The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F2-NURLINA NATASYA BINTI ISMAIL-TUGASAN 3 LINGUISTIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Lina Natasya, 2020-11-03 18:48:07

F2-NURLINA NATASYA BINTI ISMAIL-TUGASAN 3 LINGUISTIK

F2-NURLINA NATASYA BINTI ISMAIL-TUGASAN 3 LINGUISTIK

F2

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU
BMMB 3023

Disediakan Oleh

Nama: NURLINA NATASYA BINTI ISMAIL
No. Kad Pengenalan: 010528-02-0448
2020192340029
Angka Giliran:
Kumpulan/ Unit PISMP F2
Nama Pensyarah: DR NORHAYATI BINTI MD YATIM
Tajuk Tugasan Projek: TUGASAN 3: ANALISIS RAJAH POHON BAGI
Tarikh Penyerahan: AYAT TUNGGAL & AYAT MAJMUK

3 NOVEMBER 2020

Tarikh Menerima Maklum Tarikh:
Balas Daripada Pensyarah

Kandungan Perkara Halaman
Bilangan
1
1. Penghargaan 2
2. Pengenalan 3-7
3. Analisis Rajah Pohon - Ayat Tunggal 8
4. Analisis Rajah Pohon – Ayat Majmuk Gabungan 9-10
5. Analisis Rajah Pohon- Ayat Majmuk Pancangan 10
6. Analisis Rajah Pohon – Ayat Majmuk Campuran 11
7. Analisis Rajah Pohon – Ayat Majmuk Pasif 12
6. Kesimpulan 13
7. Rujukan

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim.
Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,

nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan terutamanya kepada
pensyarah kursus Linguistik Terapan Bahasa Melayu, Dr. Norhayati binti Md. Yatim yang
memberikan tunjuk ajar serta kaedah yang boleh diguna pakai bagi menyiapkan tugasan kerja
kursus yang diberikan. Saya, Nurlina Natasya binti Ismail berasa sangat bersyukur kerana
dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan mengikut tunjuk ajar yang telah
diberikan serta dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
telah memberikan segala pemudahcara serta sokongan moral supaya saya dapat
menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sukses. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
yang sering membantu terutamanya dari segi pencarian maklumat melalui pelbagai sumber
dan berkongsi bersama-sama.

Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak sepanjang saya menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan
dengan jayanya.

1

Pengenalan
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), ayat tunggal dan ayat dasar didefinisikan sebagai ayat
yang sama dan dibentuk berdasarkan bilangan subjek dan predikat. Secara umumnya, ayat
tunggal ialah ayat yang mempunyai ciri yang sama dengan ayat dasar, iaitu mempunyai
elemen klausa yang dihadiri dengan satu subjek dan satu predikat. Menurut Asmah Haji Omar
(1973:58), ayat majmuk ialah klausa kompleks yang dibahagikan kepada dua iaitu klausa
kompleks setara dan klausa kompleks tak setara. Ayat majmuk juga terbahagi kepada tiga
iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk keterangan.

Berdasarkan ayat-ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu ini, terdapat juga lakaran
yang dibuat bagi mewakili binaan ayat tersebut. Lakaran ini juga disebut sebagai rajah pohon
yang digunakan untuk menganalisis setiap jenis kata dan golongan kata yang terdapat dalam
sesebuah binaan ayat. Menerusi kerja kursus ini, lakaran rajah pohon dibuat berdasarkan
beberapa jenis ayat mengikut kategori masing-masing serta dianalisis secara keseluruhan.

2

Analisis Rajah Pohon
Ayat Tunggal
Dia permainkan kau.

A

SP

FN FK

KN KK KN

Dia permainkan kau
Rajah Pohon 1

Berdasarkan rajah pohon 1 di atas, ayat tersebut dikategorikan sebagai ayat tunggal kerana
terdiri daripada satu subjek dan predikat. Pola bagi ayat ini ialah FN + FK. Subjek atau
bahagian ayat yang diterangkan bagi ayat ini ialah ‘dia’ iaitu merupakan frasa nama dan
tergolong sebagai kata tunggal. Frasa nama ini tergolong dalam kata ganti nama diri yang
kedua iaitu merupakan panggilan kepada seseorang. Bahagian predikat bagi ayat ini pula
ialah ‘permainkan kau’. Terdapat dua jenis kata yang terkandung pada bahagian predikat ini
iaitu kata kerja dan kata nama. Perkataan ‘permainkan’ merupakan salah satu daripada
perbuatan dan diklasifikasikan sebagai kata kerja. Perkataan ‘kau’ pula merupakan kata nama
dan tergolong sebagai kata ganti nama diri yang kedua. Situasi ayat ini menunjukkan tentang
perbuatan yang dilakukan oleh ganti nama diri orang ketiga kepada ganti nama diri orang
kedua. Ayat tunggal ini dikategorikan sebagai ayat penyata dan merupakan kata kerja tak
transitif kerana tidak wujud sebarang objek pada ayat.

3

Aku adalah kucing besar hutan ini.

A

SP

FN FN FA FN FN

K Kata Pemeri KN KA KN KGN

Aku adalah kucing besar hutan ini

Rajah Pohon 2

Rajah pohon 2 yang dinyatakan di atas juga merupakan struktur rajah pohon bagi ayat tunggal
dan dikelaskan sebagai ayat penyata. Pola bagi ayat ini ialah FN + FN. Subjek bagi ayat ini
merupakan frasa nama yang merupakan kata ganti nama diri yang pertama iaitu ‘aku’ dan
gelaran yang digunakan untuk mengelar diri sendiri. Kewujudan perkataan ‘adalah’ iaitu kata
pemeri menunjukkan bahawa terdapat percantuman dua perkara dalam ayat ini iaitu bahagian
subjek digabungkan dengan bahagian predikat. Kata pemeri ‘adalah’ juga berperanan
sebagai memberikan penerangan dan tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Perkataan ‘besar’
iaitu merupakan kata adjektif bagi ukuran juga digunakan untuk memberitahu sifat bagi kucing
yang besar. Kata adjektif yang wujud ini juga berfungsi sebagai penerang frasa nama.
Seterusnya ialah kata nama iaitu ‘hutan’ yang berfungsi untuk menerangkan bahawa kucing
besar tersebut berada dalam hutan. Akhir sekali, penggunaan ‘ini’ yang merupakan kata ganti
nama tunjuk yang bertujuan untuk menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Dalam
konteks ayat ini, ‘ini’ bertujuan untuk menerangkan bahawa hutan yang dimaksudkan ialah
hutan yang berdekatan dengan subjek yang terdapat dalam ayat iaitu ‘aku’.

4

Aku tolong kau.

A

SP

FN FK

KN KK KN

Aku tolong kau

Rajah Pohon 3

Berdasarkan rajah pohon 3 di atas, ayat tunggal ini merupakan ayat tunggal yang ringkas.
Pola bagi ayat ini ialah FN + FK. Subjek bagi ayat ini merupakan kata ganti nama diri yang
pertama iaitu ‘aku’. Bahagian predikat pula wujud dua jenis frasa iaitu frasa kerja dan frasa
nama. Kata kerja yang terdapat dalam ayat ini ialah ‘tolong’ iaitu merupakan kata tunggal.
Kata kerja ini juga tidak memerlukan sebarang imbuhan tambahan pada perkataannya kerana
sudah membawa maksud yang lengkap pada ayat tersebut. Kata nama yang terdapat pada
akhir ayat ialah kata ganti nama diri yang kedua yang berfungsi untuk memberitahu kepada
siapakah ayat tersebut hendak ditujukan atau dinyatakan. Secara keseluruhannya, ayat
tunggal ini dikelaskan sebagai jenis ayat dalam ayat perintah dan terdiri daripada kata kerja
tak transtitif kerana tidak wujud objek pada ayat tersebut.

5

Gua itu adalah tempat tinggal aku!

A

SP

FN FN

KN KGN Kata Pemeri KN KGN

Gua itu adalah tempat aku

tinggal

Rajah Pohon 4

Berdasarkan rajah pohon 4, pada bahagian subjek ayat terbahagi kepada dua jenis kata iaitu
kata nama dan kata ganti nama tunjuk. Pola bagi ayat ini ialah FN + FN. Subjek kata nama
bagi ayat ini ialah ‘gua’ yang dikelaskan sebagai kata nama bagi benda dan diikuti dengan
kata ganti nama tunjuk ‘itu’. Penggunaan ‘itu’ merujuk kepada perkara atau benda yang jauh.
Seterusnya, ayat ini juga dibahagikan subjek dan predikatnya dengan kewujudan kata pemeri
di tengah-tengah ayat tersebut. Penggunaan ‘adalah’ yang merupakan kata pemeri bertujuan
untuk menghubungkan subjek ayat dan predikat ayat dengan memberi huraian lanjut
berkenaan subjek yang disebut sebelum itu. ‘Adalah’ juga berfungsi untuk memberikan
penerangan iaitu pada predikat ayat.

Pada bahagian predikat ayat pula terdapat dua jenis kata yang wujud iaitu kata nama
dan kata ganti nama diri yang juga tergolong dalam konteks frasa nama. Kata nama tersebut
ialah tempat tinggal yang diklasifikasikan sebagai kata nama am bagi tempat. Seterusnya,
diikuti pula dengan kata ganti nama diri yang pertama iaitu ‘aku’ yang diletakkan selepas kata
nama. Secara keseluruhannya, ayat tunggal ini dikelaskan sebagai ayat seruan kerana wujud
tanda seru pada akhir ayat. Sebutan dan nada bagi ayat ini juga hendaklah disebut dengan
nada yang tinggi supaya maksud yang disampaikan mudah untuk difahami.

6

Kau jangan buang masa aku.

A

SP

FN FK FN

KN Kata Larangan KK KN KGN

Kau jangan buang masa aku

Rajah Pohon 5

Rajah pohon 5 di atas menunjukkan analisis bagi ayat tunggal. Pada bahagian subjek terdapat
frasa nama iaitu kata ganti nama diri yang kedua digunakan iaitu ‘kau’. Pola bagi ayat ini ialah
FN + FK. Pada bahagian yang membahagikan antara subjek dan predikat pula terdapat kata
larangan yang wujud iaitu ‘jangan’. Selain disebut sebagai kata larangan, ‘jangan’ juga
diklasifikasikan sebagai kata perintah.

Pada bahagian predikat pula terbahagi kepada dua jenis frasa yang terdiri daripada
frasa kerja dan frasa nama. Kata kerja yang digunakan dalam ayat ini ialah kata kerja transitif
iaitu ‘buang’ kerana wujud objek selepas kata kerja tersebut iaitu ‘masa’. Kata kerja ini juga
tidak memerlukan sebarang imbuhan kerana sudah memberikan maksud yang jelas. Objek
bagi ayat ini pula merupakan objek abstrak iaitu objek yang tidak berupa bahan konkrit. Objek
ini dikelaskan sebagai kata nama iaitu kata nama am yang membentuk kata tunggal. Bahagian
predikat yang terakhir bagi ayat ini ialah penggunaan kata ganti nama diri yang pertama iaitu
penggunaan ‘aku’ yang menunjukkan maksud penutur terhadap dirinya. Secara
keseluruhannya, ayat ini memberikan maksud terhadap sesuatu larangan yang dibuat apabila
wujudnya unsur larangan dalam ayat tersebut.

7

Ayat Majmuk Gabungan
Dia tinggal di sebuah rumah kecil dan memiliki sebidang tanah yang kecil.

A1

K1 KH K2

SP SP

FN FK FN FK

KN KK FSN Penj.Bil KN KA KN KK Penj.Bil KN KH KA

Dia tinggal di sebuah rumah kecil dan Dia memiliki sebidang tanah yang kecil
Rajah Pohon 6

Rajah pohon di atas mewakili satu ayat majmuk iaitu ayat majmuk gabungan. Pola bagi ayat
ini ialah FN + FK. Ayat ini dikatakan gabungan kerana menggunakan kata hubung ‘dan’ bagi
mencantumkan kedua-dua ayat yang berbeza. Ayat yang pertama terdiri daripada satu ayat
tunggal yang mempunyai keempat-empat jenis kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif,
kata sendi nama dan diikuti dengan penjodoh bilangan iaitu ‘sebuah’.

Penggabungan kedua-dua ayat ini tidak mengambil kira setiap aspek perkataan yang
terdapat dalam ayat. Hal ini dapat dibuktikan apabila ‘kecil’ turut digunakan sebanyak dua kali
kerana membawa maksud yang berbeza bagi kedua-dua ayat serta memerlukan setiap satu
bagi objek yang dimaksudkan. Hanya subjek yang digugurkan sekali menjadi satu sahaja
apabila dicantumkan iaitu ‘dia’. Ayat yang terbentuk pada akhirnya ialah ‘Dia tinggal di sebuah
rumah kecil dan memiliki sebidang tanah yang kecil’. Ayat ini juga dikelaskan sebagai ayat
penyata kerana bertujuan untuk menyatakan sesuatu hal.

8

Ayat Majmuk Pancangan
Balau seekor kerbau yang tidak cerewet dan lurus.

A

SP

FN FRelatif FA

KN Penj.Bil KN KH KN KA KH KA

Balau seekor kerbau yang tidak cerewet dan lurus

Rajah Pohon 7
Dia tahu bahawa sudah tiba masanya untuk melepaskan Balau

A

SP

FN FKomplemen FK

KN KK KH KS KK KN KGN KH KK KN

Dia tahu bahawa sudah tiba masa nya untuk Balau
melepaskan

Rajah Pohon 8

Rajah-rajah pohon di atas merupakan perwakilan bagi ayat majmuk pancangan. Pola bagi
ayat ini ialah FN + FK. Ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga
iaitu ayat majmuk pancangan relatif, pancangan komplemen dan pancangan keterangan.
Contoh ayat yang diberikan di atas ialah ayat majmuk pancangan relatif dan komplemen.

Pada rajah pohon 7 menunjukkan penggunaan frasa relatif iaitu ‘yang’ berfungsi untuk
dipancangkan pada ayat tersebut. Ayat kecil juga disambungkan dengan ayat yang lebih
panjang bagi membentuk satu ayat yang lengkap.

9

Pada ayat juga jelas menunjukkan bahagian yang berlaku pemancangan pada ayat
yang menggunakan kata hubung ‘yang’. Pada rajah pohon 8 pula ialah ayat majmuk
pancangan komplemen iaitu apabila hadirnya kata hubung ‘bahawa’ pada ayat yang dibina.
Ayat ini ialah apabila ayat utama dipancangkan dengan ayat kecil dan seterusnya membentuk
komplemen kepada ayat utama. Penggunaan kata hubung ‘bahawa’ yang dipancangkan di
tengah-tengah ayat berfungsi sebagai pelengkap bagi maksud ayat itu.

Ayat Majmuk Campuran
Balau selalu bersiar-siar sekeliling kampung dan pulang ke rumah pada waktu petang.

A1

K1 KH K2

SP S P

FN FK FN FK

KN Pen KK KArah KN KN KK KS KN KH KN KN

Balau selalu bersiar sekeliling kampung dan dia pulang ke rumah pada waktu petang
-siar
Rajah Pohon 9

Ayat majmuk campuran yang dipilih ialah ayat yang terdiri daripada pelbagai bentuk jenis ayat.
Pola bagi ayat ini ialah FN + FK. Ayat ini juga dicampurkan dengan satu jenis ayat majmuk
dengan ayat majmuk yang lain. Berdasarkan rajah pohon 9, terdapat banyak kata hubung
yang dibahagikan dan wujud dalam ayat yang sama. Ayat-ayat ini boleh dipecahkan kepada
bentuk yang lebih kecil serta boleh membawa maksud yang tersendiri. Ayat ini juga
dipecahkan dengan menggunakan kata hubung ‘dan’ di tengah-tengahnya. Setiap bahagian
ini juga boleh dipisahkan dan membentuk ayat tunggal lain. Ayat yang boleh dibentuk ialah
‘Balau selalu bersiar-siar di sekeliling kampung’ dan ‘Dia pulang ke rumah pada waktu petang’.
Kedua-dua ayat ini dapat berdiri dengan sendiri dan sekiranya dipecahkan kepada bentuk
yang lebih kecil dapat membentuk beberapa ayat tunggal yang lain.

10

Ayat Majmuk Pasif
Kedua-dua mereka lari dalam ketakutan dan musang berada dalam kesakitan kerana ditarik
kuat dengan tali yang dilarikan oleh harimau.

A1

K1 KH K2

SP S P

FN FK FN FK

Bil KN KK KS KA KN KN KS KA

Kedua mereka lari dalam ketakutan dan musang berada dalam kesakitan
-dua Rajah Pohon 10

A2

K1 KH K2

S PS P

FN FK FN FK

KN KN KS KA KN KK KA KH KN KH KK KS KN

Musang berada dalam kesakitan kerana dia ditarik kuat dengan tali yang oleh harimau
dilarikan

Rajah Pohon 10.1

11

Rajah-rajah pohon ini menjelaskan satu ayat majmuk pasif serta boleh dibahagikan kepada
beberapa bentuk. Pola bagi ayat ini ialah FN + FK. Bahagian yang dipasifkan bagi ayat ini
ialah pada predikat dalam rajah pohon 10.1. Perkataan ‘dilarikan’ merupakan antara bukti
bahawa wujudnya penggunaan ayat majmuk pasif dalam ayat ini. Penggunaan ayat pasif
yang betul ialah apabila wujud ‘oleh’ selepas kata kerja yang ditambahkan imbuhan di-kan
bagi kata ganti nama diri kedua dan ketiga. Bahagian pertama pada ayat merupakan ayat aktif
manakala ayat kedua merupakan bentuk pasif kerana subjek diletakkan di hujung ayat.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, ayat-ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat dianalisis
setiap bentuk katanya menggunakan rajah pohon dan dapat difahami dengan lebih jelas
strukturnya. Melalui cara ini juga, kita dapat mengenalpasti setiap perkataan yang wujud dan
dapat mengklasifikasikan setiap satunya dalam kategori masing-masing.

Penggunaan rajah pohon ini juga dapat diaplikasikan dalam apa jua pengajaran
kerana sememangnya memudahkan dan memberikan banyak manfaat kepada sesiapa yang
mempelajarinya. Guru dapat mempraktikkannya dalam kelas dan sebarang bentuk
persembahan supaya dapat memberikan penerangan yang lebih jelas kepada para pelajar.

12

Rujukan
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob & Zulkifli Osman. (2006).

Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. PTS Professional.
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Kemas Kini. PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk: Sintaksis. Diambil daripada

http://monalitamansor.blogspot.com/2013/10/ayat-tunggal-dan-ayat-majmuk-sintaksis.html
Analisis Ayat Menggunakan Rajah Pohon. Diambil daripada
https://www.slideshare.net/hasila300978/analisis-ayat-menggunakan-rajah-pohon-57632174
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2015).

Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sintaksis: Analisis Rajah Pohon. Diambil daripada

https://www.academia.edu/32532123/SINTAKSIS_ANALISIS_RAJAH_POHON

Penyemak: Nurul Aainaa binti Mat Sahidan
Kelas: PISMP F2

13


Click to View FlipBook Version