SULIT TINGKATAN :................
NAMA :.....................................................................................
1103
BAHASA MELAYU
Kertas 1&2
1 jam 30 minit
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2021
SMK DATIN ONN JAAFAR, BATU PAHAT, JOHOR
BAHASA MELAYU
Kertas 1 & 2
Satu jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi satu soalan Kertas 1 dan enam soalan Kertas 2
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak
SULIT 1 1103/2
Kertas 1
Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan 40 minit)
Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan pencemaran sungai.
Huraikan pendapat anda tentang pencemaran sungai.
Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200
perkataan
80 peratus Sungai di Bandar ‘Mati: Akibat Pencemaran
Pensyarah Pusat Pengajian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan Fakulti Sains Sosial dan
kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr. Mohd Ekhwan
Toriman mendedahkan bahawa akibat pembangunan pesat, kebanyakan sungai di bandar
kehilangan keupayaan ekosistem untuk membekalkan air bersih, memproses kumbah dan
mengekalkan produktivitinya.
Katanya, malah ada sungai berada pada tahap nazak dengan dipenuhi sampah sarap
terutamanya plastik, botol-botol, tayar terpakai, malah membentuk pulau kecil menyebabkan
air sungai hitam dan mengeluarkan bau busuk. Anggota masyarakat merupakan penyebab
yang telah menjadikan masalah ini semakin nazak di Malaysia.
(Dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian,
23 September 2019)
SULIT 2 1103/2
BAHAGIAN A : APLIKASI DAN SISTEM BAHASA
[24 markah]
SOALAN 1 : MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan mempunyai nilai spiritual yang
baik biasanya mudah ditawarkan pekerjaan. Reputasi yang baik sebagai pelajar tanpa rekod
salah laku akan memberikan imej yang positif kepada bakal majikan. Memiliki penampilan
diri yang menarik juga merupakan suatu kelebihan yang dilihat dan dinilai oleh majikan
sebelum seseorang itu diambil bekerja. Seterusnya, para graduan perlu menonjolkan diri
sebagai individu yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi tekanan kerana
alam pekerjaan lazimnya memberikan pelbagai jenis tekanan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Kemahiran Sebelum Bergelar Graduan.
Oleh Noraziah Mohd Amin
Dewan Siswa, Jun 2015
[6 markah]
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah supaya menjadi
enam ayat tunggal tanpa mengubah susunan dan maksud asalnya.
Patriotisme dikaitkan dengan semangat kecintaan dan pengorbanan untuk negara.
Semangat cinta akan negara ini perlu disemai untuk melahirkan remaja berwawasan.
Semangat itu tidak hadir sendiri tanpa memahami sejarah negara secara jelas malah perlu
sentiasa dipelajari dari semasa ke semasa.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Memupuk Semangat Patriotisme melalui Sejarah’
Oleh Azam Rahman, Dewan Siswa, Ogos 2014
[6 markah]
SULIT 3 1103/2
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN
Petikan-petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang
dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1
Cuti semester dianggap peluang bagi penuntut universiti untuk melepas tekanan selepas
berhempas pulas menimba ilmu. Terdapat banyak cara mereka lakukan untuk memanfaatkan
cuti tersebut seperti bekerja sambilan. Cuti semester ini juga merupakan masa terbaik sekali
bagi mereka untuk mencari wang saku selain merasa pengalaman dunia kerjaya biarpun
hanya sementara. Cuti panjang menjadi platform terbaik kepada maha siswa untuk
memanfaatkan masa dengan berkesan dan keluar dari kepompong dunia akademik. Selain itu,
mereka juga dapat mencari pengalaman bagi menghadapi berbagai cabaran dalam kehidupan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Memanfaatkan Kerja Sambilan Secara Bijak
Oleh Yusaida binti Yusof
Dewan Siswa, Jun 2020
[6 markah]
Petikan 2
Cikgu Zainal : Yazid, di tahun 2016, hanya dua peratus remaja membaca akhbar pada setiap
hari. Bolehkah aku tanya awak, apakah cara yang dapat dilakukan untuk
menarik minat membaca murid-murid?
Yazid : Pihak sekolah perlu adakan ceramah untuk memberitahu murid-murid
tentang faedah membaca.
Cikgu Zainal : Pada bicara awak, apakah faedah-faedah membaca?
Yazid : Apabila kita membaca, kita akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan
meningkatkan penguasaan kosa kata. Kita juga akan memperoleh keputusan
yang cemerlang di dalam peperiksaan.
[6 markah]
SULIT 4 1103/2
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[16 Markah]
SOALAN 4 : PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Tanaman herba mudah didapati terus dari kawasan hutan atau melakukan proses
perkembangan tanaman dari benih yang diperoleh. Herba bukan sahaja boleh digunakan
sebagai bahan penyedap dalam masakan, malah turut digunakan untuk tujuan perubatan
terutamanya dalam kaedah perubatan tradisional. Kaedah perubatan tradisional
menggunakan herba bukan sahaja terdapat dalam negara ini, tetapi amalan ini turut
dipraktikkan di seluruh pelosok dunia mengikut budaya masing-masing. Berpandukan
maklumat daripada Jabatan Perhutanan Malaysia, terdapat beberapa jenis tumbuhan atau
herba sama ada dari hutan atau di sekeliling penempatan manusia yang mempunyai
pelbagai kelebihan.
Tiada cara untuk mengetahui dengan tepat budaya terawal menggunakan herba,
tetapi mereka telah mengambil masa selama beribu-ribu tahun bereksperimen dengan
penggunaan herba. Kebudayaan dan peradaban awal mungkin mengenal pasti bahawa
tumbuh-tumbuhan tertentu mempunyai kuasa penyembuhan, dan kemungkinan kekuatan
penyembuhan ini disebabkan oleh sebab-sebab yang bersifat ghaib.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Herba Dan Manfaat Penggunaannya Terhadap Manusia’
oleh Farah Aziz,
Hello Doktor, 18 Jun 2020
Bahan 2
Sumber: Perpustakaan Negeri Sabah
SULIT 5 1103/2
[2 markah]
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud pelbagai kelebihan.
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan manfaat tumbuhan herba.
[3 markah]
(iii) Industri herba di negara ini perlu dimajukan kerana masyarakat mula cenderung untuk
menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memajukan industri herba di
negara ini?
[3 markah]
(iv) Keluarga anda merupakan pengusaha produk berasaskan tumbuhan herba. Antara
produk yang dihasilkan seperti minyak urut, kosmetik, losen dan minyak wangi.
Walau bagaimanapun, penggunaan herba dalam perubatan dan kecantikan masih
belum digunakan secara meluas. Masyarakat kurang yakin dengan keberkesanan
produk yang berasaskan herba ini kerana terdapat sebahagian besar produk yang tidak
mendapat kelulusan pihak berwajib. Selain itu, produk berasaskan herba turut
bersaing dengan ubat-ubatan moden.
Sekiranya anda diberi tanggungjawab untuk menguruskan perusahaan tersebut pada
masa akan datang, apakah tindakan anda untuk memajukan perusahaan ini.
[4 markah]
SULIT 6 1103/2
SOALAN 5 : NOVEL
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dr. Maxi faham tujuan amanah itu ditulis sedemikian. Karl sudah
menyediakan Farisha sebagai wakilnya. Mikrocip yang tertanam di dalam tubuh
Farisha telah direka khas oleh Karl bagi membolehkan dia menyalurkan
pemikirannya kepada wanita itu. Dengan itu, Farisha boleh melaksanakan setiap
tugasan yang diarah oleh Karl.
Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkannya
kepada arahan dan seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk
bertindak balas. Mikrocip ini merupakan hasil kajian yang mengambil masa lebih
20 tahun. Itu ialah ciptaan Karl yang agung dan tidak pernah diumumkan kepada
media.
Dipetik daripada
Novel Di Sebalik Dinara
Karya Dayang Noor
Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan fungsi-fungsi mikrocip yang tertanam di dalam tubuh Farisha.
[4 markah]
SULIT 7 1103/2
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]
SOALAN 6 : RUMUSAN
Bahan 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.
Penularan wabak COVID-19 secara global telah menjangkiti lebih 4.7 juta manusia
dan mengakibatkan kehilangan lebih 300,000 nyawa . Selain itu, penyebaran jangkitan korona
virus telah mengubah corak kehidupan manusia dan merencatkan pertumbuhan ekonomi
dengan begitu drastik. Pandemik COVID-19 juga mendatangkan kesan langsung kepada
ekosistem perniagaan domestik seperti industri makanan dan minuman, industri pembinaan
dan pembuatan, industri pelancongan, industri pertanian, industri pembinaan dan industri
perkhidmatan. Hal ini sekali gus mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan.
Sebanyak 20.5 juta orang hilang pekerjaan di Amerika Syarikat pada April lalu yang
merupakan situasi paling teruk pernah berlaku sekali gus menyebabkan tahap pengangguran
meningkat kepada 14.7 peratus. Untuk menghalang penularan virus ini, pergerakan manusia
seluruh dunia telah dihadkan dan hal ini memberikan impak yang luar biasa kepada alam
sekitar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa apabila manusia tidak menjalankan aktiviti
mereka, maka perkara ini dapat menyelamatkan dan memulihkan keadaan alam sekitar
seperti sedia kala.
Pelbagai langkah proaktif telah dilakukan untuk menangani permasalahan yang
sedang melanda ini. Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan
kerajaan (NGO) turut mengambil inisiatif untuk memutuskan rantaian wabak ini. Beberapa
buah hotel telah dijadikan pusat kuarantin. Malah, terdapat hotel di Cyberjaya yang
memberikan perkhidmatan sebagai pusat kuarantin kepada individu yang baru pulang dari
luar negara . Kementerian Kesihatan juga telah membuat persiapan bagi menghadapi
kemungkinan penularan wabak yang lebih serius.
Dipetik dan diubah suai daripada
Internet : BERNAMA
oleh Professor Datuk ChM Dr. Taufiq Yap Yun Hin,
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
SULIT 8 1103/2
Bahan 2
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
.................................. .................................... ....................................
(EN SAIFULNIZAM BIN SUDIN)
(PN JULEYA BINTI DASRI) (PN ZAMILAH BINTI EKHWAN)