Erti SebuahPerpaduanAnis Ismahani binti Zulkifli
Watak dalamcerpenECAH Amanda LISA MASYARAKAT MAJMUK MEI LIN ZHE QING SIVA MAK TIMAH SAIFUL ASKAR JEPUN
Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan. Pelbagai aktivti diadakan bagi memeriahkan lagi bulan yang begitu bermakna ini. Pada bulan ini jugalah kita dapat melihat jalan raya, rumah dan bangunan dihiasi dengan bendera yang menarik serta berwarna-warni. Semangat perpaduan dapat dilihat apabila semua masyarakat berbilang kaum saling membantu bagai aur dengan tebing bagi memeriahkan lagi suasana untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.
Namun, seperti tahun-tahun yang sebelumnya aku, Lisa dan Amanda akan merosakkan semua. Kenapa? Aku pun tidak tahu. Bagi kami, ia menyeronokkan dan tiada apa-apa makna. "Manda, cepatlah cabut bendera tu. Jangan takut, aku tengoktengokkan kalau ada orang datang," kata aku pada Amanda. Amanda Ecah
"Cah, Lisa tengok ni!" jerit Amanda sambil melompat-lompat di atas kerusi dengan wajahnya ditutupi bendera Malaysia. "Lari... Lari... Aku hantu Jepun," kata Amanda lagi sambil membuat gaya seperti hantu. Lisa
Ketawa kami pun berderai. Begitulah rutin kami dalam dua minggu ini. Perbuatan kami bagai kera mendapat bunga. Sedang guru dan pelajar sekolah kami sibuk menghias bangunan sekolah, kami yang akan merosakkannya.
Sementara menunggu loceng sekolah berbunyi aku, Lisa dan Amanda mencari mangsa buli untuk menghilangkan rasa bosan. “Oi, amoi! tengah buat apa tu... mari sini aku tolong,” kata Amanda sambil menendang sampah yang telah dikumpulkan oleh Zhe Qing. “Hei, kamu ini kenapa ha? Selalu kacau dia, saya lapor pada cikgu nanti baru kamu tau.” Kata Mei Lin sambil mempertahankan rakannya.
“Nak bagitahu cikgu ? HAHAHA ada aku kisah! ambil ni! kata Ecah sambil membaling botol kepada mereka. “Kringgggg” loceng sekolah berbunyi menandakan tamat sesi persekolahan pada hari tersebut. Aku, Lisa dan Amanda segera melarikan diri sambil ketawa selepas membuli dua orang murid Cina tahun 2.
Keesokkan harinya, seperti biasa aku, Lisa dan Amanda akan mengadakan rancangan untuk mengganggu orang lain. “Nak tahu tak, semalam aku sorok sajak Si Siva untuk kelas Sejarah. Dia kan nak menang sajak merdeka terbaik tahun ni. Tengoklah dia nak menang macam mana tanpa skrip sajak tu," kataku. “Alah...lagipun, Si Siva tu mana tahu bersajak, dia kan India tahu cakap tamil saja. Muka dia pun bukan orang pandang pon,” kata Lisa sambil menjelingkan mata. Lantas, kami sekawan ketawa terbahak-bahak tanpa menghiraukan Siva yang mendengar di sebalik tembok. Siva pun pergi dengan perasaan yang sedih bagai kaca terhempas ke batu.
Setibanya hari pertandingan sajak, semua warga sekolah amat teruja ingin mendengar deklamasi sajak. Pengerusi majlis memulakan acara dengan kata aluannya dan diikuti pula ucapan daripada guru besar sekolah. Siva mula berasa gelisah apabila semua peserta diarahkan bersedia menunggu giliran masing-masing. Walau bagaimanapun, dia cuba untuk kelihatan tenang. Ibunya hanya memerhatikan tindak-tanduk Siva. Dia berasa bersyukur kerana anaknya berani menyertai pertandingan itu.
Aku berbisik pada Siva “Kau jangan harap kau boleh menang pertandingan sajak ni. Aku akan pastikan kau kalah!” kataku pada Siva sementera menunggu giliran.
Pelbagai ragam peserta dapat dilihat sepanjang pertandingan itu berlangsung. Aku adalah salah seorang peserta yang berjaya membuatkan para penonton terpukau dengan persembahanku. Siva pula mula berasa gelisah seperti cacing kepanasan. Pada mulanya, suara Siva kedengaran perlahan sahaja ketika mendeklamasikan sajak. Namun, dia teringat akan pesanan ibunya. Siva mula mendeklamasikan sajak yang bertajuk Perpaduan Berdarah dengan penuh bersemangat.
Tanggal 13 Mei 1969 Rusuhan kaum sebuah malapetaka Yang mengemparkan dunia komuniti Yang memusnahkan identiti negara Yang merobek jiwa-jiwa manusia Jangan sesekali kita lupa akan sejarah hitam yang meragut ribuan nyawa Seribu satu kemudahan habis dilenyapkan Sehingga manusia kehilangan tempat berlindung Wahai pewaris negara berdaulat Kukuhkanlah perpaduan tanpa mengira kaum Laksana ikatan keakraban persaudaraan Kita adalah insan gagasan Corakkanlah hidupmu dengan semangat perpaduan Corakkanlah hidupmu dengan semangat kemerdekaan Agar negara terus terpelihara Peliharalah berhidup bermasyarakat Usah kau gadai titik peluh perjuangan kemerdekaan Jangan kau lupa erti sebenar kemerdekaan dan perpaduan Sehingga kau leka dengan permintaan asing Cekalkan hatimu wahai sang pejuang perpaduan Melahirkan insan integriti bangsa Demi negara Malaysia tercinta.
Sajak yang dideklamasikan oleh Siva sangat bermakna. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi bukti bahawa negara kita pernah melalui zaman rusuhan kaum. Peristiwa yang berlaku di Kuala Lumpur itu sangat menakutkan. Jumlah kematian tidak rasmi adalah seramai 431 orang yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India. Insiden ini memberi pengajaran betapa pentingnya sikap tolak ansur dalam hidup bermasyarakat. Rakan-rakannya memberi tepukan yang gemuruh sebaik sahaja Siva selesai mendeklamasikan sajak. Namun, aku, Lisa dan Amanda berasa berada di dunia sendiri tanpa mendengarkan sajak yang disampaikan oleh Siva. Hanya gelak, tawa dan ejekan memenuhi suasana.
"Kau tengoklah tu Si Siva, dia ingat semua orang dengar ke apa dia cakap..." belum sempat Amanda menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba kami disapa oleh satu suara. "Tak baik anak-anak buat begini. Inikah cara kamu membalas jasa baik pejuang kemerdekaan kita yang telah memperjuangkan nyawa demi menyatukan perpaduan kaum. Tak baik menghina kaum lain."
Muncul seorang wanita tua dari belakang stor sekolah. Mak Timah rupanya. Dia merupakan tukang cuci sekolah. Setahu aku, dia dah lama berhenti kerja. Tetapi hari ini ada pula dia di sekolah. "Mari Mak Timah nak tunjukkan kamu sesuatu." Mahu tak mahu kami turuti Mak Timah ke sebuah bilik usang di belakang sekolah.
"Masuklah," arah MakTimah. Bilik itu sudah lama ditinggalkan. Terdapat sarang labahlabah merentang di sini sana. Di satu penjuru bilik, terdapat sebuah cermin besar yang ditutupi kain. "Makcik nak kamu lihat cermin ini baik-baik. Cepat!" kata Mak Timah dengan nada agak keras kali ini.
Kami bertiga melihat cermin berkenaan. Tiada apa- apa kecuali wajah kami bertiga. Namun, tiba-tiba satu cahaya terang muncul dari dalam cermin. "Ecah tunduk, atas kepala kau!" jeritku setelah menyedari kapal terbang perang melalui kepala kami. "Kita di mana ni Sa, Manda ? Aku nak balik! Buatlah sesuatu!" "Aku tak tahu. Cuba tengok tu. Ada askar Jepun sedang menuju ke arah kita. Kita sembunyi dulu baru kita fikirkan nanti. Cepat sembunyi di belakang batu besar tu," arahku kepada Ecah dan Amanda.
Di sebalik batu, kami melihat sekumpulan orang Cina mengikat tangan dua orang masyarakat Melayu. Mereka dipukul dan ditendang tanpa aku tahu sebabnya. Ada yang dibunuh apabila melawan. Ada yang bersubahat dengan askar komunis bagi memenuhi kepentingan diri. Rusuhan kaum yang berlaku telah meragut nyawa dan harta benda. Oh Tuhan, sungguh menakutkan dan sedih keadaan yang aku saksikan itu. Bangsaku berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri. Amanda memejamkan mata. Tidak sanggup lagi melihat kekejaman itu.
Di hujung kampung, kami terdengar suara wanita dan kanak-kanak menangis. Rumah dibakar dan banyak lagi kejadian yang sukar aku gambarkan. Di manakah aku? Adakah aku benar-benar berada di zaman perpecahan kaum ? Kalau beginilah kehidupan masyarakat sebelum ini, aku benar-benar bodoh kerana tidak bersyukur selama ini.
"Sa, askar tu nampak kita. Macam mana Sa?" tiga orang askar Jepun meluru ke arah kami. Di tangan mereka terdapat senapang dan pedang. Semuanya berwajah bengis dan kami tidak mampu berbuat apa-apa lagi. "Tidak!!!" suara aku, Lisa dan Amanda bergema. Kami terjelepok di dalam stor sekolah. Dalam ketakutan kami menangis semahu-mahunya. Masa yang terlalu singkat itu kami rasakan begitu lama. Kejadian yang sedikit itu kami rasa seperti mencabut nyawa. Jika kami tidak sanggup melihat, bagaimana pula mereka yang merasa.
"Buat apa dalam ni?" tanya Saiful ketua pengawas sekolah. "Kami dengan Mak Timah. Kau nampak dia?" tanyaku. "Mak Timah dah meninggal dunia tiga minggu lalu. Takkan kamu tak tahu? Yalah, kamu kan tak pernah ambil tahu hal orang lain asyik nak menghina orang saja. Dah keluar!" Kami pulang ke rumah dengan seribu tanda tanya tentang perkara yang berlaku. Timbul kesedaran dan keinsafan di hati kami.
Dahulu aku sering tertanya-tanya, besar sarigatkah erti perpaduan ? Jawapan sebenar bukan besar atau kecil. Jawapannya juga bukan boleh diketahui daripada sesiapa. Jawapan itu ada dalam diri kita. Hari ini aku tersedar daripada kesilapan. Terima kasih Mak Timah kerana menyedarkanku. Terima kasih pemimpin negara kerana jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan perpaduan masyarakat berbilang kaum. Aku menyesal. Rupa-rupanya, sajak yang dideklamasikan oleh Siva benar-benar berlaku.
Aku akan elakkan diri daripada menimbulkan pergaduhan bagi mewujudkan suasana yang harmoni. Perbuatan kami ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang tanpa berfikir panjang akan menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya. Kami bertiga lantas sebak dengan kejadian rusuhan yang berlaku tadi dan berharap ia nya adalah mimpi sematamata. "Lisa, Manda jom kita minta maaf pada Siva, Zhe Qing dan Mei Lin. Aku takut kejadian tadi berulang kembali," kataku kepada Lisa dan Amanda. "Jomlah, aku taknak menjadi penyebab perpecahan kaum," kata Amanda dengan penuh penyesalan.
Kita mestilah menghormati orang lain dan menggunakan bahasa yang sopan ketika berkomunikasi. Kita mestilah menghargai perbezaan dengan tidak menghina kaum lain. Kita perlulah menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini. PENGAJARAN
Abdul Rahman Ibrahim. (2018). 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Aishah Abdul Malek & Mohd Nazri Abdul Rahman. (2019). Pendekatan bercerita berasaskan kurikulum berkepelbagaian budaya untuk pembelajaran literasi kanak-kanak. Jurnal Kurikulum & Asia Pasifik, 7(3), Diperoleh daripada file:///C:/Users/User/Downloads/39915.pdf. Arifuddin Sani. (2020). 5 Panduan merangka watak berkesan dalam cerita kanak-kanak. MA Terbit Sdn. Bhd. BERNAMA. (2024, Mac 2). Peristiwa 13 Mei: Pengajaran perlunya masyarakat bersatu padu. Sinar Harian: Diperoleh daripada https://www.sinarharian.com.my/article/27800/ berita/nasional/peristiwa-13-mei-pengajaran-perlunya- masyarakat-bersatu-padu. Rafidah Muhammad Afenddi. (2013). Unsur fantasi sebagai medium pengajaran dalam sastera kanak-kanak. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu, 1(3), 210-227. Rahayu Akhesah, Mohd Rosli Saludin & Ghazali Din. (2017). Unsur Estetika dalam Sajak karya Rahman Shaari. Jurnal Peradaban Melayu,1(12), 18-27, Diperoleh daripada file:///C:/Users/User/Downloads/azhar,+3+. +AESTHETICAL+ELEMENTS+IN+POEMS +OF+RAHMAN+SHAARI+(18+-+27).pdf. RUJUKAN
Cerpen ini disajikan dengan tema perpaduan yang turut diselitkan dengan nilai hormat-menghormati, sopan santun dan peraudaraan. Banyak sekali pengajaran yang boleh diambil dalam cerpen ini. Sebagaimana yang adik-adik tahu, membaca itu adalah salah satu cabang ilmu dan menambah pengetahuan. Kalau malas, mahukah adik-adik membaca ? Sudah tentu jawapannya tidak, kan? Imam Al-Ghazali berkata “Rajin adalah penawar yang paling mujarab, sedang malas adalah racun yang sangat berbisa” Kata madah pujangga pula, orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah. Buat adik-adik, selamat membaca!
Erti SebuahPerpaduan