The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tokoh dikir barat dalam bidang tok juara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syakiryusni, 2023-01-14 23:41:20

MEJAH ANA TOK JUARA TERTUA DI KELANTAN

Tokoh dikir barat dalam bidang tok juara

MEJAH ANA TOK JUARA TERTUA DI KELANTAN Kekalkan seni supaya seni kebudayaan tidak diambil oleh orang-orang barat


ISI KANDUNGAN 1.0 MAKSUD DIKIR BARAT 3 2.0 MAKSUD TOK JUARA 4 3.0 BIODATA TOKOH 5 4.0 LATARBELAKANG TOKOH 6-7 5.0 SUMBANGAN TOKOH 8-13 6.0 LAMPIRAN 14-15


DIKIR BARAT Dikir Barat merupakan sejenis kesenian hiburan rakyat yang merupakan salah satu permainan tradisional yang terkenal dan diminati oleh masyarakat Melayu di negeri Kelantan. Dikir Barat wujud di kalangan masyarakat biasa di kampungkampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar yang kuat. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan.


Juara atau dikenali sebagai Jogho di Kelantan merupakan orang kedua yang amat penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Mereka merupakan penyanyi yang memulakan lagu persembahan. Kadangkala, Tok juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba kebiasaannya mereka mengarut di awal permainan, tapi masanya tidaklah lama. TOK JUARA Tok Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri. Pada kebiasaannya tok juara akan duduk sebaris dengan pemain muzik. Tok juara akan memulakan lagu dengan lenggang lenggok tanpa meter dan berjela-jela mengikut kemahuan dan moodnya bergaya zikir. ia seolah-seolah meniup semangat kepada pasukannya untuk mempamerkan persembahan yang menarik dan bersemangat. Tok juara juga berperanan memberi panduan kepada penyanyi selanjutnya yang dikenali sebagai tukang karut.


BIODATA TOKOH Nama Penuh : Mejah Bin Muda Nama Pentas : Mejah Ana Tempat Lahir : Kg Pauh Delima, Gunung Bachok Kelantan Tarikh Lahir : 24/07/1968 Asal : Kampung Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh, Kelantan Pengalaman : Menjadi tenaga pengajar dikir barat di Thailand di bawah program ASEAN Juara dikir barat RTM pada tahun 2004 bersama kumpulan Sri Gedombak MEJAH ANA


LATAR BELAKANG TOKOH MEJAH ANA Mejah Bin Muda atau lebih dikenali sebagai Mejah Ana merupakan anak murid kepada pendikir barat yang terkenal iaitu Ripin Ana. Mejah Ana dilahirkan pada 24 Julai tahun 1968. Bapa beliau bernama Muda Bin Awang dan ibu bernama Fatimah Binti Yusoff telah memberi sokongan untuk beliau mendalami ilmu dikir barat. Beliau merupakan anak keempat daripada 13 orang adik-beradik ini telah tamat pendidikan pada darjah tiga.


TOK JUARA TERSOHOR Anak kelahiran yang berasal daripada Kampung Pauh Delima, Gunung Bachok. Beliau mula berhijrah pada usia 15 tahun untuk menuntut ilmu dalam dikir barat. Beliau telah berkahwin dengan Paizah Binti Ismail dan dikurniakan 5 orang anak. Pada usianya yang masih muda, beliau bersama dengan rakan-rakannya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Thailand. Daerah Dusun Nyor, Narathiwat merupakan tempat pertama beliau untuk mempelajari dikir barat. Mejah Ana mula menceburi bidang dikir barat pada usia 10 tahun semasa sekolah rendah. Pada tahun 80-an beliau turut arif dalam bermain semua alat muzik dikir barat seperti rebana ibu, rebana anak, gong, markas, dan canang. Selain itu juga Mejah Ana boleh menjadi tukang karut sekiranya ada permintaan daripada pihak lain, namun begitu beliau lebih mahir dalam bidang tukang juara kerana telah di didik oleh arwah Ripin Ana iaitu pendikir barat yang tersohor ketika dahulu.


SUMBANGAN TOKOH MEJAH ANA Hampir 40 tahun Mejah Ana berkecimpung dalam seni persembahan Dikir Barat. Satu tempoh yang panjang dan matang bagi seseorang individu untuk mengenal erti hidup yang sebenar. Sudah tentu banyak kenangan pahit manis dalam perjalanan seni beliau. Pelbagai onak duri telah dilalui demi menjaga warisan kesenian ini yang amat tinggi nilainya. Mejah Ana satu-satunya tok juara tertua yang masih mempertahankan dikir barat tradisional kerana beliau ingin memelihara seni ini yang semakin pupus ditelan zaman dan mendapat persaingan yang hebat daripada dikir barat moden. Biarpun beliau tidak berminat dengan Dikir Barat moden, namun beliau ikhlas menjaga kesenian Dikir Barat ini. Beliau tidak pernah mengharapkan akan mendapat sebarang anugerah daripada pihak kerajaan. Apa yang beliau lakukan sepanjang 40 tahun ini adalah untuk masyarakat dan kepuasan diri beliau sendiri. Kerana minat dan niat suci beliau menjaga kesenian yang tidak ternilai ini telah mendorong beliau untuk sentiasa berkarya dengan mengadakan persembahan Dikir Barat sepanjang masa walaupun beliau sendiri sedar bahawa penerimaan masyarakat terhadap Dikir Barat tidak seperti dahulu.


$ 1.234,56 Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim Namun, beliau masih mahu mempertahankan kesenian Dikir Barat yang sudah sebati dengan diri beliau berabad lamanya. Beliau sentiasa bersedia untuk memperturunkan ilmu Dikir Barat, terdapat lebih 50 buah kumpulan di bawah penjagaan dan pengawasan beliau. Beliau juga pernah mendirikan kumpulan daripada pelbagai negeri dan negara.Singapura, Brunei, California, India, Beijing dan Thailand merupakan negara yang pernah beliau mengadakan persembahan serta memberi latihan Dikir Barat kepada perserta Antarabangsa untuk mendirikan sebuah kumpulan Dikir Barat di bawah penjagaan Beliau. Biasanya, Mejah Ana mendapat jemputan daripada persatuan Dikir Barat Kelantan untuk mengajar Dikir Barat kepada pendikir -pendikir muda. MEJAH ANA Malam Dikir Barat Nusantara 50 KUMPULAN DIKIR BARAT BAHARU


TENAGA PENGAJAR DIKIR BARAT Antara pewaris muda yang pernah beliau ajar adalah Fazlisham Mat Hussin iaitu nama gelaran ‘Issey’ , Poyie Gasi dan sebagainya. Setidak-tidaknya generasi muda yang bakal menjadi pemimpin kepada masyarakat dan yang paling penting untuk negara pada masa akan datang masih mengenali Dikir Barat dan menyedari kepentingannya dan yang lebih penting dapat mengetengahkan warisan pusaka seni ini pada masa hadapan daripada terhapus begitu sahaja. Mejah Ana juga mempunyai lebih daripada 100 buah lagu Dikir Barat ciptaan beliau, Seawal tahun 2000 negeri kelantan diledakkan dengan klip-klip video dan audio cd dikir barat, nama beliau naik secara mendadak. Lagu beliau mengandungi pelbagai bentuk sebagai satu bentuk pendidikan, nasihat dan dakwah selain berhibur melalui kata-kata dan pantun. Beliau juga pernah mencipta album dalam Bentuk zikir disiarkan di audio cd dan Media Sosial Youtube.


WARDIERE INC. 2022 Company JUARA DIKIR BARAT RTM 2004 Kariernya sampai kemuncak apabila beliau sampai ke pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2004 anjuran RTM di mana beliau dinobatkan sebagai Juara Terbaik dan mempopularkan dikir barat sehingga mendapat liputan di media elektronik seperti Radio dan Television. Beliau juga pernah menjadi Panel Hakim dalam pertandingan Dikir Barat 2019 sempena Festival kesenian Rakyat Kelantan2019 oleh JKKN. Persembahannya eksklusif yang dapat disaksikan secara langsung di tempat-tempat yang telah disediakan.


MALAM HIMPUNAN DIKIR BARAT 2022 Atas jasa dan ketokohannya beliau dianugerah Ikon tok Jogho 2022 sempena malam himpunan Dikir Barat oleh YB Mejar ( B ) Dato Haji’ Anizam Bin Ab Rahman iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan , Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.


LEGASI MEJAH ANA Dapat dirumuskan bahawa Mejah Ana merupakan tok Juara Dikir Barat yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan Dikir Barat di Kelantan. Minat beliau dalam seni Dikir Barat bermula sejak tahun 80-an lagi. Pelbagai halangan dan dugaan yang telah dilalui oleh beliau sepanjang hampir 40 tahun dalam dunia Dikir Barat Tradisional ini. Walaupun pada hakikatnya, beliau tidak pernah mengimpikan untuk mendapat sebarang anugerah atau pengiktirafan daripada mana-mana pihak, namun sewajarnya sumbangan beliau dalam memperjuangkan kesinambungan seni persembahan Dikir Barat khususnya di Kelantan patut dihargai dan dipuji. Minat mendalam beliau dalam seni Dikir Barat telah mendorongnya untuk menjaga dan mempertahankan keaslian Dikir Barat Tradisional Kelantan sebagai satu tanggungjawab. Makalah ini hanyalah sebuah memoir mengenai tokoh lagenda Dikir Barat Kelantan. Diharapkan melalui pendedahan tersebut mampu membuka mata masyarakat mengenai tokoh- tokoh keseniaan yang memperjuangkan warisan budaya bangsa.


LAMPIRAN Penulis bersama Mejah Ana di Malam Dikir Barat Nusantara Penulis di kediaman Mejah Ana di Kampung Felcra Teratak Pasir Batu Pasir Puteh


PENULIS NURUL AFRINA BINTI KAMARUZAMAN C19A0629 MUHAMMAD SYAFIQ BIN RODZI C19A0343 WAN NUR SYAKIRAH BINTI WAN MOHD YUSNI C19A0842R


Click to View FlipBook Version