The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Oleh :- Nurqiesya Qaisarah binti Mohammad Shahrin
(Sk Taman Tun Aminah)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10397557, 2021-04-21 09:30:37

TOKOH PEMIMPIN JOHOR (TUN FATIMAH HASHIM)

Oleh :- Nurqiesya Qaisarah binti Mohammad Shahrin
(Sk Taman Tun Aminah)

PERTANDINGAN MENCIPTA BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH PEMIMPIN JOHOR SEKOLAH RENDAH
DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2021

NAMA E-MAIL
➢ NURQIESYA
QAISARAH BINTI m-10397557@

MOHAMMAD moe-dl.edu.my
SHAHRIN
ABOUT ME…
UMUR
➢ 12 TAHUN Friendly and lovely…

KELAS SEKOLAH
➢ 6 INTELLIGENT ➢ SK TAMAN TUN

AMINAH,
JOHOR BAHRU

Johor merupakan negeri yang telah melahirkan banyak pemimpin – pemimpin
yang hebat. Kebanyakan dari mereka lahir dari daerah Muar. Antara pemimpin ulung yang akan
saya ketengahkan ialah Tun Fatimah Hashim.

Tun Fatimah Hashim merupakan Tokoh Pemimpin Wanita Pertama dalam sejarah
Negara Malaysia. Beliau merupakan pemimpin tertinggi yang berkhidmat dalam tempoh yang
panjang iaitu Ketua Kaum Ibu [UMNO] selama 16 tahun dan Yang Dipertua Nasional Council
of Women’s Organisation [NCWO] selama 24 tahun. Beliau telah banyak memartabatkan hak
wanita Malaysia.

Tun Fatimah Hashim telah banyak berkorban dan berjasa kepada pembangunan
Negeri Johor dan seterusnya Negara Malaysia. Sumbangan yang telah diberi banyak membawa
perubahan dan kemajuan kepada Negara Malaysia khususnya.

Dilahirkan pada 25
Disember 1924

Anaknya terdiri daripada Dibesarkan di Parit
4 orang lelaki dan 2 orang Keroma Muar, Johor.

perempuan

TUN FATIMAH
BINTI HASHIM

Mempunyai 6 orang anak Isteri kepada Tan Sri
Abdul Kadir Yusof

Anak ke-3 daripada 24
adik beradik

1- Dibesarkan oleh ibu
saudaranya, Puan Habsah.
Dijadikan anak angkat Puan
Habsah dan Encik Marwi

3- Tun Fatimah 2- Puan Habsah
dikembalikan pada meninggal dunia
keluarga kandungnya
pada usia Tun
Fatimah 13 tahun

Memulakan persekolahan di Sekolah Melayu
Lelaki Parit Keroma, Johor kerana ketika itu

tiada sekolah melayu perempuan.

Kemudian beliau meneruskan pembelajarannya Pelajaran beliau tersangkut
di Sekolah Melayu Perempuan Mersing disebabkan Perang Dunia Kedua

Mempelajari Bahasa Inggeris daripada seorang Beliau hanya mempelajari Bahasa
guru sekolah Convent Johor Jepun dan lagu Jepun semasa

Jepun menakluki Tanah Melayu

Di alam persekolahan, beliau amat Menamatkan pelajaran di Sekolah
meminati pelajaran Matematik. Jepun dan terus berumah tangga.
Selain itu, Tun Fatimah telah
menjawat jawatan sebagai ketua

darjah dan ketua murid perempuan

TAHUN PERJALANAN KERJAYA TOKOH

1947 - Menyertai UMNO ketika berusia 21 tahun.
- Beliau telah dilantik menjadi Ketua Kaum Ibu UMNO Kota Tinggi.
- Menyertai Pergerakan Kaum Ibu UMNO cawangan Kampung Nong Chik, Johor
sebagai bendahari.
- Dipilih menjadi setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru.

1956 - Beliau telah menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan Ketua
Bahagian Ipoh.
1956 -
1972 - Beliau telah dilantik menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya.
- Dilantik menjadi Naib yang Dipertua UMNO Malaysia.

1959 - Beliau telah memenangi kerusi parlimen sebanyak tiga kali berturut – turut bagi
cawangan Jitra - Padang Terap.

1962 - Ketika beliau menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Malaya, beliau telah
memperkenalkan perayaan `Hari Wanita’ iaitu pada 25 Ogos 1962.

1969 - Beliau telah dilantik menjadi Menteri Kebajikan Am selama 4 tahun.

7-7-1972 - Beliau telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri dan kekal sebagai
ahli parlimen Kawasan Jitra – Padang Terap.

Tun Fatimah sangat prihatin terhadap keadaan masyarakat. Ketika permulaan
karier beliau sebagai seorang pemimpin rakyat hidup susah kesan daripada
penjajahan Jepun.

Tun Fatimah mempunyai sifat semula jadi seperti suka membantu. Sifat beliau
ini terserlah ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kebajikan Malaysia.
Beliau turut turun padang membantu rakyat yang terkesan disebabkan peristiwa

13 Mei.

Permulaan kehidupan beliau berkeluarga, banyak mengajar beliau erti kesusahan.
Rakyat hidup susah ketika zaman penjajahan Jepun. Sifat gigih dan semangat
luar biasa beliau membantu suaminya, akhirnya beliau sekeluarga dapat keluar

dari kemiskinan. Setelah itu bermulalah episod kebangkitan Tun Fatimah
menyedarkan masyarakat akan pentingnya Pendidikan.

Beliau juga sangat prihatin terhadap pendidikan anak – anak dan masyarakat
melayu khususnya.

Mempunyai sikap toleransi
antara suami isteri dan mereka yang bekerja deangan beliau.

Mempunyai sifat tegas dan penyayang. Sifat ini dapat dilihat semasa beliau
memimpin rakyat dan negara.

1 Ketua Kaum Ibu UMNO Kota Tinggi

2 Setiausaha Kaum Ibu Johor

3 Mengadakan kelas dewasa untuk kaum wanita yang tiada

pendidikan

4 Aktif dalam kegiatan parti dan kerja amal sebagai isteri

Penolong Pegawai Daerah Johor

5 Wanita pertama yang memberi ceramah tentang Malaya Union

Membuka kesedaran rakyat Johor untuk mendapatkan pendidikan. Tanpa

6

pendidikan, orang melayu akan terus mundur

• Ahli Jawatankuasa • Ahli Jawatankuasa
Lembaga Loteri Hospital Assunta.

Kebajikan Masyarakat Ahli Majlis Ahli Jawatankuasa
Universiti Malaya Sekolah Latihan
• Ahli Jawatankuasa Wanita Ipoh
Perikatan Peringkat
Malaya Ahli Naib Presiden
Jawatankuasa Persatuan Bulan
Majlis Perpaduan
Kebangsaan Sabit Merah

Malaysia. • Pro-Canselor
Universiti Teknologi

Malaysia [1995].

31 Ogos 1958 • Panglima Mangku Negara [P.M.N] oleh Yang di - Pertuan Agong yang
membawa gelaran `Tan Sri’

• Ijazah Kehormat Doktor Undang – Undang oleh Universiti Malaya.

1975

• Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan oleh Universiti Teknologi Malaysia

2000

2003 • Seri Setia Mahkota [S.S.M] oleh Seri Paduka Baginda Yang di – Pertuan
Agong yang membawa gelaran `Tun’

1199 OOggooss 22000099 • Anugerah Merdeka : Seorang daripada rakyat Malaysia yang terkemuka
dan cemerlang untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori
Pendidikan dan Komuniti.

Sememangnya Tun Fatimah memberi sumbangan yang besar dalam dunia politik dan
kemasyarakatan di Negeri Johor dan seterusnya kepada negara kita Malaysia. Beliau telah
menghembuskan nafas terakhirnya kerana sakit tua pada jam 11.35 malam bersamaan 9
Januari 2010 ketika berusia 85 tahun. Beliau adalah wanita pertama yang disemadikan di
Makam Pahlawan.

Kegigihan dan sifat kepimpinan yang dimiliki oleh Tun Fatimah menjadi inspirasi
kepada saya untuk terus gigih dalam mencapai apa jua impian serta menjadi pemimpin
wanita yang hebat suatu hari nanti. InsyaAllah.

Oleh itu, jika kita pernah gagal, kita tidak boleh berputus asa. Kita perlu bangkit dan
terus berusaha untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Yakin dan berani
menjadi kunci kejayaan bagi setiap pemimpin.

Dalam kenangan. Al- Fatihah.

E-man, Siri Tokoh Negarawan Malaysia Tun Fatimah Hashim, Cipta Publishing, Kuala
Lumpur, 2007

Muhammad Rahimi Hasan, Pembangunan Kepimpinan Wanita: Membina Ilmu Watan Bagi
Kepimpinan Wanita Menerusi Kehidupan Tun Fatimah Hashim, UKM, 2017

SUMBER RUJUKAN -:
http://muziummuar.blogspot.com/2012/12/tun-tan-sri-dr-fatimah-binti-haji-hashim.html
https://www.ukm.my/pkwtfh/maklumat-tun-fatimah-hashim/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Fatimah_Hashim


Click to View FlipBook Version