KLASIK NIPAH LATAR BELAKANG ? APAKAH KEUNIKANNYA ? APAKAH AKTIVITI & MENU MENARIK ?
ISI KANDUNGAN PENGENALAN................................................1 LATAR BELAKANG - pengasas.................................................2-3 SEJARAH NIPAH KLASIK - penubuhan nipah klasik...................................4 - rintangan..................................................5 POKOK NIPAH - proses penghasilan........................................6 - khasiat nira nipah.........................................7 KEUNIKAN....................................................8 AKTIVITI MENARIK..........................................9 HARAPAN DAN PERANCANGAN ..........................10 CARTA ORGANISASI.........................................11 AHLI KUMPULAN............................................12
PENGENALAN Nipah Klasik yang berada di simpang empat , perlis merupakan salah satu lokasi kedai makan yang cukup unik dan menarik. Pengunjung yang makan di sini dapat menikmati suasana yang redup dimana tempat tersebut diselubungi dengan pokok nipah bersama dengan pemandangan beberapa landskap yang indah. Antaranya ialah replika Telaga Bunga Emas dan mural yang dibuat oleh pengasas nipah klasik sendiri. Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba, pengunjung boleh merasai pengalaman menaiki bot pedal menyusuri celahan pokok nipah. Nipah klasik juga menyediakan menu-menu yang menarik seperti bihun sup, mee bandung, nasi ayam berempah dan tarikan utama mereka jus nipah yang menyegarkan.
LATAR BELAKANG PENGASAS Jamaludin Abd Rahman yang berusia 61 tahun merupakan pemilik asal Nipah klasik . Beliau merupakan seorang pelukis dan penggiat seni yang aktif serta salah seorang ahli GAPS iaitu Gabungan Angkatan Pelukis Semenanjung. Beliau yang merupakan anak jati kelahiran Negeri Kedah telah bergiat aktif dalam bidang seni ini dari bangku sekolah lagi. Di sekolah, beliau telah menyertai pelbagai pertandingan seni seperti Balai seni Lukis Kedah dan telah berjaya merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Dan itu merupakan titik permulaan beliau untuk meneruskan lagi perjuangan beliau dalam bidang seni. Antara pertandingan yang disertai oleh beliau ialah Pertandingan lukisan anjuran UUM (Universiti Utara Malaysia),Wajah Mahsuri , Bakat Muda Segaman dan pelbagai lagi. Banyak lukisan beliau yang telah dijadikan sebagai pameran di khalayak umum. Pameran beliau boleh dilihat di Pameran Putraegency, Street Art , dan banyak lagi. Lukisan beliau juga berada di Pameran seni Library Universiti Malaysia Perlis Unimap),dan Galeri Seni Diraja.
Jamaludin Abd Rahman, 61 tahun Jamaludin Abd Rahman bersama lukisan beliau Antara lukisan beliau
Pada asalnya tapak Nipah Klasik ini adalah bendang sawah. Namun beliau telah menanam nipah disini dan akhirnya terbentuk sebuah hutan nipah yang cantik. Kampung sebelah yang berada disekitar Nipah Klasik ini juga pada mulanya merupakan sebuah kampung bersejarah dimana terdapat telaga bunga emas. Dan di kampung itulah telah berlaku satu peristiwa yang sangat besar dimana Raja Siam menerima Bungas Emas dari kerajaan Negeri Kedah pada suatu Ketika dahulu. SEJARAH NIPAH KELASIK
Nipah klasik sememangnya dirancang untuk dibuka pada lapan tahun yang lalu tapi bukan untuk dibuka sebagai restoran. Sebenarnya ia dibuka sebagai galeri , studio dan kelas kesenian. Tapak nipah klasik ini juga pada mulanya dijadikan sebagai tapak pengisian seni namun apabila tempat ini diminati dan menerima banyak sambutan Encik Jamaludin mengambil Keputusan untuk membuka sebuah kedai makan sebagai perniagaan sampingannya. Pada tahun 2017, beliau telah mula membina kedai dengan menggunakan peruntukkan sendiri dan tenaga sendiri tanpa mengupah orang luar. Peruntukkan untuk membina kedai ini adalah sebanyak RM300 000. Walaupun hajat beliau untuk merealisasikan seni dengan Masyarakat setempat belum tercapai tetapi pelaburan beliau membuka kedai makan ini pada tahun 2019 membuahkan hasil yang lumayan. Beliau berkata yang pernigaangan ini hanyalah sampingan belau Sahaja kerana beliau tidak mahu menumpukan banyak kepada perniagaan atas faktor saingan yang ketat dan banyak. Beliau juga meletakkan kepercayaan menguruskan kedai makan
PROSES PEMBUATAN AIR NIRA NIPAH 1 Ketuk ruas nipah selama 40 hari tiap-tiap pagi dari atas ke bawah Apabila sampai masa yang ditetapkan, batang dibersihkan dan diketuk sekali lagi untuk mengeluarkan air nira nipah. 2 Apabila sampai masa yang ditetapkan, batang dibersihkan dan diketuk sekali lagi untuk mengeluarkan air nira nipah. 3 Memasukkan botol, plastik atau bekas untuk menadah air nira setelah dipangkas pokok nipah tersebut. Bekas tersebut dimasukkan ke dalam batang pelepah pokok nipah untuk mendapatkan air nira. Setiap 3 jam plastik ditukar. 4 POKOK NIPAH
KHASIAT NIRA NIPAH • Membekalkan tenaga badan • Menurunkan suhu badan • Menguatkan sendi tulang • Mengatasi sembelit • Melegakan gastrik • Membuang toksik
Nipah klasik adalah sebuah kedai makan di Simpang Ampat, Perlis yang menawarkan pengalaman kepada pengunjungnya makan sambil menikmat keindahan hutan nipah yang mengasyikkan. Bertemakan hutan nipah, kedai makan ini terkenal dengan suasana yang unik yang dikelilingi oleh pokok nipah dan staf mereka yang begitu ramah. Kedai makan ini menjadi pilihan popular untuk makan Tengah hari dan minum petang bagi warga perlis dan juga pengunjung luar yang hadir untuk merasai pengalaman makan di dalam Kawasan ini. Bukan itu Sahaja, pengunjung juga dapat menaiki bot pedal yang disediakan oleh pihak nipah klasik sementara menunggu tempat duduk. Bukan itu sahaja di Nipah Klasik terdapat banyak mural menarik dan cantik yang dibuat oleh Encik Jamaludin sendiri. Antaranya ialah mural buaya dan lukisan pokok. Pengunjung juga diberi peluang untuk memberi makan ikan Koi di kolam. keunikan
Salah satu tarikan terbesar Nipah klasik yang menjadi perhatian orang ramai adalah pengunjung yang ingin menaiki bot pedal. Pengunjung boleh bermain dengan bot pedal sementara menunggu makan atau meja. Jumlah pengunjung yang hadir boleh mencecah kepada 100 orang pada hujung minggu atau cuti umum. Pengunjung juga hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk menerokai kawasan hutan nipah itu selama 20 minit. Aktiviti bot pedal tangan di celahan pokok nipah ini mula beroperasi sejak awal bulan lalu dan mendapat sambutan yang hangat dan menggalakkan daripada pengunjung. PADDLE BOAT BUSKING Encik Jamaludin juga turut membenarkan sesiapa sahaja untuk melakukan busking di kedai beliau. Kebanyakkan artis busking itu terdiri daripada orang luar. Dengan cara ini beliau dapat menarik lebih banyak lagi pengunjung. AKTIVITI MENARIK
PERANCANGAN Dalam tempoh lima tahun akan datang, terdapat rancangan untuk membina galeri seni yang indah dan beberapa restoran yang menawan di kawasan yang signifikan secara sejarah. Projek yang bercita -cita tinggi ini bertujuan untuk bukan sahaja menghidupkan semula adegan budaya rantau ini tetapi juga menyuntik sejumlah besar sumber kewangan dan tenaga ke dalam masyarakat. Di samping itu, ruang makan yang disertakan akan ditubuhkan, menyediakan pengunjung dengan pengalaman masakan yang menyenangkan untuk melengkapkan penerokaan galeri seni mereka. HARAPAN Berjaya dalam perniagaan, kami telah mencapai kejayaan dengan kecekapan dan inovasi. Selain itu, kami berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami dengan menaik taraf fasiliti di restoran, memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan kami.
JAMALUDIN ABD RAHMAH Pengasas JULIA Pemasaran NURUL HAFIZAN Pemasaran IKHA Chef ASYIKIN Chef AFIQ Keselamatan AWIE Keselamatan NAD Pembantu Dapur NABILA Pembantu Dapur CARTA ORGANISASI
ATMA KIRANA