanya apabila pengkaji tidak dapat
memperoleh senarai nama subjek dalam
populasi yang mempunyai ciri-ciri yang
sama.
Persampelan bola salji ini sesuai digunakan
apabila senarai nama subjek kajian tidak
diperoleh, terutamanya kes-kes yang
melibatkan perkara-perkara yang sensitif, atau
tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu.
Sebagai contoh, kajian yang dilakukan ke atas
pegawai-pegawai sesebuah organisasi yang
terlibat dengan kes jenayah tertentu atau kajian
yang dilakukan ke atas guru-guru yang terlibat
dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), atau
kajian ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang
terlibat secara aktif dalam politik.
Walaupun prosedur persampelan ini tidak
melibatkan pemilihan rawak, ia sesuai
digunakan pada keadaan-keadaan di mana
prosedur persampelan lain tidak sesuai
digunakan.
RUMUSAN
Kaedah persampelan kini semakin menjadi
pilihan para pengkaji tidak kira menjalankan
kajian dalam bidang sains tulen mahupun di
dalam bidang sains sosial. Pada pandangan
pengkaji, kaedah persampelan ini lebih
praktikal untuk dijalankan berbanding
kaedah yang lain.
Kaedah persampelan ini juga dilihat lebih
kondusif untuk para pengkaji yang mengkaji
satu kawasan yang luas dan besar.
RUJUKAN
Ahmad Mahdzan Ayob. (1992). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi Edisi
Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mahdzan Ayob. (2005). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi Edisi
Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chua Yan Piaw. (2021). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill
Education (Malaysia) Sdn Bhd.
Kamarul Shukri Mat Teh. (2015). Kaedah Persampelan. Diperoleh dari
https://www.slideshare.net/wmkfirdaus/pensampelan.
Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. (2013). Pengenalan Kepada Pendekatan
Kuantitatif dalam Penyelidikan Pendidikan. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Mahizer Hamzah, Abdul Talib Mohamed Hashim, Noraini Mohamed Hashim,
Norazilawati Abdullah. (2014). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan.
Diperoleh dari https://www.slideshare.net/NikZawawi/kaedah-penyelidikan-
dalam-pendidikan.
Mohammad Azree Othuman Mydin. (2012). Konsep dan Kaedah Penyelidikan.
Diperoleh dari https://www.slideshare.net/mdazree/konsep-kaedah-penyeli
dikan.
Muhammad Nasrullah. (2016). Konsep Asas Proses Penyelidikan. Diperoleh
dari https://www.slideshare.net/na ssruto/konsep-asas-proses-penyelidikan.
Norazlin Mohd Rusdin. (2015). Modul Persampean Rawak. Diperoleh dari
https://www.academia.edu/33892012/ModulPer sampelan_Rawak.
Norliza Japilos. (2012). Persampelan. Diperoleh daripada https://www.slide
share.net/norlizajapilos/sampling-12860826.
Syahremie Teja. (2016). Kaedah Penyelidikan Persampelan. Diperoleh dari
https://www.slideshare.net/tejasyahremie/kaedah-penyelidikan-
persampelan.