The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ros.minah61, 2021-07-09 08:07:59

54 (1)

54 (1)

SEJARAH DAN Mohd Samsudin
BUDAYA Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Ros Mahwati Ahmad Zakaria
Mohd Rohaizat Abdul Wahab

ISBN 978-983-2457-77-0

9 789832 457770

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI,
SEJARAH DAN
Editor
BUDAYA
Zuliskandar Ramli
Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi,
Sejarah Dan Budaya Di Alam Melayu

Bilik Senat & Bilik Majlis,
23 & 24 Disember 2014
Universiti Kebangsaan Malaysia

Editor
Zuliskandar Ramli
Mohd Samsudin
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Ros Mahwati Ahmad Zakaria
Mohd Rohaizat Abdul Wahab

Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM)

ARKEOLOGI, SEJARAH
DAN BUDAYA

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah
dan Budaya di Alam Melayu

Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
23 - 24 Disember 2014

Editor:

Zuliskandar Ramli
Mohd Samsudin

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman
Ros Mahwati Ahmad Zakaria
Mohd Rohaizat Abdul Wahab

Kumpulan Kebudayaan, Kesenian &
Warisan Alam Melayu (ATMA) & Pusat
Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi

(FSSK)
Universiti Kebangsaan Malaysia

dengan kerjasama

Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio
Budaya (MPN)

&

Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM)

Bangi 2014

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan

© Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM 2014

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
UKM.

Cetakan Pertama, 2014

Dicetak di Malaysia oleh:
S&T PHOTOCOPY CENTER
Jalan Reko, Sungai Tangkas
43000 Kajang, Selangor.

ISBN 978-983-2457-77-0

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu
(Ke-3: 2014: Bangi, Selangor)
ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA : Prosiding Seminar
Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu,
Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi 23-24 Disember 2014 / Editor: Zuliskandar Ramli, Mohd Samsudin Nik
Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Mohd
Rohaizat Abdul Wahab
ISBN 978-983-2457-77-0
1. Archeology and History--Malaysia--Congresses.
2. Civilization, Malay--Malaysia--Congresses
3. Zuliskandar Ramli I. Mohd Samsudin II. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul
Rahman III. Ros Mahwati Ahmad Zakaria IV. Mohd Rohaizat Abdul Wahab V.
986

Kandungan

Kandungan v
Prakata xi

KERTAS PLENARI 3

1. Zuliskandar Ramli -- Petempatan Masyarakat Pesisir Prasejarah:
TumpuanTerhadap Masyarakat Prasejarah Di Negeri Johor

Bahagian I

BAHASA, LINGUISTIK DAN KESUSASTERAAN

2. Muhammad Nur Latif -- Rekonstruksi Fenom Purba Dialek Bentong 27

3. Manu J. Widyaseputra -- Māyā-Sulūk-Līlā : Hermeneutik Wayang Dalam 39
Tradisi Jawa Dan Perubahan Sosial

4. Muhammad Salman Palewai, Siti Rogayah Hj.Tibek, Fariza Md Sham & 57
Zulkefli Aini -- Mesej Keikhlasan dalam Novel Negeri Lima Menara

5. Lukman -- Model Pembelajaran Kooperatif Dengan Teknik Peer Feed-Back 69
Dalam Meningkatkan Keterampilan Menulis Karya Ilmiah Mahasiswa: Kajian
Eksperimental

6. Fajar Wijanarko -- Sastera Cětha-Asthabrata: Dualisme Rajadharma dan 79
Rajaniti Dalam Ramayana

7. Asriani Abbas -- Documenting Passive-Voice of Makassarese Language as 89
The Representative of Preservation Of Vernaculars in South Sulawesi

8. Kamsinah, M.Hum -- Prinsip-prinsip Kesemestaan Dalam Pembentukan 101
Kalimat Pasif Bahasa Indonesia

9. Mohd Sabri Hasan, Shahrul Azman Mohd Noah & Nazlena Mohamad Ali -- 111
Teknik Ringkasan Isi Utama Berdasarkan Ciri Kata Bagi Pengecaman Ayat
Terpenting Dalam Dokumen Berita Bahasa Melayu

10. Muhammad Darwis, M.S & Kamsinah, M. HUM -- Sokongan Bahasa 121
Indonesia Terhadap Pengembangan Bahasa Bugis: Kasus Penggunaan
Bahasa Bugis Pada Media Sosial Fesbuk

11. Nurhayati, M.Hum -- Sikap Bahasa Perempuan Karier Terhadap 131
Penggunaan Bahasa Mamuju dan Bahasa Indonesia di Kota Mamuju Provinsi
Sulawesi Barat

12. Abbas, S.S., M.Hum -- Refleksi Idealisme Perempuan Indonesia Dalam 143

vi

Novel Layar Terkembang Karya Sutan Takdir Alisyahbana

13. Nuraidar Agus -- Perilaku Kesantunan Wanita dan Pria Bugis Sebagai 155
Representasi Norma Budaya Pangadereng

Bahagian II

ARKEOLOGI, KEBUDAYAAN DAN WARISAN

14. Khalila Ilia Ismail & Mohd Faizal Musa -- Makanan Dalam Pembayang 167
Pantun Melayu Berdasarkan Kumpulan Kurik Kundi Merah Saga: Satu
Pengamatan Awal

15. Azni Hanim Hamzah, Salina Abdul Manan & Noor Hafiza Ismail -- 181
Keunikan Motif Melayu Dalam Kain Tenun Pahang

16. Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Salina Abdul Manan 189
& Azni Hanim Hamzah -- Motif Ukiran Kayu Pada Mimbar Masjid
Terengganu

17. Ahmad Helmi Mohd Mukhtar, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, 201
Zuliskandar Ramli, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Ros Mahwati Ahmad
Zakaria, Hasnira Hassan, Salina Abdul Manan, Norlelawaty Haron, Sharifah
Nor Izzati Sayed Hasan & Mohd Shafiq Mohd Ali -- Bentuk Dan Motif: Batu
Nisan Diraja Perak

18. Salina Abdul Manan, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Noor Hafiza 215
Ismail, Norlelawaty Haron, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Ros Mahwati
Ahmad Zakaria, Hasnira Hassan, Mohd Shafiq Mohd Ali & Azni Hanim
Hamzah -- Destar Warisan Negeri Sembilan Darul Khusus

19. Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Haji Mohammad Noh, Shaliza Dasuki, 223
Fazlina Mohd Radzi, Nurhasliza Abdullah & Nurhikmah Mat Yusof --
Menyingkap Sisipan Elemen Tradisional Melayu di Kampung Cina

20. Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 231
Zuliskandar Ramli, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Norlelawaty Haron, Ahmad
Helmi Mohd Mukhtar, Hasnira Hassan & Salina Abdul Manan -- Penggunaan
Kain Kapas India Dalam Penjilidan Al-Quran Kulit Merah Pantai Timur
Semenanjung Tanah Melayu

21. Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 241
Zuliskandar Ramli, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ahmad Helmi Mohd
Mukhtar, Hasnira Hassan, Norlelawaty Haron, Salina Abdul Manan & Mohd
Shafiq Mohd Ali -- Bentuk-Bentuk Bangau Pada Perahu Tradisional Di
Pantai Timur

22. Muhamad Shafiq Bin Mohd Ali, Zuliskandar Ramli, Mohd Rohaizat Abdul 251
Wahab & Bambang budi Utomo – Analisis Sinar-X Berpendarflour (XRF)
Dan Pembelauan Sinar-X (XRD) Bata Purba Di Candi Asem (TLJ V)

vii

23. Hamid Muhammad Isa -- Muzium Di Malaysia: Antara mendepani Cabaran 261
Dan Pemerkasaan Jiwa

24. Azlina Musa & Yusmilayati Yunos -- Permainan Tradisi Berlaga Ayam: 271
Kajian Kes Di Kampung Pasir Mas, Kelantan

25. Daeng Haliza Daeng Jamal, Zuliskandar Ramli & Mastor Surat -- 285
Penyesuaigunaan Semula Bangunan Bersejarah Di Malaysia: Isu Dan
Cabarannya

26. Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Khairi Ariffin, Zuliskandar Ramli & Nik 291
Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman -- Loceng Gangsa Di Asia Tenggara
Dan Kepentingannya Dalam Konteks Arkeologi

27. Azharudin Mohamed Dali -- Memburu Dan Menjerat Haiwan Di Tanah 307
Melayu: Antara Kebijakan Melayu Dan Kemegahan Kolonial

28. Zuraidah Hassan, Zuliskandar Ramli & Farhana Abdullah -- Penyelidikan 325
Secara Lamgsung Dan Tidak Langsung Ke Atas Kepelbagaian Jenis Seramik
Di Kedah

29. Zainab Roslan & Zuliskandar Ramli -- Prospek Pembangunan Pelancongan 335
Warisan Di Bukit Jugra Dalam Perspektif Arkeo & Eko-Pelancongan

30. Norlelawaty Haron, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar 345
Ramli, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Ahmad Helmi Mohd Mukhtar, Hasnira
Hassan, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Salina Abdul Manan & Mohd Shafiq
Mohd Ali -- Kajian Terhadap Penggunaan Bahan, Teknik Pembuatan Dan
Motif Pada Blok Batik

31. Zalikha Binti Bahari – Perkembangan Industri penanaman Kelapa Di negeri- 359
Negeri Melayu Bersekutu 1850-1930: Satu Kajian Awal

32. Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan, Zuliskandar Ramli, Hamdzun Haron, 373
Hasnira Hassan, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Mohd Rohaizat Abdul Wahab,
Ahmad Helmi Muktar, Norlelawaty Haron, Salina Abdul Manan & mohd
Shafiq Mohd Ali -- Reka Bentuk Manik di Sabah Dan Sarawak

33. Muhammad Tarmizi Hasni, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman & 379
Zuliskandar Ramli -- Sungai Mas: Pusat Pentadbiran Maritim Dan Interpot
Utama Lembah Bujang

34. Toto Widyarsono – The Collection of Artists’ Archive Through Oral History: 389
Indonesian Experience

35. Mohamed Razeef Bin Abdul Razak, Azahar Bin harun & Dzul Haimi bin Md. 395
Zain – Wang Kertas Malaysia Siri Pertama Sabagai Simbol Sebuah Negara
Merdeka

36. Noor Aisyah Mokhtar, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Kamarul 405

viii

Afizi Kosman – Kewujudan Kota Melayu Melaka

37. Zulkfli bin Md Yusoff, Zul Haimi Bin Md Zain & Arba’iyah Binti Ab. Aziz -- 433
Rupa Bentuk Dan Ragam Hias Pada Artifak Tradisi Melayu: Kukuran- Kajian
Kes Di Muzium Negara

38. Fahrijah Faisal & Mastor Surat – Perwatakan Seni Bina Warisan Banjar Di 443
Kalimantan Selatan- Indonesia

Bahagian III

FALSAFAH, KESENIAN & TEKNOLOGI

39. Hasnira Hassan -- Pemikiran Reka Betuk Dalam Kalangan Seniman Naskhah 461
Al-Quran Kilau Gaya Terengganu

40. Yakob Jati Yulianto -- Seni Gejog Lesung: Penyediaan Ruang Interaksi 475

41. Saiful Akram Bin Che Cob@ AB Ghafar -- Visualisasi Imej Dan Identiti 481
Bangsa Melayu Pada Visual Propaganda Sewaktu Pendudukan Jepun Di
Malaya, 1942-1945

42. H. M. Zainuddin Daulay -- Inter- Religious Followers’ Tolerance In 493
Indonesia: The New Order’s Policy Toward Inter- Religious Relationship
1967-1998

43. Agussani, Syafrizal & Rodi Wahyudi -- Integriti Sosial Dan Pemerkasaan 505
Pendidikan Kajian Kes: Penerokaan Am Di Kawasan Transmigrasi Di
Tapung, Kampar Riau

44. Moh. Taufiqul Hakim -- Estetika Di Dalam Hikayat Malim Deman 515

45. Mohd Faizal Bin Musa -- Hak Asasi Manusia Dalam Pepatah Minang 527

46. Liliy Salwani Binti Razali & Shaiful Bahri Md. Radzi -- Unsur Maritim 539
Dalam Sastera Rakyat Berbentuk Puisi: Satu Wacana Berdasarkan
Pengangkutan Air

47. Mastor Surat -- Rangkakerja Pemikiran Seni Bina Islam Di Malaysia: Satu 555
Penilaian Semula

48. Abd. Rahman Bin Ismail & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman -- Sifat 611
Taat Setia Pendekar Melayu

Bahagian IV
ALAM SEKITAR, EKOLOGI & MASYARAKAT
49. Fauziah Che Leh, Mohd Nasuhairee Abdull Manaf, Mohd Hairy Ibrahim, 625

ix

Khairi Ariffin & Baharudin Omar -- The Need And Significance of Place
Identity of Tourism Sector In Small Towns In Perak State: A Case Study of
Teluk Intan And Batu Gajah, Perak

50. Ahmad Jaffri Bin Ahmad Zaini & Mohd bin Samsuddin -- Perkhidmatan 637
Awam Malaysia: Tranformasi Dari Perkhidmatan Awam Kolonial Ke
Perkhidmatan Awam Untuk Tanah Air (1786-1957)

51. Muhlis Hadrawi, Ding Chong Ming & Rahilah Omar -- Integrasi 653
Perkahwinan Orang Melayu Dan Elit Bugis Di Kerajaan Tanete Sulawesi
Selatan

52. Haliadi, Nordin Hussen & Ahmad Ali Bin Seman -- Sistem Pendidikan 669
Melahirkan Golongan Elit Di Sulawesi Tengah 1904-1950

53. Ernie Zahdina Binti Hj Md Seruddin & Chong Shin -- Pantang Larang 679
Dalam Aktiviti Penanaman Padi Suku Kedayan: Analisis Semantik Pragmatik

54. Hanafie Suleman, M. A – Menembus Keterisolasian, Membangun Interaksi: 691
Studi Tentang Dinamika Masyarakat Poso Pada Awal Abad Ke-20

55. Syafrizal, Rahimah Abdul Aziz & Agussani -- Polisi Transmigrasi Dan 701
Proses Ubahsuai Identiti orang OCU: Perspektif Hubungn Majoriti- Minoriti
Di Tapung

56. Main Rindam & Fatan Hamamah Yahaya -- Ekotorism Petempatan Orang 709
Asli Di lenggong , Perak: Analisis SWOT (C)

Bahagian V

SEJARAH, POLITIK DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

57. Johny A. Khusyairi – Urban Javanese Christians In Colonial Java: An 723
Introductory Explanation

58. Lukman Nadjamuddin – The maritime Ruller of Moutong; Tombolotutu A 737
Study of Local Resistance Against Imperialism

59. Mohd Al-Adib Samuri & Nik Nur Farhana Binti Sulaiman – Pendekatan 749
Mahkamah Syariah Terhadap Keganasan Rumah Tangga Dalam Kes
Matrimonial

60. Mohd Faidz Bin Mohd Zain, Samsu Adabi bin Mamat Dan & Junaidi Awang 761
Besar – Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pengkalan Kubor, Kelantan: Satu Analisis Terhadap Pola Pengundi Etnik
Melayu

61. Shuwaibah Bt Rasidi -- Negeri Raman Dari Perspektif Sejarah: Sejarah Awal 785
Dan Pelebaran Kuasa

x

62. H. Muhammad Bahar Akkase Teng -- Islam dan Peradaban Di Wilayah 805
Tanah Mandar (Sulawesi Barat) Dalam Perspektif Sejarah

63. Kandar – Pemogokan Pekerja Pemerintah Cirebon 1952: Satu Kajian Peran 819
SOBSI Dalam Pergerakan Pekerjaan Di Indonesia

64. Ahamad Jama’amin Bin Yang & Izuan Bin Razali -- Pemaknaan Kuasa 835
Dalam Kepimpinan Politik Melayu Di Malaysia: Suatau Interpretasi Sejarah

65 Nurul Izzati Binti Md. Mustafa, Adnan Jusoh, Khairi Ariffin, Nabir Abdullah 851
& Kamal Kamaruddin – Peranan Dan Hubungan Gajah Dengan Masyarakat
Di Tanah Melayu: Dari Zaman Pra-Kolonial Hingga Kemasukan kuasa
British

66 Murni Deraman & Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus – Perjuangan 865
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan: 1957-1969

67 Haryati Hasan & Khazin Mohd Tamrin – Laporan MAIK Mengenai Masalah 881
Sosial Di Kelantan Sebelum Perang Dunia Kedua

68 Fazlina Mohd Radzi, Shaliza Dasuki & Nurkhazilah Idris – Kartun Editorial 891
Melayu Pasca Pilihan Raya Umum 2008: Rupa, Jiwa Dan Kritikan

69 Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Mohd Faidz 899
Mohd Zain & Muhammad Hazim Abdul Ghazali – Politik Melayu Pasca
Pilihan Raya Umum 2013: Kajian Kes Di Program Perumahan Rakyat (PPR)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

70 Ridayani Simanjuntak & Mohd Samsudin -- Peranan Malik Dalam Hubungan 923
Indonesia-Malaysia (1955-1978)

71 Mohd Anis Abdul Samad & Zuliskandar Ramli -- Bentuk dan Hiasan Rehal: 935
Satu Tinjauan Umum

72 Shah Alam -- Urbanisation In Sriksetra, Ca Fifth To Ninth Centuries: Form, 949
Function, Continuity And Change.

73 Khalid Jusoh, Teo Kok Seong & Mohd Samsudin -- Perkembangan 961
Kepimpinan Penghulu di Negeri Johor Tahun 1862-2012

74 Sivarajan Ponniah & Mohd Kasturi Nor Abd Aziz -- Pentadbiran Mukim di 973
Alam Melayu: Pengaruh British dan Penglibatan Penghulu Dalam
Pentadbiran Mukim di Kedah 1770-1941

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

26

LOCENG GANGSA DI ASIA TENGGARA DAN KEPENTINGANNYA DALAM
KONTEKS ARKEOLOGI

ADNAN JUSOH1, YUNUS SAUMAN1, KHAIRI ARIFFIN1, ZULISKANDAR RAMLI2
& NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABDUL RAHMAN2

1Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
39500 Tanjung Malim, Perak

2 Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi Selangor

ABSTRAK

Kertas kerja ini memfokuskan kepada loceng gangsa iaitu sejenis tinggalan kebudayaan
masyarakat Zaman Logam di Asia. Selain daripada rupabentuk yang tersendiri, pola
hiasannya juga unik, taburan penemuan loceng gangsa di beberapa lokasi telah menimbulkan
sedikit permasalahan khususnya dari aspek fungsi, asal usul, bentuk penyebaran serta kaitan
dengan masyarakat pengamalnya di Asia. Objektif tulisan ini adalah untuk membincangkan
sejauhmana penemuan loceng gangsa memberi maklumat berkaitan dengan sosiobudaya
masyarakat khususnya pada zaman Logam di kawasan Asia. Di samping itu, kajian ini juga
cuba untuk mengkaji pola atau rupa bentuk loceng gangsa, motif hiasan, taburan serta
penyebarannya di rantau Asia. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan meneliti
maklumat dari buku, artikel, laporan penyelidikan serta penelitian sampel di Jabatan Muzium
Malaysia, Lembaga Muzium Shah Alam (Selangor), Museum of History, Vietnam (2014) dan
Museum of Japan (2006). Hasil kajian mendapati penemuan loceng gangsa secara tidak
langsung membantu bidang penyelidikan khususnya dalam memahami perkembangan serta
pola kehidupan masyarakat Zaman Logam di beberapa lokasi di Asia. Pengetahuan ini dapat
difahami melalui lakaran motif hiasan sama ada berupa lakaran berbentuk binatang, abstrak
dan sebagainya. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang ketara di antara loceng
gangsa yang ditemui di Vietnam, Kemboja, Semenanjung Malaysia dan Jepun. Perbezaan rupa
bentuk dan motif hiasan loceng gangsa secara tidak langsung menunjukkan pola kehidupan
masyarakat pada masa tersebut disesuaikan dengan kawasan persekitaran mereka.
Penyesuaian ini sudah tentu mengambilkira beberapa aspek sama ada dari aspek geografi,
sumber bahan mentah, teknologi, sosiobudaya dan sebagainya.

Kata Kunci: Loceng gangsa, Zaman Logam, motif hiasan, fungsi dan asal usul

PENGENALAN

Kemunculan Zaman Logam merupakan satu titik perubahan yang sangat besar di dalam
pembangunan tamadun manusia yang lebih hebat. Perubahan yang drastik ini ketara berlaku di
dalam pola kehidupan masyarakat prasejarah khususnya dari Zaman Batu ke suatu zaman yang
lebih maju dan mencabar. Ini kerana tempoh Zaman Prasejarah Awal berlangsung di dunia ini
melalui tempoh yang sangat lama malahan boleh mencecah ratusan ribu tahun lamanya.
Sedangkan jika dilihat dari aspek teknologi didapati tahap kemajuan oleh masyarakat Zaman

292 / Adnan Jusoh et al.

Prasejarah Awal boleh dikatakan agak perlahan walaupun ia melalui tempoh masa yang lebih
lama. Sebaliknya Zaman Logam menyaksikan kemunculan pelbagai jenis peralatan yang
diperbuat daripada logam yang dicipta untuk kegunaan seharian oleh masyarakat
pendokongnya. Peralatan yang dihasilkan itu digunakan sama ada sebagai alat untuk kegiatan
pertanian, objek perdagangan, simbol status, objek ritual, pengebumian dan sebagainya.

Selain gendang gangsa yang banyak tersebar di Asia Tenggara, salah satu objek
peninggalan Zaman Logam yang tidak kurang menariknya iaitu loceng gangsa. Objek ini
diperbuat daripada campuran beberapa jenis logam sebagaimana proses untuk membuat
gendang gangsa. Antara logam yang seringkali digunakan dalam penghasilan objek gangsa
adalah timah, tembaga, kuprum, plumbum atau sebagainya dengan kadar nisbah yang tertentu.
Objek ini ditemui di beberapa lokasi di Asia, tetapi rupa bentuk atau struktur fizikalnya didapati
tidak sama dan sangat berbeza di antara satu sama lain. Malahan sebutan objek ini juga
pelbagai nama, malah ada juga dikaitkan dengan lokasi di mana ia ditemui. Misalnya, ada yang
menyebut objek ini sebagai loceng gangsa (bronze bell), loceng Dongson (Dongson bell) dan
loceng Dotaku (Dotaku bell). Kebanyakan loceng gangsa yang ditemui di kawasan Asia
dipercayai muncul dalam Zaman Logam iaitu selepas berakhirnya Zaman Neolitik kira-kira 500
SM.1

LATAR BELAKANG

Loceng gangsa dijumpai di merata tempat di seluruh dunia, baik di Timur mahupun di Barat;
dari masyarakat gasar di Mongolia hingga ke masyarakat Red Indian di Amerika Syarikat
(Lihat, antaranya Higham 1996; Bentley 1986; White 1982 & O’Reilly 2000). Di China,
terdapat Muzium Loceng (Bulbeck & Barnard 1997). Di Thailand, tempat terkenal dengan
menghasilkan perkakas gangsa, termasuk loceng, iaitu Ban Chiang, dianggap tempat penting
dalam sejarah awal negara tersebut. Di Acheh terdapat Lonceng Cakra Donya (atau
Cakradonia) yang terletak di muka pintu muziumnya. Tercatat pada loceng itu keterangan yang
ia dibuat pada tahun 1409. Loceng ini menjadi salah satu simbol penting perhubungan China
dengan kerajaan-kerajaan di Sumatera pada abad ke-15.2 Di Muzium New Zealand terdapat
loceng gangsa yang dihadiahkan oleh masyarakat peribumi Maori kepada Kapten Cook pada
pertengahan abad ke-18. Pada loceng tersebut tercatat inskripsi tulisan Tamil Islam.
Sehubungan itu, dipercayai sebelum itu ia diberikan oleh pedagang Islam kepada masyarakat
peribumi di pulau tersebut. Sama seperti gendang gangsa, loceng gangsa juga mempunyai
fungsi dalam peradaban zaman purba. Antaranya, ia berfungsi sebagai objek ritual untuk
memanggil hujan, objek pengkebumian, objek dagangan, hantaran perkahwinan, diplomatik
dan alat muzik (Bulbeck & Barnard 1997; Shang & Zhou 1992).

Jika dibandingkan dengan gendang gangsa yang lebih popular dan kerap dibincangkan
oleh para penyelidik, didapati dalam kebanyakan penulisan berkaitan dengan loceng gangsa ia
hanya dibincangkan sekadar sepintas lalu sahaja. Selain daripada motif hiasannya yang unik,
jumlah penemuan loceng gangsa juga tidak begitu besar jika dibandingkan dengan penemuan
gendang gangsa. Tambahan pula data atau maklumat mengenai penemuan loceng gangsa juga
tidak lengkap kerana kebanyakan penemuan loceng gangsa adalah secara tidak sengaja (chance
find). Secara tidak langsung keadaan ini menyebabkan tidak banyak tulisan berkaitan dengan
loceng gangsa dapat diketengahkan. Justeru itu, sehingga ke hari ini tidak banyak tulisan
berkaitan dengan loceng gangsa dihasilkan oleh penyelidik jika dibandingkan dengan penulisan
tentang gendang gangsa. Walau bagaimanapun terdapat beberapa orang pengkaji yang telah
menulis mengenai loceng gangsa, antaranya W. Linehan (1951), Peter Bellwood (1985), Nik
Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman (2001) dan Adnan Jusoh (2010).

Pada awal 1950-an, seorang penyelidik kolonial yang pernah menulis berkaitan dengan
loceng gangsa ialah W. Linehan. Tulisan beliau yang telah dimuatkan di dalam JMBRAS, bil. 6,
tahun 1993 bertajuk ‘Traces of a Bronze Age Culture Associated With Iron Age Implements in
the Regions of Klang and the Tembeling, Malaya’. Sungguhpun skop dan fokus kajian beliau

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Adnan Jusoh et al. / 293

banyak berkisar kepada beberapa jumpaan artifak gangsa termasuk gendang gangsa, manik dan
tembikar yang ditemui di Klang, Selangor dan Sungai Tembeling, Pahang, namun tulisan beliau
turut melaporkan tentang loceng gangsa. Di samping itu, W. Linehan juga turut membuat
analisis berkaitan dengan kandungan logam di dalam gendang gangsa yang ditemui di Sungai
Tembeling, Pahang dan loceng gangsa yang ditemui di Klang, Selangor. Data setiap peratus
kandungan logam sama ada copper (tembaga), timah, besi, lead (plumbum), zink, karbon,
silicon, phosporus, manganese dan lain-lain lagi yang terdapat di dalam artifak berkenaan.3
Hasil kajian yang dibuat oleh W. Linehan menunjukkan bahawa tembaga merupakan elemen
logam yang utama dalam pembuatan loceng gangsa Klang (Selangor) iaitu sebayak 78.5%,
diikuti timah 15.1% dan plumbum 2.9%.4

Sementara itu Bernet Kempers juga pernah turut melaporkan tentang penemuan loceng
gangsa di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau melaporkan tentang penemuan tiga buah loceng
gangsa di Klang, Selangor yang memaparkan motif berbentuk spiral dan motif gergaji.5 Walau
bagaimanapun beliau juga hanya melaporkankan penemuan tersebut secara seimbas lalu sahaja
dan tidak diberi penekanan yang khusus.

Sementara itu, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman pula memperkatakan
penemuan beberapa buah loceng gangsa di Asia Tenggara. Tulisannya telah dimuatkan di
dalam buku yang disunting oleh beliau yang bertajuk Early History, Vol. 4, diterbitkan oleh
Archipelago Press, Singapore, pada tahun 1998. Beliau menyatakan sebanyak 4 buah loceng
gangsa ditemui di Malaysia dan sebuah di Kemboja. Penemuan loceng gangsa yang ditemui
adalah sebanyak empat (4) buah, iaitu tiga (3) buah daripadanya dilaporkan telah ditemui di
Klang (Selangor), manakala sebuah lagi loceng gangsa ditemui di Muar (Johor).6 Di dalam
buku ini, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman juga membincangkan tentang penemuan
artifak ini di Malaysia dan mengaitkannya dengan penemuan loceng gangsa yang ditemui di
Kemboja. Ini kerana terdapat persamaan yang ketara khususnya dari segi rupa bentuk fizikal
dan juga pola hiasan yang dipaparkan pada loceng gangsa sama ada yang ditemui di Kemboja
atau Malaysia. Malahan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman juga tidak menolak
kemungkinan penemuan loceng gangsa tersebut adalah manifestasi wujudnya hubungan kedua-
dua negara tersebut terutama dari aspek perdagangan. Terdapat kemungkinan penyebaran
loceng gangsa ke Tanah Melayu adalah berkaitrapat dengan kerajaan Funan.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman juga menulis tentang penemuan loceng
gangsa di Kampung Penchu, Muar, Johor. Artikel tersebut bertajuk ‘Loceng gangsa, Penchu,
Muar, Johor, dalam konteks Zaman Gangsa Malaysia’, dimuatkan di dalam Jurnal Warisan
Johor, keluaran tahun 2000. Beliau menyatakan dalam tahun 1963, sebuah loceng gangsa lagi
telah dijumpai di Kampung Penchu, Grisek, Muar, Johor. Lokasi penemuan loceng gangsa ini
adalah kira-kira 500 meter dari tebing Sungai Penchu iaitu anak Sungai Muar, Johor. Jumpaan
ini berlaku secara tidak sengaja iaitu semasa penduduk kampung sedang menjalankan kerja
untuk meratakan tanah. Dari segi struktur fizikalnya, loceng gangsa ini mempunyai ukuran
kira-kira 58 cm tinggi dan diamater berukuran 32 cm. 7 Loceng gangsa ini dijumpai pada
kedalaman lebih kurang satu (1) meter. Menurut Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman lagi,
loceng gangsa ini didapati hampir sama dengan rupa bentuk loceng gangsa yang dijumpai di
Klang (Selangor) dan Battambang (Kemboja). Secara tidak langsung penemuan loceng gangsa
di Kampung Penchu, Muar adalah sebagai manifestasi kewujudan aktiviti perdagangan
terutama di penghujung zaman prasejarah akhir. Malahan beliau juga tidak menolak
kemungkinan penyebarannya di Semenanjung Malaysia ada hubungkait dengan kewujudan
Laluan Penarikan dan lokasi longgokan bahan mentah (terutamanya timah) di kawasan pantai
barat Semenanjung Tanah Melayu (Lembah Klang, Selangor).

Malahan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman juga mengaitkan kehadiran
gendang dan loceng gangsa bersama-sama dengan manik yang diimport dari India dan tembikar
tanah buatan tempatan menunjukkan betapa jalinan hubungan perdagangan yang dibuat oleh
masyarakat tersebut dengan kawasan luar dari Selat Melaka. 8 Beliau menegaskan bahawa

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

294 / Adnan Jusoh et al.

kehadiran gendang dan loceng gangsa di kawasan pesisir Selat Melaka tidak boleh dikaitkan
dengan ketibaan Deutro-Melayu di rantau ini seperti yang dipercayai oleh sesetengah golongan.
Bahkan ia lebih menggambarkan penemuan itu berkaitrapat dengan punca sumber logam bijih
timah yang diperlukan pembuatan barang gangsa di Vietnam. Keperluan bijih timah
menyebabkan wujud hubungan masyarakat tempatan dengan orang luar sehingga mewujudkan
petempatan di kawasan Selat Melaka seperti di Kampung Sungai Lang (Selangor), Kampung
Penchu (Johor) dan Kuala Selinsing (Perak). Akhirnya kemajuan dalam perdagangan maritim
dalam Zaman Logam telah berjaya membawa kemajuan dalam sosio-ekonomi masyarakat
pesisir Selat Melaka. Sesetengah pelabuhan penting, antaranya Takuapa, Kedah, Palembang
dan Jambi pada abad ke-5 Masehi.9

Selain itu, Adnan Jusoh juga pernah menghasilkan sebuah artikel yang berkaitan
dengan loceng gangsa di Malaysia. Artikel tersebut bertajuk ‘Loceng gangsa purba di Malaysia:
Sumbangannya dalam penyelidikan peradaban masyarakat peribumi purba’. Artikel ini
diterbitkan di dalam Jurnal Melayu, Jilid (5) tahun 2010, memaparkan tentang sejarah
penemuan loceng gangsa di Semenanjung Malaysia. 10 Fokus perbincangan turut melihat
sejauhmana manfaat penemuan objek ini dengan melihat dari aspek sejarah dan arkeologi. Skop
perbincangan dalam artikel beliau juga turut difokuskan kepada motif dan pola hiasan yang
dipaparkan pada loceng gangsa dengan membandingkannya dengan gendang gangsa yang
ditemui di negara ini. Di samping itu, kajian juga dilakukan untuk melihat kandungan logam di
dalam loceng gangsa Klang, Selangor.

Rupa Bentuk Loceng Gangsa

Secara umumnya, rupa bentuk fizikal loceng gangsa adalah terdiri dua komponen utama iaitu
bahagian kepala dan bahagian badan. Bahagian kepala adalah bahagian yang paling atas,
kedudukannya agak terasing bagaikan dipisahkan oleh satu lekukan yang seolah-olah menjadi
sempadan yang memisahkan di antara bahagian badan dan bahagian kepala loceng. Saiz atau
bentuk bahagian kepala adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan saiz badan loceng.
Manakala bahagian badan loceng gangsa pula adalah berbentuk silinder dan memanjang hingga
ke bahagian kaki atau tapak loceng. Saiz badan loceng pula adalah lebih besar jika
dibandingkan dengan bahagian kepala. Lazimnya pada bahagian badan loceng gangsa
dipaparkan dengan lakaran motif dan pola hiasan. Struktur umum fizikal loceng gangsa adalah
seperti berikut;

Bahagian Kepala

Bahagian Badan

Rajah 1.1 Rupa Bentuk Loceng Gangsa
Sumber: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman 1998

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Adnan Jusoh et al. / 295

Klasifikasi Loceng Gangsa
Setakat ini memang terdapat beberapa jenis atau variasi loceng gangsa yang ditemui di Asia
Tenggara. Justeru bagi memudahkan kita untuk memahami atau mengenali rupa bentuk loceng
gangsa, maka ia akan diklasifikasikan kepada tiga (3) jenis, iaitu;
Jenis I
Jenis I menampilkan struktur fizikal loceng gangsa yang berbentuk tirus atau saiz semakin
melebar ke bahagian bawah. Dengan kata lain badan loceng jenis ini ia bersaiz kecil dari atas
dan semakin melebar hingga ke bahagian kaki loceng. Walau bagaimanapun bahagian kaki
loceng gangsa jenis ini tidak bulat sebaliknya ia seakan berbentuk bujur sedikit. Loceng jenis
ini banyak dijumpai di Vietnam dan ia adalah salah satu objek yang dikaitkan dengan
kebudayaan Dongson. Ini kerana selain gendang, perisai, anak panah, peralatan pertanian,
senjata berupa pedang yang diperbuat daripada gangsa, loceng gangsa juga ditemui di beberapa
arkeologi di Vietnam. Sifat atau bentuk loceng gangsa jenis I boleh dilihat di dalam gambar
berikut;

Rajah 1.2 Loceng Gangsa (Vietnam)
Sumber: Museum of History, Vietnam 2014
Selain itu, loceng gangsa jenis ini juga mempunyai tangkai (pemegang) untuk
memudahkan ia diangkat atau digantung di mana-mana tempat yang sesuai. Bentuk tangkai
ada pelbagai jenis, antaranya ada yang bersambung dan ada yang tidak bersambung (ada
tangkai yang seolah-olah berjuntai keluar seperti tanduk binatang). Di bawah tangkai ada
lubang berbentuk empat segi bujur (anggaran saiz lubang sekitar 1 cm x 3 cm) yang
berkemungkinan untuk memudahkan diangkat atau digantung. Saiz loceng gangsa jenis ini
tidak besar tetapi ketebalan gangsa yang digunakan menyebabkan ia agak berat sedikit jika
diangkat.

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

296 / Adnan Jusoh et al.

Rajah 1.3 Loceng Gangsa (Vietnam)
Sumber: Museum of History, Vietnam 2014
Loceng gangsa jenis I juga ada juga yang berbentuk lebih rendah dari yang pertama
tadi. Namun jika diperhatikan didapati bentuk badannya nampak lebih pejal (solid), bentuk
tangkai loceng jenis ini juga dua jenis iaitu tangkai jenis bersambung dan tangkai yang jenis
yang tidak bersambung. Loceng jenis ini juga ada mempunyai lubang kecil yang ditebuk pada
bahagian badan loceng iaitu satu sisi dua lubang dan ada juga yang satu sisi satu lubang (rujuk
gambar di atas).
Manakala gambar di dalam rajah berikut pula menunjukkan rupa bentuk loceng gangsa
yang semakin bujur (meleper) dan ada lubang di bahagian bawah tangkainya. Di dalam lubang
loceng ini juga terdapat anak loceng (lidah) yang kemungkinan berfungsi sebagai pengetuk
dinding (bahagian badan) loceng untuk menghasilkan bunyi. Alat pengetuk di dalam loceng
gangsa jenis ini juga dibuat daripada gangsa dan ia digantung di sebelah dalam loceng tersebut.
Walau bagaimanapun tangkai loceng jenis ini adalah bersambung untuk memudahkan ia
digantung atau diangkat untuk dibawa ke mana-mana.

Rajah 1.4 Loceng Gangsa (Vietnam)
Sumber: Museum of History, Vietnam 2014
Pada bahagian badan loceng gangsa jenis I juga dipaparkan motif tertentu, ada
antaranya memaparkan motif burung terbang seperti yang selalu dipaparkan pada gendang
gangsa. Ada juga yang motif dipaparkan pada bahagian badan loceng gangsa jenis ini yang
berbentuk mata gergaji, dan ada juga motif lain yang sukar ditafsirkan. Rajah berikut

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Adnan Jusoh et al. / 297

memaparkan motif burung terbang yang dipaparkan pada bahagian badan loceng gangsa di
Vietnam.

Rajah 1.5 Motif Burung Pada Loceng Gangsa (Vietnam)
Sumber: Museum of History, Vietnam 2014

Walau bagaimanapun ada juga loceng gangsa jenis ini yang kosong (licin) dan tidak
mempunyai sebarang motif, malah ada juga yang sifatnya sedikit menggerutu dan tidak licin.
Sementara itu gambar berikut menunjukkan variasi bentuk loceng gangsa yang ditemui di
Vietnam dan ia dikaitkan dengan kebudayaan Dongson. Selain daripada berbagai saiz, struktur
loceng juga berbagai jenis yang menunjukkan inovasi berlaku di dalam penghasilannya. Rajah
berikut memaparkan variasi loceng gangsa yang ditemui di beberapa tapak arekologi di
Vietnam.

Rajah 1.6 Variasi Loceng Gangsa (Vietnam)
Sumber: Museum of History, Vietnam 2014
Jenis II
Loceng gangsa jenis II amat berbeza rupabentuknya jika dibandingkan dengan jenis I. Loceng
gangsa jenis ini juga mempunyai bahagian kepala dan bahagian badan. Seperti loceng gangsa
jenis I juga, bahagian kepala loceng gangsa jenis ini terletak di bahagian atas dan ia semakin
melebar ke bawah dengan badannya berbentuk silinder. Terdapat satu lubang bersaiz agak
besar juga di bahagian atas (bahagian kepala) loceng, tetapi tidak ada satu lubang pun pada
bahagian badan sebagaimana loceng gangsa jenis I. Loceng gangsa jenis II juga tidak ada
tangkai (pemegang). Kemungkinan ia boleh dibawa dengan cara memegang atau diikat pada
bahagian lekuk yang terletak di antara bahagian kepala dan badan loceng.

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

298 / Adnan Jusoh et al.

Rajah 1.7 Loceng Gangsa (Malaysia)
Sumber: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman 1998
Selain saiznya yang agak besar, didapati ketebalan loceng jenis II ini agak nipis jika
dibandingkan dengan loceng gangsa jenis I. Lakaran motif loceng ini juga berbeza dengan
loceng gangsa jenis I kerana ia memaparkan motif hiasan berupa kelok berbentuk ‘S’ yang
berulang-ulang pada bahagian badan loceng. Posisi langgam atau kelok yang hampir
menyerupai huruf ‘S’ ini terletak di dalam sebuah motif segi empat dan ia diulang-ulang
sehingga memenuhi keseluruhan badan loceng (sila rujuk rajah berikut).

Paparan motif yang
menunjukkan penggunaan
lakaran kelok yang hampir

menyerupai huruf ‘S’.
Motif ini kemudian dicetak
atau diulang penggunaannya
sehingga memenuhi ruang di
seluruh badan loceng gangsa

Rajah 1.8 Motif Hiasan (Kelok ‘S’)
Sumber: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman 1998
Setakat ini tidak ada interpretasi yang jelas diberikan oleh penyelidik berkaitan dengan
simbol atau motif yang dipaparkan. Penggunaan motif berbentuk huruf ‘S’ ini berkemungkinan
adalah manifestasi suatu aliran sungai yang mengalir dari kawasan ulu sungai hingga ke muara
yang terletak di kawasan hilir. Ini kerana sungai berperanan sebagai punca utama kepada
kehidupan masyarakat pada zaman silam sama ada sebagai sumber untuk air bersih, punca
mencari rezeki, sumber aktiviti pertanian, pola petempatan, sistem perhubungan dan sebagainya.
Setakat ini loceng gangsa jenis II ini dilaporkan pernah ditemui di Kemboja dan
Malaysia, tetapi jumlahnya tidak besar. Sebanyak enam (6) buah loceng gangsa telah
dilaporkan di Asia Tenggara di mana sebanyak empat (4) buah loceng gangsa telah dilaporkan
ditemui di Malaysia, manakala dua (2) lagi dilaporkan ditemui di Kemboja. Penemuan di
Malaysia, menurut Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, tiga (3) buah daripadanya

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Adnan Jusoh et al. / 299

dilaporkan telah ditemui di Klang (Selangor), manakala sebuah lagi loceng gangsa ditemui di
Muar (Johor).11 Kesemua loceng gangsa yang dilaporkan ini adalah streotype dan hampir sama
sifatnya, seolah-olah menunjukkan ia berasal dari lokasi yang sama.

Berikut adalah dua buah loceng gangsa yang ditemui di Kemboja yang memaparkan
pola hiasan hampir menyamai dengan pola hiasan pada loceng gangsa yang ditemui di
Malaysia.

Loceng Gangsa Loceng Gangsa
(Ga 6054 - Kemboja) (Ga 6055 - Kemboja)

Rajah 1.9 Loceng Gangsa (Kemboja)
Sumber: Seng Sonetra, Faculty of Archaeology, Royal University of Fine Arts Metal
Conservator, Memot Centre for Archaeology, Ministry of Culture and Fine Arts, Phnom Penh,

Cambodia 2014.

Jenis III

Loceng gangsa jenis III juga amat berbeza sifatnya jika dibandingkan dengan loceng gangsa
jenis I dan jenis II. Loceng gangsa jenis III ini dikenali ‘Loceng Dotaku’. Loceng jenis ini
banyak dijumpai di Jepun, malah ia juga dijumpai di Korea dan China. Asal usul loceng Dotaku
dipercayai berasal dari Korea. Antara tujuan asal loceng Dotaku adalah untuk mendapatkan
bunyi apabila ia dipukul sama ada dengan kayu ataupun anak loceng. Sehingga tahun 1985
lebih daripada 400 buah loceng Dotaku telah dijumpai terutama di bahagian barat daya Jepun
(Oda 1985). Loceng Dotaku dipercayai bertarikh dari penghujung zaman Yayoi awal sehingga
ke zaman Yayoi akhir telah ditemui di kawasan utara Kyushu hingga ke kawasan tengah
Honshu. Penemuan loceng Dotaku kadang kala dalam jumlah yang kecil, namun ada juga
dalam bentuk berkumpulan dengan jumlah yang besar. Umpamanya penemuan loceng dotaku
di Sakuragaoka yang terletak di dalam kawasan Hyogo Prefecture, di mana ditemui 14 buah
loceng gangsa dan 7 halberds gangsa. Sebahagian daripada objek tersebut dipercayai
digunakan untuk aktiviti ritual. Kebanyakan loceng Dotaku tersebut telah dihasilkan oleh
masyarakat Jepun khususnya semasa zaman Yayoi fasa VI. Bahkan loceng ini juga digunakan
secara meluas hampir di kesemua wilayah semasa zaman tersebut (Ishino 1991).

Ciri utama loceng jenis III adalah struktur badannya yang berbentuk silinder dan ia
semakin melebar ke bahagian kakinya. Ciri asas yang membezakan loceng gangsa ini dengan
loceng gangsa jenis I dan jenis II ialah bahagian kepala. Ini kerana bahagian kepala loceng jenis
III berbentuk kepingan nipis yang melengkong dari bahagian sisi (bahagian pinggang loceng
gangsa) naik ke atas dan turun semula ke bahagian sisi (pinggang) loceng gangsa. Kepingan
nipis tersebut seolah-olah bertindak sebagai tangkai kerana ia ada lubang di bahagian atas

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

300 / Adnan Jusoh et al.

badan loceng. Pada tangkai (kepingan nipis) tersebut kadang-kadang diletakkan hiasan sebesar
duit 10 sen atau 20 sen yang melekat pada tangkai loceng gangsa tersebut. Tetapi ada juga
tangkai loceng gangsa jenis ini yang tidak memasang sebarang pola hiasan sehingga ia
menyerlahkan lagi bentuk tangkai yang bulat menipis itu. Kepingan tangkai tersebut juga
dihiasi dengan bentuk tetulang melengkong mengikut bentuk tangkai sama ada satu atau dua
tetulang.

Rajah 1.10 Loceng Dotaku (Jepun)
Sumber: The Dotaku Museum (The Mysteries of Dotaku), Japan 2006
Manakalan pada bahagian badan loceng gangsa jenis ini pula terdapat sejumlah
gegelang yang mengelilingi badan loceng. Tetulang yang berbentuk goresan pada bahagian
badan loceng gangsa juga ada dalam keadaan menegak sehingga membentuk sudut empat segi
apabila ia bersilang dengan tetulang yang dalam keadaan membujur. Pada bahagian sudut di
tengah-tengah tetulang ini biasanya akan dipaparkan pelbagai jenis motif hiasan. Antara motif
hiasan yang sering dipaparkan ialah rusa, ikan, babi hutan (liar), burung pucung, cicak, labah-
labah, ular, penyu dan sebagainya.
Sesetengah loceng Dotaku dihiasi dengan paparan motif berunsur geometri, namun
begitu ada juga yang memaparkan motif yang bersifat binatang seperti rusa, haiwan yang hidup
di kawasan lopak yang berair atau akuatik (ketam, penyu, katak, ular). Di samping itu pada
bahagian badan loceng Dotaku ada juga lakaran motif dan pola hiasan yang menyerupai sifat
manusia yang sedang melakukan aktiviti, antaranya ialah motif manusia sedang memburu,
menuai atau memancing. Terdapat juga andaian bahawa paparan motif tersebut menunjukkan
loceng Dotaku digunakan di dalam upacara ritual yang berkaitan dengan aktiviti seperti menuai
tanaman.

Rajah 1.11Motif Hiasan Loceng Dotaku (Jepun)
Sumber: Training course of cultural heritage protection in the Asia-Pacific

Region 2006

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Adnan Jusoh et al. / 301

Sementara itu, pada bahagian badan loceng Dotaku juga kadang-kadang ada lubang
kecil terutama di bahagian atas (biasanya 4 lubang). Begitu juga di bahagian kaki loceng
Dotaku ini kadng-kadang ada lubang kecil yang ditebuk bergantung kepada saiz loceng. Fungsi
sebenar lubang kecil ini tidak diketahui tetapi berkemungkinan ia adalah untuk menghasilkan
bunyi yang lebih nyaring atau sebagainya. Bahagian kaki (bawah) loceng juga tidak bulat
sebaliknya ia juga berbentuk agak membujur. Rajah berikut menunjukkan struktur loceng jenis
III atau loceng Dotaku dalam pelbagai sudut pandang.

Rupa bentuk Loceng Dotaku dari Rupa bentuk badan Loceng Dotaku
pandangan sisi dilihat dari pandangan atas

Rajah 1.12 Struktur Fizikal Loceng Dotaku (Jepun)
Sumber: Training course of cultural heritage protection in the Asia-Pacific

Region 2006

Secara perbandingan, sifat atau ciri saiz loceng Dotaku pada peringkat awal adalah
tebal tetapi dari segi struktur fizikal secara relatifnya ia adalah bersaiz kecil. Manakala struktur
fizikal loceng Dotaku pada peringkat yang lebih kemudian adalah lebih besar tetapi agak lebih
nipis sedikit jika dibandingkan dengan loceng Dotaku peringkat awal. Begitu juga dengan
struktur atau bentuk tangkai yang digunakan untuk menggantungkan badan loceng Dotaku
adalah berbentuk nipis dan rata. Komposisi logam pada loceng Dotaku menunjukkan ia terdiri
daripada komponen kuprum sebanyak 87.29%, plumbum 5.6% dan 4.31% timah. (Tanabe Ikuo
hlm. 166).

Secara perbandingan, jenis atau lakaran motif hiasan yang dipaparkan pada badan
loceng gangsa yang ditemui di Asia setakat ini adalah seperti berikut;

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

302 / Adnan Jusoh et al.

Jadual 1.01 Senarai Lakaran Motif Hiasan Badan Loceng Gangsa

Bil Klasifikasi/ Motif

Jenis Loceng

1 Jenis 1 Motif burung (pucung), motif gergaji

2 Jenis II Kelok berbentuk ‘S’ atau aliran sungai

3 Jenis 1II Rusa, babi, ular, penyu, naga, cicak, labah-labah, ikan dll

Lazimnya loceng gangsa Jenis I yang ditemui di Vietnam ada memaparkan motif
burung pucung (hampir sama dengan motif hiasan yang dipaparkan pada gendang gangsa),
namun bilangan atau jumlahnya tidak banyak. Selain itu ada juga loceng gangsa jenis ini yang
memaparkan motif gergaji (juga seperti yang dipaparkan pada gendang gangsa). Sementara
loceng gangsa jenis II yang setakat ini ditemui di Kemboja dan Semenanjung Malaysia agak
streotype dari segi bentuknya iaitu corak berbentuk kelok ‘S’ atau aliran sungai. Corak ini
dipaparkan hampir keseluruhan badan loceng. Manakala loceng gangsa jenis III yang ditemui
di Jepun pula didapati lebih memaparkan motif binatang yang terdiri dari pelbagai jenis sama
ada binatang yang hidup di hutan, laut atau paya bakau.

SIGNIFIKAN DARI PERSPEKTIF ARKEOLOGI

Penemuan loceng gangsa di beberapa lokasi di Asia seolah-olah membuka lembaran dalam
usaha untuk memahami fenomena masyarakat pasca zaman Logam. Ini kerana masyarakat
zaman prasejarah tidak meninggalkan catatan bertulis untuk dikaji oleh generasi selepasnya
melainkan artifak, ekofak dan features. Justeru itu dengan meneliti meneliti motif dan pola
hiasan yang dipaparkan pada loceng gangsa secara tidak langsung juga kita dapat mengetahui
senario yang berlaku di dalam kehidupan masyarakat ketika itu.

Penemuan loceng gangsa pelbagai jenis di beberapa lokasi di Asia menunjukkan
kepada kita bahawa masyarakat ketika itu sudah mempunyai sifat inovasi dan kreatif. Ini
berdasarkan keupayaan mereka di dalam menyesuaikan daya kreativiti dengan keperluan
setempat. Misalnya, paparan motif pada loceng gangsa khususnya loceng Dotaku boleh
dikaitkan dengan fenomena masyarakat pada zaman ia dihasilkan.

SOSIOEKONOMI

Fenomena yang berkaitan dengan sosioekonomi masyarakat adalah merujuk kepada beberapa
jenis motif yang dipaparkan pada badan loceng gangsa secara tidak langsung kita dapat
memahami bahawa aktiviti pertanian merupakan aktiviti yang penting. Ini dapat difahami
melalui penggunaan motif burung pucung yang dipaparkan pada badan loceng gangsa jenis I.
Motif jenis ini juga menunjukkan bahawa penghasilan loceng gangsa adalah sezaman dengan
kebudayaan Dongson. Ini kerana motif burung pucung seringkali digunakan dan dipaparkan
pada bahagian badan gendang gangsa. Kehadiran burung pucung dikaitkan dengan aktiviti
pertanian kerana ia sejenis haiwan yang hidup di kawasan berlopak dan berair terutamanya di
kawasan sawah padi. Pendekkata motif burung pucung adalah manifestasi berkaitan dengan
aktiviti pertanian. Motif burung juga dipaparkan pada loceng Dotaku tetapi bentuknya lebih
ringkas dan tidak begitu kompleks.

Selain itu, loceng Dotaku juga memaparkan motif haiwan yang lain seperti rusa, babi
hutan (liar), ular, penyu, dan sebagainya. Motif haiwan tersebut secara tidak langsung
mengukuhkan lagi pandangan yang mengaitkan masyarakat yang wujud pada ketika itu tinggal
di kawasan pedalaman. Beberapa kemungkin juga boleh diduga daripada motif tersebut,
antaranya kemungkinan binatang tersebut merupakan sebahagian binatang buruan untuk
kelangsungan hidup masyarakat pada masa itu. Kemungkinan lain pula, binatang tersebut

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Adnan Jusoh et al. / 303

adalah adalah manifestasi persekitaran atau lingkungan petempatan masyarakatnya yang
berdekatan dengan hutan, paya bakau atau pinggiran pantai.

Walau bagaimanapun pada loceng loceng jenis II didapati tiada motif yang boleh
dihubungkaitkan dengan aktiviti pertanian. Motif yang dipaparkan adalah kelok ‘S’ yang rupa
bentuknya hampir menyerupai aliran sungai. Secara tidak langsung ia menggambarkan
kepentingan sungai sebagai salah satu medium pengangkutan utama dalam kehidupan
masyarakat pada masa itu selain daripada membekalkan sumber protin.

ASAL USUL

Asal usul loceng gangsa secara tepat agak sukar ditentukan kerana tiada rekod bertulis. Namun
berdasarkan rekod penemuan setakat ini menunjukkan ia memang berasal dari Asia. Walau
bagaimanapun jumlah penemuannya agak kecil jika dibandingkan dengan gendang gangsa.
Selain itu, jumlah penemuan loceng gangsa di Asia juga didapati tidak seimbang. Ini kerana
loceng gangsa jenis I lebih banyak ditemui di Vietnam, sementara loceng gangsa jenis II ia
ditemui di Semenanjung Malaysia dan Kemboja. Manakala loceng gangsa jenis III ditemui di
Jepun, namun artifak jenis ini juga sememangnya boleh ditemui di Korea dan China.

Walau bagaimanapun, untuk loceng gangsa jenis II asal usulnya boleh dikaitkan
dengan Kemboja. Ini kerana, mengikut sejarah, pada abad ke-2 Masehi hingga abad ke-6M
terdapat dua buah kerajaan besar di Vietnam dan Funan di Kemboja. Di antara dua buah
kerajaan tersebut, didapati kerajaan Funan merupakan kuasa yang paling dominan. Di
Kepulauan Melayu-Nusantara, dari abad ke-7 hingga ke-11 terdapat kerajaan Sriwijaya yang
muncul selepas keruntuhan kerajaan Funan. Seperti telah dijelaskan, loceng gangsa itu
dipercayai telah dicipta pada 150 Masehi. Ini bermakna ia dicipta pada zaman dominasi
kerajaan Funan di rantau ini. Kerajaan Funan menakluki hampir seluruh kerajaan awal di tanah
besar Asia Tenggara dan menjadi kuasa maritim yang kuat. Oleh itu, selari dengan persamaan
ciri-ciri loceng gangsa yang dijumpai di Malaysia (di Klang dan Muar) dengan loceng gangsa
di Battambang (Kemboja), maka ia dengan mudah menggamit imaginasi banyak pihak untuk
beranggapan Semenanjung Tanah Melayu menjadi sebahagian daripada (taklukan) atau berada
di bawah Kerajaan Funan.

Atau kemungkinan lain ialah kewujudan hubungan perdagangan di antara Alam
Melayu dengan kerajaan Funan. Keadaan ini secara tidak langsung telah membolehkan loceng
gangsa (terutama jenis 2) tersebar ke Alam Melayu. Justeru itu, daripada segi rupa bentuk
keseluruhan fizikalnya, lakaran motif dan pola hiasan pada keempat-empat buah loceng gangsa
purba yang dijumpai di Malaysia itu adalah identikal antara satu sama lain. Lantaran kesamaan
ciri-ciri ini maka amat berkemungkinannya loceng gangsa tersebut berasal dari tempat dan
zaman yang sama. Kenyataan ini adalah selari dengan rumusan Nik Hassan Shuhaimi Nik
Abdul Rahman (1998) yang menyatakan, “the similarity of the design, shape and size of these
bells prove that they originated from the same place.”

KESIMPULAN

Masyarakat zaman Logam di Asia meninggalkan pelbagai jenis artifak yang unik dan menarik.
Selain daripada gendang gangsa, belati, mata panah, perisai dan beberapa jenis alatan logam
untuk kegiatan pertanian, peralatan unik yang diperbuat daripada logam lain ialah loceng
gangsa.

Penemuan loceng gangsa secara tidak langsung telah menambahkan lagi artifak yang
mewakili zaman Logam di Asia Tenggara khususnya dan Asia amnya. Dengan penemuan
objek ini ia dapat membantu kita untuk memahami sosio-budaya masyarakat pada zaman
tersebut. Ia penting kerana masyarakat zaman Prasejarah sememangnya tidak meninggalkan
data bertulis melainkan tinggalan artifak untuk dikaji oleh generasi selepasnya.

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

304 / Adnan Jusoh et al.

RUJUKAN

Adnan Jusoh. 2008. Analisa saintifik terhadap beberapa sampel artifak Zaman Logam di
Malaysia. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. (pnyt.). Kebudayaan,
kesenian & peradaban Alam Melayu. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia

Adnan Jusoh. 2010. Loceng gangsa purba di Malaysia: Sumbangannya dalam penyelidikan
peradaban masyarakat peribumi purba. Jurnal Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Bellwood, P. 1985. Prehistory of the Indo-Malaysian archipelago. Australia: Academic Press.
David Bulbeck & Noel Barnard. 1997. Ancient Chinese and Southeast Asian Bronze Age

cultures. The proceedings of a conference held at the Edith and Joy London Foundation
property, Kioloa. NSW: 8-12 February 1988.
Higham, C. 2002. Early cultures of mainland Southeast Asia. Bangkok: River Books.
Higham, C. F. W. 1996. The Bronze Age of Southeast Asia. Cambridge: University Press,
Cambridge.
Linehan, W. 1951. Traces of a bronze culture associated with iron age implements in the
regions of Klang and the Tembeling, Malaya. JMBRAS 24(3):1-59.
Kempers, B. 1988. Kettledrums of Southeast Asia. Rotterdam: A.A. Balkema Publishers.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 1998. Early history. 4. Singapore: Archipelago
Press.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 1999. Arkeologi pra-Islam pesisir Selat Melaka-
evolusi atau migrasi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2001. Loceng gangsa, Penchu, Muar, Johor, dalam
konteks Zaman Gangsa Malaysia. Jurnal Warisan Johor. Johor Bahru: Yayasan
Warisan Johor.
Shang and Zhou. 1992. Period Bronze Musical Instruments from South China. Dlm. Bulletin of
the School of Oriental and African Studies. University of London, Vol. 55, No. 2, pp.
262-271.
Training course of cultural heritage protection in the Asia-Pacific Region 2006. Cultural
Heritage Protection Cooperataion Office, Asia/Pacific Cultural Centre for UNESCO,
Nara: Japan.

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Adnan Jusoh et al. / 305

1 Loceng Gangsa yang ditemui di Kampung Pencu, Muar Johor telah diwartakan sebagai ‘Objek Warisan
Ketara’ pada 16 April 2009 dengan nombor warta P.U (B) 117 dan diisytiharkan sebagai ‘Warisan
Kebangsaan’ kategori Objek Ketara pada 12 November 2009 dengan nombor warta P.U (A) 399
mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
2Ada sesetengah pihak mentafsirkan bahawa loceng itu dibuat pada tahun 1449. Masyarakat tempatan
mempercayai ia adalah hadiah Maharaja China (Zhenghe) kepada Sultan Pasai pada tahun 1414. Sultan
Ali Mughayat Syah (1514-1530), pengasas Kesultanan Acheh menakluki Pasai pada tahun 1524.
3 W. Linehan, Traces of Bronze Age culture associated with Iron Age implements in the regions of Klang
and the Tembeling, Malaya, JMBRAS, bil. 24, 1951, hlm. 1-56.
4 Ibid.jhjk
5 Bernet Kempers, The Kettledrums of Southeast Asia, A.A. Balkema, Rotterdam, 1988, hlm. 228.
6 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Early history, Vol. 4, Archipelago Press, Singapore, 1998,
hlm. 36.
7Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Loceng Gangsa, Penchu, Muar, Johor, dalam Konteks
Zaman Gangsa Malaysia, Dlm. Jurnal Warisan Johor, 2002, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, 2001,
hlm. 165.
8Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Arkeologi pra-Islam pesisir Selat Melaka-evolusi atau
migrasi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1999, hlm. 20.
9 Ibid, hlm. 21.
10 Adnan Jusoh, Loceng gangsa purba di Malaysia: Sumbangannya dalam penyelidikan peradaban
masyarakat peribumi purba, Jurnal Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2010, hlm. 1-28.
11 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Early History Vol. 4, Archipelago Press, Singapore, 1998,
hlm. 36.

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu


Click to View FlipBook Version