SEKOLAH KEBANGSAAN TUNJUK LAUT, PETI SURAT 116,
81900, KOTA TINGGI, JOHOR
KERTAS KERJA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
PERINGKAT SEKOLAH
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-25
HARI: KHAMIS TARIKH: 23 DISEMBER 2021 MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN TUNJUK LAUT
ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN
TUNJUK LAUT
1
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan serta berkat daripada-Nya, kami
dapat menjalankan sebuah program iaitu Program Kejohanan Olahraga Tahunan
kali ke-25 peringkat sekolah. Semoga dengan program ini ia dapat memberikan
pengalaman dan manfaat kepada murid-murid serta semua warga Sekolah
Kebangsaan Tunjuk Laut.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang telah
melibatkan diri bagi menjayakan program ini iaitu Guru Besar SK Tunjuk Laut, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, Unit Kokurikulum dan juga kepada pihak yang sudi untuk merasmikan
program Kejohanan Olahraga Tahunan pada kali ini iaitu Encik Mohd Yusof bin
Ahmad, Pegawai Seranta, Yayasan Pelajaran MARA, Negeri Johor, tidak lupa juga
kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ahli Jawatankuasa Program, guru-
guru, kakitangan, ibu bapa serta murid-murid SK Tunjuk Laut.
Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat di dalam program ini sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung daripada segi tenaga, waktu, wang dan kerjasama dalam memastikan
program ini dapat dijalankan dengan lancar. Semoga semua pihak dapat
memperolehi kebaikan daripada program ini untuk kegunaan pada masa hadapan.
Hanya Allah Yang Maha Esa sahaja dapat membalas segala kebaikan dan budi
mereka yang membantu.
2
MATLAMAT
• Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan
murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan
diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
• Bagi membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan
Kejohanan Olahraga Tahunan ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi
murid yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta
berfikiran matang sehingga mampu menangani persoalan kehidupan
seterusnya memantapkan mental dan fizikal kendiri.
• Memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip
berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina
sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi,
menghargai dan mencintai nilai-nilai budaya bangsa yang relevan dengan
perkembangan semasa.
• Menyahut seruan kerajaan dalam menjalankan dasar 1 Murid 1 Sukan.
• Mempertingkatkan tahap kesedaran murid-murid dalam usaha menjadikan
sukan sebagai suatu Budaya Hidup Sihat.
• Mengeratkan hubungan sesama warga sekolah terutama dalam usaha
menjana kefahaman antara pihak sekolah dan ibu bapa melalui Kejohanan
Olahraga Tahunan.
3
OBJEKTIF
• Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi dalam bidang kokurikulum.
• Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu dalam satu pasukan.
• Mempamerkan daya tahan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial.
• Mencungkil dan menggilap bakat para pelajar dalam bidang sukan untuk
diserlahkan ke peringkat yang lebih optimum.
• Memberi peluang kepada para pelajar untuk mengembangkan bakat dan
kebolehan dalam bersukan.
• Menyemarakkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar.
• Persiapan Unit Kokurikulum dalam mencari atlit pelapis sekolah bagi
menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang MSSD 2022.
HARI, TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Sekolah akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-25 pada
tahun 2021 mengikut ketetapan seperti di bawah:
Acara Hari Tarikh Masa Tempat
23 Disember 8.00 pagi Padang SK
Perasmian dan Khamis 2021 hingga 2.00 Tunjuk Laut
petang
balapan
KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Tunjuk Laut yang terdiri daripada pelajar Pra Sekolah dan
Tahun 1 hingga 6.
4
KATEGORI RUMAH SUKAN
• Rumah Merah
• Rumah Biru
• Rumah Hijau
• Rumah Kuning
AHLI JAWATANKUASA INDUK
JAWATAN NAMA
Pengerusi Encik Wan Supian bin Wan Ta’alim
(Guru Besar Sk Tunjuk Laut)
Timbalan Pengerusi Puan Rosiah binti Rasul
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 Puan Nor Rasyidah binti Abd Rasip
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 Encik Anas bin Solleh
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Penyelaras Kejohanan Encik Wan Zul Azizi bin Wan Ahmad
Setiausaha Sukan Cik Amirah Aqilah binti Zakaria
Bendahari Puan Nor Liza binti Idris
5
JAWATANKUASA KERJA DAN BIDANG TUGAS
AJK PELAKSANA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK
TUNJUK LAUT
Penyambut Tetamu TUGAS
• Menyambut ketibaan semua
NAMA
Encik Wan Supian bin Wan Ta’alim tetamu yang hadir.
Puan Rosiah binti Rasul • Menyambut kehadiran
Puan Nor Rasyidah binti Abd Rasip
Encik Anas bin Solleh Encik Mohd Yusof bin Ahmad,
Encik Wan Zul Azizi bin Wan Pegawai Seranta, Yayasan
Ahmad Pelajaran MARA, Negeri
Johor.
Persiapan Padang TUGAS
NAMA • Mendapatkan bekalan minyak
En. Mohd Firdaus bin Ibrahim (K) hitam.
• Mengukur garisan trek.
En. Hanim Azahari bin Tajudin • Membuat garisan trek.
En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim • Menghias padang dengan
En. Mohd Fazlee bin Abdul Wahab
bendera
En. Aizal Arman bin Mohamad segi tiga dengan meminta
bantuan
En. Norhasrudy bin Ruslan daripada pekerja am sekolah.
En. Shahril Azrin bin Azizan
6
Siaraya dan PA Sistem TUGAS
• Membuat tempahan banner.
NAMA
En. Ahmad Rafedy bin Ahmad • Penyediaan PA sistem.
Raidin (K)
En. Mohd Azwan bin Mohd Basri
En. Roduan bin Pin
En. Ramli bin Mat Saad
En. Azuan bin Md. Zulkarnain
Jurugambar dan Dokumentasi TUGAS
Mengambil gambar sepanjang
NAMA kejohanan dan membuat
Pn. Omeearnita binti Wahid (K) dokumentasi.
En. Jesffri bin Zakaria
En. Zakaria bin Manis
Pembaca Doa TUGAS
Mengetuai bacaan doa.
NAMA
En. Noor Mohammed bin Ismail
Keselamatan dan Kecemasan TUGAS
• Penyediaan first aid kit.
NAMA • Melantik murid PBSM
Pn. Jarina binti Sulaiman (K)
Pn. Azren binti Che Othman sebagai pembantu.
Pn. Nazihah binti Ahmad Sofi • Membantu murid yang
En. Afiq Haikal bin Riqki
En. Alif Najmi bin Nor Alias mengalami kecederaan.
7
Makanan dan Minuman TUGAS
Menempah makanan serta minuman
NAMA murid dan pegawai.
Pn. Hayati binti Md. Benu (K)
Pn. Roselinda binti Ahmad Rosli
Pn. Jawiah binti Kariman
Juruacara TUGAS
• Mempengerusikan majlis.
NAMA • Membuat pengumuman
Pn. Nuurul Izzah binti Mohamed (K)
En. Haikal bin Ahad berkaitan kejohanan.
Buku Program TUGAS
Menyediakan buku program.
NAMA
Cik Rubini Devi a/p Raman (K)
Pn. Dermawati binti Deraman
En. Fuad bin Sulaiman
Hadiah TUGAS
• Membawa murid yang
NAMA
Pn. Rozita binti Abu Bakar (K) menerima hadiah ke tempat
Pn. Sathiya Bharathi a/p Murti penyampaian hadiah.
Pn. Woo Lai Chun • Mengira bilangan hadiah.
Pn. Thaarani a/p Perialathan • Menyusun dan membantu
Pn. Rahimah binti Ahmad Latif penyampai hadiah.
8
Disiplin Murid TUGAS
Menjaga dan mengawal disiplin
NAMA murid.
En. John Thomas (K)
En. Sures a/l Supamaniam
Pn. Aqilah Najla binti Daud
Semua guru rumah sukan
Peralatan TUGAS
• Menyediakan alatan sukan
NAMA
En. Mohd Zairi bin Drahman (K) yang bersesuaian.
En. Ahmad Rafedy bin Ahmad • Memantau alatan yang
Raidin
digunakan.
• Melantik murid Tunas KRS
sebagai pembantu.
Kebersihan TUGAS
• Memastikan padang dalam
NAMA
Ketua setiap rumah sukan keadaan bersih dari sampah
semasa dan selepas
kejohanan.
• Melantik murid Pengakap
sebagai pembantu.
Persembahan
NAMA TUGAS
Cik Najwa Aaliyah binti Zaquan Melatih murid bagi acara
Cik Ruhailah Najla binti Mohd Afendi persembahan semasa hari
kejohanan berlangsung.
9
Ikrar dan Lintas Masuk TUGAS
NAMA Menguruskan acara ikrar dan lintas
masuk.
En. Roduan bin Pin (K)
En. Ramli bin Mat Saad TUGAS
En. Jesffri bin Zakaria Menyediakan surat sumbangan
untuk disampaikan kepada syarikat
Sumbangan (Penaja) yang berkenaan bagi mendapatkan
NAMA sumbangan wang atau hamper.
En. Muhaimin bin Abdul Razak
10
SENARAI PEGAWAI-PEGAWAI KEJOHANAN OLAHRAGA
TAHUNAN SK TUNJUK LAUT
Juri Rayuan
NAMA TUGAS
Pn. Raja Rokiah binti Raja Ismail (K) Menyelesaikan bantahan-bantahan
yang dibuat mengikut
En. Mohd Jazid bin Iman Peraturan 146 undang-undang
Cik Zainab binti Ahmad Sisman kejohanan olahraga KOAM.
Teknikal dan Borang Kejohanan TUGAS
Menyediakan borang kejohanan dan
NAMA borang statistik mengikut acara.
En. Hanim Azhaari bin Tajuddin
Ketua Kepegawaian TUGAS
Memberikan taklimat kepada para
NAMA pegawai mengenai tugas dan
En. Norhasrudy bin Ruslan peranan masing-masing.
Pelepas TUGAS
• Melepaskan peserta mengikut
NAMA
En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim acara.
(K) • Membantu pelepasan.
En. Sures a/l Supamaniam
Cik Nur Julia binti Ahmad Fauzan
11
Penyelia Peserta TUGAS
• Memanggil nama peserta
NAMA
En. Airulnizam bin Abd. Rasid untuk berkumpul ditempat
yang disediakan.
• Mengumpulkan peserta dari
setiap rumah sukan untuk
dihantar masuk ke tempat
permulaan larian.
• Menyusun peserta mengikut
lorong yang telahdiundi
Pengurus Peserta
NAMA TUGAS
Pn. Zuraidah binti Hj. Saad (Merah) Mengumpulkan peserta rumah
Pn. Salwahalhana binti Ahmad sukan masing-masing di tempat
Tajuddin (Biru) yang disediakan sebelum di bawa
Pn. Maznah binti Mat (Hijau) kepada hakim balapan.
Pn. Adibatul Anniah binti Abd.
Hamid (Kuning)
Pengadil Balapan TUGAS
NAMA • Membawa peserta ke garisan
En. Mohd Firdaus bin Ibrahim (K) permulaan (acara individu).
• Membawa peserta ke garisan
En. Norhasrudy bin Ruslan
permulaan dan tempat
En. Zakaria bin Manis menunggu bagi pelari kedua,
ketiga dan keempat (acara
pasukan).
12
En. Rosman bin Sapiai • Memastikan tidak berlaku
En. Mohd Fazlee bin Abd. Wahab kesalahan waktu sebelum dan
semasa permulaan larian.
Hakim Penamat
NAMA TUGAS
Pn. Rohizat binti Baharudin Mengenalpasti peserta yang
(Tempat Pertama) mendapat tempat pertama, kedua,
Pn. Hafiza binti Kassim ketiga, keempat, kelima dan keenam
(Tempat ke-2) (peserta mendapat tempat ketujuh
Pn. Annam a/p Muthusamy dan kelapan tiada markah untuk
(Tempat ke-3) rumah pasukan).
Pn. Nordiana Azni binti Alias
(Tempat ke-4)
Pn. Hayani binti Md Ishak
(Tempat ke-5)
En. Mohd Haron bin Abdullah Umar
(Tempat ke-6)
Penjaga Masa TUGAS
Merekodkan catatan masa yang
NAMA dilakukan oleh peserta yang berlari
Pn. Normashila Hayati binti Ismail di dalam lorong sendiri.
(1 & 2)
Pn. Yasmin binti Aliar (3 & 4)
Pn. Fauziah binti Zainon Abidin
(5 & 6)
13
Statistik TUGAS
NAMA • Merekodkan semua
Pn. Nurul Husna binti Shafie (K) keputusan akhir yang rasmi.
• Menyerahkan keputusan
Pn. Raihan binti Ismail
kepada juruacara.
• Menyerahkan keputusan
kepada jawatankuasa hadiah.
• Memaparkan keputusan
kejohanan di tempat yang
disediakan.
• Mengemaskini jumlah kutipan
mata setiap rumah di papan
markah.
14
TENTATIF PROGRAM 23 DISEMBER 2021
MASA ACARA
7.40 pagi Pendaftaran
8.00 pagi Ketibaan tetamu kehormat
8.30 pagi
• Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan SK
8.45 pagi Tunjuk Laut kali ke-25 oleh Encik Mohd Yusof bin
Ahmad, Pegawai Seranta, Yayasan Pelajaran
9.00 pagi MARA, Negeri Johor.
• Ikrar dan lintas masuk kontinjen-kontinjen rumah
sukan.
• Persembahan senamrobik.
• Markah hiasan khemah rumah-rumah sukan mula
diambil.
Acara murid Pra Sekolah
• 50meter 5 tahun (P), (L)
• 50meter 6 tahun (P), (L)
Acara murid Tahun 1
• 75meter (P) dan (L)
Acara murid Tahun 2
• 75meter (P) dan (L)
Acara murid Tahun 3
• 100meter (P) dan (L)
Acara murid Tahun 4, 5 dan 6
• 100meter Tahun 4, 5 dan 6 (P) dan (L)
• 200meter Tahun 4, 5 dan 6 (P) dan (L)
• 4x100meter Tahun 4, 5 dan 6 (P) dan (L)
• 4x200meter Tahun 4, 5 dan 6 (P) dan (L)
Acara tarik tali murid terbuka (P) dan (L)
Acara tarik bola dalam gelung ibu bapa dan pegawai
terbuka (P) dan (L)
15
1.00 tengah hari • Penyampaian hadiah kepada pemenang.
2.00 petang • Anugerah olahragawan dan olahragawati SK
Tunjuk Laut.
• Pengumuman juara keseluruhan rumah sukan SK
Tunjuk Laut tahun 2021.
• Majlis perasmian penutupan Kejohanan Olahraga
Tahunan kali ke-25.
• Bersurai.
16
PENUTUP
Program Kejohanan Olahraga Tahunan ini diharapkan dapat mengeratkan
hubungan silaturahim dan daya ketahanan yang tinggi serta dapat diterapkan kepada
setiap peserta bagi menempuh cabaran pada masa hadapan. Selain itu, program ini
juga dapat membantu sekolah dalam melahirkan murid yang sihat dan cergas seiring
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan murid yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani. Dalam pada itu, pelajar juga dapat
memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam diri mereka seterusnya dapat
mengembangkan lagi potensi diri mereka dalam bidang kokurikulum ke peringkat
yang lebih tinggi. Kesimpulannya, jelaslah bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan ini
memberi impak yang besar kepada para pelajar khususnya dan juga warga SK Tunjuk
Laut yang terlibat secara amnya.
SEKIAN, TERIMA KASIH
17