The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hasil tugasan pelajar 1 AL-BAZZI [2022]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fairiehan, 2022-05-13 22:45:50

BUKU TEKS BAHASA ARAB TINGKATAN 1

Hasil tugasan pelajar 1 AL-BAZZI [2022]

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

(KEJURURAWATAN) KUBANG KERIAN

BIL. 1/2021

_______________________________________________________________________________

TARIKH : 13 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)
MASA : 9.00 – 11.00 PAGI
TEMPAT :
APLIKASI ZOOM (GOOGLE MEET)

ILKKM KUBANG KERIAN (KEJURURAWATAN)

Kehadiran :

1. Kim Ng Foo 1/2 - Pengerusi
Pengarah

2. Suriati binti Mohammed 1/2

Memangku Timbalan Pengarah (HEP)

3. Zaidah binti Mustaffa 1/2
Ketua Program (Pra Perkhidmatan)

4. See Teik Lan 1/2
Ketua Unit Penilaian dan Kualiti

5. Lim Tho Huai 1/2

Pengurusan ILKKM Kubang Kerian (CKB)

6. Zuniadah @ Zunaidah binti Samsudin 1/2
Ketua Program LDP

7. Hasbiah binti Ab. Wahab 1/2
Penyelaras Makmal Simulasi (KK)

8. Fairani binti Mohd Yusoff 1/2

Pembantu Penyelaras Perpustakaan (KK)

9. Norhaizan binti Abdul Wahab 1/2

Penyelaras Makmal Ketrampilan (KK)

10. Rohana binti Mat Husin 1/2

Penyelaras Makmal Ketrampilan (CKB)

11. Raja Nor Nazlima binti Raja Hussin 1/2
Penyelaras Perpustakaan (KK)

12. Azman bin Abdullah 1/2

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

13. Norhayati binti Mohd Abidin 1/2
Pembantu Tadbir

14. Mohd Nazula bin Salleh 1/2
Pembantu Pustakawan

15. Marihan binti Zahari 1/2 - Setiausaha
Pembantu Pustakawan

TIDAK HADIR DENGAN ALASAN : - Cuti Sakit
-Vaksinator
1. Nik Rabiah binti Nik Jaaffar - Vaksinator
Timbalan Pengarah (HEP)

2. Suhaida binti Hasan
Pengajar U44 (M)

3. Shahera @ Shahirah binti Mohd Noor
Penyelaras Perpustakaan CKB

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua
ahli yang hadir Mesyuarat Pengurusan Sumber ILKKM Kubang Kerian
(Kejururawatan) bil. 1/2021.

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah

1.3 Setiausaha telah membaca Visi, Misi dan Objektif ILKKM. Dengan bacaan Visi,
Misi dan Objektif tersebut, Puan Pengerusi mohon agar semua ahli dapat
tingkatkan produktiviti masing-masing. Seterusnya perkongsian slide berkenaan
Mesyuarat Pengurusan Sumber ILKKM Kubang Kerian (Kejururawatan) bil.
2/2020 (slide seperti di lampiran).

1.4 Kursus Penulisan Minit Mesyuarat
Puan Pengerusi mencadangkan agar anggota ILKKM yang berkenaan (pengajar
dan Pembantu Tadbir) mengambil inisiatif mengikuti kursus Pengurusan
Mesyuarat dan Penulisan Minit yang betul anjuran INTAN.

Makluman

1.5 Penerimaan Aset dari ILKKM (yang telah diintegrasikan)
Puan Pengerusi juga memaklumkan ILKKM Kubang Kerian (Kejururawatan)
(ILKKM KK) dan ILKKM Kubang Kerian (Kejururawatan) Cawangan Kota Bharu
(ILKKM KK-CKB) telah menerima aset dari ILKKM Sg. Petani, Melaka dan Kuala
Terengganu. Penjilidan perlu dijalankan.

Tindakan: Pn Marihan binti Zahari
En. Mohd Nazula bin Salleh

1.6 Kehadiran Anggota Dalam Mesyuarat

Di samping itu, Puan Pengerusi menegaskan bahawa setiap anggota wajib
menghadiri setiap mesyuarat walaupun sedang bercuti (CR) kecuali Cuti Sakit.
Sekiranya tidak dapat hadir, perlu memaklumkan terus kepada pengerusi.

Tindakan: Ahli Mesyuarat

1.7 Pelantikan Y. M. Raja Nor Nazlima binti Raja Hussin sebagai Penyelaras
Perpustakaan ILKKM Kubang Kerian (Kejururawatan)

Y. M. Raja Nor Nazlima binti Raja Hussin telah dilantik sebagai Penyelaras
Perpustakaan ILKKM KK menggantikan Puan Fairani binti Mohd Yusoff
berkuatkuasa pada bulan April 2021.

Makluman

1.8 Penempatan Pengajar Baharu

Pertukaran Puan Zainon binti Jusoh, Pengajar U41 dari ILKKM Kuala
Terengganu ke ILKKM KK. Beliau ditempatkan di Bilik Jurnal mulai 02 September
2021. Puan Pengerusi memaklumkan kemungkinan Bilik Jurnal akan dijadikan
bilik pengajar sepenuhnya (dalam perancangan).

Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.
Minit Mesyuarat Pengurusan Sumber ILKKM Kubang Kerian (Kejururawatan) bil. 2/2020
disahkan dan disokong sebulat suara oleh semua ahli.

3. LAPORAN :-

3.1 Perpustakaan
3.1.1 Perpustakaan ILKKM Kubang Kerian (Kejururawatan)

Penyaman Udara di Perpustakaan
Puan Marihan binti Zahari memaklumkan penyaman udara sudah
berfungsi dengan baik (termasuk Bilik Jurnal dan Bilik Belakang
Perpustakaan).

Makluman

3.1.2 Perpustakaan ILKKM Kubang Kerian Cawangan Kota Bharu (CKB)

Pinjaman Buku Berkelompok
Puan Pengerusi mencadangkan agar kategori pinjaman buku kelompok
dipelbagaikan dengan memilih buku umum seperti buku masakan,
berkebun, menjahit dan sebagainya. Setakat ini pinjaman tersebut lebih
kepada buku-buku novel.

En. Mohd Nazula bin Salleh memaklumkan pemulangan semula Buku
Pinjaman Berkelompok akan dibuat sekitar minggu ke-3 atau ke-4 bulan
Oktober 2021.

Makluman Tindakan : En. Mohd Názula bin Salleh

3.2 Makmal Ketrampilan
3.2.1 Makmal Ketrampilan (skill lab) ILKKM KK

Pn. Norhaizan binti Abdul Wahab memaklumkan sementara waktu
Jururawat Pelatih ditempatkan di ILKKM CKB, maka penggunaan
Makmal Ketrampilan di ILKKM KK adalah tidak digunakan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu juga bahawa penyelaras semester
telah meminjam peralatan skill lab (dari ILKKM KK) yang bersesuaian
dengan prosedur setiap semester untuk digunakan di skill lab ILKKM
CKB.

Makluman

3.2.2 Puan Norhaizan binti Abdul Wahab memaklumkan bahawa ILKKM KK
telah menerima katil sebanyak 13 buah dari ILKKM Sg. Petani. Perabot
tersebut telah dibahagikan kepada 2 ILKKM iaitu :-

(i) ILKKM KK menerma 6 buah katil
(ii) ILKKM KK (CKB) telah menerima 7 buah katil

Makluman

3.2.3 Makmal Ketrampilan ILKKM CKB

Puan Rohana binti Mat Hussin memaklumkan bahawa Puan Hasbiah binti
Ab. Wahab telah membuat pinjaman 5 buah troli untuk kegunaan latihan
Jururawat Pelatih. Sementara Puan Rohana binti Ludin pula meminjam :-

(i) manikin baby (1)
(ii) forcep (4)
(iii) dissecting forcep (tooth - 1, non-tooth - 2)
(iv) gallipot (7)
(v) kidney dish (6)
(vi) tray (1)
(vii) inhaler (1)
(viii) stitch scircor’s (1)
(ix) kain (3 helai)
(x) troli (1)

Tindakan: Norhaizan Abd Wahab

3.2.4 Bilik Latih Tubi di ILKKM Kubang Kerian (Kejururawatan)

Puan Norhaizan binti Abdul Wahab menyatakan bahawa Bilik Latih Tubi
di IKLLM KK yang telah sedia ada telah ditutup buat sementara waktu dan
dijadikan bilik pelatih (sebelum pelatih diarahkan ke ILKKM CKB).

Makluman

3.2.5 Bilik Latih Tubi di ILKKM CKB

Bilik Latih Tubi bagi Tahun 2 Semester II di aras 4, Tahun 3 Semester I di
aras 2 dan Tahun 3 Semester II di aras 3 digunakan sepenuhnya untuk
menjalani amali.

Puan Pengerusi menetapkan agar rekod kehadiran / penggunaan bilik
tersebut disediakan untuk melihat perbandingan penggunaan bilik
tersebut.

Tindakan : Pengajar Penyelaras Semester

3.4 Laporan IT (Teknologi Maklumat) - Bilik Kuliah Rafflesia ILKKM CKB

Encik Azman bin Abdullah memaklumkan bahawa pemasangan bracket LCD
sudah diuruskan.

Tindakan : Encik Azman bin Abdullah

4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1 Penggunaan portal Virtual Library (VL)

Puan Fairani binti Mohd Yusoff memaklumkan statistik penggunaan Virtual
Library untuk bulan Ogos 2021 meningkat sebanyak 16 orang berbanding bulan
Julai 2021 (289).

Y. M. Raja Nor Nazlima binti Raja Hussin telah memanjangkan lagi tentang
penggunaan portal tersebut dalam group akademik dengan menggalakkan
sekurang-kurangnya setiap hari (seorang) melayari portal ini sebanyak 3 kali.

Penglibatan daripada pihak IT juga disarankan untuk membantu peningkatan
peratusan penggunaan VL.

Makluman

4.2 Kemudahan Wi-fi di Perpustakaan Kubang Kerian (Kejururawatan)

Kemudahan wi-fi di perpustakaan yang menghubungkan antara kabel Bilik
Lavender dengan perpustakaan telah diuruskan oleh Encik Azman bin
Abdullah.

Makluman

4.3 Pengisian Semula Oxygen Cylinder

Puan Rohana binti Mat Hussin dan Puan Norhaizan binti Abdul Wahab perlu
memastikan setiap tangki oksigen (Oxygen Cylinder) sudah diisi, ini untuk
memudahkan penggunaan semasa peperiksaan OSCE Jururawat Pelatih Pra
Perkhidmatan.

Tindakan : Puan Rohana binti Mat Hussin dan
Puan Norhaizan binti Abdul Wahab

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Perpustakaan ILKKM Kubang Kerian (Kejururawatan)

Puan Marihan binti Zahari diarahkan bertugas di ILKKM KK (cawangan KB) mulai
minggu ke-4 bulan September 2021 bagi menggantikan Encik Mohd Nazula bin
Salleh (semasa En. Mohd Nazula bin Salleh BDR).Semua Jururawat Pelatih
telah ditempatkan di ILKKM KK (cawangan CKB)

Puan Pengerusi mengarahkan agar Puan Marihan binti Zahari berbincang
dengan Encik Nazula bin Salleh berhubung penggiliran waktu bekerja di ILKKM
CKB.

Tindakan : Puan Marihan binti Zahari dan
Encik Mohd Nazula bin Salleh

5.2 Makmal Simulasi ILKKM KK

Puan Hasbiah binti Ab. Wahab memaklumkan bahawa Makmal Simulasi hanya
digunakan oleh Jururawat Pelatih ambilan Januari 2018 sahaja sepanjang sesi
Januari - Jun 2021.

Makluman

5.3 Makmal Ketrampilan (CKB)

Puan Rohana binti Mat Husin memaklumkan bahawa beliau dan Puan Salmiah
binti Awang telah mengemas dan membuat susun atur semula peralatan di bilik

Makmal Ketrampilan. Sehubungan itu, beliau memohon agar manikin yang sudah
rosak dapat diganti dengan yang baru.

Puan Pengerusi menyatakan bahawa pihak ILKKM KK telah menerima manikin
daripada ILKKM yang telah ditutup. Sehubungan itu, beliau meminta agar
Penyelaras Makmal Ketrampilan membuat pemilihan manikin yang sesuai untuk
digunakan.

Tindakan : Penyelaras Makmal Ketrampilan

5.4 Kemudahan komputer dan internet di ILKKM, KK

Encik Azman bin Abdullah memaklumkan bahawa beliau sudah membuat
pemasangan bracket di setiap bilik kuliah ILKKM. Semua pengajar (kecuali Puan
Zainon binti Jusoh) telah mendapat komputer masing- masing dan dilengkapi
kemudahan internet. Sebanyak 6 buah bilik kuliah telah disediakan komputer,
sementara Bilik Cempaka (Bilik Kebal) dilengkapi dengan LCD. Di samping itu,
beliau memaklumkan telah membuat perolehan alat ganti dan menunggu
proses penghantaran.

Encik Azman bin Abdullah juga memaklumkan ILKKM KK memiliki sebanyak 31
unit komputer riba (laptop) di bawah aset dan sebanyak 15 unit di bawah jagaan
beliau.

Makluman

5.5 Kemudahan komputer dan internet di ILKKM, CKB

Puan Lim Tho Huai memberitahu bahawa terdapat 2 buah printer di ILKKM, CKB
yang rosak (termasuk printer beliau sendiri).

Puan Pengarah menyarankan agar Encik Azman bin Abdullah membaiki dahulu
kerosakan tersebut, sekiranya tidak dapat dibaiki barulah dihantar ke tempat
pembaikian luar.

Tindakan : Encik Azman bin Abdullah

5.6 Peralatan AVA (healer speaker)

Puan Pengerusi memohon agar Encik Azman bin Abdullah mencari healer
speaker yang pernah digunakan sebelum ini. Encik Azman bin Abdullah
memaklumkan bahawa alat tersebut di bawah peralatan AVA (pegawai yang
bertanggungjawab ialah Encik Rohaswadi bin Repin).

Tindakan : Makluman

6. PENUTUP
Puan Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih kepada semua ahli
di atas komitmen yang diberikan semasa bermesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

……………………… ……………………………….. ………………….
(MARIHAN BINTI ZAHARI) (ZAIDAH BINTI MUSTAFFA) (KIM NG FOO)
Ketua Program Pra Perkhidmatan
Setiausaha Pengerusi

minitmesyuaratpsilkkm~zahraazahrinaazahhirahzahfierrafairiehan2020

VISI ILKKM

Sebagai Institut Kecemerlangan Pendidikan Bidang Kesihatan Untuk Melahirkan
Modal Insan Yang Kompeten

MISI ILKKM

Melahirkan Modal Insan Berilmu, Berkemahiran, Kompetitif Dan Berakhlak Mulia
Melalui Pemerkasaan Pembelajaran Ke arah Penyampaian Perkhidmatan
Cemerlang

OBJEKTIF ILKKM

 Melahirkan Modal Insan Yang Berkemahiran Serta Berintegriti
 Membangunkan Kecerdasan Intelektual Menguasai Ilmu
 Membangunkan Potensi Individu Secara Holistik
 Melahirkan Paramedik Yang Seimbang Dan Harmoni Dari Aspek Spiritual,

Intelektual, Emosional, Sosial Dan Fizikal
 Memupuk Nilai-nilai Pembelajaran Sepanjang Hayat Dan “Evidence Based

Practice”


Click to View FlipBook Version