SLIDESMANIA
ü
ü
ü
ü
ü
ü
SLIDESMANIA
SLIDESMANIA
SLIDESMANIA
Batu bersurat yang ditemukan di beberapa kawasan
di Nusantara membuktikan bahawa masyarakat
berbahasa Melayu telah mula menggunakan tulisan
sekurang-kurangnya pada abad ke-7 Masihi. Tulisan
pada batu bersurat tersebut dipercayai tulisan
Pallava, iaitu yang dibawa oleh orang Hindu semasa
mereka tiba di Kepulauan Melayu. Namun, beberapa
sarjana seperti Jaspan dan Siti Hawa Salleh (1997)
mempercayai bahawa sebelum menggunakan tulisan
Pallava, orang Melayu telah pun mempunyai tulisan
sendiri, iaitu tulisan Rencong. Seterusnya, sistem
tulisan selepas Pallava ialah sistem yang dikatakan
turunan daripada sistem Pali, iaitu tulisan Kawi.
SLIDESMANIA
SISTEM TULISAN BAHASA Tulisan Rencong
MELAYU Tulisan Pallava
Tulisan Kawi
Tulisan Jawi
SLIDESMANIA
SLIDESMANIA Tulisan Rencong merupakan bentuk tulisan terawal di Alam
Melayu. Tulisan ini banyak digunakan di Sumatera Selatan,
iaitu di Bangkahulu, Hulu Palembang, Lampung, Rejang, Jambi
serta Minangkabau. Bentuk tulisan ini banyak ditulis di atas
kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam
dan pada batu bersurat. Malah, tulisan Rencong ini telah
dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur
iaitu di Bangka Barat. Tulisan ini kekal hingga abad ke-18 iaitu
sebelum Belanda menjajah Indonesia.
SLIDESMANIA Tulisan Pallava berasal dari India dan dibawa oleh orang
Hindu semasa mereka tiba di kawasan-kawasan Melayu
seperti Srivijaya dan Palembang (Nik Safiah, 2010). Tulisan
Pallava banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Ketika
itu, bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu
pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini
terhad dalam kalangan golongan istana sahaja disebabkan
tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan
membaca dan menulis. Penemuan terawal tulisan Pallava
adalah pada tiang batu persembahan (Yupa) di daerah Muara
Kaman iaitu pertemuan di antara Sungai Mahakam dengan
Kedang Kepala. Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja
topografi Belanda pada tahun 1879. Kini, Yupa tersebut
disimpan di Muzium Nasional Jakarta
SLIDESMANIA Tulisan Kawi merupakan sistem tulisan selepas Pallava yang
dikatakan turunan daripada sistem Pali. Perkataan Kawi
berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud penyair.
Tulisan ini dikatakan berasal daripada huruf Vangki (Wenggi)
iaitu huruf yang dibawa oleh orang-orang India dari
Coromandel. Tulisan Kawi ini digunakan untuk menulis dalam
bahasa Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Pada
peringkat awal, tulisan jawi ini ditulis pada daun lontar dan
kemudiannya diubah suai dan ditulis pada batu. Bukti
penggunaan tulisan Kawi ialah melalui inskripsi yang dijumpai
di Joreng, Tapanuli, Sumatera Utara. Sistem tulisan Kawi ini
kemudiannya telah menurunkan pelbagai bahasa daerah
seperti Batak, Rejang, Lampung, Kerinci dan lain-lain (Nik
Safiah, 2010). Tulisan Kawi dikatakan lenyap pada tahun 1400
Masihi dengan runtuhnya Kerajaan Majapahit.
Tulisan Tulisan Kawi
Rencong
SLIDESMANIA Tulisan
Pallava
SLIDESMANIA ü Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan
Jawi bermaksud huruf-huruf Arab dengan
beberapa huruf tambahan yang digunakan
untuk menulis dalam bahasa Melayu.
ü Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi
dahulunya merupakan abjad piawai bahasa
Melayu tetapi telah diganti oleh abjad Rumi.
ü Oleh itu, penulisan Jawi hanya terhad kepada
kegunaan dalam hal ehwal keagamaan dan
kebudayaan.
ü Penulisan Jawi seharian dipelihara di
kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat
Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu
di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di
Malaysia dan beberapa kawasan petempatan
Melayu di Indonesia.
Ø telah wujud sejak sekitar tahun 1300 Masihi di Kepulauan
Melayu.
Ø disebarkan oleh kedatangan Islam, khususnya orang Parsi.
Ø abjad Arab yang diperkenalkan telah diubah suai agar
sesuai dengan bahasa Melayu Klasik lisan.
Ø kemungkinan besar perkataan Jawi ini merupakan gelaran
am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh
Jawa.
Ø nama Jawi ini mungkin diambil daripada kerajaan Javaka
kuno yang merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan
Majapahit dan Srivijaya yang pernah menjalin hubungan
dengan saudagar dan mubaligh Arab.
SLIDESMANIA
SLIDESMANIA Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada
pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Quran.
Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin
kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama
Islam.
Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri Kesultanan Melaka,
Johor, Brunei, Sulu, Patani, Aceh dan Ternate seawal abad ke-15, untuk
tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah
perhubungan sesama saudagar di pelabuhan Melaka.
Iktisar-iktisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan
bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan
Brunei semuanya ditulis dalam Jawi.
Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh
lapisan masyarakat, sama ada raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun
orang keramaian di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan
tamadun Melayu.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI
JAWI PERINGKAT 1 PERINGKAT 2
SLIDESMANIA v Terdapat empat tahap dalam Ø Sistem ejaan Jawi mulai
perkembangan sistem ejaan Jawi berkembang secara beransur pada
peringkat pertama: zaman awal perkembangannya.
o menggunakan tulisan dan
sistem ejaan Arab Ø Perubahan yang dilakukan adalah
sepenuhnya berdasarkan kelaziman yang
o hilangkan tanda baris tapi berlaku dan bukannya mengikut
kekalkan ejaan dan huruf peraturan mahupun sebarang
sedia ada panduan.
o mewujudkan huruf-huruf
saksi Ø 4 pedoman yang diterbitkan oleh
o menggunakan huruf saksi tokoh mahupun pertubuhan:
pada suku kata pertama dan • Hejaan P.Bm.P.B. Diraja
kedua • Ejaan Jawi Za’ba
• Sistem Ejaan Dian
• Pedoman Ejaan Jawi yang
disempurnakan
SLIDESMANIA Tuntasnya, sekiranya kita ingin mempelajari mengenai
sesuatu tulisan, hendaklah terlebih dahulu kita
memahami serta mengetahui akan sejarah, asal usul
tulisan serta tahap-tahap perkembangan tulisan
tersebut dari awal hinggalah tahap akhirnya. Kita
haruslah membantu dalam mengembangkan dan
memajukan sistem tulisan bahasa Melayu dalam
kehidupan seharian bukan sahaja dalam pembelajaran
di tempat pengajian, malah di mana sahaja kita berada.
Justeru, diharapkan agar kita dapat memartabatkan
bahasa tulisan Jawi ini yang menjadi khazanah negara
di mata dunia dengan lebih maju lagi.
Tahap perkembangan bahasa Melayu
Moden dapat dikategorikan kepada dua:
TAHAP
PERKEMBANGAN
Zaman Zaman
Pramerdeka Pascamerdeka
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN
BAHASA MELAYU MODEN PRAMERDEKA BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA
ü Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu telah Ø Selepas merdeka, Perkara 152 Perlembagaan
mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai Persekutuan telah menetapkan bahawa bahasa Melayu
bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan adalah bahasa kebangsaan.
bahasa pengantar di pusat Pendidikan Islam.
Ø Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara Malaysia.
ü Pada awal pemerintahan British, bahasa Melayu tetap Ø Dasar pendidikan menetapkan bahasa Melayu menjadi
digunakan dalam urusan rasmi jabatan jabatan kerajaan
tertentu. Pegawai British yang bertugas di negeri Melayu bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.
dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan lulus dalam Ø Proses perancangan bahasa telah dilakukan oleh
peperiksaan bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membina dan
ü Selepas perang dunia kedua, British telah mengubah memupuk bahasa Melayu ke arah taraf yang lebih maju.
dasar pendidikan dengan menjadikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa penghantar kerana bahasa Inggeris
mempunyai nilai ekonomi dan status yang tinggi.
ü Perjuangan dan pengembangan bahasa Melayu terus
dipelopori oleh cendekiawan berpendidikan Melayu dan
Arab yang terdiri daripada wartawan. Sasterawan,
budayawan, guru-guru dan ahli politik Melayu.
19
Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
yang dilahirkan di Kampung Pali, Melaka pada bulan Ogos 1796. Beliau
digelarkan sebagai Munsyi pada usia 11 tahun apabila mengajarkan
pendidikan agama Islam kepada askar-askar Melayu di Melaka. Beliau
juga mendapat pendidikan Inggeris dan pergaulannya yang luas
dengan pegawai Inggeris menyebabkan pemikiran Abdullah Munsyi
turut dipengaruhi oleh bahasa Inggeris. Karya-karya beliau
memperlihatkan pembaharuan dari segi pemikiran dan menandakan
zaman permulaan bahasa Melayu Moden. Penulisan beliau tentang
sejarah Singapura telah menjadi rujukan para pengkaji sejarah Tanah
Melayu berkaitan pendudukan British di Tanah Melayu pada abad ke-
19. Dari segi gaya bahasa, beliau menggunakan bahasa perbualan
sehari-hari dan mudah difahami tetapi masih dipengaruhi oleh bahasa
Melayu Klasik dengan penggunaan kata pangkal ayat seperti maka,
syahadan dan sebagainya. Karya beliau yang tersohor ialah Syair
Singapura Terbakar, Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan, Kisah
Pelayaran Abdullah ke Jedah, Kedah, Hikayat Abdullah dan Dewa-ul-
Kulub. Abdullah Munsyi turut menterjemahlan Hikayat Kalilah Wa
Daminah daripada bahasa Tamil serta menerbitkan Sejarah Melayu
dengan memberikan pengenalan sendiri. Menurut Kartini Anwar
(2017), Abdullah Munsyi telah mendapat gelaran “Bapa Sastera
Melayu Moden”.
Zainal Abidin Ahmah, lebih dikenali sebagai Za’ba dilahirkan di Batu Kikir, Jempol, Negeri
Sembilan. Selain Za’ba, beliau turut menggunakan beberapa nama samaran lain seperti Anak
Melayu Jati, Patriot dan Zai Penjelmaan. Za’ba merupakan tokoh bahasa yang memberikan
sumbangan yang amat menonjol dalam bidang tatabahasa. Misalnya, buku tatabahasa beliau,
Pelita Bahasa Penggal Pertama (1940), Penggal Kedua (1946) dan Penggal Ketiga (1049)
menjadi sumber rujukan utama di sekolah-sekolah Melayu dan maktab perguruan. Karya
bahasa lain yang dikarang oleh beliau ialah Kitab Ilmu Bahasa Melayu, Kitab Rahsia Ejaan
Jawi, Rahsia Ejaan Jawi, Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, Ilmu Mengarang Melayu dan Petua-
petua Ejaan Rumi Melayu di Malaysia. Di samping menghasilkan karya-karya, Za’ba turut
menyumbang jasa dalam mengangkat martabat bahasa Melayu menerusi jawatan yang
disandang, iaitu Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat Karang Mengarang di
Maktab Perguruan Sultan Idris. Beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan
Pengajian Melayu di Universiti Malaya dan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Za’ba juga
memperjuangkan penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya di Singapura serta
perjuangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara. Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau, Za’ba telah dianugerahi gelaran
Pendeta oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956) serta Ijazah Kehormat
Doktor Persuratan daripada Universiti Malaya (1959) dan Universiti Kebangsaan Malaysia
(1973). Pada tahun 1962, beliau dianugerahi oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dengan
darjah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri kepadanya.
PERKARA KETERANGAN
Latar ü dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Oxford, England.
belakang ü mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford
Kerjaya ü memperoleh Master of Art dan menerima Doctor of Letters pada tahun 1920
Sumbangan ü 1902 → pegawai pelatih di Perak
ü 1921-1931 → Presiden pertama di Raffles College, Singapura
ü 1923 → Setiausaha Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
ü 1924-1931 → anggota Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
ü 1927-1931 → anggota FMS Federal Council
ümenubuhkan Sultan Idris Training College (SITC) pada 1922
üpenerbitan pelbagai kamus dan buku:
• A Practical Modern Malay-English Dictionary (1952)
• An Unabridged English Dictionary (1958)
• Dictionary of Colloquial Malay
• Malay Grammar (1914)
• A History of Classical Malay Literature
• History of Malaya
• The Malay: A Cultural History
PERKARA KETERANGAN
Latar
belakang Ø dilahirkan di Surrey, England pada 16 November 1886
Kerjaya
Ø 1912 → guru di Sekolah Tinggi Melaka
Sumbangan Ø 1914 → pengetua di Maktab Latihan Melayu Melaka
Ø 1923 → Penolong Pengarah Pelajaran (Melayu)
Ø 1923 → pengetua di Sultan Idris Training College (SITC)
Ø menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di SITC bersama dengan Za’ba
dan dijadikan sebuah jabatan
Ø Pejabat Karang Mengarang menerbitkan buku-buku rujukan untuk sekolah
Ø menghasilkan karya asli atau karya terjemahan seperti:
§ Kitab Pelita Mengarang (1923) - ditulis bersama dengan Mohammad
Hashim Haji Talib
§ Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama dan Kedua (1926)
§ Practical Modern Malay: An Introduction to The Colloquail Language
Graduated Malay Reader (1949)
§ Hujungan Kitab Hisab 2 (1952)
Persaudaraan Pejabat Karang
Sahabat Pena Mengarang
Malaya
(PASPAM)
Pakatan Belajar PERTUBUHAN Angkatan
Mengajar BAHASA Sasterawan 50
MELAYU
Pengetahuan MODEN (ASAS 50)
Bahasa
PRAMERDEKA
(PBmPB @ Pakatan)
26
PEJABAT KARANG MENGARANG ANGKATAN SASTERAWAN 50
(ASAS 50)
q Ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) v Dibentuk oleh satu angkatan penulis generasi muda
pada tahun 1924. seperti Tongkat Warrant, Keris Mas, A. Samad Ismail,
Masuri S. N. dan Asraf
q Pengasasnya ialah Pengetua maktab tersebut iaitu O. T.
Dussek. v Tujuan: mengembangkan bahasa dan kesusasteraan
Melayu serta memajukan pendidikan orang Melayu
q Za’ba dilantik sebagai Ketua Pengarang dan
Penterjemah Kanan Pejabat Karang Mengarang. v Mewakili suara umat Melayu yang ingin mencapai
kemerdekaan daripada Inggeris.
q Tujuan: mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan
sekolah-sekolah Melayu, khususnya masyarakat Melayu. v Perjuangannya bertumpu kepada pembaharuan dalam
sastera dengan slogan “Seni untuk Masyarakat” dan
q 1924-1957 → berjaya menerbitkan 85 buah buku untuk status politik bahasa, iaitu perjuangan bahasa dan politik
bacaan sekolah di bawah Malay School Series. berjalan serentak.
q Buku-buku yang diterbitkan mencakup bidang ilmu v Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952)
penulisan, ejaan, tatabahasa bahasa Melayu, sejarah, → menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu hisab, ilmu alam dan kesihatan. kebangsaan
q Membina asas pengetahuan bahasa Melayu dan ilmu v Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua (1954) →
karang-mengarang dalam kalangan orang Melayu. memutuskan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi
q Penerbitan buku untuk sekolah telah menyumbang v Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956)
kepada perkembangan bahasa dan persuratan Melayu mencadangkan:
serta memajukan pendidikan orang Melayu. o penubuhan Balai Pustaka (Dewan Bahasa dan
Pustaka)
o penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
o bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di
sekolah
Laporan
Barnes 1951
Akta Laporan
Pendidikan Fenn-Wu
1996
Akta Bahasa LAPORAN DAN Ordinan
Kebangsaan AKTA PADA Pelajaran 1952
ZAMAN
1963/67
PASCAMERDEKA
Penyata Penyata
Rahman Razak 1956
1960
Akta Dewan
Bahasa dan
Pustaka 1959
PERBEZAAN ANTARA LAPORAN BARNES DENGAN LAPORAN FENN-WU
dipengerusikan oleh L. J. Barnes § diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu -
Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa
bertujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki Bersatu)
pendidikan bagi orang Melayu
§ mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan
terdapat beberapa cadangan dalam Laporan Barnes, kehendak orang Cina yang menganggap laporn tersebut
iaitu: bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang
Cina
1. Menghapuskan sekolah vernakular yang
menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa § terdapat beberapa cadangan dalam Laporan Fenn-Wu,
pengantar. iaitu:
1. Menyokong supaya sistem persekolahan majmuk
2. Menubuhkan sekolah dwibahasa yang dikekalkan.
menggunakan bahasa Melayu dan bahasa 2. Memberi pengiktirafan terhadap bahasa Cina
Inggeris sebagai bahasa pengantar. selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
3. Memperkasakan sekolah-sekolah vokasional dan
3. Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil menyediakan buku teks yang menggambarkan
ditukarkan secara beransur-ansur kepada kecintaan kepada Tanah Melayu.
Sekolah Kebangsaan. 4. Menghapuskan pengaruh politik serta campur
tangan masyarakat dalam pentadbiran sekolah.
PENUBUHAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan sebagai sebuah
jabatan di bawah Kementerian Pelajaran pada 22 Jun 1956 untuk
menggerakkan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Pada awalnya badan ini
dikenal sebagai Balai Pustaka tetapi atas cadangan Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Ketiga, namanya telah diubah kepada Dewan Bahasa
dan Pustaka. Bagi memperkasakan lagi DBP, satu akta telah diluluskan
oleh parlimen pada tahun 1959 yang asalnya dikenali sebagai Ordinan
Dewan Bahasa dan Pustaka. Di bawah akta ini, Lembaga Pengelola
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan untuk membentuk dan
melaksanakan dasar-dasar untuk mencapai matlamat DBP bagi
mengembangkan bahasa dan kesusasteraan di Malaysia. Akta ini juga
menjadikan DBP sebagai badan berkanun dan mempunyai kuasa
automoni untuk menggubal dasar yang khusus dan sesuai dengan
matlamatnya.
Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam
semua bidang.
Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam
bahasa kebangsaan.
Menerbitkan buku, kamus dan bahan-bahan persuratan
lain dalam bahasa kebangsaan.
Menyeragamkan atau membakukan ejaan dan sebutan
serta menggubal istilah.
Menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa
kebangsaan.
Telah mencapai status bahasa Dilihat sebagai mekanisma lengkap
kebangsaan. untuk mengungkapkan aspek-aspek
abstrak, pernyataan perasaan dan emosi,
kemurnian berkarya dan kehalusan
bahasa dalam penulisan sastera.
CIRI-CIRI BAHASA
MELAYU MODEN
Bahasa yang mudah dipelajari kerana Dianggap bersifat sejagat dan mudah
sistem fonologi yang mudah dan jelas. dilentur mengikut keadaan dan
keperluan.
CABARAN
DAN MASA
DEPAN
BAHASA
MELAYU
Start!
Cabaran Cabaran Media
Ekonomi Sosial
Cabaran CABARAN DAN
Pendidikan MASA DEPAN
BAHASA
MELAYU
Pada masa ini, bahasa Melayu menghadapi
cabaran yang sengit khususnya dalam abad ke-21.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang
menyatakan bahawa bahasa Melayu telah menjadi
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi adalah amat
terbuka dan menyebabkan status serta kedudukan
bahasa di negara Malaysia ditafsir secara berbeza
(Haris, 1990). Tambahan pula, terdapat segelintir
pihak yang ingin memperjuangkan bahasa selain
bahasa Melayu dalam sistem pendidikan yang tidak
melarang sesiapa untuk menggunakan atau mengajar
bahasa lain dan hak kerajaan Persekutuan dan hak
kerajaan negeri bagi meneruskan penggunaan dan
pengajian bahasa lain.
1 2 34
Penggunaan Bahasa Melayu Keadaan ini Bahasa Melayu Urusan kewangan
bahasa sering dikatakan menunjukkan hanya lebih
Melayu dalam tiada nilai seolah-olah digunakan mengutamakan
bidang ekonomi, tiada hanya bahasa dalam urusan bahasa Inggeris
ekonomi nilai komersial Inggeris sahaja apabila dijalankan
ekonomi pada peringkat
masih tidak dan sukar yang boleh peringkat antarabangsa.
meluas digunakan digunakan tempatan dan Contohnya, urusan
untuk urusan dalam urusan hubungan yang kewangan antara
perdagangan bersifat dalam warga Malaysia
ekonomi kelompok kecil dengan warga
Belanda.
q Banyak penggunaan bahasa yang melanggar tatabahasa dengan
memperkenalkan kosa kata ungkapan baharu yang membawa konotasi
negatif dan ejaan baharu seperti: “Janganlah nak banglakan aku”, “makcik
bawang”, dan “bukan bishe-bishe”.
q Semua ini telah merosakkan bahasa Melayu dan dikategorikan sebagai
bahasa kelas bawah.
q Berlakunya kecelaruan bahasa Melayu dalam media elektronik.
q Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk antara bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris.
q Kecelaruan ini juga dikenali sebagai bahasa rojak yang berpunca daripada
media elektronik yang sering menggunakan bahasa Melayu-bahasa Inggeris.
12 3 4
PENGGUNAAN BAHASA ISU KEKURANGAN GURU
INGGERIS DALAM SAINS DAN OPSYEN BAHASA MELAYU
MATEMATIK
PERSAINGAN CABARAN PENDEKATAN
DENGAN BAHASA PENGAJARAN
BAHASA MELAYU DALAM
INGGERIS PENDIDIKAN DAN
SEBAGAI PEMBELAJARAN
BAHASA DALAM BAHASA
PENGANTAR DI MELAYU
INSTITUTI
TINGGI
KRISIS IDENTITI BAHASA PENGGUNAAN BAHASA
MELAYU: PENJENAMAAN MELAYU DALAM
SEMULA TEKNOLOGI MAKLUMAT
PERSAINGAN DENGAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI
BAHASA PENGANTAR DI INSTITUSI TINGGI
Hashim Musa (1996) penubuhan kolej swasta dan separuh swasta dan institusi pengajian tinggi
awam : menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar merupakan cabaran yang serius.
Akta Pendidikan Tinggi Swasta (1996): semua IPTS di negara ini hendaklah menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar tetapi ini bukan jaminan utuh bagi pemerkasaan bahasa
Melayu.
Akta yang sama juga memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan Tinggi untuk membenarkan
IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya.
Dasar pendidikan negara seharusnya menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama.
PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM
SAINS DAN MATEMATIK
Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang telah dibentangkan
dalam perjumpaan kabinet pada 17 April 2002.
Kementerian Pendidikan menyemak semula Kurikulum Baharu Bersepadu
pengajaran bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik untuk murid tahun 1,
pelajar tingkatan 1 dan pelajar tingkatan 6 rendah pada tahun 2003.
Alasan yang diberikan:
• Pelajar masih tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik, walaupun telah
diberikan peluang pemelajaran selama lebih kurang 11 tahun dalam alam
persekolahan rendah dan menengah.
• Bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DALAM BAHASA MELAYU
Khususnya dalam kemahiran menulis: perlu contoh-
contoh yang sesuai, terbaik & guna bahasa Melayu
standard.
Guru perlu menyediakan pendekatan menyeluruh
merangkumi aspek:
• Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
Guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan
agar selari dengan perkembangan semasa.
ISU KEKURANGAN GURU A
OPSYEN BAHASA MELAYU
B
Guru besar atau pengetua meminta guru bukan opsyen untuk C
mengisi kekosongan kekurang guru BM.
Nik Safiah Karim (1980) ramai guru yang bukan sahaja tidak
dapat mengajar bahasa Melayu dengan baik, tetapi penguasaan
bahasa Melayu juga amat lemah.
Mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar yang
berketrampilan dalam penguasaan bahasa Melayu.
KRISIS IDENTITI BAHASA MELAYU
‘BAHASA MELAYU’ telah melalui beberapa proses
penjenamaan semula.
Bahasa Melayu Bahasa Malaysia Bahasa Melayu
Bahasa Malaysia
Mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan pelajar dan
masyarakat umum.
Mencemarkan imej bahasa kebangsaan.
PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
DALAM TEKMOLOGI MAKLUMAT
Penggunaan Bahasa Melayu dalam kegiatan teknologi maklumat masih belum
mencapai tahap yang memuaskan.
Contoh: persidangan teknologi maklumattahap penggunaan Bahasa Melayu
amat sedikit dan kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.
Sebab: sebilangan anggota masyarakat lebih selesa dan lebih maju jika
menggunakan medium Bahasa Inggeris.
Penggunaan Bahasa Melayu dalam kegiatan teknologi maklumat dianggap tidak
bertaraf antarabangsa
Sebab: penggunaan Bahasa Inggeris dianggap mempunyai nilai ekonomi dan
sosial yang lebih tinggi berbanding dengan Bahasa Melayu.
Pemimpin kerajaan Keperluan
menggunakan bahasa penggunaan bahasa
Inggeris dalam urusan
kerja seperti mesyuarat, Inggeris dalam
menjalinkan
temu bual dan
sebagainya hubungan diplomatik
antara negara luar
Memiliki kekurangan
beberapa istilah dalam
bahasa Melayu untuk
digunakan bagi
melicinkan pentadbiran
Dalam menghadapi cabaran ini, kerajaan berperanan
+ penting untuk memartabatkan bahasa kebangsaan :
melalui pengukuhan dasar yang telah digubal. Zainal
Kling (2010), menyatakan bahawa sebagai seorang
- warganegara, setiap indivivu perlu memartabatkan %
bahasa kebangsaan walaupun mereka mempunyai
budaya tersendiri berasaskan identiti etnik masing-
masing. Hal ini demikian kerana semua rakyat terikat
x oleh sistem kenegaraan yang menjadi wadah √
kewarganegaraan atau kerakyatan mereka.
SLIDESMANIA Bahasa Melayu sememangnya telah lama wujud melalui sejarah-sejarah yang panjang dan luas yang harus diterokai. Sejarah
membuktikan bahawa bahasa Melayu berupaya menjadi bahasa lingua franca. Asmah (2007), menjelaskan bahawa terdapat
pelbagai bahasa di alam Melayu namun lingua franca yang digunakan ialah bahasa Melayu. Namun, peranan bahasa Melayu
pada zaman ini tidak lagi berfungsi sebagai lingua franca. Peranannya sebagai lingua franca hanya tercatat sebagai sejarah
dahulu kala berdasarkan pembuktian kajian oleh sarjana dan cendekiawan. Kini, bahasa Inggeris dilihat lebih berperanan dan
mendominasi sebagai bahasa lingua franca dalam perhubungan atau komunikasi antara masyarakat tempatan dengan
masyarakat luar. Melihat keadaan tersebut, masyarakat Malaysia sewajarnya mengambil langkah untuk memartabatkan lagi
status bahasa Melayu yang kian dicabar pada era globalisasi ini. Ketegasan dalam memberikan gagasan agar bahasa Melayu
diangkat sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia telah menyuburkan lagi perkembangan bahasa
Melayu, iaitu dengan menukarkan bahasa pengantar Inggeris pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah kepada
bahasa Melayu serta peperiksaan umum turut dijalankan dalam bahasa Melayu. Isu dan masa depan bahasa Melayu haruslah
dipikul bersama dalam kalangan masyarakat Malaysia walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya. Dengan pelbagai
tindakan yang dijalankan, generasi muda kini dapat menggalas tanggungjawabnya untuk meneruskan usaha dalam memajukan
serta mengembangkan bahasa Melayu pada peringkat global agar bahasa Melayu tidak ketinggalan zaman daripada bahasa-
bahasa lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Korea dan sebagainya.
SLIDESMANIA