Isi Kandungan
Bilangan Perkara Muka Surat
1.0 Pengenalan 3
4
2.0 Jenis-jenis Tanaman Sayuran dan Kaedah Penjagaan
Yang Digunakan 5
6
3.0 Elemen-elemen dan Prinsip-prinsip Yang Wujud Pada 8
Edible Landscape
3.1 Elemen Edible Landscape 10
3.2 Prinsip Edible Landscape 11
12
4.0 Gambar Tanaman Yang Digunakan
13
5.0 Gambar-gambar Pelbagai Sudut Pandangan Edible 14
Landscape 15
15
6.0 Ulasan Edible Landscape 16
17
7.0 Analisis SWOT Tapak 18
18
8.0 Perancangan Edible Landscape 19
8.1 Analisis Tapak 20
8.2 Reka Bentuk Pelan Edible Landscape
8.3 Justifikasi Pemilihan Tapak
8.4 Prinsip Reka Bentuk
8.5 Jadual Kerja Gantt
8.6 Belanjawan
8.7 Rumusan
9.0 Refleksi
10.0 Rujukan
11.0 Lampiran
1
1.0 Pengenalan
Landskap adalah taman buatan manusia. Rekabentuk landskap merupakan gabungan
elemen-elemen yang sesuai seperti tumbuhan, struktur, air dan batu-batan untuk mewujudkan
ruang di kawasan terbuka. Di kawasan luar bangunan sesebuah pejabat atau syarikat. Landskap
juga terdapat dalam bentuk taman bunga, taman rekreasi, sebagai mencantikkan pemandangan
alam. Pada tahun 1980, pereka landskap dan ahli alam sekitar Robert Kourik mencipta istilah
"Edible Landscape" untuk menandakan jenis berkebun baru yang mengikatkan reka bentuk
estetik dengan pengeluaran tanaman. Rosalind Creasy merupakan individu yang telah membawa
konsep "Edible Landscape” ini ke arus perdana dengan bukunya "The Complete Book of Edible
Landscaping" pada tahun 1982. “Edible Landscape” membawa maksud mini taman yang
menggabungkan jenis tanaman yang terdiri daripada sayur-sayuran, ulam-ulaman, pokok herba
dan buah-buahan. Jika di definisikan ianya membawa maksud taman yang boleh dimakan.
Konsep “Edible Landscape” ini telah dipopularkan oleh Datin Seri Jeanne Abdullah bekas isteri
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Ianya adalah bagi membantu golongan surirumah
untuk meminimumkan kos dapur kerana tanaman yang ditanaman boleh digunakan sebagai
bahan masakan.
Oleh sebab itu, perancangan dan pengurusan landskap memainkan peranan yang
penting dalam memastikan kelestarian landskap dalam pembangunan sesebuah kawasan.
Pelaksanaan perancangan landskap yang terancang dapat meningkatkan kualiti kawasan
rekreasi dan dalam masa yang sama memastikan keharmonian masyarakat terpelihara. Oleh itu,
kemenjadian landskap ini sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dalam menjaga
keharmonian masyarakat setempat. Perkara ini jelas amat berkait rapat dengan persekitaran di
sekolah. Hal ini kerana persekitaran sekolah yang kondusif penting kepada kesihatan fizikal dan
mental murid. Tahap kesihatan dan mental semasa di alam persekolahan mempunyai kesan yang
positif terhadap kehidupan pelajar pada masa akan datang (Grossman, 2005). Persekitaran fizikal
yang di dalamnya mengandungi komponen seperti tumbuh tumbuhan yang menghijau boleh
memberi kesan teduhan dan nyaman; bunyi air terjun menimbulkan suasana yang menenangkan
fikiran; sementara arca, bangku, meja dan wakaf menambah keceriaan suasana persekitaran
(Dyment et al 2008). Kesemua unsur tersebut dapat menimbulkan perasaan serta menaikkan
semangat dan motivasi untuk menimba ilmu, beriadah dan suka datang ke sekolah selain
meningkatkan kesedaran alam sekitar.
2
2.0 Jenis-jenis Tanaman Sayuran dan Kaedah Penjagaan Yang Digunakan
Terdapat pelbagai jenis tanaman yang boleh ditanam berdasarkan kepada konsep Edible
Landscape ini asalkan tanaman yang dipilih boleh dimakan. Antara contoh sayur mahupun buah
yang berfungsi untuk menghasilkan makanan adalah seperti tanaman asparagus, Kubis, Bak
Choi, Bunga Kubis, Brokoli, Cili, dan Anggur. Dahulu, tanaman anggur dianggap tanaman yang
susah ditanam kerana dikaitkan dengan iklim yang sejuk namun tanggapan itu meleset kerana
terdapat petani di utara tanah air yang berjaya mengusahakan ladang anggur hingga dikenali di
persada dunia. Tambahan pula, ciri-ciri tanaman yang boleh ditanam dalam konsep Edible
Landscape ini adalah sayuran dan buah buahan yang mengeluarkan bau wangi dari daunnya
seperti daun kari, kesum, pudina, kunyit dan pandan. Tumbuhan yang bau wangi pada bahagian
umbisi seperti kunyit, halia, lengkuas, serai dan cekur. Kebanyakan tanaman atau sayuran yang
ditanam mempunyai jangka hayat yang pendek dan kurang mendapat serangan serangga
perosak. Bukan itu sahaja, tanaman sayuran yang ditanam juga mudah dibiak melalui kaedah
tampang iaitu dari keratan batang, pucuk dan umbisi serta mudah diselenggara dah dijaga.
Seterusnya, elemen penting yang perlu dititikberatkan adalah kaedah penjagaan yang
digunakan. Kaedah penjagaan yang digunakan bagi menjaga setiap tanaman ini ialah dengan
menyiram, merumput, menggembur dan membaja. Setiap tanaman harus disiram dua kali sehari,
namun sekiranya hujan tidak perlu disiram. Kerja penyiraman ini dilakukan bagi proses
pembekalan air kepada tanah untuk keperluan tumbesaran tanaman dan seterusnya dapat
meninggikan kualiti dan hasil tanaman. Seterusnya, aktiviti merumput pula dilakukan bagi
memastikan penjagaan tanaman dalam keadaan yang bersih. Bukan itu sahaja, aktiviti ini
dilakukan bagi mengelakkan persaingan nutrien antara rumput dan tanaman yang ditanam. Kerja
merumput ini haruslah dilakukan dengan kerap setiap kali membuat pemantauan pada taman.
Selanjutnya, tanah harusah digembur dua kali dalam seminggu bagi memastikan tanah sentiasa
mempunyai udara dan proses membaja pula dilakukan dua kali sebulan iaitu pada minggu
pertama dan minggu ketiga setiap bulan bagi memastikan tanaman cukup nutrien untuk kekal
sihat dan terus membesar. Namun begitu, baja yang berlebihan terhadap tanaman akan
menyebabkan tumbesaran tanaman terbantut sehingga menyebabkan mati. Oleh itu,
pengehadkan jumlah baja yang ditabur mengikut kuantiti yang sepatutnya telah dititiberatkan.
3
3.0 Elemen-elemen dan Prinsip-prinsip Yang Wujud Pada Edible Landscape
3.1 Elemen Edible Landscape
1. Semulajadi
Elemen semulajadi merujuk kepada penggunaan bahan-bahan atau item yang merujuk kepada
alam semula jadi seperti tumbuhan. Tumbuhan mampu mendatangkan aura ataupun keunikan
kepada landskap sekiranya digunakan dengan betul..
2. Warna
Faktor warna adalah untuk memberi kepelbagaian kesan pandangan dalam sesuatu taman.
Elemen warna dizahirkan dalam buah, bunga ataupun daun pada tanaman yang dipilih.
3. Air
Elemen air berupaya untuk mewujudkan tumpuan terhadap landskap dan elemen ini juga akan
mencetus bunyi percikan atau deruan semulajadi lalu mewujudkan suasana agar kelihatan segar
dan dinamik.
4. Tekstur
Pemilihan tanaman ‘edible’ perlu mengambil kira keadan tekstur tanaman bagi mewujudkan
variasi yang pelbagai dan menarik dalam sesuatu taman. Elemen ini boleh didapati melalui visual
pada bentuk fizikal tanaman atau melalui sentuhan pada tumbuhan tersebut sama ada melalui
daun, buah, bunga atau batang pokok yang dipilih.
5. Susunan Landskap
Susunan landskap yang baik mampu menghasilkan landskap yang menarik dan sistematik.
Susunan landskap adalah cara bagaimana kita menyusun tanaman dan mereka bentuk landskap
yang sesuai dengan kawasan. Susunan yang sistematik dan teratur membuatkan pemadangan
lebih indah dengan kedudukan penyusunan setiap tanaman yang strategik dan seimbang.
4
3.2 Prinsip Edible Landscape
1. Kesatuan
Bermaksud pemilihan dan penggunaan elemen secara konsisten dan berulang-ulang bagi
mewujudkan kesatuan dan suasana harmoni yang sesuai dengan konsep, tema dan idea reka
bentuk
2. Keringkasan
Bermaksud mereka bentuk menggunakan hanya elemen yang penting di dalam sesuatu
gubahan. Keringkasan menekankan ciri keharmonian iaitu penggunaan kombinasi ciri – ciri dan
sifat – sifat yang hampir serupa dari segi bentuk, saiz, warna dan fungsi. Penggunaan elemen
yang terlalu banyak menyebabkan persekitaran menjadi kabut manakala penggunaan elemen
yang terlaluu ringkas memberi kesan yang membosankan. Jadi, kombinasi yang dibuat haruslah
seimbang tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit. Contohnya, Penggunaan beberapa jenis
elemen sahaja seperti tumbuh-tumbuhan, air dan struktur binaan dalam bentuk yang mudah dan
ringkas.
3. Keanekaan
Bermaksud menggunakan pelbagai jenis elemen seperti warna, bentuk, susunan, tekstur dan
saiz tanaman dalam mereka bentuk yang bertujuan bagi mewujukan kepelbagaian kesan reka
bentuk tetapi tidak menjejaskan kesatuan dan kesederhanaan.
4. Penumpuan
Bermaksud reka bentuk taman mini yang dibuat menjadi tumpuan dan menarik perhatian. Elemen
tertentu dijadikan daya tarikan.
5. Kontras
Bermaksud sesuatu reka bentuk yang mempunyai elemen yang bertentangan dari pelbagai ciri –
ciri reka bentuk bagi menonjolkan perbezaan dan reka bentuk yang tidak hambar. Kontras
digunakan bagi melebihkan tumpuan terhadap satu – satu elemen.
6. Turutan
Penggunaan elemen terutamanya tumbuh-tumbuhan adalah berulang-ulang. Ulangan selalunya
dalam bentuk linear (memanjang) atau barisan. Prinsip turutan akan memberikan pemandangan
yang bersambungan dan berterusan dalam sesuatu kawasan
5
5. Keseimbangan
Bermaksud mewujudkan keseragaman dan kestabilan pemandangan dan ruang ruang yang
dihasilkan melalui susunan elemen landskap di dalam sesuatu gubahan. Hal ini kerana elemen-
elemen yang sama digunakan bertujuan untuk mendapatkan keadaan yang seimbang.
Tumbuhan yang hendak ditanam, perlu seimbang dari sudut bentuk, warna dan saiz taman mini
yang akan dibina. Keseimbangan ini terbahagi kepada dua iaitu keseimbangan simetri dan
asimetri.
6. Skala atau Ukuran
Ukuran/skala menggambarkan perbandingan antara saiz elemen dengan tanaman dalam
landskap. Pemilihan elemen landskap, reka bentuk dan tanaman perlu sesuai dengan saiz rumah
dan luas kawasan.
7. Kesatuan
Kesatuan dicapai dengan menghubungkan elemen dan ciri untuk mewujudkan watak yang
konsisten dalam komposisi. Kesatuan kadang-kadang disebut sebagai harmoni - konsep segala
sesuatu yang sesuai.
8. Ritma
Merupakan perubahan dari satu keadaan dan ruang kepada keadaan dan yang lain secara
berperingkat – peringkat bagi menentukan arah pandangan dan pergerakan di samping
mewujudkan suasan keharmonian dan kesinambungan persekitaran.
6
4.0 Gambar Tanaman Yang Digunakan.
Kobis
Bayam
Jagung
Kentang
7
Pak Choy
Bunga Flex
Terung
8
5.0 Gambar-gambar Pelbagai Sudut Pandangan Edible Landscape.
(Gambar Edible Landscape dari pelbagai sudut)
9
6.0 Ulasan Edible Landscape
Landskap ini dilihat mempunyai keanekaan yang pelbagai kerana dapat dilihat banyak tanaman
yang ditanam pada landskap ini. Dari aspek elemen susunan landskap, susunan antara setiap
tanaman amat rapat sehingga menyebabkan landskap tersebut kelihatan kabut. Namun begitu ,
daripada aspek elemen warna. Warna tanaman yang dilihat berbeza diantara satu sama lain dan
berbagai. Hal ini menyebabkan persekitaran landskap tersebut kelihatan ceria dengan warna-
warna tanaman yang menarik minat pemerhati. Namun begitu, landskap ini dilihat tidak
mempunyai kemudahan seperti meja atau kerusi dan sebahagian landskap ini tidak mempunyai
elemen tumpuan kerana ianya tidak mempunyai item yang mampu untuk menarik perhatian yang
jelas. Oleh itu, setiap penghasilan edible landscape seharusnya memenuhi kriteria semua elemen
agar landskap yang dihasilkan menarik dan dapat mewujudkan persekitaran yang cantik dan
indah.
10
7.0 Analisis SWOT Tapak
7.1 Strength (S)
Saya memilih tapak ini kerana tapak ini merupakan kawasan rehat bagi warga sekolah SK
Pulapah. Oleh itu, tempat ini sudah mempunyai tarikan sebagai kawasan rehat warga sekolah.
Tapak ini juga tidak terlalu terdedah dengan cahaya matahari kerana terletak bersebelahan
dengan bangunan sekolah. Kedudukan yang strategik berada di tengah – tengah bangunan
sekolah menjadikan tapak tersebut kawasan tumpuan kepada semua warga SK Pulapah dan
para pelawat yang datang ke sekolah tersebut. Reka bentuk kolam yang dibuat amat cantik dan
boleh diubah suai untuk mengindahkan lagi pemandangan persekitaran tapak tersebut.
7.2 Weakness (W)
Kelemahan pada tapak ini adalah kawasan ini pada awalnya tidak berada dalam keadaan yang
baik. Tapak tersebut kelihatan terbiar dipenuhi lumut-lumut. Walaupun mempunyai kolam yang
cantik, namun tidak dijaga sehingga warna kolam tersebut pudar dan tidak menarik. Bukan itu
sahaja, kerusi kerusi batu yang dibuat tidak dikemaskan sehingga dipenuhi lumut. Tanaman di
tapak ini tidak disusun dengan baik dan tapak tersebut tidak mempunyai tanaman yang banyak.
Kekurangan sumber hijau menyebabkan tapak tersebut kelihatan suram dan tidak menarik.
Selain itu, kita juga dapat melihat peralatan berkebun atau alatan yang digunakan oleh kontraktor
sekolah tersebut tidak disimpan dengan baik melainkan disandarkan kepada dinding sahaja.
7.3 Opportunity (O)
Peluang yang terdapat pada tapak ini adalah orang ramai sudah mengetahui bahawa tempat ini
merupakan kawasan rehat dan jika tapak ini diubah menjadi edible landscape yang disediakan
dengan kemudahan berehat maka peluang untuk warga sekolah berehat disini adalah tinggi.
Selain itu, dengan meletakkan lampu spotlight pada edible landskap. Perkara tersebut
membolehkan tapak tersebut kelihatan menarik pada waktu siang dan malam.
7.4 Threat (T)
Ancaman pada tapak ini adalah jika tidak diselenggara dengan baik maka kawasan ini akan cepat
menjadi bersepah kerana angin selalu bertiup dikawasan ini. Seterusnya, kawasan ini juga
berada bersebelahan dengan laluan yang selalu digunakan maka akan timbul masalah seperti
pencemaran bunyi. Tambahan pula, kerosakan pada tanaman juga mungkin berlaku apabila
terlalu ramai mengunjungi tapak tersebut dalam suatu masa.
11
8.0 Perancangan Edible Landscape
8.1 Analisis Tapak
(Kawasan tapak yang dipilih bagi kajian kes)
Tapak tersebut merupakan kawasan yang dipilih oleh saya dalam menjalankan kajian kes ini.
Tapak tersebut jika dilihat sudah mempunyai tanamannya yang tersendiri namun tanaman
tersebut tidak disusun dalam keadaan yang baik dan kawasan tersebut tidak mempunyai tarikan.
Kewujudan kolam buatan di tengah – tengah kelihatan menarik namun diliha kusam kerana tidak
terjaga dan diabaikan. Justeru, saya memilih tapak ini sebagai kawasan bagi edible landscape
dengan harapan agar tapak ini dapat dijadikan sebagai satu tarikan baharu pada sekolah ini dan
tapak ini dapat dimajukan.
12
8.2 Reka Bentuk Pelan Edible Landscape
(Lakaran edible landscape menggunakan perisian Garden Planner)
Petunjuk: Nama Gambar Nama Gambar Nama
Gambar Pokok Teduh
Bayam Bunga Flex Hos Air
Kolam Mini
Pokok Tumbuhan
Terung Lindung Kentang
Nilai Kerusi Bulat
Kobis Laluan
Pejalan
Pokok Kaki
Jagung Kerusi
Sandar
Pak Choy Panjang
Meja
Panjang
13
8.3 Justifikasi Pemilihan Tapak
Saya memilih kawasan ini untuk dijadikan kawasan edible landscape kerana tapak ini
mempunyai keluasan yang lebih luas berbanding kawasan yang lain. Terdapat beberapa
kawasan lain telah saya lihat sepanjang pemerhatian yang saya buat ketika melakukan PBS di
sekolah. Namun kawasan tersebut tidak sesuai untuk dijadikan tapak edible landscape kerana
keluasan tapaknya yang kecil. Selain itu, tapak ini juga terlindung daripada matahari kerana
kawasannya yang berada bersebelahan dengan bangunan sekolah. Kawasan ini berpotensi
dijadikan sebagai kawasan rehat bagi semua warga disekolah kerana telah diletakkan
kemudahan-kemudahan seperti bangku dan meja. Seterusnya, saya juga memilih kawasan ini
sebagai tapak bagi edible landscape kerana ianya merupakan kawasan yang menjadi tumpuan
warga sekolah untuk berehat dan bersantai. Dikawasan ini juga terdapat kolam buatan yang
dihasilkan bagi memberikan nikmat ketenangan kepada para pengunjung tapak ini apabila
mendengar bunyi percikan dan aliran air. Di dalam kolam ini juga akan diletakkan ikan supaya
pengunjung dapat memberi makan ikan mahupun berinteraksi dengan ikan kerana aktiviti ini
berupaya untuk mengurangkan tekanan.
8.4 Prinsip Reka Bentuk
Dalam menghasilkan landskap ini saya mementingkan hanya 3 prinsip iaitu keringkasan,
tumpuan dan juga keseimbangan. Prinsip yang pertama iaitu keringkasan dapat dilihat pada
landskap saya kerana saya tidak meletakkan terlalu banyak item pada landskap melainkan
perkara yang diperlukan sahaja. Saya meletakkan 6 tanaman edible dan 2 sahaja tanaman
hiasan untuk menyerikan landskap ini.
Seterusnya, landskap saya ini dapat dikatakan terdapat penumpuan kerana saya
meletakkan kolam mini pada kawasan tengah landskap kerana kolam terbukti dapat menariik
perhatian pandangan. Saya juga menghiasi kawasan sekitar kolam dengan tanaman hiasan dan
juga kemudahan seperti bangku dan kerusi supaya kelihatan lebih menarik.
Akhir sekali, prinsip yang terakhir adalah keseimbangan. Saya mementingkan
keseimbangan dalam segala perkara yang dilakukan pada landskap ini. Contohnya, saya
menyusun kawasan tanaman edible plant saya secara selari. Hal ini supaya landskap saya ini
kelihatan simetri dan prinsip ini merupakan keunian yang terdapat pada landskap saya ini.
14
8.5 Jadual Kerja Gantt 1234
Aktiviti/
Bil
Hari pelaksanaan
1 Pemilihan tapak kawasan
2 Temu bual bersama guru
3 Plan edible landscape
4 Membuat Penilaian dan Semakan Akhir
15
8.6 Belanjawan Kuantiti Harga
3 paket RM 2 × 3 = RM 6
Bil Item 3 paket RM 2 × 3 = RM 6
1 Biji Benih Pak Choy 2 paket RM 3 × 2 = RM 6
2 Biji Benih Kobis 2 paket RM 3 × 2 = RM 6
3 Biji Benih Terung 2 paket RM 3 × 2 = RM 6
4 Biji Benih Jagung 2 paket RM 2 × 2 = RM 4
5 Biji Benih Kentang 21 pcs RM 6 × 21 = RM 126
6 Biji Benih Bayam 24 pcs RM 7 × 24 = RM 168
7 Pokok Lindung Nilai 300 pcs RM 0.50 × 300 = RM 150
8 Bunga Flex RM 150 × 2 = RM 300
9 Batu Bata Merah 2 set RM 300 × 2 = RM 600
10 Kerusi Sandar Panjang 2 set RM 30 × 2 = RM 60
11 Meja Panjang 2 set RM 4 × 2 = RM 8
12 Kerusi Bulat 2 set RM 90 × 2 = RM 180
13 Hos Air 2 set
14 Kerusi Panjang JUMLAH: RM 1626
16
8.7 Rumusan
Usaha membina edible landscape merupakan sebuah usaha yang seharusnya dilakukan oleh
semua pihak kerana banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripadanya. Kebaikan yang utama
adalah kita dapat menjimatkan wang kerana tanaman yang ditanam di landskap ini dapat
digunakan sebagai bahan masakan. Seterusnya, dengan adanya landskap ini kita dapat
mewujudkan sebuah tarikan baru pada sesuatu kawasan. Contohnya, dengan adanya landskap
ini disekolah maka tapak landskap tersebut akan menjadi tumpuan semua warga sekolah dan
para pelawat yang datang. Selain itu, tanaman yang dapat dimakan di landskap ini adalah
berkualiti dan terjamin sihat kerana tidak menggunakan bahan kimia yang dapat mengurangkan
kualiti tanaman. Justeru, tidak kira sekolah, rumah mahupun pejabat, edible landscape ini
seharusnya dilakukan oleh semua pihak kerana banyak kebaikan yang dapat diperolehi. Akhir
sekali, harapan saya agar pembinaan edible landscape ini akan menjadi sebuah budaya yang
baharu kepada rakyat Malaysia dan ianya dapat dikekalkan bagi masa yang lama.
9.0 Refleksi
Sepanjang 4 hari saya melakukan aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS),saya
mendapati bahawa terdapat kawasan di sekolah SK Pulapah yang tidak dimajukan dan tidak
diselenggara sehingga terbiar. Kawasan-kawasan sebegini seharusnya diceriakan dengan
melakukan sesuatu seperti projek edible landscape supaya sekolah akan menjadi sebuah tempat
yang lebih ceria. Hal ini dapat meningkatkan lagi keharmonian dan keceriaan persekitaran
sekolah. Sekolah yang menarik dan cantik juga dapat menarik minat murid-murid untuk hadir ke
sekolah setiap hari. Hal ini membolehkan purata kehadiran murid ke sekolah bertambah dan
murid-murid berasa selesa untuk belajar setiap masa. Bukan itu sahaja, imej sekolah juga akan
terjaga dan dijadikan contoh kepada sekolah sekolah lain. Tambahan pula, dengan adanya projek
seperti edible landscape ini juga, guru dapat menggunakan projek-rojek ini sebagai BBM dalam
proses Pdp mereka. Contohnya, guru dapat mengajar murid dan menunjukkan contoh secara
langsung kepada murid mengenai tanaman atau tumbuhan. Justeru, projek seperti edible
landscape haruslah dilakukan oleh setiap sekolah di seluruh Malaysia.
17
10.0 Rujukan
Ann Marie, V.D.Z., Steven, N. R. ( 2008). Landscape Design-Theory and Application, New York:
Cet. 7, m/s. 126
Creasy, Rosalind. Edible Landscaping. Berkeley, CA: Counterpoint Press, 2010.
Cristen Conger(2008). "What is edible landscaping?" Dicapai pada 21 Oktober 2020.
https://home.howstuffworks.com/gardening/garden-design/edible-landscaping.htm
Jabatan Landskap Negara (2008), Garis Panduan Landskap Negara Edisi 2
Kourik, Robert. Designing and Maintaining your Edible Landscape Naturally. Hartford, Vermont:
Chelsea Green Publishing, 2005.
Rohaniza Idris (2009). Taman kebun dapur- 'EDIBLE Garden'. Dicapai pada 21 Oktober 2020
http://kebunwarisan.blogspot.com/2009/10/taman-kebun-dapur-edible-garden.html
Grossman M (2005) Education and non market outcomes. In: Hanushek E, Welch F (eds)
Handbook of the economics of education, chapter 10. North Holland, Amsterdam.
18
11.0 Lampiran
(Gambar tapak yang mempunyai potensi untuk dijadikan tapak edible landscape)
19