1 BADAN KEBAJIKAN, SEKOLAH AGAMA PANJANG SARI 84600 PAGOH MUAR JOHOR _________________________________________________________________________ Rujukan kami : BKS/02035/SAPS/12/23(01) Tarikh : 21 MEI 2024. Kepada, Tuan / Puan Ibu Bapa / Penjaga Murid, Sekolah Agama Panjang Sari ألسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Tuan / Puan, MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN KALI KE – 25 Perkara di atas adalah dirujuk. Berhubung perkara di atas, mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut : TARIKH : 06 MEI 2024 ( KHAMIS ) MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : DEWAN AL-AMIN SEKOLAH AGAMA PANJANG SARI 2. Semoga dengan kehadiran tuan / puan dapat melancarkan lagi perjalanan mesyuarat serta dapat menjana idea-idea bagi memajukan anak bangsa dan sekolah. Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA “ Saya Yang Menjalankan Amanah, ……………………………… ( SITI ZALIHA BINTI KADRI ) Setiausaha Badan Kebajikan Sekolah Agama Panjang Sari, Pagoh. s.k : Fail BKS
2 SEKAPUR SIRIH Kata-kata ALUAN PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN EN. MOHD. SHAHRIL BIN NAHAR ألسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya dapat kita bertemu lagi dalam Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Panjang Sari Kali Ke – 25 tahun 2024 dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2023. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua ibubapa dan penjaga anak-anak yang dapat hadir mesyuarat kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli. Semoga dapat menyemarakkan semangat ibu bapa dan guru untuk melibatkan diri dengan lebih aktif lagi bersama program aktiviti sekolah pada masa hadapan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah S.W.T sekalian, Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah merupakan agenda penting yang diadakan setiap tahun. Penglibatan BKS amat perlu bagi memajukan sekolah. Ini dapat dilaksanakan melalui permuafakatan, perancangan yang teliti dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru. Seiring diingatkan bahawa sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli BKS untuk hadir ke mesyuarat ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk kita berbincang, mencari kata sepakat, mencari idea dan penyelesaian bagi isu-isu yang berkaitan dengan kecemerlangan anak-anak kita. Kita sedar bahawa dunia pendidikan agama banyak perubahan dari masa ke semasa. Sehubungan dengan itu, kita mestilah memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan agama di sekolah dan ada sistem pemantauan ibubapa di rumah. Hanya dengan cara itu, barulah kita dapat memastikan ilmu yang dipelajari dapat diamalkan bagi mempersiapkan diri untuk menjalani kehidupan di dunia dan akhirat yang amat mencabar ini. Jawatankuasa BKS sehingga hari ini telah cuba melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya. Kepentingan dan kebajikan anak-anak sentiasa dititkberatkan. Sumbangan ibu bapa melalui yuran BKS telah digunakan sebaiknya untuk melancarkan program-program sekolah ke arah meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah murid. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa BKS yang telah memberikan komitmen yang tinggi dan kepada semua yang bekerjasama dalam membantu dan menjayakan setiap program yang dilaksanakan di Sekolah Agama Panjang sari ini. Akhir sekali, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan mesyuarat agung ini. Semoga segala usaha kita diberkati dan dirahmati Allah S.W.T…..Aamiin. Selamat bermesyuarat. Sekian, terima kasih. Wassalam. “ MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT “ ……………………………… (MOHD SHAHRIL BIN NAHAR) Pengerusi Badan Kebajikan
3 Sekolah Agama Panjang Sari, Pagoh. SEKAPUR SIRIH Kata-kata ALUAN guru besar Ustazah hajah siti zaliha binti kadri ألسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan izinNya, maka dapat kita bersama menjayakan Majlis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Panjang Sari Kali Ke – 25 tahun 2024 dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar, UPKK Darjah lima dan Darjah Enam yang berjaya dalam Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) 2023. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pengerusi dan barisan Ahli Jawatankuasanya dan warga guru serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah pada kali ini. Sebagaimana kita semua sedia maklum, Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah adalah merupakan aktiviti tahunab yang perlu dijalankan. Kali ini agak terlewat kita mengadakan program disebabkan kekangan masa dan tugas yang sentiasa bertambah. Namun Alhamdulillah dapat jua kita laksanakan mengikut perancangan. Penubuhan Badan Kebajikan Sekolah adalah bertujuan mewujudkan kerjasama, permuafakatan, bertukar-tukar fikiran, pendapat dan maklumat semasa serta mengadakan perbincangan dua hala antara ibu bapa dan guru-guru dalam usaha menambah baik pencapaian anak-anak dalam pelajaran juga meningkatkan keceriaan persekitaran sekolah yang sesuai dengan perkembangan dan emosi pelajar masakini. Badan Kebajikan Sekolah adalah bertujuan mewujudkan permuafakatan, dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama-sama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid di sekolah juga meningkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Pihak sekolah memerlukan sumbangan dan sokongan dari ibu bapa dalam kebajikan anak-anak dan pembangunan sekolah. Bersama-sama mengambil tahu segala aktiviti anak-anak samada dalam pelajaran atau penggunaan talian internet masa kini yang umpama dunia tanpa sempadan. Semua berada di hujung jari. Sesungguhnya melahirkan insan kamil dan sempurna memerlukan pengorbanan, keperihatinsn serta kerjasama kedua-dua pihak. Semoga segala usaha kita ini mendapat keredhoaan Allah S.W.T. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd. Shahril Bin Nahar, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Panjang Sari dan barisan Ahli Jawatankuasanya yang amat komited membantu sekolah dalam mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Mudah-mudahan Allah S.W.T. jua yang dapat membalas jasa kalian. Akhir kata, semoga kejayaan dan kecemerlangan terus dicapai disamping melahirkan Insan kamil berakhlak mulia berlandaskan Al-Quran dan Sunnah seterusnya cemerlang dunia dan akhirat…Insyaallah. Sekian terima kasih. ……………………………….. (SITI ZALIHA BINTI KADRI)
4 Guru Besar Sekolah Agama Panjang Sari, Pagoh. MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN KALI KE-25 ATURCARA MAJLIS : - 2.00 Petang – Ketibaan Para Jemputan Dan Pendaftaran. - 2.30 Petang – Majlis Perasmian Dan Anugerah Kecemerlangan Murid - – Bacaan Doa - – Ucapan Guru Besar - – Ucapan Pengerusi Dan Perasmian - – Multimedia - – Penyampaian Anugerah Kecemerlangan - - Penyampaian Cenderahati - - Jamuan - - Mesyuarat Agung BKS Kali Ke-25 MESYUARAT AGUNG BKS 2024 AGENDA MESYUARAT AGUNG KE-25 - Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat 2023 - Perkara Berbangkit - Menerima Penyata Perjalanan Yang Lalu - Membentangkan Dan Mengesahkan Penyata Kewangan - Pembentangan Usul (Jika Ada) - Ucapan penangguhan
5 CARTA ORGANISASI SEK. AGAMA PANJANG SARI, PAGOH. TAHUN 2024 USTAZAH SITI ZALIHA BINTI KADRI DGA 32 Guru besar Pentadbir Dan Pengurus DGA 29 DGA 29 Guru Penolong Kanan 1 Guru Penolong Kanan 2 KURIKULUM HAL EHWAL MURID ( AKADEMIK ) ( HEM ) KAFA KAFA GURU PENOLONG GURU PENOLONG KOKURIKULUM KAFA GURU PENOLONG USTAZ AHMAD ZAHIERUDDIN BIN AHMAD USTAZAH NORAQILAH BINTI YATIM USTAZ MUHAMMAD SHAHID BIN AFFANDI USTAZAH SITI KHAIRUNNISA BINTI SULAIMAN USTAZAH SITI NABIHA BINTI SULAIMAN
6 SENARAI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA PANJANG SARI PAGOH SESI 2022 – 2024 PENGERUSI : EN. MOHD SHAHRIL BIN NAHAR NAIB PENGERUSI : EN. MOHD. IHWAN BIN LINGAN SETIAUSAHA : PN. SITI ZALIHA BINTI KADRI PENOLONG SETIAUSAHA : CIK NORAQILAH BINTI YATIM BENDAHARI : CIK SITI NABIHAH BINTI SULAIMAN AHLI JAWATANKUASA : 1- En. Jalani Bin Sabar 2- En. Mohd Syafie Bin Idris 3- En. Mohd. Fakhrulzaman Bin Othman 4- Pn. Zaliha Binti Hamid 5- Pn. Zalifah Binti Ibrahim 6- Pn. Noorayu Binti Musa PEMERIKSA KIRA-KIRA 1- En.Ahmad Zahieruddin Bin Amran 2- Pn. Norlinda Binti Ahmad AHLI JAWATANKUASA YANG DILANTIK SEKOLAH 1- En. Muhammad Shahid Bin Affandi 2- Cik Siti Khairunnisa Binti Sulaiman 3- Pn. Mislina Binti Parjan 4- Pn. Sabariah Binti Mingan AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH 1- En. Azali Bin Hj. Ahmad Ketua Kampung Sari Baru 2- En. Jalal Bin Sarpin Ketua Kampung Panjang Sari 3- En. Jasman Bin Mustapha Ketua Kampung Sri Makmur Dan Ketua Kampung Sri Meranti PEMEGANG AMANAH 1- Guru Besar
7 2- Pengerusi Badan Kebajikan SENARAI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA PANJANG SARI PAGOH SESI 2024 – 2026 PENGERUSI : NAIB PENGERUSI : SETIAUSAHA : PN. SITI ZALIHA BINTI KADRI PENOLONG SETIAUSAHA : CIK NORAQILAH BINTI YATIM BENDAHARI : CIK SITI NABIHAH BINTI SULAIMAN AHLI JAWATANKUASA : 1- 2- 3- 4- 5- 6- PEMERIKSA KIRA-KIRA 1- 2- AHLI JAWATANKUASA YANG DILANTIK SEKOLAH 1- 2- 3- 4- AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH 1- 2- 3- PEMEGANG AMANAH 1- 2-
8 AHLI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN KALI KE-25 DAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH AGAMA PANJANG SARI TAHUN 2024 JAWATANKUASA INDUK PENAUNG : PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM DAERAH MUAR PENASIHAT : PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM DAERAH MUAR . PENGERUSI : EN. MOHD. SHAHRIL BIN NAHAR NAIB PENGERUSI : EN. IKHWAN BIN LINGAN SETIAUSAHA : USTAZAH SITI ZALIHA BINTI KADRI . PEN. SETIAUSAHA : CIK NORAQILAH BINTI YATIM BENDAHARI : CIK SITI NABIHAH BINTI SULAIMAN AJK : SEMUA GURU-GURU AGAMA DAN BARISAN AJK BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA PANJANG SARI. JAWATANKUASA KECIL PERSIAPAN DEWAN DAN TEMPAT PENGERUSI : PN.SITI ZALIHA BINTI KADRI AJK : PN. MISLINA BINTI PARJAN : EN. AHMAD ZAHIERUDDIN BIN AMRAN : MURID DARJAH 6 BUKU PROGRAM PENGERUSI : PN. SITI ZALIHA BINTI KADRI AJK : CIK NORAQILAH BINTI YATIM PENYAMBUT TETAMU PENGERUSI : EN. SHAHRIL BIN NAHAR AJK : PN. SITI ZALIHA BINTI KADRI : EN. IKHWAN BIN LINGAN : PN. NOORAYU BINTI MUSA PENCATAT MINIT MESYUARAT PN SITI ZALIHA BINTI KADRI CIK NORAQILAH BINTI YATIM PENGACARA : CIK NORAQILAH BINTI YATIM P.A SISTEM PENGERUSI : EN. MUHAMMAD SHAHID BIN AFFANDI AJK : EN. MUHD. SYAFIE BIN IDRIS : EN. AZALI BIN HJ. AHMAD CENDERAHATI PENGERUSI : PN. NORLINDA BINTI AHMAD AJK : CIK SITI NABIHAH BINTI SULAIMAN JAMUAN DAN VIP PENGERUSI : PN. ZALIFAH BINTI IBRAHIM
9 AJK : PN. ZALIHA BINTI HAMID : PN. SABARIAH BINTI MINGAN : CIK SITI NABIHAH BINTI SULAIMAN MINIT MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA PANJANG SARI PAGOH KALI – 24 2023 M / 1444 H TARIKH : 30 JULAI 2023 12 MUHARAM 1444 HARI : AHAD MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : DEWAN AL- AMIN SEKOLAH AGAMA PANJANG SARI KEHADIRAN : 70 ORANG PERASMI : ENCIK MOHD SHAHRIL BIN NAHAR PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH SEKOLAH AGAMA PANJANG SARI PAGOH. MESYUARAT AGUNG DIJALANKAN 1. UCAPAN PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN 1.1 Ucapan syukur dan berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan dengan menghadiri mesyuarat kali ini. 1.2 Ucapan terima kasih kepada warga guru SAPS kerana persiapan untuk majlis. 1.3 Semua yang hadir telah diberikan buku program dan minit mesyuarat sebagai rujukan. 1.4 Mengharapkan perjalanan mesyuarat lancar dengan kerjasama semua pihak. 1.5 Mengharapkan bersama membantu menambahbaik kebajikan dan kecemerlangan anak-anak dapat dilaksanakan dengan sempurna. 2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU ( 2022 ) 2.1 Ustazah Siti Zaliha Binti Kadri, Setiausaha Badan Kebajikan membentangkan. 2.2 Cadangan minit disahkan : Pn Azizah Binti Talib 2.3 Sokongan : En. Azizi Bin Mansor 3. PERKARA BERBANGKIT TIADA 4. MEMBENTANGKAN PENYATA PERJALANAN BADAN KEBAJIKAN 4.1 Ustazah Siti Zaliha Binti Kadri, Setiausaha Badan Kebajikan membentangkan. 4.2 Cadangan penyata perjalanan BKS disahkan : Pn Azizah Binti Talib 4.3 Sokongan : En. Azizi Bin Mansor 5. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR DISEMBER 2021 5.1 Ustazah Siti Khairunnisa Binti Sulaiman, Bendahari BKS membentangkan. 5.2 Cadangan penyata kewangan disahkan : En. NorAzmi Bin Safar 5.3 Sokongan : Pn. Juliana Binti Miskam 6. PEMBENTANGAN USUL 6.1 Usul daripada Encik Mohd Radzi Bin Tuilah 6.1.1. Mencadangkan Ibubapa dibenarkan masuk kawasan sekolah berhampiran pagar semasa menghantar dan mengambil anak sekolah.
10 Ustazah Noolya Binti Kamari, Guru Penolong Kanan Sekolah Agama Panjang sari memaklumkan bahawa peraturan mana-mana sekolah tidak kira Sekolah Agama atau Sekolah Kebangsaan adalah sama sahaja iaitu Ibubapa tidak boleh masuk kawasan sekolah sewaktu memghantar atau mengambil anak. Namun atas timbang rasa dibenarkan sekiranya hari hujan sahaja. Tindakan : Ibubapa memberikan kerjasama mematuhi peraturan yang sedia ada. 6.1.2. Mewujudkan kelas latihan solat sekurang-kurangnya seminggu sekali Ustazah Noolya Binti Kamari, Guru Penolong Kanan Akademik menjelaskan bahawa Latihan Solat bagi murid tahap 1(Darjah 1,2 dan 3) telah pun sedia ada dalam jadual Kelas iaitu dalam Mata Pelajaran Amalan Lazim seminggu sekali. 6.1.3. Membenarkan murid memakai T-Shirt pada musim panas atau kemarau. Ustazah Siti Zaliha Binti Kadri, Guru Besar Sekolah Agama Panjang Sari. Murid-murid dibenarkan utuk memakai pakaian T-shirt yang tidak bercorak walau bagaimanapun digalakkan pakaian seragam sekolah. Tindakan : Ibubapa memastikan murid berpakaian yang dibenarkan mengikut peraturan yang dibenarkan dan bergantung kepada arahan semasa. 6.2 Usul daripada Puan Juliana Binti Miskam Mewujudkan tabung untuk kegunaan sekolah atau baik pulih kecil mengikut keperluan sekolah. Ustazah Siti Zaliha Binti Kadri, Guru Besar Sekolah Agama Panjang Sari. Dengan persetujuan dan kebenaran daripada pihak Badan Kebajikan Sekolah, akan mewujudkan Tabung Khamis(Pembangunan Sekolah). Tindakan : Ibu bapa sedia maklum hal perkara tersebut. 6.3 Usul daripada Encik Azry Bin Paimin (Sama Usul Bilangan 6.2 di atas) 6.4 Usul daripada Puan Zalifah Binti Haji Ibrahim Mencadangkan baik pulih kipas dan ganti yang telah rosak Ustazah Siti Zaliha Binti Kadri, Guru Besar Sekolah Agama Panjang Sari. Pihak guru telah mengenal pasti kipas-kipas yang telah rosak dan tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan usahakan untuk ganti kipas yang telah rosak serta mengalu-alukan sumbangan daripada Ibubapa untuk tujuan yang tersebut. Tindakan : Guru Besar akan ambil tindakan kadar segera masalah ini. 6.5 Usul daripada Encik Azizi Bin Mansor (Sama Usul Bilangan 6.4 di atas) 7. USUL BERBANGKIT 7.1 Usul daripada En Jalal Bin Sarpin, Ketua Kampung Panjang Sari. Mencadangkan Yuran BKS dinaikkan kepada RM 20 dan sumbangan yang diperlukan oleh pihak sekolah dimasukkan dalam senarai bayaran yuran BKS + RM 5@RM 10 bagi menanggung kos kipas yang diperlukan dan untuk baik pulih sekolah. 7.2 Usul daripada En Azizi Bin Mansor Lebih baik sumbangan melalui derma “one of “ bimbang ada yang tidak mampu melalui kutipan bayaran yuran. 7.3 Usul daripada En. Md Azmi Bin Safar Minimumkan bayaran ikut kemampuan dan tentukan paling minimum ikut persetujuan. Cadangan agar buat permohonan dana dari Masjid Kampung Panjang Sari. Keputusan : Ibubapa bersetuju sebulat suara Yuran BKS RM 20 Dan Tabung Hari Khamis diwujudkan. Tindakan : Pihak Sekolah akan membuat senarai Yuran BKS kepada RM20 dan Melancarkan Tabung Hari Khamis yang tersebut. 8. ULASAN PENGERUSI 8.1 Peringatan bahawa pembawa usul hendaklah hadir mesyuarat untuk membaca usulnya. 8.2 Sekiranya tidak hadir, usul akan dibawa dalam mesyuarat AJK
11 8.3 Memaklumkan kepada semua yang hadir berkenaan keselamatan sekolah yang kerap kali berlaku pecah masuk mengakibatkan kecurian dan kerosakan harta benda sekolah. 8.4 Cadangan pemasangan kamera cctv atau bunyi alat penggera@alarm dan lampu solar yang memerlukan kos. 8.5 Pesanan kepada semua Ibubapa yang hadir agar dapat memastikan anak-anak yang menunggang motorsikal ke sekolah agar diberi peringatan yang tegas supaya terus pulang atau balik terus ke rumah tidak menyimpang atau pergi ke tempat lain setelah pulang dari sekolah. 8.6 Keselamatan anak-anak di luar waktu sekolah dan di luar kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama bukan tanggungjawab atau dibebankan kepada guru. Guru hanya bertanggungjawab di dalam waktu sekolah dan di dalam kawasan sekolah sahaja. 8.7 Tiada usul tergempar. 9. UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Encik Jasman Bin Mustapha (Ketua Kampung Sri Makmur Dan Sri Meranti) - Memaklumkan bahawa segala peruntukan untuk tahun 2023 sudah penuh. - Segala permohonan yang terdahulu perlu dibuat semula untuk tahun 2024 terutama permohonan untuk longkang ‘U’ tertutup di bahagian hadapan sekolah bagi tujuan memudahkan untuk ibubapa parking kenderaan semasa menghantar dan mengambil anak-anak sekolah. - Kamera cctv yang diperlukan, kos bergantung kepada jenis kamera dan perlukan line internet untuk berfungsi. Perlu buat kertas kerja. 9.2 Ustazah Siti Zaliha Binti Kadri (Guru Besar SAPS) - Ustazah Siti Zaliha melahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada pihak sekolah. - Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK atas sumbangan tenaga, masa dan segalanya. - Mudah-mudahan akan terus memberikan sokongan sepenuhnya. - Mohon maaf segala kekurangan dan kelemahan. Berusaha untuk penambahbaikan. 9.3 Encik Mohd Shahril Bin Nahar (Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah) - Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang menjadi pengerusi BKS di Sekolah Agama Panjang Sari. - Mohon maaf segala kesalahan, kelemaham dan kekurangan dan berharap dapat bersama memberikan komitmen yang lebih baik pada masa hadapan. - Mohon kerjasama semua AJK agar terus dapat berikan komitmen yang terbaik terutama dalam setiap program sekolah yang dilaksanakan. - Terima kasih kepada yang hadir kerana telah melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya. - Mudah-mudahan dengan niat yang baik hanya Allah jua yang dapat membalas segala kebaikan. Terima kasih semua. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 Petang. Disediakan Oleh, …………………………… ( USTAZAH NORAQILAH BINTI ) Timbalan Setiausaha Badan Kebajikan Sekolah Agama Panjang Sari Disahkan Oleh, …………………………… ( USTAZAH SITI ZALIHA BINTI KADRI ) Setiausaha Badan Kebajikan Sekolah Agama Panjang Sari
12 PENYATA PERJALANAN BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA PANJANG SARI PAGOH TAHUN 2023 1. PROGRAM MINGGU UKHUWAH SEKOLAH (MUS) MURID-MURID DARJAH 1 2. MESYUARAT AJK BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH SAPS 3. HARI TERBUKA DAN HARI MUAMALAT SEKOLAH 4. PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 5. PROGRAM MA’AL HIJRAH 6. MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH 7. MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 8. SAMBUTAN MAULIDURRASUL S.A.W. 9. MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ 10. SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 11. TADARRUS DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 12. PROGRAM MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SDEA & UPKK 13. MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI DAN KUNJUNGAN MARHABAN 14. JAMUAN AKHIR TAHUN
13 TAQWIM SEKOLAH AGAMA PANJANG SARI PAGOH TAHUN 2024 1. PROGRAM MINGGU UKHUWAH SEKOLAH (MUS) MURID-MURID DARJAH 1 2. MESYUARAT AJK BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH SAPS 3. MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SAPS 4. MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 5. SAMBUTAN MAULIDURRASUL S.A.W. 6. HARI TERBUKA SUA TEMU BERSAMA IBU BAPA 7. HARI MUAMALAT SEKOLAH 8. ISRA’ DAN MIKRAJ 9. NISFU SYA’BAN 10. GOTONG-ROYONG PERDANA 11. SAMBUTAN HARI GURU 12. MA’AL HIJHRAH 13. SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 14. TADARRUS DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 15. PROGRAM MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SDEA & UPKK SERTA SOLAT HAJAT 16. MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI DAN KUNJUNGAN MARHABAN
14 17. PROGRAM AGAMA AKHIR TAHUN (PAAT) 18. JAMUAN AKHIR TAHUN CADANGAN / USUL 2023 BIL CADANGAN / USUL TINDAKAN 1 i-Membenarkan ibu bapa masuk ke kawasan sekolah berhampiran pagar semasa menghantar dan mengambil anak sekolah. ii-Mewujudkan kelas latihan solat sekurang-kurangnya seminggu sekali iii-Membenarkan murid memakai T-shirt pada musim panas atau kemarau. Encik Mohd Radzi Bin Tuilah 2 Mewujudkan tabung untuk kegunaan sekolah atau baikpulih mengikut keperluan sekolah. Pn Juhana Binti Miskam 3 Menyediakan tabung khas BKS untuk bantu keperluan sekolah En Azry bin Paiman 4 Mencadangkan baikpulih kipas atau ganti yang telah rosak dengan yang baru supaya anak-anak lebih selesa untuk belajar. Ini hasil aduan daripada anak-anak berkaitan kipas dalam bilik darjah yang tidak berfungsi dengan baik. Pn. Zalifah Binti Hj. Ibrahim
15 5 Memohon dana khas daripada ibu bapa untuk membaik pulih kipas sekolah yang telah rosak. En Azizi Bin Mansor KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2023 UJIAN PENCAPAIAN KELAS KAFA (UPKK) TERBAIK – 8A 1 MUHAMMAD SYABIL IRFAN BIN ABD RAZAK 2 NUR AIIRA INSYIRA BINTI MOHD FAKHRUL ZAMAN SIJIL DARJAH ENAM AGAMA (SDEA) – AGGRIGET TERBAIK 1 MUHAMMAD ASYRAF BIN MUHAMMAD FAIZ – GPS 1.11 2 NUR ASYIFA UMAIRAH BINTI ABDULLAH – GPS 2.00 3 NUR AMANI ARISSA BINTI MOHD FADZLY – GPS 2.11 DARJAH 1 MALIKI 1 NUR SYAFIERAH SYAZWANA BINTI MOHD SHAFIE 2 NUR ARIYSHA NATASHA BINTI MUHAMMAD FAWZZI 3 MUHAMMAD HAZIQ ANAS BIN HADIREWAN DARJAH 1 GHAZALI 1 MUHAMMAD EZARIL DAYYAN BIN AZIZI 2 MUHAMMAD ALIF FARHAN BIN MOHD FRIDAUS 3 NUR AFIA DAANIYAH BINTI ABDULLAH ZAWAWI DARJAH 2 SYAFIE 1 NAWRA AS SYIFA BINTI AZRY 2 FARIJ RIZQIN BIN AZRUL 3 SHAZA NUR IRDINA BINTI ZAHIM SHAZMIE DARJAH 3 HANAFI 1 NUR FARAH HUSNA BINTI ABDULLAH ZAWAWI 2 AMIRUL HAKIM BIN MOHD FRIDAUS 3 MUHAMMAD DANISH AL-RIZQY BIN AZRI DARJAH 3 HANBALI 1 NUR ASYWA’ IMAN BINTI IHSAN ILLAHI 2 MUHAMMAD HAKIM BIN LOKMAN 3 NUR NISA QAISARA BINTI RAZALI
16 DARJAH 4 HANBALI 1 SITI MAHFUZAH BINTI MOHD FRIDAUS 2 NUR NADYA SOFEA BINTI MOHD NIZAM 3 SYARIFAH ZULAIKHA DAMIA BINTI SYED MOHD NAZIR DARJAH 5 MALIKI 1 NUR AIIRA INSYIRAA BIN FAKHRUL ZAMAN 2 NUR IRDINA ZAFIRAH BINTI IDRIS 3 NUR KAMILIA NUWAIRAH BINTI MOHD IHWAN DARJAH 5 GHAZALI 1 NUR EMMA SYAFIQAH BINTI SHARIF 2 NUR AQILAH BINTI YAHYA 3 MUHAMMAD SYABIL IRFAN BIN ABD RAZAK DARJAH 6 HANAFI 1 MUHAMMAD ASYRAF BIN MUHAMMAD FAIZ 2 NUR ASYIFA UMAIRAH BINTI ABDULLAH 3 NUR AMANI ARISSA BINTI MOHD FADZLY TERBAIK MATA PELAJARAN BAHASA ARAB DARJAH 1 1 NUR SYAFIERAH SYAZWANA BINTI MOHD SHAFIE 2 MUHAMMAD EZARIL DAYYAN BIN AZIZI DARJAH 2 1 NAWRA AS SYIFA BINTI AZRY 2 SHAZA NUR IRDINA BINTI ZAHIM SHAZMIE DARJAH 3 1 NUR FARAH HUSNA BINTI ABDULLAH ZAWAWI 2 NUR NISA QAISARA BINTI RAZALI 3 NUR QAIREEN SOFEA BINTI MUHAMMAD RADZI DARJAH 4 1 SITI MAHFUZAH BINTI MOHD FRIDAUS DARJAH 5 1 NUR IRDINA ZAFIRAH BINTI IDRIS 2 MUHAMMAD SYABIL IRFAN BIN ABD RAZAK DARJAH 6
17 1 MUHAMMAD ASYRAF BIN MUHAMMAD FAIZ 2 NUR HUSNINA ANIS BINTI MOHD SHUHAIMI KETUA PENGAWAS TAHUN 2023 MUHAMMAD KAMAL LUTFI BIN MOHD ROSDI PENOLONG KETUA PENGAWAS TAHUN 2023 NURRIESH AINNUL HAWA BINTI MOHD HELMI PENGAWAS DARJAH 6 TAHUN 2023 1 MUHAMMAD ASYRAF BIN MUHAMMAD FAIZ 2 MUHAMMAD HAZIQ FARIS BIN MOHD ASRY 3 NUR AMANI ARISSA BINTI MOHD FADZLY 4 NUR SYAZA NISRINA BINTI MD SAFEE PUSTAKAWAN DARJAH 6 TAHUN 2023 1 MUHAMMAD HAFIZ BIN JAMALI 2 MUHAMMAD RAFIQ AFANDI BIN MUHAMMAD TAUFIQ PUSTAKAWATI DARJAH 6 TAHUN 20231 1 NUR DAMIYA QALESYA BINTI KAMARUDIN 2 KHALIESAH MAISARAH BINTI PUZIMAN KETUA DARJAH 6 HANAFI TAHUN 2023 1 MUHAMMAD EMRI MUAZAN BIN NOR AZWAN PENOLONG KETUA DARJAH 6 TAHUN 2023 1 NUR ASYIFA UMAIRAH BINTI ABDULLAH
18 CATATAN
19 PENGHARGAAN TUAN HJ. ABDUL SALAM BIN ALI PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM DAERAH MUAR EN. MOHD. SHAHRIL BIN NAHAR PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN SEK. AGAMA PANJANG SARI USTAZAH SITI ZALIHA BINTI KADRI GURU BESAR SEKOLAH AGAMA PANJANG SARI WARGA GURU SAPS SEMUA AHLI BADAN KEBAJIKAN SAPS IBU BAPA “ MUDAH-MUDAHAN SEGALA USAHA DAN SUMBANGAN YANG BAIK DAN IKHLAS MENDAPAT GANJARAN DAN DIBERKATI ALLAH S.W.T. “ MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
20