The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khaldijah, 2023-10-29 04:34:47

NOTA KATA ADJEKTIF CARA DAN PERASAAN

BAHASA MELAYU TAHUN 4

Menerangkan keadaan, kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama. Cepat Deras Laju Lambat Perlahan Lincah Gopoh Senang


Cepat - Tindak balas makcik itu sungguh cepat apabila begnya direntap peragut. Deras - Air laut mengalir dengan sungguh deras. Laju - Ali memandu kereta dengan sangat laju. Lambat - Kakak ponteng sekolah kerana dia bangun lambat. Perlahan - Alia memandu dengan perlahan di selekoh tajam. Lincah - Pergerakan Ali yang lincah itu menyebabkan dia dipilih sebagai ketua pasukan. Gopoh - Gurga menyiapkan kerja sekolah dengan gopoh. Senang - Athirah gembira kerana soalan peperiksaan itu senang,


Kata nama yang memberikan pengertian yang berkonsepkan perasaan. Kebiasaannya diikuti dengan kata sendi nama. Gembira Sedih Ragu Marah Takut Bangga Gelisah Benci Rindu


MAKSUD: Perasaan sangat suka atau berasa girang. CONTOH AYAT: Aisyah gembira kerana ayahnya sudah pulang MAKSUD: Perasaan panas hati atau berang. CONTOH AYAT: Kakak berasa marah setelah melihat biliknya disepahkan oleh abang. MAKSUD: Perasaan sangsi terhadap sesuatu. CONTOH AYAT: Maisarah ragu melihat sikap Aina yang tiba-tiba baik itu.


MAKSUD: Perasaan hiba dan berduka. CONTOH AYAT: Abang sedih apabila kucing kesayangannya mati tempoh hari. MAKSUD: Perasaan megah dan berbesar hati. CONTOH AYAT: Abu bangga apabila dia dinobatkan sebagai juara. MAKSUD: Perasaan gentar dan tidak berani. CONTOH AYAT: Aminah takut dikejar anjing liar itu.


MAKSUD: Perasaan risau dan tidak tenang. CONTOH AYAT: Ibu gelisah kerana abang masih belum pulang. MAKSUD: Perasaan tidak suka dan tidak berkenan. CONTOH AYAT: Azlina benci apabila melihat Safwan datang ke rumahnya. MAKSUD: Perasaan yang disimpan akibat sudah lama tidak bertemu. CONTOH AYAT: Manisah rindu akan ibunya.


SILA IMBAS KOD TERSEBUT UNTUK SEBARANG PERTANYAAN


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version