The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PDPP31022 Nur Suriani Binti Zaini, 2023-03-13 01:20:56

RPH RUMI

RPH RUMI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM: TAHUN 1 1. Matapelajaran Pendidikan Islam (Akidah) 2. Kelas 1 Akasia 3. Tarikh/hari 22 Rabiulakhir 1444/19 Oktober 2022/Rabu 4. Masa 8.40-9.40 pagi (60 minit) 5. Bilangan murid 22 orang ( lelaki : 9, perempun : 13 ) 6. Tajuk Islam Cara Hidupku 7. Pengetahuan sedia ada Murid telah belajar rukun islam di sekolah agama 8. Standard kandungan 3.2 merumus, meyakini dan mengamalkan rukun islam dalam kehidupan harian 9. Standard pembelajaran 3.2.1 menyatakan pengertian rukun islam 3.2.2 menyenaraikan rukun islam 3.2.3 merumus kepentingan beriman kepada rukun islam dalam kehidupan harian 10. Objektif pembelajaran Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan pengertian rukun islam dengan tepat setelah mendengar penerangan guru 2. Menyatakan rukun islam dengan betul selepas soal jawab 3. Menyenaraikan kepentingan beriman kepada rukun islam dalam kehidupan harian dengan jelas selepas aktiviti perbincangan 11. Kemahiran berfikir Membuat pertimbangan dan wajaran yang betul menggunakan peta i-think 12. Gabungjalin Ibadat: solat tiang agama 13. Penyerapan Sains: asas binaan 14. Penerapan nilai Bersyukur, taat, yakin 15. Amalan pedagogi masa kini Pembelajaran koperatif 16. Kemahiran insaniah Kemahiran sosial: kerja berpasukan 17. E.m.k 1. Keusahawanan: murid bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk menghasilkan kerja berkumpulan 2. Kreativiti: membuat gambaran mengenai ciri-ciri muslim yang sempurna


LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Mukaddimah (3 minit) Bacaan doa: Bacaan syahadah: - Seorang murid diminta oleh guru untuk mengetuai bacaan doa. - Murid-murid lain diminta mengikut bacaan doa bersama-sama/mengaminkan bacaan doa. - Semua murid melafaz kalimah syahadah bersama-sama. Penerapan nilai: -khusyuk -tawakal -adab berdoa 18. Penilaian p & p 1. Lisan 2. Tulisan 3. Pemerhatian 19. Bahan bantu mengajar 1. Gambar 2. Aplikasi interaktif 3. Projektor/power point 4. Speaker


LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Set induksi ( 5 minit) Dua gambar ( satu gambar rumah yang sempurna dan satu gambar rumah yang telah runtuh ). Lukis rumah yang sempurna dan cantumkan gambar rumah. Soalan: Apakah gambar yang dilihat ini? Apakah perbezaan antara 2 gambar ini? Bagaimana bentuk rumah ini? 1. Guru menunjukkan dua gambar ( satu gambar rumah yang sempurna dan satu gambar rumah yang telah runtuh ). 2. Murid memerhati dan membanding beza antara kedua-duanya. 3. Sumbang saran murid tentang gambar tersebut. 4. Murid mencantumkan gambar dan melukis rumah. 5. Guru membuat rumusan dan mengaitkan dengan rukun islam. Kaedah: -soal jawab Bahan bantu mengajar -Gambar -Jamboard -Puzzle Penerapan nilai: Taat kepada Allah Penyerapan: Sains: Asas binaan LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Langkah 1 (10 minit) Pengertian rukun islam dan hukum mempercayainya 1. Murid menonton video tentang ciri seorang muslim. 2. Sumbang saran antara guru dengan murid mengenai video tersebut. 3. Murid melihat slide pengertian rukun islam dan hukum mempercayainya. 4. Murid diminta menyebut kembali pengertian rukun islam. 5. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai hukum mempercayai rukun islam. E.M.K: Teknologi maklumat dan komunikasi Kaedah: Penerangan/soal jawab Bahan bantu mengajar Video Ebook Hot potatoes Pengertian rukun islam Asas kepada agama kita


6. Murid bermain permainan hot potatoes sebagai pengukuhan. Penerapan nilai: Yakin diri Langkah 2 (10 minit) Rukun islam 1. Mengucap dua kalimah syahadah 2. Mendirikan solat lima waktu 3. Berpuasa pada bulan Ramadan 4. Mengeluarkan zakat 5. Menunaikan haji ke baitullah sekiranya mampu 1. Murid menonton lagu 5 rukun islam dan guru meminta murid menyanyi bersama-sama serta menghafaz lagu tersebut. 2. Murid dibahagikan di dalam 5 kumpulan dan setiap kumpulan berbincang dan menulis 5 rukun islam mengikut turutan yang betul di dalam padlet. 3. Soal jawab mengenai jawapan yang diberikan murid. 4. Murid menjawab wordwall sebagai pengukuhan. Kaedah: -Soal jawab Bahan bantu mengajar: --padlet -Ebook Gabung jalin: Ibadat: Solat tiang agama Langkah 3 (15 minit) Kepentingan rukun islam dalam kehidupan 1. Menyembah hanya kepada Allah 2. Mentaati perintah Allah dan rasul 3. Berakhlak mulia 4. Melatih diri bersabar 5. Menyihatkan tubuh badan 6. Tanda bersyukur 7. Memupuk sikap suka membantu 8. Menghubungkan silaturrahim 1. Murid melihat slide kepentingan rukun islam dalam kehidupan. 2. Murid diminta menjawab soalan di dalam wizer.me secara individu 3. Murid merumus kepentingan rukun islam dalam kehidupan Kaedah: -Perbincangan Bahan bantu mengajar: -Ebook -wizer.me Hukum mempercayainya Wajib beramal dengan rukun islam


LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Pentaksiran (15 minit) Pemerhatian Lisan Penulisan 1. Murid melakukan aktiviti sumbangsaran bersama guru mengenai 5 rukun islam. 2. Murid diminta menjawab kuiz di dalam google form dan wordwall. 3. Markah terbaik akan diberikan ganjaran. 4. Murid merumus isi pelajaran bersama guru. Amalan pedagogi masa kini: Pembelajaran koperatif E.M.K: Keusahawanan: murid bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk menjawab soalan. Kaedah: Soal jawab Kemahiran insaniah: Bahan bantu mengajar: -google form -wordwall LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Penutup (2 minit) Penutup kognitif: -pengertian rukun islam -5 rukun islam -kepentingan rukun islam dalam kehidupan 1. Guru meminta murid menyanyi lagu rukun islam bagi mengingati kembali isi pelajaran. 2. Murid diminta merumuskan isi pelajaran. 3. Murid diingatkan sentiasa bersyukur dan menjadi orang islam yang taat kepada Allah. Penerapan nilai: -bersyukur -taat Gabung jalin:


Penutup sosial: -sentiasa bersyukur dan menjadi orang islam yang taat kepada Allah. Akhlak: adab sesame makhluk ciptaan Allah. REFLEKSI Kekuatan: seramai 20/22 murid boleh melakukan aktiviti interaktif bersama guru. Kelemahan: seramai 2/22 murid tidak boleh melakukan aktiviti kerana tidak hadir ke sekolah. Cadangan penambahbaikan: baki 2 orang yang tidak hadir akan diberi latihan selepas habis sesi persekolahan.


Click to View FlipBook Version