The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan rbt AFIQ AL AMIN (3B)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9162593, 2021-09-20 00:51:12

Laporan RBT

Laporan rbt AFIQ AL AMIN (3B)

REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI

Nama Produk:
PENGGERA BAYI

GABUNGAN TEKNOLOGI:
REKA BENTUK ELEKTRONIK + PEMBUATAN

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH SULTAN
ALAM SHAH

NAMA MURID: AFIQ AL AMIN BIN KHAIRUL
ANUAR

NO.KAD PENGELANAN: 060416010793
NAMA PENILAI: PUAN NORSYIDAH BINTI

ABDULLAH

PENDAHULUAN

Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya

dapat juga saya menyiapkan laporan saya yang telah
diusahakanselamainiyangbertajuk PENGGERA BAYI.

Laporan ini amat penting buat saya
memandangkanperkara ini merupakan sebahagian
daripada kerja kursus individu Mata Pelajaran Reka Bentuk

& Teknologi Tingkatan 3.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting
yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan

projek laporan saya ini. Pertama sekali kepada Cikgu
kesayangan saya Puan Norsyidah Binti Abdullah. Beliau
guru RBT saya yang banyak memberikan bimbingan dan

semangat sepanjang perjalanan projek ini.
Ucapan sama kepada semua ahli keluarga saya yang turut
sama membantu dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa

juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang ikut
berhempas pulas dalam menyempurnakan projek ini.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek
laporan amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup
meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak

akan dilupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung

sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan

ABSTRAK

Produk PENGGERA BAYI ini dihasilkan dengan tujuan untuk
memberitahu dan memastikan ibu bapa mengetahui keadaan
anak mereka dengan cepat dan efisien. Ibu bapa kebiasaannya
tidak perasan akan keadaan bayi mereka sama ada bayi mereka

sedang menangis atau pun tidak..



Melalui proses penyelesaian masalah secara inventif,reka bentuk
elektronik dan reka bentuk pembuatan telah dipilih untuk

digabungkan bagi menghasilkan reka bentuk Penggera Bayi. Reka
bentuk ini membolehkan ibu bapa mengetahui keadan anak
mereka dengan cepat dan serta merta.


Laporan ini turut memuatkan langkah-langkah menghasilkan
produk. Keputusan yang diperoleh daripada pengujian dan
penilaian yang telah dijalankan membuktikan bahawa produk
mampu memenuhi objektif asal penghasilannya. Produk juga
mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna yang
telah menguji produk ini.
Selain daripada itu, laporan ini turut menyatakan cadangan
penambahbaikan bagi memperbaiki kelemahan dan

memantapkan kualiti produk Penggera Bayi yang akan dihasilkan
pada masa hadapan.

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

Penggera bayi merupakan satu alat yang amat berguna
terutama kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil
terutamanya bayi. Alat ini berfungsi untuk memberitahu ibu

bapa jika anak mereka menangis dengan cara
membunyikan alarm dan menghidupkan lampu LED.
Berdasarkan borang kajian pelanggan,pengguna tidak
menggemari penggera yang terlalu besar,susah digunakan
dan tidak berkualiti. Perkara ini kerana penggera merupakan
alat yang amat penting untuk penggunaan keluarga

1.1 KAJIAN KEPERLUAN

PELANGGAN

1.1: KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN
Saya menemuramah beberapa orang pelanggan untuk mengenalpasti
masalah mereka berkaitan produk yang bakal dihasilkan. Kaji0an ini penting
untuk memahami permasalahan sebenar yang dihadapi oleh pengguna

serta mengetahui apa keinginan mereka terhadap produk tersebut.
Kajian Kepeluan Pelanggan telah dilaksanakan menggunakan Borang Kajian

Keperluan Pelanggan.

PELANGGAN 1

PELANGGAN 2

PELANGGAN 3


Click to View FlipBook Version