BAB 2 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT
Perluasan Kuasa British di Singapura
Setelah menguasai Pulau Pinang, British berusaha meluaskan pengaruh ke wilayah lain di Alam Melayu
Semasa Perang Napoleon, British dapat menduduki Melaka dan Betawi iaitu tanah jajahan Belanda buat
sementara waktu.
Dalam Perang Napoleon, Belanda ditawan Perancis dan Raja Belanda melarikan diri ke England.
Untuk mengelakkan tanah jajahannya jatuh ke tangan Perancis, Raja Belanda telah menandatangani
Surat Kew dengan Raja England.
Berdasarkan Surat Kew, Belanda menyerahkan semua tanah jajahannya di Timur secara sementara
kepada British sehingga perang tamat
Selepas Perang Napoleon tamat, British terpaksa memulangkan semula petempaan tersebut kepada
Belanda.
British menugaskan Stamford Raffles dan William Farquhar mencari pelabuhan baru untuk memecahkan
penguasan Belanda di Alam Melayu
Berusaha menduduki Singapura
Kepentingan Singapura Kepada British
Pelabuhan British, Melaka dan Pulau Pinang tidak mampu menyaingi pelabuhan Belanda iaitu Betawi
kerana kedudukan Pulau Pinang terletak jauh di sebelah utara Selat Melaka
Bangkahulu berada di luar laluan utama perdagangan Alam Melayu
British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk bersaing dengan Belanda di Alam Melayu
Singapura lebih strategik untuk bersaing dengan Belanda di Alam Melayu
Kedudukannya di selatan Tanah Melayu dapat mengawal kegiatan perdagangan di Selat Melaka dan
Selat Sunda.
Singapura berpotensi menjadi pusat Pengumpulan hasil-hasil ekonomi
Alam Melayu kebanyakan kapal dagang berlabuh di Pelabuhan Betawi, Riau dan Lingga yang di bawah
pengaruh Belanda
Pertapakan British di Singapura
Stamford Raffles dan William Farquhar tiba di Singapura pada bulan januari 1819.
British kemudiannya mengadakan perjanjian awal dengan pentadbir Singapura iaitu Temenggung Abdul
Rahman untuk membenarkan British mendirikan petempatan di Singapura.
Temenggung Abdul Rahman menegaskan bahawa perjanjian tersebut perlu mendapatkan pengesahan
daripada Sultan Abdul Rahman, iaitu pemerintah Kesultanan Johor Riau.
Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau bagi mendapatkan
pengesahan sultan setelah menyedari Sultan Abdul Rahman mempunyai hubungan baik dengan
Belanda.
1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
Isu Pewarisan Takhta Kesultanan Johor-Riau
Sultan Mahmud Shah III mempunyai dua orang putera iaitu Tengku Hussein, putera sulong dan Tengku
Abdul Rahman, putera bomgsu
Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah III mangkat
Tengku Abdul Rahman hadir semasa pemakaman Almarhum Sultan di Lingga
Tengku Hussein tidak hadir kerana baginda berada di Pahang
Tengku Abdul Rahman ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau
Baginda mendapat pengiktirafan daripada orang Bugis dan Belanda
Tengku Hussein yang diketepikan telah berundur dan menetap di Riau.
Stamford Raffles mengambil peluang memujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein
ke Singapura
Baginda diisytiharkan sebagai Sultan Johor Riau dengan gelaran Sultan Hussein Muhammad Shah
Tindakan Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta menyebabkan Kesultanan Johor Riau
mempunyai dua orang sultan iaitu Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga dan Sultan Hussein
bersemayam di Singapura
Perjanjian Mengukuhkan Kuasa British di Singapura
British seterusnnya mengukuhkan penguasaan ke atas Singapura melalui beberapa perjanjian dengan
Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman :-
1. Pada Perjanjian 6/2/1819 Stamford Raffles menandatangani Perjanjian dengan Sultan Hussein
dan Temenggung Abdul Rahman .Kesan perjanjian tersebut Perjanjian tersebut :
i. Petempatan British di Singapura diiktiraf
ii. British menaikkan bendera Union Jack di Singapura pada 13/2/1819
iii. Willian Farquhar dilantik sebagai Residen pertama di Singapura
2. Perjanjian 2 Ogos 1824 antara Residen Singapura John Crawfurd dengan Sultan Hussein dan
Temenggung Abdul Rahman. Kesan kerjanjian tersebut ialah:
i. Singapura diserahkan kepada British untuk selama-lamanya
ii. Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan ke atas Singapura
iii. Sebagai ganti Sultan dan Temenggung diberi bayaran pampas an dan pencen bulanan
seumur hidup.
Melalui perjanjian tersebut British dapat menguasai Singapura, kawasan laut, selat dan sekitarnya kecuali
kawasan kediaman Sultan dan Temenggung
2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
Perluasan Kuasa British Di Melaka
British dapat menguasai Melaka melalui strategi pakatan dengan Belanda
Faktor yang membawa kepada pakatan antara dua kuasa ini ialah:
i. Untuk menamatkan pertikaian di Alam Melayu
ii. Mengukuhkan persahabatan di Eropah
iii. Penyelesaian untuk perdamaian
Menamatkan Pertikaian British dan Belanda Berkaitan Singapura
Pendudukan British di Singapura menimbulkan pertikaian dan menyebabkan hubungan antara British
dengan Belanda di Alam Melayu semakin tegang
British Berjaya memajukan Singapura dalam tempoh yang singkat dan bertekat mempertahankan
kedudukannya di Singapura kerana yakin Singapura boleh menjadi pelabuhan bebas dan pengkalan
tentera yang penting di Alam Melayu
Belanda mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya dan menuntut British berundur
dari Singapura kerana Belanda bimbang kemajuan Singapura akan menjejaskan perdagangannya di
Betawi.
Dasar Persahabatan British dan Belanda di Eropah
Persahabatan di Eropah penting kerana kedudukan Belanda berdekatan dengan Britian.
British mengambil pengalaman semaa Perang Napoleon, Perancis menjadikan Belanda sebagai
pengkalan menyerang Britian pada tahun 1795
Belanda perlu berbaik dengan British yang menjaga jajahan Belanda di timur semasa Perang Napoleon
Penyelesaian Untuk Perdamaian
Belanda dan british mahu mengelakkan peperangan yang pernah berlaku pada abad ke-17 dan ke-18
Belanda tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan yang semakin lemah selepas Perang
Napoleon. Oleh itu penyelesaian perlu dilakukan melalui rundingan ke arah perdamaian.
Kesan pakatan British –Belanda menyebabkan termetrainya Perjanjian London 1824 atau Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824.
Perjanjian ini bertujuan menamatkan pertikaian dan hubungan tegang antara dua kuasa besar itu demi
menjaga kepentingan masing-masing di Alam Melayu
Kandungan perjanjian meliputi wilayah pengaruh, kewangan dan perdagangan. Antara Syarat Perjanjian
London 1824 ialah:
I. British
Berundur dari Sumatera
Menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda
Tidak membuka petempatan baharu di Kepulauan Riau Lingga dan kepulauan lain di
selatan Singapura
3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
II. Belanda
Mengiktiraf petempatan Brtisih di Singapura
Menyerahkan Melaka dan jajahan takluknya kepada British
Tidak membuka petempatan baharu di Tanah Melayu
Melalui perjanjian ini, British dapat menguasai Melaka apabila berlaku pertukaran wilayah antara British
dengan Belanda.
Kesimpulan
Pelbagai strategi digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di Alam Melayu
Strategi tipu muslihat, manipulasi politik dan pakatan dengan kuasa Barat lain dilaksankan British untuk
menguasai Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
British berkaya meluaskan “Tanah Jajahan Mahkota British” iaitu tanah jajahan yang diperintah oleh
Gabenor yang dilantik oleh pemerintahan beraja British.
Peristiwa ini memberi iktibar kepada kita agar sentiasa berwaspada terhadap anasir asing yang boleh
menggugat kedaulatan negara.
Perjanjian London 1824 dan Kesannya Terhadap Alam Melayu
Perjanjian London 1824 dibuat tanpa merujuk Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah kerajaan Alam
Melayu.
Perjanjian ini memberikan kesan kepada kerajaan Alam Melayu yang kekal hingga hari ini
Alam Melayu terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh barat, perpecahan empayar Kesultanan Johor-
Riau dan penguasaan Selat Melaka oleh British
Pembahagian Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh Barat:-
i. Selat Melaka dan Selat Singapura dijadikan sempadan yang memisahkan wilayah pengaruh
British dan wilayah pengaruh Belanda
ii. British hanya mengutamakan kepentingan mereka terjamin dan meminggirkan kedaulatan
kerajaan Alam Melayu
iii. Mewujudkan entity geopolitik baharu dikenali sebagai Tanah Melayu dibawah pengaruh British.
Wilayah Belanda dikenali sebagai Hindia Timur Belanda
Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau. Pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda
dalam Perjanjian London telah menamatkan keunggulan empayar Kesultana Johor-Riau yang diwarisi
daripada Kesultanan Melayu Melaka. Ini membawa kepada Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau.
i. Singapura menjadi tanah jajahan British apabila Sultan dan Temenggung menandatangi perjanjian
penyerahan Singapura.
ii. BerakhirnyaKesultanan iau Lingga apabila dihapuskan oleh Belanda pada akhir tahun 1911.
iii. Pengisytiharan Kedaultan Pahang
Selat Melaka di bawah penguasaan British – dikuasai sepenuhnya oleh British apabila memiliki tiga
pelabuhan strategik iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
Latihan 4.
1. 5.
2.
.
36
5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
7. 9
.
8. 10.
6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
1.
2.
7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
8 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3
9 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3