The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

program sahsiah untuk pelajar Tingkatan 1&2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50121937, 2020-10-17 22:55:30

BUKU PROGRAM MOTIVASI&SAHSIAH DIRI 2020

program sahsiah untuk pelajar Tingkatan 1&2

Keywords: sahsiah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR MOLEK,
KM 11, JALAN BUKIT LINTANG,
75460 MELAKA

PROGRAM MOTIVASI
DAN

SAHSIAH DIRI MURID
TINGKATAN 1&2

ANJURAN BERSAMA:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

UNIT DISIPLIN SEKOLAH

11.10 – 1.40 PETANG

SURAU AL-FAIZIN SMKAM

19-21 & 26-28 OKT 2020

PENDAHULUAN

Pembangunan sahsiah merupakan satu elemen pendidikan
yang perlu disuntik dalam diri pelajar dan seterusnya
diterjemahkan melalui akhlak yang baik, berbudi bahasa serta
bahasa pertuturan yang menyenangkan . Sahsiah bererti tingkah
laku yang baik, personaliti yang seimbang dan mampu membawa
kejayaan dalam hidup pelajar sekiranya sahsiah ini dipadukan
dengan disiplin hidup yang lain. Sahsiah yang baik juga
dibuktikan dengan gaya hidup yang sihat, mengamalkan nilai-
nilai dalam agama secara konsisten serta bebas daripada terlibat
dengan sebarang gejala sosial contohnya terlibat dengan gejala
penagihan dadah, arak, bahan inhalan dan sebagainya lagi.

Seterusnya jika murid bersahsiah yang baik, tidak mustahil
kejayaan dalam aspek akademik serta penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum yang menyeluruh dapat direalisasikan. Akhirnya
nanti, murid-murid ini akan dapat menyambung pelajaran ke
mana-mana pusat pengajian tinggi awam atau swasta, institut
kemahiran dan sebagainya lagi selepas tamat Tingkatan 5 dan
lulus dalam SPM.

Oleh demikian Program Motivasi Kecemerlangan dan Sahsiah
Diri Murid Tingkatan 1-2 ini diadakan untuk membolehkan
pelajar mempunyai sahsiah diri yang baik serta memberikan
pendedahan kepada para pelajar supaya benci akan dadah /rokok
dan sikap-sikap negatif yang lain dan seterusnya dapat mencapai
kejayaan sama ada dalam bidang akademik dan kokurikulum
yang seimbang serta bersepadu.

RASIONAL

Menyedari bahawa sahsiah yang baik membolehkan pelajar
terhindar daripada terlibat dalam gejala sosial seperti merempit,
dadah, seks bebas dan sebagainya.

Menyedari bahawa asas diri yang baik terbentuknya dari hati
dan dizahirkan dengan amalan solat dan sebagainya mengikut ajaran
Islam.

MATLAMAT
Membantu pelajar meningkatkan sahsiah mereka serta meningkatkan
kesedaran dan tanggungjawab dalam diri murid untuk menjauhi perkara
negatif yang merosakkan dan kembali kepada fitrah semulajadi iaitu

menjadi hamba Allah yang taat akan suruhanNya.

OBJEKTIF

Menerapkan nilai-nilai yang baik seterusnya membantu pelajar
mengamalkan sahsiah diri yang seimbang dan membantu mereka
berperanan dengan sihat dalam sekolah serta persekitaran hidup
mereka.

Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam
kalangan murid.

Membina ketahanan diri yang tinggi dalam kalangan murid dari
aspek mental, fizikal dan rohani.Iaitu kepentingan menjaga solat dan
mengamalkan ajaran Islam.

Menyuntik motivasi supaya murid lebih

bertanggungjawab dan menjalankan peranan mereka sebagi

seorang murid dan seterusnya berjaya dalam akademik .

JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn Hjh Norsiah binti Ab Rahman
(Pengetua SMK Air Molek)
Naib Pengerusi 1 : Pn Norliza binti Jamil (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En Bahari bin Harun ( PK 1 )
Naib Pengerusi 3 : Pn Samiah binti Samari (PK Koku)
Setiausaha : Pn. Fadzilah binti Bakrin
Pen Setiausaha 1 : Pn. Norasliza binti Ramly
Pen Setiausaha 2 : Pn Hjh Norrashidah binti Ahamad
Penyelaras : Tn Hj Rusli bin Mohamed Affendi
: Pn. Mastura binti Ramli
: Cik Tan Kim Fong
: En Rahmat Sabri bin Azis
: Pn Azizah binti Munib

AJK PELAKSANA PROGRAM:

Jemputan/Sijil/Buku Program & Dokumentasi
Pn. Hjh. Norrashidah binti Ahamad
Pn. Norasliza binti Ramly
Pn. Maazatil Adawiyah binti Bakar

Penceramah Program
En. Rizam Bin Tambi Chik

En.Hairie Bin Abdullah

Pengacara Majlis
Pn. Sarina Binti Mohamed

Kawalan Disiplin
En.Mohd Firdaus Bin Fauzi

Makanan Pelajar
Pn. Noor Khadiati bt Abu Bakar

Pendaftaran Murid
Pn. Nur Hakimah binti Sepri
Pn. Sabariyah Bt.Mohd Amin

TENTATIF PROGRAM MOTIVASI DAN
SAHSIAH DIRI MURID TINGKATAN 1& 2

TAHUN 2020

SESI 1 (TINGKATAN 1)

MASA PERKARA TINDAKAN SASARAN
11.10-
11.20 Pelajar Pn. Fadzilah binti Bakrin Semua
Pelajar
11.20- berkumpul di Pn. Norasliza binti Ramly Tingkatan 1
11.25
surau
11.25-
11.30 Ucapan En. Hairie bin Abdullah

11.30- Pengerusi Pn. Sarina binti
1.10
Majlis Mohamed
1.10-
1.40 Pembahagian Pn. Fadzilah binti Bakrin
1.40 ptg
modul kepada Pn. Norasliza binti Ramly

pelajar

Ceramah Ustaz Rizam bin Tambi

Sahsiah Chik

Pelajar En.Mohd Hairie bin

Abdullah

Solat Ustaz Rizam bin Tambi

berjemaah Chik

Bersurai

T

SESI 2 (TINGKATAN 2)

MASA PERKARA TINDAKAN SASARAN
11.10- Pelajar
11.20 berkumpul di Pn. Fadzilah binti Semua Pelajar
surau Bakrin Tingkatan 2
11.20 – Pn. Norasliza binti
11.25 Ucapan Ramly
Pengerusi
11.25- Majlis En. Hairie bin
11.30 Abdullah
Pembahagian Pn. Sarina binti
11.30 modul Mohamed
1.10 kepada
pelajar Pn. Fadzilah binti
1.10- Ceramah Bakrin
1.40 Sahsiah Pn. Norasliza binti
1.40 Pelajar Ramly
ptg
Solat Ustaz Rizam bin
berjemaah Tambi Chik
Bersurai En.Mohd Hairie bin
Abdullah

Ustaz Rizam bin
Tambi Chik

PENILAIAN PROGRAM

Ø Penilaian Jangka Pendek
*Perubahan tingkah laku (kehadiran dan tumpuan di dalam

kelas sewaktu PDPC)
Ø Penilaian Jangka Panjang
*Tidak terlibat dalam sebarang salah laku disiplin yang berat
dan dapat menyambungkan pelajaran selepas tamat

Tingkatan 5

PENUTUP

Dengan kerjasama daripada semua pihak dan barisan AJK
pelaksana yang telah dilantik, diharapkan Program Motivasi
Kecemerlangan dan Sahsiah Diri Murid Tingkatan 1-2 SMK Air
Molek 2020 akan dapat dijalankan dan dijayakan dengan selancar
yang mungkin. Semoga segala matlamat dan objektif program
yang membantu dalam pembentukan sahsiah diri yang baik serta
menyuntik kesedaran dalam kalangan murid dapat direalisasikan
dan seterusnya dapat membantu melahirkan generasi baru yang
berakhlak terpuji, mengamalkan syariat agama dan bersih
daripada terlibat dalam sebarang gejala sosial yang negatif dan
merugikan masa depan mereka.

“ Sahsiah Terpuji Menjana Kecemerlangan Akademik “


Click to View FlipBook Version