Kepelbagian Kaum Di
Malaysia.
Nama Ahli Kumpulan.
Nur Qalesya Safiyya.
Nur Awatif Shaqirah.
Khumaerah binti Safee.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum
yang berbeza dari segi keturunan, agama dan
kebudayaan. Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban,
Melanau, Kadazandusun, Bidayuh, Bajau dan Iranun.
Kaum Melayu .
Kaum Melayu bertutur
menggunakan bahasa Melayu,
mengamalkan adat istiadat melayu
serta beragama islam. Kaum
Melayu juga dikenali melalui
pakaian tradisional, iaitu baju
kurung bagi perempuan dan baju
Melayu bagi lelaki.
Kaum Cina.
> Kebanyakan kaum Cina bertutur Mandarin, di
samping dialek lain antaranya Hokkien, Hakka
dan kantonis.
Kaum Cina juga dikenali melalui pakaian. Iaitu
cheongsam bagi perempuan manakala bagi
lelaki ialah changsan.
Kaum India.
Kaum India bertutur Tamil, dan ada
juga yang bertutur Telugu dan
Malayam.
Pakaian India bagi perempuan ialah
sari, dan doti bagi lelaki.
Kaum Iban.
Kaum Iban merupakan Kaum terbesar di
Sarawak. Kaum ni bertutur dalam bahasa
Iban.
Pakaian yang mempunyai tenunan pua
kumbu adalah busana tradisional wanita
Iban. Baju lelaki antaranya ialah baju
burung dan kelambi.
Kadazandusun.
Kaum Kadazandusun ialah kaum
terbesar di Sabah. Kaum ini bertutur
mengikut dialek sendiri. Pakaian
tradisional kaum ini unik juga berbeza
antara etnik. Ia biasa digayakan di
majlis - majlis.
Orang Asli
Orang asli terbahagi kepada tiga
kumpulan besar iaitu Negrito, Senoi dan
Melayu Proto. Keistimewaan mereka
terletak di ciri tradisional seperti kraf
tangan, hasilan ubat-ubat dan
penggunaan bahasa.
Kaum Baba dan Nyonya.
Di Melaka, kaum ni wujud hasil perkawinan
pedagang dari China. Mereka gelar Baba bagi
lelaki dan Nyonya bagi perempuan. Cara hidup,
adat dan tradisi masyarakat ni banyak berasimilasi
dengan budaya. Pakaian tradisional mereka
adalah kebaya bersulam dan berkain batik sarung.
Chetti
Kaum Chetti wujud hasil perkahwinan
pedagang India. Kebanyakan mereka
berada di Melaka. Bahasa pertuturan
mereka ialah bahasa Melayu kreol.
Pakaian tradisional kaum ni ialah
kebaya bersulam dan berkain batik
sarung yang dipakai ketika adakan
pesta.
Kaum Sikh.
Bahasa Punjabi ialah bahasa ibunda
masyarakat Sikh. Pakaian lelaki Sikh ialah
baju panjang hingga lutut dengan seluar
dan sarban. Wanita Sikh pula memakai
salwar kameez iaitu pakaian yang dipakai
bersama-sama dupatta atau selendang.
Kaum Siam.
Penempatan kaum ni bertumpu di Kedah,
Kelantan, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
Mereka menggunakan bahasa Siam dan
Melayu. Kaum ni menyambut perayaan
pada tahun baru dan mengenakan pakaian
tradisional .
Kaum Serani.
Kaum Serani juga dikenali sebagai orang
Eurasia hasil perkahwinan campur
Portugis dan penduduk tempatan. Mereka
menggunakan bahasa Kristang dan
Inggeris. Kaum ini mempunyai adat dan
muzik yang unik. Tarian yang paling
popular ialah branyo.
Kaum lain di Sarawak.
Di Sarawak terdapat pelbagai kaum.
Antaranya ialah Melayu, Bidayuh,
Kenyah, Kelabit dan Melanau.
Keunikan pelbagai kaum ini jelas
dilihat melalui perbezaan agama,
pakain dan budaya.
Kaum lain di Sabah.
Di Sabah juga terdapat pelbagai kaum,
antaranya ialah Bajau, Bisaya, Murut dan
Kedayan. Mereka juga unik dari segi bahasa,
agama dan budaya.