Kandungan Muka
Surat
Bil Isi Kandungan
1
1.0 Pengenalan
2
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu
4
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
5
3.1 Kritikan Sosial 6
3.2 Hiburan 7
3.3 Pendidikan 8
3.4 Dakwah
4.0 Akal budi dan pemikiran masyarakat 9
Melayu dalam Pantun Tradisional
Melayu 16
17
5.0 Penutup
6.0 Rujukan
1.0 Pengenalan
Sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu
bermula dalam bentuk sastera lisan diikuti dengan
sastera yang bercorak tulisan pada zaman Islam.
Sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan
seharian masyarakat Melayu. Shahnon Ahmad (1991)
bahawa sastera adalah hati nurani bangsa dan
lingkungan hidup sesebuah masyarakat terakam di
dalam sasteranya itu Pembacaan hasil sastera akan
memantapkan pemikiran manusia kerana ia sentiasa
memimpin manusia untuk mencapai kemajuan demi
kesempurnaan hidup. Pemikiran dalam karya sastera
ini masih utuh pada zaman sekarang walaupun
sesetengah karya sastera ini sudah lama diwujudkan.
1
2.0 Konsep
Kesusasteraan Melayu
Perkataan ‘kesusasteraan’ berasal daripada
perkataan Sanskrit, iaitu ‘susastera’ yang membawa
maksud huruf atau buku indah. Kata dasar “sas”
bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberikan
petunjuk, manakala “tra” merujuk kepada alat. Sastra
bererti alat untuk mengajar. Awalan “su” pula bererti
baik atau indah. Imbuhan ke- dan an- membawa
maksud yang menyeluruh, iaitu segala yang tetulis,
yang bernilai seni dan estetik serta dengan maksud
memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran.
Maka, secara keseluruhannya, kesusasteraan boleh
dikatakan sebagai hasi seni atau karya tulisan dalam
bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan tertentu.
2
Tokoh juga telah mendefinisikan kesusasteraan
mengikut pandangan masing-masing. Selain itu,
Hashim Awang (1988) mengatakan kesusasteraan itu
adalah ciptaan seni yang disampaikan melalui
bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera
lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Selain
itu, kesusasteraan juga merujuk kepada segala
penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan,
baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui
lisan dan pendengaran (Harun Mat Piah, 2006).
Menurut Ismail Yusoff (2012), kesusasteraan ialah
hasil seni yang diwujudkan dengan bahasa.
3
3.0 Fungsi
Kesusasteraan Melayu
Muhammad Haji Salleh (2000), berpendapat bahawa
peranan dan fungsi sastera zaman tradisional lebih
luas dan pelbagai cabarannya.
4
3.1 Kritikan Sosial
Kritikan sosial adalah salah satu bentuk komunikasi
dalam masyarakat yang bertujuan untuk mengawal
jalan cerita suatu sistem atau proses bermasyarakat.
Dalam kritikan sosial, terdapat tiga perkara yang
diambil kira iaitu penilaian, perbandingan, dan
pengungkapan mengenai suatu masyarakat.
Ketiga-tiga aspek ini berkait rapat dengan nilai-nilai
yang diamalkan ataupun nilai-nilai yang boleh
dijadikan pedoman. Kritikan sosial dalam karya dapat
dijadikan sebagai teguran atau pengajaran kepada
masyarakat.
5
3.2 Hiburan
Pada zaman dahulu, membaca buku-buku syair atau
mendengar orang membaca syair telah menjadi suatu
hiburan kepada nenek moyang kita setelah penat
bekerja. Hal ini kerana pembaca sastera akan
menyajikan bahan bacaan ringan kerana plotnya tidak
kompleks dan temanya adalah biasa sahaja. Konflik
yang timbul tidak memaksa pembaca untuk berfikir
secara mendalam. Selain itu, sastera Melayu
selalunya ada penutup yang memberi kepuasan
kepada pembaca yang mahukan hiburan. Contoh
hasil karya sastera yang menjadi hiburan ramai
adalah seperti Si Luncai. Cerita jenaka tersebut sudah
pasti menimbulkan rasa senang hati dalam kalangan
pembaca.
6
3.3 Pendidikan
Mohamad Mokhtar Hassan (1995), berpendapat
bahawateks atau karya sastera adalah rakaman imaginasi
pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat dan
isian sama ada bersifat keintlektualan mahupun
kerohanian. Maka, di dalam karya sastera terkandung
pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan
agama. Unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan itu
diserap oleh pembaca dan boleh membentuk personaliti
pembaca ke arah kebaikan. Bukan itu sahaja, karya
sastera ini juga memberi pengajaran, nasihat atau
pesanan kepada masyarakat. Fungsi ini menjadikan karya
sastera sebagai satu bahan yang dapat membawa
kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran,
serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap
nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera.
7
3.4 Dakwah
Islam juga menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan.
Ruang dialektika yang terdapat dalam dunia
kesusasteraan, menjadikannya mampu menemukan
warna baru dalam rangka menyampaikan pesan suci
Tuhan yang disebut dengan dakwah. Pertemuan antara
agama Rahmatan Lil Alamin dalam sejarahnya meletakkan
agama sebagai sistem mengatur hubungan manusia
dengan Tuhannya dan sosial mengatur hubungan antara
manusia dengan lingkungan sekitar masih tetap berjalan
sampai sekarang. Fungsi kesusasteraan Melayu dalam
dakwah dapat menyembunyikan pesan-pesan yang
hendak dikomunikasikan kepada khalayak pembacanya,
melalui aneka bentuk dan ragam estetika, metafora,
simbol-simbol, subjek dan objek yang dada dalam
kehidupan.
8
4.0 Akal Budi dan Pemikiran
Masyarakat Melayu dalam
Pantun Tradisional Melayu
Sastera dikatakan berjaya menjadi teras
pembentukan sahsiah dan jati diri bangsa dan negara
(Shamsudin Othman, 2006). Hal ini telah jelas
menunjukkan karya sastera benar-benar membawa
sesuatu pengajaran atau pemikiran yang sepetutnya
diaplikasikan dalam kehidupan seharian manusia.
Menurut Zaitul Azma et. al (2011), akal budi
merupakan satu konseptual yang dimasukkan dalam
simpulan bahasa Melayu yang diertikan sebagai
fikiran yang sihat membawa kepada kebersihan
fizikal, mental, kesederhanaan, bijaksana dan
rasional.
9
10
Penulis telah mengibaratkan seseorang individu yang
berilmu itu sebagai resmi padi, semakin banyak,
semakin berisi, semakin tunduk ke bumi, semakin
merendah diri. Maka, maksud yang disampaikan oleh
penulis dalam pantun ini ialah jika seseorang individu
itu semakin berilmu atau semakin tinggi pangkatnya,
maka individu tersebut perlulah semakin
merendahkan diri dan tidak sombong. Orang yang
berilmu, semakin tinggi ilmunya, semakin rendah
dirinya di sisi Tuhan. Semakin tinggi ilmunya, semakin
tahu dan berilmu dia bahawa pada hakikatnya masih
rendah ilmunya disisi Tuhannya.
11
12
Pantun kedua dipetik daripada antologi Baik Budi,
lndah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn.
Bhd. Maksud yang dibawa melalui pantun ini ialah
orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala
martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur
kata. Amanat pantun tersebut adalah kita harus
menjaga perilaku dan ucapan agar dihargai oleh
orang lain. Orang yang berderajat atau berwibawa
adalah dilihat dari tutur bahasanya dan sopan
santunnya. pantun ini adalah pantun nasihat yang
menasihatkan warga negara agar memiliki sikap
berbudi pekerti, dan menghargai serta menjunjung
tinggi bahasa persatuan kita, iaitu bahasa Malaysia.
13
14
Pembayang dalam rangkap pantun ini bermaksud jika
kita memburu di padang yang datar tidak mahu masuk
ke hutan belantara, maka yang dapat hanyalah
belalang. Sebenarnya, rangkap pantun ini memberi
peringatan bahawa jika seseorang menuntut ilmu
daripada sumber yang terhad, maka pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh juga amat terhad. Selain
itu, penulis juga telah menekankan jika kita menuntut
ilmu dengan sikap sambil lewa, maka kita akan
menjadi seperti bunga yang tidak jadi kembangnya,
atau tidak sempurna kembangnya. Maka, pantun ini
mengandung nasihat agar selalu
bersungguh-sungguh dan tidak boleh melakukan
sesuatu setengah-setengah dalam menuntut ilmu
agar mendapat hasil yang baik.
15
5.0 Penutup
Kesusasteraan Melayu dalam masyarakat Melayu
lama wujud bersama-sama bangsa Melayu itu sendiri.
Mohamad Saleeh Rahamad (2011) menjelaskan
bahawa sastera sentiasa berfikir tentang cara untuk
memberikan kebahagiaan kepada semua insan di
muka bumi ini. Melalui cerita-cerita sedemikian, kita
melihat kesinambungan budaya masa lalu dengan
masa kini. Perkembangan budaya tahap demi tahap
dapat membentuk peradaban atau tamadun manusia
dari satu zaman ke satu zaman yang lainnya. Maka,
diharapkan amalan pembacaan hasil sastera tidak
akan pupus ditelan zaman.
16
6.0 Rujukan
Harun Mat Piah. (2006). Kesusasteraan Melayu tradisional. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Hashim Awang. (1988). Kritikan kesusasteraan: Teori dan penulisan. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Mokhtar Hassan. (1995). Sejarah kritikan Melayu moden. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Saleeh Rahamad, S. M. Zakir & Shamsudin Othman. (2006).
Persuratan dan Peradaban Nasional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Haji Salleh. (2000). Puitika sastera Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Shahnon Ahmad. (1991). Sastera sebagai seimograf kehidupan. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Shamsudin Othman. (2006). Sastera dan masyarakat: Analisis fenomenologi
Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yusoff, Ismail. (2008). Kesusasteraan Melayu lama dan baru. Penerbit Universiti
Utara Malaysia.
Zaitul Azma & Ahmad Fuad. (2011). Peribahasa Melayu penelitian makna
dan nilai. Universiti Putra Malaysia.
17