The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RBTS3063 Teknologi Tanaman Sayuran dan Hiasan - Tugasan 3 (Laporan PBS / Kerja Lapangan)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 612-8-mohammad, 2022-11-07 23:34:53

RBTS3063 Teknologi Tanaman Sayuran dan Hiasan - Laporan PBS / Kerja Lapangan

RBTS3063 Teknologi Tanaman Sayuran dan Hiasan - Tugasan 3 (Laporan PBS / Kerja Lapangan)

Keywords: RBTS3063

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Nama Pelajar Mohammad Faiz Bin Norrizam

Angka Giliran 2021162344227

No Kad Pengenalan 020930-10-1333

Kumpulan/Unit 3PISMP RBT4

Kod & Nama Kursus RBTS3063 Teknologi Tanaman Sayuran dan Hiasan

Nama Pensyarah En. Mohd Asri Bin Abdul Aziz

Tarikh Hantar 5 November 2022

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh: 5/11/2022
Markah:

Page | 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Nama: Mohammad Faiz Bin Norrizam Angka Giliran Pelajar: 2021162344227

Tajuk Tugasan: Laporan PBS / Kerja Lapangan

Pensyarah: En. Mohd Asri Bin Abdul Aziz Subjek/ Kursus: RBTS3063 Teknologi
Tanaman Sayuran dan Hiasan

Tarikh Hantar: 5 November 2022 Tarikh Diterima:

BORANG MAKLUM BALAS PROJEK
Pengakuan Pelajar

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: ................................................... Tarikh: ................…………

Perincian Maklum Balas Tugasan

Pemeriksa Moderator

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuk dan fahami.

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

Page | 2

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT
4
1.0 PENGENALAN KONSEP EDIBLE LANDSCAPE
4–5
2.0 JENIS-JENIS TANAMAN SAYURAN DAN KAEDAH
PENJAGAAN 5–6
7
3.0 ELEMEN DAN PRINSIP EDIBLE LANDSCAPE
3.1- ELEMEN EDIBLE LANDSCAPE
3.2- PRINSIP EDIBLE LANDSCAPE

4.0 GAMBAR-GAMBAR PELBAGAI BAHAN DAN TANAMAN 8 – 10
11
5.0 GAMBAR-GAMBAR PELBAGAI SUDUT PANDANGAN 12
EDIBLE LANDSCAPE
13
6.0 ULASAN MENGENAI EDIBLE LANDSCAPE 14

7.0 ANALISIS TAPAK
7.1- ANALISIS SWOT KAWASAN YANG DIPILIH
7.2- ANALISIS TAPAK

8.0 MERANCANG DAN MELAKAR REKA BENTUK PELAN 15
EDIBLE LANDSCAPE DENGAN MENGGUNAKAN
PERISIAN GRAFIK KOMPUTER 16 – 17
18 – 20
9.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN
10.0 PRINSIP REKA BENTUK 21
11.0 JADUAL KERJA 22
12.0 BELANJAWAN (ANGGARAN KOS) 23
13.0 RUMUSAN 24
14.0 RUJUKAN 25
15.0 LAMPIRAN

Page | 3

1.0- PENGENALAN KONSEP EDIBLE LANDSCAPE

Edible Landscape merupakan satu reka bentuk taman yang menggabungkan
penggunaan tanaman makanan dan tanaman. Ia juga boleh dikenali sebagai Laman
Dapur (Edible Garden) dan taman komuniti. (Hanim Ahmad, 2009). Edible Landscape
boleh didefinisikan sebagai sebuah tanaman mini yang menggabungkan beberapa
jenis tanaman seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman, pokok herba dan buah-buahan.
Konsep Edible Landscape ini diasaskan oleh Datin Seri Jeanne Abdullah iaitu bekas
isteri Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi (Pak lah) bertujuan membantu
golongan suri rumah untuk meminimumkan kos dapur.

Reka bentuk Edible Landscape lebih menonjolkan elemen-elemen landskap
lembut tanaman makanan (edible plant) sebagai alternatif kepada elemen tanaman
hiasan sedia ada. Komposisi penggunaan tumbuhan di dalam ‘edible’ landskap yang
dikenali sebagai landskap lembut secara amnya adalah sekurang-kurangnya terdiri
daripada 50% tumbuhan ‘edible’ bergantung kepada saiz dan lokasi tapak,
kemampuan, minat dan kehendak pemilik.

2.0- JENIS-JENIS TANAMAN SAYURAN DAN KAEDAH PENJAGAAN

Jenis Tanaman Sayuran Kaedah Penjagaan Penerangan

1. Jagung Menyiram Menyiram air dua kali sehari
2. Cili Menggembur untuk mengekalkan
3. Bawang Merah kelembapan tanah
4. Timun
5. Sawi Bertujuan menjadikan medium
tanah lebih berongga dan
sesuai untuk akar tanaman
menyerap air dan membesar
dengan baik menggunakan
nutrient yang ada dalam tanah.

Membaja Membaja 2 minggu sekali
dengan menggunakan baja
organik. Baja organik mampu
meningkatkan keupayaan

Page | 4

tanah untuk 3 menampung air
dan nutrien dalam tanah
dengan lebih cekap

Menerima cahaya Memastikan sayur- sayuran
matahari tersebut menerima cahaya
matahari yang secukupnya
iaitu lebih daripada 6 jam bagi
proses fotosintesis.

3.0- ELEMEN DAN PRINSIP EDIBLE LANDSCAPE

3.1- ELEMEN EDIBLE LANDSCAPE

Elemen-elemen asas reka bentuk landskap boleh diterapkan dari kepelbaaian nilai
estetik dan fungsi visual tanaman ‘edible’ seperti saiz, bentuk, warna, tekstur, bau dan
rasa.

Pokok Pemand
-angan

Batang Daun Rasa Sentuhan

Tanaman Kesan
'Edible' Reka
Bentuk

Buah Bunga Bau Bunyi

Page | 5

Warna

Unsur Kepelbagaian Tekstur
Kontras Ciri-Ciri, Nilai

Estetik &
Fungsi Visul

Bentuk

Elemen Penerangan

Warna Faktor warna adalah untuk memberi kepelbagaian kesan pandangan
Unsur dalam sesuatu taman. Di dalam ‘edible landscape’, elemen warna
Kontras dizahirkan melaui buah, bungan atau daun pada tumbuhan yang
dipilih. Contoh elemen warna pada buah adalah seperti cili, tomato,
Tekstur terung, cermai dan belimbing. Elemen bunga yang berwarna pula
Bentuk ialah kantan, halia, misai kucing dan sebagainya. Sementara elemen
warna pada daun adalah seperti bayam, kobis, keledek, pegaga dan
kunyit. Penggunaan elemen warna juga boleh dizahirkan melalui
penggunaan tanaman hiasan yang biasa digunakan seperti heliconia,
canna, bunga raya dan sebagainya yang bersesuaian dengan ruang
dan kawasan. Warna juga memberikan kesan kontras semasa warna
bunga yang terang seperti merah, kuning terang, dan sebagainya di
tanam di tepi dinding putih

Pemilihan tanaman ‘edible’ juga perlu mengambil kira keadaan
tekstur tanaman bagi mewujudkan variasi yang pelbagai dan menarik
dalam sesuatu taman. Elemen ini boleh didapati melalui visual pada
bentuk fizikal tanaman ataupun melalui sentuhan pada tumbuhan
tersebut sama ada melalui daun, buah, bunga ataupun batang pokok
yang dipilih. Terdapat 2 faktor yang bertekstur halus seperti pandan,
kangkung, daun Bentuk 4 bawang, kaduk, pegaga, sireh, buah
terung, timum dan sebagainya. Sementara tanaman yang bertekstur
kasar pula adalah seperti sawo, serai, ulam raja, bendi, kacang
panjang dan sebagainya.

Page | 6

3.2- PRINSIP REKA BENTUK EDIBLE LANDSCAPE

Prinsip-prinsip reka bentuk berikut digunakan bagi mencorakkan sesuatu ruang secara

fizikal dan menghasilkan kesan-kesan estetik dan kepelbagaian fungsi sesuatu ‘edible’

landskap. (Casia Biflora, 2006).

KESATUAN (UNITY)

•Pemilihan & penggunaan elemen secara konsisten dan berulang-ulang bagi mewujudkan
kesatuan dan suasana harmoni yang sesuai dengan konsep, tema dan idea reka bentuk.

KEANEKAAN (VARIETY)

•Keanekaan boleh diwujukan melalui penggunaan dan gabungan pelbagai elemen seperti
bentuk, warna, saiz, garisan dan ruang secara harmoni dan berkesan bagi mewujudkan
kepelbagaian kesan reka bentuk tetapi tidak menjejaskan kesaturan dan kesederhanaan. Ia
memberi kesan pengalaman yang berbeza dan menimbulkan minat yang berterusan. Kegagalan
dalam menggubah prinsip ini akan menghasilkan reka bentuk yang bercelaru dan mengelirukan.

KERINGKASAN (SIMPLICITY)

• Keringkasan menekankan ciri-ciri keharmonian iaitu penggunaan kombinasi ciri-ciri dan sifat-
sifat yang hampir serupa dari segi bentuk, saiz, warna dan fungsi. Penggunaan elemen yang
terlalu banyak akan mewujudkan persekitiran kelam kabut manakala penggunaan elemen yang
terlalu ringkas akan memberi kesan yang ‘monotonous’ atau membosankan. Pemilihan dan
penggunaan elemen yang penting, ringkas dan mudah adalah bagi menghasilkan persekitaran
yang berfungsi, menarik dan menjimatkan kos penyelenggaraan.

KONTRAS

•Kontras bermaksud sesuatu reka bentuk yang mempunyai elemen yang bertentangan dari
pelbagai ciri-ciri reka bentuk bagi menonjolkan perbezaan dan reka bentuk yang tidak hambar
(monotonous). Kontras boleh digunakan bagi melebihkan tumpuan terhadap satu- satu elemen.

KESEIMBANGAN

•Keseimbangan bermaksud mewujudkan keseragaman dan kestabilan pemandangan dan ruang-
ruang yang dihasilkan melalui susunan elemen- elemen landskap di dalam sesuatu gubahan.

ULANGAN

•Ia merupakan kaedah penggunaan elemen yang berulang-ulang untuk memberi penekanan
kepada konsep, tema dan idea reka bentuk tertentu bagi mengelakkan kesan ‘Monotonous’ dan
kecelaruan.

RITMA

•Ritma merupakan perubahan dari satu keadaan dan ruang kepada keadaan dan ruang yang lain
secara berperingkat-peringkat bagi menentukan arah pandangan dan pergerakan di samping
mewujukan suasana keharmonian dan kesinambungan dan keselesaan di segi penggunaan
warna, garisan, rupa bentuk, tekstur dan ketinggian yang efektif bagi menghasilkan. Ia juga
boleh mengelakkan suasana ‘monotonous’ atau suasana yang bercelaru.

SKALA

•Skala bermaksud setiap reka bentuk perlu disesuaikan dengan ruang dan pengguna sesuatu
ruang. Ia merupakan perkaitan relatif antara elemen-elemen reka bentuk, pengguna, aktiviti
dan keadaan sekeliling. Setiap elemen yang direka seperti kerusi, pergola, wakaf dan
sebagainya perlu menepati skala tubuh manusia agar dapat memberi keselesaan kepada
pengguna elemen dan ruang tersebut. Ruang yang kecil memerlukan elemen-elemen landskap
yang kecil bagi mengelakkan kesesakan suasana ruang tersebut

Page | 7

4.0- GAMBAR-GAMBAR PELBAGAI BAHAN DAN TANAMAN
BAHAN

1. Sudip Tangan
Berfungsi untuk membuang rumpai dan mencampur tanah ke dalam pasu.

2. Penggembur Tangan
Berfungsi untuk menggembur tanah dan membuang rumpai.

3. Pasu
Merupakan medium untuk tanaman.

Page | 8

4. Penyiram
Berfungsi untuk menyiram air.

5. Sarung Tangan
Berfungsi untuk melindungi tangan.

TANAMAN
1. Jagung

Page | 9

2. Cili
3. Bawang Merah
4. Timun
5. Sawi

Page | 10

5.0- GAMBAR-GAMBAR PELBAGAI SUDUT PANDANGAN EDIBLE
LANDSCAPE

Contoh Pandangan Atas Edible Landscape

Contoh Pandangan Hadapan Edible Landscape

Page | 11

6.0- ULASAN MENGENAI EDIBLE LANDSCAPE
Pelan edible landscape di atas sangat sesuai dibina di kawasan yang mempunyai

keluasan yang kecil dan sempit. Pelbagai jenis sayur-sayuran boleh ditanam dengan
kemas dan cantik. Edible landscape ini dijadikan sebahagian elemen penanaman
dalam hiasan laman rumah. Warna hijau juga berfungsi untuk memperbaharui minda
kita selain daripada menambah kesenian kawasan laman rumah. Tidak dinafikan
bahawa edible landscape di atas bukan sahaja berfungsi untuk kecantikan malah
menjimatkan perbelanjaan dapur. Sebagai contoh, hasil tanaman tersebut boleh
digunakan untuk keperluan harian keluarga. Selain jimat, ia juga menyediakan
sayuran segar dan selamat. Penggunakan baja organik tentunya akan lebih selamat
dan menyihatkan. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis sayur-sayuran yang telah ditanam
tersebut juga boleh dijual kepada jiran atau rakan untuk meningkatkan pendapatan
tambahan.

Page | 12

7.0- ANALISIS TAPAK
7.1- ANALISIS SWOT KAWASAN YANG DIPILIH

Kekuatan (Strength) Kelemahan (Weakness)

- Mempunyai tanah lapang - Ruang yang terlalu besar memerlukan tenaga kerja
- Kawasan yang dipilih terdedeah kepada cahaya yang ramai bagi menjalankan aktiviti seperti
matahari yang akan membantu tumbuh-tumbuhan membaja, menyiram air dan sebagainya

menjalankan proses fotosintesis - Ketiadaan pokok naungan akan menyebabkan
- Kawasan yang dipilih juga akan menerima hujan tanaman berisiko untuk layu kerana menerima cahaya
secara langsung disebabkan kawasan yang terdedah
matahari secara terus dan berlebihan
dan secara tidak langsung tidak memerlukan
penjagaan yang rapi

Analisis
SWOT

Peluang (Opportunity)

- Alat penyiram air secara automatik boleh ditambah Ancaman (Threat)
supaya tanaman tidak layu apabila hari tidak hujan
- Tanaman baru berisiko rosak oleh angin kencang
- Bunga yang berwarna-warni dan tumbuhan yang disebabkan tiada naungan sebagai penghalang angin
boleh dimakan, boleh ditambah untuk meningkatkan
- Tanaman terdedah kepada risiko kerosakan oleh
keindahan dan variasi kawasan tersebut serangga perosak

- Sayur-sayuran boleh dijual untuk menambah
pendapatan

Page | 13

7.2- ANALISIS TAPAK
Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti pada
kawasan edible landscape yang dipilih. Kekuatan pertama bagi edible landscape
tersebut adalah kawasan tersebut mempunyai tanah lapang yang luas untuk
menanam pelbagai jenis sayur-sayuran. Pemilihan sayur-sayuran seperti timun, sawi,
jagung dan sebagainya mengandungi pelbagai vitamin yang dapat menjamin
kesihatan tubuh badan manusia. Bukan itu sahaja, ruang yang besar juga boleh
memudahkan proses pengakutan peralatan. Proses pemindahan tanaman juga tidak
akan menjadi susah. Selain itu, kawasan yang dipilih terdedah kepada cahaya
matahari dan hujan dapat membantu tumbuh-tumbuhan menjalankan proses
fotosintesis. Sayur-sayuran seperti jagung, sawi, bawang merah dan sebagainya amat
memerlukan masa menerima cahaya matahari yang secukupnya iaitu 6 jam sehari.
Kawasan yang dipilih juga dapat menerima air hujan supaya tumbuh-tumbuhan tidak
akan layu disebabkan terlupa menyiram air.
Seterusnya, selepas mengkaji tentang kekuatan edible landscape tersebut secara
mendalam, kelemahan edible landscape ini juga harus diberi perhatian untuk
membuat penambahbaikkan. Kelemahan pertama adalah disebabkan ruang
penanaman yang terlalu besar, ia memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk
menyiram air, membaja, dan sebagainya. Di samping itu, ketiadaan pokok naungan
akan menyebabkan tanaman berpontensi untuk layu disebabkan menerima cahaya
matahari secara terus dan berlebihan kepada tanaman tersebut.

Page | 14

8.0- MERANCANG DAN MELAKAR REKA BENTUK PELAN EDIBLE
LANDSCAPE DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN GRAFIK KOMPUTER

PETUNJUK:

Gazebo Kolam Ikan Bangku Pokok Pisang

Terung Cili Sawi Pokok Kelapa

Bawang Merah Jagung Bunga Raya Bunga Orkid

Page | 15

9.0- JUSTIFIKASI PEMILIHAN

ITEM KETERANGAN

Gazebo Tempat rehat bagi murid-murid atau guru selepas membuat
penanaman. Selain itu, gezebo ini juga boleh menjadikan
tempat menjalankan proses PdP terutamanya bagi subjek Seni
Visual dan Sains.

Kolam Ikan Guru-guru dapat menanam minda murid- murid memelihara
haiwan. Selain itu, pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni
dapat melapangkan dan menenangkan hati para guru dan
murid. Ia juga dapat mencantikkan kawasan sekolah.

Bangku Tempat berehat dan duduk bagi murid-murid dan guru sambil
menikmati suasana di kawasan dataran

Pokok Pisang Pisang adalah buah yang sangat berkhasiat dan kaya dengan
sumber vitamin, mineral dan karbohidrat yang bagus untuk
murid-murid.

Pokok Kelapa Pokok kelapa merupakan salah satu pokok tempatan yang enak
Sawi dimakan dan mengandungi banyak khasiat kepada kesihatan
Cili anggota badan. Pokok kelapa juga mudah ditanam, sama ada
di kawasan kebun, ladang atau di kawasan sekolah.

Sayur sawi mengandungi banyak khasiat kepada tubuh badan
manusia seperti mengandungi sumber vitamin K, kaya dengan
antioksidan, baik untuk jantung, dan kaya dengan serat dan
mineral.

Sayur cili juga mempunyai banyak khasiat seperti dapat
menurunkan kadar gula dalam darah, meningkatkan kesihatan
jantung dan mencegah strok, bertindak sebagai terapi,
mencegah kanser prostat dan membantu membakar lemak.

Page | 16

Terung Kelebihan sayur terung ialah kaya dengan zat besi, rendah
Bawang Merah kalori dan bebas lemak, tinggi serat, menjaga kesihatan jantung,
Jagung mencegah diabetes, menguat dan menyihatkan tulang, dan
Bunga Raya membina otak yang cergas dan sihat
Bunga Orkid
Khasiat bawang merah ialah menguatkan system ketahanan
badan, membantu penghadaman, sebagai agen anti-penuaan,
bagus untuk penghidap anemia dan mengawal kadar gula
dalam darah.

Sayur jagung sangat banyak khasiat seperti baik untuk
kesihatan mata, sebagai sumber karbohidrat baik untuk pesakit
diabetes, melindungi kesihatan jantung dan mencegah kanser
usus.

Berfungsi untuk mencantikkan kawasan sekolah dan
membaharui minda guru-guru serta murid-murid semasa
melihat bunga raya yang cantik.

Berfungsi untuk mencantikkan kawasan sekolah dan
membaharui minda guru-guru serta murid-murid semasa
melihat bunga orkid yang cantik.

Page | 17

10.0- PRINSIP REKA BENTUK

Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan
satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual
serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. (Cikgu Sherry, 2013)
Prinsip reka bentuk akan membantu membuat keputusan tentang bagaimana untuk
menggunakan elemen-elemen reka bentuk. (Ly Jonathan, 2016) Prinsip reka bentuk
menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat.

PRINSIP PENERANGAN

Prinsip Keseimbangan Keseimbangan adalah mengagihkan keberatan
visual objek, warna, tekstur dan ruang. Sekiranya
rekaan diberi skala, elemen keseimbangan ini
membuatkan rekaan mempunyai kestabilan.
Dalam keseimbangan simetri (symmetrical
balance), elemen keseimbangan digunakan di
satu sisi rekaan yang sama dengan sisi rekaan
yang satu lagi. Dalam keseimbangan bukan
simetri (asymmetrical balance), sisi antara satu
sama lain adalah berbeza tetapi kelihatan stabil.
Manakala keseimbangan jejari (radial balance),
elemen disusun di sekitar satu titik tengah dan
boleh jadi serupa.

Prinsip Perspektif Perspektif dihasilkan apabila objek dalam
ruangan dua dimensi disusun agar kelihatan lebih
realistik. Perspektif memberikan makna hubungan
antara objek-objek yang dilihat dalam suatu
ruang. Perspektif mewujudkan sifat realisme
kepada imej visual. Saiz satu segi empat kurang
bermakna sehingga ada satu objek lain yang
mampu memberikan kesan tambahan seperti saiz
satu meja atau saiz satu bangunan. Persepsi
boleh dicapai melalui penggunaan saiz objek
yang relative. Objek yang bertindan, dan objek
yang dikaburkan atau dijelaskan.

Page | 18

Prinsip Harmoni Harmoni wujud pada benda-benda alam dan
benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu
rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau
ulangan unsur-unsur seni visual mengikut vara
dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan
kesan yang menarik. Dalam konteks seni,
ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang
dalam gaya dan arah yang tertentu atau
berpandukan garisan grid akan menghasilkan
gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan
harmoni dapat menimbulkan gambaran yang
sempurna, teratur, seragam dan selesa
pandangan mata.

Prinsip Kesatuan atau Paduan Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila
kesemua unsure-unsur di dalamnya mempunyai
satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.
Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang
baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu
gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip
kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil
itu kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna
di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan
memberi impak dari segi kekuatan karya.

Prinsip Dominan Dominan merupakan salah sau prinsip yang
selalu digunakan dalam penghasilan reka bentuk
grafik. Dominan berasal dari perkataan
Dominance yang bermaksud keunggulan. Sifat
unggul dan istimewa ini menjadikan sesuatu
unsur seni tersebut sebagai penarik dan menjadi
perhatian.

Prinsip Kepelbagaian Prinsip ini wujud hasil penggunaan pelbagai gaya
nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu
gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya,
variasi, tenaga dan daya tarikan dalam sesuatu

Page | 19

gubahan. Kepelbagaian mengandungi

kepelbagaian warna dan kepelbagaian bentuk

dan jenis objek.

Prinsisp Pergerakan Pergeraakan dapat diwujudkan dalam gubahan
Prinsip Irama seni visual mealui pengolahan unsur-unsur seni
Prinsip Penengasan dengan cara dan teknik yang tertentu.
Prinsip Kontra Mengaplikasikan prinsip pergerakan dalam
kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama
dan suasana tertentu.

Irama merupakan suatu prinsip reka bentuk.
Irama akan menunjukkan pergerakan apabila
sesuatu elemen berulang. Irama visual adalah
seni yang boleh dilihat dan ia wujud apabila
bentuk positif diulang beberapa kali dan
dipisahkan daripada bentuk negatif. Antara jenis-
jenis irama adalah irama rawak, irama biasa,
irama berselang seli, dan irama aliran.

Berfungsi penegasanialah untuk menarik
perhatian, memberi fokus dan mengelakkan
kebosanan. Penegasan wujud apabila terdapat
sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau
menunjukkan sesuatu yang ganjil dalam sesuatu
gubahan.

Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan
unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.
Prinsip kontra wujud jika ada unsur-unsur seni
yang bertentangan atau bercanggah dalam
sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk
menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan
kebosanan dan kesan pergerakan.

Page | 20

11.0- JADUAL KERJA

Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad

Aktiviti 10/10 11/10 12/10 13/10 14/10 15/10 16/10

Memilih tapak

Membuat
perbincangan
dengan pensyarah
tentang kesesuaian
tapak yang dipilih

Mengumpul semua
bahan maklumat
(Memilih tanaman
yang sesuai untuk
ditanam)

Memulakan
penulisan laporan

Memilih pelan edible
landscape yang
sesuai dan mula
membuat lakaran

Menambahkan
bahan maklumat
dan bacaan

Menyiapkan dan
mengemaskan
penulisan laporan

Page | 21

12.0- BELANJAWAN (ANGGARAN KOS)

BIL. ITEM KUANITITI HARGA SEUNIT AMAUN
(RM) (RM)
2.50
1. Biji benih sawi 1 Paket 2.50 5.50
3.50
2. Biji benih cili 1 Paket 5.50 2.90
6.00
3. Biji benih terung 1 Paket 3.50 45.00
36.00
4. Biji benih jagung 1 Paket 2.90 150.00
200.00
5. Bawang merah 1Guni kecil 6.00 320.00
-
6. Pokok bunga raya 3 Pokok 15.00
48.00
7. Pokok bunga orkid 3 Pokok 12.00 112.00
800.00
8. Anak pokok pisang 10 Pokok 15.00
10.00
9. Anak pokok kelapa 10 Pokok 20.00 18.50
29.80
10. Bangku 4 Buah 80.00 33.60
45.60
11. Gazebo -- -

Bahan membina gazebo: 24.00
145.00
Kepingan kayu 40 Keping 1.20 100.00
2137.90
Tiang-tiang kayu 16 Batang 7.00

Besi sokongan perabung 32 Batang 25.00

Batu kerikil 10 Kg 1.00

Penyumbat kayu 1 Tin 18.50

Vernish. 1 Tin 29.80

Skru 4.5x50 mm 600 Pcs 0.056

Skru 4.5x70 mm 600 Pcs 0.076

12. Kolam Ikan --

Bahan membina kolam ikan:

Simen 2 Paket 12.00

Pasir Sungai 1 Lori 145.00

Batu-Bata 200 Biji 0.50

Jumlah:

Page | 22

13.0- RUMUSAN
Edible landscape yang membawa maksud mini taman iaitu menggabungkan jenis

tanaman yang terdiri daripada sayur-sayuran, ulam-ulaman, pokok herba dan buah-
buahan telah memberi bantuan dalam meningkatkan keindahan pemandangan selain
daripada menjimatkan kos pembelanjaan. (Dinda Adinda, 2010) Program
Pembangunan Landskap di Malaysia juga dibangunkan oleh Dasar Landskap Negara
bagi menyediakan infrastruktur hijau yang berfungsi dan mampan. Hal ini adalah
bertujuan untuk menjimatkan kos negara dan mencantikkan pemandangan negara.
Oleh itu, pemulaan edible landscape adalah penting untuk melembutkan seni bina
keras seperti bangunan sekolah, memastikan kesihatan manusia dan menjimatkan
kos. Semua orang haruslah berusaha menambahkan edible landscape di Malaysia
untuk memajukan dan mengharmonikan negara.

Page | 23

14.0- RUJUKAN

Abdullah, Rohaya and Aris, Baharuddin. (2002). Kemahiran Hidup KBSM Tingkatan
3 : Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Arunasalam Jeya. (2008). SPM Bilingual BIOLOGY Form 5 : Arah Pendidikan Sdn.
Bhd

Casia Biflora. (2006). Edible Landskap AP. Retrieved on
https://www.slideshare.net/nsila77/edible-landsk-ap

Cikgu Sherry. (2013). Prinsip Reka Bentuk. Retrieved on
http://sharinahcheamdan.blogspot.com/2013/03/prinsip-reka-bentuk.html

Dinda Adinda. (2010). Maksud Edible Garden. Retrieved on
http://hazwanihasman.blogspot.com/2012/01/maksud-edible- garden.html

Hanim Ahmad (2009). Koleksi Spesies Landskap Edible Tanaman Makanan, Herba
Dan Hiasan. Malaysia: Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian
Malaysia.

Ly Jonathan. (2016). Bab 1 reka bentuk dan teknologi. Retrieved on
https://www.slideshare.net/LyJonathan/bab-1-reka-bentuk-dan-teknolo

Ng Chee Kin. (2014). Nexus Xpress PBS Sains Tingkatan 3 : Sasbadi Sdn. Bhd.

Okke Rosmaladewi, Lilis Irmawatie, & Dick Dick Maulana. (2020). Agrotechnology
Study Program Revitalization Through Integrated Pest Management Farmer
Field School. Proceedings of the 3rd International Conference on Learning
Innovation and Quality Education

Portillo, G. (2021, June 18). Bagaimana tanaman membiak. Jardineria On.
https://www.jardineriaon.com/ms/Bagaimana-tanaman-membiak.html

S.C. Toh, A.S. Ong, Lam Chang Huat. (2012). Ekspres Sains Tingkatan 3 : Pelangi
Sdn. Bhd.

Sindu Workneh Kebede, & Wolfgang Bokelmann. (2017, November 12).
Agrotechnology. Division of Horticultural Economics, Humboldt

Page | 24

13.0- LAMPIRAN

Kawasan kiri dataran yang dicadangkan sebagai tapak edible landscape di SK Tasik
Puteri 2

Kawasan kanan dataran yang dicadangkan sebagai tapak edible landscape di SK
Tasik Puteri 2

Page | 25


Click to View FlipBook Version