201
19. Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) masih menghadapi pelbagai cabaran
terutamanya untuk memajukan ekonomi dan mengekalkan keamanan serta kestabilan
serantau. Jelaskan
A Cabaran memajukan ekonomi
1 Persaingan dalam • Dengan iklim dan cuaca yang sama, negara anggota ASEAN
pasaran komoditi mengeluarkan produk pertanian yang sama seperti getah,
kelapa, koko, minyak sawit yang menjadi komoditi kepada
banyak negara anggota ASEAN
• Keadaan ini menjadikan negara-negara anggota berusaha
merebut pasaran yang sama pada peringkat antarabangsa
• Apabila wujudnya pasaran bebas dalam kalangan negara
anggota menyebabkan masing-masing akan mementingkan
kepentingan komoditi
2 Kemunculan • Kesatuan Eropah (EU) mengamalkan skim tarif mata wang
ekonomi serantau yang sama (Euro) serta tidak menggalakkan pelaburan asing
ke negara itu
• Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico (NAFTA) merancang
skim tarif yang sama
• Kemunculan kumpulan ekonomi ini menjadikan ekonomi
antara dua kumpulan negara akan lebih tertutup
3 Pengurangan • Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber
permintaan pasaran bahan utama seperti bijih timah , getah asli menyebabkan
dunia terhadap terjejasnya pertumbuhan ekonomi negara-negara ASEAN
sumber bahan terpaksa memberi perhatian kepada pengeluaran sektor
utama perkilangan dan perkhidmatan
• Namun begitu, negara maju mempunyai kelebihan ekonomi
dalam segi kos pengeluaran dan kecanggihan teknologi
4 Pergantungan • Negara ASEAN merupakan negara membangun. Hal ini
kepada negara maju menyebabkan negara banyak bergantung kepada negara
masih berlarutan maju
• Negara ASEAN bergantung kepada pasaran luar negara
seperti USA, Eropah dan Asia Pasifik
• Selain itu, negara ASEAN bergantung kepada teknologi
moden dari negara maju seperti Jepun , Korea, Rusia untuk
sektor perindustrian
5 Negara-negara • Kegawatan ekonomi dunia telah menjejaskan kedudukan
ASEAN masih ekonomi negara anggota ASEAN
dibebani hutang luar • Sebagai contoh, negara Indonesia dan Thailand dibebani
oleh hutang luar negara
• Hal ini berlaku menyebabkan negara-negara ini terpaksa
meminjam wang dari International Monetary Fund (IMF)
B Cabaran mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau
6 Persaingan • Pengliibatan Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik semakin
pengaruh kuasa ditingkatkan melalui Strategi Pangsi Pasifik
besar di Asia • Amerika Syarikat telah bertapak di negara-negara Asia
Tenggara Tenggara seperti di Singapura, Filipina dan Thailand
202
• Sebagai contoh, isu Pualu Scarborough yang berlaku antara
Filipina da China yang telah menggandakan bantuan kepada
Filipina bagi menghadapi kuasa China kerana Filipina masih
mempunyai perjanjian dengan kuasa besar tersebut
7 Konflik tuntutan • Terdapat banyak pulau di sekitar Asia Tenggara seperti
wilayah Pulau Spratly, Pulau Batu Puteh, Pulau Sipadan-Ligitan,
Pulau Pisang dan Pulau Ambalat yang menjadi rebutan
negara Asia Tenggara
• Sebagai contoh, Pulau Pisang antara Malaysia dan
Singapura. Pulau Spratly pula melibatkan Malaysia, Filipina,
Vietnam, Brunei dan China
• Situasi ini akan mewujudkan konflik antara sesama negara-
negara Asia Tenggara dan juga negara besar Asia Timur
8 Ancaman anasir luar • Ancaman anasir luar juga boleh menggugat keamanan dan
kestabilan serantau
• Contohnya, pencerobohan di Lahad Datu, Timur Sabah oleh
pengganas Sulu. Hubungan keturunan dan keagamaan
antara keturunan Sulu dan Melayu di Selatan Filipina
dengan Sabah menjadi penyebab pencerobohan kawasan di
kawasa Lahad Datu berlaku. Pertempuran telah berlaku dan
telah mengorbankan seramai 16 orang anggota polis
Malaysia dan kematian berpuluh-puluh orang pihak
pengganas
• Peristiwa ini telah menggugat kestabilan negara dan
hubungan dengan negara Filipina
9 Masalah pendatang • Kesempitan hidup di negara asal menyebabkan mereka
asing tanpa izin berhijrah ke negara berhampiran secara tidak sah untuk
(PATI) mencari pekerjaan. Contohnya, rakyat Indonesia datang ke
Malaysia
• Mereka datang melalui agensi-agensi haram dan terpaksa
menyusup masuk melalui jalan air. Terdapat dalam kalangan
mereka yang menggunakan pas lawatan sosial
• Pelbagai masalah yang timbul terhadap negara yang dituju
iaitu masalah sosial, pelacuran, dan kutu rayau. Kerajaan
terpaksa berbelanja lebih untuk menghantar mereka
kembali ke negara asal mereka
20. Penyertaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa membawa banyak
kebaikan. Huraikan
Pengenalan: Malaysia merupakan negara yang aktif menyetai pertubuhan antarabangsa.
Penyertaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa ini telah membawa kebaikan
Bil Isi/idea Huraian
1 Persatuan • Malaysia dapat mempercepatkan pertumbuhan dan
Negara-negara perkembangan ekonomi, kemajuan sosial dan kebudayaan
Asia Tenggara negara-negara anggota atau serantau
(ASEAN)
203
• Melalui ZOPFAN, ASEAN berusaha mengekalkan keamanan dan
kestabilan kawasan serantau termasuk Malaysia. Manakala
melalui pembangunan kawasan segi tiga pertumbuhan pula
Malaysia dapat menikmati pelbagai pembangunan dalam sosio
ekonomi dan teknikal.
2 Pertubuhan • Membolehkan Malaysia bekerjasama dari segi pendidikan dan
Bangsa-bangsa kesihatan dengan negara luar ASEAN
Bersatu (PBB) • Malaysia berpeluang mengikuti lima program utama UNESCO
iaitu program pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan
sosial, kebudayaan, komunikasi dan maklumat
• Malaysia juga bekerjasama dengan pihak WHO untuk
meningkatkan taraf kesihatan manusia sejagat termasuk rakyat
Malaysia sendiri
3 Pertubuhan • Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah memupuk perpaduan
Persidangan antara Malaysia dengan negara-negara Islam yang lain.
Islam (OIC) • Pada masa yang sama, Malayisia dapat meningkatkan kerjasama
antara negara anggota dalam bidang ekonomi, perdagangan,
pendidikan dan kebudayaan
• Malaysia dapat menganjurkan satu forum yang telah
menggabungkan tokoh-tokoh ekonomi, intelektual dan
pemimpin ternama dari dunia Islam dan Barat dalam forum
Ekonomi Islam Sedunia (WIFE)
4 Komanwel • Penyertaan Malaysia dalam Komanwel ialah mengeratkan lagi
hubungan antara Malaysia dengan negara-negara merdeka lain
yang pernah dijajah oleh Britain
• Melalui Komanwel, Malaysia telah mendapat kemudahan dan
layanan yang baik daripada Kerajaan Britain terutama untuk
pasaran barangan di negara anggota
• Malaysia juga berpeluang meningkatkan lagi kepakaran
terutama dalam bidang pendidikan di bawah Rancangan
Pelajaran Komanwel (Colombo Plan)
5 Pergerakan • Menyatu negara yang berpegang kepada prinsip berkecuali
Negara-negara • Melalui NAM, setiap negara anggota saling menghormati hak
Berkecuali asasi manusia, ras, agama dan kedaulatan wilayah negara-
(NAM) negara wilayah negara-negara lain
• Setiap negara anggota berusaha menyelesaikan masalah
pertelingkahan antarabangsa.
• NAM juga berusaha membela kedudukan kaum wanita dan
menggalakkan wanita melibatkan diri dalam pelbagai sektor
Kesimpulan: Malaysia dapat memupuk kerjasama dalam kalangan negara anggota. Malaysia
mudah mendapat bantuan jika menghadapi masalah. Oleh itu, Malaysia mendapat kebaikan
apabila menyertai pertubuhan antarabangsa tersebut