BMMB1104 TAJUK : PUISI MELAYU TRADISIONAL KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH : DATIN PADLON ABD RAHMAN NAMA : HANIS FATIHAH BINTI MOHD RUSLI KUMPULAN: PPISMP AMBILAN JUN 2022 ANGKA GILIRAN : 2022192310038 KELAS: B2
biodata NAMA : HANIS FATIHAH BINTI MOHD RUSLI KUMPULAN: PPISMP AMBILAN JUN 2022 ANGKA GILIRAN : 2022192310038 KELAS: B2
ISI KANDUNGAN PENGENALAN PANTUN EMPAT KERAT : TEMA PENDIDKAN SYAIR : TEMA PENGALAMAN HIDUP GURINDAM : TEMA ILMU PEMIKIRAN PANTUN, SYAIR & GURINDAM RUMUSAN RUJUKAN - KONSEP, FUNGSI & KARYA - KONSEP, FUNGSI & KARYA - KONSEP, FUNGSI & KARYA
PENGENALAN Kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu pada zaman dahulu amat gemar menghasilkan puisi untuk menggambarkan perasaan serta menyampaikan pendapat mereka. Mereka banyak menghasilkan puisi-puisi yang berkualiti serta padat dengan penyampaian . Masyarakat Melayu juga kaya dengan adat dan budaya. Oleh itu, budaya dan tradisi tersebut juga dapat dilihat dengan jelas melalui puisi yang dihasilkan. Sebagai contoh, penggunaan irama, pemilihan diksi, kiasan dan unsur alam di dalam puisi tradisional. Keindahan penggunaan gaya bahasa dan unsur alam tersebut menggambarkan bahawa masyarakat dahulu sangat kreatif. Hal ini kerana mereka mampu menggunakan apa yang ada disekeliling mereka sebagai medium penyampaian bagi mengungkapkan sesuatu yang terbuku di hati. Antara puisi tradisional yang terkenal ialah seperti pantun, syair dan gurindam.
Pantun ialah sebuah puisi Melayu tradisional yang terkenal di Nusantara. Pantun dihasilkan dan dibacakan melalui dua bentuk iaitu percakapan lisan atau tulisan. Pada masa kini, karya pantun telah dibukukan dan dijadikan sebagai bahan bacaan untuk masyarakat. Pantun terdiri daripada empat rangkap baris yang mempunyai rima. Dua baris pertama merupakan pembayang yang dikaitkan dengan unsur alam, Dua baris terakhir pula ialah isi yang ingin disampaikan. Pantun juga terdiri daripada dua baris, enam baris, delapan baris dan bentuk yang berkait. PANTUN : KONSEP
FUNGSI Mengungkapkan Adat Istiadat & Upacara Tradisi Pantun digunakan bagi memperkenalkan nilai murni seperti sifat bertimbang rasa, hormat-menghormati, rendah diri dan kesederhanaan hidup kepada sesebuah masyarakat. Penggunaan pantun juga digunakan secara meluas dalam upacara tradisi. Misalnya, pantun digunakan ketika adat istiadat meminang atau menghantar cincin tanda pertunangan. Mengungkapkan Nilai dan Budaya Tradisi Melayu Masyarakat Melayu sentiasa berpegang kepada tradisi. Mereka sentiasa mengutamakan amalan dan kepercayaan terhadap tradisi nenek moyang dalam kehidupan seharian. Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai medium untuk melahirkan pemikiran dan kepercayaan masyarakat secara langsung atau tidak langsung.
FUNGSI Mengungkapkan Ekspresi Budaya Masyarakat Melayu Masyarakat Melayu zaman dahulu dikelilingi dengan persekitaran desa, sawah padi dan kebun. Oleh itu, mereka dapat melihat pelbagai unsur alam seperti sungai, gunungganang, bunga, haiwan. Unsur alam ini dapat dijadikan sebagai elemen dalam menghasilkan sebuah pantun yang mempunyai kiasan dan nasihat. Mengungkapkan Alam Kanakkanak Kehidupan kanak-kanak dipenuhi dengan kegembiraan dan kemesraan. Mereka juga lebih mudah terpengaruh dengan apa yang mereka dengar dan lihat di sekeliling mereka. Ketika seorang anak menangis, ibunya akan datang dan memujuk dengan cara menyanyi sambil berpantun. Oleh itu, perasaan kasih sayang seorang ibu dapat digambarkan melalui pantun tersebut.
FUNGSI Mengungkapkan Persoalan Cinta & Kasih Sayang Pantun digunakan bagi memperkenalkan nilai murni seperti sifat bertimbang rasa, hormat-menghormati, rendah diri dan kesederhanaan hidup kepada sesebuah masyarakat. Penggunaan pantun juga digunakan secara meluas dalam upacara tradisi. Misalnya, pantun digunakan ketika adat istiadat meminang atau menghantar cincin tanda pertunangan. Mengungkapkan Nilai dan Budaya Tradisi Melayu Masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasa dan sentiasa berkiasan bagi menyatakan sesuatu. Gadis dan teruna pada zaman dahulu sangat malu untuk menyatakan perasaan mereka apabila terpikat dengan seseorang. Oleh itu, mereka menggunakan pantun sebagai medium untuk meluahkan hasrat tersebut.
KARYA : Pantun empat kerat tema pendidikan Masak gulai bersama ibu, Gulai dihidang buat tetamu, Bacalah buku dapatkan ilmu, Agar dirimu berjaya selalu. 1) 2) Bunga mawar bunga melati, Kembang berseri waktu pagi, Mencari ilmu setiap hari, Moga mendapat berkat ilahi. Bila gelap pasang pelita, Pelita tiada lilin gantinya, Jika diri mahu berjaya, Ilmu diamalkan sentiasa. Belayar nelayan mencari ikan, Ikan dihidang buat santapan, Jika diri ada didikan, Hidup aman dapat sanjungan. 4) 3) Buah manggis buat kerabu, Dimakan nenek bersama cucu, Jika malas menuntut ilmu, Maka padalah hidupmu itu. 5)
Kata atau istilah Syair berasal daripada bahasa Arab iaitu Syi'ir atau Syu'ur yang bermaksud " perasaan yang menyadari" . Syair juga merupakan bentuk sastra klasik Melayu yang hampir punah. Syair ialah puisi lama yang digunakan untuk mengungkapkan sesuatu cerita yang panjang dalam bentuk bersambung. Syair merupakan puisi terikat dan tidak mempunyai pembayang. Setiap rangkap mempunyai empat baris. Dalam satu baris pula perlu ada 4 hingga 5 perkataan dan 8 hingga 12 suku kata. Setiap rangkap berakhir dengan rima tetap a/a/a/a. Di dalam syair juga ada satu hentian ( pause). Antara jenis syair ialah syair cerita, nasihat, sejarah, romantis dan sebagainya. SYAIR : KONSEP
FUNGSI Sebagai hiburan yang sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu. Misalnya, dalam pesta, sambutan maulud, kegiatan kesenian dan keramaian, pertandingan atau upacara adat. Sebagai medium untuk menyampaikan pengajaran dan nasihat dalam bentuk cerita dan lagu terutama berkaitan hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman, rukun solat, zakat, puasa dan sebagainya. Dilagukan bagi mengiringi tarian-tarian tradisional seperti dalam dabus dan juga boria.
KARYA : Syair tema Pengalam Hidup Sejak awal mengenal dunia Tidakku duga banyak peritnya Setiap detik kulalui penuh cerita Cerita pahit suka dan duka. 1) 2) Lahirnya aku ditemani mereka Ibu dan ayah pengubat duka Kasih dan sayang diberi jua Tanpa mengira peritnya buana. 3) Gigihnya diri ingin menggapai bintang Menjejak ilmu yang luas terbentang Usaha ini bukan untuk dikenang Hanya ingin membalas jasamu seorang
KARYA 4) 5) Kini diriku semakin dewasa Hatiku kini makin gembira Kerana adanya mereka semua Teman dan keluarga selamanya. Peritnya diri ingin mencapai cita Namun akanku tempuh segalanya Bersama teman berjuang bersama Peneman hati yang gundah gulana.
Gurindam ialah satu bentuk puisi Melayu lama. Gurindam ini dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastera Hindu. Perkataan gurindam juga berasal daripada bahasa Tamil (India) iaitu "kirindam" yang bermaksud perumpamaan. Gurindam ini mempunyai dua baris ayat dengan irama akhir yang sama. Baris pertama gurindam berkaitan persoalan, masalah dan perjanjian manakala pada baris kedua pula berisi jawapan atau akibat daripada masalah pada baris pertama tersebut. Jumlah perkataan dan suku kata dalam setiap baris tidak ditetapkan. Setiap baris ayat juga mempunyai rima a/a;a/b atau serima. GURINDAM : KONSEP
FUNGSI Menyampaikan mesej dan peringatan kepada masyarakat. Misalnya, memberi nasihat berkaitan pendidikan, hal keagamaan dan nilai moral dalam kehidupan. Digunakan sebagai media komunikasi terutama dalam majlismajlis formal Sebagai medium untuk masyarakat memancarkan kreativiti bagi mengemukakan pendapat dan pandangan terhadap sesuatu perkara.
KARYA : Gurindam tema ilmu Menuntut ilmu biarlah sentiasa, Moga hidupmu kekal sejahtera. Jika ingin hidupmu berjaya, Maka haruslah kuat berusaha. Bila berilmu janganlah angkuh, Kelak nanti dirimu akan jatuh. Menuntut ilmu biarlah berguru, Kerana gurumu itu pelita ilmu. Hina manusia tanpa adabnya, Hina juga mereka tanpa ilmunya.
Pemikiran Ilmu merupakan aspek penting bagi mewujudkan masyarakat yang kreatif dan berinovasi. PANTUN (PENDIDIKAN) SYAIR ( PENGALAMAN HIDUP) GURINDAM ( ILMU) Pengalaman hidup dapat menjadikan individu lebih matang dan tidak mengulaing kesilapan masa lalu. Pendidikan berkualiti membantu mewujudkan masyarakat dan negara yang maju.
RUMUSAN Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa masyarakat Melayu sangat kaya dengan budaya dan tradisi. Masyarakat Melayu juga amat kreatif dalam menghasilkan karya-karya dan puisi lama dengan menggunakan kiasan dan unsur alam disekeliling mereka. Melalui puisi tradisional seperti pantun, syair dan sajak, segala maklumat yang penting seperti nasihat, pendidikan, pengajaran dan hiburan dapat disampaikan. Sebagai rakyat yang prihatin, puisi tradisional ini perlu dijaga dan dipelihara agar kewujudannya tidak pupus ditelan zaman. Puisi tradisional ini juga perlu dijaga agar dapat diperkenalkan kepada generasi yang akan datang.
RUJUKAN Rendra Setyadiharja. (2020) . Khazanah Negeri Pantun. Grup Penerbitan Cv Budi Utama. Tuti Andriani. (2012). Pantun dalam kehidupan Melayu (Pendekatan historis dan antropologis). Sosial Budaya, 9(2), 195-211 Cho Min Sung, & Mat Zaid Hussein. (2020). Fungsi Pantun Melayu Tradisional dilihat dari Perspektif Budaya dan Alam Pemikiran Masyarakat Melayu. Puitika, 16(1), 1-28. http://dx.doi.org/10.25077/puitika.16.1.1--28.2020 Akmal Akmal. (2015). Kebudayaan Melayu Riau (Pantun, Syair, Gurindam). Jurnal Dakwah Risalah, 26(4), 159-165. Zubir Idris. (2015). Komunikasi Moral Lewat Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, Jilid, 31(2), 2015. Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13.