PERKASTRA (PERBENDAHARAAN KATA SASTERA)
Golongan Kata Nama Golongan Kata Kerja Golongan Kata Adjektif
PERKASTRA merupakan bahan inovasi yang menghimpunkan perbendaharaan kata dari karya-karya penulis tempatan. Produk ini digunakan untuk meningkatkan tahap penguasaan dan pengetahuan individu mengenai kata-kata sewaktu penulisan. Setiap kata akan disusun mengikut golongan kata seperti kata nama, kata adjektif dan kata kerja
Maksud: Jiwa atau nyawa Contoh: Panjinya kain suluk atma bekas tangan tenunan kekasih di kamar waja Maksud: Campuran bitumin dan hidrokarbon atau tar jalan Contoh: Ibarat aspal yang penuh kerikil Maksud: Gelembung udara yang kecil dan padat pada permukaan cecair Contoh: Gadis mengulum aiskrim menjilat busa di bibir sudah luput.
Maksud: Sejenis lalat (pikat) besar yang menggigit Contoh: Dia terkenang pada bangkai yang berulat dan daging-daging berkecai dihurung langau. Maksud: Kelompok pokok atau pangkal pokok Contoh: Bayangan nampak setompok di perdu. Maksud: seluruh tulang dalam tubuh Contoh: Di tanah yang dipugar temulang pejuang ini
Maksud: isteri yang bukan gahara, isteri tidak rasmi. Contoh: Menukar dirinya menjadi gundik raja tersohor di Cina Maksud: wayang golek Cina. Contoh: Wayang Cina atau potehi yang mengagumkan aku sebagai anak kecil Yang belum mengenal dunia. Maksud: 1.langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit. Contoh: Dia membuka cakerawala ku tentang seni
Maksud: Kulit keras atau tebal yang terbentuk pada bahagian kaki disebabkan geseran atau tekanan Contoh: Kuping-kuping kematu di tapak tangan dicungkilcungkil. Maksud: Isi atau bahagian yang lembut dalam batang tumbuh Contoh: Tak kira apa sisanya asalkan hati masih sanggup menerimanya. Puntung rokok. Serpihan roti. Pulur epal. Kulit kubis. Maksud: kapal bekas Air Contoh: walau bejana politik penjajah pernah menyempitkan fungsi
Maksud: Kalis atau kebiasaan Contoh: Dan amat membosankan pula sehingga segalagalanya menjadi mangli tidak memberi sebarang kesan apa-apa lagi. Maksud: 1. ulas, pangsa sejuring : sepangsa, seulas, sebagaian, sepotong 2. juring ii : birai (bucu) yang tajam 3. Contoh: “Ukirannya tidak pernah serpih juringnya”. Maksud: Sesuatu yang lentik dan lebar hujungnya (sauh, pemetik senapang) Contoh: Jadikanlah senapang itu kecapi dan gitar Petiklah, bukan candit bedit yang pelurunya bergegar.
Maksud: Sejenis lapik kaki yang di perbuat daripada kulit 1. Contoh: hujan tajam di bumi di bawah cerpu Tuhan Maksud: 1. tembok batu sbg penahan ombak (di pelabuhan); 2. binaan yg diperbuat drpd kayu atau batu tempat kapal berlabuh utk memuatkan atau menurunkan barangbarang muatan. Contoh: Dermaga sepi ini adalah saksi bisu dari waktu dahulu hidup dengan ceria Maksud: Pondok kecil di sawah atau ladang (tempat menjaga tanaman) Contoh: Air mata adalah kepunyaan bersyarikat dipunyai oleh orang-orang melarat yang tinggal di dangau-dangau yang buruk oleh tukang sabit
Maksud: Isteri yang bukan gahara, isteri tidak rasmi Contoh: Menukar dirinya menjadi gundik raja tersohor di Cina Maksud: Guruh Contoh: hujan dan angin berkejaran di dapurmu guntur dan kilat berkeliaran di kamar tidurmu Maksud: langit, udara, cakerawala Contoh: Jumantara yang berarak, Mengikut bayu yang membuai, Sesekali menutupi sinar purnama, Yang menyinari bumantara.
Maksud: 1. Tumbuhan (pokok renek) Sudah menguasai atau memiliki sesuatu perkara atau barang yang belum tentu dapat dikuasai atau diperoleh. 2. Contoh: lalu menyimbah asap dan debu ke helai-helai mengkudu. Maksud: nyanyian, syair yg dinyanyikan, kekawin Contoh: dipeluk manis kidung rindu lalu berjujuh air mataku seolah pawana malam rabiulawal ini Maksud: imbangan yang sama; bandingan 1. berbagai-bagai jenis alat khusus yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu 2. Contoh: Menatapmu seolah tidak puas, Cantikmu itu tiada tolok bandingnya Indah itu tiada duanya Menatapmu itu memberi ketenangan jiwa yang lara.
Maksud Sejenis usungan ataupun tandu Contoh: Dinaungi gagak berkawan ketika berarak duduk dalam mungkur kaca. Maksud: Munggu timbunan tanah, busut, longgokan Contoh: Atas munggu itulah aku selalu berdiri bersama ayah Maksud: Angin, bayu. Contoh: Dipeluk manis kidung rindu lalu berjujuh air mataku seolah pawana malam rabiulawal ini
Maksud: Orang muda atau pemuda umumnya untuk kaum lelaki Contoh: Hadir perjaka meniti janji dengan genggam akad seluruh bukit dan badai Maksud: Kepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa dari jahitan dan lain-lain. Contoh: Ditabur subur di atas batas setia, bersinar perca-perca cahaya yang didamba tunas sepohon akrab Maksud: 1) orang yang kerjanya melulut atau tukang lulut 2) pekerjaan menyapu bedak kepada orang lain pada suatu ketika dahulu Contoh: Jaga-jaga ada pelulut yang bermain mantera, jaga-jaga kerana pelulut jiwa merana
Maksud: Bunga hati atau kekasih hati Contoh: Hari muka bumi berdaulat pada mencium puspita dari bunga persada Maksud: Isteri Arjuna yang gagah berani dan pahlawan wanita Contoh: Kukirim kuntuman bunga raya kebanggaan bangsa untuk patriot dan srikandi sejati Maksud: takah i : takik, takuk (torehan pada pokok) 1. takah ii : kera, kongkang, kera duku, nilung 2. takah iii : sikap, rupa, tingkah laku 3. Contoh: “Semua menunggu takah itu”.
Maksud: Memukul atau menghentam Contoh: Kedengaran ombak laut membedal-bedal pancangpancang yang banyak. Maksud: Kelip mata Contoh: Dia mengejip kelopak mata memindah pandangan ke arah di penjuru TLK Maksud: Dipukul Contoh: Sisanya cuma batang kering terkial-kial disesah angin.
Maksud: Ditiup atau dihembus Contoh: Daun-daun yang hijau segarbugar kembali ada, meliuklintuk dipuput. Maksud: Melengkung ke kiri dan kanan Contoh: Daun-daun yang hijau segarbugar kembali ada, meliuklintuk dipuput Maksud: Perbuatan yang dilakukan tidak disengaja, atau berulangulang Contoh: Esakan memuncak sehingga sedu sedan itu menghinguthinggutkan badannya.
Maksud: Serentak Contoh: Begitu sederum menjelmanya kembali kesedaran itu. Maksud: Bengkok Contoh: Kedua belah kaki cuba dikerekot sehingga lututnya hampir-hampir tertampan dagu. Maksud: Menusuk (menohok, menombak) dengan lembing Contoh: Buruh-buruh kasar yang riuh memolok nasi taruk atas itu pun perlu diradak dengan tulang-tulang ikan yang besarbesar.
Maksud: Makan lekas-lekas dan rakus Contoh: Buruh-buruh kasar kasar yang riuh memolok nasi taruk atas itu pun perlu diradak dengan tulang-tulang ikan yang besarbesar. Maksud: Lambat sekali (jalannya) atau menggeremet. Contoh: Seribu sejuta pengemis akan menghulur tangan biar segala kesibukan itu bergerumit dengan berjutajuta jari macam ulat di bangkai busuk. Maksud: Tertewas Contoh: Siapa saja boleh memberi julukan kepadanya: mati, maut, mampus, makan, mayat, meninggal dan terkeok.
Maksud: Menahan (perjalanan, aliran, pergerakan sesuatu), menghalang, menyekat; Contoh: Ada sesuatu menampan lopak di atas tangan kanannya. Maksud: Berpeluk tubuh atau tidak bekerja, tidak membuat apaapa; berdakap-dakapan saling berdakap, berpeluk-pelukan. Contoh: Kau dakap bunga sirih Maksud: 1. menidurkan anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. me-meluk, memangku, merangkul: Contoh: Yang mahu mengulit Roro Jongrang yang jelita
Maksud: 1. Bersatu (bekerjasama) Orang yang menduakan suami 2. Suatu pekerjaan yang diketuai 2 orang 3. Uda dan dara Contoh: Bersumpah keramat cinta Wajah seri terukir Berbiduk hilir kasih Maksud: 1. melenting, menganjal bangun (berdiri, meloncat dll) dengan cepat 2. Contoh: “Dia bingkas bangun dan meneruskan perjalanan”. Maksud: Mengejek, mencela, menghina (cemuhan). Contoh: Sesekali arus kusongsong untuk kukenal wajah kilatan maut ambil cemuh, simpan di peti-peti besi
Maksud: meraba-raba dengan tangan hendak mencapai (memegang) sesuatu 1. Contoh: “...sepuluh jarinya menggerapai bumi gersang”. Makud: 1. Bergolek 2. Bergomol (bergelut) 3. Berjuang Contoh: Ketika-ketika apabila kita jatuh di dalam pengulatan dan tenggelam di dalam kelemasan begini Maksud: 1. mengamuk; 2. beramuk-amuk bertempur 3. berkecamuk, kacau, bergelora; Contoh: Kau hilang diamuk gelombang senja
Maksud: berkerumun, berkumpul ramai-ramai atau banyakbanyak 1. mengerubungi, mengerumuni 2. Contoh: “...sedangkan untuk mengganggu lalat yang setiap detik menghurung tubuhnya sendiripun sudah tidak berdaya lagi”. Maksud: 1. melayani, mempedulikan membalas (menyahut, menerima, mengendahkan) ajakan (serangan dll) 2. Contoh: Andai air tak surut-surut masih mahu meladeni desa sendu ini. Maksud: 1. perbuatan yang dilakukan tidak disengaja, atau berulangulang 2. tergoncang-goncang; terayun-ayun Contoh: Esakan memuncak sehingga sedu sedan itu menghinguthinggutkan badannya.
Maksud: mencampak dengan sewenang-wenangnya (dengan tidak lagi mengendahkan apa-apa) 1. mengambil dengan sewenang-wenangnya, menyerobot 2. tersepuk : terbuang atau terhantar, tercampak dengan sewenangwenangnya @ jatuh, terjerembab 3. Contoh: “...tersepuk berlopak bekas tekanan kepalanya sendiri”. Maksud: 1. lahir (kembali) masuk ke dalam (tubuh manusia, binatang, dll) 2. muncul (dlm hati, ingatan, dll) 3. Contoh: Adakala terluka dan terhiris. Tiada ku kecil dan tiada ku besar. Dan bila sang hitam menjelma. Wajah mu sering bermain di kotak mindaku. Hingga terbawa di buai lena maya. Maksud: menarik (mendekatkan) kearah diri sendiri 1. 2. meraih atau merenggut Contoh: Dari jauh impian tanpa kita merengkuh kudrat
Maksud: tunduk, menunduk Contoh: kita bukan lagi lalang mudah merunduk lemah Maksud: 1. berkurung 2. bersembunyi 3. tidak keluar-keluar terpendap : (terkurung, tersimpan, tersembunyi) 4. Contoh: “...sehingga terpendap pandangan pada darah yang bercempera di bumi”. Maksud: 1. perihal bertualang: semakin luar biasa ~nya dan pengalamannya 2. perbuatan nekad (tidak jujur dll); berpetualangan menjadi petualang: Contoh: Kapal-kapal yang berlabuh cerita petualangan kini hanya sunyi di bawah cakrawala biru malam.
Maksud: Menempuhi sesuatu jalan untuk mencapai tahap kesempurnaan Contoh: Panjinya kain suluk atma bekas tangan tenunan kekasih di kamar waja Maksud: Berhenti Contoh: Aku, aku…. di manakah aku, siapakah aku tertegun penaku di kertas kaku.Maksud: menarik (mendekatkan) kearah diri sendiri 1. 2. meraih atau merenggut Contoh: dari jauh impian tanpa kita merengkuh kudrat
Maksud: (hari, waktu) Fajar belum menyinsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagipagi benar Contoh: Tertipu oleh muslihat Roro Jongrang Dan kokokan ayam dinihari Maksud: Pinar (berkunang-kunang, berpendar-pendar (mata) Contoh: Di sana sini terpancang sinar lampu yang berbinau Maksud: Berpecah-belah ke sana sini bertempiaran bercerai berai Contoh: Sehingga terpendap pandangan pada darah yang bercempera di bumi
Maksud: Kusut-masai atau tidak teratur Contoh: Yang berpakaian mini skirt dan seluar ketat kelihatan terliuk-liuk batang lehernya menghantuk kepala berambut seregum pada bahu yang seorang lagi yang bertali pinggang besar dan berkulit seregai. Maksud: Halus betul atau hancur Contoh: Biar kereta-kereta menindih sehingga lumat. Maksud: Kosong Contoh: Segala-galanya menjadi kosong dan pakum.
Maksud: Bergulung-gulung (asap rokok, ombak, dll), melingkar-lingkar; gajah ~ gajah yang gadingnya bergulung. Contoh: Gemulung awan saling memintal monsun timur bergelora Maksud: rasa pahit (spt rasa kulit limau) 1. pahit (hidup) - penderitaan atau pengalaman 2. Contoh: Bonda, Dalam hati pernah bercerita. Berkata tentang kita. Tentang susah senang hidup kita. Tentang pahit getir perjalanan kita. Maksud: Sentiasa ingin mendapatkan (memiliki) banyak-banyak, ketamakan (tamak). Contoh: Pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium bau keuntungan?
Maksud: Terhad Keterbatasan Contoh: Satu kembara yang tidak pernah menemukan ketetapan kerana keterhadan ruang dan daya fikir Maksud: meliuk ke kiri ke kanan, ke hadapan atau ke belakang (spt kayu ditiup angin, orang menari dsb) 1. Layah ii: (kain) tudung muka, berguk 2. Contoh: “Kotak modess kosong terpenyek melayah turun dan singgah di bawah buntuk kereta warna merah”. Maksud: melengkung ke kiri dan kanan Contoh: Daun-daun yang hijau segar-bugar kembali ada, meliuk-lintuk dipuput.
Maksud: Mulia , Tinggi, Agung Contoh: Telah melimpah sudah citawaja dan keluhuran sumpah dengan kasih wangi di ini hatibudi anak peribumi Maksud: 1. Keuntungan 2. Faedah Contoh: Ia bukan petualang bergelandangan, Mengaut laba dari kemujuran peristiwa Yang menikam kawan ketika datang kesempatan Maksud: rosak (barang anyaman dll) 1. rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan), tidak berguna 2. Contoh: Namun jangan kau ulangi jangan kau ulangi bejat yang lalu
Maksud: Duka (susah hati, dukacita) Contoh: Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Maksud: Hempedu; besar berani; kecil penakut; pengecut; pecah nya hilang keberaniannya. Contoh: Pada paras lutut ini tutuplah diri dengan gebar nyali besar Maksud: Orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara Contoh: Kukirim kuntuman bunga raya kebanggaan bangsa untuk patriot dan srikandi sejati
Maksud: Isi atau bahagian yang lembut dalam batang tumbuh Contoh: Tak kira apa sisanya asalkan hati masih sanggup menerimanya. Puntung rokok. Serpihan roti. Pulur epal. Kulit kubis. Maksud: Sidang, redup, semakin kurang Contoh: Hayati arus mainan gelombang reda setelah rentapan Maksud: Kesat dan tidak licin Contoh: Yang berpakaian mini skirt dan seluar ketat kelihatan terliuk-liuk batang lehernya menghantuk kepala berambut seregum pada bahu yang seorang lagi yang bertali pinggang besar dan berkulit seregai.
Maksud: Susah untuk bernafas atau tidak banyak udara (kerana ruang terlalu sempit). Contoh: Kemudian terkurung menjadi udara pengap dinding kehidupan diikat ruang. Maksud: 1.tanah datar atau dataran rendah, lembah 2.kawasan yang berpayapaya ruang lingkup, 3.lingkungan bidang atau lapangan sesuatu Contoh: Mekar di ranting budi terbang melintasi gunung impian demimu ranah budiman Maksud: Bau atau rasa yang tidak sedap Contoh: Kini, bukan lagi sekadar warna-warna dan manusia-manusia yang sibuk melarikan diri daripada maut, malah bergelumang dengan keingusan, tahi, kahak, bau tengik, bangkai, sampah busuk, kehamisan, keiblisan, kesetanan, dan pengemis.
Maksud: Agak gelap (kelam), kabur, samar-samar atau redup. Contoh: Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang tidak pekat hitam, tapi remang-remang Maksud: 1. Warna 2. Warna muka Contoh: Hidup ini di darah siapa berwarna apa kalau sudah di subuh meninggi berbaur udara senja terus merona, hitam ke lembah usia Maksud: 1. Luas / jarak yang jauh ( sejauh mata memandang) 2. Contoh: Bukit menghijau. laut membiru. sungai berliku lembah terhampar. padang saujana mata semuanya untuk kita sedikit tidak untuk yang lain
Maksud: Serentak Contoh: Begitu sederum menjelmanya kembali kesedaran itu. Maksud: Surup atau sunyi Contoh: Harumnya di tengah kota yang sibuk atau di temaram desa di hujung tanjung. Maksud: Perihal kaget atau kekejutan Contoh: Dia hanya menimbulkan kekagetan di tengah-tengah ramai manusia.
Maksud: Yang dikehendaki, bertujuan, mengujudkan maksud, atau mengandungi maksud (tujuan) Contoh: Jika kau berikan dengan kedua tanganmu yang mengalir dari hati dan kandungan dari ujud rasa yang maha agung Maksud: Bersusah hati, sedih, khuatir, gelisah, dukacita. Contoh: Sebelum anak-anak datang Pak Tua berhati walan, terasa kolek bonda akan diserang Maksud: keadaan kegelapan kerana ribut keadaan sesat tanpa hidayah Contoh: Terperangkap dalam penjara hati zulmahmu.
UJI MINDA - SILANG KATA
Hebatnya cereka semalam ___________ segala kisah Membawa _________ bermain ___________ Hingga diri hampir tersungkur. Kini Diri ini bertemankan ____________ Dihembus ___________ dikala __________ Yang cuba untuk____________ Akan semua kisah di ______________. Adakah diri ini kalah akan _____________? Atau hanya menjadi ___________ yang lemah? Biarlah diri ini menjadi ______________ Mencari semula titik kesempurnaan, Mencari erti sebuah kehidupan Walaupun langkahku _____________. Nukilan MA Uji Minda - Sajak Sila pilih jawapan yang betul