3.0 HAL EHWAL MURID
SENARAI TUGAS 3.1 JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID Mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk dan mesyuarat unit masing-masing sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Memantau pelaksanaan tugas jawatankuasa unit-unit hem. Menyelaras pelaporan dan perancangan unit-unit hem Menguruskan surat- menyurat dan memastikan fail dan rekod dikemaskini. Merancang,menyelaras, melaksana dan menilai semua aktiviti / kegiatan yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan murid Membimbing dan menerima pandangan dan cadangan daripada murid, guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah. Merancang dan menyusun semua aktiviti harian sekolah yang berkaitan dengan pengurusan murid ( takwim sekolah ) Merancang, menyelaras dan mengurus peruntukan kewangan bagi perbelanjaan pengurusan hal ehwal murid. Memantau semua program untuk memastikan pencapaian objektif setiap unit. Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan kemukakan satu salinan kepada pengetua. 3.2 JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN DAN TATATERTIB Memberi maklumat kepada Pengetua / PK HEM berhubung kes-kes yang serius seperti yang tercatat dalam Buku Peraturan Sekolah. Merancang kegiatan tahunan untuk latihan dan kebajikan. Menyelaras dan memastikan keperluan / peralatan Bilik Disiplin dan menyediakan peraturan penggunaan bilik berkenaan. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti: a. Hari terakhir peperiksaan awam b. Hari Sukan / Hari Keluarga /Majlis Sekolah TUGAS SETIAUSAHA: Menyediakan perancangan strategik,pelan operasi dan pelan taktikal. Merancang tarikh mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kali setahun Mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kes-kes disiplin yang serius melibatkan hukuman gantung sekolah / buang sekolah, berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Mencatat minit mesyuarat dan menyampaikannya kepada semua guru yang berkenaan. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.
Mencatat / merekod semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam SSDM atau buku laporan disiplin. SENARAI TUGAS Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Pengetua / Penolong Kanan HEM seminggu sekali. Menguruskan data dan maklumat yang terdapat dalam Data SSDM untuk dihantar kepada Kementerian / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah apabila diperlukan. Menyediakan laporan bertulis mengenai program yang dijalankan untuk didokumentasikan dan kemukakan satu salinan kepada Pengetua . Sentiasa mematuhi SOP 137. TUGAS AJK DISIPLIN Menjalankan rondaan (dengan bantuan guru bertugas harian) untuk mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah. Mengadakan perbincangan dalam mengambil keputusan / tindakan yang akan diambil berdasarkan keterangan dan bukti-bukti yang dikemukakan & prosedur yang ditetapkan / sedia ada Bekerjasama dengan setiausaha mengisi data dan maklumat yang terdapat dalam sistem pemantauan e-Disiplin. Membantu setiausaha dalam memastikan semua guru bekerjasama memberi maklumat untuk dimasukkan ke dalam data e-Disiplin. Menyampaikan makluman dan perkembangan disiplin dari semasa ke semasa di perhimpunan sekolah. Menjalankan hukuman disiplin dengan arahan Pengetua. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid. Menjadi Pegawai Perhubungan antara Ibu bapa atau Penjaga dalam menangani masalah disiplin. Mendapat kerjasama pihak polis dalam menangani kes jenayah. Bertanggungjawab mengawal disiplin. murid mengikut Jadual yang telah ditetapkan BUKU KAWALAN KELAS: Memberi panduan cara mengisi buku pemantauan kepada ketua kelas. Mengutip buku pemantauan dari kelas dan menghantar kepada GPK HEM sebulan sekali. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh pihak-pihak pentadbir dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS 3.3 JAWATANKUASA LEMBAGA PENGAWAS Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal. Menguruskan pelantikan calon Pengawas baharu dan menyediakan watikah perlantikan/majlis pelantikan mereka. Melatih Pengawas agar mempunyai kualiti/nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh murid lain. Mengadakan mesyuarat Pengawas dari semasa ke semasa. Memastikan Pengawas berpakaian lengkap dan kemas setiap masa. Bekerjasama menguruskan pelantikan calon Ketua Murid baru dan menyediakan watikah perlantikan mereka. Membentuk Carta Organisasi Lembaga Pengawas. Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas Pengawas. Merancang dan mengelola Kursus Latihan Kepimpinan (KLIK) kepada semua Pengawas yang baru dilantik. Menyediakan Sijil Penghargaan kepada Lembaga Pengawas. 3.4 JAWATANKUASA PENGAWAS SURAU Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal. Menguruskan pelantikan calon Pengawas Surau baru dan menyediakan watikah perlantikan/majlis pelantikan mereka. Melatih Pengawas Surau agar mempunyai kualiti/nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh murid lain. Mengadakan mesyuarat Pengawas Surau dari semasa ke semasa. Memastikan Pengawas Surau berpakaian lengkap dan kemas setiap masa. Menggugurkan atau Pengawas Surau yang melakukan kesalahan disiplin atau tidak menjalankan tugas dengan baik setelah ditegur beberapa kali. Menyediakan dan menerangkan bidang tugas Pengawas Surau. Merancang dan mengelola Kursus Latihan Kepimpinan (KLIK) kepada semua Pengawas Surau yang baru dilantik. Menyediakan Sijil Penghargaan kepada Pengawas Surau. 3.5 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Merancang pembangunan rohani dan sahsiah. Menyelaras segala program yang dirancang dari segi pelaksanaannya. Merancang program/aktiviti supaya selaras dengan program kecemerlangan sahsiah murid.
SENARAI TUGAS 3.6 JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING Mengelolakan program orientasi bagi tingkatan peralihan, satu dan empat Penerapan budaya sekolah bagi tingkatan peralihan, satu dan empat. Penerangan mengenai sukatan dan pemilihan mata pelajaranan di peringkat sekolah (KBSM). Pemilihan mata pelajaranan elektif di peringkat menengah atas. Bimbingan peluang-peluang melanjutkan muridan dan kerjaya. Mengelola dan mengurus bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) secara berkesan. Menjalankan R & D untuk mendapat maklum balas mengenai budaya sekolah supaya dapat membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dapat meningkatkan sahsiah terpuji . Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah murid. Mengadakan program khas bagi kumpulan murid yang bermasalah (risiko tinggi). Mengambil yang lemah untuk dijadikan anak angkat. Mengadakan program khas pencegahan dadah /AIDS. Mengadakan kursus perkembangan staf untuk melatih guru-guru dalam bimbingan dan kaunseling. Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan kemukakan satu salinan kepada Pengetua. Menjalankan ujian PSIKOMETRIK. 3.7 JAWATANKUASA BIASISWA Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap semester. Memberitahu ibubapa / penjaga murid yang mendapat biasiswa dan mengadakan perjumpaan khas bersama ibu bapa / penjaga guru dan penerima BKP / BKPU semasa penyerahan kad ATM GIRO bagi memastikan pengurusan kewangan biasiswa diurus dengan betul. Memastikan penerima BKP dan BKPU yang memiliki kad ATM GIRO dapat menggunakannya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM. Mendapatkan senarai nama murid yang layak mendapat bantuan KWAPM berdasarkan keutamaan dan keperluan. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima sumbangan yang dikemas kini dan disahkan oleh Pengetua. Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada Pengetua / GPK HEM. Menghantar surat amaran kepada ibubapa / penjaga bagi pemegang biasiswa yang prestasinya merosot. Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat. Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan kemukakan satu salinan kepada Pengetua .
SENARAI TUGAS 3.8 JAWATANKUASA PPDa Mengadakan segala aktiviti Pendidikan Pencegahan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids supaya mencapai objektif-objektif seperti berikut : a. Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah/ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids di kalangan murid, guru dan ibubapa. b. Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol,inhalann HIV/AIDS c. Mengesan murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan untuk proses bimbingan pemulihan sahsiah. Memastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi berkaitan penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/ Aids. Mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka. Membuat laporan untuk diserahkan kepada pengetua dan unit dokumentasi 3.9 JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN BANTUAN Mengurus hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti: a. murid miskin b. kemalangan c. rawatan berterusan (penyakit kronik) d. kematian e. kecemasan / bencana Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan murid terhadap kebajikan. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan oleh Pengetua. Menubuhkan Tabung Kebajikan Murid. Menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti membantu badan kebajikan luar. Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan kemukakan satu salinan kepada Pengetua. 3.10 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT ) Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kali setahun Membahagikan tugas : a. Buku stok (mengikut tingkatan) b. Pengedaran / pengumpulan c. Buku rosak / hilang d. Menubuhkan pasukan bertugas SPBT ( murid) Pengurusan keselamatan buku: Mengurus bilik SPBT dengan kemas dan teratur.
Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT Memastikan murid membalut buku dengan kemas menggunakan pembalut plastik Senarai Tugas : Membuat pesanan buku: Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks. Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu). Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya. Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual. Pengedaran: Mengedarkan mengikut tingkatan Menentukan tarikh pengedaran Mengesan kelancaran pengedaran Mengedarkan buku kepada murid yang baru masuk Memastikan guru tingkatan telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua murid Memastikan semua guru tingkatan telah melengkapkan borang pinjaman SPBT / Borang G mengikut jadual Pengurusan Rekod dan Dokumen: Menyediakan fail mengikut jenis dan dikemaskini. Merekod buku stok yang kemaskini (mengikut tingkatan) Menyediakan senarai tugas guru – pengedaran / pengumpulan Menyimpan rekod buku,hapuskira,rosak atau hilang Pengurusan Pemulangan SPBT: Menentukan tarikh pemulangan mengikut tingkatan Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh / tingkatan Melaporkan kepada pengetua / GPK HEM tentang proses pemulangan,Peratus rosak / hilang, Hapuskira & Kekurangan / lebihan Pengurusan Stok dan Inventori: Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan Menyimpan invois , bil dan pengesahannya Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat. Mengemaskinikan inventori SPBT Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku kepada PPD Cadangan buku bacaan tambahan: Mendapatkan maklumat dari ketua panitia / guru kanan matapelajaran Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan Memaklumkan kepada pengetua / GPK HEM Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan kepada murid yang tidak mendapat pinjaman buku teks (jika berlebihan). Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan kemukakan satu salinan kepada Pengetua.
SENARAI TUGAS 3.11 JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH Mempastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan. Mempastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria. Mempastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah. Mempastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi Mempastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. Mempastikan semua makanan ditutup denga tudung saji / kain maslin / disimpan dalam bekas yang bertutup. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan. Mempastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi. Mempastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai. Membuat laporan mingguan di dalam buku / borang laporan kantin. Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar / Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin. ( Laporan Kendiri 1A/1B/2) Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan semasa ke semasa. Mempastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra. Mengemaskini rekod, fail, surat-menyurat serta maklumat berkaitan Menyediakan laporan untuk diserahkan kepada Pengetua dan Unit Dokumentasi . 3.12 JAWATANKUASA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa KPJ untuk membincangkan tugas guru penasihat KPJ. Mengadakan temuduga dan menyenarai senarai nama calon ahli KPJ percubaan sekolah. Menyedia dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas ahli KPJ. Membuat pemilihan calon ahli KPJ yang layak dalam tempoh percubaan (2 bulan). Mengadakan majlis penyampaian watikah perlantikan ahli KPJ sekolah . Membimbing dan membantu ahli KPJ dalam menguatkuasa peraturan sekolah. Mengadakan kursus kepimpinan ahli KPJ . Menyediakan Sijil Penghargaan kepada ahli kelab Pencegahan Jenayah yang tamat persekolahan. 3.13 JAWATANKUASA INVENTORI Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Membuat perancangan strategik, pelan operasi dan taktikal Mengadakan fail bilangan stok untuk mengetahui jumlah sebenarnya perabot/peralatan di sekolah Membuat senarai inventori kelas untuk ditampal di papan kenyataan setiap kelas
Menguruskan jadual membaiki perabot-perabot rosak dengan menghubungi dan berbincang dengan pihak pengurusan Berusaha mendapatkan perabot /kerusi /meja baru sekiranya perabot lama sudah tidak dapat dibaiki dengan mengemukakan permohonan kepada pengetua untuk diajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Membuat laporan aktiviti tahunan untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Dokumentasi untuk dijilid Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan kemukakan satu salinan kepada Pengetua 3.14 JAWATANKUASA 3K (KEBERSIHAN , KESIHATAN & KESELAMATAN ) Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Peringkat Sekolah 3 kali setahun (Jan,Jun & Sept). Bersidang jika ada perkara-perkara semasa yang perlu diselesaikan. Merancang dan mengemaskini program 3K Peringkat Sekolah Memastikan warga sekolah melaksanakan program 3K. Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong pelaksanaan program 3K Peringkat Sekolah. LAPORAN SEGERA kes aduan mengikut tempoh 1 : 3 : 7 kepada pejabat murid an Daerah ( 1 hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap, 7 hari kes dianggap selesai secara ’on line’. Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan kemukakan satu salinan kepada Pengetua. JAWATANKUASA KEBERSIHAN : Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan kebersihan Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari masa ke masa Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah Mengadakan projek- projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBG, kolej, NGO dan sebagainya) bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah. JAWATANKUASA KEBERSIHAN : Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja- kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke masa dan membuat laporan kemajuan kerja. Menganjurkan pertandingan kebersihan bilik dan gotong-royong membersih dan menceriakan kawasan sekolah. Mengumumkan keputusan pertandingan dan menguruskan penyampaian sijil. Mengambil tindakan kepada bilik-bilik yang markah kebersihannya kurang daripada 50%.
Mengagihkan papan kenyataan kepada persatuan-persatuan. Merangka garis panduan cara menggunakan papan kenyataan. Memastikan semua papan kenyataan berada dalam keadaan baik dan sentiasa dikemaskini Menyediakan pelan induk landskap sekolah Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan dan penilaian kebersihan murid dan sekolah. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain Mewujudkan serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan. Menyedia dan membuat laporan berkala. Singgahan Selesa : AJK haruslah membuat pemantauan semua tandas sekolah Membuat aduan bertulis untuk dihantar kepada syarikat pembersihan Bilik-Bilik Khas; Menguruskan peralatan dan bahan di dalam bilik khas. Menyediakan buku rekod penggunaan bilik khas dan peminjaman peralatan Memastikan kebersihan, keceriaan dan keselamatan bilik khas pada tahap yang cemerlang. Memastikan maklumat terkini dipaparkan di bilik-bilik berkenaan. JAWATANKUASA KESIHATAN: Merekod pemergian murid ke klinik dan maklumat kesihatan murid. Menguruskan kad kesihatan murid dan apa-apa urusan yang melibatkan kesihatan. Merekod murid yang menggunakan bilik sakit. Memastikan bilik sakit dalam keadaan lengkap, baik dan selamat digunakan. Merancang dan mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan Bebas Denggi dan COMBI Mengenal pasti murid-murid yang telah dihidapi Penyakit Denggi, laporkan kepada Pengetua /GPK . Memberi kerjasama dengan agensi luar berkaitan dengan pemantauan AEDES di sekolah iaitu Jabatan Kesihan dan MPS Membuat pemantauan kawasan sekolah agar bebas dari pembiakan nyamuk. Membuat laporan denggi setiap bulan untuk dihantar ke JPNS. Memastikan setiap murid mempunyai rekod kesihatan yang lengkap sejak pendaftaran. Memastikan rekod kesihatan murid disimpan dengan selamat oleh penyelia asrama (bahagian kesihatan). Membuat penyeliaan/pemantauan ke atas rekod kesihatan murid dari semasa ke semasa dan memastikan rekod sentiasa dikemaskini.
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KESIHATAN DAN PENCEGAHAN DENGGI Menyediakan jadual bertugas murid di bilik sakit dan membuat laporan setiap hari serta melaporkan kepada Pengetua /GPKHEM jika terdapat kes-kes yang perlu diambil tindakan Memastikan bekalan ubat mencukupi dan terkawal. Memastikan urusan penghantaran murid ke hospital berjalan lancar. Merancang dan melaksanakan program kesihatan murid secara berkala seperti : a. Ceramah kesihatan b. Pemeriksaan kesihatan c. Kempen cara hidup sihat d. Program kecerdasan Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga sekiranya anak mereka terlibat dengan keskes kecemasan atau dimasukkan ke hospital. Menguruskan kemudahan rawatan murid. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad PKS2 dan Kad Tenaga Asas. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh pihak-pihak pentadbir dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA KESELAMATAN : Membantu pengetua dan jawatankuasa sekolah selamat menyediakan buku panduan polisi sekolah selamat. Membantu dan menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan. Membantu menguatkuasakan semua peraturan sekolah. Membantu mewujudkan pelan pengurusan krisis. Mengenal pasti amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya. Menggalakkan murid-murid untuk melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan. Menyelaras rekod peristiwa mengenai keselamatan. Memastikan alat pemadam api berfungsi dan berada di tempat yang strategik. Mempamerkan pelan laluan kecemasan di setiap bilik-bilik. Menjalankan kawat kebakaran. Meletakkan papan tanda/arahan keselamatan di tempat yang sesuai. Mengedarkan arahan-arahan keselamatan kebakaran/polisi keselamatan/manualmanual keselamatan Menyelia kawasan sekolah supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat. Memastikan keselamatan murid semasa mengadakan sesuatu program/aktiviti. Membuat penegasan keselamatan murid semasa pergi dan balik dari sekolah Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh pihak-pihak pentadbir dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS 3.15 JAWATAN KUASA PIBK/ SARANA Menyediakan perancangan strategis, pelan operasi dan taktikal. Menyediakan laporan tahunan untuk diserahkan kepada jawatankuasa dokumentasi. Mengadakan mesyuarat untuk menetapkan halatuju sarana sekolah. Berupaya menggalakkan kerjasama ibu bapa dalam semua aktiviti sekolah. Mengurus dan menganalisis borang soal selidik berkenaan sarana kepada ibu bapa. Mengisi data sarana secara dalam talian Bekerjasama dengan PIBG sekolah untuk memastikan 6 elemen yang menyokong pembelajaran iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama serta kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan. 3.16 JAWATANKUASA PENGURUSAN KHAS SEKOLAH PENGURUSAN DATA APDM/ SSDM Memastikan guru tingkatan melengkapkan data yang diperlukan. Mengemaskini data dan menyediakan data untuk keperluan sekolah /PPD/ JPNS Menghantar laporan bulanan ke PPD. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh pihak-pihak pentadbir dari semasa ke semasa. FAIL KEHADIRAN MURID : Memantau kemasukkan data e-hadir setiap hari dan disemak oleh penyelaras tingkatan setiap bulan. Memastikan kehadiran dikemaskini setiap hari Mengumpul laporan kehadiran bulanan setiap kelas. Menyediakan data murid yang kemaskini dan boleh diperolehi dengan kadar segera jika diperlukan oleh pihak sekolah/ PPD/JPNS Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh pihak-pihak pentadbir dari semasa ke semasa. KEMASUKAN MURID BAHARU DAN BUKU PENDAFTARAN : Mengurus kemasukan murid baharu dan memastikan dokumen/ keperluan dibawa dari sekolah lama. Memaklumkan nama murid baharu kepada penyelaras tingkatan dan GPK HEM. Menyemak dan memastikan semua guru tingkatan melengkapkan buku kemasukan dan pendaftaran murid. Mengurus kemasukan murid baharu dan memastikan dokumen/ keperluan dibawa dari sekolah lama. Melaporkan kepada GPK HEM sekiranya ada guru yang tidak melengkapkannya dalam tempoh waktu yang diberi Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh pihak-pihak pentadbir dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS PERTUKARAN MURID : Menyediakan borang pertukaran murid. Berurusan dengan guru tingkatan bagi semua perkara yang diperlukan sekiranya ada pertukaran dan perpindahan murid. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh pihak-pihak pentadbir dari semasa ke semasa. PERHIMPUNAN RASMI /PAGI : Mesti berada di tapak perhimpunan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu perhimpunan. Memastikan para murid berkumpul mengikut kelas/unit beruniform di tapak perhimpunan pada waktu yang ditetapkan. Berada di tapak perhimpunan sehingga habis perhimpunan. Memastikan protokol berjalan dengan lancar. Berurusan dengan guru bertugas mingguan. Memantau dan memastikan perhimpunan harian, perhimpunan rasmi dan perhimpunan khas berjalan lancar. Mengawal murid semasa perhimpunan dan memastikan murid senyap dan tertib sepanjang masa perhimpunan. Memastikan bendera kebangsaan dan negeri ada semasa perhimpunan. Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan harian, rasmi atau khas. Memastikan semua murid berjalan balik ke kelas secara teratur dan senyap selepas perhimpunan. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh pihak-pihak pentadbir dari semasa ke semasa. TUGAS GURU TINGKATAN Membentuk orgnisasi tingkatan , Ketua tingkatan, Pen. Ketua tingkatan dan AJK yang bersesuaian Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. Menentukan perkara berikut berada di dalam kelas a. Misi dan Visi sekolah b. Jadual Waktu tingkatan c. Jadual bertugas kebersihan tingkatan d. Senarai nama murid e. Papan kenyataan mata pelajaran f. Pelan kebakaran g. Perabot h. Alat kebersihan (penyapu, tong sampah dan alat yang bersesuaian ) Fail Kehadiran Murid a. Mencatat kehadiran murid dalam e-Kehadiran APDM setiap hari sebelum jam 9.00 pagi. b. Mencetak laporan kehadiran bulanan murid. c. Menyediakan maklumat murid yang lengkap dan terkini.
d. Memastikan murid yang tidak hadir menyerahkan surat ibu bapa / penjaga / doktor sebagai pengesahan sebab tidak hadir ke sekolah. e. Menghantar surat amaran ponteng sekolah Mengemaskini maklumat murid dalam APDM Laporan kemajuan murid, sijil berhenti, surat akuan dan kad 001M Buku teks, Biasiswa dan Bantuan Kebajikan Kutipan Yuran dan Derma Pendaftaran murid baharu Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain Melaporkan kerosakan perabot dan peralatan elektrik kepada guru yang berkenaan (Guru Perabot). Memastikan keceriaan kelas dilaksanakan. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pengurusan dan pentadbiran sekolah. Mengumpul dokumen murid dalam fail peribadi murid dan menyimpan di tempat yang telah di tetapkan TUGAS GURU PENYELARAS TINGKATAN Memastikan keceriaan kelas bagi tingkatan yang diselia. Menjadi perantara antara pihak pengurusan dengan guru-guru tingkatan. Menyemak Fail Kehadiran Murid pada setiap bulan dan memastikan segala maklumat yang diperlukan dilengkapkan. Memastikan guru tingkatan mengeluarkan surat amaran ponteng apabila telah cukup tempoh bilangan hari ponteng. Menyelaras program-program dan hal-hal yang berkaiatan dengan tingkatan yang diselia. Menyemak dan menyelaras dokumen/fail peribadi murid. Menerima laporan kerosakan, kelas /alatan murid tingkatan daripada guru tingkatan dan lain-lain kepada Pengetua, Penolong Kanan dan Pejabat. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh pengetua dari masa ke semasa.