The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Taklimat Bahasa Jepun sempena Minggu Orientasi Tingkatan 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ubkmhs, 2021-01-21 19:34:38

BAHASA JEPUN TING 1

Taklimat Bahasa Jepun sempena Minggu Orientasi Tingkatan 1

SMK TINGGI MELAKA

BAHASA JEPUN
日本語

( NIHON GO )

PENGENALAN

Dasar pelbagai bahasa adalah satu dasar
kompetitif kerana kemahiran bahasa memberi
kelebihan kepada pelajar dalam menghadapi
cabaran era globalisasi. Dengan itu, Kementerian
Pendidikan memutuskan untuk memperkenalkan
bahasa antarabangsa agar pelajar dapat
melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang
berkaitan dengan bahasa tersebut.

LATAR BELAKANG
PENGAJARAN DAN PEMBELARAN

BAHASA JEPUN

1. 1982 - Pembelajaran Bahasa Jepun di Malaysia telah bermula melalui program Dasar Pandang ke
Timur yang di perkenalkan oleh mantan Perdana Menteri ke-4 Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 8
Februari 1982.

2. 1984 – Bahasa Jepun telah dimulakan dibeberapa Sekolah Berasrama Penuh Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagai subjek pilihan.

3. 1990 – JPA telah menghantar guru-guru yang sedang berkhidmat untuk mengikuti pengajian di
peringkat sarjana muda dalam pendidikan bahasa Jepun di universiti-universiti di Jepun.

4. 2004 – Bahasa Jepun diperkenalkan di Sekolah Harian (SH) sebagai malapelajaran elektif oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Sebanyak 72 buah sekolah menengah di Malaysia yang menawarkan matapelajaran Bahasa
Jepun. ( 43 buah Sekolah Berasrama Penuh dan 29 buah Sekolah Harian (Bernama, 2009) )

6. Bahasa Jepun adalah bahasa popular di Malaysia dalam kalangan pelajar. Pada tahun 2009
seramai 22,856 orang rakyat dan pelajar Malaysia yang mempelajari bahasa Jepun. (Data
perangkaan The Japan Foundation 2011)

Sekolah di Negeri Melaka yang menawarkan
matapelajaran Bahasa Jepun

DAERAH MELAKA TENGAH

1. SMK TINGGI MELAKA
2. SMK (P) TINGGI MELAKA
3. SMS MUZAFFAR SHAH ( MOZAC )

DAERAH ALOR GAJAH

1. SMK GHAFAR BABA

DAERAH JASIN

1. SMK ISKANDAR SHAH
2. SBPI SELANDAR

PELAJAR

Mata pelajaran Bahasa Jepun ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga 5
dengan membuka dua kelas (Kelas Rancangan Khas) bagi setiap tingkatan 1, 2 dan 3. Sementara
tingkatan 4 dan 5 ialah satu kelas sahaja (bagi pelajar yang ingin mengambil Ujian Pencapaian
Bahasa Antarabangsa Bahasa Jepun (UPBA) ). Ini selaras dengan saranan yang telah diputuskan
dalam Mesyuarat Pelaksanaan Program Bahasa Antarabangsa di Sekolah Menengah. *KP (PPK)
018/4/Jld.33(55) bertarikh 25 Mei 2005.

TINGKATAN 1 = 1 RK OMEGA & 1 RK ZETA
TINGKATAN 2 = 2 RK OMEGA & 2 RK ZETA
TINGKATAN 3 = 3 RK OMEGA & 3 RK ZETA
TINGKATAN 4 = 1 kelas sahaja ( pelajar dari pelbagai kelas )
TINGKATAN 5 = 1 Kelas sahaja ( pelajar dari pelbagai kelas )

PEMILIHAN PELAJAR

Pemilihan pelajar yang ingin mengambil matapelajaran Bahasa
Jepun mestilah bertunjang kepada dua syarat wajib iaitu pertamanya minat
dan keduanya pencapaian akademik peperiksaan akhir tahun darjah 5
tahun 2019 sekurang-kurangnya 4A/3A ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains ). Syarat-syarat ini amat penting dan mesti
dilaksanakan bagi menggelakkan masalah-masalah yang berkaitan dengan
akademik dan pencapaian pelajar itu sendiri kelak. Rasional kepada
pelaksanaan kedua-dua syarat ini adalah bagi mengurangkan gangguan
yang tidak diingini dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Jepun. Apabila pencapaian akademik dan pelajar itu terganggu maka sudah
pasti akan memberi masalah kepada pihak sekolah.

MINAT dan KESUNGGUHAN

Faktor minat dan kesungguhan pelajar adalah
sangat perlu dititikberatkan kerana tanpanya pelajar akan
belajar sambal lewa dan akan mempengaruhi pelajar-
pelajar yang lain untuk bersikap sambil lewa terhadap
pelajarannya. Dengan minat dan kesungguhan yang
tinggi seseorang pelajar akan berusaha untuk memenuhi
minatnya. Oleh itu, pengambilan pelajar baru tingkatan 1
sesi 2021 mestilah mengambil kira minat dan
kesungguhan pelajar.

PENCAPAIAN AKADEMIK

Pencapaian akademik dalam peperiksaan akhir tahun 5 2019
sangat penting kerana Pembelajaran Bahasa Jepun tidaklah
sebegitu mudah. Seperti juga identiti orang Jepun itu sendiri yang
begitu kaya dengan semangat juang, gigih berusaha dan kerajinan
yang sangat tinggi, maka untuk mempelajari bahasanya juga kita
perlulah mengambil nilai-nilai positif yang mereka miliki itu. Bahasa
Jepun itu sendiri terbina dengan 3 jenis tulisan yang berbeza antara
satu sama lain dan ketiga-tiganya digunapakai dalam semua media
utama seperti surat khabar, majalah, televisyen, novel, buku-buku,
laman web dan sebagainya. Oleh itu pelajar-pelajar yang memiliki
kecekapan dan kecerdasan minda yang tinggi perlu diberi
keutamaan.

SUKATAN PELAJARAN
DSKP KSSM

TOPIK YANG DIPELAJARI :

1. HIRAGANA / KANJI ( Alphabet )
2. SELF ( Hobbies and leisure, parts of body, habitual action )
3. FAMILY and FRIENDS ( Clothings, plans and schedules )
4. SCHOOL ( Location, rules and regulatios, daily routines )
5. TOWN and COUNTRY ( Shopping )
6. COUNTRY ( Events )

KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI :

1.0 LISTENING & SPEAKING  ( リスニングとスピーキング/聞く・話す)
2.0 READING ( 読む )
3.0 WRITING ( 書く )
4.0 ART ( 芸術 )
5.0 GRAMMAR ( 文法 )

JADUAL WAKTU

1.Diajar di dalam jadual waktu ( Tingkatan 1, 2 dan 3 )
2.Diajar di luar jadual waktu ( selepas waktu sekolah )

Tingkatan 4 dan 5.
3.Peruntukan waktu seminggu 120 minit ( 2 jam ).

Setahun minimum 64 jam.
4.Seminggu 2 kali ( 4 waktu ) pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Jepun.
5.Pembelajaran dijalankan di Bilik Bahasa Jepun.

PENILAIAN

Pencapaian pelajar akan dinilai di peringkat sekolah melalui ujian
Excel 1 dan 2, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir
tahun. Selain itu Penilaian Bilik Darjah ( PBD ) juga dijalankan
sepanjang sesi PdP ( sepanjang tahun semasa ). Soalan-soalan ujian
dan peperiksaan di peringkat sekolah akan disediakan dan ditentukan
sendiri oleh guru yang mengajar.

Satu peperiksaan selaras seluruh negara juga diadakan bagi
pelajar-pelajar tingkatan 5 pada bulan Jun setiap tahun. Peperiksaan ini
dinamakan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa yang dikendalikan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Peperiksaan ini adalah selaras
seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil akan dikeluarkan oleh LPM
bagi menentukan tahap pencapaian pelajar dalam Bahasa Jepun.
Soalan-soalannya disediakan oleh satu Panel Penggubalan Soalan
guru-guru Bahasa Jepun Lembaga Peperiksaan Malaysia.

HALA TUJU SELEPAS SPM

Pelajar boleh menggunakan kemahiran Bahasa Jepun yang dipelajari bagi melanjutkan pelajaran di
kolej, universiti tempatan atau luar negara dan sektor pekerjaan.

• Universiti Malaya – Pusat Asasi Sains Universiti Malaya ( Program akademik dan teknikal –
Persediaan dijalankan selama 2 tahun, kemudian pelajar akan dihantar ke universiti-universiti
nasional di Jepun di peringkat Ijazah Pertama.
- Program Sarjana Muda Bahasa Moden ( Penghususan Bahasa Jepun )

• Universiti Teknologi Malaysia KL – Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun – 2 tahun menjalani
program persediaan, pelajar dihantar ke kolej-kolej teknikal di Jepun selama 3 tahun di peringkat
diploma.

• IPBA – Kursus Latihan Pendidikan Guru Bahasa Jepun

• Universiti Selangor (UNISEL) – Japan Associate Degree (JAD). Tajaan MARA.

• Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – Japanese Top Universities Foundation Program (JTU)

• Hotel/Kilang/Pelancongan

AKTIVITI
&

HASIL KERJA
PELAJAR

Membuat Hachimaki

Membuat Sushi

Menceriakan Bilik Bahasa Jepun

Cara memakai Yukata

Japanese Language Festival (JLFest)

Menulis Kanji & Membuat Origami

Pengajaran & Pembelajaran

Penghasilan Video

1. https://youtu.be/lufPbWcgJV8
2. https://youtu.be/Ydj3ENCG2hg
3. https://youtu.be/hzmekRyn7Xo
4. https://youtu.be/KwlRPNZ6Dsk
5. https://youtu.be/X-ZRUc3q-hE
6. https://youtu.be/IVF-uzFfOME

7. https://youtu.be/Jfx_junnero
8. https://youtu.be/51WLBZ6Xink

SEKIAN TERIMA KASIH
ありがとうございます。

ARIGATOO GOZAIMASU


Click to View FlipBook Version