KAJIAN KES
SEJARAH TAHUN 5
PAHLAWAN KEBANGGAANKU
DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD ZAINODIN
5 GAMMA (SK BATU ANAM, SEGAMAT)
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1. Penghargaan 2
2. Pendahuluan 3
3. Pernyataan Masalah 4
4. Objektif Kajian 5
5. Latar Belakang 6
6. Punca Penentangan
7. Peristiwa Penentangan 7-8
8. Galeri Peristiwa Penentangan 9
9. Kesan Penentangan 10
10. Rumusan 11
11. Kaedah Kajian 12
12. Rujukan Sumber 13
14
1
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat saya menyiapkan kajian kes yang bertajuk “Pahlawan Kebanggaanku (Dato’
Maharaja Lela)”. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan
kajian kes ini.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
guru sejarah saya iaitu Cikgu Hajah Eshah binti Abu Bakar selaku guru
matapelajaran Sejarah atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya. Ribuan
terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang telah
memberikan dorongan dan sokongan kepada saya dalam menyiapkan kajian kes saya.
Walaupun mereka sentiasa sibuk, mereka tetap memberi idea-idea bernas serta
membantu saya sepanjang proses membuat kajian kes ini.
Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan
kekurangan dalam tugasan saya ini, segala kekurangan harap dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari
kelemahan saya sendiri.
Sekian, terima kasih.
2
PENDAHULUAN
Kajian kes ini bertajuk Pahlawan Kebanggaanku – Dato’ Maharaja Lela.
Di dalam buku skrap ini, para pembaca dapat mengetahui secara ringkas
tentang penentangan tokoh ternama ini terhadap kuasa asing yang pernah
menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Sebagai seorang warganegara
Malaysia yang patriotik, saya berbangga dan sangat menyanjungi semua
pengorbanan dan perjuangan pahlawan kebanggaan saya ini. Jasa dan bakti
beliau amat bermakna kepada agama, bangsa dan negara. Semoga jasa dan
perjuangan tokoh tempatan ini akan dapat di ketahui dan disanjung oleh
generasi- generasi yang akan.
3
PERNYATAAN MASALAH
Kedatangan kuasa asing untuk menjajah Tanah Melayu
mencetuskan penentangan penduduk tempatan.
J.W.W. Birch ialah Residen
British pertama di Perak.
Lokasi berlakunya penentangan
terhadap kuasa asing.
4
Dapat menyatakan tokoh Dapat menghuraikan
dan sebab penentangan peristiwa penentangan
terhadap campur tangan
dan penjajahan kuasa asing. tokoh tersebut.
OBJEKTIF
KAJIAN
Dapat menghuraikan kesan dan
pengajaran terhadap peristiwa
penentangan tersebut.
5
LATAR BELAKANG
Dato’ Maharaja Lala ialah Orang Besar Berlapan Perak yang
mentadbir kawasan Pasir Salak. Nama sebenar beliau ialah Pandak Limo
Bin Machang Lela Tok Mahmud. Beliau berketurunan Daeng Selili, anak
Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan
Sultan Mudzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik
sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran Dato’ Maharaja Lela.
Dato’ Maharaja Lela merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan
menentang British di Perak. Beliau bertanggungjawab mempertahankan
rajanya daripada sebarang ancaman. Menguasai Pasir Salak hingga ke
Sungai Dedap. Seorang pembesar yang gagah dan mempunyai
kedudukan yang tinggi susunan ke tujuh dalam hirarki bangsawan Perak.
6
PUNCA PENENTANGAN
1. British mengambil hak mengutip cukai.
Pada 24 Julai 1875, JWW Birch memaksa Sultan Abdullah
menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil
hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturukan takhta jika
enggan menandatangani pengisytiharan tersebut. JWW Birch
membakar rumah Raja Ngah, Orang Besar Perak kerana meneruskan
kutipan cukai di Bidor.
2. Residen British campur tangan dalam pentadbiran
negeri.
Kemarahan Sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober
1875. Sultan Abdullah dipaksa menandatangani surat penyerahan kuasa
kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserahkan kepada Residen
yang berkuasa melantik hakim, menguruskan cukai dan melantik
penghulu.
7
PUNCA PENENTANGAN
3. JWW Birch mencabuli adat resam orang Melayu.
JWW Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila
mengharamkan sistem perhambaan yang menjadi adat resam Melayu.
BResiden British ini sengaja menimbulkan kemarahan orang Melayu
dengan menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya.
4. British memperkenalkan cukai baharu yang
membebankan rakyat.
JWW Birch bertindak sesuka hati dengan memperkenalkan cukai
baharu seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit
untuk membalak. Setiap isi rumah perlu membayar 2 Dolar sebagai
cukai kelamin.
8
PERISTIWA PENENTANGAN
8 Februari 1875 21 Julai 1875
Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Dato’ Maharaja Lela sendiri dan
Lela dan Pembesar Melayu telah pembesar-pembesar yang lain
membuat bantahan terhadap menghadiri satu mesyuarat di
campur tangan British. Durian Sebatang dengan tujuan
untuk menentang undang-undang
British.
12 September 1875
Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar yang
lain mengadakan satu mesyuarat untuk merancang
pembunuhan J.W.W. Birch. Dato’ Maharaja Lela telah
bersetuju mengambil tanggungjawab untuk membunuh
J.W.W. Birch.
2 November 1875 20 November 1877
J.W.W Birch telah dibunuh Satu perbicaraan telah
oleh Seputum atas arahan Dato’ diadakan berkaitan dengan kes
Maharaja Lela bertempat di pembunuhan J.W.W. Birch.
Sungai Perak, Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan
J.W.W Birch dibunuh ketika Seputum telah ditangkap dan
sedang mandi di atas rakit mereka dijatuhi hukuman
berdekatan perahunya. gantung sampai mati.
9
GALERI
PERISTIWA PENENTANGAN
Pembesar-pembesar yang menentang undang-undang British.
Lokasi J.W.W. Birch dibunuh.
10
KESAN PENENTANGAN
Tercetusnya Perang Perak 1875 –
1876. Pada 15 November 1875,
tentera British dari Pulau Pinang
menyerang Pasir Salak. Dato’
Maharaja Lela mengundurkan diri
ke Blanja.
Kesan pembunuhan Pada tahun 1877, Dato’ Maharaja
J.W.W. Birch oleh Lela, Dato’ Sagor, Pakdak Indut
pejuang-pejuang Melayu dan Sepuntum dihukum gantung
sampai mati di Matang, Perak.
di Perak
Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim,
Dato’ Laksamana dan Dato’
Syahbandar dibuang ke Pulau
Seychelles di Lautan Hindi.
British tegas menghapuskan
kebangkitan di Perak dan
meneruskan system Residen
tanpa halangan.
11
RUMUSAN
Dalam kajian kes ini, saya dapat simpulkan bahawa pahlawan
kebanggaan saya iaitu Dato’ Maharaja Lela merupakan seorang pejuang
yang berani dan sanggup berjuang menentang penjajahan kuasa asing
demi untuk mengembalikan maruah bangsa dan tanah air. Walaupun
perjuangan beliau berakhir di tali gantung, namun semangat dan
keberanian beliau amat di kagumi dan menjadi inspirasi kepada pejuang
seterusnya.
Pengorbanan Dato’ Maharaja Lela serta pejuang-pejuang
terdahulu perlu sentiasa dijadikan ikhtibar dan disemat di dalam hati.
Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab membina jati diri
serta memperkasa bangsa dan negara agar negara kita, Malaysia kekal
menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat. Saya
bangga menjadi anak Malaysia.
12
KAEDAH KAJIAN
Sepanjang saya menjalankan kajian kes sejarah ini, saya telah
memilih kaedah bertulis untuk mengumpul maklumat- maklumat
tentang kajian kes saya ini.
Saya merujuk dan membaca buku teks Sejarah Tahun 5. Melalui
sumber ini saya telah memperoleh maklumat-maklumat secara
ringkas berkaitan dengan perjuangan pahlawan yang telah saya pilih.
Saya trut melayari Internet berkali-kali untuk merujuk beberapa
laman sesawang. In bertujuakn untuk mencari maklumat tambahan
yang berkaitan dengan kajian kes saya. Penggunaan internet
memberikan saya idea dan maklumat dengan lebih terperinci.
13
SUMBER RUJUKAN
1. Rujukan buku
Buku Teks Sejarah Tahun 5, Terbitan Dewan Bahasa Pustaka,
2020
2. Rujukan laman sesawang
http://pahlawanperakdml.blogspot.com/2015/09/sejarahring
kas-datomaharaja-lela-pandak.html
https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/
https://maharajalela.weebly.com/peristiwa.html
https://www.orangperak.com/kisah-perang-antara-british-
dan-perak-pada-1875.html
14
SEKIAN, TERIMA KASIH
.
15