The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fairusasikin falholmuner, 2022-08-07 14:14:34

E-BUKU KEJOHANAN BOLA JARING MSSJ 2022

Buku kejohanan Bola Jaring mssj 2022

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

JAWATANKUASA PENGELOLA
KEJOHANAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR TAHUN

2022

Pengerusi : Tn. Hj Abd Rahman bin Kechik (PPD)

Timbalan Pengerusi 1 : En Sahri bin Abu Bakar (Timb PPD Pemb. Murid)

Timbalan Pengerusi 2 : En Mohd Zaki bin Yaacob (Timb PPD Perancangan)

Naib Pengerusi 1 : En Rosli bin Puteh (Timb PPD Pengurusan Sekolah)
Naib Pengerusi 2 : Pn Sa‘ diah binti Mad Sa‘ at (Timb PPD Pembelajaran)

Setiausaha : En Mohamad Sharil bin Baharom (PPPD Pemb. Bakat

Murid)Penolong Setiausaha : Pn Massilah binti Marjuni (Pembantu Tadbir)

Pengerusi Teknik Negeri : Pn Rus Mizi binti Ibrahim – SK Kuala Paya Pengerusi Teknik

Daerah : Pn Nor Razita binti Ab Rahman – ( SK Redong )

Tempat Kejohanan : SJKC Bukit Siput (P12), SJKC Jagoh (P15), SJKC Ai Chun (P18)

AHLI JAWATANKUASA :

1. Teknik Pertandingan : Guru Besar SK Kuala Paya

2. Persiapan Tempat/Teknik Alatan : Pengetua SMK Tenang Stesen

3. Urus Setia & Pendaftaran : Pengarah Kolej Vokasional Segamat

4. Hadiah / Cenderamata / Sijil : Guru Besar SK Buloh Kasap

5. Siaraya & PA Sistem : Pengetua SMK Agama Segamat

6. Perasmian dan Protokol : Pengetua SMK Gemereh

7. Makanan & Minuman : Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman

8. Buku Program, Banner & Kad Jemputan : Guru Besar SK Segamat Baru

9. Pertolongan Cemas : Pengetua SMK Paduka Tuan

10. Dokumentasi & Fotografi : Guru Besar SK Pogoh

11. Kawalan Keselamatan : Guru Besar SJKC Jagoh

12. Kebersihan : Guru Besar SJKC Ai Chun

13. Jamuan Pegawai / VIP : Guru Besar SK Bandar Putra

14. Penajaan : Pengetua SMK Jementah

15. Penginapan Peserta & Pengadil : Pengetua Sekolah Menengah Tinggi Segamat

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 1

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

1.0 NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johor Tahun 2022

2.0 TARIKH DAN MASA
2.1 Tarikh : 09, 10 dan 11 Ogos 2022
2.2 Masa : 8:00 pagi -5:00 petang

3.0 TEMPAT
Segamat, Johor

4.0 JENIS PERTANDINGAN/KATEGORI
4.1 Pertandingan dijalankan secara berpasukan
4.2 Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun, 15 Tahun dan 18 Tahun

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 2

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

KRONOLOGI PERISTIWA KEJOHANAN

TARIKH MASA PERKARA TEMPAT TINDAKAN
Kursus Penyegaran
08/08/2022 2.30 – 5,30 Pengadil Dewan SMK Bandar Pengurus Pengadil
(Refreshment) Putra Segamat Pengadil
Isnin petang
Pendaftaran Pasukan
8.00 - 10.00 Dewan Pengurus Pasukan
malam Kolej Vokasional
Segamat
9.00 pagi

10.30 pagi Taklimat Pengurus- Bilik Mesyuarat Kolej PTPS Negeri
Pengurus Pasukan Vokasional Segamat PTPS Daerah
09/08/2022 Pengurus Pasukan
Selasa 2.00 petang Pertandingan Pusingan Venue
Awal Pertandingan PTPS Negeri
PTPS Daerah
SJKC Bukit Siput -P12 Pengurus Pasukan
SJKC Jagoh - P15 Peserta/Pemain
SJKC Ai Chun - P18 Pengadil
Kepegawaian

8.00 pagi Pertandingan Pusingan Venue PTPS Negeri
Awal Pertandingan PTPS Daerah
Pengurus Pasukan
SJKC Bukit Siput -P12 Peserta/Pemain
SJKC Jagoh - P15 Pengadil
SJKC Ai Chun - P18 Kepegawaian

3.00 petang Undian Pusingan Kedua Venue PTPS Negeri
10/08/2022 Pertandingan PTPS Daerah
Pertandingan Pusingan Pengurus Pasukan
Rabu Kedua Venue Kepegawaian
Pertandingan
5.00 petang PTPS Negeri
PTPS Daerah
Pengurus Pasukan
Peserta/Pemain
Pengadil
Kepegawaian

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 3

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

TARIKH MASA PERKARA TEMPAT TINDAKAN
8.00 pagi
Pertandingan Pusingan Venue PTPS Negeri
Kedua Disambung Pertandingan PTPS Daerah
Pengurus Pasukan
SJKC Bukit Siput -P12 Peserta/Pemain
SJKC Jagoh - P15 Pengadil
SJKC Ai Chun - P18 Kepegawaian

1.00 petang Pertandingan Pusingan Venue PTPS Negeri
Akhir Pertandingan PTPS Daerah
11/08/2022 Tempat Ketiga dan Pengurus Pasukan
Khamis Keempat SJKC Bukit Siput -P12 Peserta/Pemain
2.00 petang SJKC Jagoh - P15 Pengadil
Pertandingan Pusingan SJKC Ai Chun - P18 Kepegawaian
Akhir
Johan dan Naib Johan Venue PTPS Negeri
Pertandingan PTPS Daerah
Pengurus Pasukan
SJKC Bukit Siput -P12 Peserta/Pemain
SJKC Jagoh - P15 Pengadil
SJKC Ai Chun - P18 Kepegawaian

3.00 petang MAJLIS PENUTUPAN SJKC Jagoh Semua Peserta Yang
RASMI DAN Terlibat
PENYAMPAIAN HADIAH

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 4

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR 2022

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini
akan dijalankan mengikut undang-undang Bola Jaring Dunia (World
Netball)

1.2 Sekiranya timbul keraguan dari segi pentafsirannya, maka undang-
undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan
berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

1.3.1 Sebarang kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada
Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia, Majlis Sukan Sekolah Johor
dan Jawatankuasa Pengelola yang sedang berkuatkuasa.

1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada
undang- undang Bola Jaring Dunia (World Netball)

1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan
pertandingan adalah MUKTAMAD.

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 5

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

2.0 JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan berpasukan antara MSS Daerah.

2.2 Kategori yang dipertandingkan :

2.2.1 Perempuan Bawah 12 Tahun
2.2.2 Perempuan Bawah 15 Tahun
2.2.3 Perempuan Bawah 18 Tahun

3.0 PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Pemain

3.1.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 12 orang.
3.1.2 Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat umurnya sahaja.
3.1.3 Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah
bersedia menunjukkan Kad Pengenalan/ My Kid/salinan Sijil Kelahiran
yang telah disahkan oleh Guru Besar/ Penolong Kanan sekolah masing-
masing. kad pengenalan dan surat pengesahan hendaklah diserahkan
kepada pengelola semasa pendaftaran pasukan.

3.2 Pegawai Pasukan

Pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai wanita sahaja iaitu:
3.2.1 Seorang Pengerusi Teknik
3.2.2 Seorang pengurus pasukan
3.2.3 Seorang jurulatih
3.2.4 Seorang fisioterapi

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 6

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

4.0 KELAYAKAN PEMAIN

4.1 Sila rujuk Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor
4.2 Pelajar yang menerima surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6

Rendah KPM wajib disahkan pendaftaran oleh Pengetua/ Penolong
Kanan beserta bahan/ dokumen sokongan yang lain seperti salinan
buku kehadiran.

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/atau kalah mati seperti berikuit :

5.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C, dan D)

5.1.1 Pusingan Pertama

Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka
hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.

Undian akan dijalankan mengikut ketetapan dalam kumpulan seperti berikut:
- Kumpulan A
- Kumpulan B
- Kumpulan C
- Kumpulan D

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 7

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

5.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)

5.1.2.1 Johan dan naib johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan
suku akhir dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati.

5.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :
Undian bagi 4 pasukan pemenang pertama KUMPULAN akan
didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1, 3, 5 dan 7.

5.1.2.3 Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua KUMPULAN untuk ditempatkan
di kedudukan 2 atau 4, jika pasukan pemenang pertama KUMPULANnya
telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2
pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk
ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

5.1.2.4 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan
memasuki perlawanan akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN,
sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk
menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 8

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

5.2 Secara Liga Tiga Kumpulan (A, B dan C)

5.2.1 Pusingan Pertama

5.2.1.1 Di mana penyertaan mengandungi sembilan (9) hingga sebelas (11)
pasukan, maka pertandingan di Peringkat Awal akan dijalankan secara
LIGA satu pusingan dalam TIGA kumpulan A, B dan C.

5.2.1.2 Undian akan dijalankan bagi ketetapan untuk ditempatkan dalam
kumpulan seperti berikut
- Kumpulan A
- Kumpulan B
- Kumpulan C

5.2.2 Pusingan Kedua

5.2.2.1 Johan dan Naib Johan Kumpulan A, B dan C adalah layak memasuki
Pusingan Kedua yang juga akan dijalankan secara LIGA dalam dua
kumpulan iaitu Kumpulan X dan Kumpulan Y.

5.2.2.2 Johan setiap kumpulan akan diundi untuk ditempatkan di kumpulan-
kumpulan tersebut. Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X,
dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y. Naib Johan Kumpulan akan di
tempatkan di kumpulan yang berlainan dengan Johannya.

5.2.2.3 Johan X akan bermain dengan Naib Johan Y dalam pusingan
separuh akhir pertama. Johan Y akan bermain dengan Naib Johan X
untuk separuh akhir kedua.

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 9

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

5.2.3 Pusingan Akhir

5.2.3.1 Pemenang separuh akhir pertama akan bermain dengan Pemenang
separuh akhir kedua untuk menentukan Johan dan Naib Johan.
Manakala pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat
Ketiga dan Keempat.

6.0 CARA MEMBUAT KEPUTUSAN
6.1 Cara Liga

6.1.1 Cara memberi mata :

Menang : 3 mata
1 mata
Seri : 0 mata

Kalah :

Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan
ditentukan seperti berikut :

Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan
dengan jumlah gol yang kena.

Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN
GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.

Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak
akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 10

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

Sekiranya kedudukan masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan
tersebut dikira sebagai pemenang.

6.2 Cara Kalah Mati

Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan
pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan
ditentukan seperti berikut :

a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa
rehat selama (2) minit.

b) Masa tambahan selama dua (2) x (5) minit setiap bahagian
akan dimainkan.

c) Pasukan akan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan
semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah
berikutnya.

d) Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa selepas rehat
(1) minit.

e) Sekiranya berlaku seri pada akhir masa tambahan, permainan
hendaklah diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2)
kelebihan gol.

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 11

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

7.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

7.1 Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan
yang ditangguhkan oleh Pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-
sebab yang tidak dapat dielakkan.

7.2. Gangguan teknikal / cuaca

7.2.1 Sekiranya berlaku gangguan elektrik atau apa-apa sahaja yang
berkaitan dengan gelanggang sewaktu permainan sedang Berlangsung,
pengadil/ pegawai teknikal bertanggungjawab memberhentikan
permainan sehingga masalah diselesaikan.

7.3 Jika masalah berlarutan dan keadaan tidak pulih seperti biasa maka:

7.3.1 Sekiranya permainan telah berlangsung dalam separuh masa
kedua maka keputusan terkini sewaktu permainan Dihentikan akan
diambil kira.

7.3.2 Sekiranya permainan baru berlangsung di separuh masa pertama
permainan akan diteruskan sebaik masalah gangguan selesai pada
hari yang sama.

7.3.3 Permainan yang dihentikan / ditangguhkan dan disambung pada
hari berikutnya , maka permainan akan dimainkan semula.

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 12

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

8.0 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN
8.1 Pemberian mata adalah diberikan mengikut pencapaian dalam sesuatu
permainan oleh pasukan seperti berikut:

8.2 Sekiranya jumlah mata adalah sama maka penentuan akan dibuat
berdasarkan kepada jumlah Johan yang terbanyak diperoleh oleh
pasukan tersebut.

8.3 Jika masih seri juga, maka hendaklah di rujuk kepada jumlah Naib Johan
dan seterusnya.

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 13

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

9.0 PAKAIAN
9.1 Pemain

9.1.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut Undang-Undang
Gabungan Persekutuan Bola Jaring Dunia (World Netball).

9.1.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib.

9.1.3 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai skirt atau seluar trek secara
berpasukan sahaja.

9.1.4 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan
dibuat secara lambungan duit.

9.2 Pegawai Pasukan / Pegawai Pertandingan / Pegawai Teknikal &
Pembantu Teknikal.

9.2.1 Pegawai Pasukan hendaklah memakai pakaian yang
melambangkan pasukannya.

9.2.2 Pakaian Pegawai Pertandingan hendaklah mematuhi etika pakaian
seperti berikut:

i. Tidak terlalu ketat.
ii. Tidak mencolok mata
iii. Baju T tidak terlalu pendek dan mesti berlengan.

9.2.3 Pegawai Teknikal dan Pembantu Teknikal hendaklah memakai

pakaian yang seragam dan berlainan daripada Pegawai Kejohanan.

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 14

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

10.0 GELANGGANG / ALATAN
10.1 Rujuk kepada Undang-Undang Rasmi Bola Jaring Dunia (World Netball).
10.2 Tinggi tiang gol untuk Kategori 12, 15 dan 18 tahun ialah 3.05 meter atau
10 kaki.
10.3 Saiz bola untuk semua peringkat umur ialah saiz 5.

11.0 MASA BERMAIN
11.1 Masa bermain untuk semua kategori umur ialah 3 suku dengan masa
permainan selama 10 minit bagi tiap-tiap suku dan masa rehat selama 3
minit pada suku pertama dengan suku kedua dan suku ketiga (10 - 3-
10–3–10). Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan
sebarang luar jangkaan atau kecemasan. Pasukan hendaklah bertukar
Kawasan Gol pada akhir setiap suku.

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 15

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

12.0 HADIAH DAN SIJIL BERPASUKAN

12.1 Tempat pertama hingga keempat akan menerima medal dan sijil
pemenang.

12.2 Semua pasukan yang menyertai kejohanan akan menerima sijil
penyertaan.

12.3 Hadiah dan Sijil Individu akan diberikan kepada:

i. Penjaring Terbanyak (dikira dari peringkat suku akhir)
ii. Pemain Penghadang Terbaik (berdasarkan perlawanan akhir)
iii. Pemain Penyerang Terbaik (berdasarkan perlawanan akhir)
iv. Pemain Terbaik Kejohanan (berdasarkan perlawanan akhir)

13.0 KELEWATAN

Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu sesebuah
pasukan yang tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) pemain,
pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaj

14.0 MENARIK DIRI

14.1 Jika sesuatu pasukan menarik dari daripada satu perlawanan, maka
pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan dalam kejohanan ini.

14.2 Pasukan yang keluar gelanggang semasa pelawanan diberhentikan
kerana sesuatu kecederaan akan dikira kalah tanpa menimbangkan mata yang
diperolehinya. Pasukan ini dikira menarik diri daripada keseluruhan kejohanan
ini.

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 16

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

14.3 Pasukan yang melakukan kesalahan di para 13.1 dan 13.2 dianggap
tidak menyertai pertandingan dan semua jaringan atau mata yang telah
diperolehi dibatalkan.
15.0 PENGADILAN
15.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil yang dilantik oleh
jawatankuasa pengelola atau cadangan oleh MSS Daerah.
15.2 Pengadil kejohanan yang dilantik hendaklah terdiri daripada pegawai
wanita yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.
15.2 Keputusan Pengadil setiap perlawanan adalah muktamad.

16.0 BANTAHAN
Sila rujuk Peraturan AM (16) MSS Johor

17.0 JURI RAYUAN
Sila rujuk Peraturan Am (17) MSS Johor

18.0 LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN
Sila rujuk Peraturan Am (18) MSS Johor

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 17

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

19.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

19.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan
Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh JawatankuasaPengelola
Kejohanan/Pesta yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
Peraturan Am (25) MSS Johor

19.2 Sila rujuk Peraturan-Peraturan Am (26) MSSM – PINDAAN DAN HAK
JAWATANKUASA PENGELOLA. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam
PERATURAN AM ini dan PERATURAN PERMAINAN BERKENAAN akan diputuskan
oleh Jawatankausa Pengelola Pertandingan MSSD dan keputusannya adalah
muktamad.

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 18

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

KRETERIA PEMILIHAN ATLET BOLA JARING MSSJ KE MSSM
MENGIKUT POSISI

Beberapa kriteria yang diberi keutamaan dalam pemilihan atlet Bola Jaring mengikut
posisi untuk mewakili Pasukan Bola Jaring MSS Johor, antaranya ialah:

BIL POSISI KEPERLUAN/KEUTAMAAN PEMILIHAN

- Mempunyai kemahiran menjaring dengan teknik yang

baik.

- Kemahiran mesti mencapai standard yang tinggi seperti

dikehendaki.

- Fizikal yang tinggi

- Tahap kecergasan yang baik

- Mempunyai rekod menjaring sekurang-kurangnya 80%

semasa kejohanan

- Berani

1 GS - Kombinasi yang baik dengan GA dan pemain penyerang
yang lain

- Tumpuan dan focus semasa menjaring

- Bijak dalam mengatur strategi dan menggunakan ruang

- Boleh bermain di posisi GA dengan baik

- Boleh bermain di lain-lain posisi

- Berpengalaman dan pernah bermain di peringkat MSSM

atau yang mewakili negeri dan Negara

- Mempunyai kemahiran menjaring dengan teknik yang baik.

- Kemahiran mesti mencapai standard yang tinggi seperti

dikehendaki.

- Fizikal yang tinggi

- Tahap kecergasan yang baik

2 GA - Kombinasi yang baik dengan GS dan pemain penyerang
yang lain

- Mempunyai rekod menjaring sekurang-kurangnya 80%

semasa kejohanan

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 19

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

BIL POSISI KEPERLUAN/KEUTAMAAN PEMILIHAN

- Tumpuan dan fokus semasa menjaring
- Bijak dalam mengatur strategi dan menggunakan ruang
- Berani
- Boleh mengawal bola dan sebagai feeder yang sangat baik

kepada GS
- Boleh bermain di posisi GS dengan baik
- Boleh bermain di lain-lain posisi
- Berpengalaman dan pernah bermain di peringkat MSSM

atau mewakili negeri dan Negara

- Mempunyai tahap kecergasan yang tinggi

- Kelajuan dan kepantasan amat diperlukan

- Menjadi feeder yang sangat baik kepada GS dan GA

- Bijak mengatur strategi

- Berani

3 WA - Bagi posisi penyerang ketinggian tahap sederhana boleh
diterima

- Boleh bermain di posisi yang lain seperti C dan WD.

- Boleh bermain di lain-lain posisi

- Berpengalaman dan pernah bermain di peringkat MSSM

atau mewakili negeri dan Negara

- Mempunyai tahap kecergasan yang tinggi

- Kelajuan dan kepantasan amat diperlukan

- Menjadi feeder yang sangat baik kepada GS dan GA

- Bijak mengatur strategi
4 C - Berani

- Bagi posisi penyerang ketinggian tahap sederhana boleh

diterima

- Boleh bermain di posisi yang lain seperti WA dan WD.

- Boleh bermain di lain-lain posisi

- Berpengalaman dan pernah bermain di peringkat MSSM

atau mewakili negeri dan Negara

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 20

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

BIL POSISI KEPERLUAN/KEUTAMAAN PEMILIHAN

- Mempunyai tahap kecergasan yang tinggi

- Kelajuan dan kepantasan amat diperlukan

- Menjadi pertahanan atau penghadang dengan baik

- Bijak mengatur strategi

- Berani

5 WD - Bagi posisi penghadang ini ketinggian diutamakan namun
ketinggian tahap sederhana boleh diterima

- Boleh bermain di posisi yang lain seperti WA dan WD.

- Boleh bermain di lain-lain posisi

- Berpengalaman dan pernah bermain di peringkat MSSM

atau mewakili negeri dan negara

- Mempunyai tahap kecergasan yang tinggi

- Kelajuan dan kepantasan amat diperlukan

- Menjadi pertahanan atau penghadang dengan baik

- Bijak mengatur strategi

- Kombinasi yang baik dengan GK

6 GD - Berani
- Bagi posisi penghadang ini ketinggian diutamakan

- Boleh bermain di posisi yang lain seperti WA dan WD.

- Boleh bermain di lain=lain posisi

- Berpengalaman dan pernah bermain di peringkat MSSM

atau mewakili negeri dan Negara

- Mempunyai tahap kecergasan yang tinggi

- Memerlukan ketinggian

- Kelajuan dan kepantasan amat diperlukan

- Menjadi pertahanan atau penghadang dengan baik

- Bijak mengatur strategi

7 GK - Kombinasi yang baik dengan GD
- Berani

- Bagi posisi penghadang ini ketinggian diutamakan

- Boleh bermain di posisi yang lain seperti WA dan WD.

- Boleh bermain di lain-lain posisi

- Berpengalaman dan pernah bermain di peringkat MSSM

atau mewakili negeri dan Negara

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 21

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

KRITERIA PEMILIHAN PEGAWAI BOLA JARING MSS JOHOR KE MSSM

Beberapa kriteria yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan pegawai Bola Jaring
untuk mewakili Pasukan Bola Jaring MSS Johor, antaranya ialah:

1. Pengurus Pasukan
2. Jurulatih
3. Juru Fisioterapi

BIL. KRITERIA KETERANGAN
1. Berkemahiran tinggi
- Mempunyai kemahiran mengurus, melatih
dan mengupayakan pasukan denganbaik.

- Kemahiran mencapai standard yang
tinggi seperti dikehendaki.

2. - Pengalaman dalam MSSJ yang lepas.
Berpengalaman - Berpengalaman membawa pasukan ke

peringkat yang tertinggi seperti MSSM,
Remaja, SUKMA

Tahap Kecergasan - Pegawai yang dipilih mempunyai tahap
3. kecergasan yang tinggi dan berupaya
membantu pasukan dalam semua aspek.

- Kecergasan fizikal, mental dan psikologi.

4. Bertanggungjawab - Bertanggungjawab kepada diri sendiri,
kepada pasukan dan kepada pegawai
lain.

- Bertanggungjawab terhadap semua
tugasan dan amanah yang diberikan
seperti Pengurus Pasukan Jurulatih, dan
Fisioterapi.

- Bersedia memikul tanggungjawab, selain
daripada tugasan yang diberi.

5. Boleh berkomunikasi dan - Boleh dan mampu berkomunikasi dengan
berinteraksi dengan baik baik antara rakan pegawai dan pasukan.

- Mampu memberi arahan dalam
permainan dan sepanjang masa jika
diperlukan.

- Memberi arahan kepada pasukan

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 22

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

6. Semangat kesukanan dengan pendekatan yang sesuai dan
7. Sijil dan kelayakan mesra.

8. Berminat - Mempunyai semangat kesukanan dan
9. Hormat-menghormati daya juang yang tinggi.

- Tidak mudah mengaku kalah dan sentiasa
mengambil berat terhadap kebajikan
pemain.

- Mempunyai sijil kejurulatihan sekurang-
kurangnya Level Pengenalan atau yang
setarafnya.

- Menunjukkan ciri-ciri seorang jurulatih
yang berwibawa.

- Mempunyai sijil perubatan yang diiktiraf
oleh pakar perubatan kerajaan atau
mana-mana Kolej Swasta di negara ini
bagi Ahli Fisioterapi.

- Sangat berminat dan sentiasa
menunjukkan kesungguhan dalam apa
jua yang dilakukan.

- Bersungguh-sungguh membantu pasukan
dalam semua aspek tanpa mengira
jawatan pegawai yang dilantik

- Sangat menghormati antara satu sama
lain.

- Hormat dan patuh kepada arahan yang
diberi oleh pegawai lain serta bersedia
menerima teguran bagi memantapkan
pasukan yang dibentuk.

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 23

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

CADANGAN TARIKH KEM KECEMERLANGAN
MSS JOHOR KE MSSM

BIL PERKARA TARIKH TEMPAT
1 Pendaftaran
2 Kem Kecemerlangan 25 Ogos 2022 Stadium Pasir Gudang
2.00 - 4.00 petang Stadium Pasir Gudang
3 Perjalanan ke Pulau Pinang 25 hingga 31 Ogos 2022
01 hingga 03 September Pulau Pinang
2022
04 September 2022

4 Lapor Diri 04 September 2022 Tempat Penginapan

5 Kejohanan MSSM Berlangsung 05 hingga 08 September Pulau Pinang
2022

6 Perjalanan Balik ke Johor 09 September 2022 Johor

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 24

KEJOHANAN BOLA JARING MSS JOHOR TAHUN 2022

CADANGAN PEGAWAI DAN ATLET
MSS JOHOR KE MSSM

BIL PERKARA P 12 TAHUN P 15 TAHUN P 18 TAHUN JUMLAH
14 Atlet 14 Atlet 14 Atlet 42 orang
1 Latihan Pemilihan 10 Atlet 10 Atlet 10 Atlet 30 orang

2 Latihan - -- 1 orang
Kecemerlangan - -- 1 orang
MSSM
6 orang
3 Pengerusi Teknik
3 orang
4 Pen Pengerusi Teknik 3 orang

5 Pegawai Pasukan Pengurus Pengurus Pengurus
Jurulatih Jurulatih Jurulatih
7 Fisioterapi
8 Pengadil 1 orang 1 orang 1 orang

1 orang 1 orang 1 orang

KENDERAAN MSS JOHOR KE MSSM:
Kenderaan yang diperlukan: Sebuah Bas, Van dan Kereta

Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Johror (MSSJ Tahun 2022 25

BOLA JARING
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2022

BAWAH 12 TAHUN KUMPULAN B KUMPULAN C
KUMPULAN A B1 - KULAI C1 - SEGAMAT
B2 – KOTA TINGGI C2 - TANGKAK
A1 - PONTIAN B3 - MUAR C3 - KLUANG
A2 – PASIR GUDANG B4 – JOHOR BAHRU C4 - MERSING
A3 – BATU PAHAT

BAWAH 15 TAHUN KUMPULAN B KUMPULAN C
KUMPULAN A B1 - PONTIAN C1 - KLUANG
B2 – JOHOR BAHRU C2 – BATU PAHAT
A1 - SEGAMAT B3 - MERSING C3 – KOTA TINGGI
A2 - TANGKAK B4 - KULAI C4 - MUAR
A3 – PASIR GUDANG

BAWAH 18 TAHUN KUMPULAN B KUMPULAN C
KUMPULAN A B1 - BATU PAHAT C1 - MERSING
B2 - PONTIAN C2 - MUAR
A1 - TANGKAK B3 - KULAI C3 – KOTA TINGGI
A2 - SEGAMAT B4 - KLUANG C4 – PASIR GUDANG
A3 - JOHOR BAHRU

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR

TAHUN 2022

Semakan pertama : Mesyuarat Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan MSSJ
bil 3/2010 di Hotel Caterina, Batu Pahat pada 28 Disember 2010.
Semakan kedua :
Mesyuarat Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Serta
Semakan ketiga : Pengurusan Sukan Jabatan Pelajaran Johor Bil 1/2012 di Bilik
Gerakan, JPNJ pada 31 Januari – 1 Februari 2012.
Semakan Keempat :
Semakan Kelima : Mesyuarat Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Serta
Semakan keenam : Pengurusan Sukan MSSJ bil 3/2013 di Bilik Mesyuarat Kesidang,
JPNJ pada 29-30 November 2013.
Semakan Ketujuh :
Mesyuarat Pengurusan Sukan MSSJ Bil 1/2014 di Bilik Mesyuarat
Semakan Kelapan : Unit Sukan Jalan Mohd Amin, pada 5 – 6 Januari 2014.

Bengkel Pemantapan Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Johor di
Pusat Latihan JAKOA, Kluang pada 9 – 11 Disember 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Bil. 2/2017 di
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar pada 2
November 2017

Mesyuarat Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Bil 1/2019
di Bilik Mesyuarat Unit Sukan Jalan Mohd Amin, JPN Johor pada
12 Mac 2019

Bengkel Penyelarasan Takwim dan Pengurusan MSSJ Tahun 2022
di Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Guru, Mersing pada 14 – 16
Disember 2021

PERATURAN 1 : PENGUASAAN

Semua pertandingan di bawah anjuran Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) mestilah mengikut

Peraturan - Peraturan Am Pertandingan yang sedang berkuatkuasa sekarang.

PERATURAN 2 : PENGELOLAAN

Semua pengelolaan pertandingan permainan MSSJ akan dikelolakan oleh MSS Negeri Johor

yang mana boleh menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan kepada mana-mana Majlis

Sukan Sekolah Daerah (MSSD) atau Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh Jawatankuasa

Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Johor.

PERATURAN 3 : UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang permainan Antarabangsa yang dikuatkuasakan akan menjadi undang-undang

rasmi pertandingan, melainkan jika ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan

permainan MSS Johor.

PERATURAN 4 : KELAYAKAN

4.1 Peserta

4.1 Kelayakan Am.
4.1.1. Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah-sekolah rendah

dan menengah serta sekolah swasta yang telah mendaftar menjadi ahli

gabungan MSSJ adalah layak menyertai pertandingan permainan MSS

Johor .

4.1.2. Pelajar yang BUKAN warganegara Malaysia digalakkan mengambil
bahagian dalam kejohanan MSSJ tetapi tidak layak mewakili MSSJ ke
peringkat MSSM.

4.1.3. Kelayakan mewakili Daerah/MSSD adalah mengikut daftar sekolah terkini
seseorang pelajar melainkan pelajar sekolah sukan (SSN / SSM) dan
akademi permainan kebangsaan yang diiktiraf oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

4.1.4. Bagi pelajar Sekolah Sukan Malaysia dan yang sedang mengikuti latihan

akademi permainan kebangsaan yang diiktiraf dibenarkan turut serta

dalam kejohanan MSSJ sebagai peserta bebas untuk melayakkan diri ke

peringkat MSSM terutama bagi permainan seperti berikut ;

4.1.4.1 Memanah

4.1.4.2 Boling Tenpin

4.1.4.3 Golf

4.1.4.4 Akuatik

4.1.4.4 Ping Pong

Pelajar yang dibenarkan adalah pelajar yang sebelum ini sekolah asalnya
adalah dalam negeri Johor.

4.2. Pelajar Sekolah Harian.

4.2.1. Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia tidak layak menyertai semua
pertandingan MSS Johor .

4.2.2. Pelajar Tingkatan 6 Rendah hanya menjadi pelajar Tingkatan 6 Rendah
mengikut tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan oleh Bahagian
Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan tertakluk kepada syarat
umur 18 tahun ke bawah.
4.2.2.1 Bagi sukan Akuatik pelajar Tingkatan 6 tidak dibenarkan

bertanding selaras dengan peraturan renang MSSM

4.2.3. Pelajar-pelajar mengulang (jika ada) adalah tertakluk kepada had umur
peserta ( Peraturan 5 ).

4.3. Pelajar Sekolah Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan yang bergabung dengan
MSS Johor

4.3.1. Sekolah swasta / Sekolah Agensi Kerajaan lain yang dibenarkan
bermaksud sekolah yang diluluskan pendaftarannya oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan bergabung dan membayar yuran penuh kepada
MSSJ.

4.3.2. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Pejabat Pendidikan Daerah untuk
menggalakkan sekolah-sekolah ini bergabung dengan MSSJ dengan
menulis surat hasrat bergabung kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan
sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

4.3.3. Murid sekolah swasta perlu menunjukkan bukti ia sedang belajar sepenuh
masa di sekolah berkenaan supaya layak bertanding dalam kejohanan
MSSD/MSSJ/MSSM.

4.3.4. Murid yang hendak menyertai kejohanan MSSJ hendaklah didaftarkan di
Institusi Pendidikan swasta yang bergabung selama 3 bulan sebelum tarikh
kejohanan dan hadir sekurang- kurangnya 75% hari persekolahan.

4.3.5. Murid-murid sekolah swasta lepasan Tingkatan Lima yang menyambung
pelajaran secara berterusan (seperti Senior Middle Three/Sekolah Tinggi
Agama) layak menyertai pertandingan permainan MSSD/MSSJ/MSSM.

4.3.6. Pelajar-pelajar sekolah swasta yang sedang menunggu keputusan
peperiksaan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah tidak layak
menyertai kejohanan peringkat MSSD/MSSJ/MSSM.

4.3.7. Pelajar yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat
keputusan peperiksaan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia layak
menyertai pertandingan permainan Daerah/MSSJ/MSSM dengan syarat
pelajar ini berdaftar untuk Tingkatan 6 dan hanya menjadi pelajar
Tingkatan 6 Rendah mengikut tarikh pendaftaran untuk pelajar Tingkatan6
Rendah di sekolah Kerajaan.

4.4. Murid Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN) Pusat
Kecemerlangan Hoki MSSJ (SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat), Pusat
Kecemerlangan Kriket MSSJ (SMK Sri Kenangan, Segamat & SMK Medini,
Johor Bahru)

4.4.1. Murid yang sedang belajar di SSM / SSN dan Pusat Kecemerlangan MSSJ
dasarnya boleh mewakili Daerah dan Negeri asal tempat ia bersekolah
(sekolah terakhir) di dalam pertandingan MSSJ/MSSM (kecuali dalam
pertandingan memanah, boling tenpin dan golf) sekiranya mendapat
pelepasan daripada SSM dan SSN tersebut.

4.4.2. Bagi pelajar SSN dibenarkan mewakili sekolah asal mereka dalam
kejohanan MSSD dengan syarat pelajar ini telah mendaftar terlebih
dahulu ke tingkatan satu di sekolah berkenaan sebelum berpindah ke
sekolah sukan negeri. (Bukti senarai nama pelajar telah didaftarkan
didalam buku daftar sekolah perlu dilampirkan)

4.4.3. Bagi peserta pertandingan memanah, boling tenpin dan golf adalah
dibenarkan mewakili sekolah asal bagi kejohanan MSSD. Walau
bagaimanapun di peringkat MSSJ penyertaan peserta ini masih tertakluk
dibawah peraturan 4.1.4 kelayakan am.

4.4.4. Jika khidmat murid berkenaan tidak diperlukan oleh daerah/MSSD
asalnya maka ia dibenarkan mewakili daerah/MSSD lain dengan
syarat MSSD berkenaan mendapatkan kebenaran bertulis daripada
MSSD/PPD asal pemain.

4.4.5. Pemain yang mewakili MSSD lain tanpa mendapat kebenaran daripada
MSSD asalnya tidak dibenarkan bertanding di Kejohanan MSSJ dan
tindakan disiplin boleh diambil terhadap MSSD untuk tindakan tatatertib.

4.4.6. Murid yang memasuki semula sekolah harian dari SSM dan SSN
hendaklah mewakili daerah di mana sekolah terkini murid berkenaan
sedang belajar.

4.4.7. Pelepasan murid SSM dan SSN mestilah mengikut prosedur yang
telah ditetapkan oleh Sekolah berkenaan dan Bahagian Sukan,
Kementerian Pendidikan Malaysia (SSM) dan menjadi tanggungjawab
pegawai MSSD mengambil dan menghantar balik serta
mengutamakan keselamatan dan kebajikan peserta.

PERATURAN 5 : MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH ( MSSD )

5.1. MSSJ dibahagikan kepada MSSD yang berikut :

5.1.1. MSSD BATU PAHAT 5.1.7 MSSD PONTIAN

5.1.2. MSSD JOHOR BAHRU 5.1.8 MSSD SEGAMAT

5.1.3. MSSD KLUANG 5.1.9 MSSD MERSING

5.1.4. MSSD PASIR GUDANG 5.1.10 MSSD LEDANG

5.1.5. MSSD KULAIJAYA 5.1.11 MSSD K. TINGGI & PENGERANG

5.1.6. MSSD MUAR

5.2. Semua MSSD adalah layak mengambil bahagian di dalam semua jenis pertandingan
permainan anjuran MSSJ .

5.3. Tiap-tiap MSSD hanya berhak menghantar satu pasukan sahaja, mengikut kumpulan
umur, dalam sesuatu pertandingan permainan melainkan ada sesuatu ketetapan khas
dibuat.

PERATURAN 6 : HAD UMUR PESERTA

6.1. Selain daripada ketetapan had umur, pertandingan permainan MSSJ adalah seperti
berikut:
6.1.1. Sekolah Menengah

- 18 tahun dan ke bawah
- 15 tahun dan ke bawah
- 14 tahun dan ke bawah
6.1.2. Sekolah Rendah

- 12 tahun dan ke bawah
- 11 tahun dan ke bawah

6.2. MSS Johor boleh dan berhak mengadakan pertandingan diperingkat umur selain daripada
yang dinyatakan bagi tujuan pembangunan dan kejohanan bertaraf terbuka.

6.3. Semua pertandingan dalam kumpulan umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bertanding
pada kategori sekolah rendah sahaja.

6.4. Kiraan umur adalah pada 1 hb.Januari dalam tahun pertandingan seperti pada sijil
Surat Beranak yang menunjukan pendaftaran sebelum murid itu memasuki darjah 1
sekolah rendah.

6.5. Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur
sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama kecuali sesuatu ketetapan
khas dilakukan.

6.6. Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta tidak dibenarkan menyertai
pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya.

6.7 Peserta sekolah menengah hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan.
Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai surat gantian atau apa
jua dokumen yang digunapakai oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan bagi peserta
sekolah rendah hendaklah bersedia menunjukkan salinan sijil beranak yang disahkan oleh
Guru Besar dimana murid itu sedang belajar.

6.8 Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu ( Borang R 01 / M
01) secara individu berserta gambar ukuran pasport dengan menyertakan salinan kad
pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan
Sekolah peserta berkenaan.

PERATURAN 7 : JENIS PERMAINAN / PERINGKAT UMUR DAN
PERTANDINGAN

MAKLUMAT

BIL SUKAN JENIS SISTEM PERTANDINGAN
PERTANDINGAN

1 Merentas Desa Individu & Berpasukan Akhir
(L & P – B12/15/18 )

2 Akuatik Individu Akhir
(L & P - B12/15/18)

3 Skuasy Individu Liga Dalam Kumpulan
(L & P - B12/15/18) Individu Sistem Kalah Keluar
Berpasukan Liga Dalam Kumpulan
4 Badminton Berpasukan Liga Dalam Kumpulan
(L & P - B12/15/18)

5 Sofbol
(L & P - B12/18)

6 Bola Keranjang
(L & P - B12/18)

7 Sepak Takraw Berpasukan Liga Dalam Kumpulan
(L - B12/15/18) Individu & Berpasukan Akhir

8 Gimnastik Artistik Berpasukan Liga Dalam Kumpulan
(L & P - B12/15/18) Berpasukan Liga Dalam Kumpulan

9 Ragbi
(L- B12/18)

10 Bola Baling
(L & P – B12/18 )

11 Gimnastik Berirama Individu & Berpasukan Akhir
(P - B12/15/18)

Ping Pong Individu & Beregu Liga Dalam Kumpulan
12 (L & P - B12/18)
Individu & Berpasukan Akhir
Golf
13 (L & P - B12/15/18 )

Pelayaran Individu Akhir
14 (L & P - B12/15/18)

15 Balapan Dan Padang Individu & Berpasukan Separuh Akhir / Akhir
(L&P B12/15/18)

MAKLUMAT

BIL SUKAN JENIS JENIS PERTANDINGAN
PERTANDINGAN

16 Bola Tampar Berpasukan Liga Dalam Kumpulan
(L & P - B12/18)

17 Hoki Berpasukan Liga Dalam Kumpulan
(L & P - B12/18)

18 Bola Jaring Berpasukan Liga Dalam Kumpulan
(P - B12/15/18)

19 Catur Individu Swiss Sistem
(L & P - B12/15/18) Berpasukan Liga Dalam Kumpulan

20 Bola Sepak Individu Akhir
(L - B12/15/18) Individu & Berpasukan Akhir
Liga Dalam Kumpulan
21 Boling Tenpin Berpasukan Pusingan Kalah Mati
(L & P - B12/15/18) Individu Akhir / Separuh Akhir
Liga Dalam Kumpulan
22 Memanah Individu & Berpasukan
(L & P - B12/15/18 ) Berpasukan

23 Kriket
(L - B12/18)

24 Tenis
(L & P – B12/15/18)

25 Balapan Dan Padang
(L&P B11/14)

26 Ragbi 10 sepasukan
(L - B15)

7.24 Permainan-permainan di atas boleh ditambah atau dikurangkan dari masa ke semasa dan
akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan denganpersetujuan
Jawatankuasa Pengurusan MSS Johor.

PERATURAN 8 : BILANGAN PESERTA DALAM PASUKAN

8.1. Tiap-tiap MSSD dibenarkan mendaftar bilangan peserta dan pegawai mengikut jadual di
bawah bagi satu pasukan :

Bil Permainan Jenis Pertandingan Peserta Pegawai
1 Badminton Individu 3/18 3

2 Bola Jaring Berpasukan 12 4

3 Bola Keranjang Berpasukan 12 4

4 Bola Sepak Berpasukan 18 4

5 Bola Tampar Berpasukan 12 3/4

6 Boling Tenpin Ind/beregu/pasukan/master 4/24 8

7 Gimnastik Individu/Berpasukan 6/36 9

8 Gimrama Individu/Berpasukan 9/27 3

9 Hoki Berpasukan 18 4

10 Kriket Berpasukan 15 4

11 Memanah Individu/Berpasukan 4/24 6

12 Merentas Desa Individu/Berpasukan 6/36 6

13 Olahraga Individu/Berpasukan Tertakluk kepada Daerah

14 Ping Pong Individu & Beregu 4/16 7

Ragbi L18 Berpasukan 25 5

15 Ragbi L15 Berpasukan 15 3

Ragbi L12 Berpasukan 12 3

Akuatik Terbuka School Based
16 Terbuka

Terjun

17 Sepak Takraw Regu 12 4

18 Skuasy Individu & Berpasukan 4/24 3

19 Catur Individu 6/36 8

20 Sofbol Berpasukan 15 4

21 Tenis Individu 4/24 6

22 Bola Baling Berpasukan 12 4

23 Perahu Layar Berpasukan/Individu Tertakluk kepada Daerah

24 Golf Individu Tertakluk kepada Daerah

8.2 Pasukan-pasukan yang mengandungi peserta perempuan mesti dengan seorang
pegawai wanita.

PERATURAN 9 : PENDAFTARAN

9.1. Borang Pendaftaran

9.1.1. Pengelola dikehendaki memberitahu dan memaklumkan kepada semua
MSSD di Negeri Johor untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dibawah
kelolaanya sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh pertandingan. Manakala
MSSD hendaklah memberitahu penyertaannya 3 minggu sebelum tarikh
pertandingan.

9.1.2 Tiap pasukan hendaklah mendaftar nama pegawai yang mengandungi maklumat
seperti berikut:

1. Nama (mengikut kad Pengenalan)
2. No.Kad Pengenalan
3. Gred Jawatan
4. Nama Penuh Sekolah
5. No.Tel majikan dan No Telefon bimbit
6. No Fax majikan dan email.

9.1.3 Setiap pemain hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran Individu yang
dinamkan Borang M01 ( sekolah Menengah) / R01 ( sekolah rendah ) yang
mengandungi 5 bahagian maklumat seperti berikut:

Bahagian 1 : Sukan, Jantina dan Kumpulan Umur

Bahagian 2 : 1. Nama ( mengikut kad Pengenalan/Surat Beranak)

2. Alamat Rumah Pemain

3. No.Kad Pengenalan/Surat Beranak
4. No Telefon Rumah
5. Tingkatan/Tahun
6. Tarikh Daftar/Daftar semula sekolah
7. No Daftar Sekolah
8. Angka Giliran Peperiksaan Am

Bahagian 3 : Akuan Kebenaran Ibubapa/Penjaga

Bahagian 4 : Akuan Pengetua/Guru Penolong Kanan

Bahagian 5 : Akuan Pengurus Pasukan dan Setiausaha Agung

Nota : Kosongkan bahagian 5 untuk pertandingan di

peringkat MSS Johor.

9.1.4 Borang R02 dan M02 hanya hendaklah dipenuhkan untuk semua acara
berpasukan.

9.1.5 Borang pendaftaran mestilah lengkap butiran dan hendaklah disampaikan kepada
Jawatankuasa Pengelola semasa taklimat pengurus pasukan atau sebelum tarikh
pertandingan dimulakan kecuali Kejohanan Olahraga dan Renang 7 hari sebelum
pertandingan.

9.1.6 Jawatankuasa Pengelola berhak menolak mana-mana borang pendaftaran yang
tidak lengkap sebagaimana yang dikehendaki seperti perkara (9.1.3) .

PERATURAN 10 : TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA PERMAINAN SELAIN
DARIPADA KERJA TERTENTU MENGIKUT PERLEMBAGAAN
MAJLIS

10.1. Menetapkan tempat,masa,jadual pertandingan dan surat siaran kepada semua MSSD
(Rujuk 8.1)

10.2. Mendapatkan nasihat dan kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Johor jika melibatkan
orang kenamaan samada di kalangan ahli politik dan lain-lain kenamaan di peringkat
Negeri atau Persekutuan di sesuatu majlis rasmi sempena kejohnanan yang berkaitan.

10.3. Jawatankuasa Pengelola Permainan boleh membentuk lain-lain Jawatankuasa Keciluntuk
menjalankan tugas-tugas Jawatankuasa tersebut.

10.4. Melantik Pegawai-pegawai pertandingan yang diperlukan.

10.5. Menyediakan alat-alat dan persediaan yang diperlukan seperti tempat
pertandingan(padang/Gelanggang),tempat penginapan,makanan dan lain-lain perkara
yang berkaitan dan memberitahu kepada semua MSSD nama dan jenis alatan sekurang-
kurang sebulan sebelum tarikh pertandingan.

10.6. Menyelesaikan perkara-perkara displin,rayuan,pemilihan dan lain-lain yang difikirkanperlu
berkaitan dengan pertandingan.

10.7. Menjemput semua MSSD dan Pengerusi Teknik permainan yang berkenaan hadir untuk
menyediakan cabutan undian pertandingan. Pengelola hendaklah memberitahu Urusetia
MSSM Negeri Johor tarikh, tempat undian dijalankan untuk mengarahkan Pengerusi
Teknik menjalankan dan menyaksikan cabutan undian Pertandingan.

10.8. Mengedarkan segala surat siaran dalam masa 4 minggu sebelum pesta/kejohanan dan

keputusan penuh dalam masa 2 minggu kepada :

10.8.1. Yang Dipertua MSSM Negeri Johor - 1 salinan

10.8.2. Setiausaha Agung MSSM Negeri Johor - 3 salinan

10.8.3. Setiausaha MSS Daerah - 3 salinan

10.8.4. Pengerusi Teknik Permainan - 1 salinan

10.9 Menghantar kepada setiausaha MSSM Negeri Johor laporan lengkap kejohanan / pesta
dalam masa 1 bulan selepas pertandingan.

PERATURAN 11 : SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan mengikut cara liga dan/atau kalah mati seperti berikut :

11.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )

Pusingan Pertama
Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan
kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Johan - Kumpulan A

Naib Johan - Kumpulan B

Ketiga - Kumpulan C

Keempat - Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan
cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan Kedua (Suku Akhir)
Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingansuku
akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan adalah ditetapkan
sebagaimana berikut :

Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan akan didahulukan untuk
ditempatkan di Kedudukan 1,3,5 dan 7.

Undian bagi 2 pasukan Pemenang Kedua Kumpulan untuk ditempatkan di Kedudukan 2
atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama Kumpulannya telah diundi dan ditempatkan di
kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga
untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki
Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan
yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

1
2

3
4

5
6
7
8
Pusingan Kedua (Separuh Akhir)
Johan setiap kumpulan akan masuk ke pusingan separuh akhir dan pertandingan akan
dijalankan secara kalah mati.
Johan A akan bertemu Johan D dan Johan B akan bertemu Johan C

11.2 Cara Liga Tiga Kumpulan

11.2.1 Pusingan Pertama

11.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka
hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.

11.2.1.2 Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:

Kumpulan A - Johan tahun lalu

Kumpulan B - Naib Johan tahun lalu

Kumpulan C - Tempat Ketiga tahun lalu

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut
melalui undian.

11.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil

bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.

11.2.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)

11.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke
dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.

11.2.2.2. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.

11.2.2.3. Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan
ke kumpulan Y.

11.2.2.4 Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari
Johan kumpulannya.

11.2.3 Pusingan Separuh Akhir

11.2.3.1 Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan Kumpulan Y dan Johan
Kumpulan Y akan melawan Naib Johan Kumpulan X.

11.2.2.5.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

11.2.4 Pusingan Kedua (Separuh Akhir)

11.2.4.1 Jika 10 pasukan bertanding jumlah pasukan setiap
kumpulan ialah 4, 3, 3.

11.2.4.2 Jika 11 pasukan bertanding jumlah pasukan setiap
kumpulan ialah 4, 4, 3

11.2.4.3 Peringkat separuh akhir ;

Johan A lwn Johan B/C (Undian)

Naib Johan A lwn Johan B/C

11.2.5 Pusingan Akhir

Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki
Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-
pasukan yang kalah (bagi sukan tertentu sahaja) akan bermain untuk menentukan
tempat ketiga dan keempat.

11.3. Cara Liga 2 kumpulan.

11.3.1 Pusingan Pertama

11.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan
hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

11.3.1.2. Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam Kumpulan A dan Naib Johan serta tempat
ketiga ditempatkan dalam kumpulan B

11.3.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan
dengan cabutan undi.

11.3.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.

11.3.2 Pusingan kedua

11.3.2.1 Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan B dan
Johan Kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A.

11.3.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

11.3.3 Pusingan Akhir

11.3.3.1 Johan Kumpulan A atau Naib Johan kumpulan B akan melawan
Johan Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk
menentukan Johan dan Naib Johan

11.3.3.2 Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan
menentukan tempat ketiga dan keempat.

11.4. Cara Liga Satu Kumpulan

11.4.1 Sekiranya empat hingga lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan
dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan
diisytiharkan sebagai JOHAN.

11.4.2 Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang mengambil bahagian
pertandingan tidak akan dilangsungkan.

11.5 Jika 5 Pasukan dan kurang daripada 5 pasukan :

Sekiranya 5 atau kurang daripada 5 pasukan mengambil bahagian, pertandingan secara
liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi dikira
sebagai pemenang.

PERATURAN 12 : PAKAIAN PEMAIN

12.1 Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam, sesuai mengikut jenis
permainan dan undang-undang yang mengawal permainan tersebut.

12.2 Nombor-nombor pada jersinya hendaklah sama dengan nombor-nombor yang
didaftarkan dalam senarai pendaftaran dan mengikut undang-undang tiap-tiap
permainan.

12.3 Pemakaian kasut/boot hendaklah yang bersesuaian mengikut peraturan permainan
tertentu dan pemakaian seluar ketat (tights) tidak dibenarkan.

12.4 Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warna, pasukan yang mula-mula
tercatat dalam Jadual Pertandingan hendaklah menukar warna bajunya. Walau
bagaimanapun bagi permainan yang telah menetapkan warna khusus jersi MSSD oleh
Jawatankuasa Tekniknya, maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi, melainkan ada
ketetapan lain mengenainya.

PERATURAN 13 : PENANGGUHAN

13.1 Segala permohonan penangguhan sesuatu Kejohanan/Pesta yang telah ditetapkan dan
diputuskan dalam takwim hendaklah dimajukan kepada Setiausaha MSSJ tidak kurang
daripada 20 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

13.2 Sekiranya Pengadil Rasmi/Jawatankuasa Pengelola berpendapat bahawa keadaan
cuaca atau lain-lain sebab tidak membolehkan perlawanan dijalankan, maka perlawanan
itu boleh ditangguhkan.

13.3 Jawatankuasa Pengelola berhak menentukan tempat, tarikh dan masa untuk perlawanan
tersebut diadakan lagi.

PERATURAN 14 : MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

14.1 Pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan setelah bersetuju dan diterima
menyertai pertandingan tersebut yang disahkan oleh MSSD.

14.2 Sebarang tindakan menarik diri oleh sesuatu pasukan atau peserta adalah dianggap
bertentangan dengan semangat kesukanan dan pasukan atau peserta itu dikehendaki
memberi penjelasan bertulis kepada Yang DI Pertua MSS Johor .

14.3 Sebarang tindakan menarik diri oleh peserta tanpa alasan yang munasabah setelah dipilih
menjalani latihan atau telah mengesahkan penyertaannya akan dikenakan tindakan
tatatertib/digantung penyertaan selama setahun daripada menyertai pertandingan di
peringkat Daerah dan Negeri pada tahun berikutnya serta patuh kepada perkara 15.2

14.4 Sekiranya sesuatu pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan maka semua keputusan pertandingan yang telah dipertandingkan oleh

pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkan memasuki sebarang
pertandingan seterusnya.

PERATURAN 15 : PENGADILAN

15.1 Hanya Pegawai-pegawai yang bertauliah, berpengalaman yang terdiri daripada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan akan dilantik untuk bertugas sebagai Pengadil / Hakim dalam
pertandingan MSSJ .

15.2 Sekiranya MSSD yang mengelolakan pertandingan MSSJ memerlukan khidmat Pengadil

/ Hakim selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kebenaran bertulis daripada
Urusetia MSSJ hendaklah diperolehi dan bersedia mematuhi “ Perintah Am Kerajaan
Malaysia ” dan Peraturan Am MSSJ .

15.3 Jawatankuasa Pengelola berhak melantik Ketua Pengadil dan Pengadil-Pengadil/Hakim
yang lain untuk bertugas dalam Pertandingan MSSJ .

15.4 Perlantikan Pegawai Teknikal/Pengadil akan berdasarkan kepada :

15.4.1 Yang bertauliah di bawah Badan Kebangsaan
15.4.2 Yang bertauliah di bawah Badan MSSM
15.4.3 Yang bertauliah di bawah Badan Negeri
15.4.4 Yang bertauliah di bawah Badan MSSM Negeri Johor
15.4.5 Berpengalaman dalam permainan itu jika (16.4.1) hingga (16.4.3) tidak didapati.

15.5 Di mana yang boleh Pengadil hendaklah terdiri daripada pasukan yang tidak terlibat dalam
satu-satu perlawanan.

15.6 Pelajar-pelajar Sekolah tidak dibenarkan mengadili dalam mana-mana pertandingan
MSSJ kecuali dinyatakan lain.

15.7 MSSJ akan menyediakan Panel Pengadil bagi satu-satu Kejohanan / Pesta jika diminta
oleh pengelola dengan memaklumkan kepada Unit Sukan 2 minggu sebelum
pertandingan dijalankan.

15.8 Setiap pasukan hendaklah mencalonkan pengadil sebagaimana yang telah ditetapkan.

15.9 Pengadil yang telah dilantik akan diberikan surat tunjuk sebab kepada majikan masing-
masing jika;

15.9.1 telah bersetuju bertugas ( tiada di sekolah ) dan tidak melaporkan diri .

15.9.2 Pengadil yang telah bertugas dan melaporkan diri tetapi meninggalkan tempat
pertandingan sebelum kejohanan berakhir tanpa memaklumkan kepada pengelola
secara lisan atau bertulis rekod .

PERATURAN 16 : BANTAHAN

16.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang Pegawai Pasukan hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada satu jam
selepas tamat perlawanan melainkan dinyatakan lain dalam Undang-Undang Permainan.

16.2 Tiap-tiap bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM 300.00 (RINGGIT
MALAYSIA : TIGA RATUS SAHAJA) bagi acara BERPASUKAN dan INDIVIDU. WANG
TERSEBUT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN JIKA DIDAPATI BANTAHAN ITU TIDAK
BERASAS.

PERATURAN 17 : LEMBAGA RAYUAN

17.1 Jawatankuasa Pengelola dikehendaki menubuhkan satu Lembaga Rayuan yang
mengandungi :

Penasihat - Yang Dipertua atau wakilnya
Pengerusi - PengerusiJ/Kuasa Pengelola Kejohanan
Setiausaha - Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio)
Ahli - Pengerusi Teknik Permainan yang berkenaan.
3 orang Pengurus Pasukan / Wakil daripada pasukan MSSD yang
tidak terlibat.

17.2 Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minima) atau 7 orang
(maksima) daripada sekurang-kurang 3 pasukan.

17.3 Bagi Olahraga dan Renang Juri Rayuan adalah dilantik khas oleh J/Kuasa Pengelola
terdiri daripada Pegawai Teknik bertauliah dan berpengetahuan dalam permainan
tersebut seperti bilangan di atas.

PERATURAN 18 : LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN

Semua perkara tatatertib akan diputuskan oleh sebuah lembaga tatatertib yang terdiri daripada :

Penasihat - Yang Dipertua atau wakilnya
Pengerusi - Pengerusi J/Kuasa Pengelola Kejohanan atau wakilnya
Setiausaha Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio)
Ahli - Pengerusi Teknik Permainan MSSJ yang berkenaan.
- Seorang ahli yang terdiri daripada wakil MSSD yang tidak terlibat.

PERATURAN 19 : TINDAKAN TATATERTIB / PENGANTUNGAN

19.1 Lembaga ini bertanggungjawab untuk :

19.1.1 Mengambil tindakan mengenai displin murid-murid, pegawai-pegawai dan
pegawai-pegawai Kejohanan yang berkenaan bagi semua perkara semasa
Kejohanan/Pesta dijalankan seperti berikut :

(i) Memberi amaran
(ii) Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
(iii) Menyingkirkan daripada Keseluruhan Kejohanan / Pesta
(iv) Mengarahkan pemain dihantar pulang
(v) Menghantar laporan kepada MSS Daerah berkenaan supaya mengambil

tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman
yang digunapakai oleh Pertubuhan Kebangsaan

19.1.2 Membuat laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada Lembaga
Tatataertib MSSJ selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat Kejohanan/Pesta dan
membuat syor dan cadangan yang sewajarnya perlu diambil.

19.2 Sesuatu pasukan pemain yang diperintah keluar padang dalam tempuh permainan oleh
kerana tindakan tatatertib,pasukan/pemain itu dikehendaki hadir untuk memberi
kenyataan dihadapan Lembaga Tatatertib apabila dipanggil. Pasukan/Pemain itu tidak
dibenarkan menyertai dalam pertandingan sehingga Lembaga Tatatertib memberi
keputusan.

19.3 Seseorang pegawai / pemain yang digantung permainannya oleh badan sukan seperti
berikut :
19.3.1 Sekolah
19.3.2 Majlis Sukan Sekolah Daerah
19.3.3 Majlis Sukan Daerah
19.3.4 Majlis MSS Johor
19.3.5 Majlis Sukan Sekolah Malaysia
19.3.6 Persatuan Permainan Daerah dan Negeri
19.3.7 Persatuan Permainan Kebangsaan

adalah TIDAK dibenarkan menyertai sebarang pertandingan dalam tempoh
penggantungannya.

19.4 Kes Penggantungan

19.4.1 Pasukan, Pegawai atau Pemain yang digantung oleh Sekolah, MSSD, MSSJdan
MSSM kerana pelanggaran etika pertandingan dan permainan hendaklah
dilaporkan kepada Persatuan Permainan Negeri atau Persatuan Permainan
Kebangsaan yang berkenaan.

19.5 Kes-Kes Pelanggaran Disiplin

19.5.1 Semua Pengurus, Pegawai Pasukan, Pegawai Teknik dan Pemain hendaklah
patuh kepada “ PERINTAH AM KERAJAAN MALAYSIA ” berhubung dengan

tatacara dan disiplin semasa menyertai Kejohanan MSSJ .

19.5.2 Bagi kes-kes disiplin berat yang berlaku dan melibatkan pegawai-pegawai
pasukan, pihak Pengelola Pertandingan hendaklah melaporkan kepada
Jawatankuasa Tertinggi MSSJ untuk tindakan selanjutnya.

19.5.3 Tindakan tatatertib berdasarkan ‘Perintah Am Kerajaan Malaysia’ akan diambil
kepada pegawai-pegawai yang didapati sabit kesalahan.

19.5.4 Pegawai yang didapati bersalah atas tuduhan tatatertib akan dilapurkan oleh
Jawatankuasa Pengelola kepada Lembaga Tatatertib MSSJ .

PERATURAN 20 : LEMBAGA TATATERTIB MSS NEGERI JOHOR

20.1 Semua tindakan tatatertib yang diambil oleh Lembaga Tatatertib Pertandingan hendaklah
disampaikan kepada Lembaga Tatatertib MSSJuntuk tindakan selanjutnya.

20.2 Lembaga Tatatertib MSSJ mengandungi seperti berikut :

Pengerusi - Yang Dipertua MSSJ

N.Pengerusi - Timbalan Yang Dipertua MSSJ

Setiausaha - Setiausaha Agung MSSJ

Ahli - Penolong Setiausaha Agung MSSJ

Pengerusi J/Kuasa Pengelola Permainan yang berkenaan.

PERATURAN 21 : JAWATANKUASA PEMILIHAN

Jawatankuasa Pengelola dikehendaki menubuhkan satu Jawatankuasa Pemilihan :

Penasihat - Yang Dipertua atau wakilnya

Pengerusi - Pengerusi Teknik permainan berkenaan

Setiausaha - Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio)

Ahli - Semua Pengurus-pengurus Pasukan atau wakilnya.

PERATURAN 22 : PENYERTAAN PELAJAR/GURU DALAM PERTANDINGAN
ATAU KEJOHANAN SUKAN ANJURAN PERSATUAN ATAU
BADAN INDUK SUKAN

22.1 Semua pelajar dan guru hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Jabatan
Pelajaran Johor terlebih dahulu sebelum menyertai sesuatu pertandingan anjuran
Persatuan Sukan atau badan Induk SESUAI DENGAN PEKELILING Ikhtisas Bil 7/88
bertarikh 10 Mac 1988 yang masih berkuatkuasa.

22.2 Mana-mana Persatuan Sukan tidak dibenarkan membuat pemilihan daripada kejohanan
atau pertandingan anjuran MSSJ melainkan mendapatkan kebenaran bertulis terlebih
dahulu atau kerana kejohanan dibuat dengan kerjasama MSSJ .

PERATURAN 23 : TINDAKAN MAHKAMAH / KENYATAAN AKHBAR DAN MEDIA

23.1 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa pengelola
Pertandingan MSSM Negeri Johor berhubung dengan kejohanan yang diadakan.

23.2 Semua perkara atau pegawai yang menyertai Kejohanan Permainan MSSM Negeri Johor
dilarang membuat sebarang kenyataan akhbar/media elektronik berhubung dengan
kejohanan kecuali Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau pihak yang
dipertanggungjawab.

PERATURAN 24 : HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda
kepunyaan seseorang pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan asrama dan sebarang
kemalangan, kecederaan dan kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walau bagaimana pun
beberapa persediaan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan itu.

PERATURAN 25 : PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Am ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan/Pesta yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

PERATURAN 26 : PINDAAN/TAMBAHAN PERATURAN

MSS Johor berhak meminda atau menambah Peraturan Pertandingan mengikut perkembangansemasa.

Jawatankuasa Teknikal & PengurusanMajlis
Sukan Sekolah Johor

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C
MSSD TANGKAK MSSD BATU PAHAT MSSD MERSING
MSSD SEGAMAT MSSD PONTIAN MSSD MUAR
MSSD JOHOR BAHRU MSSD KULAI MSSD KOTA TINGGI
MSSD KLUANG MSSD PASIR GUDANG
-

TARIKH NO.PER KUMP MASA PERLAWANAN CATATAN

09 OGOS PUSINGAN AWAL
2022
1 A 02.00 PTG TANGKAK lwn SEGAMAT
(SELASA)
2 B 02.45 PTG BATU PAHAT lwn PONTIAN
10 OGOS
2022 3 B 03.30 PTG KULAI lwn KLUANG
(RABU)
4 C 04.15 PTG MERSING lwn MUAR
11 OGOS
2022 5 C 05.00 PTG KOTA TINGGI lwn PASIR GUDANG

(KHAMIS) 6 A 08.00 PG TANGKAK lwn JOHOR BAHRU

7 B 08.45 PG BATU PAHAT lwn KULAI

8 B 09.30 PG PONTIAN lwn KLUANG

9 C 10.15 PG MERSING lwn KOTA TINGGI

10 C 11.00 PG MUAR lwn PASIR GUDANG

11 A 11.45 PG JOHOR BAHRU lwn SEGAMAT

12 B 12.30 TGH KULAI lwn PONTIAN

13 B 01.15 PTG KLUANG lwn BATU PAHAT

14 C 02.00 PTG KOTA TINGGI lwn MUAR

15 C 02.45 PTG PASIR GUDANG lwn MERSING

4.00 PETANG - UNDIAN PUSINGAN KEDUA

PUSINGAN KEDUA

16 X 08.00 PG X1 lwn X2

17 Y 08.45 PG Y1 lwn Y2

18 X 09.30 PG X1 lwn X3

19 Y 10.15 PG Y1 lwn Y3

20 X 11.00 PG X2 lwn X3

21 Y 11.45 PG Y2 lwn Y3

PUSINGAN AKHIR

TEMPAT NAIB JOHAN X lawan
22 3 & 4 03.00 PTG NAIB JOHAN Y

JOHAN & JOHAN X lawan
23 N.JOHAN 04.00 PTG JOHAN Y

5.00 PETANG MAJLIS PENUTUPAN RASMI DAN

PENYAMPAIAN HADIAH

KUMPULAN A

PASUKAN MSSD MSSD MSSD JOHOR MATA KEDUDUKAN
TANGKAK SEGAMAT BAHRU
MSSD
TANGKAK

MSSD
SEGAMAT

MSSD
JOHOR
BAHRU

JOHAN :
NAIB JOHAN :

CARTA KEPUTUSAN
KATEGORI

18 TAHUN

KUMPULAN B

PASUKAN MSSD MSSD MSSD MSSD
PONTIAN KULAI KLUANG MATA KEDUDUKAN
MSSD BATU
BATU PAHAT PAHAT

MSSD
PONTIAN

MSSD
KULAI

MSSD
KLUANG

JOHAN :
NAIB JOHAN :


Click to View FlipBook Version