The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MOHAMAD FAIRUZ BIN MOHAMAD NOOR
KELAS : A5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21191790, 2024-06-21 14:36:59

PBS II PORTFOLIO (TUGASAN 1)

MOHAMAD FAIRUZ BIN MOHAMAD NOOR
KELAS : A5

46 Rajah14 menunjukkan perpustaan sekolah Rajah 15 menunjukkan bilik pemulihan


47 Rajah 16 menunjukkan makmal komputer Rajah 17 menunjukkan blik guru


48 Rajah 18 menunjukkan padang sekolah Rajah 19 menunjukkan pondok keselamatan


49 Rajah 20 menunjukkan kantin sekolah 6.2 Senarai semak Selanjutnya, saya telah menyediakan senarai semak yang mengandungi maklumat dan senarai item prasarana dan bilik darjah yang terdapat di sekolah ini. Saya mendapati bahawa sekolah ini telah menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan yang lengkap supaya dapat mewujudkan suasana PdP yang kondusif. Berikut merupakan jadual bagi senarai semak yang telah disediakan. SENARAI SEMAK BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN 1. Pengurusan dan Organisasi Sekolah 1.1 Pelan Fizikal Sekolah ✓ 1.2 Carta Organisasi sekolah ✓ 1.3 Takwim Sekolah ✓ 2. Prasarana Sekolah


50 2.1 Kemudahan Sekolah : • Surau ✓ • Kantin ✓ • Perpustakaan ✓ • Padang ✓ • Tandas ✓ • Makmal Komputer ✓ • Koperasi ✓ • Makmal Sains ✓ • Pejabat Sekolah ✓ • Pondok Keselamatan ✓ • Bilik stor ✓ • Bilik muzik ✓ • Bilik Guru ✓ • Bilik Pemulihan ✓ • Bilik RBT ✓ • Bilik Mesyuarat ✓ 2.2 Rukun Negara ✓ 2.3 Visi dan Misi ✓ 2.4 Bilik darjah : • Ruangan Belajar ✓ • Papan Putih ✓ • Papan Kenyataan ✓ • Kipas dan lampu ✓ • Kerusi dan Meja ✓ 3. Kokurikulum 3.1 Peralatan sukan ✓


51 6.3 Temu bual Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat dalam membantu saya menyelesaikan tugasan PBS. Dengan menggunakan kaedah ini, saya telah menemu bual beberapa orang responden seperti pengurus sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid dan komuniti sekolah. Sepanjang proses temu bual ini dilaksanakan, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Respon yang sangat baik telah diberikan oleh responden dengan memberikan jawapan yang dapat membantu saya dalam menyelesaikan tugasan PBS II ini. Rajah 21 menunjukkan temu bual bersama Guru besar


52 Rajah 22 menunjukkan temu bual bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran Rajah 23 menunjukkan temu bual bersama Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


53 Rajah 24 menunjukkan temu bual bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulum Rajah 25 menunjukkan temu bual bersama guru bahasa Melayu


54 Rajah 26 menunjukkan temu bual bersama pengawal keselamatan Rajah 27 menunjukkan temu bual bersama pemilik kantin sekolah


55 Rajah 28 menunjukkan interaksi bersama murid sekolah 7.0 Kolaboratif Kolaboratif yang dijalankan melalui perbincangan dengan warga sekolah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tugasan PBS. Kolaboratif antara warga sekolah dapat mewujudkan interaksi yang baik serta meningkatkan kemahiran komunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, saya telah merekodkan dalam borang kolaboratif sepanjang perolehan maklumat di Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol. Antara lampiran perbincangan tersebut adalah dengan 1. Perbincangan dengan Pengurus Sekolah 2. Perbincangan dengan Guru-guru lain 3. Perbincangan dengan kakitangan Sekolah 4. Interaksi dengan murid 5. Perbincangan dengan Komuniti sekolah


56 7.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 Jun 2024 Masa : 9:00 Pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan pentadbiran sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Pihak sekolah melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan pihak sekolah dengan ibu bapa. • Kebiasaannya, sukan komuniti akan diadakan pada bulan Ogos bagi setiap tahun di sekolah ini. • Guru Besar merupakan seorang ketua dalam carta organisasi di sekolah. Guru besar perlu bertanggungjawab dalam pelbagai keputusan yang dibuat oleh pihak sekolah. • Semangat berpasukan dan kerjasama dalam mentadbir atau merancang aktiviti perlu diutamakan oleh pihak sekolah. • Terdapat banyak program yang berdasarkan TS25 telah dijalankan di sekolah ini. Misalnya program sekolah • .Pihak sekolah perlu mencari lebih banyak pihak NGO yang ingin sponsor bagi menganjurkan aktiviti komuniti yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan ibu bapa.


57 penyayang, kemahiran digital, pertandingan bahasa dan sebagainya. • Program TS25 yang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. • Murid-murid SKGS berpotensi besar dalam meningkatkan pengetahuan mereka dalam akademik dan berjaya dalam kegiatan kokurikulum • Terdapat beberapa orang murid yang berjaya mewakili sekolah dalam peringkat kebangsaan seperti dalam sukan memanah. Tandatangan : Nama : Encik Khairul Anuar bin Sulaiman Jawatan : Guru Besar SK Gunong Semanggol


58 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 Jun 2024 Masa : 10:00 Pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan pentadbiran sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Tugas Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) adalah membantu guru besar dalam menguruskan pentadbiran sekolah. • PK1 akan mengemaskini sistem pentadbiran dengan segera seperti eoperasi, e-prestasi dan sebagainya. • Kebanyakkan sistem di SKGS digunakan secara digital. Tamsilnya, terdapat sebuah komputer disediakan sebelum pintu masuk pejabat sekolah untuk merekodkan kehadiran guru. • Guru SKGS menggunaakan kaedah penilaian bilik darjah dalam menentukan tahap pencapaian murid. • Guru akan rekod perkembangan murid untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. • Pihak sekolah juga menggalakkan penggunaan bahan bantu mengajar secara digital. Misalnya, pihak sekolah • Membuat kursus digital yang perlu dihadiri oleh semua guru dan petugas sekolah. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahan digital dalam kalangan murid.


59 telah menyediakan ‘smart tv’ dalam bilik darjah. • Pihak sekolah akan melaksanakan program yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Contohnya, lawatan ke muzium untuk meningkatkan pengetahuan sejarah murid. • Di SKGS, terdapat dua buah kelas murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Guru PPKI menjalankan projek keusahawanan khusus buat murid PPKI. Projek ini mendapat sokongan daripada pihak pentadbir sekolah. • Pihak sekolah sentiasa menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Tandatangan : Nama : En. Sahibul Azhar bin Mohamad Jawatan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran


60 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 11 Jun 2024 Masa : 11:00 Pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan pentadbiran sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab dalam menguruskan kebajikan murid. Misalnya PK HEM akan menguruskan bantuan kewangan awal persekolahan, Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). • Kategori pendapatan keluarga murid di SKGS terbahagi kepada golongan B40 iaitu sebanyak 40%, M40 iaitu 35% dan T20 iaitu 25% bagi 354 orang murid SKGS. • Pihak sekolah juga telah menjalankan program Sekolah Penyayang yang bertujuan menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Program ini dijalankan setiap pagi waktu persekolan. Guru yang bertugas akan menyambut kedatangan murid ke sekolah di hadapan pintu pagar sekolah. • Memperketatkan peraturan sekolah. Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat segelintir pelajar lelaki yang memiliki rambut yang panjang. Namun, mereka tidak dikenakan tindakan daripada pihak sekolah.


61 • PK HEM juga bertanggungjawab dalam masalah disiplin yang berlaku di sekolah. Misalnya, PK HEM akan mendenda murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah. • PK HEM akan bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengatasi isu disiplin dalam kalangan murid. • PK HEM akan mengarahkan guru kelas untuk membuat lawatan ke rumah murid yang sering ponteng sekolah. • DI SKGS terdapat seorang murid yang bukan warganegara. Murid tersebut perlu memohon lesen LEVI untuk mendapatkan bantuan buku persekolahan. Pihak sekolah akan membantu murid tersebut dalam pengurusan persekolahannya. Tandatangan : Nama : En. Mohd Sani bin Md Saad Jawatan : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


62 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 Jun 2024 Masa : 8:30 Pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan kokurikulum Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Pihak sekolah bertanggungjawab dalam memastikan kemenjadian murid pada tahap yang terbaik dari pelbagai aspek terutamanya bidang kurikulum dan kokurikulum. • Di SKGS, terdapat 5 persatuan yang telah ditubuhkan iaitu persatuan Dr muda, sains dan matematik, ICT, bahasa dan persatuan pendidikan islam. Selain itu, pencapaian murid dalam unit beruniform seperti pengakap, kadet, tunas puteri dan puteri islam juga diutamakan. • Murid juga akan bergiat aktif dalam program 1 Murid 1 Sukan seperti sukan bola sepak, ragbi, bola baling dan sebagainya. • Pihak sekolah akan memberi sokongan kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. • Menambah peralatan sukan. Hal ini dikatakan demikian kerana peralatan sukan di sekolah ini tidak mencukup dan telah rosak.


63 • Selain daripada murid aliran perdana, program bagi murid PPKI juga telah dilaksanakan. • Murid PPKI juga akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Misalnya, mereka akan menyertai hari sukan tahunan sekolah yang akan diadakan. • Aktiviti kokurikulum yang dijalankan juga akan melibatkan komuniti setempat iaitu ibu bapa murid itu sendiri. • Aktiviti gotong-royong madani pernah dilaksanakan di SKGS dengan melibatkan penglibatan ibu bapa murid. Tandatangan : Nama : Pn. Hjh Azlinda binti Abdullah Jawatan : Penolong Kanan Kokurikulum


64 7.2 Perbincangan dengan guru-guru lain LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12 Jun 2024 Masa : 9:00 Pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan bilik darjah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Guru perlu kreatif dalam merancang pengajaran harian. • Guru boleh melaksanakan pembelajaran di luar bilik darjah. • Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang menarik. • Guru perlu fokus untuk mencapai objektif pengajaran. • Sebagai seorang guru, kita mestilah mengenal pasti murid yang bermasalah. Guru boleh melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan. Murid yang pintar boleh membantu murid yang bermasalah ketika berada dalam satu kumpulan. • .Pihak sekolah atau guru kelas mestilah menyediakan kelas yang kondusif bagi memastikan muridmurid selesa ketika belajar. Sebagai contohnya, guru boleh menyediakan kipas tambahan di dalam bilik darjah. Tandatangan : Nama : En Badiulzaman bin Mahalil Jawatan : Guru Bahasa Melayu


65 7.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 23 Jun 2024 Masa : 10:30 Pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan kantin sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Sebagai pengurus kantin sekolah, Puan Hani bertanggungjawab dalam menyediakan menu makanan yang mengikut piawaian makanan sihat. • Julat harga menu makanan yang disediakan mestilah sekitar RM1 sehingga RM5 sahaja. Misalnhya, nasi berlauk berharga RM3, buahbuahan dan air minuman masingmasing berharga RM1. • Pihak kantin juga akan menyediakan makanan bagi murid yang terlibat dengan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). • Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang 2 minggu menjalankan PBS di SKGS, saya mendapati bahawa pihak kantin sekolah menyediakan menu makanan yang berulang-ulang pada setiap hari. Saya berpendapat agar pihak kantin sekolah SKGS boleh mempelbagaikan lagi menu makanan pada harga yang boleh dibeli oleh murid sekolah. Tandatangan : Nama : Puan Hani Maisara binti Abdullah Jawatan : Pengurus Kantin Sekolah


66 7.3 Interaksi dengan murid LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12 Jun 2023 Masa : 12:30 Tengah hari Tajuk / Perkara : Pengurusan Murid di Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Murid berasa seronok ketika belajar di sekolah ini. • Pengajaran yang disampaikan oleh guru-guru di sekolah ini mudah difahami. • Pelbagai aktiviti yang menarik dilaksanakan di sekolah ini seperti aktiviti sukan tahunan, pertandingan melukis dan sebagainya. • Guru-guru di sekolah ini juga menggalakkan penglibatan muridmurid dalam pelbagai aktiviti di peringkat yang lebih tinggi. • .Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan agar dapat menjaga kebajikan guru dan murid. Tandatangan : Nama : Muhammad Akmal Izzat bin Fuad Jawatan : Pengawas Sekolah


67 7.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22 Jun 2024 Masa : 1:00 Tengah hari Tajuk / Perkara : Pengurusan Keselamatan Murid Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Pengawal keselamatan yang dilantik adalah di bawah lantikan Syarikat Symphony Guardforce. • Pengawal keselamatan akan memastikan keselamatan murid-murid terutamanya ketika datang dan pulang dari sekolah. • Ketika waktu pulang sekolah, pengawal keselamatan akan memastikan murid berada di tempat menunggu yang disediakan. Setelah itu, Ibu bapa perlu menjemput anakanak mereka. • Terdapat 4 orang pengawal keselamatan yang ditugaskan di SKGS. • Memantau keberadaan murid ketika waktu pulang dan datang ke sekolah Tandatangan : Nama : Encik Muhammad Irfanuddin bin Amir Jawatan : Pengawal keselamatan


68 8.0 Ilmu dan pengetahuan baharu Kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PBS II) merupakan salah satu kursus yang wajib diambil oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kursus PBS II ini dapat memberi pendedahan awal kepada guru pelatih berkaitan organisasi dan persekitaran sekolah. Melalui PBS II, guru pelatih juga dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah melalui program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Guru pelatih turut didedahkan tentang cara guru mengajar di dalam kelas dan reaksi murid terhadap proses PdP yang dijalankan oleh guru. 8.1 Pemerhatian Melalui kaedah pemerhatian yang telah dijalankan, saya dapat mempelajari suasana persekitaran sekolah tersebut. Saya dapat perhatikan bahawa terdapat pelbagai kemudahan bilik-bilik khas yang disediakan oleh pihak sekolah seperti bilik muzik, bilik pemulihan dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat melihat cara-cara guru di sekolah menguruskan program-program yang melibatkan murid-murid. Saya mendapati bahawa guru-guru amat menitikberatkan tentang keselamatan murid-murid sebelum program dijalankan. Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid bukan sahaja diberi pendedahan terhadap aktiviti kurikulum malahan mereka juga digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum di peringkat yang tertinggi. Sebagai contohnya, guruguru memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai aktiviti kokurikulum. 8.2 Senarai semak Kaedah senarai semak juga telah digunakan oleh saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan sekolah. Kaedah ini digunakan untuk menyenaraikan kemudahan yang terdapat di sekolah ini. Melalui kaedah ini, maklumat yang berkaitan tugasan PBS dapat dikumpulkan dengan lebih tersusun. Saya mendapati bahawa terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif. Sebagai contohnya, pihak sekolah menyediakan kemudahan penapis air ‘Coway’ untuk memudahkan murid dan guru untuk minum air kerana terdapat segelintir murid tidak membawa bekal air ke sekolah.


69 8.3 Temu bual Meninjau dari skop yang lain pula, kaedah temu bual juga dapat membantu saya dalam mendapatkan maklumat berkaitan sekolah. Melalui kaedah ini, saya telah menemu bual beberapa orang responden seperti Guru Besar, guru bahasa melayu dan banyak lagi. Banyak ilmu yang telah saya pelajari sepanjang menjalankan kaedah temu bual ini. Antaranya ialah saya dapat mengetahui peranan yang dijalankan oleh pengurusan sekolah untuk menguruskan sekolah tersebut. Saya juga dapat menghilangkan perasaan malu ketika menjalankan kaedah temu bual ini. Nasihat yang berguna juga telah diberikan oleh responden kepada saya sepanjang berada di sekolah tersebut. Soalan-soalan yang diajukan kepada reponden juga telah dijawab dengan baik oleh responden. 9.0 Refleksi Memetik wasitah Nirmala perdana, amalan refleksi telah dilaksanakan dalan tugasan ini bagi memudahkan penilaian pelaksanaan sesuatu yang dilakukan sepanjang pelaksanaan tugasan PBS II ini. Dengan melaksanakan amalan refleksi, saya dapat menitikberatkan tahap pemikiran saya untuk membuat analisis dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan aktiviti yang dilajankan diikuti dengan cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan. 9.2 Aktiviti AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Pemerhatian program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


70 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan : • Murid-murid dapat sarapan di sekolah secara percuma. • Pelbagai sarapan yang disediakan oleh pihak pengusaha kantin sekolah. • Mengalakkan murid datang awal ke sekolah untuk mendapatkan sarapan secara percuma di kantin sekolah. • Mengajar murid akan kebaikan makan pada awal pagi. 2.2 Kelemahan : • Terdapat ramai murid yang tidak terlibat dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini. 3. Cadangan Penambahbaikkan : • Pihak sekolah perlu lebih prihatin untuk mengenal pasti murid yang layak untuk terlibat dalam program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini.


71 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Menjadi guru pembimbing dalam aktiviti kokurikulum 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan : • Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. • Memberi pendedahan kepada murid aktiviti unit beruniform yang dijalankan. • Memupuk disiplin dalam diri murid untuk mematuhi peraturan unit beruniform. 2.2 Kelemahan : • Kekurangan guru pembimbing dalam menguruskan sesuatu unit beruniform. 3. Cadangan Penambahbaikkan : • Pihak sekolah boleh memberi fokus kepada beberapa sahaja unit beruniform mengikut kemahiran guru di sekolah.


72 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Pemerhatian program Nilam di tapak perhimpunan. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan : • Guru dapat menggalakkan murid datang awal ke sekolah. • Murid dapat menambah ilmu pengetahuan. • Murid dapat meningkatkan pencapaian bahasa. • Murid dapat mengisi masa lapang sebelum waktu belajar bermula pada 7:40 pagi. 2.2 Kelemahan : • Kekurangan bahan bacaan yang disediakan oleh pihak sekolah. 3. Cadangan Penambahbaikkan : • Guru perlu menambah lebih banyak bahan bacaan agar dapat menambah pengetahuan murid.


73 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Mengganti kelas mata pelajaran Bahasa melayu di kelas 4 Kreatif. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan : • Pelajar memberi kerjasama dengan mengikut arahan yang diberikan. • Murid melaksanakan aktiviti pengajaran dengan penuh semangat dan gembira. • Terdapat beberapa orang murid yang memberi respon terhadap soalan yang diberikan dengan cepat dan betul. 2.2 Kelemahan : • Terdapat beberapa orang murid yang masih belum mahir menguasai kemahiran membaca dengan baik. 3. Cadangan Penambahbaikkan : • Guru bahasa Melayu kelas tersebut perlu menggunakan pendekatan yang lebih mudah difahami oleh murid yang belum menguasai bahasa Melayu.


74 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Menjadi guru pembimbing bagi sukan badminton 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan : • Membantu murid untuk membina stamina yang tinggi. • Menggalakkan murid untuk terlibat dalam aktiviti sukan. • Memupuk semangat bersukan dalam kalangan murid. • Membantu guru pembimbing dalam megenalpasti murid yang layak untuk mewakili sekolah dalam aktiviti badminton di peringkat yang tertinggi. 2.2 Kelemahan : • Kekurangan gelanggang badminton yang disediakan di sekolah. 3. Cadangan Penambahbaikkan : • Pihak sekolah boleh membawa murid-murid yang layak mewakili sekolah untuk berlatih di dewan serbaguna yang terdekat.


75 9.2 Perbincangan/interaksi AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II 4. Isu / Perkara yang difokuskan: • Menjadi guru pembimbing dalam aktiviti kokurikulum 5. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 5.1 Kekuatan : • Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. • Memberi pendedahan kepada murid aktiviti unit beruniform yang dijalankan. • Memupuk disiplin dalam diri murid untuk mematuhi peraturan unit beruniform. 5.2 Kelemahan : • Kekurangan guru pembimbing dalam menguruskan sesuatu unit beruniform. 6. Cadangan Penambahbaikkan : • Pihak sekolah boleh memberi fokus kepada beberapa sahaja unit beruniform mengikut kemahiran guru di sekolah.


76 10.0 Laporan akhir Pengalaman Berasaskan Sekolah II (PBS II) merupakan tugasan yang wajib dilaksanakan oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia ini. Oleh itu, Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol di Perak telah menjadi pilihan saya untuk melaksanakan tugasan PBS II pada kali ini. Saya memilih sekolah ini sebagai sekolah pilihan tugasan PBS kerana . sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang aktif dalam pelbagai bidang. Sepanjang saya berada di sekolah ini, saya telah mempelajari banyak perkara baharu berkaitan persekitaran dan pengurusan sekolah. Saya mendapati murid-murid di sekolah ini bergiat aktif dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Sokongan daripada pihak ibu bapa juga begitu baik untuk memupuk semangat murid-murid untuk datang ke sekolah. Sebagai contohnya, ibu bapa dijemput hadir menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Hal ini penting kerana kerjasama diantara ibu bapa dengan pihak sekolah amat digalakkan. Menelusuri bicara yang seterusnya, saya menyedari bahawa pihak sekolah amat menitikberatkan kehadiran murid-murid. Oleh itu, pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah. Sebagai contohnya, program Sekolah Penyayang telah dilaksanakan untuk menyambut kedatangan murid ke sekolah. Melalui tugasan PBS, saya sebagai seorang guru pelatih di sekolah tersebut, saya juga tidak terlepas untuk turut serta dalam program Sekolah Penyayang ini. Meninjau dari skop yang lain, kursus PBS II ini mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab pada masa yang akan datang. Sebagai analoginya, saya telah menjalankan beberapa amanah yang diberikan oleh guru dengan baik iaitu dengan menggantikan beberapa buah kelas sepanjang menjalani tugasan PBS. Saya juga diberi peluang untuk melatih murid yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan badminton di peringkat daerah Kerian, Perak. Saya menyedari bahawa tugas seorang guru bukan sahaja bertanggungjawab ketika berada di dalam bilik darjah malahan lebih daripada itu. Kesimpulannya, PBS II ini banyak memberi pendedahan kepada saya terhadap persekitaran dan skop pekerjaan sebagai seorang guru. Oleh itu, saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalani PBS di sekolah ini. Hal ini dikatakan demikian kerana warga Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol telah memberi kerjasama yang baik kepada diri saya. Mereka telah mengajar saya erti sebuah kehidupan sebagai seorang warga pendidik.


77 Rujukan Buku Panduan Pengurusan Sekolah (SK Gunong Semanggol) Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. http://lib.perdana.org.my/PLF/GOVERNMENT%20PUBLICATION/KPM/Dasar %20Pendidikan%20Kebangsaan%20(Edisi%20Keempat).pdf Najwa. M. H. (2021). Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) PDPP. Jurnal Pendidikan. https://www.academia.edu/45280962/_ASSIGNMENT_PENGALAMAN_BER ASASKAN_SEKOLAH_PBS_PDPP_2021


78 Lampiran Lampiran 1 menunjukkan penyampaian hadiah cenderahati kepada pihak sekolah Lampiran 2 menunjukkan penglibatan murid PPKI dalam aktivti sukan


79 Lampiran 3 menunjukkan aktiviti kokurikulum dijalankan Lampiran 4 menunjukkan watikah pelantikan pengawas sekolah


80 Lampiran 5 menunjukkan jadual ganti kelas Lampiran 6 menunjukkan piala yang dimenangi murid


Click to View FlipBook Version