INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
EDUP3023
NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
NURLINA NATASYA BINTI ISMAIL
ANGKA GILIRAN 2020192340029
NOMBOR KAD PENGENALAN 010528020448
KUMPULAN PISMP F2
KOD/NAMA KURSUS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
NAMA PENSYARAH (EDUP3023)
TARIKH HANTAR
MADAM MAGESWARI A/P MARIE
4 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA
PENSYARAH
Kandungan Perkara Halaman
Bilangan
1
1. Penghargaan 2
2. Pengenalan 3-6
3. Kepentingan Menguasai Teori Perkembangan Kognitif
6
Kanak-kanak kepada Guru 7
4. Kesimpulan
5. Rujukan
Penghargaan
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan terutamanya kepada
pensyarah kursus Perkembangan Kanak-Kanak, Madam Mageswari A/P Marie yang
memberikan tunjuk ajar serta kaedah yang boleh diguna pakai bagi menyiapkan tugasan kerja
kursus yang diberikan. Saya, Nurlina Natasya binti Ismail berasa sangat bersyukur kerana
dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan mengikut tunjuk ajar yang telah
diberikan serta dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
telah memberikan segala pemudahcara serta sokongan moral supaya saya dapat
menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sukses. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
yang sering membantu terutamanya dari segi pencarian maklumat melalui pelbagai sumber
dan berkongsi bersama-sama.
Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak sepanjang saya menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan
dengan jayanya.
1
Pengenalan
Perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan antara aspek yang penting dan perlu
dititikberatkan dalam usaha untuk memastikan golongan kanak-kanak yang dibentuk sentiasa
mencapai penguasaan tertentu. Pembentukan ini seharusnya dilaksanakan dilaksanakan
dengan sebaik mungkon dan perlulah diteliti setiap perinciannya supaya dapat melahirkan
generasi yang lebih baik dan sempurna dari pelbagai aspek. Hal ini dikatakan demikian juga
kerana perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh orang yang lebih dewasa, orang
yang berpengalaman serta orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Melalui cara ini juga, guru dikatakan profesion yang paling sesuai untuk merealisasikan hasrat
ini. Guru yang juga merupakan pendidik hendaklah menguasai pelbagai perkembangan
kognitif yang terdapat dalam pendidikan agar dapat memberikan pendekatan yang lebih
holistik serta berkesan.
Teori perkembangan Jean Piaget merupakan antara teori perkembangan kognitif yang
diperkenalkan dalam pendidikan negara. Teori ini memberikan pendekatan berkaitan dengan
metodologi dan pemikiran tentang psikologi kognitif bagi kanak-kanak. Penguasaan ini
hendaklah diperoleh sebagai persediaan untuk melahirakn seorang guru yang baik dan
mampu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas.
2
Kepentingan Menguasai Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak kepada Guru
Guru yang mengamalkan kepelbagaian ilmu di samping mengaplikasikan teori perkembangan
kognitif dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan guru yang berupaya
merealisasikan pelbagai pendekatan menarik semasa mengajar di dalam kelas. Teori-teori
yang diperkenalkan oleh tokoh terkemuka ini memainkan pelbagai peranan penting dalam
usaha untuk membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan perkara yang perlu
dilakukan oleh seorang guru untuk memahami setiap satu watak mereka. Banyak kepentingan
yang wujud apabila seorang guru benar-benar menguasai teori perkembangan kognitif kanak-
kanak.
Antara kepentingan penguasaan teori perkembangan kognitif Jean Piaget kepada
guru ialah dapat membantu guru untuk mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang lebih teratur dan sistematik. Hal ini dikatakan demikian kerana berdasarkan teori Jean
Piaget, terdapat beberapa konsep yang dikemukakan mengikut peringkat-peringkat
perkembangan bagi kanak-kanak. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1896-1980),
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas hendaklah
mengikut peringkat dan susunan mengikut peringkat yang tertentu. Piaget juga menyatakan
bahawa setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan yang tertentu dan setiap
mereka mempunyai perbezaan masing-masing. Perkembangan kognitif kanak-kanak juga
berlaku secara berperingkat-peringkat dan guru yang cakna akan sentiasa memastikan
pengajaran mereka mematuhi setiap peringkat yang bermula daripada perkembangan asas
dan perkembangan mental. Teori konsep asas perkembangan kanak-kanak bagi Piaget
terbahagi kepada empat aspek yang terdiri daripada skemata, asimilasi, akomodasi dan
keseimbangan. Pengajaran yang dilaksanakan hendaklah teratur serta tidak melangkau
sebarang topik yang sepatutnya perlu diajar. Pendekatan dan penyampaian yang mengikut
proses yang telah ditetapkan. Hal ini demikian bertujuan membolehkan pengajaran yang
dilaksanakan mengikut tahap topik pembelajaran iaitu daripada yang mudah kepada yang
sukar. Oleh itu, guru yang menguasai teori ini akan berupaya untuk melaksanakan proses
pengajaran yang lebih tersusun dan mematuhi setiap peringkat yang betul mengikut tahap
pelajar masing-masing.
Selain itu, penguasaan teori-teori perkembangan kognitif ini juga akan membantu guru
dalam usaha untuk merancang pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan. Menurut Mok
Soon Sang (2009), pengalaman pembelajaran didefinisikan sebagai suatu tindak balas atau
interaksi murid dengan persekitaran mereka. Teori-teori yang dikemukakan menyatakan
bahawa perancangan pengalaman pembelajaran memerlukan penglibatan aktif dalam
3
kalangan murid ketika berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian
bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar terhadap sesuatu perkara
dan secara tidak langsung dapat mencungkil bakat-bakat terbaru yang lahir dalam diri setiap
murid. Murid-murid juga berupaya untuk melibatkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan di
dalam kelas di samping dapat menzahirkan keberanian dalam diri mereka terhadap sesuatu
situasi yang bakal dihadapi. Menurut teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980),
guru perlulah menyediakan peluang kepada para murid untuk membuat sebarang penerokaan
dan penemuan konsep-konsep tertentu berdasarkan apa yang telah mereka pelajari dan
diaplikasikan dalam bentuk-bentuk tertentu. Guru juga seharusnya menyediakan peluang
pembelajaran secara hands on iaitu pengajaran yang berfokuskan kepada penglibatan para
pelajar dan bukannya guru semata-mata. Melalui cara ini juga, murid-murid akan belajar
sambil bergembira dengan adanya aktiviti khas buat mereka dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan perkembangan kognitif mereka.
Di samping itu, penguasaan perkembangan kognitif juga penting bagi seseorang guru
supaya dapat memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Apabila bersemuka dengan murid-murid, guru akan mengetahui dan mengalami dengan
sendiri bagaimana perkembangan diri kanak-kanak yang sebenar dan tidak terlalu fokus
kepada teori semata-mata. Guru juga berkebolehan untuk mendalami psikologi setiap
pelajarnya dan belajar untuk memahami kesemuanya dengan perlahan-lahan. Perancangan
yang berkesan hendaklah memenuhi kriteria penting seperti aktiviti, kandungan, pemilihan
bahan dan teknik pengajaran. Setiap kriteria ini perlulah diteliti dengan lebih jelas agar dapat
disesuaikan dengan sebaik mungkin semasa menjalankan proses pengajaran agar tidak
berlaku sebarang kekeliruan akibat tidak diselaras oleh guru sebelum memulakan kelas. Hal
ini demikian akan menyukarkan guru untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid
berkaitan dengan susunan tahap yang tidak selaras serta penyampaian yang kurang
memberikan input kepada murid. Selain itu, antara aspek yang perlu dipertimbangkan juga
ialah tahap pemikiran pelajar, pembinaan konsep dan keperluan untuk mewujudkan suasa
yang hidup semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah. Secara
ringkasnya, seorang guru yang berkualiti berkebolehan untuk mengadaptasi penguasaan-
penguasaan yang berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak supaya dapat
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif di samping memberikan ilmu
pengetahuan kepada murid-murid.
4
Kepentingan yang berikutnya ialah guru dapat meramal tingkah laku serta personaliti
murid-murid pada peringkat umur yang tertentu. Berdasarkan teori perkembangan kognitif
Jean Piaget, terdapat beberapa peringkat mengikut tahap kognitif yang bermula dengan
peringkat sensori motor atau deria motor, peringkat praoperasi, operasi konkrit dan operasi
formal. Sebagai contoh, pada peringkat operasi formal iaitu berlaku dalam lingkungan umur
11-15 tahun merupakan usia di mana remaja mulai terbentuk. Pada tahap ini, mereka mula
berfikir secara logik termasuklah pemikiran abstrak, berkaitan masa depan dan mula
melakukan hipotesis sendiri berdasarkan kehidupan mereka. Disebabkan mereka mula
mencuba sesuatu yang baru bagi menentukan kehidupan mereka, secara tidak langsung
perkara ini telah menimbulkan banyak kekeliruan dan memberikan impak yang negatif dalam
kehidupan mereka. Selain itu, mereka juga mudah menyerap masuk pelbagai budaya baru
dan mula mengubah gaya hidup mereka kepada sesuatu yang baru. Faktor yang membawa
kepada perubahan personaliti remaja ialah faktor persekitaran iaitu dikaitkan dengan
pengaruh rakan sebaya. Hal ini dikatakan demikian kerana pengaruh rakan sebaya mampu
mengakibatkan remaja terjerumus kepada sesuatu yang tidak baik serta boleh merosakkan
masa depan mereka. Sebagai usaha untuk memastikan masalah ini tidak terus berlaku, guru
hendaklah memainkan peranan mereka dengan memberikan pengetahuan tentang
perkembangan personaliti yang positif kepada para pelajar. Hal ini demikian bertujuan untuk
memastikan mereka sentiasa mengalami perkembangan kognitif yang baik dan stabil. Tugas
guru untuk meramal setiap personaliti pelajar merupakan antara perkara terpenting dan
penguasaan teori ini juga membolehkan guru membentuk tingkah laku yang baik kepada
pelajar di samping mengetahui setiap perkara yang dihadapi oleh mereka.
Akhir sekali, penguasaan teori perkembangan kognitif kanak-kanak juga
membolehkan guru berpeluang untuk meningkatkan kognitif pelajar dengan cara
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai di dalam bilik darjah. Jean Piaget juga ada
menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai juga merupakan antara
aspek yang perlu dititikberatkan supaya murid dapat mempelajari dan memahami konsep
yang disampaikan oleh guru dengan lebih efektif. Selain itu, proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan juga perlulah cenderung untuk menggalakkan murid
menggunakan kemahiran dan kaedah kendiri masing-masing bagi menyelesaikan sebarang
masalah. Hal ini demikian juga secara tidak langsung mereka akan memperoleh ilmu
pengetahuan dan maklumat dengan usaha dan daya sendiri. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang aktif iaitu melibatkan murid untuk berinteraksi dan melakukan kerja secara
tidak langsung akan meningkatkan tahap perkembangan kognitif mereka terhadap sesuatu
5
yang mereka pelajari. Oleh itu, penguasaan guru terhadap teori perkembangan kognitif akan
mewujudkan strategi pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik di samping
memudahkan pemahaman pelajar terhadap perkara yang dipelajari. Tahap kognitif pelajar
juga dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa serta berupaya untuk melahirkan generasi
yang baik pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa terdapat beberapa kepentingan yang bakal
diperoleh oleh guru yang benar-benar menguasai teori perkembangan kognitif kanak-kanak
dan mengaplikasikan ilmu itu dengan sebaiknya dalam kehidupan mereka. Banyak teori lain
yang memberikan pendekatan yang hampir sama dan perlu dititikberatkan oleh seorang guru
dalam usaha untuk mendidik para murid supaya beroleh tahap perkembangan kognitif yang
baik. Seorang guru yang baik dan berkualiti mampu mengaplikasikan pelbagai teori dan
digunakan dengan sebaiknya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulan
Oleh itu, jelaslah bahawa banyak kelebihan dan kepentingan yang diperoleh apabila
seseorang guru itu menguasai setiap perincian dan pendekatan yang diperkenalkan oleh
tokoh-tokoh terkemuka di dunia. Sebagai seorang guru, bukan sahaja ilmu yang berkaitan
dengan hal-hal seperti bahasa, matematik dan sains sahaja yang perlu diketahui, malah guru
hendaklah mengetahui terlebih dahulu setiap perkembangan kognitif yang seharusnya dilalui
oleh murid-murid. Hal ini demikian kerana teori-teori perkembangan kognitif ini memberikan
penekanan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang mengikut tahap yang
bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Setiap pembelajaran dimulakan dengan
tahap yang paling rendah dan kemudian mengalami peningkatan sehingga mencapai tahap
yang diinginkan.
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh guru juga hendaklah bersesuaian dengan
prinsip teori-teori yang dikemukakan di samping menyediakan bahan bantu mengajar yang
sesuai digunakan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran. Usaha guru yang
berterusan ini akan membuahkan hasil yang sangat baik pada masa akan datang seiring
dengan hasrat dan matlamat pendidikan negara yang ingin melahirkan lebih banyak generasi
yang berjaya dalam pelbagai aspek tidak kira aspek kurikulum mahupun kurikulum dan sosial
pelajar.
6
Rujukan
Muhammad Al-Afzan. (2018). Kepentingan Menguasai Teori Perkembangan Kognitif Kanak-
kanak Kepada Guru. Diambil daripada
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/01/kepentingan-menguasai-teori.html
Mok Soon Sang. (1988). Pendidikan di Malaysia: Kumpulan Budiman. Diambil daripada
https://books.google.com.my/books?id=RoC7AAAAIAAJ&q=pendidikan+di+malaysia+mok+s
oon+sang&dq=pendidikan+di+malaysia+mok+soon+sang&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwil4b
62jOjsAhW763MBHQlLD8QQ6AEwAHoECAEQAg
Nani Menon & Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah. (2003). Panduan Perkembangan Kognitif
Kanak-Kanak Prasekolah: PTS Professional.
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Diambil daripada
https://www.slideshare.net/fanera91/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget
7