TARIKH : 27 MEI 2022
HARI : JUMAAT
MASA : 8.45 PAGI
TEMPAT : DEWAN GEMILANG ,
SK MORAK
PERASMI :
ENCIK MOHD SUKI BIN HARUN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TUMPAT
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
Isi Kandungan 2
Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47/ 2022 3
Agenda Dan Aturcara Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke 47 4
AJK Kerja Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke-47 5
Carta Organisasi AJK PIBG 7
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 46 8
Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 46 12
Laporan Aktiviti PIBG 2021 17
Penyata Kewangan 2021 18
Usul 2022 19
Laporan Pencapaian Akademik 2021 20
Laporan Hal Ehwal Murid 2021 25
Laporan Pencapaian Kokurikulum 2021 26
Sekalung Budi 28
NOTIS MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK,
16040 PALEKBANG, TUMPAT, KELANTAN
NO. PENDAFTARAN: PIBG/DBA/6340/(2)
No Tel:011-65733977
_________________________________________________
Ruj kami: SKM100-13/1( 58)
Tarikh : 19 Mei 2022
Kepada,
SEMUA IBU BAPA /PENJAGA
SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK
Tuan,
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 47/2022
Perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Morak akan mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG KALI KE- 47/2022 sebagaimana berikut:
Tarikh: 27 MEI 2022
Hari: Jumaat
Masa: 8.45 pagi – Pendaftaran Ibubapa (dengan cara scan QR code yang
Tempat: disediakan)
Jemputan : 9.15 pagi – Majlis bermula
Dewan Gemilang, SK Morak.
Encik Mohd Suki Bin Harun.
( Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat)
2. Sekiranya tuan puan mempunyai sebarang usul /cadangan untuk dibincangkan semasa mesyuarat tersebut tuan/ puan
bolehlah mengemukakan usul/cadangan (sekiranya ada) dengan mengisi borang google form yang disediakan. Sila klik
link di bawah mulai sekarang sehingga 12.00 tengah hari 24 MEI 2022 (SELASA ).
https://forms.gle/TWsZSTNQCLActxN89
Usul/ cadangan yang diterima selepas masa tersebut dukacita tidak dapat diterima. Pihak jawatankuasa berhak memilih
usul yang sesuai untuk dibincangkan semasa mesyuarat.
3. Kerjasama tuan/ puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
……………………………..
WAN HANAPI BIN WAN YAACOB,
YDP PIBG,
Sekolah Kebangsaan Morak,
16040 Palekbang, Tumpat, Kelantan,
s.k: Fail PIBG
8.45 ATURCARA MAJLIS
9.15 Pendaftaran Ibu bapa/ Penjaga/ Guru/ AJK PIBG
Ketibaan Perasmi Majlis
11.30
- Encik Mohd Suki Bin Harun (Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat)
Nyanyian Lagu Negaraku
Persembahan
Bacaan Doa -Encik Khairul Hakimin Bin Ab Rahman
Ucapan aluan –YDP PIBG
Ucapan Guru Besar
Ucapan Perasmian
Penyampaian Sumbangan Anugerah Kokurikulum
Mesyuarat Agung PIBG dimulakan
Cabutan Bertuah
Majlis Dijangka Bersurai
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
1. Ucapan Pengerusi Sementara
2. Maklumbalas Mesyuarat
3. Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lepas
4. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan oleh SU PIBG
5. Membentang Dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir pada 31.12.2021
6. Membentang Usul Dan Cadangan
7. Pemilihan AJK Sesi 2022/2023
8. Pemilihan 2orang Juruaudit Dalaman
9. Hal-hal Lain
10. Ucapan Penangguhan
Penasihat Buku Program
Pn. Norhayati Binti Midin (Guru Besaar) Puan Roziawani Binti Yusoff@ Yahya
Pengerusi 1 Pn. Shamsiah Binti Arshad
Wan Hanafi Bin Wan Yaacob (YDP PIBG) Encik Dzunaidy Bin Ab Rahman
Pengerusi 2 Puan Rohaidah Binti Ladolo
Puan Rosnah Binti Mohamad (PK HEM) Hiasan Pentas/ Back Drop
Naib Pengerusi Puan Rohaniah Binti Salleh
En. Mohd Azlan Bin Ab Rahman (PKP) Puan Shamsiah Binti Arshad
En. Wan Mohd Aziman Bin Mohd Yusof (PKKO) Puan Nursyakirah Binti Mohamad
Setiausaha Mohd Zaidi Bin Che Hussien
Puan Shamsiah Binti Arshad Dah Pekerja
Naib Setiausaha Zah Pekerja
Puan Wan Maisarah BintiWan Yacob AJK PIBG
Bendahari Dokumentasi/ Tabung Sumbangan
Puan Rohana Binti Mohamad Puan Saidah Binti Haji Ahmad
Protokol dan Sambutan Pengurus Usul/ Air Mineral VIP
Pentadbir Sekolah Puan Wan Maisarah Binti Wan Yacob
YDP Puan Idawati Binti Ismail
NYDP Pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG
AJK PIBG Puan Wan Nor Saiinah Bt Wan Mohamad
Surat Menyurat Puan Suzaini Binti Ghazali
Puan Shamsiah Binti Arshad Pencatat Laporan MAT PIBG
Cenderahati Perasmi & Murid Puan Norkhazini Binti Kamarudin
Puan Rohana Binti Mohamad Pendaftaran Ibu Bapa
Tamplet & Kad Jemputan Digital Puan S. Normeezan Binti Mamat
Puan Rashidah Binti Othman Puan Hajah Hamidah Binti Omar
Bunga Manggar Puan Ayzmah Binti Mat Ali
Puan Siti Rosnah Binti Zakaria
Puan Rahayu Binti Mustafar Persembahan
Banner Puan Azizah Binti Abdul Hamid
PK HEM Puan Rohana Binti Mohd Sallah
Juruacara Cabutan Bertuah
Puan Aniza Binti A.Shukor Puan Nik Fatimah Binti Nik Mustapha
Jurufoto Puan Ruziani Binti Abdullah
Encik Ruzlan Bin Che Husain Puan Muhariati Binti Muhamad
Bacaan Doa Puan Nora Binti Zawawi
En.Khairul Hakimin Bin Ab Rahman Puan Wan Zanariah Binti Wan Mohamed
Puan Che Hanisah Binti Che Mohd Razali
PA System
Encik Eh Chat a/l Khun Phut
Encik Sabri Bin Nawi
Persiapan Dewan/Susun Kerusi dan Meja/ Alas Meja/
Meja Mesyuarat/ Meja Pencatat Minit/ Meja Pen-
daftaran, Meja Cabutan Bertuah/ Meja PA System/
Kerusi VIP/ Meja Tabung Sumbangan
Encik Mohd Azli Bin Nawi
Mohd Faizal Bin Ghazali (AJK PIBG)
En.Khairul Hakimin Bin Ab Rahman
Puan Shukriah Binti Mat Nawi
Cik Mastura Binti Abdul Rahim
Puan Wan Aniza Bt Wan Alias
Pekerja Swasta Lelaki
AJK PIBG
Persegaran VIP
Puan Zainab Binti Jusoh
Puan Zainani Binti Ab Razak
Puan S.Normeezan Binti Mamat
Puan Nor Suhaini Bt Husin
Cik Rohaya Binti Salleh
Dah Pekerja
Persegaran Ibu Bapa
Nik Muhd Suhaimi Bin Nik Ab Rahman
Puan Noor Aini Bt Hamid
Puan Shafazilah Binti Mohamad
Puan Siti Raihan Binti Md Yunus
Puan Norliyana Bt Subri
Persegaran Guru
Puan Hajah Rosmawati Binti Hussain
Puan Hajah Hasnah Bt Ab Wahab
Puan Sagiran Binti Suari
Puan Sukmawati Binti Yusuf
Zah Pekerja
Laporan
Laporan Kewangan – Puan Rohana Binti Mohamad
Laporan Kurikulum – Puan Wan Aniza Binti Wan Alias
Laporan Kokurikulum- Puan S. Normeezan Binti Mamat
Laporan HEM– Puan Syukriah Binti Nawi
CARTA ORGANISASI PIBG 2021/2022
PENASIHAT PIBG
NORHAYATI BINTI MIDIN
YDP PIBG
WAN HANAPI BIN
WAN YAACOB
NYDP PIBG
ZULRUSHDI BIN YAAKOB
TIMBALAN PENGERUSI 1 PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI 2
MOHD AZLAN BIN ROSNAH BT MOHAMAD WAN MOHD AZIMAN BIN
AB RAHMAN (GPKP) MOHD YUSOF (GPK KO)
((GPK HEM)
SETIAUSAHA
SHAMSIAH BT ARSHAD
PENOLONG SETIAUSAHA
WAN MAISARAH BT
WAN YACOB
BENDAHARI
ROHANA BT MOHAMED
AHLI JAWATANKUASA AJK GURU
KHAIRUL HAKIMIN
AJK GURU BIN AB RAHMAN
MOHD ZAIDI BIN HUSEIN
AJK IBU BAPA AJK IBU BAPA AJK GURU
MOHD NAZRE BIN CHE ZAHARI BIN WAN JUSOH BIN
MAT ZAIN CHE HASSAN WAN NOR
AJK IBU BAPA AJK IBU BAPA AJK GURU
LONG ASWADY BIN LONG MOHD FAIZAL BIN NIK SUHAIMI BIN NIK
IDERIS GHAZALI ABDUL RAHMAN
AJK IBU BAPA AJK IBU BAPA AJK GURU
AZAHAR BIN MUHAMMAD MOKHTAR BIN MAMAT SAIDAH BT AHMAD
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 AJK GURU
MOHD AZAN BIN TN.HAJI MAHADI NIK FATIMAH BT NIK
CHE ISMAIL BIN YAAKOB
MUSTAPHA
LAPORAN MESYURAT AGUNG PIBG KALI KE-46/2021
Aturcara Mesyuarat Agung
10.00 Google Meet dibuka
10.30 Pendaftaran kehadiran
Majlis Bermula
12.30 Bacaan Doa
Ucapan Aluan NYDP
Ucapan Guru Besar
Ucapan Merasmikan Mesyuarat oleh:
Tuan Haji Che Husin Bin Che Soh
Timbalan PPD Tumpat , Sektor Pengurusan Sekolah
Mesyuarat Agung dimulakan
Mesyuarat dijangka bersurai
1.0 Ucapan Pengerusi Majlis (Yang Berusaha En. Wan Mohd Aziman Bin Wan Yusof -Penolong Kanan Kokurikulum
SK Morak)
1.1 Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk berkumpul secara atas talian bagi men-
jayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 bagi tahun 2021.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat menyertai mesyuarat secara atas talian pada tahun
ini.
1.3 Mesyuarat PIBG bersama ibu bapa ini adalah pertama kali diadakan secara atas talian memandangkan keadaan
pendemik covid-19 masih lagi belum berakhir.
1.4 Pengerusi majlis menjemput Ustaz Zamzufairi bin Mat Nawi, Guru Pendidikan Islam SK Morak untuk memimpin
bacaan doa.
2.0 Bacaan Doa (Yang Berusaha Ustaz Zamzufairi Bin Mat Nawi)
3.0 Ucapan NYDP PIBG (Yang Berusaha En. Zulrushdi Bin Yaakob)
3.1 Encik Zulrushdi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang dapat meluangkan masa me-
nyertai mesyuarat PIBG pada kali ini. Beliau menzahirkan rasa kesyukuran kerana kehadiran ibu bapa agak mem-
berangsangkan walaupun tidak semeriah seperti secara bersemuka seperti tahun-tahun yang lalu. Beliau juga men-
gucapkan terima kasih atas komitmen padu yang ditunjukkan ibu bapa untuk menyertai mesyuarat hari ini.
3.2 Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk kita semua berbincang dan mencari jalan bagaimana untuk mengatasi
murid yang ketinggalan dalam sesi pembelajaran PdPR secara dalam talian dan juga luar talian supaya mereka juga
turut boleh belajar seperti murid lain walaupun tanpa penggunakan gajet dan internet.
3.3 Beliau juga menyatakan bahawa kita perlu selidik masalah yang dihadapi dalam PdPR melalui pertanyaan kepada
ibu bapa dan murid itu sendiri. Ini merupakan sebagai salah satu langkah supaya semua murid dapat belajar dengan
sempurna.
3.4 Jawatankuasa PIBG dengan bantuan ibu bapa perlu kenalpasti dan menyenaraikan ibu bapa yang tidak mempunyai
talian internet dan smart phone untuk proses PdPR anak-anak.
3.5 Beliau juga mencadangkan supaya pihak sekolah membuat pelbagai pertandingan untuk merangsangkan penglibatan
murid-murid sepanjang tempoh PdPR ini. Pertandingan ini boleh diadakan secara individu atau pun berkumpulan.
3.6 Ibu bapa juga diharapkan dapat memantau dan membantu anak-anak ketika belajar di rumah. Pastikan anak- anak
membuat tugasan yang diberikan oleh guru. Ini adalah untuk mengelakkan anak-anak kita dari ketinggalan dan ter-
cicir dalam pelajaran.
3.7 Pihak PIBG akan terus membantu anak- anak yang keciciran dalam pelajaran.
3.8 Beliau juga mengingatkan supaya ibu bapa sentiasa memerhatikan anak-anak supaya mematuhi SOP yang telah
ditetapkan terutamanya ketika berada di luar rumah.
3.9 Akhir kata, beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir dalam
mesyuarat secara Google Meet ini.
4.0 Ucapan Penasihat PIBG (Yang Berusaha Puan Norhayati Binti Midin, Guru Besar SK Morak)
4.1 Guru Besar mengucapkan alu-aluan dan terima kasih kepada pengerusi majlis, NYDP PIBG, Jemputan Khas
Perasmi, ahli- ahli jawatankuasa PIBG, ibubapa dan penjaga serta guru- guru. Beliau mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Che Husin Bin Che Soh, Timbalan
PPD Tumpat, Sektor Pengurusan Sekolah selaku jemputan kehormat kerana dapat hadir dan meluangkan masa
menghadiri mesyuarat pada pagi ini. Beliau juga menzahirkan kesyukuran atas kehadiran hadirin daripada ka-
langan ibu bapa dan guru yang dapat meluangkan masa menghadiri aktiviti wajib tahunan iaitu Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke-46 tahun ini. Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana ibu
bapa dan penjaga kerana dapat menyertai mesyuarat ini walaupun buat pertama kali diadakan secara Google
Meet seterusnya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ahli PIBG.
4.2 Seperti yang telah diketahui, YDP PIBG SK Morak telah kembali ke rahmatullah, Bagi mengenang jasa baik
yang bukan sedikit yang telah dicurahkan sepanjang beliau menjawat jawatan itu, marilah kita sama-sama sedek-
ahkan surah Al-Fatihah kepada beliau.
4.3 Guru Besar menjelaskan bahawa beliau telah difahamkan SK Morak tidak sempat mengadakan Mesyuarat Agung
PIBG pada tahun 2020 disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan oleh kerajaan
kerana berlakunya Pendemik Covid-19 walaupun semua persediaan telah pun dibuat.
4.4 Tahniah pada hadirin yang dapat menyertai mesyuarat pada kali ini. Beliau berharap agar mesyuarat pagi ini
dapat menghasilkan keputusan dan cadangan yang dapat membantu pihak sekolah dan anak-anak kita sesuai
dengan arus pembelajaran masa kini iaitu secara PdPR.
4.5 Guru Besar berharap agar maklumat yang bakal disampaikan hari ini diamati sebetulnya agar kita mendapat salu-
ran maklumat yang tepat. Pentingnya kehadiran ibu bapa pada hari ini adalah demi kepentingan kejayaan anak-
anak. Di rumah pula, ibu bapa perlu memantau dan mengawasi anak-anak agar tidak tersasar daripada
pengawasan. Justeru, disebabkan rentetan peristiwa di rumah akan memberi kesinambungan kepada pembelajaran
yang berlaku di sekolah.
4.6 Guru Besar menyatakan bahawa semenjak ditugaskan berkhidmat di SKM dari bulan Februari 2021 sehingga
kini, beliau belum lagi berkesempatan bersua muka dengan ibu bapa dan penjaga anak-anak SKM kerana situasi
yang dialami sekarang. Dengan adanya majlis seperti ini, beliau dapat berhubung terus dengan semua ibu bapa/
penjaga. Ibu bapa diminta memastikan anak-anak belajar, tidak ponteng dan mengikuti kelas PdPR setiap hari
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Guru-guru berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak SKM.
Begitu juga halnya dengan pembelajaran dan ulangkaji di rumah untuk pengukuhan ilmu. Ibu bapa disarankan
supaya pantau anak-anak agar mereka mengulangkaji dan membuat tugasan yang diberikan guru.
4.7 Bagi murid yang tidak dapat menyertai kelas secara atas talian atau luar talian, guru- guru telah menyediakan
modul dan soalan-soalan. Diharap penjaga bagi kelas yang terlibat datang mengambil modul tersebut di pondok
Jaga pada hari Jumaat atau Sabtu,atau hari yang diberitahu oleh guru yang berkenaan. Ibu bapa dan penjaga perlu
sentiasa peka kepada sebarang maklumat terkini yang dihantar melalui group whatsapp kelas anak masing-
masing bagi mengelakkan keciciran maklumat penting.
4.8 Guru Besar juga menegaskan bahawa kejayaan seseorang murid sebenarnya tidak terletak sepenuhnya kepada
guru tetapi banyak bergantung kepada ibu bapa lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang. Murid-murid perlu senti-
asa bersedia dengan apa yang diberikan oleh guru. Ibu bapa haruslah mengambil peranan dengan cara memberi
dorongan kepada anak-anak untuk terus menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Melalui latihan tersebutlah
anak anak kita akan menguasai pelajaran yang diajar. Jangan memandang remeh dengan tugasan yang diberi oleh
guru. Jika anak anak kita tidak membuat kerja sekolah yang diberi, anak anak kita akan terus ketinggalan dalam
pelajaran. Jangan jadikan Covid-19 ini sebagai alasan anak-anak kita ketinggalan dalam pelajaran.
4.9 Guru Besar juga berharap ibu bapa dapat memberi galakan kepada anak-anak supaya masuk kelas pada pukul
7.45 pagi sehingga pukul 1.15 tengah hari dari Ahad hingga Selasa Kemudian disambung pula dengan kelas
KAFA sehingga pukul 3.15. Begitu juga dengan hari Rabu, kerana aktiviti kokurikulum akan berakhir jam 3.15
petang. Pada hari Khamis kelas berakhir pada pukul 1.15tengah hari. Beliau berharap agar segala hal dan isu
yang bakal dibincangkan dapat mencapai kesepakatan bersama.
4.10 Bagi murid sekolah rendah,penguasaan baca, tulis, kira dan ta’akul adalah sangat penting. Marilah kita bersama-
sama berganding bahu dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak. Apa yang disemai pada
hari, itulah yang akan kita tuai pada hari esok. Keceriaan sekolah amat penting kerana akan memberikan impak
kepada murid untuk belajar dengan lebih baik.
4.11 Guru Besar menjelaskan Sumbangan PIBG kekal sebagaimana tahun sebelumnya iaitu RM30 untuk lembaran
kerja dan kertas ujian manakala RM20 untuk derma PIBG bagi setiap satu keluarga. Sumbangan tersebut boleh
disalurkan sejurus sekolah diumumkan dibuka secara bersemuka nanti.
4.12 Akhir kata, Guru Besar sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG, guru-guru,dan ibu bapa/
penjaga kerana sudi menyertai mesyuarat atas talian secara Google Meet. Beliau juga mengucapkan terima
kasih kepada pihak AJK PIBG atas kejayaan penganjuran mesyuarat PIBG pada hari ini walaupun beberapa kali
terpaksa ditanguhkan sebelum ini, akibat kekangan wabak pendemik ini. Segala salah silap tutur kata tanpa dise-
dari harap dimaafkan kerana yang baik itu adalah semua dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelema-
han diri sendiri.
5.0 Ucapan Perasmian Mesyuarat( Yang Berusaha Tn Hj Che Husin Bin Che Soh, Timbalan PPD Tumpat, Sektor
Pengurusan Sekolah)
5.1 Tuan Haji Che Husin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang berjaya
hadir ke mesyuarat PIBG pada petang ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang memberikan re-
spons dan sambutan baik kepada majlis anjuran sekolah untuk mencapai visi dan misi PIBG demi kemajuan dan
kemenjadian anak-anak dan murid-murid. Beliau memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan mengucapkan
Alhamdulillah kerana pada pagi Jumaat yang barakah ini kita semua dapat berkumpul di alam maya secara
Google Meet bagi merialisasikan satu Mesyuarat PIBG kali ke-46. Sepatutnya tahun ini adalah Kali Ke-47 tetapi
disebabkan kekangan pendemik Covid -19 mesyuarat terpaksa ditunda ke tahun ini.
5.2 Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada PIBG SK Morak dan juga kepada Tuan Guru Besar kerana
sudi menjemput beliau untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Beliau juga mengambil kesem-
patan selaku wakil PPD Tumpat mengucapkan tahniah kepada PIBG SK Morak yang telah pun berjaya
melaksanakan mesyuarat ini walaupun dalam kekangan dan keadaan yang sukar. Kehadiran dalam Google Meet
setakat ini seramai 116 orang menunjukkan sambutan yang amat baik dan jumlah yang cukup ramai dalam ber-
bicara dalam keadaan berintenet ini.
5.3 Beliau menyatakan bahawa dalam era pendemik ini, kita semua menghadapi masalah dan kesukaran, segala
aktiviti kehidupan kita berubah. Begitu juga dengan aktiviti pembelajaran anak-anak kita yang terpaksa berhada-
pan dengan normal baharu. Belajar menggunakan sistem PdPR. Namun ini bukan merupakan halangan dalam
menghadapi ujian Allah SWT, kita semua berusaha mencari jalan supaya sistem pendidikan kita dan juga ke-
hidupan kita mampu diteruskan.
5.4 Ibu bapa kini telah terbiasa dengan kehidupan normal baharu, kehidupan anak-anak kita belajar menggunakan
telefon, gajet, dan internet. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar dan penolong-penolong kanan dan
semua guru yang bertungkus lumus menyediakan bahan termasuklah modul-modul, soalan-soalan dan latihan-
latihan untuk diberikan kepada anak-anak supaya mereka dapat mengisi masa kerana tidak dapat hadir ke
sekolah untuk belajar seperti biasa. Terima kasih kepada semua kerana sentiasa berusaha memastikan kualiti
pendidikan dan pembelajaran anak-anak SK Morak ini tidak ketinggalan dan sentiasa berjalan seperti yang telah
diarahkan.
5.5 Beliau juga mengambi kesempatan selaku wakil PPD mengucapkan ribuan terima kasih kepada waris Alayar-
ham Encik Aziz Bin Che Mat selaku mantan YDP PIBG musim lalu atas jasa yang telah dicurahkan. Harapan
beliau YDP PIBG selepas ini dapat meneruskan legasi kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh Alayarham.
5.6 Dalam ucapan beliau juga menyatakan bahawa mantapnya sesebuah sekolah adalah lahirnya daripada kejujuran
dan tanggungjawab penuh yang diambil oleh barisan pentadbir bersama barisan guru-gurunya. Tetapi hebatnya
sesebuah sekolah itu adalah gabungan daripada kemantapan guru-guru bersama dengan pengurusan yang baik
barisan pentadbirnya dan disokong penuh oleh PIBG. Untuk kita memastikan sentiasa bergerak seiring dengan
pihak sekolah dalam apa jua perancangan, aktiviti dan tindakan yang baik, yang dirancang dan dijanakan oleh
pihak sekolah untuk anak anak kita, beliau berharap ibu bapa berilah sokongan yang padu dan 100 %.
5.7 SK Morak ini sebenarnya berada di tengah-tengah komuniti yang telah mengamalkan kehidupan yang baik dan
berlatar belakangkan ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan mempunyai kerjaya yang
profesional walaupun berkerja sendiri. Pelbagai kemahiran yang dikenalpasti ada dalam diri ibu bapa dapat di-
sumbangkan kepada pihak sekolah. Mantapnya SK Morak ini sebenarnya dapat dilihat melalui pengurusan
tertinggi masjid Morak terutamanya semasa hari Jumaat dan semasa PKPD yang lalu yang dipimpin oleh Encik
Wan Hanapi banyak membantu pelbagai pengurusan terutamanya bakul-bakul makanan. Ini menggambarkan
bahawa permuafakatan di sekitar SK Morak ini begitu kukuh dan utuh. Begitu juga dengan Sambutan Ke-
merdekaan yang disambut pada tahun lalu yang menunjukkan permuafakatan yang baik dan digabungjalinkan
bersama sehingga dapat melahirkan sambutan yang begitu meriah. Komuniti di SK Morak ini adalah sangat
kompleks, sangat positif dan sentiasa menunjukkan sikap bekerjasama sehinggakan boleh melakukan apa sahaja
secara bermusyawarah. Ini merupakan kelebihan yang ada pada SK Morak untuk membangunkan pembelajaran
anak –anak.
5.8 Dalam ucapan beliau, beliau berharap sikap prihatin dan kecaknaan yang ditunjukkan ibu bapaamat perlu tidak
kiralah dalam bentuk apa jua termasuklah tenaga yang sekolah perlukan dapat diberikan dengan baik. Ini semua
sudah pastilah memberi kelebihan kepada anak-anak SK Morak. Gunalah segala kelebihan ini untuk sama-sama
merancang termasuklah dalam bidang pembelajaran termasuklah dalam bilik darjah atau secara online, dan
perkara-perkara luar yang memberi manafaat kepada pihak sekolah dan anak-anak. Beliau menyeru kepada ibu
bapa agar sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah, kepada guru besar dan guru-
guru.
5.9 Pada situasi kini, ibu bapa merasakan cabaran terbesar dalam menghadapi anak-anak yang belajar secara
online,gajet dan telefon bimbit serta kemudahan internet yang sentiasa terganggu. Begitu juga dengan guru yang
menghadapi masalah yang sama dalam menyediakan bahan untuk anak-anak disebabkan keadaan yang sama.
Rasa lebih sukar, tertekan dan sebagainya, namun demi pembelajaran anak-anak guru-guru terpaksa menghadapi
semua ini dengan sabar. Oleh itu, ibu bapa diharap dapat mengawal penggunaan gajet anak-anak agar
penggunaannya tidak keterlaluan sehingga menyebabkan masa dan aktiviti terbuang sia-sia. Bak kata pepatah
biarlah sama sama susah dan sama sama senang. Semasa susah ini diharap ibu bapa berilah apa apa bantuan dan
kerjasama sepenuhnya. Penuhi aktiviti anak-anak dengan sesuatu yang bermanafaat melalui kemudahan gajet
yang sedia ada. Harapan ibu bapa dan guru-guru agar anak- anak SK Morak ini bukar sekadar berjaya dalam
bidang akademik, tetapi juga berjaya dalam bidang sahsiah.
5.10 Kepada anak- anak yang menghadapi masalah internet, pihak sekolah akan menyediakan modul-modul yang
diletakkan di pondok jaga.Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Besar tadi. Sebagai ibu bapa kita
perlulah meluangkan masa untuk mengambil modul tersebut untuk anak-anak. Selebihnya ibu bapa perlulah
pantau anak-anak sama ada modul tersebut dibuat atau sebaliknya. Kepada ibu bapa yang berpeluang berada
dirumah bersama anak-anak semasa proses pembelajaran berlaku, pantaulah anak-anak dan berilah semangat,
sokongan dan dorongan kepada mereka supaya meneruskan apa jua aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.
5.11 Akhir kata, Yang Berusaha Tuan Haji Che Husin berharap kepada semua ibu bapa yang menghadapi sebarang
masalah datanglah berjumpa dan berbincang dengan pihak sekolah untuk mencari solusion yang terbaik demi
melahirkan anak-anak yang cemerlang termasuklah dalam bidang akademik, disiplin dan sahsiah diri. Jangan
jadikan masalah ini sebagai batu penghalang untuk anak-anak kita berjaya.
5.12 Dalam kesempatan ini juga, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada NYDP PIBG, Guru Besar, Barisan
AJK PIBG, guru-guru seterusnya ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir dalam mesyuarat atas talian
secara Google Meet pada pagi ini.
Mesyuarat Agung PIBG SK Morak Kali Ke-46 dirasmikan pada pukul 11.35 pagi.
MINIT MESYURAT AGUNG PIBG KALI KE-46/ 2021
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK KALI KE -46/2021.
_______________________________________________________________________________________
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK
16040 PALEKBANG, TUMPAT, KELANTAN
NO. PENDAFTARAN: PIBG/DBA/6340/(2)
Mesyuarat ini telah dilangsungkan sepertimana berikut:
Tarikh: 3 SEPTEMBER 2021
Hari: Jumaat
Masa: 10.00 pagi – Pendaftaran Ibu bapa melalui google form yang diberi/
Line Google Meet dibuka
10.30 pagi – Perasmian dan Mesyuarat Agung PIBG
Tempat: Lokasi masing-masing
Aplikasi: Google Meet ( Gunakan link di bawah semasa mesyuarat)
https://meet.google.com/pvr-gfus-uax
(masuk melalui akaun Delima/akaun moe anak -anak tuan/puan)
Jemputan : Tuan Haji Che Husin Bin Che soh
( Timbalan PPD Tumpat, Sektor Pengurusan Sekolah)
AGENDA:
1.0 Perutusan Pengerusi Sementara
2.0 Maklum Balas Mesyuarat
3.0 Membentang Laporan Tahunan oleh SU PIBG
4.0 Membentang Penyata Kewangan oleh Bendahari PIBG
5.0 Membentang Usul Dan Cadangan
6.0 Pemilihan YDP ,NYDP dan Dua Orang Juruaudit Dalaman
7.0 Hal-hal Lain
8.0 Ucapan Penangguhan
KEHADIRAN DALAM TALIAN:
165 Orang (Rujuk lampiran)
1.0 Perutusan Pengerusi Sementara – Yang Berusaha Encik Wan Mohd Aziman Bin Wan Yusuf
(Penolong Kanan Kokurikulum SK Morak)
1.1 Pengerusi sementara mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih lagi tidak berganjak dari
talian masing-masing dan meluangkan masa untuk terus menyertai Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-46 ini.
1.2 Majlis dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah.
1.3 Selamat Datang diucapkan. Diharap semua yang hadir pada hari ini dapat memberikan respon, mem-
berikan idea dan pandangan, berkongsi apa jua untuk kebaikan bersama demi untuk kecemerlangan
anak-anak kita di SK Morak.
2.0 Maklum Balas Mesyuarat Lepas
2.1 Setiausaha menyebut maklum balas bagi mesyuarat lepas seperti yang dinyatakan dalam lampiran.
3.0 Membentang Laporan Tahunan ( Setiausaha PIBG -Pn Shamsiah Bt Arshad )
3.1 Setiausaha membentangkan Laporan Tahunan Aktiviti Tahunan Pada Tahun 2019 dan Tahun 2020
melalui slaid yang dikongsikan dalam Google Meet kepada semua hadiran.
4.0 Membentang Kedudukan Kewangan 01.01.2018 sehingga 31.12.2018 ( Bendahari PIBG- Pn. Rohana
Bt Muhamad)
4.1 Pn. Rohana Bt Mohamad selaku bendahari PIBG SK Morak, membentangkan kedudukan kewangan
berakhir 31 Disember 2019 dan 2020 sebagaimana lampiran yang telah dikongsikan dalam slaid
untuk diterima dan disahkan.
4.2 Laporan kewangan disahkan oleh Pn. Saidah Bt Ahmad dan disokong oleh En. Nik Mohd Suhaimi
Bin Nik Abdul Rahman.
5.0 Pembentangan Usul dan Cadangan
NAMA PEMBAWA USUL : EN AZAHAR BIN MUHAMMAD
NAMA ANAK : AAINA QISTINA BT AZAHAR (5B)
Beliau mencadangkan guru matapelajaran kelas anak-anak membuat sendiri video utk mengajar
anak-anak. Kalau guna youtube tidak mempunyai masalah, boleh juga, tetapi anak-anak akan rasa
lebih dekat dan faham kalau guru mereka sendiri yang terangkan.
Jawapan usul:
Dijawab oleh Tuan Guru Besar SK Morak iaitu Puan Norhayati Binti Midin:
Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Azahar .Cadangan yang dikemukan
oleh Encik Azahar adalah cadangan yang baik dan kami pihak sekolah akan merangka penggunaan
video daripada guru-guru dan sudah ada sesetengah guru kita yang telah pun membuat sendiri video
pengajaran tersebut atas talian secara PdPR.Dari itu guru-guru dan juga pihak sekolah akan mem-
perbanyakkan lagi tentang pembelajaran menggunakan video yang dibangunkan oleh guru-guru
sendiri. Guru-guru perlu bersiap sedia untuk merangka dan menghasilkan video tersebut. Ada se-
setengah guru telah pun pakar dan boleh membangunkan sendiri video pengajaran tersebut. Insya
Allah usul ini akan diketengahkan. Guru Besar sendiri akan mengambil peranan bersama para pen-
tadbir dan bekerjasama dalam penghasilan video tersebut mengikut topik-topik yang akan diajar
oleh guru berkenaan. Sebenarnya ini adalah termasuk dalam perancangan Guru Besar yang ingin
menyediakan satu bilik khas (studio) melalui penambahbaikan terhadap bilik-bilik yang sedia ada
untuk dijadikan studio sebagai tempat guru-guru membuat rakaman. Ini adalah lebih sesuai berband-
ing membuat rakaman di kediaman masing-masing atau tempat lain. Usul ini akan diterima dan dit-
ambahbaik oleh pihak sekolah.
En Wan Mohd Aziman Bin Mohd Yusuf menambah baik jawapan usul yang dikemukan oleh Tuan
Guru besar. En Wan Aziman menyatakan bahawa sememangnya pihak sekolah telah pun ada cara
menambahbaik pengajaran PdPR. Walaupun ramai guru-guru yang menggunakan youtube dalam sesi
pengajaran, namun video yang dipilih guru-guru daripada youtube merupakan video yang terbaik,
dan yang paling sesuai sebelum dibentangkan kepada murid-murid dalam online. Guru-guru
sebenarnya telah pun menyediakan bahan pengajaran secara menyeluruh dan sedaya mungkin walau-
pun terdapat pelbagai kekangan. Pelbagai kaedah yang telah digunakan oleh guru sama ada dengan
cara berkongsi maklumat melalui youtube, google meet, ada yang menggunakan buku teks, dan ada
yang menggunakan modul. Pilihan ini diambil oleh guru-guru adalah disebabkan kekangan yang ber-
beza-beza antara murid-murid dan ibu bapa sendiri. Jadi guru-guru perlu dan telah memikirkan
kaedah dan cara yang terbaik supaya isi sesuatu pelajaran dapat disampaikan kepada murid dan murid
itu sendiri dapat menerima isi pelajaran dengan lebih berkesan. Di harap ibu bapa dapat menerima
pandangan dan jawapan yang diberikan oleh pihak sekolah. Harapan beliau juga semoga semua dapat
memberi peranan dalam menjayakan usul tersebut.
Cadangan/usul 2
Cadangan daripada Puan Suzaini ibu kepada Mohd Darwish Rayyan dari kelas 4C.
Cadangan: Guru membuat pengajaran secara online bagi murid-murid yang boleh mengikuti pengaja-
ran secara Google Meet walaupun penyertaan murid adalah tidak ramai dan tidak menyeluruh. Hanya
membuat pengajaran secara online kepada murid yang dapat masuk sahaja. Beliau berpendapat
mungkin murid akan lebih faham jika guru sendiri yang mengajar.
Jawapan cadangan daripada Tuan Guru Besar:
Guru Besar menyatakan bahawa sebenarnya sudah ada guru-guru yang telah membuat Google Meet
dengan pelajar. Kebanyakan guru yang membuat Google Meet adalah dari kelas-kelas yang kehadap
an disebabkan penyertaan murid lebih ramai. Kekangan kepada guru-guru yang mengajar kelas
belakang adalah mungkin disebabkan murid tidak bersedia untuk menyertai Google Meet disebabkan
faktor masa dan kekangan ibu bapa sendiri. Usul ini akan diketengahkan kepada guru-guru dan jika
penyertaan murid seramai 5 orang pun guru-guru sudah boleh membuat Google Meet. Tetapi malang
kepada murid yang tidak dapat menyertai Google Meet tersebut kerana tidak dapat mendengar secara
langsung pengajaran daripada guru. Tetapi pihak sekolah akan menyediakan modul kepada murid
tersebut untuk membuat soalan-soalan yang telah dibincangkan semasa sesi Google Meet berlang
sung. Setakat ini penyertaan murid secara Google Meet adalah tidak menyeluruh dan hanya terdapat
3 atau 4 orang sahaja yang menyertai. Situasi ini sangat-sangat merugikan kepada murid lain yang
tidak dapat menyertai google meet tersebut. Lebih-lebih lagi kepada murid yang menggunakan
peranti ibu bapa atau berkongsi perenti dengan adik-beradik yang lain. Mereka terpaksa membuat
tugasan yang diberikan guru sebaik sahaja ibu bapa mereka pulang dari kerja. Tetapi jika guru
menghantar pengajaran melalui youtube atau modul, segala maklumat pengajaran akan diterima
murid secara sama rata. Tidak ada yang akan ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran. Video dari
youtube juga boleh ditonton berulang kali oleh murid jika mereka tidak faham kalau melihat sekali
sahaja. Melalui cara ini juga masalah berebut perenti dengan adik beradik juga tidak akan timbul jika
mereka berkongsi perenti. Diharap ibu bapa dapat memberikan kerjasama dan memahami keadaan-
keadaan yang tertentu.
Usul/cadangan 3:
Dari Puan Kamisah:
Ibu kepada 4 orang anak. 3 daripada anaknya merupakan pelajar SK Morak. Anak-anak beliau kini
berkongsi satu handphone untuk kelas PdPR. Jadi beliau meminta maaf dan menjelaskan bahawa
anak-anak beliau tidak akan dapat menyertai Google Meet yang diadakan oleh guru tersebut. Me-
mang tak mampu jika ketiga -tiga anak beliau ingin mengikuti google meet dalam masa serentak.
Kelonggaran dipohon dari pihak sekolah untuk ibu bapa yang mempunyai kekangan seperti ini.
Jawapan Daripada Pengerusi Sementara
Pihak sekolah akan mengambil langkah menyediakan pelbagai kaedah pengajaran dalam menangani
kekangan yang dihadapi seperti ini. Kaedah tersebut telah pun dinyatakan oleh Tuan Guru Besar da-
lam menjawab usul 2 tadi.
6.0 Pemilihan YDP ,NYDP dan Juruaudit Dalaman bagi Sesi 2021/2023
6.1 Untuk sementara, AJK lama telah dibubarkan. Oleh itu pemilihan YDP dan NYDP yang baru boleh
dikemukakan oleh ibu bapa.
Jawatan YDP: En Wan Hanapi Bin Wan Yaacob
Pencadang : Encik Nik Suhaimi Bin Nik Abdul Rahman
Sokongan: Sebulat Suara
6.2 Jawatan NYDP: En Zulrushdi Bin Yaakub
Pencadang: En Wan Hanapi Bin Wan Yaakub
Sokongan : Puan Nik Fatimah Binti Nik Mustapha
6.3 Bagi Jawatan AJK Ibu bapa, Encik Nik Mohd Suhaimi Bin Nik Abdul Rahman mencadangkan supa-
ya pilihan dibuat oleh YDP dan Barisan Pentadbir. AJK dari guru dipilih oleh pihak sekolah sendiri
manakala Juru audit akan dipilih oleh YDP dan Penasihat PIBG. Cadangan disokong sebulat suara.
7.0 Hal-hal Lain
7.1 Guru Besar menjelaskan Sumbangan PIBG kekal sebagaimana tahun sebelumnya iaitu RM30 untuk
lembaran kerja dan kertas ujian manakala RM20 untuk derma PIBG bagi setiap satu keluarga. Sum-
bangan tersebut boleh dijelaskan apabila sesi bersemuka nanti. Persetujuan daripada ibu bapa diper-
lukan dalam sesi mesyuarat ini sekarang juga.
Cadangan : Auni Syahidah Binti Sulbari
Sokongan : Azizah Binti Muda dan disokong sebulat suara ahli PIBG yang menghadiri mesyuarat
7.2 Puan Saidah Binti Ahmad selaku Setiausaha Peperiksaan SK Morak menjelaskan bahawa PIBG be-
lum lagi menjelaskan wang sumbangan kecemerlangan bagi murid-murid yang berjaya dalam UPSR
bagi Tahun 2019. Dimaklumkan bahawa wakil PIBG akan menyampaikan wang sumbangan tersebut
kepada murid-murid yang berkenaan. Seramai 8 orang murid yang terlibat. Wang ini telah di-
sumbangkan oleh Encik Mohd Arifin.
7.3 Pn. Rosnah Binti Muhamad selaku PK HEM SK Morak meminta ibu bapa melaporkan segera kepada
guru kelas sekiranya anak mereka terlibat dengan kuarantin akibat mengalami positif Covid-19 atau
kontak rapat dengan pesakit Covid-19. Ini kerana pihak sekolah perlu membuat laporan serta merta
kepada pihak yang berwajib.
7.4 Pn.Rosnah juga menjelaskan Vaksinasi untuk murid tahun 6 telah pun dibentangkan pada pertenga-
han bulan Ogos lalu oleh KKM. Data perlu diisi oleh semua pelajar tahun 6 dan perlu memilih ru-
angan setuju untuk divaksinasi. Ini disebabkan terdapat ibu bapa yang memilih ruangan tidak ber-
setuju. Puan Rosnah menyatakan bahawa semua pelajar tahun 6 perlu divaksinasi supaya tidak men-
imbulkan kesulitan kepada pihak sekolah. Jadi kepada ibu bapa yang memilih tidak bersetuju, perlu
mengemaskinikan maklumat tersebut semula dengan memilih ruangan setuju divaksinasi demi
kepentingan anak-anak tuan puan sendiri. Sama dengan semua guru juga, semua guru perlu divaksi-
nasi.
7.5 Penyampaian Anugerah Terbaik untuk murid-murid. Sijil akan diberikan kepada murid berkenaan me-
lalui whatsapp kelas anak masing-masing. Pada hari ini akan diumumkan nama sahaja.
7.6 Terdapat tiga kategori yang akan diberi anugerah iaitu:
Unit Kurikulum:
Kategori PdPR Terbaik- 27 pelajar telah mendapat anugerah.
Unit Hem: Pengawas Sekolah
Unit Kokurikulum: 1) Anugerah terbaik PdPR Kokurikulum-21 pelajar
11) Anugerah Penyertaan Terbaik Kokurikulum Secara Online—5 pelajar
8.0 Ucapan Penangguhan
8.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Encik Wan Hanapi atas pelantikan sebagai YDP baharu. Di-
harapkan semua pihak dapat memberi komitmen dengan baik dan bekerjasama dalam membangunkan
SK Morak. Tahniah kepada AJK PIBG kerana dapat mengendalikan mesyuarat Agung Kali Ke-46 ini
dibawah naungan Tuan Guru Besar. Pengerusi Sementara memohon maaf atas kekurangan dan kesi-
lapan sepanjang mengendalikan mesyuarat ini.
8.2 Mesyuarat berakhir pada pukul 12.55 tengah hari.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
................................... ..............................................
SHAMSIAH BT ARSHAD WAN HANAPI BIN WAN YAACOB
Setiausaha PIBG, YDP PIBG,
Sekolah Kebangsaan Morak. Sekolah Kebangsaan Morak.
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2021
4 Februari 2021 - Persaraan mantan Guru Besar SK Morak –Encik Saidi Bin Sulaiman
4 Mac 2021 - Gotong royong membuat teduhan di pondok pengawal keselamatan.
3 Mac 2021 - Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ,seramai 429 0rang penerima
bernilai RM 42,900.00.
4 Mac 2021 - Program ceria ke sekolah,sumbangan Kerajaan Negeri,Beg dan Pakaian
4 April 2021 Sekolah,seramai 30 orang penerima.
- Gotong royong membaiki pagar Pintu A, laluan murid Tahap 2.
4 April 2021 - Pembukaan Bilik Gerakan Pendemik Covid 19 yang menumpang di Bilik
J-Qaf blok C,sekarang telah berpindah ke Bilik Isolasi Bangunan A.
13 April 2021 - Gotong-royong Membina Awning untuk murid berteduh hasil derma
ibubapa,guru dan Penderma luar Kos Pembinaan RM 11,364.00 siap
sepenuhnya
10 Mei 2021 - Agihan Zakat kepada murid Asnaf seramai 90 orang penerima.
12 Julai 2021 - Agihan KWAPM seramai 429 orang murid layak,bernilai RM 42,900.00.
9 Ogos 2021 - Berjaya membuka Akaun untuk kedai Sekolah,telah ada buku cek untuk
Urusan pembelian barang-barang jualan.
4 Mac 2021 - Mesyuarat AJK PIBG Bil1/2021
26 Mei 2021 - Mesyuarat AJK PIBG Bil 2/2021
4 Disember 2021 - Mesyuarat AJK PIBG Bil 3/2021
PENYATA PIBG BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER
BIL WANG MASUK JUMLA BI JUMLAH
1 Baki di bank H L WANG KELUAR
2 Baki di tangan
3 Sumbangan Syarikat Kebersihan RM Sumbangan Persaraan Mantan Guru RM
4 Sumbangan En. Long Aswadi 5915.82 1 Besar (En. Saidi bin Sulaiman) 250.00
RM
102.00 Sumbangan untuk membuat teduhan di RM
RM 2 pondok pengawal keselamatan 500.00
300.00
RM Perbelanjaan mesyuarat AJK untuk perse- RM
200.00 3 diaan pembukaan sekolah. 50 .00
4 Baiki pagar ke2, laluan murid Tahap 2 RM
490.00
5 Sumbangan En. Faizal RM Cenderahati pertukaran PK HEM Wan RM
Sumbangan PKHEM Pn. Rosnah 50.00 Ramlah, Ustazah Nurul Huda, Ustaz 440.00
RM Rosdi, Cikgu Nur Azzah, Persaraan RM
6 Mohamad 100.00 5 En.Zulkifli 269.00
RM
6 Perbelanjaan mengurus MAT 46 520.00
RM
7 Sumbangan Kecemerlangan UPSR 2019 700.00
Sumbangan Kecemerlangan KoKuriku-
8 lum
Sumbangan kepada pengawal kesela- RM
9 matan bulan Januari-November 1100.00
JUMLAH RM JUMLAH PERBELANJAAN RM
6667.82 BAKI DI BANK 4319.00
BAKI DI TANGAN RM
2238.82
JUMLAH RM
110.00
RM
6667.82
Disediakan oleh: Disemak
oleh:
(ROHANA BINTI MOHAMED) (MOHD AZAN BIN (MAHADI BIN YA’AKOB)
Bendahari PIBG CHE ISMAIL) Pemeriksa kira-kira 2
Pemerik-
sa kira-
kira 1
PENYATAAN USUL DAN CADANGAN MAT PIBG 2022
NAMA IBU NAMA ANAK KELAS USUL
BAPA
SITI NOR FAD- NUR ANEESA 4 CEMER- 1) Kalau boleh sediakan sabun dlm tandas
HILAH BT BA- SAFIYA BT MU- LANG
KAR HAMMAD
HASNIDA AH- HARIZ ARFAN 5 BESTARI 2) Waktu pulang fardhu ain anak jam 4.45 sedangkan kami ibu
MED MUSLIM bapa bekerja balik kerja jam 5petang.anak perlu tggu kat sekolah
hampir 45minit sblum kami ambil.harap waktu pulang fardhuain
dpt dinilai semula.
SITI NOR FAD- NUR ADLIN ZA- 2 CEMER- 3)Tolong sediakan sabun dalam tandas.
HILAH BT BA- HIRA BT MU- LANG
KAR HAMMAD
SITI NURHAR- AIN FARHANA 6 CEMER- 4) Saya sarankan supaya diadakan acara pengumpulan baju sekolah
YANI KHAINI MOHD KHALID LANG atau kasut sekolah (keperluan sekolah)yg masih elok. Dari dibu-
ang,baik kita sarankan ibubapa yang ada barang2 sekolah yg masih
elok dibawa ke sekolah n susun di suatu tempat.Secara tidak lang-
sung boleh membantu golongan yang memerlukan keperluan
sekolah datang berjumpa dengan cikgu yg menyelia bahagian ba-
rang2 keperluan yg didermakan tadi.Baju sukan ke baju ko atau
kasut sukan pum termasuk dalam list barang untuk di-
dermakan.Pihak sekolah juga boleh juga setiap kali sebelum tiba
musim perayaan, boleh sarankan ibubapa yg ada baju raya yg
masih elok utk didermakan.Boleh minta ibu bapa yg ada kelapan-
gan utk susun atur baju2 tu,bila dah siap war2kan dlm group
sekolah utk sesiapa yg memerlukan pakaian raya boleh datang ke
sekolah utk memilih.sekian usulsaya
MOHD ROSDEE MUHAMMAD BIN 1 BESTARI 4) Mohon dibenarkan pelajar pulang dahulu sebelum memulakan
BIN ISA MOHD ROSDEE kelas Kafa untuk refreshment
SAHARIZAN BIN MUHAMMAD 1 BESTARI 5) Cara mengajar yang lebih efektif
SALLEH RAYYAN ZIKRIE
BIN SAHARIZAN
CHE NORHAZ- WAN MUHAMAD 1 DINAMIK 6 )Sedikit pandangan dan pendapat..minta pihak atasan blh pertim-
RATUL BINTI AIRIEL RIFQIE bangkan masa fardu ain utk murid tahun 1.Kalau blh blik selaras
CHE HAIZI ahad-selasa,,serta pendekkan masa fardu ain utk murid tahun
1..terima kasih cg.
MOHD FAIZ BIN DHIA 2 BESTARI 7) Minta pendekan sikit masa kelas kafa jika boleh… anak2 jd ter-
YAHAYA lalu penat utk membaca dan menulis waktu malam… terima kasih
LAPORAN
UNIT KURIKULUM
2021
LAPORAN UNIT KURIKULUM 2021
ANALISIS PBD BAHASA MELAYU AKHIR TAHUN 2021
JUM TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
5 0
1B 22 0 0 89 8 14
17 4
1C 25 0 0 03 0 0
30 18
1D 22 0 0 01
0
1I 18 0 13 5 0 0
3
TAHUN 1 87 0 13 13 13 0
3
2B 23 0 0 7 12 4
1
2C 23 0 0 1 14 8 9
2
2D 23 0 0 0 0 20 0
12
2I 21 0 12 6 3 0
0
TAHUN 2 90 0 12 14 29 32 0
0
3B 20 0 0 0 7 12 0
0
3C 22 0 0 24 7
0
3D 20 0 0 0 0 18 3
0
3I 19 0 10 9 0 0 0
3
TAHUN 3 81 0 10 11 11 37
0
4B 24 0 0 8 13 3 7
4C 25 0 0 0 0 25 0
4D 25 0 0 6 19 0 0
4I 17 0 8 54 0 7
TAHUN 4 91 0 8 19 36 28
5B 24 0 0 0 5 19
5C 25 0 0 0 0 22
5D 26 0 0 7 16 3
5I 24 0 9 15 0 0
TAHUN 5 99 0 9 22 21 44
6B 23 0 0 0 6 17
6C 27 0 0 1 5 14
6D 21 0 0 0 9 12
6I 22 0 0 17 5 0
TAHUN 6 93 0 0 18 25 43
ANALISIS PBD BAHASA INGGERIS AKHIR TAHUN 2021
JUM TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
2 0
1B 22 0 0 9 11 22 3
0 0
1C 25 0 0 00 0 0
24 3
1D 22 0 0 0 22
2 0
1I 18 0 16 2 0 0 0
0 0
TAHUN 1 87 0 16 11 33 0 0
2 0
2B 23 0 0 0 21
3 0
2C 23 0 0 0 23 5 0
0 0
2D 23 0 0 18 5 0 0
8 0
2I 21 0 20 1 0
2 0
TAHUN 2 90 0 20 19 49 14 0
0 0
3B 20 0 0 0 17 0 0
3C 22 0 1 1 15 16 0
3D 20 0 0 20 0
3I 19 0 8 11 0 0 0
TAHUN 3 81 0 9 32 32 15 5
0 0
4B 24 0 0 1 21 0 0
4C 25 0 0 0 11 15 5
4D 25 0 0 25 0
4I 17 0 8 72 1 0
TAHUN 4 91 0 8 33 34 25 0
0 0
5B 24 0 0 5 19 0 0
5C 25 0 0 05 26 0
5D 26 0 0 22 4
5I 24 0 9 15 0
TAHUN 5 99 0 9 42 28
6B 23 0 0 9 13
6C 27 0 0 11
6D 21 0 0 3 18
6I 22 0 0 17 5
TAHUN 6 93 0 0 30 37
ANALISIS PBD MATEMATIK AKHIR TAHUN 2021
JUM TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
0
1B 22 0 0 0 22 0 0
0
1C 25 0 0 0 15 10 0
0
1D 22 0 3 14 5 0
0
1I 18 0 8 8 2 0 0
0
TAHUN 1 87 0 11 22 44 10 0
0
2B 23 0 0 18 5 0
2C 23 0 0
2D 23 0 0 12 11 0 0
2I 21 0 0
TAHUN 2 90 0 0 20 3 0 0
0
5 16 0 0
0
5 66 19 0 0
0
3B 20 0 0 1 13 6 0
3C 22 0 0
3D 20 0 0 4 3 15
3I 19 0 0
TAHUN 3 81 0 0 20 0 0 0
0
5 14 0 0 0
0
5 39 16 21
0
4B 24 0 0 0 20 4 4
0
4C 25 0 0 5 18 2 0
4
4D 25 0 0 10 14 1
4I 17 0 12 5 0 0
TAHUN 4 91 0 12 20 52 7
5B 24 0 0 14 7 3
5C 25 0
5D 26 0 0 8 14 3
5I 24 0
TAHUN 5 99 0 0 5 20 1
6 17 1 0
6 44 42 7
6B 23 0 0 0 22 1
6C 27 0
6D 21 0 0 1 4 18
6I 22 0
TAHUN 6 93 0 0 1 15 5
0 18 4 0
0 20 45 24
ANALISIS PBD SAINS AKHIR TAHUN 2021
JUM TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
1B 22 0 0 0 22 0 0
1C 25 0 00 0 25 0
1D 22 0 00 6 16 0
1I 18 0 0 18 0 0 0
TAHUN 1 87 0 0 18 28 41 0
2B 23 0 0 0 23 0 0
2C 23 0 00 0 23 0
2D 23 0 00 0 23 0
2I 21 0 0 21 0 0 0
TAHUN 2 90 0 0 21 23 46 0
3B 20 0 00 0 20 0
3C 22 0 0
3D 20 0 0 0 12 10 0
3I 19 0 0
TAHUN 3 81 0 0 0 18 2 0
03 5 11
0 3 35 43
4B 24 0 0 11 10 3 0
4C 25 0 0 0 20 5 0
4D 25 0 0 4 21 0 0
4I 17 0 0 12 5 0 0
TAHUN 4 91 0 0 27 56 8 0
5B 24 0 0 0 22 2 0
5C 25 0 00 3 17 5
5D 26 0 0 21 5 0 0
5I 24 0 0 23 1 0 0
TAHUN 5 99 0 0 44 31 19 5
6B 23 0 0 0 17 6 0
6C 27 0 3
6D 21 0 00 7 17 0
6I 22 0 0
TAHUN 6 93 0 0 0 19 2 3
0 8 14 0
0 8 57 25
ANALISIS PBD PENDIDIKAN ISLAM AKHIR TAHUN 2021
JUM TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
1B 22 0 0 0 12 10 0
1C 25 0 0 0 0 25 0
1D 22 0 0 19 3 0 0
1I 18 0 0 16 2 0 0
TAHUN 1 87 0 0 35 17 35 0
2B 23 0 0 11 12 0 0
2C 23 0
2D 23 0 0 . 12 11 0
2I 21 0
TAHUN 2 90 0 0 20 3 0 0
0 16 5 0 0
0 47 32 11 0
3B 20 0 0 0 14 6 0
3C 22 0 0 2 11 9 0
3D 20 0 0 20 0 0 0
3I 19 0 0 12 7 0 0
TAHUN 3 81 0 0 34 32 15 0
4B 24 0 0 0 12 12 0
4C 25 0 0 0 7 18 0
4D 25 0 0 7 12 6 0
4I 17 0 0 13 4 0 0
TAHUN 4 91 0 0 20 35 36 0
5B 24 0 0 6 15 3 0
5C 25 0
5D 26 0 0 0 0 14 11
5I 24 0
TAHUN 5 99 0 0 11 14 1 0
0 0 24 0 0
0 17 53 18 11
6B 23 0 0 0 8 15 0
6C 27 0 0 0 16 11 0
6D 21 0 0 3 10 8 0
6I 22 0 0 0 22 0 0
TAHUN 6 93 0 0 3 56 34 0
LAPORAN
UNIT HAL EHWAL MURID
( HEM )
2021
LAPORAN UNIT HEM 2021
3 Mac 2021 - Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ,seramai 429 0rang penerima
bernilai RM 42,900.00.
4 Mac 2021 - Program ceria ke sekolah,sumbangan Kerajaan Negeri,Beg dan Pakaian
Sekolah,seramai 30 orang penerima.
4 April 2021 - Pembukaan Bilik Gerakan Pendemik Covid 19 yang menumpang di Bilik
J-Qah blok C,sekarang telah berpindah ke Bilik Isolasi Bangunan A.
10 Mei 2021 - Agihan Zakat kepada murid Asnaf seramai 90 orang penerima
Bulan Jun - Membina Awning untuk murid berteduh hasil derma ibubapa,guru dan
Penderma luar Kos Pembinaan RM 11,364.00.
12 Julai 2021 - Agihan KWAPM seramai 429 orang murid layak,bernilai RM 42,900.00.
9 Ogos 2021 - Berjaya membuka Akaun untuk kedai Sekolah,telah ada buku cek untuk
Urusan pembelian barang-barang jualan.
LAPORAN
UNIT KO KURIKULUM
2021
LAPORAN UNIT KOKURIKULUM 2021
BI KE- PEN-
PERING- CAPAIA
L NAMA LAS UNIT KO NAMA PERTANDINGAN KAT N
Permainan Uji Minda Sekolah Penyertaan
1 Nur Faqihah Izzati Binti Ram- 4C Permainan Uji Minda Sekolah Penyertaan
li Sekolah Penyertaan
Permainan Pertandigan Uji Pengetahuan
Kelab Kuiz Kesef (Setem Dan Filateli) Negeri Penyertaan
Nurul Izzah Afifah Binti Pertandingan Pandai Jawi Peringkat
2 Mazlan 4C Kelab Sekolah Rendah Negeri Penyertaan
3 Aaina Qistina Binti Azaha Badan Sekolah Penyertaan
Nik Muhammad Faris Bin 5B Uniform Pengucapan Awam
4 Mohd Radzi 5C Kelab Pertandingan Pandai Jawi Negeri Penyertaan
Nur Liyana Damia Binti Ab-
5C Persatuan Bicara Buku Negeri Penyertaan
5 dul Razak Program Teachers Day Virtual Run
6 Nur Maisara Emmelin Binti 5C Permainan 2021 Sekolah Penyertaan
Ghazali Ujian Pencarian Bakat Ukm 1 Per- Kebang- Penyertaan
Penyertaan
7 Rifa'ie Aiyadh Bin Rushdan Kelab mata Pintar saan Penyertaan
Kebang- Penyertaan
Permainan Ujian Pencarian Bakat Ukm 1 Penyertaan
saan Penyertaan
Permainan Modul Celik Kewangan Bsn Kebang-
5C
saan
Permainan Teachers Day Virtual Run Kebang-
Permainan Ujian Pencarian Bakat Ukm 1 saan
Kebang-
Permainan Kejohanan Catur Online Aidilfitri
saan
Kebang-
saan
8 Syafi Idayu Bt Sha'ari 5C Persatuan Permata Pintar Negeri Penyertaan
Muhammad Sufi Danish Bin Program Teachers Day Virtual Run Negeri Penyertaan
Sekolah Penyertaan
9 Mohd Sepian 5D Permainan 2021 Negeri Penyertaan
Bahyah Bt Mohd Kamarul- Negeri Penyertaan
6B Permainan Latihan Bola Baling Daerah Penyertaan
10 zaman Negeri Penyertaan
Kelab Pertandingan Kuiz Kesef Online Negeri Penyertaan
11 Irsyad Ilham Bin Mahyudden Peringkat Negeri Kelantan 2021
6C Bicara Buku Kegemaran Secara
Persatuan Atas Talian ( Peringkat Negeri)
Kelab Pertandingan Bicara Buku Sekolah
Rendah.
12 Nurun Badzlina Binti Ab- Pertandingan Kuiz Kesef Online
dulah 6C Kelab Peringkat Negeri Kelsntan 2021
Pertandingan Kuiz Kesef Online
Kelab Peringkat Negeri Kelantan
LAPORAN UNIT KOKURIKULUM 2021
BIL NAMA KE- UNIT NAMA PERTANDINGAN PERING- PEN-
Zahwa Humaira Binti Zul LAS KO KAT CAPAIA
13 Rushdi N
6C Persatuan Bicara Buku Sekolah Penyertaa
n
Muhammad Iman Danial Bin Per- Sekolah Penyertaa
14 Mohamad Khairul Anuar 6I mainan Bola Sepak n
Muhamad Nizar b. Mu- Per- Pertandingan Kemahiran Bola Bal- PPD Kelima
15. hamad Nazir 6D mainan ing Atas Talian
Nur Qaseh Jumaira bt Je- Per- Pertandingan Kemahiran Bola Bal- PPD Kelapan
16 fridin 6B mainan ing Atas Talian
Leeya Adriana bt Mohd 3B Per- Pertandingan Kemahiran Badmin- PPD Johan
17. Jauzi mainan ton Atas Talian PPD Ketiga
Pertandingan Kemahiran Olahraga PPD Kelima
Muhamad Nizar b. Mu- 6D Per- Atas Talian PPD Ketiga
18 hamad Nazir mainan (Sargent Jump) PPD Ketiga
Pertandingan Kemahiran Olahraga
Nur Qaseh Jumaira bt Je- 6B Per- Atas Talian
19 fridin mainan (Sargent Jump)
Pertandingan Kemahiran Olahraga
Muhamad Daniel Hakim b. 6D Per- Atas Talian
20 Asmadi mainan (Standing Broad Jump)
Pertandingan Kemahiran Olahraga
Nur Marsya Elyana bt Mohd 6I Per- Atas Talian
21 Nazarul Fazwan mainan (Standing Broad Jump)
SEKALUNG BUDI
Seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Morak 2021/2022
ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada:
Yang Berusaha Encik Mohd Suki Bin Harun
Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat
Yang Berusaha Encik Wan Hanapi Bin Wan Yaacob
Yang Dipertua PIBG SK Morak
Tuan Guru Besar SK Morak
Guru-guru Penolong Kanan
Guru-guru SK Morak
Ahli-ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47
Para Ibu Bapa dan Penjaga
Murid-murid SK Morak
Individu-individu, badan-badan kerajaan dan pihak swasta
yang telah memberikan sumbangan idea atau tenaga dan kerjasama
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 ini.
TERIMA KASIH
SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK
PALEKBANG, 16040 TUMPAT
KELANTAN