KERTAS KERJA
PROJEK PEMBANGUNAN
INFRASTRUKTUR & PRASARANA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI)
SK BUKIT RIMAU
2022
1. LATAR BELAKANG
Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SK Bukit Rimau (SKBR) merupakan sebuah program
yang menempatkan murid-murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) seperti sindrom
down, autistik, ADHD, lewat perkembangan, hyperactive dan cerebral palsy. PPKI di SK Bukit
Rimau telah dibuka pada tahun 2006. Ia beroperasi dengan hanya seorang penyelaras dan
sebuah kelas sahaja. Pada tahun 2022, PPKI SK Bukit Rimau terus berkembang sehingga
menjadi sembilan buah kelas. Data terkini kelas PPKI ialah; seorang guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas, 13 orang guru Pendidikan Khas, 3 orang guru agama dan 6 orang pembantu
pengurusan murid (PPM). Jumlah murid terkini di PPKI menghampiri 84 orang. Program ini
bertujuan memberi peluang kepada murid MBPK untuk menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran sama seperti yang diterima oleh murid-murid lain di Malaysia.
Justeru itu, dengan penambahbaikan bilangan MBPK ke kelas Pendidikan Khas
Integrasi di SK Bukit Rimau sejak mula beroperasi dan dijangkakan bilangan MBPK akan
semakin bertambah pada tahun-tahun akan datang, maka kemudahan fizikal di PPKI sekolah
ini amatlah perlu ditambah baik bagi menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif
bersesuaian dengan kepelbagaian keperluan MBPK.
Pembinaan partition kelas sedia ada perlu ditambah baik kerana partition tersebut
rendah dan ada partition yang telah mengalami kerosakkan. Atas faktor kekurangan bilik
darjah, maka satu bilik darjah telah dibahagikan kepada empat kelas. Oleh yang demikian,
pembelajaran MBPK di dalam setiap kelas akan mengalami gangguan bising. Murid sukar
untuk fokus terhadap pengajaran guru. Sekirannya partition tersebut ditinggikan, kelas akan
menjadi lebih kondusif dan masalah bising dapat dikurangkan.
Ruang yang mencukupi amat penting untuk murid MBPK bergerak bebas dan
berinteraksi dengan pelbagai bahan yang disediakan. Ruang pengajaran dan pembelajaran
yang selesa serta bersesuaian dengan keperluan MBPK diharapkan dapat membantu guru
untuk meningkatkatkan potensi individu murid ke tahap paling optimum sebelum mereka
meninggalkan alam persekolahan.
2. BIODATA PPKI SK BUKIT RIMAU
Nama : Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah : SK Bukit Rimau
Daerah : Klang
Negeri : Selangor
Status : Sekolah Kebangsaan
Pen. Kanan P. Khas : 1 orang
Bil. Guru PPKI : 13 orang
Bil. Guru P.Islam : 3 orang
Bil. PPM : 6 orang
Kelas : 9 orang
Sesi : 1 sesi (pagi)
Kawasan : Luar Bandar
Seiring hasrat pihak sekolah untuk merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk memberi Pendidikan yang seimbang dan menyeluruh kepada semua MBPK
(kategori masalah pembelajaran), pihak sekolah mencadangkan menaik taraf infrastruktur
kelas PPKI. Ini bertujuan untuk membolehkan PPKI SK Bukit Rimau beroperasi dengan lebih
baik dan selesa.
3. OBJEKTIF PROJEK
Cadangan pelaksanaan projek naiktaraf infrastruktur & prasarana PPKI adalah penting
berdasarkan pertimbangan berikut;
3.1 Menyediakan kemudahan fizikal untuk MBPK mengikut spesifikasi yang bersesuaian.
3.2 Menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.
3.3 Menjamin aspek keselamatan yang optimum untuk MBPK semasa berada dalam
persekitaran sekolah.
3.4 Memotivasikan MBPK agar dapat berdikari dengan lebih yakin dalam melaksanakan
tugasan harian.
3.5 Menyediakan ruang pengajaran yang praktikal untuk guru pendidikan khas
menjalankan tugas dengan lebih teratur dan bersistematik.
4. SKOP DAN ANGGARAN PROJEK SERTA ANGGARAN KOS PROJEK
Cadangan projek pembinaan ini melibatkan proses naik taraf infrastruktur kelas, bilik guru
dan ruang rehat PPKI adalah seperti berikut:
4.1 Menaik taraf kelas PPKI : RM 8 000.00
4.1.1 Anggaran pemasangan 5 partition (saiz 2.8m x 4.5m)
Bil Perkara Keterangan Jumlah
RM5000.00
1 Lima pembahagi (partition) kelas. -Saiz 2.8m x 4.5m
RM3000.00
-Plaster board RM8000.00
2 Upah pemasangan
4.2 Membangunkan ruang terapi luar.
4.2.1 Anggaran pembinaan laman terapi
Bil Perkara Keterangan Jumlah
RM5000.00
1 Lima pembahagi (partition) kelas. -Saiz 2.8m x 4.5m
RM3000.00
-Plaster board RM8000.00
2 Upah pemasangan
Jumlah keseluruhan kos : RM 15 000.00
5. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK
Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut;
5.1 Membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, terancang,
selamat dan selesa sepanjang masa.
5.2 Mengoptimumkan potensi individu MBPK mengikut keperluan khas masing-masing
5.3 Mempertingkatkan bilangan kemenjadian MBPK yang berkualiti
5.4 Mempertingkatkan peritus MBPK mencapai matlamat tahunan individu yang
ditetapkan.
5.5 Membantu pihak sekolah untuk mempertingkatkan skor pencapaian Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM).
5.6 Memenuhi aspirasi KPM untuk memberikan kemudahan kepada MBPK agar dapat
belajar dalam Susana yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan asas.
6. JUSTIFIKASI PROJEK
Rasional pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur kelas PPKI ini adalah untuk;
6.1 Membuktikan bahawa masyarakt prihatin dan serius terhadap Pendidikan golongan
MBPK
6.2 Sebagai persiapan awal bagi menampung bilangan MBPK yang semakin bertambah
pada masa akan datang.
6.3 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan
keselesaan MBPK di samping meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu baoa
terhadap program pendidikan khas.
7. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN
Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekirannya
tidak dapat dilaksanakan;
7.1 Suasana pembelajaran kurang selesa dan kondusif kerana MBPK belajar dalam
keadaan bising.
7.2 Memerlukan banyak masa untuk mengendalikan tingkah laku murid yang pelbagai
kerana bercampur dalam satu bilik darjah yang sama.
7.3 Mempengaruhi minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk menghantar anak-
anak mereka memasuki program Pendidikan khas kerana bangunan kelas yang tidak
kondusif.
8. MAKLUMAT TAMBAHAN
8.1 Gambar dilampirkan.
9. PENUTUP
Diharap semoga perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan seperti yang dirancang
serta mencapai objektif yang diharapkan. Semoga pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur
kelas PPKI SK Bukit Rimau dapat dimanfaatkan oleh guru dan MBPK di samping dapat
menyediakan bilik darjah yang selesa.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………………………………………. ……………………………………………….
() ()
Guru Penolong Kanan Guru Besar
Program Pendidikan Khas Integrasi