PERATURAN
&
UNDANG-UNDANG KECIL
EMAS VILLA
UNDANG – UNDANG KECIL No. Keluaran : 01
( HOUSE RULES ) No. Pindaan : 00
Tarikh Kuatkuasa :
01.03.2022
KATA ALU – ALUAN PENGERUSI PERBADANAN PENGURUSAN EMAS VILLA.
Sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 ( Akta 757 ), Jawatankuasa
Pengurusan (Management Corporation) yang ditubuhkan di bawah Seksyen 57 (1) Akta 757 bagi
menjalankan tugas dan kuasa Perbadanan Pengurusan (Management Corporation-MC). Perbadanan
Pengurusan Emas Villa akan mengurus dan menyelenggara bangunan dan harta bersama pemajuan
perumahan ini secara bersendirian tanpa melibatkan agen pengurusan bagi mengurangkan kos
pengurusan. MC diberi kuasa untuk mengadakan undang-undang kecil (house rules) yang bertujuan untuk
memastikan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan dan harta bersama kawasan perumahan kita
ini dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi kepentingan bersama.
Undang – undang Kecil ini akan dikemas kini dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kewajarannya
dan anda akan dimaklumkan sebarang perubahan undang-undang melalui Mesyuarat Agung Tahunan
(AGM) atau Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM).
Kami, selaku jawatankuasa pengurusan EmasVilla, amat berharap semua pemilik dan penduduk dapat
memahami dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam Undang-undang Kecil ini. Pihak
pengurusan, setelah berpuas hati bahawa terdapat pemilik atau penghuni yang melanggar mana-mana
peraturan ini akan mengenakan hukuman yang sewajarnya bersesuaian dengan kesalahan yang
dilakukan. Ingin kami tegaskan sekali lagi bahawa semua peraturan ini adalah untuk kepentingan kita
bersama.
Semoga dengan kerjasama anda semua dalam mematuhi peraturan ini, komuniti kita akan hidup dengan
selesa dan harmoni.
Sokongan dan kerjasama anda amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
”Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Kata Kerana Muafakat”
Yusharizal bin Ahmed Ibrahim
Pengerusi
Perbadanan Pengurusan Emas Villa
Bandar Baru Salak Tinggi , Sepang
01.02.2022
UUK EmasVilla 1 of 22
PERATURAN-PERATURAN DALAMAN (HOUSE RULES) APARTMEN EMAS VILLA
1.PENDAHULUAN
Perbadanan Pengurusan Apartmen Emas Villa yang dilantik menerusi Seksyen 57 (1) Akta 757 untuk
mengurus dan menyelenggara Apartment Emas Villa, di Bandar Baru Salak Tinggi selaras dengan
matlamat pemilik / penduduk untuk menjamin kepuasan pelanggan. Perbadanan Pengurusan akan
memberi komitmennya dengan menyediakan khidmat kepada pemilik / penduduk. Perbadanan
Pengurusan menawarkan perkhidmatan komprehensif kepada pemilik / penduduk bermula daripada
bulan Disember 2019. Emas Villa dibangunkan dengan berkonsepkan penempatan yang menjaminkan
keharmonian penduduknya. Lokasi pembangunan yang strategik berdekatan dengan Putrajaya, UNIKL,
Bandar Baru Bangi, Kajang, Exit Plus Higway, Exit Elite Highway, KLIA, Sekolah Kebangsaan Bandar
Baru Salak Tinggi -2.2 KM, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang – 1.9 KM, SK KLIA – 900 meter,
Sekolah Kebangsaan Taman Seroja - 1.6KM, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak tinggi
-1.9KM, Masjid Jamek Sultan Hisamuddin -910M, Surau Wardah 230M, Nilai Medical Centre – 4.4KM,
Klinik Kesihatan Salak – 4.3KM, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang - 2.4KM, Lotus Nilai – 5.9KM, Giant
Nilai -6.0KM, AEON Nilai -5.9KM, Nilai Universiti -3.7KM, INTI International Universiti -2.9KM, Kolej
Teknologi Timur -1.1KM, UNIKL MIAT 2.7KM, USIM 5.0KM, Stesen KTM Nilai 7.4KM ,ERL Transit Salak
Tinggi -2.8KM, Kompleks Mahkamah Sepang 1.6KM, Sepang International Circuit -7.3KM, KLIA - 9.3KM
dan banyak lagi kemudahan bakal dibangunankan sekitar Bandar Baru Salak Tinggi.
2. APARTMEN EMAS VILLA
Apartmen Emas Villa berkeluasan 5.29 ekar mengandungi 260 unit kediaman dengan setiap unit telah
dikhaskan 1 petak parkir kereta.
Deskripsi Skim
Nama : Apartmen Emas Villa
Bilangan : 05 Blok susunan blok A, B, C, D & E. Pembangunan secara leasehold 99 tahun sehingga
29 04 2095.
Syer Unit : 106 syer unit (3 bilik tidur dan 2 bilik air)
Bilangan petak parkir kereta tersedia :
260 petak parkir unit.
44 petak parkir disewakan.
Bilangan petak parkir motorsikal tersedia :
75 petak.
Kemudahan yang terdapat di Apartmen Emas Villa:
A) Dewan serbaguna
B) Taman Permainan Kanak-kanak
C) Rumah Sampah
D) Ruang Tempat Letak Kereta/Motor
E) CCTV
F) Bilik Mesyuarat Komuniti
UUK EmasVilla 2 of 22
3.PEMAKAIAN PERATURAN-PERATURAN DALAMAN (HOUSE RULES).
Tertakluk kepada Seksyen 70 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Peraturan-Peraturan Dalaman
(House Rules), ini adalah peraturan tambahan kepada Jadual Ketiga, Akta Pengurusan Strata 2013,
Peraturan Peraturan Pengurusan Strata (Penyelenggaraan dan Pengurusan 2013). Peraturan-Peraturan
Dalaman (House Rules) ini mula berkuatkuasa pada 01 Mac 2022 melalui persetujuan bersama pemilik /
penduduk Apartmen Emas Villa dalam Mesyuarat Agung Kedua (2) pada 13 Februari 2022. Peraturan-
Peraturan Dalaman (House Rules) ini membatalkan segala undang-undang kecil yang berkuatkuasa
sebelum tarikh di atas.
4.TAFSIRAN
Dalam Peraturan-Peraturan Dalaman (House Rules) ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki
makna yang lain maka tafsiran-tafsiran yang berhubung dengan sesuatu maksud adalah seperti berikut:
4.1 Apartmen - Kawasan pemajuan Apartmen Emas Villa yang diwartakan oleh pemaju.
4.2 Bangunan - Bangunan-bangunan kediaman Blok A, B, C, D & E, termasuk rumah sampah dan
pondok pengawal.
4.3 Denda - Semua bayaran denda melalui notis saman yang dikeluarkan adalah perlu dibayar dan
jika tiada pembayaran dibuat maka jumlah denda adalah terakru ke dalam akaun penyelenggaraan
pemilik.
4.4 JMB - Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body), Apartmen Emas Villa yang
ditubuhkan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 17, Akta Pengurusan Strata 2013
(Akta 757).
4.5 MC - Perbadanan Pengurusan (Management Corporation), Apartmen Emas Villa yang mana
jawatankuasa MC yang dipilih dibawah seksyen 22, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
4.6 Kawasan/Harta Bersama - Bahagian yang selain daripada petak/unit apartmen (termasuk petak
aksesori), lobi bangunan, koridor, tempat letak kereta & motorsikal, rumah sampah, tangki air,
tangga, kawasan bawah tangga, tanah-tanah lapang, bumbung bangunan dan lain-lain termasuk
semua kemudahan-kemudahan dan alat-alat yang dibina dan dipasang yang digunakan atau
mampu digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penduduk seperti dewan serbaguna dan
taman permainan.
4.7 Kereta Lusuh - Kereta yang diparkir di dalam kawasan apartmen melebihi tempoh 30 hari dan
kereta tersebut tidak mempunyai pelekat kenderaan dan memakir kawasan petak parkir bersama.
4.8 Kontraktor - Orang yang telah diambil bekerja oleh pemilik untuk menjalankan apa-apa kerja di
dalam petak/unitnya atau servis, membaiki atau menyelenggara mana-mana perkakasan,
lekapan atau kelengkapan di dalamnya.
4.9 Pelawat/Tetamu - Sesiapa sahaja (selain dari penduduk) samada dikenali atau tidak dikenali
penduduk yang berada di kawasan apartmen dimana mereka mungkin mendapat jemputan atau
tidak dari penduduk.
UUK EmasVilla 3 of 22
4.10 Pelekat Kenderaan - Terdapat dua (2) pelekat kenderaan diberikan kepada pemilik/penduduk;
pelekat kenderaan pertama akan diberikan secara percuma manakala Pelekat Kenderaan kedua
akan dijual kepada unit-unit yang tiada tunggakan apa-apa bayaran terhadap pihak pengurusan.
4.11 Pemaju – Mega First Housing Development Sdn Bhd (253333-A).
4.12 Pemilik - Pembeli atau Pemunya petak daripada petak/unit yang terkandung dalam kawasan
Apartmen Emas Villa. Apa-apa rujukan kepada pemilik hendaklah termasuk keluarganya atau
pemegang gadaian, penyerahhak dan penerima pajak.
4.13 Penduduk - Orang yang sebenarnya menduduki atau mengawal petak/unit di Apartmen Emas Villa
samada Pemilik atau Penyewa atau kedua-duanya. Apa-apa rujukan kepada penduduk hendaklah
termasuk keluarganya atau tetamunya.
4.14 Pengurusan - JMB/MC/Pengurusan Bangunan dan / atau Agen Pengurusan yang dilantik.
4.15 Penyewa - Orang yang menyewa di petak/unit yang dimiliki oleh pemilik di Apartmen Emas Villa.
4.16 Saman - Sesuatu notis saman yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan samaada melalui
pekerja/agen/wakil yang diberi kuasa samaada secara kediri, serahan di peti surat
pemilik/penduduk dan/atau secara pos berdaftar adalah dikira sempurna penyerahannya apabila
ianya melalui kediri maka serahan dikira sempurna sebaik sahaja pemilik/penduduk menerima
notis saman tersebut; dan jika diserahkan selain dari kediri maka serahan dikira sempurna selepas
14 hari dari tarikh notis diserah.
4.17 Tetamu - Seseorang selain daripada penduduk yang berada di kawasan apartmen atas jemputan
penduduk.
4.18 Warga Tempatan - Warganegara Malaysia.
4.19 Warga Asing - Bukan warganegara Malaysia.
4.20 Pemungkir/Mungkir – Seorang pemungkir/mungkir ialah seorang pemilik yang belum membayar
sepenuhnya caj pengurusan atau caruman kepada kumpulan wang penjelas berkaitan petaknya
atau lain-lain wang yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada MC.
5.PENGENALAN
5.1 Objektif utama Peraturan-Peraturan Dalaman atau (House Rules) apartmen ini disediakan adalah
sebagai panduan untuk keselesaan bersama penduduk, pengurusan, penyelenggaraan dan
penggunaan harta bersama termasuk segala kemudahan yang disediakan dan ianya hendaklah
dijaga dalam keadaan baik tahan lama dan sempurna. Pelaksanaan peraturan ini bagi memastikan
semua penduduk dapat menikmati tempat tinggal secara maksima dan dapat meningkatkan nilai
apartmen.
5.2 Peraturan-Peraturan Dalaman (House Rules) ini adalah dirumuskan sebagai peraturan tambahan
kepada Jadual Ketiga, Akta Pengurusan Strata 2013, Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata
(Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2015 (peraturan-peraturan 5 dan 28) Undang-Undang Kecil
bagi mengawalselia penggunaan petak/unit apartmen dan kemudahannya. Sebagai penduduk,
anda bertanggungjawab dalam memastikan bahawa anda, ahli keluarga anda dan tetamu anda
tahu dan akan mematuhi peraturan-peraturan ini sepenuhnya. Kerjasama dan bantuan di antara
UUK EmasVilla 4 of 22
semua penduduk berhubung dengan peraturan dan pengawalan yang terkandung di dalam
peraturan-peraturan dalaman ini adalah diperlukan.
5.3 Kuasa penuh dan tanggungiawab bagi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Dalaman (House
rules) ini tertakluk kepada pihak pengurusan. Peraturan-Peraturan Dalaman ini boleh dipinda oleh
MC dari masa ke semasa atas persetujuan pemilik yang layak mengundi (melalui cadangan/usul)
di dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa atau oleh pihak pengurusan dari
masa ke semasa mengikut keperluan dan kewajarannya dalam melaksanakan fungsi MC.
5.4 Peraturan-Peraturan Dalaman (House Rules) ini tidak boleh dipinda untuk memenuhi kepentingan
peribadi mana-mana individu khususnya Ahli Jawatankuasa Pengurusan. Segala pindaan perlu
mengambil kira kepentingan majoriti penduduk.
5.5 Apabila terdapat percanggahan dalam Peraturan Dalaman atau percanggahan dalam tafsiran
Peraturan Dalaman ini, pihak pengurusan mempunyai kuasa untuk menyelesaikan percanggahan
atau memberikan tafsiran yang betul terhadap Peraturan-Peraturan Dalaman (House Rules) ini.
6.TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PENDUDUK.
6.1 Mematuhi segala Peraturan-Peraturan Dalaman (House Rules) yang telah ditetapkan oleh pihak
pengurusan.
6.2 Menjelaskan caj penyelenggaraan, caj caruman kumpulan wang penjelas (sinking fund), premium
tahunan insurans dan caj-caj lain jika ada, tepat pada masanya.
6.3 Memastikan supaya anda memiliki kad akses/pelekat kenderaan untuk urusan keluar/masuk
apartmen.
6.4 Membuat laporan atau aduan ke atas apa-apa kerosakan atau permasaalahan yang timbul kepada
pihak pengurusan.
6.5 Menjaga kawasan/harta bersama dengan baik.
6.6 Menjaga keharmonian dengan tidak membuat kacau ganggu/bising.
6.7 Menjaga kebersihan di sekitar petak/unit apartmen dan kawasan/harta bersama
6.8 Menggunakan tangga dengan berhemah dan beretika.
6.9 Menjaga dan mengawasi tingkah laku kanak-kanak yang bermain di kawasan/harta bersama.
6.10 Mengeringkan jemuran tanpa menjejaskan keselesaan jiran.
6,11 Mematuhi apa-apa notis atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan/Pihak Berkuasa
Tempatan/Pihak Berkuasa Awam.
6.12 Menghadiri apa-apa mesyuarat yang dianjurkan oleh pihak pengurusan untuk kepentingan
penduduk.
UUK EmasVilla 5 of 22
7.TANGGUNGJAWAB SEBAGAI TETAMU/PELAWAT
7.1 Pemilik/penduduk adalah orang yang berkuasa untuk mempelawa tetamu ke apartmen mereka.
Tetamu yang dimaksudkan termasuklah pemilik yang bukan permastautin, rakan atau orang yang
berkaitan. Tetamu/pelawat kepada mana-mana unit di dalam bangunan hendaklah mematuhi
undang-undang dan peraturan Apartmen Emas Villa.
7.2 Tetamu dikehendaki setiap masa tidak membuat bising (jika perlu), berkomunikasi/bercakap pada
tahap yang rendah dan senyap serta bersopan santun dengan penghuni dan tetamu mereka.
7.3 Pemilik/penghuni perlu memastikan tetamu/pelawat tidak menyebabkan kacau ganggu kepada
penghuni lain atau tetamu mereka.
7.4 Pihak Pengurusan berhak untuk menghalang orang yang tidak dikenali untuk memasuki kawasan
apartmen pada setiap masa dan boleh bertindak menyoal mana-mana orang yang didapati
mencurigakan atau menggunakan kemudahan di dalam bangunan serta boleh diarahkan
meninggalkan tempat tersebut dengan segera.
7.5 Pemilik/penduduk adalah bertanggungjawab bagi memastikan tetamu mereka mematuhi segala
Peraturan-peraturan Dalaman (House Rules) dan bertanggungjawab ke atas kerosakan yang
disebabkan oleh tetamu/pelawat mereka.
7.6 Kenderaan pelawat/tetamu hanya boleh memakir sementara di petak/unit sehingga jam 5:00
petang sahaja dengan meletakkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi pada cermin
kenderaan/dashboard kenderaan. Selepas jam 5:00 petang pelawat/tetamu perlu memakir
kenderaan di petak kenderaan pelawat yang telah disediakan.
7.7 Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara yang melibatkan jenayah atau
maksiat yang melibatkan pemilik/penduduk. Sekiranya ia berlaku, Polis Diraja Malaysia atau mana-
mana pihak berkuasa berkenaan akan menjalankan siasatan dan pihak pengurusan tidak akan
bertanggungjawab ke atas segala keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa.
8. PEMBAYARAN CAJ
8.1 Pemilik bertanggungjawab untuk membayar caj-caj berikut kepada pihak pengurusan iaitu:
1. Caj Penyelenggaraan bulanan;
2. Caj Caruman Kumpulan Wang Penjelas/Sinking Fund bulanan;
3. Premium tahunan Insurans Kebakaran/Bangunan.
8.2 Lain-lain caj akan juga dikenakan seperti berikut:
1. Denda bagi sebarang kesalahan yang melanggari Peraturan Peraturan Dalaman (House
Rules);
2. Faedah yang kena dibayar berkaitan apa-apa denda caj lewat (Late Payment Charge);
3. Caj pengurusan dan pentadbiran jika petak/unit berkenaan hendak dijual bagi tujuan
mengemaskini akaun pemilik, urusan guaman dan hal-hal yang berkaitan.
4. Salinan polisi insurans yang diambil di bawah akta; dan
5. Caj-caj lain mengikut keperluan semasa untuk mengurus dan menyenggara bangunan dan
harta bersama/kawasan bersama apartmen dan melibatkan kepentingan majoriti
penduduk.
UUK EmasVilla 6 of 22
8.3 Pemilik dikehendaki membuat pembayaran kepada pihak Pengurusan dalam tempoh 14 hari dari
tarikh bil/invois/notis tuntutan. Jika apa-apa jumlah kekal tidak berbayar pada tamat tempoh 14
hari daripada tarikh dinyatakan dalam bil/invois/notis tuntutan, pemilik hendaklah membayar denda
lewat pada kadar sepuluh (10%) atas kiraan harian sehingga tarikh pembayaran penuh jumlah
tertunggak.
8.4 Pihak pengurusan boleh menerima pembayaran untuk apa-apa jumlah yang tertunggak oleh
pemilik mungkir yang dibuat oleh pemegang gadaian, penyerahhak, pengganti dalam hakmilik,
penerima pajak, penyewa dan mana-mana orang itu yang telah membuat pembayaran sedemikian
hendaklah dianggap tanpa terbatal telah diberi kuasa oleh pemilik untuk berbuat demikian.
8.5 Mana-mana pemilik/penduduk yang telah bersetuju untuk membuat bayaran ansuran bagi mana-
mana pembayaran yang tertunggak hendaklah mengikut perjanjian yang telah ditetapkan di dalam
borang akujanji yang ditandatangani oleh pemilik/penduduk.
8.6 Kadar caj penyelengaraan akan ditentukan setiap dua (2) tahun sekali dan ianya hendaklah
dipersetujui melalui mesyuarat agung.
9.TINDAKAN KEGAGALAN PEMBAYARAN CAJ.
Mana-mana pemilik tanpa apa-apa sebab yang munasabah, gagal atau enggan membayar caj atau
Caruman Kumpulan Wang Penjelas/Sinking Fund atau yang belum membayar sepenuhnya lain-lain caj
yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada pihak pengurusan akan dikenakan tindakan berikut:
9.1 MENYENARAI HITAM NAMA DALAM SISTEM PENGKALAN DATA EXPERIAN
INFORMATION SERVICES (MALAYSIA) SDN. BHD.
a) NOTIS TUNTUTAN akan dikeluarkan dalam tempoh Empat Belas (14) hari kepada
pemilik yang mempunyai jumlah tunggakan caj penyelenggaraan atau Caruman
Kumpulan Penjelas/Sinking Fund melebihi Tiga (3) bulan berkaitan petak/unitnya atau
yang belum membayar sepenuhnya lain-lain caj dikenakan oleh atau kena dibayar kepada
pihak pengurusan.
b) Pihak pengurusan boleh, pada tamat tempoh 14 hari dinyatakan dalam notis tuntutan dan
tanpa notis terdahulu menyenarai nama ke sistem pengkalan data Experian Information
Services (M) Sdn Bhd seterusnya nama pemilik, no petak/unit mereka serta jumlah yang
kekal tidak berbayar akan di PAMERKAN di papan notis setiap blok.
9.2 TINDAKAN PERUNDANGAN
Selanjutnya, pemilik yang mungkir yang masih gagal atau enggan menjelaskan kembali jumlah
wang sebagai hutang yang kena dibayar, pihak pengurusan akan mengambil tindakan selanjutnya
melalui tuntutan tribunal/mahkamah atau penahanan apa-apa harta alih yang dipunyai oleh pemilik
berdasarkan kepada peruntukan dibawah Seksyen 34 dan Seksyen 35, Akta 757 bagi
mendapatkan kembali jumlah wang yang terhutang tersebut dan kos-kos lain yang berbangkit
daripada tindakan undang-undang tersebut akan ditanggung oleh pemilik mungkir.
UUK EmasVilla 7 of 22
KESALAHAN STATUTORI: Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pembeli/pemilik petak berstrata
tidak menjelaskan caj penyelenggaraan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM 5,000.00
atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan,
didenda selanjutnya tidak melebihi RM 50.00 bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu
berterusan selepas disabitkan.
10. PERATURAN DALAMAN
10.1 PENGUBAHSUAIAN
10.1.1 Pemilik perlu memaklumkan pihak pengurusan dalam tidak kurang tujuh (7) hari bekerja
sebelum kerja pengubahsuaian dimulakan bagi memboleh pemilik memahami peraturan
dan mengelakkan sebarang salah faham antara penduduk dan pihak pengurusan.
10.1.2 Pemilik dan kontraktor perlu mendapatkan borang pengubahsuaian petak/unit dari pejabat
pengurusan untuk kebenaran dan kelulusan. Dan apabila perlu, dari pihak berkuasa
berkenaan sebelum memulakan kerja pengubahsuaian.
10.1.3 Pemilik hendaklah memastikan apa-apa kerja pengubahsuaian atas petak/unitnya
hendaklah tidak dalam apa-apa cara sekali pun menggugat atau melemahkan mana-mana
anggota sokongan struktur, termasuk dinding ricih atau struktur bawa beban bangunan.
Jika apa-apa kerosakan diakibatkan kepada mana-mana kompenen struktur bangunan
akibat kerja pengubahsuaian itu, pemilik hendaklah atas kos sendiri serta-merta membaiki
dan memperbetulkan kerosakan itu bawah penyeliaan jurutera sivil dan struktur yang
kompeten yang dilantik oleh pihak pengurusan dan pemilik hendaklah menanggung semua
kos berkaitan dengan itu.
10.1.4 Pemilik hendaklah mengambil tanggungjawab penuh untuk apa-apa kecacatan atau
kerosakan kepada kawasan/harta bersama akibat kerja pengubahsuaian atau kerja
pembaikan atas petak/unitnya dan jika apa-apa kerosakan terjadi pemilik hendaklah serta-
merta atas kos sendiri, membaiki dan memperbetulkan kerosakan itu pada kepuashatian
pihak pengurusan.
10.1.5 Pemilik hendaklah memastikan langkah berjaga-jaga secukupnya diambil dari merosakkan
pendawaian tersembunyi, kabel, paip dan saluran semasa kerja-kerja pengubahsuaian
atau kerja pembaikan atas petak/unitnya dan jika apa-apa kerosakan terjadi pemilik
hendaklah serta-merta membaiki dan memperbetulkan kerosakan itu pada kepuashatian
pihak pengurusan dan mana-mana jurutera yang kompeten yang dilantik oleh pihak
pengurusan dan pemilik hendaklah menanggung semua kos berkaitan.
10.1.6 Pemilik tidak boleh menyebabkan atau membenarkan mana-mana lekapan atau lengkapan
pengubahsuaian atau perubahan dilakukan kepada luaran petak sendiri yang mengubah
rupa kawasan harta bersama atau mukaan bangunan atau menceroboh mana-mana
bahagian kawasan/harta bersama tanpa kelulusan daripada pihak pengurusan. Mukaan
bangunan hendaklah termasuk tingkap, luar koridor, kawasan bersama, kawasan terbuka
dan semua bahagian bangunan yang dapat dilihat yang membentuk atau menjadi
sebahagian rupa luaran bangunan
10.1.7 Pemasangan atap (owning) dan jeriji (Grill) tingkap/pintu mestilah mendapat kebenaran
pihak pengurusan.
UUK EmasVilla 8 of 22
10.1.8 Pemasangan unit penyaman udara adalah tidak melebihi daripada muatan kapasiti beban
bekalan kuasa elektrik sedia ada bagi setiap petak/unit apartmen bagi pematuhan
keperluan pihak berkuasa untuk pemasangan sistem bekalan elektrik 1-Phasa dan
kompresor penyaman udara dipasang tidak mengganggu jiran-jiran dan hendaklah
mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan. Air yang dilepaskan daripada unit
penyaman udara tersebut hendaklah disalurkan/dialirkan ke floor trap/saluran paip yang
berdekatan dan tidak dibiar menitis keluar dari petak/unitnya hingga menyebabkan
gangguan atau kerosakan kepada petak/unit lain dan bangunan. Sekiranya berlaku
pelanggaran, denda sebanyak RM100.00 boleh dikenakan dan pihak pengurusan berhak
membuka semula pemasangan atau mengalih saluran tersebut tanpa sebarang notis dan
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian. Segala kos
membuka semula bagi kerja tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemilik. Sekiranya
pemilik gagal/ingkar membayar denda dan kos terlibat, caj ini akan menjadi suatu hutang
terakru kepada pihak MC. Unit penyaman udara jenis tingkap/window adalah TIDAK
DIBENARKAN.
10.1.9 Pemilik dan kontraktor hendaklah mengikut syarat-syarat kerja-kerja pengubahsuaian
ditetapkan oleh pihak pengurusan seperti berikut:
1. Memastikan kenderaan tidak menghalang parkir kereta, laluan dan sebagainya.
2. Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut barang-barang atau buangan atau
sampah-sarap pengubahsuaian dikehendaki meninggalkan kawasan apartmen selepas
selesai kerja-kerja memunggah dan pemuatan.
3. Pekerja-pekerja kontraktor tidak dibenarkan berkeliaran di dalam kawasan apartmen
tanpa sebarang sebab dan membuat kacau ganggu.
4. Tidak membuang buangan atau sampah sarap pengubahsuaian di mana-mana ruang
sampah atau sinki atau tadahan air atau mana-mana kawasan/harta bersama.
5. Pembuangan sebarang buangan atau sampah sarap pengubahsuaian dari petak/unit
berkenaan hendaklah diangkut keluar dengan segera daripada kawasan apartmen
kecuali jika ada kemudahan diperuntukkan dalam kawasan apartmen yang dibenarkan
oleh pihak pengurusan. Kawasan/harta bersama di luar petak/unit dan laluan
membawa kepada petak/unit, hendaklah sentiasa bersih pada setiap masa.
6. Kerja-kerja pengubahsuaian terhad kepada sempadan petak/unit pemilik berkenaan
sahaja.
7. Memastikan apa-apa kerja pengubahsuaian atau pembaikan atas petak/unitnya.
8. Hendaklah tidak dalam apa-apa cara sekali pun menyebabkan kesulitan atau bahaya
kepada penduduk lain.
9. Kerja-kerja pembancuhan simen hendaklah dilakukan diatas plywood atau yang
seumpamanya dan dilakukan dalam petak/unit berkenaan.
10. Semua buangan atau sampah sarap pengubahsuaian mesti disimpan/di stor di dalam
petak/unit berkenaan dan tidak boleh ditinggal/disimpan di kawasan/harta bersama
(seperti tangga, koridor tempat letak kereta, jalan masuk, bilik riser, rumah sampah
dsbnya).
UUK EmasVilla 9 of 22
11. Tidak dibenarkan menggunakan bekalan elektrik dan air dari tempat kawasan/harta
bersama tanpa kebenaran.
12. Memastikan keselamatan dan kebersihan kawasan bersama dijaga sepanjang masa.
13. Tempoh pengubahsuaian pada mulanya tidak boleh melebihi 1 bulan. Tempoh lanjutan
perlu dikemukakan kepada pihak pengurusan tidak kurang tiga (3) hari bekerja untuk
kelulusan.
Tempoh maksimum untuk lanjutan ialah satu (1) bulan untuk setiap permohonan.
14. Tidak dibenarkan mengubah suai di kawasan/harta bersama seperti tangga, koridor,
corong udara, tempat letak kereta, jalan masuk, bilik riser dsbnya.
10.1.10 Kerja-kerja pengubahsuaian hanya boleh dijalankan pada waktu-waktu berikut:
Isnin-Jumaat : 9.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tidak dibenarkan
(Nota: Menakik atau menggerudi atau kerja melibatkan bunyi yang bising adalah tidak dibenarkan pada
hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum. Jika petak/unit jiran mengadu bunyi bising; pihak pengurusan boleh
mengarahkan kerja-kerja dihentikan segera.)
10.1.11 Apabila kerja-kerja pengubahsuaian selesai, pemilik perlu memaklumkan pihak pengurusan untuk
pemeriksaan.
BERPINDAH ATAU MENGELUARKAN/MENGAMBIL BARANG.
10.2.1 Pihak pengurusan hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya tidak kurang tiga (3) hari bekerja
sebelum berpindah masuk atau keluar dari petak/unit.
10.2.2 Penduduk perlu mendapatkan borang pindah dari pejabat pengurusan MC untuk kebenaran dan
kelulusan.
10.2.3 Kerja-kerja berpindah hanya boleh dijalankan pada waktu-waktu berikut:
Isnin-Jumaat Sabtu Ahad & Cuti Umum :
9.00 pagi - 5.00 petang
10.2.4 Borang permohonan bagi Penyewa mesti diserahkan kepada pejabat pengurusan MC dengan
disokong oleh surat kebenaran daripada pemilik petak/unit berkenaan (Perjanjian Penyewaan).
10.2.5 Penduduk hendaklah memastikan kawasan/harta bersama di luar petak/unit dan laluan
membawa kepada petak/unit, laluan tangga dan koridor dilindungi semasa bergerak atau
mengalihkan barangan atau perabot berat.
10.2.6 Apabila kerja-kerja berpindah selesai, penduduk perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan
untuk pemeriksaan
UUK EmasVilla 10 of 22
.
10.3 KAWASAN/HARTA BERSAMA.
10.3.1 Kawasan/harta bersama adalah di bawah tanggungjawab MC. Walaubagaimanapun penduduk
juga perlu bekerjasama bagi memastikan ianya dijaga dan dipelihara dengan baik.
10.3.2 Kawasan bersama akan dibersihkan (sapu dan cuci) oleh pekerja pembersihan secara berjadual
kecuali jika ada sebarang kerja-kerja lebih penting yang perlu diutamakan.
10.3.3 Sawang dan kotoran dinding akan dibersihkan mengikut keperluan.
10.3.4 Penduduk boleh menghubungi pihak pengurusan jika terdapat masalah kekotoran berbangkit
contohnya muntah, najis dan sebagainya. Pekerja pembersihan akan datang membersihkannya
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
10.3.5 Penyapu dan mop, karton dan karung, notis, iklan, poster, lampu atau alat lain bagi komunikasi
visual tidak boleh diletakkan pada dinding, tingkap, pintu atau laluan yang boleh kelihatan dari luar
petak/unit apartmen atau kawasan/harta bersama.
10.3.6 Penduduk hendaklah memastikan bahawa barangan kain seperti pakaian, tuala dan linen tidak
boleh digantung atau diletakkan di mana-mana tempat luar daripada petak/unit atau mana-mana
kawasan yang membentuk kawasan bersama. Terutama sekali, barangan kain tersebut, tidak
boleh digantung pada tiang, yang menjulur melalui tingkap petak/unit apartmen.
10.3.7 Penduduk tidak boleh menyimpan atau meninggalkan apa-apa barang kepunyaan peribadi seperti
kasut, tumbuhan berpasu, atau bunga-bungaan, kabinet, rak, kenderaan dan seumpamanya atas
kawasan/harta bersama kecuali dengan kelulusan pihak pengurusan.
10.3.8 Semua laluan kecemasan, termasuk tetapi tidak terhad kepada koridor, tangga atau kawasan
bersama hendaklah tidak dihalang oleh penduduk pada bila-bila masa. Pihak Pengurusan boleh
tanpa notis terdahulu, mengalih atau merampas apa-apa harta penduduk, termasuk tetapi tidak
terhad kepada, basikal, tumbuhan berpasu, perabot, troli, kotak, barang atau objek dalam apa-apa
bentuk sekalipun. Kos pengalihan ini, jika ada, hendaklah ditanggung oleh penduduk berkenaan.
Sekiranya penduduk didapati ingkar, pihak pengurusan berhak mengenakan denda sebanyak
RM50.00 berserta kos pengalihan.
10.3.9 Bilik Mesyuarat Komuniti adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab pengurusan MC. Sebarang
permohonan untuk menggunakan bilik Mesyuarat Komuniti oleh pemilik/penduduk perlu dibuat
kepada pihak pengurusan. Pihak pengurusan berhak menolak permohonan yang dibuat tanpa
memberikan apa-apa alasan. Bayaran penggunaan bilik Mesyuarat Komuniti seperti di Lampiran
1.
10.3.10 Paip air bersama digunakan untuk membersihkan kawasan/harta bersama. Penduduk dilarang
menggunakan paip air bersama ini untuk kegunaan persendirian.
10.3.11 Pagar sekeliling kawasan apartmen adalah dibawah pengawasan pihak pengurusan. Sebarang
pencerobohan dan kerosakan akan menyebabkan MC perlu mengeluarkan duit untuk
memperbaikinya. Pagar ini adalah untuk melindungi kawasan apartmen daripada sebarang anasir
luar. Ianya juga untuk menyekat sebarang kemungkinan masalah luaran dari mengganggu
kawasan apartmen. Di samping itu, ia juga sebagai penanda sempadan kuasa pihak pengurusan
dengan kawasan luar.
10.3.12 Alat pemadam api tidak boleh diusik atau digunakan oleh penduduk dan hanya digunakan
UUK EmasVilla 11 of 22
sekiranya berlaku kebakaran.
10.3.13 Menyalahgunakan alat pemadam api akan didenda RM100.00 berserta kos penggantian/baikpulih
semula akan dikenakan jika didapati bersalah.
10.3.14 Bilik Riser adalah dibawah pengawasan MC. Penduduk tidak boleh menyimpan atau
meninggalkan apa-apa barang kepunyaan peribadi seperti kasut, penyapu dan mop, karton atau
karung, sampah dsbnya.
10.3.15 Penduduk yang didapati merosakkan harta bersama akan dikenakan caj untuk menanggung kos
pembaikan atau penggantian berserta denda dan jika gagal membayar caj
pembaikan/penggantian dan denda tersebut, ianya akan menjadi suatu hutang terakru kepada MC.
11. MASALAH ATAU KEROSAKAN
11.1 Sebarang kerosakan dalam kawasan harta bersama hendaklah dilaporkan kepada pihak
pengurusan untuk tindakan selanjutnya.
11.2 Hanya setelah mendapat laporan rasmi, barulah pihak pengurusan akan bertindak. Laporan rasmi
boleh dibuat dengan mengisi borang aduan yang terdapat di pejabat pengurusan MC atau dengan
menghantar WhatsApp di no 012-8050913 atau menghantar emel di [email protected]
11.3 Kerosakan bahagian dalaman petak/unit apartmen adalah tanggungjawab penduduk.
11.4 Kerosakan yang melibatkan lebih daripada satu petak/unit apartmen, pihak pengurusan akan
menentukan punca kerosakan dan pihak bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan tersebut.
11.5 Kerosakan/kebocoran saluran paip air bagi blok B & C sama ada selepas atau sebelum meter
adalah tanggungjawab unit. Namun kerosakan/kebocoran saluran paip air melibatkan saluran
dalam tanah adalah tanggungjawab pihak pengurusan. Salur air bagi blok A, D dan E adalah
tanggungjawab pengurusan.
11.6 Pihak yang bertanggungjawab dalam tempoh tujuh (7) hari hendaklah mengambil semua langkah
perlu membaiki segala kerosakan itu. Jika gagal berbuat demikian pihak pengurusan boleh
menjalankan pembaikan itu dan denda RM100.00 berserta kos sedemikian akan dicaj kepada
penduduk berkenaan dan hendaklah kena dibayar atas tuntutan mengikut jumlah kerosakan yang
dilakukan berserta denda dikenakan.
12. PIRING ASTRO ATAU ANTENA TV/RADIO
12.1 Piring Astro atau Antena TVFradio tidak boleh dipasang pada atau digantung pada dinding atau
dibenarkan terjulur melalui dinding, tingkap, atau bumbung atau dipasang bukan pada tingkat
unit/petak kecuali dengan kelulusan bertulis yang sewajarnya terlebih dahulu daripada pihak
pengurusan.
Walaupun begitu, astro atau antena TV radio dan seumpamanya hendaklah diletakkan pada
tingkat yang dengan petak/unit apartmen penduduk.
UUK EmasVilla 12 of 22
13. LARANGAN KACAU GANGGU
13.1 Penduduk, tetamu atau pelawat dalam petak/unit atau menggunakan harta bersama hendaklah
pada setiap masa berkelakuan yang tidak menyebabkan gangguan, kekacauan atau sakit hati
kepada orang lain atau jiran. Kegagalan mematuhinya yang menyebabkan terdapat laporan dibuat,
atau atas inisiatif pihak pengurusan sendiri setelah teguran dibuat namun masih enggan dipatuhi,
pihak pengurusan berhak mengenakan denda terhadap penduduk dan/atau mengarahkan tetamu
atau pelawat tersebut untuk meninggalkan kawasan apartmen.
13.2 Permainan dalam (indoor game) adalah terhad di dalam petak/unit kediaman sahaja. Pemain perlu
memastikan tidak membuat bising apabila dalam permainan.
13.3 Semua penduduk hendaklah memastikan segala audio dari set TV ataupun radio atau perkakas
atau alat, atau apa-apa alat muzik tidak menggangu jiran-jiran dan tidak menjejaskan kedamaian
dan waktu rehat penduduk lain.
13.4 Segala aktiviti majlis persendirian selepas jam 11:00 malam adalah dilarang sama sekali kecuali
mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan.
13.5 Penduduk harus memastikan anak-anak mereka tidak berkeliaran di persekitaran apartmen
selepas jam 11:00 malam.
13.6 Tetamu atau pelawat atau penduduk tidak dibenarkan membuat bising atau melakukan sebarang
aktiviti yang boleh menggangu kejiranan selepas jam 11:00 malam sehingga 7:00 pagi.
13.7 Bunyi enjin kereta atau motor yang mengganggu keselesaan penduduk adalah dilarang sama
sekali dan pihak pengurusan berhak untuk menghalang kenderaan tersebut dari memasuki
kawasan apartmen.
13.8 Penduduk hendaklah tidak menggunakan bahan api sebagai bahan utama atau bahan atau
melakukan apa-apa dalam petak/unitnya yang boleh menjejaskan kenikmatan aman mana-mana
penduduk lain atau yang boleh mengotorkan atau memudarkan cat luaran petak/unitnya atau
petak/unit lain atau kawasan/harta bersama.
13.9 Penduduk atau pelawat atau tetamu tidak dibenarkan sama sekali memberi makanan kepada
haiwan liar seperti kucing, anjing dan monyet di kawasan/harta bersama.
14. MENYIMPAN HAIWAN & TAMAN, LAMAN DAN TUMBUHAN BERPASU
14.1 Penduduk dilarang sama sekali menyimpan haiwan peliharaan seperti anjing, kucing, burung atau
apa-apa haiwan tertentu dalam petak/unitnya atau atas kawasan/harta yang boleh menyebabkan
kegusaran atau kacau ganggu kepada penduduk lain atau mendatangkan bahaya kepada
keselamatan atau kesihatan kepada penduduk lain. Penduduk yang mengingkari peraturan ini,
hendaklah dalam masa tiga (3) hari penerimaan suatu notis pihak pengurusan mengeluarkan
haiwan tersebut dari kawasan apartmen. Jika gagal berbuat demikian, pihak pengurusan boleh
mengambil apa-apa tindakan dianggap perlu bagi mengeluarkan haiwan itu dan semua kos terakru
hendaklah dicaj dan dikenakan kepada penduduk itu. Pihak pengurusan tidak akan
bertanggunggan terhadap apa-apa kerosakan harta pemilik yang secara munasabah disebabkan
oleh proses mengeluarkan haiwan itu.
UUK EmasVilla 13 of 22
14.2 Haiwan peliharaan yang dijumpai berkeliaran di kawasan bersama akan dihalau oleh pihak
pengurusan tanpa merujuk kepada pemilik haiwan tersebut dan pihak pengurusan tidak akan
bertanggunggan ke atas segala kerugian yang di alami oleh pemilik haiwan tersebut secara
langsung ataupun tidak langsung.
14.3 Penduduk hendaklah tidak merosakkan mana-mana laman, taman, pokok, rimbunan, tumbuhan
atau bunga-bungaan dalam kawasan bersama.
14.4 Penduduk tidak dibenarkan meletakkan di kawasan bersama seperti koridor dan anak-anak tangga
dengan pasu-pasu bunga/tumbuhan. Pihak pengurusan berhak merampas pasu-pasu
bunga/tumbuhan tersebut tanpa merujuk kepada pemiliknya. Ini adalah untuk mengelakkan tempat
pembiakan nyamuk aedes dan pihak pengurusan boleh mengenakan denda kepada penduduk jika
didapati pasu-pasu bunga/tumbuhan tersebut menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.
14.5 Penduduk juga tidak dibenarkan sama sekali menanam apa-apa juga tumbuhan atau pokok di
mana-mana kawasan bersama tanpa kebenaran pihak pengurusan. Sekiranya berlaku, pihak
pengurusan berhak menebang pokok atau mencabut tumbuhan tersebut tanpa sebarang notis.
Semua kos terakru hendaklah dicaj dan dikenakan terhadap penduduk itu.
15. PELUPUSAN SISA PEPEJAL/PENGURUSAN SAMPAH SARAP.
15.1 Penduduk hendaklah tidak meletak atau membuang atas kawasan/harta bersama apa-apa
sampah, tanah, habuk atau bahan lain atau barang terbuang kecuali di tempat yang telah
diperuntukkan untuk maksud itu.
15.2 Penduduk hendaklah memastikan apa-apa sampah sarap dari petak/unitnya dibuang dengan
sempurna ke dalam tong sampah di rumah sampah.
15.3 Penduduk perlu memastikan sampah sarap yang dibawa tidak meleleh serta tidak bersepah. Jika
terdapat lelehan dan bersepah, penduduk mesti membersihkannya. Denda RM50.00 akan
dikenakan jika sekiranya gagal membersihkannya.
15.4 Penduduk tidak dibenarkan mencurahkan apa-apa jenis cecair atau bahan-bahan mudah terbakar
seperti cat, thinner, atau produk petroleum ke dalam tong-tong sampah secara langsung, Ini untuk
mengelakkan kerosakan kepada tong-tong sampah yang disediakan atau menjadi punca
kebakaran.
15.5 Penduduk dilarang membuang sampah sarap. sisa-sisa makanan, lemak dan sebagainya ke
dalam sinki dapur, lurang atau longkang atau membenarkan apa-apa dibuat yang akan
menyebabkan sistem pembentungan dan perparitan tersumbat atau tersekat.
15.6 Penduduk hendaklah tidak membenarkan apa-apa objek, puntung rokok, buangan atau sampah
dalam apa-apa bentuk dibuang atau dihanyutkan atau dikosongkan melalui mana-mana tingkap
luar atau petak/unitnya, atau ditinggalkan dimana-mana koridor, tangga, tempat parkir kereta, atap
(awning) atau mana-mana bahagian lain kawasan/harta bersama. Denda RM 50.00 hingga
RM200.00 akan dikenakan jika didapati bersalah.
15.7 Penduduk dilarang membuang atau membenarkan untuk jatuh, apa-apa sampah, tanah, habuk
atau bahan atau barang terbuang ke atas petak/unit lain atau kawasan/harta bersama.
15.8 Penduduk dilarang membuang puntung rokok hidup ke dalam mana-mana bekas sampah.
UUK EmasVilla 14 of 22
15.9 Penduduk perlu memastikan sampah sarap diikat dalam beg plastik sampah atau seumpamanya
yang tidak bocor/koyak dan apa-apa bahan atau buangan kitar semula diasingkan menurut garis
panduan kitar semula yang terpakai.
15.10 Minyak masak terpakai hendaklah dimasukkan kedalam botol dan diletakkan di tepi rumah
sampah. Minyak masak terpakai juga boleh diserahkan kepada pejabat pengurusan untuk dibeli
pada kadar harga yang telah ditetapkan.
16. KENDERAAN DAN PETAK PARKIR
16.1 Petak parkir diperuntukkan satu (1) petak parkir bagi setiap pemilik petak/unit apartmen dan hanya
untuk kegunaan penduduk.
16.2 Kenderaan penduduk hendaklah diparkir di petak parkir yang telah diperuntukkan secara wajar
tanpa menyebabkan apa-apa halangan kepada mana-mana kenderaan bersebelahan atau laluan
trafik. Apa-apa kenderaan tanpa kebenaran dilarang parkir di kawasan bersama atau diluar petak
parkir diperuntukkan atau mana-mana petak parkir penduduk lain atau petak parkir pelawat.
16.3 Petak Parkir Pelawat. Kenderaan tetamu/pelawat boleh diparkir petak/unit sehingga jam 5:00
petang SAHAJA. Selepas jam 5:00 petang kenderaan tetamu/pelawat perlu diletak di petak parkir
pelawat SAHAJA. Jika tempat tersebut telah penuh, kenderaan tetamu/pelawat perlu diletakkan
diluar kawasan apartmen. Tidak dibenarkan meletak kenderaan di petak parkir pelawat selepas
pukul 12:00 tengah malam sehingga 7:00 pagi kecuali kenderaan tetamu/pelawat yang telah
mendapatkan kebenaran bermalam terlebih dahulu.
16.4 Kenderaan yang tidak mematuhi peraturan boleh ditunda atau dikunci tayar oleh pihak
pengurusan. Atas kos pemilik kenderaan tanpa notis terdahulu dan dalam hal demikian pemilik
perlu menghubungi pihak pengurusan untuk membuka kunci tayar dengan membayar denda
sebanyak RM50.00 dikira atas kadar harian bagi kereta dan RM30.00 dikira atas kadar harian bagi
motosikal, berserta apa-apa kos tunda dan caj penyimpanan yang sebenar terakru oleh pihak
pengurusan secara terus kepada pihak pengurusan. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungan
terhadap apa-apa kerosakan atau kehilangan akibat dari kenderaan itu ditunda atau dikunci tayar.
16.5 Semua kenderaan yang diletakkan dalam kawasan apartmen adalah pada risiko pemilik
kenderaan sendiri. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerosakan,
kecurian atau kehilangan kenderaan atau barangan berkenaan walaubagaimanapun berlaku.
16.6 Petak parkir hendaklah bersih dari segala sampah sarap pada setiap masa. Penduduk dilarang
meninggalkkan apa-apa barang, peralatan, alat ganti, bahan yang dibuang di kawasan parkir
kenderaan. Pihak pengurusan boleh mengalih dan melupuskan barang-barang itu tanpa notis
terdahulu dan tidak akan bertanggunggan terhadap apa-apa kerosakan atau kehilangan berkaitan
barang-barang itu, dan kos terakru dalam berbuat demikian hendaklah ditanggung dan dibayar
oleh orang berkenaan dengan atas tuntutan.
16.7 Memandu di dalam kawasan apartmen hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dan berhemah.
Kelajuan memandu di dalam kawasan apartmen tidak boleh melebihi 20 km/j. Penggunaan hon
kereta hendaklah diamalkan secara berhemah.
16.8 Tidak dibenarkan melakukan pembaikan besar ke atas mana-mana kenderaan di dalam kawasan
apartmen terutamanya melibatkan bunyi bising melampau, asap tebal, tumpahan minyak
pelinciran, penggunaan blok rantai atau lain-lain cara atau peralatan mengangkat berat besar.
UUK EmasVilla 15 of 22
16.9 Penduduk tidak boleh menaikkan binaan atau struktur tambahan di petak parkir atau mana-mana
tempat lain sepertinya sama ada buat sementara waktu atau sebaliknya.
16.10 Petak Parkir Sewa. Kemudahan untuk petak parkir sewa adalah terhad, pemilik boleh membuat
permohonan di Pejabat Pengurusan MC. Syarat-syarat pemilikan petak parkir sewa adalah seperti
berikut:
1. Hanya pemilik petak/unit apartmen sahaja dibenarkan membuat permohonan.
2. Hanya satu (1) permohonan sahaja untuk setiap pemilik petak/unit apartmen.
3. Tidak dibenarkan memindah atau menyewa kepada penduduk lain atau individu lain tanpa
kebenaran pihak pengurusan.
4. Tiada tunggakan caj penyelenggaraan atau caruman kumpulan wang penjelas/Sinking Fund
berkaitan petak/unitnya atau yang belum membayar sepenuhnya lain-lain caj yang dikenakan
oleh atau kena dibayar kepada pihak pengurusan.
5. Sekiranya berlaku perlanggaran syarat-syarat diatas, pihak pengurusan akan mengambil
semula kemudahan petak parkir tersebut.
6. Petak parkir sewa adalah hak mutlak pihak pengurusan dan sebarang keputusan berkait
pemilikan petak parkir sewa adalah muktamad.
7. Pihak pengurusan atas sebab-sebab kepentingan MC boleh pada bila-bila masa tanpa notis
terlebih dahulu mengambil semula kemudahan petak parkir sewa tersebut dan tidak akan
bertanggunggan untuk mengganti dengan petak parkir sewa lain.
8. Caj petak parkir sewa sebulan adalah RM50.00 bagi mana-mana petak/unit yang telah
disenaraikan oleh pihak pengurusan. Pemilik hendaklah membayar petak parkir sewa 4 bulan
sekali dalam setahun.
16.11 Mana-mana pemilik kenderaan kepada kenderaan yang diparkir dalam kawasan apartmen
hendaklah memastikan tidak berlakunya penggeraan palsu yang menyebabkan kacau ganggu dan
kegusaran kepada penduduk lain. Jika berlaku, pihak pengurusan boleh menghalang kenderaan
tersebut dari memasuki kawasan apartmen untuk suatu tempoh dan atas terma yang pihak
pengurusan anggap sesuai dan wajar.
16.12 Mana-mana pemilik kenderaan yang diparkir di dalam kawasan apartmen adalah tanggungjawab
sendiri.
16.13 Kereta lusuh yang diparkir melebihi 30 hari akan diberikan notis 48 jam untuk mengalihkan
kenderaan; kegagalan di mana kereta lusuh tersebut boleh ditunda keluar dari kawasan apartmen
dan pihak pengurusan tidak bertanggungan ke atas sebarang kerugian dan kehilangan yang
berlaku.
16.14 Segala caj penundaan bagi kereta lusuh dan kereta pemilik/penduduk yang melakukan kesalahan
parkir dan telah dirantai dan/atau kunci hendaklah dibayar oleh pemilik/penduduk kepada pihak
pengurusan; kegagalan membuat bayaran akan menyebabkan kos tundaan adalah terakru di
dalam akaun penyelengaraan pemilik.
UUK EmasVilla 16 of 22
17. LAIN-LAIN PERATURAN DALAMAN ATAU LARANGAN-LARANGAN.
17.1 Penduduk hendaklah tidak menggunakan petak/unitnya untuk apa-apa tujuan, secara haram atau
sebaliknya, yang boleh menjejaskan reputasi Apartmen Emas Villa.
17.2 Pemilik hendaklah sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat terkini seperti alamat surat-
menyurat (jika tinggal diluar apartmen), alamat email dan nombor telefon dengan mengisi borang
di pejabat pengurusan MC atau memaklumkan secara email untuk tujuan penyampaian apa-apa
notis dan tindakan berkaitan dengan penyelenggaraan dan pengurusan Apartmen Emas Villa.
17.3 Pemilik perlu memaklumkan dengan kadar segera apa-apa perubahan dalam pemilikan
petak/unitnya atau apa-apa urusniaga, gadaian, pajakan atau pewujudan apa-apa kepentingan
untuk dimasukkan dalam strata.
17.4 Pemilik perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan apabila petak/unitnya disewakan dengan
memberikan maklumat peribadi penyewa yang diperlukan seperti berikut:
i. Nama penyewa
ii. Nombor Kad Pengenalan penyewa
iii. Nombor telefon penyewa
iv. Salinan perjanjian penyewaan
Warga asing yang menjadi penduduk mesti mendaftar dan memberikan maklumat berikut serta maklumat
terkini apabila visa diperbaharui:
i) Salinan passport
ii) Salinan visa dan permit yang sah
iii) Salinan visa pelajar yang sah, untuk pelajar
iv) Salinan visa dan permit kerja yang sah atau perjanjian pekerjaan, jika bekerja.
17.5 Penduduk dikehendaki pada setiap masa memperkenalkan diri mereka semasa berada di
kawasan apartmen apabila dikehendaki oleh pihak pengurusan, pengawal keselamatan atau orang
yang diberikuasa oleh pihak pengurusan.
17.6 Penduduk dilarang berniaga, memasak atau mengadakan jamuan atau apa-apa majlis di kawasan
bersama tanpa mendapat kelulusan pihak pengurusan. Penempahan bagi mengadakan jamuan
atau apa-apa majlis di dewan serbaguna, hendaklah dibuat di Pejabat Pengurusan MC
berdasarkan kepada siapa yang membuat tempahan terlebih dahulu.
17.7 Tiada apa-apa bahan, tetapi bukan hanya terhad kepada beracun, boleh dibenarkan, dibuat atau
disimpan dalam petak/unit apartmen atau kawasan bersama yang mungkin mengaratkan atau
merosakkan lantai, dinding, atau bumbungnya atau menyebabkan kenaikan kadar premium atau
pembatalan, ketaksahan atau tidak boleh memperbaharui polisi insurans yang sedia ada.
17.8 Tiada bahan letupan dalam apa bentuk pun, termasuk mercun, boleh disimpan, distor atau
digunakan dalam petak/unitnya atau kawasan bersama.
17.9 Bahan-bahan mudah terbakar seperti bahan kimia, produk petroleum dan gas, yang boleh
disimpan atau distor dalam petak/unit apartmen adalah terhad kepada kuantiti biasa yang
munasabah berkaitan dengan tujuan pendudukan kediaman persendirian.
UUK EmasVilla 17 of 22
17.10 Penduduk hendaklah dengan kadar segera membaiki dan menyiapkan atas kos dan perbelanjaan
sendiri apa-apa kerosakan pada petak/unitnya, atas kegagalan berbuat demikian pihak
pengurusan boleh menjalankan pembaikan itu dan denda RM100.00 berserta kos sedemikian
akan dicaj kepada penduduk berkenaan dan hendaklah kena dibayar atas tuntutan.
17.11 Pemilik petak/unitnya adalah bertanggungan kepada kerosakan seperti berikut:
i. Pendawaian/kabel/conduit pembekalan elektrik adalah selepas dari meter TNB di bilik suis
bangunan ke petak/unit individu.
ii) Paip buangan/najis (Waste/Soil pipe) adalah dari pemasangan paip buangan/najis, sinki,
floor trap atau WC petak/unitnya hingga sambungan kepada stack paip buangan/najis
utama bangunan.
17.12 Penduduk hendaklah dengan kadar segera menjalankan semua kerja yang diperintahkan oleh
mana-mana pihak berkuasa statutori atau awam yang kompeten berkaitan petak/unitnya selain
dari kerja untuk manfaat kawasan/harta bersama.
17.13 Penduduk hendaklah menyenggara petak/unitnya termasuk semua lengkapan kebersihan,
perkakasan air, gas, elektrikal dan penghawa dingin dalam keadaan yang baik supaya tidak
menyebabkan apa-apa kebakaran atau letupan atau apa-apa kebocoran kepada petak/unit
kediaman lain atau kawasan bersama supaya tidak menyebabkan apa-apa gangguan kepada
semua penduduk.
17.14 Penduduk hendaklah membenarkan pihak pengurusan atau mana-mana orang yang diberi kuasa,
pada setiap masa yang munasabah dan dengan notis munasabah diberi (kecuali dalam kes
kecemasan apabila tiada notis diperlukan) untuk memasuki petak/unitnya untuk tujuan:
i) Menyiasat kebocoran atau lain-lain kecacatan bangunan.
ii) Menyenggara, membaiki atau membaharui paip, wayar, kabel dan saluran yang digunakan
atau boleh digunakan berkaitan dengan penikmatan mana-mana petak/unit lain atau
kawasan/harta bersama;
iii) Menyenggara, membaiki, membaharui atau menaik taraf kawasan/harta bersama, dan
iv) Melaksanakan apa-apa kerja atau melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk
berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya dibawah Akta atau peraturan-peraturan
dibawahnya, atau untuk berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan dalaman yang
melibatkan apartmen.
17.15 Penduduk hendaklah memaklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu jika perlu
melakukan pembaikan kecemasan oleh kontraktor seperti kebocoran saluran paip atau terputus
bekalan elektrik diluar waktu dibenarkan membuat kerja-kerja pengubahsuaian.
Walaubagaimanapun, pembaikan tersebut terhad hanya untuk menghentikan kebocoran atau
memulihkan bekalan elektrik sahaja.
17.16 Penduduk tidak menggunakan atau membenarkan untuk digunakan petak/unitnya atau untuk
tujuan yang akan menyebabkan kacau ganggu atau bahaya kepada semua penduduk.
17.17 Penduduk dilarang mengguna dan menikmati harta bersama dalam cara yang tidak munasabah
mengganggu kegunaan dan kenikmatan yang sama oleh penduduk lain.
UUK EmasVilla 18 of 22
17.18 Penduduk tidak dibenarkan memasang sistem penggera pencerobohan pada petak/unit tanpa
kebenaran pihak pengurusan. Sebarang pemasangan sistem penggera pencerobohan hendaklah
dari model yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan. Nombor hubungan kecemasan
hendaklah diberikan kepada pihak pengurusan untuk membolehkan penduduk dihubungi
sekiranya tiada dirumah.
17.19 Penduduk dilarang mengadakan sebarang majlis perkabungan atau pengebumian atau membuat
tempat ibadat agama masing-masing di kawasan bersama termasuk di kawasan petak parkir jika
ianya diadakan di dalam petak/unit apartmen, penduduk hendaklah memastikan ianya tidak
menyebabkan gangguan kepada penduduk lain.
17.20 Kakitangan pengurusan hanya boleh terlibat didalam kegiatan penduduk dengan kebenaran pihak
pengurusan.
18 PEJABAT PENGURUSAN MC
18.1 Pejabat pengurusan MC hanya digunakan untuk sebarang aktiviti pengurusan operasi Apartmen
Emas Villa.
18.2 Sebarang masalah, bolehlah dirujuk kepada kakitangan bertugas di pejabat.
18.3 Sebarang laporan, penduduk perlulah mengisi borang laporan atau melalui whatsApp atau melalui
email agar pihak pengurusan dapat mengambil tindakan sewajarnya.
18.4 Pejabat pengurusan terletak di bahagian bawah Bangunan Apartmen Blok B.
Waktu Berurusan : Isnin hingga Jumaat & Sabtu :
Isini – Jumaat 08:30 pagi hingga 04:30 petang
Sabtu 08:30 pagi hingga 11:30 Tengahari
Waktu Rehat : Jumaat
12.30 tengahari - 2.45 petang
Ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum
No Tel MC : 03 – 8706 1948
No. Handphone & No WhatsApp : 012 – 805 0913
Email : [email protected]
UUK EmasVilla 19 of 22
19. TINDAKAN
19.1 Denda atau tindakan akan dikenakan terhadap sebarang kesalahan atau kegagalan memenuhi
sebarang syarat pihak pengurusan termasuk tidak menjelaskan bil-bil semasa yang dikeluarkan
oleh pihak pengurusan dan sebagainya.
19.2 Pihak pengurusan berhak mengenakan denda sebanyak minimum RM30.00 sehingga maksimum
19.3 RM200.00 setiap kejadian di kira atas dasar harian bagi kegagalan mematuhi mana-mana
peraturan dalaman Apartmen Emas Villa. Denda akan dikenakan kepada pemilik jika
penyewa/tetamu yang enggan membayar denda itu. Semua denda yang dikenakan dibawah
peraturan-peraturan dalaman ini akan menjadi suatu hutang terakru kepada pihak pengurusan dan
atas pembayaran hendaklah didepositkan dalam akaun penyelenggaraan.
Jika masih gagal, tindakan yang lebih tegas dan sewajarnya akan dikenakan seperti melaporkan
kejadian kepada pihak berkuasa tempatan, Polis, Jabatan Agama Islam dan sebagainya.
Sebarang kos yang terlibat akan ditanggung oleh pemilik.
19.4 Pihak pengurusan berhak untuk meminta tetamu atau kontraktor yang tidak mematuhi mana-mana
peraturan dalaman untuk meninggalkan kawasan apartmen tanpa memerlukan apa-apa sebab
untuk berbuat demikian.
19.5 Dalam keadaan perlanggaran mana-mana peraturan dalaman oleh penduduk, dia hendaklah atas
perbelanjaan sendiri serta-merta memulihkan atau membaiki perlanggaran itu yang memuaskan
hati pihak pengurusan.
20. PENUTUP
20.1 Peraturan dalaman ini dibuat bukan untuk menyusahkan penduduk, sebaliknya bertujuan
memastikan penyelenggaraan dan pengurusan bangunan kita ini dapat dilaksanakan
dengan sempurna bagi memastikan keselamatan, keselesaan dan keharmonian penduduk
sendiri.
20.2 Penduduk perlu membaca dan memahami semua peraturan-peraturan dalaman dan
memastikan tidak melanggar peraturan dalaman yang telah ditetapkan.
20.3 Penguatkuasaan adalah juga berlandaskan budi bicara pihak pengurusan.
20.4 Sebarang tindakan bukanlah untuk menghukum tetapi sebagai peringatan supaya kita
menghormati peraturan dan jiran yang lain.
20.5 Penguatkuasaan perlu mendapat kerjasama penduduk. Penduduk perlu tampil untuk
melaporkan, membantu penyiasatan dan seterusnya mengiakan tindakan yang akan
dikenakan.
20.6 PAPAN NOTIS dipasang di setiap lorong tangga blok apartmen. Apa-apa pekeliling, surat,
memo atau notis daripada pihak pengurusan kepada penduduk akan dipaparkan diatasnya.
Penduduk hendaklah sentiasa merujuk papan notis untuk makluman terkini dan tindakan
lanjut.
20.7 Penduduk hendaklah mematuhi dan patuh dengan semua notis dan petunjuk yang
dinaikkan atau dipasang oleh pihak pengurusan di kawasan/harta bersama, dan tiada
penduduk boleh mengalih atau merosakkan mana-mana notis dan petunjuk.
UUK EmasVilla 20 of 22
20.8 Peraturan ini akan dikemas kini dari masa ke semasa mengikut keperluan. Sebarang
cadangan penambahbaikan boleh disalurkan dengan menulis surat atau mengisi borang
laporan yang boleh diperolehi di pejabat pengurusan MC. Segala maklumat dan perubahan
akan dipaparkan di papan notis.
20.9 PENAFIAN TANGGUNGJAWAB : Pihak pengurusan, wakilnya, agennya, dan para
pekerjanya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerugian atau kehilangan atau
kecurian atau kerosakan pada harta dan kecederaan atau kematian ke atas seseorang di
kawasan apartmen.
UUK EmasVilla 21 of 22
LAMPIRAN 1
Ringkasan struktur bayaran.
PERKARA KADAR BAYARAN
Caj Penyelenggaraan RM 70.00 sebulan
a) Blok A, B, C, D & E
Caj Sinking fund RM 7.00 sebulan
Premium Insurans Bangunan/Kebakaran Akan ditentukan oleh pihak pengurusan
Denda membuang sampah bukan di rumah sampah atau mengikut tahun semasa.
mengotorkan kawasan bersama
Denda menghalang laluan kecemasan dan harta bersama; RM30.00
Denda merosakkan harta bersama seperti dinding RM50.00
Denda kesalahan meletakkan kenderaan bukan pada
tempatnya RM50.00 dan kos diperlukan untuk
memperbaiki keseluruhan kerosakan.
a) Kereta RM50.00
b) Motosikal RM30.00
Denda merosakkan kapit (clamping) tayar kereta & motor. RM200.00
Denda merosakkan kunci kapit (clamping) tayar kereta dan RM100.00
motor; denda merosakkan alat pemadam api
Sewa bilik mesyuarat komuniti RM30.00 - RM50.00
a) 4 jam dan kurang RM80.00
b) 5 – 8 jam
UUK EmasVilla 22 of 22
PERBADANAN PENGURUSAN EMAS VILLA
Taman Mawar Fasa 1,
Jalan Mawar 2A,
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang, Selangor.
No Tel : 03 – 8706 1948
Whatsapps : 012 – 805 0913
Email : [email protected]