1 NAMA AHLI NOMBOR MATRIKS HASNAA DANIA BINTI HASRUL HIZAM (02DKA23F1019) RUS FASHA SYAKILA BINTI JULAMY (02DKA23F1026) SITI NUR ZARA AISYAH BINTI SHEIKH ZAKARIA (02DKA23F1088) NURJAH HAZIMAH BINTI JALANU (02DKA23F1073) NUR AININA NABILAH BINTI ZAHIDI (02DKA23F1067) PUAN HAYATI BINTI TALIB @ WAHAB NAMA PENSYARAH: MPU23052: SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK TUGASAN: NYATAKAN BAGAIMANA PENGGUNAAN BOTOKS (BOTULINUM TOXIN TYPE A) DIHARAMKAN DALAM ISLAM NAMA PELAJAR:
2 UNIT ISI MUKA IISURAT 1.0 PENGHARGAAN 3 2.0 PENGENALAN 4-5 3.0 TUJUAN 6 4.0 DALIL 7-8 5.0 PERANAN 9 6.0 KESAN 10 7.0 KESIMPULAN 11 8.0 PENUTUP 12 9.0 RUJUKAN 13 10.0 LAMPIRAN 14 ISI KANDUNGAN
3 1.0 PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya jua dapat juga kami sempurnakan tugasan bagi subjek Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (MPU23052). Justeru itu, kami juga memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu "Bagaimana Penggunaan Botoks Diharamkan Dalam Islam”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjalankan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Puan Hayati Binti Talib @ Wahab kerana beliau banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan e-folio ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang di amanahkan ini. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu-bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
4 2.0 PENGENALAN Islam menitikberatkan ketampanan atau kecantikan dalam penampilan serta kekemasan diri yang perlu dijaga bagi menunjukkan imej agama yang bersih. Botox (botoks) atau nama saintifiknya “toksin botulinum”, ialah ubat yang berasal dari bakteria Clostridium Botulinum. Ia telah digunakan oleh doctor dan pakar sejak sekian lama. Secara saintifiknya, dianggarkan bahawa hanya satu gram toksin botulinum Sahaja sudah dapat membunuh sejuta orang, yang menjadikannya salah satu bahan yang paling toksik di dunia. Walau bagaimanapun, apabila digunakan dengan betul dan dos yang sesuai, toksin botulinum telah terbukti menjadi satu protein terapeutik yang berjaya dan bermanfaat. Acetylcholine, bahan kimia yang membantu otot-otot untuk mengalami kontraksi, dilepaskan oleh saraf. Botoks berfungsi dengan menyekat isyarat daripada selsel saraf, iaitu pembebasan acetylcholine ke otot apabila disuntik ke dalam tubuh manusia. Hal ini boleh melumpuhkan otot dengan menjadikan mereka tidak dapat mengalami kontraksi dan menjadi lebih lembut.
5 Botox adalah ubat yang melemahkan atau melumpuhkan otot. Dalam dos yang kecil, ia boleh mengurangkan kedutan kulit dan membantu merawat beberapa keadaan dalam perubatan. Botox adalah protein yang diperbuat daripada Toksin Botulinum, yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium Botulinum. Ini adalah toksin yang sama yang menyebabkan Botulisme.
6 3.0 TUJUAN PENGGUNAAN BOTOKS Bagi bidang kosmetik, botoks sering digunakan untuk rawatan kedutan muka termasuk kerutan dahi, crow’s feet (garisan di sekeliling mata) dan garis kedutan. Suntikan botoks boleh melegakan otot muka di dasar kulit yang menyebabkan kedutan. Selain itu, botoks juga boleh digunakan untuk bahagian lain badan, seperti garis bibir, dagu, sudut mulut dan leher. Untuk kegunaan perubatan, terbukti bahawa botoks boleh membantu merawat pelbagai keadaan yang berkaitan dengan fungsi badan. Selain itu, penggunaan botoks juga dapat mengubati kekejangan seperti kekejangan leher serta peluh yang berlebihan.
7 4.0 DALIL-DALIL DALAM AL-QURAN Mengubah ciptaan Allah SWT bermaksud mengubah fitrah yang telah Allah SWT tetapkan pada makhluknya sama ada dari sudut agama atau penciptaan-Nya, tanpa keperluan adalah diharamkan oleh syarak. Ini berdasarkan dalil-dalil berikut: قِ م .1 َ ِن َو ج َه َك فَأ ًۭ ا ِللِ دي ط َر َتۚ َحنِيف تِى ٱ َّللِ فِ َ َس ٱلنَ فَ َط َر ٱل َها ا ي ِق تَ بِدي َل َلۚ َعلَ ِل َكۚ ٱ َّللِ ِل َخل َٰ ٱلِ دي ن َذ ِ م قَي َٰـ ِك َن ٱل َر َولَ َ كثَ مو َن َل ٱلنَا ِس أ ٣٠ يَ علَ Maksudnya: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Surah Al-Rum (30) ِغيَا ٍت ِل .2 و ِش َما ِت َوال متَنَ ِ م َصا ِت م بتَ َوا ِش َما ِت َوال م ستَ َن ال لَعَ َ م َ َو َسل ي ِه َى ََّللا َعلَ َن النَبِ َي َصل َ ح س ِن أ ل َق َ َِّللا ِ َرا ٍت َخل مغَي Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta ditatu, wanita-wanita yang mencukur alis, demi mencari keindahan dan mengubah ciptaan Allah." Riwayat al-Tirmidhi (no. 2706).
8 4.1 PANDANGAN ULAMA’ ISLAM MENGENAI PENGGUNAAN BOTOKS (BOTULINUM TOXIN TYPE A) Beberapa ulama’ berpendapat bahawa penggunaan botoks untuk tujuan kosmetik haram kerana dapat dianggap sebagai perbuatan yang mengubah ciptaan Allah, yang tidak diperbolehkan dalam Islam. Selain itu, penggunaan botoks dapat membahayakan Kesihatan dan dapat menimbulkan kesan sampingan yang tidak dingini sehingga ianya dapat dikategorikan sebagai perbuatan yang membahayakan diri sendiri, yang juga diharamkan dalam Islam. Pada sisi lain, beberapa ulama’ berpendapat bahawa penggunaan botoks dalam kosmetik dibenarkan jika tujuannya adalah untuk mengubati keadaan medical yang tertentu. Namun, penggunaan botoks hanya untuk tujuan kosmetik yang sematamata untuk memperbaiki penampilan fisik dianggap tidak perlu dan diharamkan.
9 5.0 PERANAN BOTOKS 5.1 HUKUM PENGGUNAAN BOTOKS HARAM atas beberapa sebab iaitu bakteria-bakteria BOTOKS (Botulinum Toxin Type A) dihasilkan daripada khinzir yang mereput dan daripada sel-sel orang mati akibat penyakit Botulism. Penggunaan botoks bagi tujuan kosmetik dan kecantikan hukumnya HARAM MUTLAK walaupun mendapat keizinan dari seorang suami kepada Wanita. Penggunaan botoks bagi tujuan perubatan berubah hukumnya menjadi JA’IZ (HARUS) atas 3 dasar: 1. Dalam keadaan darurat, apabila tidak ada ubat lain yang berkesan dan penggunaan botox sebagai jalan terakhir dan keselamatannya terjamin. 2. Tidak mempunyai alternatif selain daripada botox. Ubat yang berpunca dari sumber yang halal tidak berkesan atau kurang kesannya. 3. Penggunaan botox dalam kes ini, mestilah disahkan oleh doktor beragama Islam yang boleh dipercayai (Thiqat) serta berwibawa dari segi zahirnya. 5.2 JENIS-JENIS BOTOKS 1. Baby botox. Botox jenis suntik yang digunakan untuk mencegah tanda-tanda penuaan kulit. 2. Blow tox. Digunakan oleh orang yang mengalami masalah kulit kepala yang mengeluarkan peluh terlalu banyak.
10 6.0 KESAN BURUK PENGGUNAAN BOTOKS i. Kesakitan yang ringan, bengkak atau lebam di kawasan yang disuntik. ii. Kelopak mata jatuh atau kening tidak sekata. iii. Senyuman bengkok atau air liur meleleh. iv. Mata kering atau air mata berlebihan. 6.1 KESAN SAMPINGAN Seperti dinyatakan, suatu yang sangat penting bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan kecantikan dengan suntikan Botox adalah khidmat daripada doktor pakar yang berpengalaman. Ini kerana semasa suntikan, jarum boleh terkena pembuluh darah dan menyebabkan kulit menjadi lebam dan kebiru-biruan. Bagi mengelakkan ini, jarum kecil biasanya digunakan oleh doktor. Air batu juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan lebam. Di samping itu, botox juga boleh mengalir ke otot lain yang tidak dikehendaki dan akan menyebabkan kegagalan fungsi otot. Untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang lain, mereka yang mendapatkan rawatan botox diingatkan agar tidak tidur dalam tempoh tiga jam selepas suntikan. Kesan sampingan yang kerap terjadi ialah apabila botox mengalir ke otot lain termasuk ke kerlipan kelopak mata di luar kawalan, sebelah kelopak mata menurun, air liur meleleh di luar kawalan atau kening menjadi terlalu tinggi. Walau bagaimanapun, kesan sampingan ini tidak berpanjangan dan akan hilang dalam masa 2 ke 3 minggu. Bagi satu rawatan suntikan, ia melibatkan kos antara RM150-RM1500 bergantung kepada masalah kedutan dan keperluan seseorang. Ada juga yang mengalami kesan sampingan seperti kekeringan pada mata atau kesukaran bernafas.
11 7.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, setelah meneliti fakta dan dalil yang dibentangkan, rawatan suntikan filler di rahang bagi mendapatkan dagu yang runcing, suntikan V-shape (wajah berbentuk V) mahupun suntikan botox adalah dilarang. Maka, segala kaedah sama ada melibatkan pembedahan plastik atau suntikan yang menyebabkan perubahan daripada bentuk asak hanya bagi tujuan kecantikan adalah haram. Bahkan, mereka yang menjalankan rawatan menghalang proses Penuaan seolah-olah menafikan terhadap fitrah semulajadi yang akan dilalui oleh setiap insan dalam meniti usia selanjutnya. Justeru, umat Islam tidak sepatutnya melibatkan diri dalam segala jenis rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaan Allah. Akhir kalam, marilah kita mensyukuri nikmat kurniaan-Nya serta redha dengan rupa dan bentuk fizikal yang telah Allah SWT ciptakan untuk hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya, setiap penciptaan-Nya pasti mempunyai hikmah yang tersendiri. Firman Allah SWT: نَا لقَ د َ ْلِ ن َسَٰـ َن َخلَق ى ٱ ح َس ِن فِ َ ِوي ٍم أ ٤ تَق Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Surah AT-Tin (4)
12 8.0 PENUTUP Penggunaan botoks untuk tujuan kosmetik masih menjadi kontroversial dalam pandangan Islam, dan pendapat Ulama’ tentang hal ini adalah bervariasi. Namun, penting bagi setiap individu untuk mempertimbangkan kesan sampingan dan potensi bahaya dari penggunaan botoks sebelum memutuskan untuk melakukan prosedur tersebut. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi perhatian semasa membaca E-Folio kami ini.
13 9.0 RUJUKAN 1) https://myjurnal.mohe.gov.my/public/articledownload.php?id=83034 2) https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa-umum/4903-irsyadal-fatwa-siri-ke-599-hukum-suntikan-pada-wajah-agarberbentuk-v-v-shape-face 3) https://firdauskhalil.wordpress.com/2012/08/10/penggunaanbotox-menurut4) https://www.popmama.com/amp/life/fashion-and-beauty/faelashafa/hukum-suntik-botox-di-dalam-islam 5) https://skincode.my/articles/kelebihan-dan-kekurangan-botox
14 10.0 LAMPIRAN